You are on page 1of 23

Cabaran utama seorang 

pensyarah yang bercita-cita untuk kekal bersama roh dan


semangat akademiknya adalah memastikan mereka terlibat dalam aspek penyelidikan,
penulisan dan penerbitan secara berterusan. Pengalaman inilah yang akan membezakan
tahap kesarjanaan seorang pensyarah yang pastinya terpantul kembali melalui syarahan –
terutamanya – kepada para pelajar pasca-siswazah.

Dalam diri seorang ahli akademik sejati, kepuasan kerana dapat menyumbang kepada
tahap kecemerlangan akademik, sukar diceritakan. Misalnya, pada bulan Mei yang baru
lalu, saya menerima e-mail daripada Profesor Zahirul Hoque, Editor Journal of
Accounting & Organizational Change (JAOC) yang berpengkalan di Australia.

Beliau sertakan sekali dengan laporan penilai. Tentu sekali saya amat teruja dengan e-
mail penerimaan bersyarat untuk menerbitkan kertas penyelidikan The relative Value
Relevance of Earnings and Book Value in Malaysia and Singapore yang ditulis bersama
Dalilawati, Khairul Anuar dan Jagjit. Tambah-tambah lagi – untuk tahun ini – sudah dua
kertas penyelidikan telah diterima untuk diterbitkan.

Penilai A bermurah hati kerana hanya menyenaraikan tujuh komen dan cadangan yang
perlu diberi perhatian oleh kami. Kesemua komen-komen tersebut boleh diperbetul,
diperhalusi dan masih dalam kawalan. Maksud saya, jumlah kerja yang perlu dilakukan
agak minimum. Pengalaman lampau mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam
mengurus hasil penyelidikan supaya dapat diterbitkan melalui jurnal yang boleh diterima
di peringkat antarabangsa. Jadi, memuaskan hati penilai merupakan satu aspek penting
yang tidak boleh dikompromi.

Kemudian, saya menerima pula laporan Penilai B. Komen beliau sangat-sangat positif.
Sebagai seorang ahli akademik, kepuasan yang tidak terhingga akan terasa apabila hasil
penyelidikan dinilai oleh rakan sejawat, diterima dan kemudian diterbitkan pula oleh
jurnal yang mempunyai citation index.

Komen-komen positif amat melegakan. Malah menaikkan semangat untuk bekerja lebih
kuat lagi. Saya sertakan contoh komen penilai lain yang saya terima daripada Jurnal
Corporate Governance: The International Journal of Business in Society. Kemudian saya
sertakan jawapan editor setelah saya membuat pembetulan. Juga, perhatikan komen
penilai daripada satu persidangan di Greece.

Penolakan kertas penyelidikan amat melukakan. Bagaimanapun ia tidak boleh dijadikan


alasan untuk kecewa secara melampau. Namun saya perlu akui, yang ia bukanlah satu
proses yang mudah.

Perhatikan pengalaman ini. Kami memulakan penyelidikan ini pada awal 2004. Secara
kasar, penyelidikan ini telah disempurnakan dalam masa 6-8 bulan. Kemudian, kami
sediakan ringkasan hasil penyelidikan dalam bentuk kertas penyelidikan. Saya hantar
abstrak kepada penganjur persidangan perakaunan – sekurang-kurangnya di lima negara
yang berasingan – dan kertas kami diterima oleh kesemua penganjur.
Saya pilih Istanbul, Turki. Kemudian tanpa berlengah lagi, saya membuat permohonan ke
Jabatan Biasiswa dan Latihan untuk membentangkan kertas kerja di Luar Negara. Mereka
luluskan RM3000. Alahai…. sikitnya! Tak mengapa – No komplen (nota: tahun ini
mereka luluskan RM7000 untuk ke Florence, Italy).

Namun kegembiraan saya yang sebenar adalah semasa pembentangan kertas kerja. Saya
menerima ramai kenalan – profesor perakaunan dari serata dunia – yang sudi pula
memberi pandangan secara positif dan membina. Eh… kalau di Malaysia – lagi dapat
hentam lagi terror – bilalah kita nak berubah. Bila tengok student kena hentam kiri dan
kanan semasa membentang proposal PhD, saya selalu bersyukur kerana dapat belajar di
luar negara. Kadang-kadang rasa simpati pada pensyarah muda yang baru belajar
menjalankan penyelidikan diasak semasa pembentangan cadangan penyelidikan oleh
kepandaian mereka yang berkelulusan PhD.

Tentu sekali kita sedang mengasuh diri-sendiri supaya pandai PR, berhemah dan bijak
membantu walaupun sudah mencapai tahap Profesor, bergelar Doktor ataupun sudah
cukup bijak dengan penyelidikan. Bila saya membelek-belek senarai panjang tugas
seorang Profesor, salah satu tugas hakiki yang kelihatan besar dan mulia ialah keperluan
seorang Profesor membantu pensyarah muda untuk meningkat di dalam kerjaya mereka.
Peranan ini perlu dilakukan secara bersungguh, ikhlas dan sepenuh perasaan. Saya fikir,
masa akan mengubah keadaan secara perlahan-lahan.

Berbalik kepada kertas penyelidikan yang telah dibentangkan, ia harus diperbetulkan


secepat mungkin disamping keperluan untuk menyiapkan laporan penyelidikan yang
bakal dihantar kepada Institute of Research, Development and Commercialisation
(IRDC) UiTM.

Bila sempurna semuanya (Disember 2005), kami mula mencari-cari jurnal yang sesuai.
Kami memilih JAOC. Hampir enam bulan kemudian, barulah menerima maklum balas.
Dan saya fikir, kami memerlukan sebulan lagi untuk membetulkan kesemua teguran dan
cadangan penilai. Bila pula ia akan diterbitkan – tak payahlah memenatkan benak
pemikiran. Ia sudah tidak penting lagi!

Saya ingin berpesan kepada pensyarah yang masih kurang keyakinan untuk menghantar
kertas penyelidikan mereka ke Jurnal Antarabangsa supaya berani mencuba. Senario
paling teruk yang bakal anda hadapi ialah kertas penyelidikan anda akan ditolak. Bukan
mati.

Cuba baca artikel How to publish your journal. Menarik. Saya sendiri pernah menerima
satu komen yang agak kejam: “data yang digunakan sudah out-dated. Jika mahu
dipertimbangkan semula, saya cadangkan supaya ditambah satu tahun yang terkini”.
Tambahan yang menggambarkan satu projek baru.
Lebih tajam lukanya kerana Jurnal yang enggan menerima artikel saya bukanlah daripada
kumpulan A. Saya tidak mengalah. Lalu saya hantar satu lagi kertas penyelidikan yang
akhirnya ia sudah diterbitkan (2005) oleh Jurnal yang sama.

Nota: Artikel ini pada asalnya dipost melalui Kehidupan Ringkas tapi Signifikan.
Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif
terhadap Prestasi Pelajar dalam Pendidikan
Perakaunan
Suhaida Abdul Kadir, and Zaidatul Akmaliah Lope Pihie, and Noran Fauziah Yaakub, and
Habibah Elias, and Rohani Ahmad Tarmizi, (2006) Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif
terhadap Prestasi Pelajar dalam Pendidikan Perakaunan. Jurnal Pendidikan, 26 (Malay
Language Version) . pp. 37-61. ISSN 01265261

PDF - Requires a PDF viewer such as GSview, Xpdf or


Adobe Acrobat Reader
171Kb

Preview

Affiliations
Universiti Putra Malaysia. Faculty of Educational Studies
Universiti Putra Malaysia. Faculty of Educational Studies
Universiti Putra Malaysia. Faculty of Educational Studies
Universiti Putra Malaysia. Faculty of Educational Studies
Universiti Putra Malaysia. Faculty of Educational Studies
Abstract
A quasi-experimental study was conducted at four academic schools in Hulu Langat, Selangor.
The objectives of the study were to determine the effectiveness of cooperative learning strategy in
accounting subject towards students‘ performances and their perceptions towards the cooperative
learning strategy. Five classes (n = 122) used cooperative learning strategy for eight weeks and
four other equivalent classes (n = 86) were made the control group. A test was conducted before
the experiment to obtain the covariate score. Students‘ performances were measured after the
treatment. Students’ perceptions were obtained using open-ended questions. The findings of the
study show that the students in the cooperative learning group have higher posttest scores
compared to the control group. The implications of the study and suggestions for implementing
cooperative learning strategy are also discussed.
Item Type: Journal

Keywords: Accounting, Study and teaching in schools, Malaysia, Selangor, Hulu Langat,
Collaborative learning

Subjects: L Education

ID Code: 5293

1. Abekah, J., Maher, E., & Maher, R. (1996). Students’ perceptions towards accounting: The
effects of the first university accounting course. The Delta Pi Epsilon Journal, 38(3), 167-179.

2. Abrami, P. C., Chambers, B., Poulsen, C., De Simone, C., D’Apollonia, S., & Howden, J.
(1995). Classroom connections: Understanding and using cooperative learning. New York:

Harcourt.

3. Beegle, J., & Coffee, D. (1991). Accounting instructors’ perceptions of how they teach versus
how they were taught. Journal of Education for Business, 66(8), 90-94.

4. Berg, B. L. (1998). Qualitative research methods for the social sciences (3rd ed.). Boston:

Allyn & Bacon.

5. Campbell, D. T., & Stanley, J. C. (1966). Experimental and quasi-experimental designs for
research. Dalam N. L. Gage (Ed.), Handbook of research on teaching (ms. 171-246). Chicago:

Rand McNally.

6. Chang, Chun-Yen, & Mao, Song-Ling. (1999). The effects on students’ cognitive achievement
when using the cooperative learning method in earth science classrooms. School Science and

Mathematics, 99(7), 374-380.

7. Choong, L. G. (1995). Cooperative learning in the ESL writing class. Tesis Sarjana Muda,

Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

8. Cochran, W. G., & Cox, G. M. (1957). Experimental design (2nd ed.). New York: Wiley.
9. Coelho, E. (1994). Learning together in the multicultural classroom. Ontario: Pippin.

10. Cohen, E. G. (1994). Restructuring the classroom: Conditions for productive small groups.

Review of Educational Research, 64(1), 1-35.

11. Cook, T. M., & Campbell, D. T. (1979). Quasi-experimentation: Design & analysis issues for

field settings. Boston: Houghton.

12. Denzin, N. K., & Lincoln, Y. S. (2000). Introduction: The discipline and practice of
qualitative research. Dalam N. K. Denzin & Y. S. Lincoln (Eds.), Handbook of qualitative

research (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.

13. Duren, P. E., & Cherrington, A. (1992). The effects of cooperative group work versus
independent practice on the learning of some problem-solving strategies. School Science and

Mathematics, 92(2), 80-83.

14. Emore, J., & Cress, J. (1989). Accounting education: A time for change. Journal of Education

for Business, 64(8) 361-365.


15. Fraenkel, J. R., & Wallen, N. E. (1996). How to design and evaluate research in education

(3rd ed.). New York: McGraw-Hill.

16. Habibah Elias. (1992). Strategi pengajaran ekonomi KBSM. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

17. Halimah bt. Harun. (1992). Sikap dan pencapaian dalam perakaunan dan faktor-faktor yang
mempengaruhinya. Tesis M.Ed, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

18. Hinkle, D. E., Wiersma, W., & Jurs, S. G. (1994). Applied statistics for the behavioral

sciences (3rd ed.). Princeton, NJ: Houghton.

19. Holter, N. C. (1994). Team assignments can be effective cooperative learning techniques.

Journal of Education for Business, 69, 73-76.

20. Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1998). Cooperative learning and social interdependence
theory: Social psychological applications to social issues. Dimuat turun (t.t) daripada

http://www.clcrc.com/pages/SIT.html
21. Johnson, D. W., Johnson, R. T., Johnson, J., & Anderson, D. (1976). Effects of cooperative
versus individualized instruction on student prosocial behavior, attitudes toward learning, and

achievement. Journal of Educational Psychology, 68(4), 446-452.

22. Johnson, D. W., Johnson, R. T., & Scott, L. (1978). The effects of cooperative and
individualized instruction on student attitudes and achievement. Journal of Social Psychology,

104, 207-216.

23. Johnson, D. W., Maruyama, G., Johnson, R., Nelson, D., & Skon, L. (1981). Effects of
cooperative, competitive, and individualistic goal structures on achievement: A meta-analysis.

Psychological Bulletin, 89(1), 47-62.

24. Johnson, D. W., Skon, L., & Johnson, R. (1980). Effects of cooperative, competitive, and
individualistic conditions on children’s problem solving performance. American Educational

Research Journal, 17(1), 83-83.

25. King, A. (1990). Enhancing peer interaction and learning in the classroom through reciprocal

questioning. American Educational Research Journal, 27(4), 64-687.

26. Lindquist, T. M. (1995). Traditional versus contemporary goals and methods in accounting
education: Bridging the gap with cooperative learning. Journal of Education for Business, 70,
278-284.

27. Mok, S. S. (1997). Pedagogi 2: Pelaksanaan pengajaran. Selangor: Budiman.

28. Neuman, W. L. (1991). Social research methods: Qualitative and quantitative approaches.

Boston: Allyn & Bacon.

29. Newmann, F. M., & Thompson, J. (1987). Effects of cooperative learning on achievement in
secondary schools: A summary of research. Madison, WI: University of Wisconsin, National

Center of Effective Secondary Schools.

30. Ong, E. T. (1994). The effect of cooperative learning on the mathematics achievement of
form 4 students in Simpang secondary school in Malaysia. Tesis M.Ed, University of

Houston/IAB.

31. Peterson, P. L., & Swing, S. R. (1985). Students’ cognitions as mediators of the effectiveness

of small-group learning. Journal of Educational Psychology, 77(3), 299-312.

32. Ross, J. A., & Raphael, D. (1990). Communication and problem solving achievement in
cooperative learning groups. Journal of Curriculum Studies, 22(2), 149-164.

36. Sharan, S. (1980). Cooperative learning in small groups: Recent methods and effect on
achievement, attitudes, and ethnic relations. Review of Educational Research, 50(2), 241-271.

37. Sharifah Md. Nor, & Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (1990). Guru perdagangan dan
keusahawanan: Satu tinjauan profil dan pandangan terhadap kerja. Jurnal Pendidikan, 16, 37-44.

38. Siti Rahayah Ariffin (1998). Isu-isu pengajaran dan pembelajaran secara koperatif bagi mata
pelajaran sains sekolah bestari. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Isu-Isu
Pendidikan Negara anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 26 - 27

November, 1998.

39. Slavin, R. E. (1983). When does cooperative learning increase student achievement?

Psychological Bulletin, 94(3), 429-445.

40. Slavin, R. E. (1987). Cooperative learning: Where behavioral and humanistic approaches to
classroom motivation meet. The Elementary School Journal, 88(1), 29-37.

41. Slavin, R. E. (1990). Cooperative learning: Theory, research and practice. Boston: Allyn &

Bacon.

42. Slavin, R. E. (1994). Using student team learning (4th ed.). Baltimore, MD: The Johns

Hopkins Team Learning Project.

43. Slavin, R. E. (1995). Cooperative learning among students: Theory, research, and
implications for active learning. Dimuat turun (t.t) daripada

http://www.scov.csos.jhu.edu/sfa/cooplearn.htm

44. Slavin, R. E. (1996). Research on cooperative learning and achievement: What we know,

what we need to know. Contemporary Educational Psychology, 21, 433-69.

45. Strauss, A., & Corbin, J. (1995). Basics of qualitative research: Grounded theory, procedures

and techniques. London: Sage.

46. Suhaida Abdul Kadir, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Noran Fauziah Yaacob, Habibah Elias,
& Rohani Ahmad Tarmizi (2004). Kesan pembelajaran koperatif terhadap konsep kendiri
akademik di dalam Pendidikan Perakaunan. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(2), 151-161.

47. Tudge, J. (1990). Vygotsky, the zone of proximal development, and peer collaboration:
Implications for the classroom practice. Dalam L. C. Moll (Ed.), Vygotsky and education:
Instructional implications and applications of sociohistorical psychology (ms. 155-172). New

York: Cambridge UP.

48. Webb, N. M. (1982). Student interaction and learning in small groups. Review of Educational

Research, 52(3), 421-445.

49. Whicker, K. M., Bol, L., & Nunnery, J. A. (1997). Cooperative learning in the secondary

mathematics classroom. Journal of Educational Research, 91(1), 42-48.

50. Woolfolk, A. E. (1995). Educational psychology (6th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

51. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, & Sharifah Md. Nor. (1990). Proses pengaliran di sekolah
menengah rendah dan kesannya terhadap status mata pelajaran elektif. Jurnal Pendidikan, 13, 53-
66.

Repository Staff Only: item control page


 

1
KAJIAN KES MENGENAI PEMAHAMAN PELAJAR JURUSAN
PERAKAUNAN DALAM MENGGUNAKAN KAEDAH ALGEBRA BAGI
MENYELESAIKAN MASALAH BENTUK AYAT (WORD PROBLEM)
Zuhaid Mukrim
Kolej Matrikulasi Perak
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kefahaman pelajarJurusan Perakaunan Kolej
Matrikulasi Perak masalah menukarkan masalah bentuk ayat ke dalam bentuk bahasa
algebra. Tiga orang pelajar telah dipilih secara rawak dari satu kumpulan tutorial yang
terdiri dari 30 pelajar. Analisis adalah berasaskan satu temubual tidak berstruktur
dengan tiga orang pelajar Jurusan Perakaunan di Kolej Matrikulasi Perak Semasa
proses temubual dijalankan penyelidik merekod perbualan 2 hala antara pelajar dengan
penyelidik. Secara keseluruhan dapatan kajian, mendapati pelajar sukar untuk
menukarkan ayat ke dalam bentuk algebra. Mereka lebih cenderung menggunakan
arithmetic untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai kesimpulan penyelidik
mencadangkan agar para pendidik khususnya guru matematik perlu memberi penekanan
terhadap masalah yang berkaitan konsep algebra dan masalah menukarkan bentuk ayat
kepada bahasa algebra.
1.0 Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran matematik telah mengalami perubahan ketara bukan sahaja
melibatkan perubahan sukatan bahkan dari segi pendekatannya. Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah yang disemak semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2000 telah
memberi penekanan terhadap aspek pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah dalam
usaha untuk mewujudkan pembelajaran berkesan dan penguasaan pemahaman konsep matematik
di kalangan pelajar. Pelajar perlu dibawa keluar dari kepompong pemikiran yang sempit terhadap
matematik kepada bentuk yang lebih praktikal dan analitik yang memerlukan pemahaman konsep.
Dalam usaha ke arah itu, pelajar perlu dikaji bukan sekadar tentang cara mereka belajar dan
menjawab soalan bahkan perlu mendalami cara mereka berfikir serta berinteraksi dalam
memahami sesuatu konsep matematik. Seperti kata Wood (1988), “Satu-satunya cara untuk
mengelakkan dari terbentuknya salah faham konsep adalah melalui perbincangan dan interaksi.
Suatu masalah yang dikongsi dalam perbincangan matematik, boleh menyelesaikan suatu
masalah.”
Salah satu bidang penting yang merupakan asas merentasi kurikulum matematik adalah algebra.
Oleh kerana itu, memahami konsep yang betul tentang algebra merupakan suatu keperluan asas
bagi pelajar sebelum menguasai bidang-bidang matematik yang lain seperti geometri dan
kalkulus. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan memberi tumpuan kepada bagaimana pelajar
menyelesaikan masalah bentuk ayat (word problem) berdasarkan pemahaman mereka terhadap
konsep algebra itu sendiri.
2.0 Pernyataan Masalah
Menurut Cockroft (1982) yang telah menemubual bekas pelajar lepasan sekolah menengah,
“algebra merupakan penyebab kekeliruan dan sikap negatif di kalangan pelajar-pelajar terhadap
matematik.” Herscovics (1989) pula menyatakan “algebra merupakan halangan terbesar bagi
kebanyakan pelajar sekolah menengah.” Dua pandangan ini cuba menjelaskan bahawa algebra
menimbulkan masalah kepada pelajar untuk difahami apatah lagi di kalangan mereka yang hanya
melihat matematik dalam bentuk angka semata-mata. Algebra, sama ada dipelajari sebagai
subjeknya sendiri atau diaplikasikan merentas kurikulum matematik adalah merupakan aritmetik
bentuk abstrak yang sukar digambarkan atau kerap disalah ertikan oleh kebanyakan pelajar.
2
Mereka tidak dapat menggambarkan satu situasi pengiraan aritmetik yang boleh digeneralisasikan
ke dalam bentuk yang lebih abstrak tanpa angka, seolah-olah pernyataan matematik bentuk simbol
seperti abjad adalah sesuatu yang terpisah dengan aritmetik.
Jika ditinjau Sukatan Pelajaran Matematik KBSM semakan semula tahun 2000, Matematik
dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu Nombor, Bentuk dan Perkaitan di mana topik algebra
diletakkan dalam kategori Perkaitan yang menekankan aspek membuat generalisasi suatu situasi
ke dalam bentuk jadual, graf, rumus, persamaan atau ketaksamaan. Ini sememangnya mampu
menepati konsep algebra sebagai generalisasi aritmetik, hubungan dan fungsi, model dan struktur
dalam menyelesaikan masalah. Namun mengkategorikan algebra sebagai suatu tajuk yang
berasingan mungkin menyebabkan pelajar menganggap ianya sesuatu yang terpisah daripada
aritmetik yang seterusnya menyebabkan konsep algebra itu disalah ertikan.
Vergnaud (1997) menyatakan bahawa algebra merupakan suatu tekanan kepada pelajar untuk
dipelajari kerana ianya bukan sekadar memerlukan pelajar melakukan operasi pengiraan simbolsimbol
bentuk baru bahkan melibatkan mereka dalam mempelajari konsep-konsep baru seperti
persamaan, rumus, fungsi, pembolehubah dan parameter. Mempelajari untuk mengenali dan
memahami objek matematik yang baru sebagai suatu entity bentuk nombor yang bertentangan
dengan yang telah dipelajari merupakan kesukaran besar bagi pelajar untuk melakukan transisi
yang berkesan dari aritmetik kepada algebra. Masalah transisi dan terjemahan aritmetik ke algebra
ini ditekankan oleh Kieran (1997) dengan menyatakan bahawa satu daripada halangan terbesar
dalam menggunakan algebra untuk menyelesaikan masalah adalah dalam menterjemahkan
maksud ayat ke dalam bentuk algebra. Halangan ini termasuklah tentang bagaimana
menggunakan huruf untuk mewakili sesuatu kuantiti yang tidak diketahui (anu) dalam bentuk
suatu persamaan yang mengandungi anu dan data dari situasi masalah tersebut. Justru, kajian ini
akan mengambil kira konsep algebra sebagai suatu alat atau cara menyelesaikan masalah
artimetik dengan meninjau dan membuat pemerhatian terhadap pemahaman pelajar tentang
bagaimana mereka menggambarkan proses aritmetik ke dalam bentuk algebra dalam
menyelesaikan masalah bentuk ayat.
3.0 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk:-
3.1 meninjau bagaimana pelajar dapat mengungkapkan operasi aritmetik ke dalam bentuk
algebra daripada masalah bentuk ayat;
3.2 meninjau masalah yang mungkin wujud dalam pemahaman pelajar tentang ungkapan dan
persamaan algebra bagi menggambarkan situasi keseluruhan dalam menyelesaikan
masalah.
3.3 mengkaji pemikiran pelajar terhadap konsep algebra itu sendiri sebagai alat untuk
menyelesaikan masalah aritmetik.
4.0 Soalan Kajian
Penyelidik ingin membuat tinjauan tentang sejauh manakah pelajar memahami konsep algebra
sebagai suatu alat untuk menyelesaikan masalah aritmetik di samping mendalami pemikiran
mereka dalam menyelesaikan masalah bentuk ayat (word problem). Persoalan seperti berikut akan
diberi penekanan:-
4.1 Bagaimanakah pelajar mengungkap persoalan aritmetik ke dalam bentuk algebra?
4.2 Adakah pelajar dapat mengenalpasti kuantiti-kuantiti yang tidak diketahui dalam
membentuk persamaan algebra.
4.3 Adakah pelajar memahami konsep persamaan dalam menyelesaikan masalah bentuk
persamaan linear?
4.4 Sejauh manakah anggapan pelajar tentang algebra sebagai suatu alat dalam
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian?
3
5.0 Signifikan Kajian
Berdasarkan tujuan kajian, hasil penyelidikan ini adalah penting dalam mengenal pasti masalah
dalaman yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari algebra agar guru dapat memikirkan dan
menjalankan pendekatan yang sesuai dalam memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar tentang
konsep algebra itu sendiri. Sesetengah pelajar mungkin baik dari segi aritmetik dan mampu
menyelesaikan persamaan linear atau meringkaskan ungkapan algebra mengikut prosedur dan
struktur yang difahami, tetapi sejauh manakah mereka dapat menterjemahkan masalah bentuk
ayat ke dalam bentuk ungkapan atau persamaan algebra berdasarkan konsep algebra yang
sewajarnya?
Justru, pemahaman ini sangat penting memandangkan konsep algebra ini diguna pakai merentasi
kurikulum matematik seperti dalam bidang geometeri, kalkulus, statistik dan sebagainya. Oleh itu,
memahami asas yang kukuh dalam algebra akan memudahkan manipulasi yang lebih abstrak
dalam bidang-bidang matematik yang lain.
6.0 Tinjauan Literatur
Usiskin (1988) mengkonsespsikan algebra kepada pelbagai penggunaan pembolehubah iaitu,
algebra sebagai generalisasi artimetik, algebra sebagai kajian tentang peraturan untuk
menyelesaikan masalah, algebra sebagai kajian tentang hubungan antara kuantiti dan algebra
sebagai kajian mengenai struktur. Kesemua konsep ini boleh kita temui dalam suatu penyelesaian
masalah bentuk ayat yang memerlukan situasi dalam masalah tersebut diterjemahkan ke dalam
bentuk struktur algebra secara umum yang melibatkan hubungan di antara beberapa kuantiti,
seterusnya membentuk persamaan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seperti yang dijelaskan
lebih awal, satu daripada halangan utama dalam menggunakan algebra untuk menyelesaikan
masalah bentuk ayat ialah penterjemahan ayat tersebut ke dalam bentuk algebra (Kieran, 1997).
Bermula dengan masalah bentuk verbal yang paling asas seperti ‘berapakah biji guli yang perlu
ditambah kepada 6 biji guli supaya jumlahnya menjadi 10’, merupakan masalah mudah yang
boleh diselesaikan pelajar dengan operasi aritmetik biasa dengan mencuba bilangan yang
ditambah kepada 6 supaya menjadi 10. Namun, sejauh mana pelajar dapat memahami bilangan
yang hendak dicari adalah suatu anu dalam konsep algebra sebagai alat menyelesaikan masalah
aritmetik? Bagaimana pula andainya mereka berhadapan dengan masalah yang lebih kompleks
yang memerlukan proses aritmetik yang lebih abstrak?
Lazimnya terdapat dua jenis soalan yang sering dihadapi pelajar dalam mempelajari algebra
(Nickson, 2000). Pertama, soalan berbentuk persamaan algebra dalam bentuk huruf yang perlu
diselesaikan. Soalan sebegini menuntut kemahiran pelajar menggunakan prosedur yang betul
untuk menyelesaikannya. Kedua, soalan bentuk ayat penyelesaian masalah di mana dari bentuk
ayat, pelajar dikehendaki memodelkan masalah tersebut ke dalam bentuk persamaan algebra
sebelum menyelesaikannya. Selalunya, soalan jenis kedua ini diharap dapat menguji tahap
pemahaman pelajar terhadap konsep algebra itu sendiri, tetapi pelajar akhirnya akan kembali
menyelesaikannya secara ‘pemahaman prosedur’ atau secara aritmetik. Oleh sebab itulah,
kebanyakan pelajar melihat algebra sebagai suatu topik yang mengandungi peraturan dan
prosedur yang perlu dihafal semata-mata, sedangkan kita mahu pelajar melihat algebra sebagai
suatu alat yang boleh dipelbagaikan dalam menyelesaikan masalah aritmetik
khususnya.(Devlin,K. 2000). Ini juga diakui oleh Kieran (1992) yang menyatakan pelajar melihat
algebra sebagai menghafal tatacara dan prosedur.
Douady (1997) berpendapat, “Menulis dan menyelesaikan persamaan adalah alat yang
penting untuk memodelkan soalan dan jawapan tentang hubungan antara magnitud.”
Pendapat itu bersesuaian dengan suatu kajian yang telah dijalankan oleh Lins (1994) ke
AB
4
atas pelajar berusia 11 – 12 tahun di sebuah sekolah di Brazil dengan mengemukakan satu
soalan sepeti berikut:-
Lins mendapati, pelajar mengemukakan pelbagai pendapat dan di antaranya,
menggambarkan situasi ini ke dalam bentuk persamaan algebra; x 9b y 5b dan
seterusnya x 4b y bagi menyeimbangkan kedua-dua belah persamaan yang
membawa maksud, jika tangki A diisi dengan 4 baldi air lagi, maka paras air akan sama
dengan paras air asal tangki B. Ianya nampak mudah, namun ciri yang sangat penting
dalam kajian ini terletak dalam cara bagaimana ianya memberi kelebihan kepada pelajar
untuk menjana persamaan mereka sendiri berdasarkan situasi yang lebih realistik. Namun
kaedah yang digunakan di kebanyakan negara-negara tidak menumpukan kepada ciri-ciri
tersebut sebaliknya hanya dengan menghafal tatacara dengan membentuk persamaan
formula suatu persamaan yang mengandungi anu, mengenal pasti operasi terlibat,
memanipulasi persamaan dengan menjadikan anu sebagai tajuk rumus dan akhirnya
mencari nilai anu tersebut (Marilyn Nickson, 2000). Negara kita juga tidak terkecuali
dalam hal ini.
Lesh (1987) menghuraikan tentang penyelesaian masalah bentuk ayat ini sebagai tiga peringkat
penterjemahan iaitu:-
(i) dari ayat bahasa ke ayat matematik;
(ii) dari ayat algebra ke ayat aritmetik;
(iii) dari ayat aritmetik, kembali ke situasi masalah yang asal.
Sebagai contoh, Ali ada 15 biji epal iaitu tiga kali ganda bilangan epal yang Abu ada. Berapakah
biji epal yang Abu ada?
(i) Biarkan x sebagai bilangan epal yang Abu ada. Oleh itu, 3x = 15.
(ii) Jika 3 kali suatu nombor menjadi 15, maka 15 3 5.
(iii) Abu ada 5 biji epal.
Contoh ini berkaitan dengan anu yang kelihatan mudah tetapi jelas, proses penterjemahan ini akan
semakin sukar apabila melibatkan pembolehubah dalam pembelajaran algebra ke peringkat yang
lebih tinggi. Misalannya, Aminah mempunyai simpanan dalam tabung sebanyak RM15.
Seterusnya, dia menyimpan sebanyak 50 sen setiap hari. Tuliskan persamaan yang menunjukkan
jumlah wang yang tersimpan sehingga n hari. Di sini pelajar harus mengenalpasti pembolehubah
yang terlibat iaitu jumlah wang terkumpul dan bilangan hari dan seterusnya mengemukakan
persamaan J 0.5n 15 , dengan J sebagai jumlah wang tersimpan dan n adalah bilangan hari.
Ini boleh membawa kepada konsep algebra sebagai suatu hubungan antara kuantiti.
Bagaimana pun, menterjemah hubungan antara kuantiti-kuantiti ini ke dalam bentuk algebra
mungkin dipengaruhi oleh cara ianya diterjemah. Dalam suatu masalah yang popular di kalangan
pengkaji iaitu: “Terdapat enam kali ganda pelajar berbanding pensyarah di universiti”, didapati
ramai pelajar melakukan kesilapan kerana menterjemah secara terus iaitu 6S = P (S – pelajar dan
P – pensyarah) dengan menganggap 6S sebagai 6 pelajar bersamaan 1 pensyarah (Herscovics,
1989). Ini menunjukkan bahawa memahami ayat tentang masalah tersebut merupakan perkara
yang perlu dititik beratkan sebelum melakukan penyelesaian kerana kesilapan dalam
menterjemahkan hubungan secara terus seperti itu akan membawa kepada penyelesaian yang
salah.
Dengan 9 baldi air, tangki A akan penuh, manakala
dengan 5 baldi air, tangki B akan penuh. Apa yang
boleh dikatakan tentang keadaan ini?
5
7.0 Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah temu bual tidak berstruktur di samping membuat pemerhatian
terhadap cara pelajar menjawab soalan bertulis berkaitan dengan penyelesaian masalah algebra
bentuk ayat (word problem). Temu bual seperti ini memberi lebih ruang kepada penyelidik untuk
mendalami pemikiran pelajar dan berinteraksi dengannya berdasarkan respon yang diberi secara
spontan.
7.1 Sampel Kajian
Sampel kajian adalah terdiri daripada 3 orang pelajar Jurusan Perakaunan Kolej
Matrikulasi Perak. Pelajar dipilih secara rawak di kalangan pelajar-pelajar Jurusan
Perakaunan kerana mereka telah didapati agak lemah dengan topik Ungkapan
Algebra dan Persamaan Linear termasuk soalan penyelesaian masalah bentuk ayat.
7.2 Instrumen Kajian
Oleh kerana kajian ini menggunakan kaedah temu bual tidak berstruktur, maka
penyelidik hanya membuat garis panduan arah-tuju pokok persoalan yang hendak
dikaji. Temu bual ini berkisar terhadap pemerhatian yang dilakukan ke atas
sampel/subjek dalam menyelesaikan suatu masalah bentuk ayat yang diberi secara
algebra. Soalan tersebut adalah seperti berikut:-
“Dalam suatu pungutan derma kemanusiaan untuk rakyat Iraq di dalam kelas
tutorial TA2, wang terkumpul adalah terdiri daripada wang kertas RM12 dan
sejumlah duit syiling 50 sen dan 20 sen. Bentukkan satu persamaan algebra jika
jumlah wang kutipan tersebut adalah sebanyak RM23.20. Seterusnya, cari bilangan
duit syiling 20 sen jika terdapat 12 keping duit syiling 50 sen.”
7.3 Pengendalian Temu Bual
Temu bual dijalankan secara tertutup supaya penyelidik dan subjek dapat
memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kajian ini. Penyelidik membuat catatan
ringkas tentang seluruh sesi temu bual ini dan soalan penyelidik dikemukakan
secara spontan berdasarkan respon yang diberi oleh subjek.
8.0 Analisis dan Interpretasi Data
Berikut dikemukakan dapatan daripada temu bual bebas dan pemerhatian yang dilakukan
berdasarkan kepada soalan penyelesaian masalah bentuk ayat yang diberi. Rentetan transkripsi
temu bual yang kemukakan ini adalah hasil catatan ringkas yang dibuat oleh penyelidik. Oleh itu,
dialog yang dinyatakan ini mungkin bukan merupakan dialog yang benar-benar sama seperti yang
dijalankan, namun ianya sudah cukup menggambarkan situasi sebenar yang berlaku di antara
penyelidik dan subjek yang dikaji.
Soalan:
Dalam suatu pungutan derma kemanusiaan untuk rakyat Iraq di dalam kelas tutorial TA2, wang
terkumpul adalah terdiri daripada wang kertas RM12 dan sejumlah duit syiling 50 sen dan 20 sen.
Bentukkan satu persamaan algebra jika jumlah wang kutipan tersebut adalah sebanyak RM23.20.
Berikut adalah persamaan yang diberikan oleh Subjek yang dikaji dan transkrip temu bual yang
telah dijalan:-
Subjek kelihatan mengambil masa yang agak lama dan mencuba beberapa persamaan seperti 2x +
5x + 1200 = 2320 dan 2x + 5x + RM12 = RM23.20. Akhirnya subjek memberikan jawapannya
seperti berikut: 0.20x + 0.50x +12 = 23.20. Apabila ditanya sama ada dia merasakan soalan itu
sukar atau tidak, dia menjawab tidak yakin. Perhatikan bahawa semua persamaan yang cuba
dibentuk menggunakan huruf yang sama iaitu ‘x’.
Penyelidik: ‘x’ itu untuk apa?
Subjek: Bilangan duit syiling.
Penyelidik: Duit syiling yang mana satu? 20 sen atau 50 sen?
Subjek: Kedua-duanya.
Penyelidik: Jadi, bagaimana nak bezakan antara bilangan duit syiling 20 sen dan 50 sen?
6
Subjek: ‘0.2x’ adalah bilangan syiling 20 sen dan ‘0.5x’ pula adalah bilangan syiling 50
sen.
Subjek menggunakan satu huruf yang sama untuk mewakili bilangan duit syiling 20 sen dan 50
sen. Penyelidik tertanya-tanya adakah subjek menganggap bilangan duit syiling 20 sen dan 50 sen
itu sama banyak tetapi andaian ini meleset apabila Subjek menjelaskan bahawa ‘0.2x’ adalah
bilangan syiling 20 sen dan begitu juga bagi ‘0.5x’ sebagai bilangan syiling 50 sen. Di sini,
penyelidik berpendapat bahawa subjek masih kabur tentang konsep anu dan pekalinya dengan
menterjemah seluruh ungkapan ‘0.2x’ sebagai ‘bilangan’ meski pun pada asalnya Subjek
menyatakan ‘x’ itu sebagai bilangan syiling. Mungkin Subjek terkeliru di antara ‘bilangan syiling
20 sen’ iaitu ‘x’ dan ‘jumlah RM syiling 20 sen’ iaitu ‘0.2x’. Penyelidik cuba memahami lebih
jauh dengan meminta subjek mencari bilangan syiling 20 sen jika terdapat 12 keping syiling 50
sen.
Penyelesaian yang diberikan oleh Subjek:-
12 0.50 6.00
12 6 18 23.60 −18 5.20
5.20 0.2 26 keping
Penyelidik: Kenapa tak gunakan persamaan yang awak tulis tadi?
Subjek: Saya boleh kira terus. Lagi pun, saya bimbang buat silap kalau kena guna huruf.
Penyelidik mendapati Subjek lebih cenderung menggunakan cara aritmetik bagi soalan mudah
seperti ini. Sememangnya andaian penyelidik bahawa kebanyakan pelajar menengah rendah
khususnya cenderung menyelesaikan soalan masalah bentuk ayat secara aritmetik dapat
ditunjukkan dalam contoh ini. Mereka lebih selesa ‘mengira anu dalam fikiran’ dan cuma
melakukan operasi aritmetik sahaja di atas kertas tanpa perlu mengolah apa-apa simbol atau
huruf. Tambahan pula kebimbangan melakukan kesilapan apabila mengolah huruf menyebabkan
kaedah algebra sebagai alat menyelesaikan masalah tidak begitu popular.
Penyelidik: Awak tahu tak mengapa soalan minta bentukkan persamaan algebra?
Subjek: Ya, untuk tulis persamaan yang ada anu.
Penyelidik: Selepas itu?
Subjek: Cari nilai anu.
Penyelidik: Kalau begitu, cuba awak selesaikan persamaan yang awak bentukkan tadi.
Subjek menunjukkan penyelesaiannya:
0.2x + 0.5x + 12 = 23.20
0.7x = 23.20 – 12
0.7x = 11.20
x=
0.7
11.20
= 16 keping
Penyelidik: Mengapa awak tambahkan 0.2x dengan 0.5x?
Subjek: Sebab anunya serupa. Lagi pun, duit syiling tentu boleh dicampurkan.
Dari respon Subjek, ini dapat menunjukkan bahawa Subjek mamahami tatacara menterjemah ayat
bahasa ke ayat algebra sebelum menyelesaikannya. Malahan Subjek mampu menunjukkan
pemahaman struktur dan prosedur dengan penyelesaian yang ditunjukkan tetapi telah
menyalahtafsirkan di antara ‘campur bilangan syiling’ dengan ‘campur jumlah RM syiling’
menyebabkan Subjek beranggapan 0.2x dan 0.5x boleh ditambah kerana ungkapan serupa.
Sedangkan yang sebenarnya, 0.7x itu boleh jadi benar hanya sekiranya bilangan syiling 20 sen
dan 50 sen adalah sama. Ini dapat memberikan gambaran bahawa terdapat pelajar yang apabila
menggunakan cara algebra, terus melakukan operasi ke atasnya sehingga mendapat jawapan tanpa
menyedari ianya tidak selaras dengan terjemahan yang dibuat dari situasi asal dalam masalah
tersebut.
7
Penyelidik: Jadi, jawapan 16 keping untuk apa?
Subjek: Bilangan syiling 20 sen campur dengan bilangan 50 sen.
Penyelidik: Berapa bilangan syiling 20 sen, berapa 50 sen?
Subjek: 8 keping 20 sen dan 8 keping 50 sen.
Penyelidik: Kenapa awak bahagi dua?
Subjek: Sebab ada dua anu.
Penyelidik: Dari mana awak tahu bilangannya sama?
Subjek: Saya agak saja.
Satu lagi aspek yang lazim berlaku apabila terdapat dua anu dalam satu penyelesaian ialah
kecenderungan pelajar membahagi dua seperti yang ditunjukkan oleh Subjek sekiranya tidak
diketahui nisbah antara keduanya. Dalam kes ini, sekiranya bilangan syiling 20 sen sama dengan
50 sen, sudah semestinya bilangan syiling 20 dan 50 sen masing-masing adalah 16 keping,
bukannya dibahagi dua.
Penyelidik: Kalau begitu, cuba semak balik, jumlah kutipan derma tadi dengan bilangan
syiling yang awak dapat.
Penyelesaian oleh Subjek:-
8 0.2 1.60
8 0.5 4.00
1.60 4.00 12 17.60
Penyelidik: Bagaimana? Sepatutnya awak mesti dapat 23.20.
Subjek: Saya rasa, saya dah salah buat.
Penyelidik: Mari kita berbalik pada persamaan algebra tadi. Kalau saya kata ada pelajar lain
tulis persamaan tersebut seperti ini: 0.2x + 0.5y + 12 = 23.20, apa pendapat
awak?
Subjek: Boleh ke tambah dua ungkapan tak serupa, x dan y?
Di sini, penyelidik cuba membuka ruang perbincangan ke arah penyelesaian yang sepatutnya dan
meninjau apa reaksi subjek. Penyelidik mendapati berlaku pertentangan di antara pemahaman
struktur algebra dengan penggunaannya dalam menterjemah masalah bentuk ayat apabila subjek
mempertikaikan penggunaan dua simbol x dan y yang pada anggapannya tidak boleh ditambah.
Subjek seolah-olah beranggapan bilangan syiling mesti diwakili oleh satu anu tanpa menyedari
terdapat dua jenis syiling yang perlu diwakili oleh dua anu. Pada tahap ini, barulah penyelidik
memahami mengapa subjek menggunakan huruf serupa bagi mewakili bilangan syiling 20 sen
dan 50 sen!
Penyelidik: Memang dari segi ungkapan, tak boleh. Tapi kalau saya kata, x + y = 8, boleh tak
cari nilai x jika y = 5?
Subjek: Boleh. x = 3 .
Penyelidik: Sekarang, awak faham tak apa maksud saya?
Subjek: Ya, ambil x sebagai bilangan syiling 20 sen dan y bilangan syiling 50 sen,
kemudian gantikan bilangan syiling 50 sen, y = 12 keping. Cari bilangan syiling
20 sen iaitu x.
Contoh mudah yang dikemukakan oleh penyelidik seperti di atas telah dapat mem-perbetulkan
kesilapan konsep algebra berhubung ungkapan dan persamaan yang dialami oleh Subjek. Seperti
yang dinyatakan lebih awal lagi, guru seharusnya tidak mengambil mudah dengan berangapan
bahawa pelajar yang baik aritmetiknya dan dapat melakukan operasi algebra mengikut prosedur
yang betul akan dapat menjawab soalan bentuk penyelesaian masalah dengan baik juga. Contoh
Subjek tadi boleh dijadikan panduan betapa menterjemah masalah bentuk ayat secara algebra
untuk diselesaikan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah oleh pelajar kerana ia melibatkan
proses mengenalpasti kuantiti-kuantiti yang tidak diketahui dan hubungan di antara kuantiti dan
data dalam suatu persamaan yang menggambarkan situasi tersebut.
8
Mengapakah keadaan ini boleh berlaku? Penyelidik terus bertanya tentang apa yang telah
dipelajari dan difahami tentang algebra. Menurut subjek, mereka diajar tentang ungkapan algebra
dan persamaan linear dengan melakukan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi huruf-huruf dan
persamaan bentuk huruf. Sebaliknya, kurang penekanan terhadap mengungkapkan soalan bentuk
ayat ke dalam bentuk algebra.
9.0 Rumusan Kajian
Meski pun hasil kajian ini tidak boleh dijadikan kesimpulan umum untuk menggambarkan seluruh
populasi pelajar Matrikulasi, namun situasi yang dapat dikesan ini menunjukkan terdapat pelajar
yang mungkin mengalami masalah yang sama dalam menterjemah soalan bentuk ayat ke dalam
bentuk algebra. Berdasarkan analisis dan interpretasi data yang telah dikemukakan sebelum ini,
dapat kita merumuskan beberapa perkara seperti berikut:-
9.1 Pelajar mengalami kesukaran menterjemahkan masalah bentuk ayat ke bentuk abstrak
seperti algebra akibat dari pemahaman konsep yang salah tentang bagaimana
mewakilkan huruf bagi kuantiti yang tidak diketahui iaitu anu.. Contoh yang ketara
dapat dilihat dari penyelesaian yang cuba ditunjukkan oleh subjek dengan mencuba
beberapa persamaan dan akhirnya mewakilkan dua nilai kuantiti yang tidak diketahui
dengan satu huruf yang sama. Kesukaran ini mungkin disebabkan pelajar
menterjemahkan x sebagai bilangan syiling tanpa menyedari terdapat dua jenis bilangan
syiling yang harus diwakili oleh dua huruf yang berbeza. Ini menggambarkan senario
berbeza dengan apa yang dikatakan oleh Booth (1984) iaitu “pelajar sering mentakrif
huruf sebagai mewakili nombor tertentu di mana setiap huruf yang berbeza mewakili
nilai yang berbeza.” Cuma apa yang difahami dalam kes subjek ini ialah mungkin dia
membezakan bilangan syiling-syiling tersebut berdasarkan ungkapan ‘0.2x’ dan ‘0.5x’
dengan menganggap kedua-dua ungkapan itu sebagai jumlah bilangan syiling 20 sen
dan 50 sen, sedangkan ‘0.2x’ itu membawa jumlah nilai RM syiling 20 sen tersebut.
Kesilapan ini diburukkan lagi dengan anggapan subjek bahawa proses penambahan
wang syiling itu memerlukan anu yang serupa iaitu ‘x’ dan jika menggunakan anu yang
berlainan maka ianya tidak boleh ditambah. Ini merupakan masalah pokok yang
menyebabkan subjek melakukan kesilapan dalam menyelesaikan soalan yang
dikemukakan.
9.2 Rasa kurang yakin terhadap penyelesaian secara algebra di samping kebimbangan
melakukan kesilapan dalam mengolah huruf-huruf menyebabkan lazimnya pelajar akan
kembali menyelesaikan masalah bentuk ayat ini secara aritmetik. Ini diakui oleh
Marilyn Nickson (2000) yang menulis bahawa pelajar akan kembali menggunakan cara
aritmetik setiap kali berhadapan dengan masalah yang terlalu mudah atau terlalu sukar.
9.3 Pelajar lebih cenderung ‘bermain dengan angka’ untuk menyelesaikan masalah bentuk
ayat daripada menggunakan kaedah algebra. Lazimnya, tidak mengira sama ada pelajar
khususnya pelajar menengah rendah, sudah didedahkan dengan kaedah algebra atau pun
tidak, mereka masih dipengaruhi oleh kaedah aritmetik dalam menyelesaikan masalah
bentuk ayat sejak dari sekolah rendah. Mereka melihat masalah tersebut sebagai satu
peraturan untuk mencari jawapan tanpa melihat masalah tersebut sebagai suatu sistem
persamaan yang seimbang di antara data dan kuantiti-kuantiti yang tidak diketahui.
Ringkasnya, mereka tidak dapat membezakan di antara penyelesaian masalah cara
aritmetitk yang terus mencari penyelesaian (solve) dengan cara algebra yang
memerlukan tafsiran (describe) terlebih dahulu dan kemudian mencari penyelesaian
(solve) (Lesh, 1987). Ini ditegaskan lagi oleh Kieran (1989) yang menyatakan bahawa
masalah bentuk ayat lebih dikenali di peringkat aritmetik dan pelajar sukar
membezakan-nya dengan masalah bentuk ayat bagi algebra.
9.4 Oleh kerana pelajar tidak ‘nampak’ situasi masalah bentuk ayat ini boleh digambarkan
dalam suatu sistem persamaan, maka mereka tidak dapat melihat kepentingan algebra
sebagai suatu alat untuk menyelesaikan masalah. Sebaliknya, dari respon yang
9
diberikan oleh subjek menunjukkan terdapat pelajar yang mempelajari algebra hanya
sebagai salah satu displin matematik yang berbentuk peraturan yang perlu dihafal,
seperti mempermudahkan ungkapan atau menyelesaikan persamaan linear. Ini menepati
pendapat Kieran (1992) yang menyatakan pelajar melihat algebra sebagai menghafal
peraturan dan prosedur.
9.5 Terdapat pelajar yang tidak dapat mengaitkan dengan betul persamaan algebra yang
dibentuk dengan situasi sebenar masalah bentuk ayat. Mereka ini tidak menganalisa
semula struktur algebra tersebut dan terus menyelesaikan persamaan tanpa perlu
memahami apa yang dilakukan itu menepati situasi asal masalah tersebut atau tidak
kerana yang penting bagi mereka adalah untuk memperolehi jawapan. Akibatnya
muncul pula satu kelaziman yang dilakukan oleh sesetengah pelajar yang apabila
berhadapan dengan masalah yang terdapat dua anu yang tidak diketahui nisbahnya,
maka mereka sewenang-wenangnya membahagi dua nilai tersebut seperti contoh yang
ditunjukkan oleh subjek yang membahagi dua bilangan syiling yang diperolehinya.
Masalah ini perlu diberi perhatian agar pelajar dapat didedahkan dengan sikap analitik
dan menilai semula secara munasabah terhadap apa jua struktur mau pun persamaan
algebra yang dibentuk dari terjemahan suatu masalah bentuk ayat.
9.6 Secara keseluruhan, perkara pokok yang dapat dikesan dalam kajian ini adalah kesilapan
pelajar dalam memahami bentuk ungkapan dan persamaan algebra dalam penyelesaian
masalah bentuk ayat kerana dari kajian ini didapati terdapat pertentangan di antara
pemahaman tentang ungkapan sebagai suatu struktur dengan ungkapan yang dibina
dalam suatu persamaan. Ini boleh berlaku ke atas pelajar yang pada dasarnya
mempunyai latar belakang aritmetik yang baik sekali pun. Justru, hasil kajian ini
diharapkan dapat memberi sedikit gambaran kepada pendidik khususnya guru
matematik tentang bagaimana memperbetulkan pemahaman konsep algebra sebagai
suatu alat menyelesaikan masalah di kalangan pelajar. Guru juga harus memberi
penekanan yang seimbang terhadap pemahaman prosedur dan pemahaman konsep
dengan memberi ruang yang lebih bagi pelajar menyelesaikan masalah bentuk ayat. Di
samping itu, kajian lanjutan haruslah dijalankan dengan mengambil kira pula soal
bahasa yang digunakan dalam soalan masalah bentuk ayat yang mungkin menyebabkan
pelajar menterjemah secara terus (direct) tanpa menganalisa hubungan data dan kuantiti
yang tidak diketahui dalam situasi masalah tersebut.
Rujukan
Booth,L.(1984) Algebra:Children’s Strategies and Errors. Windsor:NFER-Nelson.
Devlin, K.(2000) The Four Faces of Mathematics. In Learning Mathematics for a New Century,
2000 Yearbook of The National Council of Teachers of Mathematics (NCTM). Reston,
Va:NCTM.
Douady, R.(1997) Didactic Engineering. In Nunes, T. and Brian, P.(eds) Learning and Teaching
Mathematics: An International Perspective. Hove, East Sussex: Psychology Press Ltd.
Herscovics, N.and Linchevski, L.(1994) A Cognitive Gap Between Arithmetic and Algebra.
Educational Studies in Mathematics.
Kieran, C.(1989) The Early Language of Algebra : A Strustural Perspective. In Wagner S. and
Kieran, C.(eds) Research Issues in the Learning and Teaching of Algebra. Virginia: National
Council of Mathematics Teachers (Lawrence Erlbaum Associates).
Kieran, C.(1992) The Learning and Teaching School Algebra. In Grouws, D.A.(ed.) Handbook of
Reasearch on Mathematics Teaching and Learning, New York:Macmilan.
10
Kieran, C.(1997) Mathematical Concepts at The Secondary School Level: The Learning of
Algebra and Functions. In Learning and Teaching Mathematics – An International Perpective,
edited by Terezinha Nunes, Peter Bryant, Psychology Press Ltd.UK.
Lesh, R.(1987) The Evolution of Problem Representations in the Presence of Powerful
Conceptual Amplifiers. In Janvier, C.(ed.) Problems of Representation in The Teaching and
Learning of Mathematics. London:Lawrence Erlbaum Associates.
Lins, R.C.(1994) Eliciting The Meanings For Algebra Produced by Students: Knowledge,
Justification and Semantic Fields. Proceedings of The 18th Conference of the International Group
for the Psychology of Mathematics Education. II
Nickson, M.(2000) Teaching and Learning Mathematics – A Teacher’s Guide to Recent Research
and It’s Application. Cassell, London & New York.
Usiskin, Z.(1988) Conceptions of School Algebra and Uses of Variables. In Coxford,A.F. and
Shulbert,A.P.(eds) The Ideas of Algebra K-12. Reston, Virginia: NCTM 8 –19.
Vergnaud, G.(1997) The Nature of Mathematical Concepts. In Nunes, T.and Bryant, P.(eds)
Learning and Teaching Mathematics: An International Perspective. Hove, East Sussex:
Psychology Press Ltd.
Wood, D.(1988) How Children Think and Learn, Blackwell: Oxford.

You might also like