You are on page 1of 10

Discus throw

From Wikipedia, the free encyclopedia

Jump to: navigation, search


"Discus" redirects here. For other uses, see Discus (disambiguation).

Statue of discus thrower in Botanic Garden, Copenhagen, Denmark

The discus throw is an event in track and field competition, in which an athlete throws a
heavy disc — called a discus — in an attempt to mark a farther distance than his or her
competitors. It is an ancient sport, as evidenced by the 5th century BC Myron statue,
Discobolus. Although not part of the modern pentathlon, it was one of the events of the
ancient pentathlon, which can be dated at least back to 708 BC.[1]

The discus throw is a routine part of most modern track and field meets at all levels and is a
sport which is particularly iconic of the Olympic Games. The men's competition has been a
part of the modern Summer Olympic Games since the first Olympiad in 1896. Images of
discus throwers figured prominently in advertising for early modern Games, such
as/object/gallery_uk.asp?ObjId=64 Discus Thrower stamps sold to help build facilities at the
1896 games]</ref> and the main posters for the 1920 and 1948 Summer Olympics.[2]

The women's competition was added to the Olympic program in the 1928 games, although
they had been competing at some national and regional levels previously.

Contents
[hide]

• 1 Description
• 2 Breaking Down the Throw
• 3 Top Ten Performers
o 3.1 Men
o 3.2 Women
• 4 World Record Progress
o 4.1 Men
o 4.2 Women
• 5 See also
• 6 External links

• 7 References

[edit] Description
The discus, the object to be thrown, is a heavy lenticular disc with a weight of 2 kilograms
(4 lb 7 oz) and diameter of 220 mm (8.66 inches) for the men's event, and a weight of 1 kg
(2 lb 3 oz) and diameter of 181 mm (7.17 inches) for the women's event. In U.S. high school
track and field, boys typically throw a discus weighing 1.616 kg (3 lb 9 oz) and the girls
throw the 1 kg (2.2 lb) women's discus. The discus can be thrown starting at age 11 (midget
division). Most children throw the 1 kg discus. The discus usually has sides made of rubber,
plastic, wood, or metal with a metal rim and a metal core to attain the weight. A discus with
more weight in the rim produces greater angular momentum for any given spin rate, and thus
more stability, although it is more difficult to throw. A practice discus made of solid rubber is
often used in High School; it is cheaper, more durable, and easier to learn to throw (due to its
more equal distribution of weight, as opposed to the heavy rim weight of the metal rim/core
discus).

To make a throw, the competitor starts in a slightly recessed concrete-surfaced circle of


2.5 meters (8 feet 2½ inches) diameter. The thrower typically takes an initial stance facing
away from the direction of the throw. He then spins around one and a half times through the
circle to build momentum, then releases his throw. The discus must land within a 35-degree
arc marked by lines on the landing zone, and the competitor must not exit the circle until the
discus has landed, then must wait for the judge to give clearance to exit the ring from the rear
half. The distance from the front edge of the circle to where the discus has landed is
measured, and distances are rounded down to the nearest centimeter or half-inch. The
competitor's best throw from the allocated number of throws, typically three to six, is
recorded, and the competitor who legally throws the discus the farthest is declared the
winner. Ties are broken by determining which thrower has the longer second-best throw.

The basic motion is a forehanded sidearm movement. The discus is spun off the index finger
or the middle finger of the throwing hand, spinning clockwise when viewed above for a right-
handed thrower, and vice-versa. As well as achieving maximum momentum in the discus on
throwing, the discus' distance is also determined by the trajectory the thrower imparts, as well
as the aerodynamic behaviour of the discus. Generally, throws into a moderate headwind
achieve the maximum distance. Also, a faster-spinning discus imparts greater gyroscopic
stability. <--- this may be true, but giving the discus more rotational kinetic energy is going to
reduce the translational kinetic energy (how far the discus will go), so elite discus throwers
use discs with high rim weight to maximise the distance thrown. The technique of discus
throwing is quite difficult to master and needs lots of experience to get right, thus most top
throwers are thirty years old or more.

[edit] Breaking Down the Throw


There are six keys movements of the discus throw: wind up, move in rhythm, balance, right
leg engine, orbit, and delivery. The wind up is one of the most important aspects of the throw
because it sets the tone for the entire throw. The wind up is both mental and technical. It is
mental because the wind up sets you up for the rest of the throw. The following are the
technical aspects: flat right foot, on the ball of your left foot, keep your weight evenly
distributed between your feet, and do not over do it (being overly active can result in the
waste of energy). Although the wind up sets the tone for the entire throw, the rhythm of the
throw is the most important aspect. It is necessary to move in rhythm through out the entire
throw. The best throwers contain the same amount of time in each phase while completing a
great throw. Focusing on rhythm can bring about the consistency to get in the right positions
that many throwers lack. Executing a sound discus throw with solid technique requires
perfect balance. This is due to the throw being a linear movement combined with a one and a
half rotation and an implement at the end of one arm. Thus, a good discus thrower needs to
maintain balance within the circle.

Lempar cakera
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Isi kandungan
[sorok]

• 1 Sejarah
• 2 Peralatan
• 3 Peraturan dan Teknik

• 4 Keselamatan

[sunting] Sejarah
Lempar cakera ialah acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan. Acara ini
juga dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Kuno Greek. Namun begitu, cakera yang
digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan pada hari
ini. Acara lempar cakera mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896.

[sunting] Peralatan
Cakera ini diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat,leper,dan dibaluti
besi di sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam seberat 1.923 kilogram pada bahagian
tengah dan menghampiri 2 kilogram untuk atlet lelaki.

[sunting] Peraturan dan Teknik


Bagi mengelakkan cakera dilempar ke merata tempat, satu kawasan khas yang disediakan
berbentuk segi empat sama dengan jejari 2.5 meter. Teknik dan cara membuat lemparan
ketika itu adalah bebas. Tetapi pada masa kini, permulaannya adalah mengikut cara lemparan
yang dilakukan pada masa silam. Pergerakan dan kedudukan tangan serta badan berada
dalam kedudukan bongkok sedikit. Pergerakan tangan untuk menghayun cakera pula berada
di sisi badan peserta. Cara lemparan seperti ini akan menyebabkan pergerakan cakera seakan-
akan melayang pada jarak yang lebih jauh.

Acara lempar cakera dipertandingkan di Sukan Olimpik Stockholm pada tahun 1912 dengan
menggunakan kedua-dua belah tangan. Setiap peserta akan melakukan lemparan kali pertama
dengan hanya menggunakan sebelah tangan manakala lemparan pada kali kedua peserta akan
menggunakan sebelah tangan yang belum digunakan lagi.

Cara lemparan seperti ini tidak sejauh yang dikehendaki dan akhirnya cara lemparan ini tidak
mendapat sambutan daripada peserta yang mengambil bahagian di dalam acara lempar
cakera. Pertandingan melempar cakera menggunakan cara ini oleh peserta sehingga tahun
1920 dan selepas itu, teknik lemparan baru telah diperkenalkan.

Sementara itu, teknik lemparannya telah diubahsuai dan diperbaiki dari semasa ke semasa
dan bentuk latihan yang sistematik menyebabkan jarak lemparan yang dicapai dalam setiap
kejohanan terus meningkat maju. Jaguh yang pernah mengharumkan nama negara Malaysia
dalam acara ini ialah Danapal Naidu.

[sunting] Keselamatan
Acara lempar cakera dipertandingkan dalam satu kawasan khas yang disediakan untuk acara
ini bertujuan untuk tujuan keselamatan. Dalam kejohanan Sukan Olimpik dan kejohanan
yang lain, kawasan acara ini berpagar dan berjaring besi kecuali di bahagian hadapannya
yang terbuka untuk peserta melakukan lemparan.

Melempar cakera memerlukan daya tumpuan yang sangat tinggi untuk mencapai jarak paling
jauh.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Lempar_cakera"


Kategori: Olahraga

LEMPAR CAKERA
Write comments
Search

5 posts • Page 1 of 1

LEMPAR CAKERA

by rin yu mei on 2008-05-01, 11:47:15 pm

PENGENALAN

Sejak acara lempar cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah mengalami
banyak perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera. Dari lemparan
cara berdiri di atas "pedestal" dalam pentas bulat, cara melempar yang mengamalkan teknik
seperti "melangkah dan lempar", gaya melempar 90°, gaya rotasi atau berpusing dan lempar
dan pelbagai gaya lemparan lain telah diperkenalkan oleh jaguh-jaguh dunia pada era yang
tertentu.
Pengajaran kemahiran melempar cakera biasanya ditangguhkan oleh guru di sekolah rendah
sehingga pelajarnya masuk ke sekolah menengah. Ini disebabkan perkembangan dan
kesediaan jasmani kebanyakan pelajar di sekolah rendah dianggap belum lagi bersedia untuk
menguasai kemahiran melempar cakera. Memang benar bahawa para pelajar lebih mudah
mempelajari acara Iontar peluru daripada acara lempar cakera. Saiz, bentuk dan berat cakera
menjadikan alat ini tidak mudah dikawal. Lagipun, cara pegangan yang biasa diamalkan
ketika bersedia untuk melempar adalah terdedah kepada tarikan graviti. Oleh sebab itu, cara
pegangan cakera adalah dianggap sang at penting bermula dari masa hayunan awal sehingga
pelemparannya.
Guru perlulah sabar dan cuba mengamalkan teknik ansur maju dalam membantu para
pelajarnya mempelajari kemahiran melempar cakera. Pengetahuan dan kefahaman asas
tentang prinsip pengumpulan daya dan peranan bahagian badan yang tertentu ketika
melempar boleh diperkenalkan kepada pelajar melalui cara yang mudah difahaminya. Perlu
ditegaskan bahawa para pelajar hendaklah disedarkan bahawa walaupun melempar cakera
dilakukan dengan tangan, tindakan kakinya juga mempunyai peranan yang penting dalam
perlakuannya

JENIS DAN BENTUK CAKERA

Cakera untuk acara rasmi hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahan--bahan sejenis yang
sesuai. Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengansimpai atau "rim" logam (besi atau
tembaga) dan di tengah-tengah muka cakera ada piring bulat logam. Ada juga jenis cakera
yang tiada piring bulat logam tersebut. Bagaimanapun, bahagian tengah cakera itu hendaklah
rata dan ukuran serta berat cakera hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF
(Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa).

Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik.
Jenis cakera ini walaupun menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk latihan dan
tidak untuk pert"andingan rasmi.

Cakera untuk acara lelaki beratnya adalah 2 kg. manakala untuk wanita adalah 1 kg. Untuk
maklumat yang lebih terperinci ten tang perbezaan aspek¬aspek yang lain antara cakera
untuk lelaki dan untuk wanita, sila rujuk kepada buku panduan rasmi IAAF atau KOAM
(Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia).

Gambar rajah yang diberi menunjukkan beberapa maklumat ten tang cakera dan bahagiannya.

KAWASAN LEMPARAN CAKERA

Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan cakera seakan-akan
sarna bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalah sudut kawasan sektor dan saiz bulatan
palingan. Sila lihat gambar rajah yang diberi tentang kawasan lemparan cakera dan
bandingkannya dengan bulatan untuk lontar peluru.
Mengikut peraturan rasmi, demi keselamatan para pegawai, penonton dan peserta yang
menunggu gilirannya, semua lemparan cakera mesti dibuat dari satu kurungan keselamatan.
Kurungan ini sebenamya satu pagar berkawat berbentuk "C" yang dibina khas untuk
keselamatan bagi acara lempar cakera dan membaling tukul besi.
Ketika seseorang peserta membuat percubaannya, pihak lain seperti pegawai teknik dan
peserta lain yang menunggu gilirannyahendaklah berada di belakang kurungan atau pagar
keselamatan tersebut demi keselamatan.
Di peringkat sekolah, kemudahan kurungan keselamatan ini biasanya tidak disediakan baik
semasa latihan mahu pun pada hari pertandingan cakera oleh yang demikian, guru seharusnya
menegaskan langkah keselamatan semasa acara ini dijalankan.

CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA

Kaedah mengukur jarak lemparan yang dilakukan oleh seseorang pelempar cakera adalah
sama dengan cara mengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru.
Bagi setiap lemparan yang sah, jarak lemparan akan diukur denganmengambil kira kesan
terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian
depan. Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik atau tandaan
pusat bulatan lemparan ketika jarak lemparan diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu
dengan garis bulatan di bahagian depan bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan.

PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA

Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang
boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta
dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang
bersudut 40° di hadapan bulatan.
Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang
seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera. Faktor-faktor mekanikal juga perlu
diambil perhatian untukkeberkesanan tindakanmelempar cakera.
Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan sudut
pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia
bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk "bulan
pumama" apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera
akan memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat
digerakan secara "memotong udara" akan kurang rintangan udara dan mungkin terus
terapung di udara dan bergerak lebih jauh.
Ketika memberi demonstrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru
hendaklah menarik perhatian pelajamya kepada turutan tindakan bahagian badan. Ini dapat
membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan seperti
kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera.
Last edited by rin yu mei on 2008-05-04, 03:01:55 am, edited 1 time in total.
rin yu mei

Posts: 26
Joined: 2008-04-30, 05:29:22 am
Top
FASA PERGERAKAN

by rin yu mei on 2008-05-04, 02:40:54 am

Secara umurnnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut:
a) Fasa persediaan termasuk pegangan cakera
b) Fasa hayunan awalan
c) Fasa lemparan
d) Fasa ikut lajak dan pemulihan

TEKNIK MEMEGANG CAKERA

Salah satu faktor yang mempengaruhi pergerakan cakera di udara adalah cara alat itu
dipegang ketika ianya dilempar oleh seseorang pelempar. Oleh itu, teknik memegang cakera
hendaklah dianggap penting dalam keseluruhan proses melempar cakera. Para pelajar perlu
membiasakan dirinya dengan teknik yang betul melalui latihtubi yang sesuai mengikut
kemampuannya.
Cara memegang cakera hendaklah selamat, selesa dan sesuai dengan bidang tapak tangan
pelajar. Guru seharusnya mengingatkan para pelajar bahawa alat ini dipegang dan tidak
digenggam dengan jari-jari yang dibengkokkan. Para pelajar cuba membayangkan cara
mereka memegang sebuah buku di sisi badannya.
Tekapkan tapak tangan kanan (bagi yang melempar dengan tangan kanan) ke atas muka
cakera di mana ruas hujung jari yang bengkok melekap kepada bahagian simpai logam. Ibu
jari reha t atas muka cakera. J ari-jari itu direnggangkan agak sama jaraknya.

TEKNIK MELEMPAR CAKERA

Umumnya, terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera, iaitu Gaya Berdiri dan Gaya
Berpusing. Berdasarkan dua gaya ini, telah dicipta beberapa gaya lain yang merupakan
variasi oleh ahli-ahli sukan dalam bidang lempar cakera.

Bagi para pelajar yang baru belajar acara ini, melempar dengan gaya berdiri adalah memadai
dan sesuai untuk peringkat permulaan. Sama seperti dalam pembelajaran acara merejam
lembing dan melon tar peluru, latihan membaling dengan gaya berdiri hendaklah diamalkan
sebagai salah satu langkah ansur maju dalam latihan melempar cakera. Setelah mereka biasa
atau menguasai teknik melempar dengan gaya ini, teknik melempar dengan rotasi badan
boleh diperkenalkan kepada mereka. Tumpukan perhatian kepada butir-butiran mengajar
yang utama untuk memudahkan pembelajaran para pelajar di setiap peringkat latihan yang
dijalaninya.
rin yu mei

Posts: 26
Joined: 2008-04-30, 05:29:22 am
Top

TEKNIK GAYA BERDIRI

by rin yu mei on 2008-05-04, 02:42:36 am


Teknik ini juga dikenali sebagai Gaya 90°.

Fasa 1: Persediaan
a) Pelajar berdiri dengan gaya menghalakan bahu kirinya (tangan bebas) ke arah kawasan
cakera mendarat. Pastikan gaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Kaki berjarak seluas bidang
bahu. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri.
b) Cakera dipegang dalam tangan kanan. Badan direndahkan.

Fasa 2: Hayunan Awalan

a) Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan menyilang


badan ke depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri memberi sokongan kepada cakera.
Lihat juga fasa 1.
b) Cakera dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke
depan semula dekat bahu kiri. Berat badan berubah dari kaki kiri ke kaki kanan mengikut
rentak hayunan.
c) Semasa hayunan ke belakang, pelajar rendahkan badannya sedikit (bengkokkan lutut) dan
badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi di atas hujung kaki.

Fasa 3: Pelemparan

a) Ekoran dari hayunan ke belakang yang terakhir (selepas dua atau tiga hayunan), pelajar
mengilaskan badannya ke hadapan, didahului dengan siku kiri dan kepala mendongak.
b) Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tangan yang lurus. Cakera
dilempar ke hadapan secara menaik apabila sampai ke aras bahu kanan. Sudut lemparan atau
pelepasan cakera yang dianggap sesuai adalah 30°-35°.

Fasa 4: Ikut Lajak dan Pemulihan

(a) Ketika melemparcakera, kedua-dua belah kakimenolak tanah dan diluruskan sehingga
badan terangkat. Tindakan kaki ini pentinguntukmenambah daya kepada lemparan itu.
(b) Pelemparan cakera yang kencang akan menyebabkan kaki kanan terangkat ke belakang
untuk mengimbangi badan yang condong ke depan. Mata masih memerhatikan pergerakan
cakera.
Last edited by rin yu mei on 2008-05-04, 02:52:23 am, edited 1 time in total.
rin yu mei

Posts: 26
Joined: 2008-04-30, 05:29:22 am
Top

TEKNIK GAYA BERPUSING DAN MELEMPAR

by rin yu mei on 2008-05-04, 02:51:22 am

Teknik ini sukar bagi para pelajar yang lemah koordinasinya dan yang masih belum
menguasai kemahiran as as melempar dengan gaya berdiri. Bagi para pelajar yang telah
mahir dengan gaya berdiri, teknik gaya berpusing badan atau rotasi boleh diperkenalkan
melalui latihan yang beransur maju.
Dalam gaya rotasi ini, momentum dan daya melempar dikumpulkan ketika peserta
memulakan hayunan awalannya, berpusing dan tindakan melempar di saat-saat akhir.

Fasa persediaan

Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan pendaratan


cakera. Teknik memegang cakera adalah seperti untuk gaya berdiri. Kaki berjarak seluas
bidang bahu.

Fasa 1, 2: Hayunan Awalan

Badan direndahkan semasa melakukan hayunan awalan. Hayunan dilakukan seperti yang
diterangkan dalam gaya berdiri. Beri perhatian kepada kilasan badan yang luas julatnya
mengikut hayunan tangan yang memegang cakera.

Fasa 3-7: Rotasi atau Berpusing

(a) Apabila selesai hayunan terakhir, pelajar mengilaskan badannya ke kiri dengan berpaksi
atas bebola kaki kiri. Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke arah lawan jam
sehingga pelajar berhadapan dengan kawasan pendaratan.
(b) Selesai sahaja langkah ini, kaki kiri pula melangkah ke belakang disusuli pusingan badan
sambil peserta berpaksi di atas bebola kaki kanan. Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah
(selesai tindakan berpusing), kaki kanan terus bergerak ke depan diikuti pusingan badan.

Fasa 8-10: Pelemparan

Apabila peserta hampir selesai mengilaskan badannya dan menghadap kawasan lemparan,
tangan yang memegang cakera pun telah dihayun sampai ke aras bahu tangan tersebut.
Peserta akan merasa simpai logam cakera itu semakin menekan di atas ruas jarinya. Pad a
ketika inilah cakera itu dilempar dengan tangan yang lurus dan jari-jari memutar cakera
mengikut arah jam (clockwise) sebagai tindakan terakhir dalam melepaskan cakera. Pastikan
kedua-dua belah kaki membantu pelemparan dengan menolak kuat ke atas tanah.

Fasa 11: Ikut Lajak dan Pemulihan

Selepas cakera dilempar, tangan yang melempar itu akan terus bergerak menyilang badan di
aras leher dan kemudian membengkok di akhir pergerakannya. Pada masa yang sarna, kaki
kanan akan ke depan bulatan dan kaki kiri terangkat ke belakang. Sambil mengimbangkan
badannya, peserta :erus memerhati cakera hingga ia mendarat.
rin yu mei

Posts: 26
Joined: 2008-04-30, 05:29:22 am
Top

PERATURAN ASAS ACARA

by rin yu mei on 2008-05-04, 02:54:49 am

a) Cakera mestilah dilempar dari bulatan. Peserta hendaklah memulakan lemparannya dari
perdirian yang statik (tidak bergerak) dalam bulatan.
b) Lemparan seseorang peserta dikira batal sekiranya peserta, sesudah memasuki bulatan dan
memulakan pergerakan untuk melempar, tersentuh sebarang bahagian badannya di kawasan
luar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan (top edge of the circle) atau terlepas cakera
dari pegangannya ketika membuat percubaan.
c) Bagi lemparan yang sah, cakera hendaklah mendarat atau jatuh supaya bekas kesannya di
dalam kawasan pendaratan yang ditandakan oleh dua garis sektor.
d) Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum cakera itu menyentuh tanah. Ia mesti
tinggalkan bulatan dari bahagian belakang bulatan dalam keadaan berdiri.
e) Untuk mendapat pegangan yang baik, peserta dibenarkan menggunakan bahan-bahan
pelekat seperti "resin" atau bahan-bahan sejenis dengannya di bahagian tangan sahaja. Sarung
tangan tidak boleh digunakan.
f) Jika lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian, setiap peserta dibenarkan
melakukan tiga percubaan. Daripada tiga percubaan itu, lapan peserta yang terbaik
lemparannya akan membuat tiga lagi percubaan untuk menentukan pemenang. Sekiranya
berlaku seri di tempat kelapan, keputusan itu dibiarkan dan peserta-peserta berkenaan akan
bersama-sama dengan yang layak membuat tiga percubaan itu. Sekiranya hanya lapan atau
kurang orang yang mengambil bahagian, setiap peserta akan membuat en am percubaan.
rin yu mei

Posts: 26
Joined: 2008-04-30, 05:29:22 am
Top
http://pjpkipkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=26&t=31

You might also like