You are on page 1of 27

PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP

SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN 2
Definisi Keluarga ;
2. CIRI-CIRI KEPERIBADIAN UNGGUL 3–5
2.1 Keimanan Yang Utuh
2.2 Pelaksanaan Amal Ibadat
2.3 Akhlak Mulia
3. TANGGUNGJAWAB KELUARGA DALAM PEMBENTUKAN
KEPERIBADIAN YANG UNGGUL DI KALANGAN ANAK-ANAK
3.1 Peringkat Permulaan Institusi Kekeluargaan 7 – 11
3.1.1 Pemilihan dan Perkahwinan Merupakan Fitrah
Manusia
3.1.2 Amalan Semasa Mengandung dan Menyambut
Kelahiran
3.1.3 Pendidikan Iman di Peringkat Awal Kanak-Kanak
3.1.4 Penjagaan Kesihatan Jasmani
3.1.5 Penerapan Nilai Kasih Sayang Dalam Kekeluargaan
3.2 Tanggungjawab Pendidikan Anak-anak
12 – 19
3.2.1 Pendidikan Iman dan Akidah
3.2.2 Pendidikan Moral
3.2.3 Pendidikan Fizikal
3.2.4 Pendidikan Intelektual
3.2.5 Pendidikan Emosi
3.2.6 Pendidikan Sosial
3.2.7 Pendidikan Seksual
3.2.8 Pendidikan Menguruskan Kewangan

4. FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK GENERASI MUDA


BERPUNCA DARIPADA INSTITUSI KELUARGA YANG LEMAH 20 – 21
4.1 Kemiskinan / Keperitan Hidup
4.2 Keretakan Rumahtangga Dan Penceraian
4.3 Perlakuan Ibu Bapa Atau Saudara Kandung
4.4 Ibu Bapa Mengabaikan Kepentingan Pendidikan
4.5 Pergaulan Negatif Rakan-Rakan
4.6 Pengaruh Budaya Barat dan Media Masa
4.7 Pengangguran meluas di kalangan masyarakat
5. KESIMPULAN 24 – 25
6. RUJUKAN 26

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 1


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP SIGNIFIKAN

DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI UNGGUL

1. PENGENALAN

Keluarga merupakan satu institusi sosial yang wujud hasil dari perhubungan biologi antara

lelaki dengan perempuan yang disahkan oleh masyarakat. Ibu dan bapa adalah gandingan

asas dalam keluarga yang merupakan tunggak utama dalam mencetus kejayaan anak dan

kesinambungan pewaris bangsa. Mereka mempunyai peranan penting dalam perkembangan

serta pembentukan sikap anak-anak dengan didikan akademik, rohani dan mentarbiah anak

tentang ilmu kehidupan untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai keperibadian

unggul. Anak-anak diibaratkan seperti kain putih yang bersih di mana ibu bapalah yang akan

mencorakkannya sama ada menjadi insan berakhlak mulia atau sebaliknya.

Definisi Keluarga ;

Menurut Kamus Dewan, 2005 ialah keluarga bemaksud saudara mara, sanak saudara dan

kaum kerabat. Keluarga juga didefinisikan sebagai sekalian orang yang mempunyai

keturunan antara satu sama lain yang terdiri dari suami, isteri, anak serta keluarga angkat.

Dengan kata lain, sebuah keluarga adalah terdiri daripada suami / bapa, isteri / ibu dan anak-

anak / adik beradik yang mempunyai pertalian darah, perkahwinan (musoharah) atau angkat.

Menurut perspektif Islam, keluarga dibina melalui ikatan perkahwinan yang sah.

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 2


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

2. CIRI-CIRI KEPERIBADIAN UNGGUL

Dalam konteks kepentingan sejagat, seseorang insan yang unggul dapat memberikan

kesejahteraan dan mampu memimpin serta menjadi contoh tauladan di kalangan ummah.

Seseorang itu berkeperibadian unggul jika memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang

utuh, pelaksanaan amalan ibadat yang meliputi ibadat khususiah dan fardhu kifayah, dan

mempunyai akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan serta amal salih.

2.1 Keimanan Yang Utuh

Beriman kepada Allah adalah proses peralihan jiwa manusia daripada menganggap

dirinya bebas daripada sebarang kuasa dan ikatan serta tanggungjawab kepada

ketundukan mengaku tanpa syarat bahawa tiada tuhan disembah melainkan Allah SWT

dan Nabi Muhammad itu Rasulullah. Iman merangkumi tiga unsur utama iaitu

pengetahuan yang mendalam, kepercayaan yang jitu, dan keyakinan yang teguh. Ketiga-

tiga unsur ini akan membentuk iman yang kukuh yang menjadi tonggak kekuatan

ruhaniyah yang cukup kental untuk membina jiwa dan jasmani manusia. Keteguhan iman

juga merupakan penghalang daripada melakukan kejahatan dan maksiat.

2.2 Pelaksanaan Amal Ibadat

Keimanan tanpa ketaatan melalui amal ibadat adalah sia-sia. Seseorang yang berperibadi

unggul akan tergambar jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam kehidupan

sehariannya. Bahkan jika dikaji tujuan Allah menjadikan manusia itu sendiri ialah supaya

beribadat kepada-Nya. Ibadat yang dimaksudkan di sini termasuklah ibadat khususiah

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 3


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

yang menyentuh fardhu ain dan fardhu kifayah yang merangkumi hubungan manusia

sesama manusia. Justeru itu, bagi individu yang berperibadi unggul, seluruh hidupnya

baik hubungannya dengan Pencipta ataupun masyarakat adalah dianggap ibadat.

2.3 Akhlak Mulia

Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil keimanan yang kental. Ini disebabkan tali

ikatan yang menjalinkan hubungan antara individu dengan masyarakat terbentuk melalui

nilai-nilai dan disiplin yang diamalkan oleh anggota masyarakat tersebut.

Sekiranya nilai yang diamalkan itu positif maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang

aman, damai, harmoni dan diselubungi roh Islam. Rasulullah SAW adalah contoh utama

pembentukan akhlak. Beberapa nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak

amalan bagi melahirkan individu unggul ialah :-

i. Amanah ; sifat mulia yang mesti diamalkan oleh semua orang dan ia adalah asas

ketahanan umat, kestabilan negara, kekuasaan, kehormatan dan roh kepada

keadilan.

ii. Ikhlas ; adalah inti setiap ibadah dan perbuatan yang akan menghasilkan

kemenangan dan kejayaan. Masyarakat yang mengamalkan sifat ikhlas akan

mencapai kebaikan dunia dan akhirat, bersih daripada sifat kerendahan dan

mencapai perpaduan, persaudaraan, perdamaian dan kesejahteraan.

iii. Tekun ; akan meningkatkan produktiviti ummah, melahirkan suasana kerja yang

aman dan memberi kesan yang baik kepada masyarakat. Sabda Rasulullah SAW, :

“Sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila seseorang kamu bekerja dia

melakukan dengan tekun”.

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 4


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

( Riwayat Abu daud )

iv. Berdisiplin ; akan dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang serta dapat

menguatkan pegangannya terhadap ajaran agama.

v. Bersyukur ; dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan iaitu

pertama ; sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan

oleh Pencipta. Kedua; bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada

Allah SWT supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan.

vi. Sabar ; kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi unggul seperti yang

dikehendaki Allah swt. Firman Allah SWT :-

' Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala

kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah

kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan

bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta

bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya'.

(Surah Ali Imran : 200)

vii. Adil ; bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Para ulama membahagikan

adil kepada beberapa peringkat iaitu adil terhadap diri sendiri, orang bawahan,

pemimpin atasan dan juga sesama saudara. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, :-

“Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika

bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah

dan berjimat cermat ketika susah dan senang; dan tiga perkara yang

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 5


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum

seseorang dengan dirinya sendiri”.

(Riwayat Abu Syeikh)

3. TANGGUNGJAWAB KELUARGA DALAM PEMBENTUKAN KEPERIBADIAN

YANG UNGGUL DI KALANGAN ANAK-ANAK

Secara ringkasnya, tanggungjawab keluarga dalam pembentukan keperibadian yang unggul

anak-anak dapat diperjelaskan pada gambar rajah berikut :-

Pemilihan perkahwinan

Amalan semasa mengandung & sambut kelahiran

Pendidikan iman

Penjagaan kesihatan
Peringkat jasmani
Permulaan
Penerapan nilai kasih
sayang
Tanggungjawab
Keluarga Dalam
Pembentukan
Peribadi Unggul Pendidikan iman dan akidah

Pendidikan moral

Tanggungjawab Pendidikan fizikal


Pendidikan

Pendidikan intelektual

Pendidikan emosi

Pendidikan sosial

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 6


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

Pendidikan seksual

Pendidikan kewangan

Gambarajah 1 : Tanggungjawab Keluarga Dalam Pembentukan Peribadi Unggul

3.1 Peringkat Permulaan Institusi Kekeluargaan

Keluarga merupakan institusi yang memainkan peranan penting kepada pembangunan

sesebuah masyarakat. Keutuhan sesebuah masyarakat bergantung kepada sejauh mana

sistem sesebuah keluarga itu dibentuk, jika baik sesebuah keluarga itu maka akan baik

sesebuah masyarakat tersebut begitulah juga sebaliknya. Kebahagiaan hakiki dan sejati

didapati dalam kehidupan bersama yang diikat oleh pegangan agama. Kehidupan

kekeluargaan yang mengamalkan cara hidup Al-Quran dan Sunnah Rasulullah yang

bermula dari sekecil-kecil perkara hinggalah yang sebesar-besarnya. Penerapan nilai-

nilai agama berlaku bermula dari suami, isteri seterusnya kepada anak-anak. Bapa selaku

ketua keluarga merupakan pengemudi bahtera bertanggungjawab sepenuhnya ke atas

rumahtangga haruslah memahami semua aspek kehidupan dan mengamalkan ajaran

agamanya di samping bantuan isterinya. Jika ibu bapa tidak mengetahui ajaran agama

Islam dan tidak pula mengamalkannya maka ada harapan mereka tidak akan dapat

membina fikrah agama di dalam diri anak-anak mereka. Oleh sebab itu ibubapa perlu

melengkapkan diri dengan ilmu sebelum menempuh alam rumahtangga.

3.1.1 Pemilihan dan Perkahwinan Merupakan Fitrah Manusia

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 7


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

Perkahwinan merupakan proses awal ke arah pembentukan sebuah keluarga. Ia

bertujuan untuk menyusun pergaulan antara lelaki dan perempuan supaya

pasangan itu dapat mewujudkan suasana kasih sayang dan memperindahkan

kehidupan yang akhirnya dapat melahirkan sebuah keluarga yang aman, bahagia

dan harmoni. Pada peringkat permulaan keluarga inilah yang perlu dititikberatkan

kerana untuk mendapatkan zuriat anak yang soleh / solehah perlulah mempunyai

keturunan yang baik dan melalui asas yang baik.

“Jika ayam jantan dan ayam betina membiak, maka anak ayamlah akan

ditetaskan, jika kambing jantan dan kambing betina membiak, maka anak

kambinglah akan lahir” itulah realiti kehidupan. Kesimpulannya, pemilihan calon

pasangan itu akan mengambarkan warisan dan perwatakan anak yang bakal

dilahirkan, oleh itu pemilihan calon pasangan cukup besar maknanya kepada

setiap pasangan sebelum pernikahan dan pembentukan sebuah keluarga bahagia.

3.1.2 Amalan Semasa Mengandung dan Menyambut Kelahiran

Pembinaan fikrah agama anak-anak hendaklah bermula semenjak anak dalam

kandungan lagi iaitu masa perkembangan anak sebelum lahir di dalam kandungan

seorang ibu. Setelah seseorang ibu mulai hamil, bapa haruslah menyuruh si ibu

agar sering membaca Al-Quran dan selalu berdoa kepada Allah SWT untuk

mendapatkan zuriat yang soleh / solehah. Ibu yang sentiasa mengingati Allah

akan membentuk jiwa yang tenteram dan suci memberi pengaruh juga kepada

pembentukan fikrah bayi yang bakal lahir. Bayi akan hidup berbekalkan ideologi

yang terbentuk dalam fikrahnya. Bekalan ini akan dibawa sehinggalah bayi ini

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 8


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

menjadi dewasa. Ibu bapa juga hendaklah memelihara dan menjaga kesihatan

serta sumber pemakanan ibu yang halal dan seimbang semasa mengandung.

Pemakanan ibu boleh mempengaruhi pertumbuhan jasmani anak-anak apabila

lahir kelak.

Selepas kelahiran pula, ibu bapa perlulah membuka kehidupan anak dengan

Kalimat La’ilahaillAllah dan mengambil langkah dalam pembinaan fikrah agama

sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam sebagaimana berikut;

i. Azan dan diiqamatkan bayi tersebut. Sabda Rasulullah yang bermaksud :-

Dari Husain Bin Ali telah berkata Rasulullah SAW : “barangsiapa

yang lahir anaknya maka azan ia pada telinga kanan anak itu dan

iqamat ia ditelinga kiri anak itu, anak itu tidak dimudaratkan oleh

Ummu Sibyan (Sejenis Jin yang membawa penyakit)”.

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi )

ii. Mendoakan anak itu agar menjadi anak yang patuh dan taat kepada Allah

SWT serta terhindar dari segala gangguan dan godaan syaitan.

iii. Melakukan akikah dan bercukur serta berikan nama yang baik maksudnya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud :-

“Setiap anak yang baru lahir menjadi gadaian sampai disembelihkan

baginya akikah pada hari yang ketujuh dan di hari itu juga hendaklah

dicukur rambutnya dan diberi nama.”

(Diriwayatkan oleh Abu Daud)

3.1.3 Pendidikan Iman di Peringkat Awal Kanak-Kanak

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 9


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Begitulah pepatah Melayu yang

sinonim dengan anak dan didikan awalnya. Pada peringkat usia inilah ibu bapa

harus menekan pendidikan iman kepada kanak-kanak dengan mengenalkan

hukum-hukum halal dan haram. Seterusnya, ibu bapa perlulah mengambil

langkah dalam pembinaan fikrah agama di zaman kanak-kanaknya sebagaimana

berikut;

i. Mengkhatankannya untuk memastikan kebersihannya sentiasa terjaga.

ii. Menyuruh anak-anak mengerjakan solat jika sudah berumur tujuh tahun

dan memukulnya kalau ia tidak mahu solat bila sudah berumur 10 tahun.

Sabda Nabi yang bermaksud :-

“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat sewaktu mereka

berumur 7 tahun dan pukullah mereka bila mereka tidak

mengerjakannya sewaktu mereka berumur 10 tahun dan pisahkanlah

tempat tidur antara mereka.”

(Hadis Riwayatkan Oleh Abu Daud )

iii. Mendidik anak untuk mencintai Rasul, Ahli Baitnya dan membaca

Al-Quran.

iv. Setelah timbul rasa pekanya, ibu bapa hendaklah menghantar anak-anak

mereka ke sekolah untuk mengasah kecerdasan otak dan mengisi hatinya

dengan keimanan agar anak tersebut menjadi hamba Allah yang patuh.

3.1.4 Penjagaan Kesihatan Jasmani

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 10


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

Setelah bayi lahir, maka tanggungjawab keluarga terhadap kesihatan anak dan

ibunya meningkat berlipat kali ganda. Ibu bapa yang menjaga kesihatan jasmani

anak-anak bermakna mereka telah menunaikan salah satu dari kewajipan yang

diwajibkan oleh agama Islam kepada mereka. Firman Allah yang bermaksud:

“Hendaklah kamu besarkan Tuhanmu dan bersihkan pakaianmu.”

(Surah Al-Muddasir : 3-4)

Antara langkah-langkah yang boleh diambil dalam membentuk kekuatan jasmani

anak-anak adalah seperti berikut :-

i. Menyusukan bayi dengan susu ibu jika kesihatan ibu mengizinkan kerana

susu ibu mengandungi zat yang lengkap serta unsur kesihatan jasmani dan

kejiwaan yang tidak diperolehi pada susu haiwan.

ii. Menyediakan makanan yang halal dan baik serta penuh zat seimbang.

iii. Memberikan suntikan-suntikan kesihatan.

iv. Menjaga kebersihan badan serta kesihatannnya dari udara panas atau

sejuk, gigitan nyamuk, serangga dan sebagainnya.

v. Selalu mengadakan pemeriksaan kesihatan bila terdapat sebarang

perubahan pada kesihatan bayi.

vi. Memberikan ruang gerakan badan, bermain, berehat serta tidur yang

cukup.

vii. Menyediakan tempat tinggal yang dapat memenuhi syarat-syarat

kesihatan.

viii. Mengajarkan teori-teori tentang kesihatan.

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 11


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

3.1.5 Penerapan Nilai Kasih Sayang Dalam Kekeluargaan

Hadis Riwayat Ath Thatawi menyebut : “cintailah anak dan sayangilah

mereka. Apabila berjanji sesuatu kepada mereka tepatilah. Sesungguhnya

mereka tahu hanya kamulah yang memberi mereka rezeki.”

Jelaslah melalui hadis ini seseorang anak perlu diberikan kasih sayang

secukupnya. Apabila seseorang ayah atau ibu berjanji kapada anak mestilah

ditepati dan jangan mengingkari atau menipu mereka. Persekitaran dan asuhan

dalam sesebuah keluarga yang harmoni serta penuh dengan kasih sayang penting

dalam perkembangan persekitaran anak-anak dalam menjalani kehidupannya.

Anak akan melihat dan menjadikan contoh dan membalas kasih sayang itu

kepada ibu bapanya.

Kasih sayang datangnya daripada perasaan yang lahir daripada jiwa suci dan

murni, bukannya daripada pemberian wang ringgit atau yang berbentuk

kebendaan. Hari ini, keruntuhan institusi keluarga amat ketara menyebabkan

ramai ahli masyarakat yang tidak lagi percaya kepada institusi itu. Ikatan antara

ayah dan ibu semakin longgar. Tiada lagi kasih sayang wujud dalam keluarga

manakala pengaruh barat sudah menular dalam masyarakat kita.

Seluruh ahli keluarga hendaklah semula mejadikan rumah mereka sebagai asas

menjalinkan kasih sayang dan keharmonian untuk memperbaiki kehidupan

keluarga yang semakin renggang. Kasih sayang yang terjalin di antara keluarga

mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka. Kekuatan cinta yang tulus mampu

menggerakkan lisan untuk sentiasa berterima kasih kepada pasangan, anak

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 12


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

ataupun ibu bapanya. Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.

Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan

kemaksiatan. Kesimpulannya , jika keluarga utuh dan mengamalkan kasih sayang

di antara ahlinya sudah pasti melahirkan masyarakat penyayang.

3.2 Tanggungjawab Pendidikan Anak-anak

Anak ialah amanah atau pertaruhan yang Allah SWT amanahkan kepada kita supaya

menjaga dan memelihara mereka dengan baik mengikut landasan Islam. Ibu bapa mesti

bertanggungjawab bukan saja di dunia bahkan di akhirat sewaktu berhadapan dengan

Allah SWT kelak. Ibu bapa diwajibkan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan

didikan-didikan yang berguna terutamanya didikan agama.

Tegasnya mendidik anak dalam aspek agama itu adalah wajib hukumnya, ibu bapa yang

melalaikan tugas amanah ini adalah berdosa. Rasulullah SAW bersabda :-

“Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu

baguskan akhlaknya.”

Pendidikan adalah usaha sedar dan terencana untuk mewujudkan suasana belajar dan

proses pembelajaran agar peserta didik secara aktif mengembangkan potensi dirinya

untuk memiliki kekuatan spiritual keagamaan, pengendalian diri, keperibadian,

kecerdasan, akhlak mulia, serta keterampilan yang diperlukan dirinya dan masyarakat.

Pendidikan meliputi pengajaran keahlian khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat

dilihat tetapi lebih mendalam iaitu pemberian pengetahuan, pertimbangan dan

kebijaksanaan. Pendidikan yang harus diberikan kepada anak-anak ini di antara lain

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 13


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

adalah pendidikan iman dan akidah, pendidikan moral, pendidikan fisik, pendidikan

intelektual, pendidikan emosi, pendidikan sosial, pendidikan seks, dan pendidikan

menguruskan kewangan.

3.2.1 Pendidikan Iman dan Akidah

Setiap anak yang dilahirkan itu bersih fitrahnya. Adalah menjadi tugas ibubapa

untuk mencorakkan kehidupan anak-anak seterusnya sama ada untuk

menjadikannya baik atau sebaliknya. Sabda Nabi Muhammad SAW :

“Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang suci bersih.

Maka kesalahan ibubapalah menjadikan mereka yahudi, nasrani atau majusi."

Hadis tersebut menunjukkan betapa beratnya tanggungjawab ibu bapa terhadap

anak-anaknya. Kesalahan ibu bapa mendidiklah maka anak-anak sekarang

menjadi tidak tentu hala kehidupannya dengan pelbagai masalah sosial.

Keluarga terutama ibu bapa perlu mendedahkan ilmu agama kepada anaknya

dengan menjelaskan sepenuhnya mengenai Rukun Islam, Rukun Iman dan hukum

hakam dalam Islam selain menerapkan nilai-nilai murni seperti pembudayaan

membaca Al-Quran serta mengerjakan ibadah solat. Membaca Al-Quran bukanlah

sekadar membacanya tetapi perlu terjemahannya supaya mereka dapat selami

lebih mendalam isi kandungan kitab suci Al-Quran juga sumber panduan lengkap

dalam mengharungi kehidupan di dunia dan akhirat.

3.2.2 Pendidikan Moral

Pendidikan Moral adalah pendidikan mengenai dasar-dasar moral dan keutamaan

perangai, tabiat yang harus dimiliki dan dijadikan kebiasaan oleh anak sejak kecil

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 14


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

hingga ia menjadi seorang mukallaf. Pendidikan moral adalah serangkaian sendi

moral, keutamaan tingkah laku dan naluri yang wajib dilakukan anak, diusahakan

dan dibiasakan sejak anak masih mumayyiz, dan mampu berfikir hingga menjadi

mukallaf, beransur memasuki usia remaja dan menjalani kehidupan. Satu hal yang

tidak diragukan bahawa keutamaan akhlak, keutamaan tingkah laku, dan naluri

merupakan salah satu didikan iman yang meresap dalam pertumbuhan keagamaan

yang sihat. Ibu bapa perlulah mengajar anak mereka supaya sentiasa berkelakuan

adab sopan seperti menghormati orang yang lebih tua, bercakap benar selain tidak

terpengaruh dengan budaya asing seperti penyimpangan fesyen, muzik, pondan,

seks bebas dan sebagainya.

3.2.3 Pendidikan Fizikal

Pendidikan fizikal adalah pendidikan yang juga mendukung dalam perkembangan

anak, seorang anak juga harus memiliki fizikal yang kuat dan tegar, apalagi di era

globalisasi yang semakin mencabar ini. Salah satu yang perlu diperhatikan oleh

ibu bapa adalah mengajarkan kepada anak betapa pentingnya menjaga kesihatan,

seperti memenuhkan aktivitinya dengan bersukan, kokurikulum disekolah, aktiviti

beriadah terutamanya bersama keluarga, dan lain-lain hal yang dapat memberikan

kesan negatif seperti merokok, dadah, minuman keras dan gejala seksual.

3.2.4 Pendidikan Intelektual

Selain dari didikan agama, pendidikan intelektual juga perlulah dititikberatkan

supaya anak-anak ini tidak ketinggalan dalam arus pemodenan di zaman akan

datang. Ibu bapa juga perlulah mempersiapkan rumahtangga dengan segala

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 15


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

macam perangsang intelektual. Sebagai contoh di alam kanak-kanak permainan

dan gambar-gambar adalah cara yang sesuai untuk dijadikan alat bantu belajar.

Sabda Nabi Muhammad SAW. ,

“Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad” ; dan

“Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada

Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui

adalah sedekah. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya

dalam kehidupan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah

keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat.

(HR. Ar-rabii’)

3.2.5 Pendidikan Emosi

Didikan emosi yang diterapkan oleh ibu bapa akan dapat menolong anak-anak

untuk membentuk kematangan emosi, pertumbuhan emosi yang sihat, rasa cinta

kepada orang lain, mengasihi orang lemah dan menderita seperti fakir miskin dan

dapat membuat penyesuaian diri dengan orang lain di sekelilingnya.

Contoh-contoh emosi ialah kasih sayang, rasa tenteram, harapan, keimanan dan

membezakan antara yang hak dengan yang batil, keadilan, persamaan dan lain-

lain. Sebagaimana Hadis Rasulullah yang bermaksud ,

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a: beliau berkata: Rasulullah mencium

Hassan Bin Ali sedang Al-Aqra’ bin Habis berada di sebelah baginda lalu

berkata: “aku mempunyai sepuluh orang anak, belum pernah aku mencium

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 16


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

seorang pun di antara mereka” Rasulullah memandang kepadanya lalu

bersabda: “barangsiapa tidak mengasihani dia tidak akan dikasihi”

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Ibu bapa hendaklah mengetahui peringkat-peringkat perkembangan emosi dan

memberikan pendidikan emosi yang bersesuaian dengan setiap peringkat

perkembangan anak-anak bermula dari dalam rahim lagi iaitu semasa dalam

kandungan. Ibu bapa memiliki peranan yang penting dalam menentukan sekolah

yang sesuai untuk anaknya. Tetapi bukan suatu hal yang bijak jika pendidikan

sepenuhnya diserahkan hanya kepada pihak sekolah sahaja kerana sehebat

manapun kualiti tempat anak menuntut ilmu secara formal, ibu bapa tetap

memiliki tanggungjawab yang besar apakah pendidikan yang dijalaninya berhasil

atau tidak.

3.2.6 Pendidikan Sosial

Pendidikan tidak lengkap jika pendidikan sosial kepada anak-anak diabaikan.

Keluarga perlu mendidik anak-anak dengan didikan sosial yang sesuai dengan

akhlak Islam dengan mengambil kira budaya tempatan sesuatu masyarakat.

Keluarga tidak boleh melihat pendidikan sosial ini sebagai sesuatu yang remeh

sehingga mengabaikan aspek ini dalam pendidikan anak-anak kerana kanak-kanak

dalam tahap permulaan hidupnya belum mempunyai pengalaman sosial yang luas,

ia masih belum mampu berdikari untuk mengalami sendiri suasana dan alam

sekelilingnya.

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 17


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

Pendidikan sosial ini melibatkan bimbingan tingkah laku sosial, ekonomi dan

politik dalam rangka akidah Islam yang betul berdasarkan ajaran-ajaran dan

hukum hakam agama dengan harapan dapat meningkatkan keimanan serta

ketakwaan kepada Allah SWT. Melalui keimanan dan ketakwaan itu akan lahirlah

individu yang menghargai waktu, jujur, ikhlas dalam perbuatan, adil, kasih

sayang, ihsan, mementingkan orang lain, tolong menolong, setiakawan dan

sebagainya serta boleh menyumbang kepada pembentukan nilai sosial dalam diri

anak-anak.

Cara-cara untuk membentuk tingkah laku sosial anak-anak :-

i. Memberi contoh yang baik kepada anak-anaknya dalam tingkah laku

sosial yang sihat berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan nilai agama.

ii. Menjadikan rumah sebagai medan untuk mendidik tingkah laku sosial

anak-anak melalui hubungan-hubungan sosial yang dipraktikkan antara

ahli keluarga.

iii. Menggalakkan mereka mendapatkan kerja yang dapat menolong mereka

berdikari dari segi ekonomi.

iv. Membiasakan mereka hidup sederhana supaya lebih bersedia menghadapi

kesulitan sebelum terjadi.

v. Bersifat adil antara mereka. Rasulullah SAW bersabda bermaksud,

“Bertakwalah kamu kepada Allah dan berbuat adillah antara anak-

anak kamu”

(Hadis Riwayat Imam Bukhari Dan Muslim )

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 18


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

vi. Membiasakan mereka dengan akhlak-akhlak Islam dalam tatacara makan,

minum, duduk, tidur, memberi salam, berziarah, masuk rumah yang telah

didiami orang dan lain-lain lagi tingkah laku dalam hidup.

vii. Membiasakan anak-anaknya berdikari dan memikul tanggungjawab secara

beransur-ansur serta membimbing mereka dengan cara lembut jika mereka

bersalah.

viii. Menjauhkan mereka dari sifat manja dan berfoya-foya dan jangan

menghina dan merendahkan mereka dengan kasar sebab sifat memanjakan

dan kekasaran itu merosak keperibadian anak-anak.

ix. Melayan anak-anak dengan lemah lembut ; dan

x. Menghormati anak-anak di depan kawan-kawan mereka.

3.2.7 Pendidikan Seksual

Biasanya kita ketahui bahawa pendidikan seks cenderung untuk orang dewasa

sahaja tetapi pendidikan seks harus juga diajar kepada anak diusia akil baligh.

Contoh pada anak baru mengalami mimpi basah, ibu bapa harus memberitahu

bahawa dia telah dewasa dan perlu diterangkan perkara-perkara yang perlu

dilakukan atau tidak serta kesan-kesannya.

Masyarakat hari ini disajikan dengan pellbagai berita gejala sosial membabitkan

generasi muda seperti seks bebas, penagihan dadah, khalwat, lari dari rumah, dan

sebagainya lagi. Pada masa ini, gejala negatif seks bebas mencerminkan

keruntuhan akhlak moral dan ini menjejaskan putaran semula jadi sebagai satu

pasangan suami isteri.

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 19


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

3.2.8 Pendidikan Menguruskan Kewangan

Pendidikan Kewangan adalah pendidikan yang diperlukan untuk mengetahui cara-

cara yang betul dalam mengatur kedudukan kewangan yang diperolehi dari hasil

berkerja atau berniaga. Pendidikan Kewangan akan membantu anak-anak dalam

menguruskan kehidupannya akan datang dalam menguruskan sumber

kewangannya supaya mencukupi untuk simpanan dan kegunaan keperluan

mereka. Dari itu, budaya menyimpan wang dan amalan berjimat cermat perlu

dididik kepada anak-anak semenjak kecil lagi.

4. FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK GENERASI MUDA BERPUNCA

DARIPADA INSTITUSI KELUARGA YANG LEMAH

4.1 Kemiskinan / Keperitan Hidup

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 20


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

Kadang-kala terdapat juga anak-anak yang terpaksa berkerja untuk mencari wang bagi

menyara keluarga mereka yang miskin. Perkara ini dapat memberikan kesan negatif

kepada anak-anak kerana mereka hilang tumpuan dalam pendidikan. Mereka sepatutnya

di rumah mengulangkaji pelajaran selain dapat membantu tugas-tugas harian rumah,

bersuka, beriadah dan sebagainnya. Jika difikirkan semula pekerjaan apa yang sesuai

diberikan kepada anak-anak yang belum habis sekolah atau belum mempunyai kelulusan

melainkan kerja-kerja berat yang memenatkan mereka dan dengan upah yang sedikit.

4.2 Keretakan Rumahtangga Dan Penceraian

Keretakan rumahtangga dan penceraian juga merupakan salah satu faktor terjadinya

sesebuah keluarga itu tidak berfungsi dan memberikan kesan negatif kepada anak-anak

walaupun mereka ini diberikan didikan yang sempurna kecuali jika anak-anak ini tabah

serta matang dan merasakan dirinya sendiri yang boleh memajukan dirinya.

Menurut Hatta Shaharom (1989), beliau telah membahagikan kesan perceraian kepada

dua aspek utama iaitu aspek kehidupan dan aspek psikologi sebagaimana berikut :-

i. Dalam Aspek Kehidupan - hidup akan terumbang-ambing atau terbiar, perubahan

sikap yang tidak terkawal, gangguan perlakuan dan masalah juvana, kekeliruan

mencari idola, mudah terpengaruh, terdedah untuk melakukan jenayah, keras hati

dan suka melepak.

ii. Dalam Aspek Psikologi - tekanan jiwa, perkembangan psikologi yang tidak sihat

dan gangguan emosi.

Berikut merupakan statistik perceraian di seluruh Malaysia :-

STATISTIK PERCERAIAN SELURUH MALAYSIA

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 21


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

NEGERI/TAHUN 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007


PERLIS 188 186 226 253 164 228 326 247
KEDAH 1,168 1,549 1,133 1,085 1,474 1,737 2,006 2,188
P.PINANG 647 717 911 925 916 913 813 917
PERAK 1,234 1,103 1,975 1,363 1,508 1,475 1,577 1,551
SELANGOR 2,075 1,878 1,977 3,158 3,136 3,030 3,295 3,722
K.LUMPUR 499 721 798 885 1,296 1,250 1,423\ 1,141
N.SEMBILAN 625 564 629 684 638 807 867 907
MELAKA 463 475 530 589 553 612 726 758
JOHOR 1,942 963 1,627 1,612 1,690 1,521 1,647 1,931
PAHANG 1,016 1,042 894 917 616 1,505 1,541 1,502
TERENGGANU 1,005 1,046 813 897 1,172 1,285 1232 1,537
KELANTAN 1,784 2,042 1,472 1,926 1,952 1,900 2,014 2,257
SARAWAK 486 602 634 652 826 820 974 910
SABAH 433 311 161 570 514 582 923 924
W.P LABUAN 40 79 61 28 50 84 99 37
MALAYSIA 13,605 13,278 13,841 15,544 16,505 17,749 19,463 20,529

Jadual 1 : Statistik Perceraian di Malaysia

Merujuk kepada statistik di atas, kes-kes perceraian di seluruh Malaysia meningkat dari

setahun ke setahun mulai tahun 2001 hingga ke 2007. Pada tahun 2007, tiga negeri yang

mempunyai kes paling banyak adalah di negeri Selangor sebanyak 3,722 diikuti dengan

Kelantan sebanyak 2,257 kes dan di negeri Kedah sebanyak 2,188 kes. Statistik ini

amatlah membimbangkan kerana implikasi dari perceraian ini terhadap pendidikan

adalah seperti masalah disiplin di sekolah, agresif di sekolah, hilang tumpuan dan cita-

citanya tergendala selain menyebabkan terbatutnya tumbesaran anak-anak. Jika tidak di

kawal, anak-anak mudah terpengaruh dengan rakan-rakan yang negatif seterusnya

terjerumus dalam kancah kemaksiatan serta kes-kes jenayah.

4.3 Perlakuan Ibu Bapa Atau Saudara Kandung

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 22


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

Perlakuan ibu bapa atau adik beradik di rumah juga dapat memberi kesan kepada tingkah

laku anak-anak apabila mereka dewasa kelak. Ini kerana Ibu bapa merupakan model

contoh yang menjadi ikutan anak-anaknya sepertimana kata pepatah “Bapa borek anak

rintik”. Jika ibu bapa merokok atau minum minuman keras dan sebagainya, bagaimana

nasihat atau tegurannya hendak dipatuhi oleh anak-anak kerana mereka merasakan

perkara itu bukanlah suatu kesalahan yang besar untuk dicuba. Begitu juga tingkah laku

yang kasar atau berkomunikasi dengan anak-anak dan bersama adik beradik yang lain.

Jika mereka selalu memaki hamun anak-anak dengan perkataan-perkataan yang tidak

baik maka ia juga akan menjadi ikutan anak-anak yang telah mempelajarinya sejak kecil.

4.4 Ibu Bapa Mengabaikan Kepentingan Pendidikan

Kehidupan di zaman moden ini menuntut ibu bapa keluar mencari rezeki untuk

memenuhi keperluan material keluarga. Justeru dalam mengejar material ini ibu bapa

terlupa ada satu lagi tanggungjawab yang perlu dipenuhi yang sama pentingnya dengan

keperluan material iaitu tanggungjawab mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu bijak

menyeimbangkan masa berkerja dengan pendidikan anak-anak supaya mereka tidak

ketinggalan dan tidak tersisih seperti “anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati

kelaparan”. Ibu bapa haruslah mengimbangkan kerjaya dan kehidupan seharian mereka

agar anak-anak mendapat didikan yang sempurna dari segi fizikal mahupun mental, kaya

dengan kebendaan tetapi muflis dari segi keperibadian akan secara tidak langsung

memberi impak negatif terhadap anak-anak mereka.

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 23


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

4.5 Pergaulan Negatif Rakan-Rakan

Terdapat banyak kajian yang telah dibuat oleh para ahli sosiologi mendapati bahawa

rakan merupakan orang yang paling berpengaruh dalam pembentukan sikap anak-anak.

Rakan merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak apabila mecapai umur

dewasa. Oleh itu, ibu bapa hendaklah mengenalpasti rakan kepada anak-anak mereka

dengan mengenal latar belakang keluarga dan sikap rakan tersebut bagi memastikan

anak-anak mereka membesar dalam suasana yang baik. Jika tidak, boleh menyebabkan

anak-anak berkawan dengan rakan-rakan yang tidak baik dan mempunyai sikap negatif

seperti malas belajar, melepak, merokok, dan sebagainya. Pengawasan daripada ibu bapa

terhadap pergaulan anak-anak dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

4.6 Pengaruh Budaya Barat dan Media Masa

Media massa merupakan alat yang paling berpengaruh dalam pembentukan peribadi

anak-anak. Pada masa ini, pelbagai anasir tidak baik telah dipaparkan di kaca televisyen,

majalah dan internet yang boleh menggugat akidah anak-anak. Paparan media barat

seperti video dan gambar lucah, fesyen berpakaian, muzik-muzik melalaikan, permainan

video dan sebagainya yang tidak bersesuaian dikhuatiri akan menjadi ikutan anak-anak.

Oleh yang demikian, ibu bapa perlulah mengawal anak mereka dalam menggunakan

media massa dengan sebaik mungkin agar perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

4.7 Pengangguran meluas di kalangan masyarakat

Anak-anak mereka yang telah menamatkan sekolah atau pengajian yang sedang

menunggu peluang perkerjaan janganlah dibiarkan menganggur lama tanpa melakukan

sebarang kerja yang boleh menyebabkan mereka berasa bosan di rumah dan akhirnya

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 24


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

mereka akan turut keluar bersama rakan-rakan lain yang menganggur dan mencari

keseronokan. Perkara ini jika tidak diambil perhatian juga boleh menyebabkan mereka

malas untuk berkerja di masa akan datang atau melibatkan diri dengan aktiviti tidak sihat

seperti melepak, lumba haram dan sebagainya. Oleh itu perlulah diberi perhatian dengan

memenuhkan aktiviti atau program seharian mereka dengan perkara-perkara yang

berfaedah seperti membantu tugasan harian rumah, menghantar ke kelas kemahiran

secara sambilan dan sebagainya.

5. KESIMPULAN

“ Keluarga bahagia tunjang kemakmuran Negara ”. Pernyataan ini jelas menunjukkan

bahawa keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian unggul

generasi muda dan sudah terang lagi bersuluh bahawa jati diri anak-anak ini dapat dibentuk

melalui institusi keluarga khususnya ibu bapa yang memainkan peranan penting. Anak-anak

tentunya dapat mengimplimentasikan nilai-nilai murni dan sikap positif dalam kehidupan

seharian seterusnya membentuk sanubari yang baik sekiranya dipupuk dari kecil. Keluarga

merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak.

Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah mestilah sentiasa bersikap

penyanyang, berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali dijadikan seperti “ketam mengajar

anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring”.

Justeru itu, ibu bapa sewajarnya menginduktrinasikan pucuk-pucuk hijau ini bagai menatang

minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam aktiviti sosial

dan budaya barat yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik. Melalui nasihat dan

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 25


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak tahu membezakan antara intan dan kaca. Institusi

keluarga sememangnya merupakan salah satu langkah yang signifikan dalam membentuk

keperibadian anak-anak. Sikap-sikap yang positif haruslah disemai dalam jiwa anak-anak

untuk menjamin kesejahteraan hidup dan pembentukan keperibadian mulia mereka. Anak-

anak yang ibarat berusia setahun jagung, berdarah setampuk pinang ini mesti diberi

penekanan dari segi mental dan fizikal supaya kelak dapat menjadi tunggak negara.

Intihanya, keluarga merupakan mercu tanda kemakmuran negara. Jikalau anak-anak kini

berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu anak remaja yang merupakan

pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara ini dapat menjadi pemimpin yang berkaliber

kelak. Impian Perdana Menteri ke lima untuk membentuk sebuah negara yang “Cemerlang,

Gemilang dan Terbilang” dapat dimakbulkan, sekaligus menjadi negara Malaysia berdiri gah

di persada dunia.

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 26


PERANAN KELUARGA ADALAH SESUATU YANG CUKUP
SIGNIFIKAN
DALAM MEMBENTUK GENERASI MUDA MEMPUNYAI PERIBADI
UNGGUL

RUJUKAN

Dr.Abdullah Nashih Ulwan, 1989.Pedoman Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam.


Selangor : Klang Book Centre.

Abu Afiqah, 1996. Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin Serta Panduan
Menamakan Bayi. Kuala Lumpur : Darul Nu’man.

Muhammad Thalib, 1997. 40 Peranan Ibu Bapa Mithali. Kuala Lumpur : Darul Nu’man.

Muhammad Thalib, 1997. 20 Sifat Fitrah Anak. Kuala Lumpur : Darul Nu’man.

Dr.Hasan Hj.Mohd Ali, 1996. 40 Kesilapan Mendidik Anak. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd dan Akademi Keluarga Bahagia Malaysia
(AKRAB).

Saedah Siraj, 2005. Pendidikan Anak-anak. Kuala Lumpur : Alam Pintar Enterprise.

Noresah Bt. Baharom, 2005. Kamus Dewan Edisi keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

http://www.islam.gov.my/informasi/ 24 Oktober, 2009 Statistik Penceraian.

Disediakan oleh : Muhaymin Hakim Abdullah | 27

You might also like