P. 1
Hbhe 2103 Progam Bersepadu Sek. Selamat

Hbhe 2103 Progam Bersepadu Sek. Selamat

|Views: 1,041|Likes:
Published by kdarakotot3278

More info:

Published by: kdarakotot3278 on Dec 07, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/29/2013

pdf

text

original

Teknik rawatan pertolongan kecemasan. Luka/Pendarahan 1.

Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti darah membeku 2. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka 3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknikRICE. 4. Tenangkan mangsa. 5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital. Keracunan Tanda-tanda: 1. maklumat dari mangsa 2. mangsa sakit dengan tiba-tiba 3. kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir 4. anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti. Rawatan: 1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tandatanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah. 2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis. 3. Segera hubungi hospital 4. Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau Terkejut Tanda-tanda: 1. badan berpeluh 2. pucat 3. rasa nak pengsan 4. resah 5. nafas kerap tapi tipis 6. kadar nadi bertambah tapi lemah Rawatan 1. Baringkan mangsa 2. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga 3. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery' 4. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan 5. Selimutkan jika suhu badan menurun 6. Segera hantar ke hospital Terbakar Klasifikasi terbakar 1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja a. Kemerah-merahan atau hilang warna b. bengkak sedikit dan rasa sakit c. cepat sembuh

2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf a. merah b. ada tanda-tanda gelembung [blisters] c. bengkak yang nyata [beberapa hari] d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak. 3. Third Degree a. kerosakan tisu lebih dalam b. kemusnahan pada lapisan kulit luar c. tisu-tisu dalam dapat dilihat. Important!!!! Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital Rawatan 1. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk 2. tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih 3. baringkan mangsa 4. jangan gerakkan bahagian yang terbakar 5. beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar 6. hantar segera ke hospital Melecur Rawatan 1. sejukkan dengan air sejuk 2. jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian 3. rawat seperti mangsa terbakar Kejutan Elektrik 1. putuskan hubungan elektrik 2. periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti 3. rawat bagi terbakar jika ada Terseliuh [dislocation] Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut. Rawatan: RICE 1. Rehatkan kawasan yang cedera [Rest] 2. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice] 3. Balut tempat yang cedera [Compression] 4. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation] 5. Hantar ke hospital Ketegangan Otot Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak. Rawatan: RICE Terkehel

Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut. Rawatan: 1. Berikan rawatan renjatan. 2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal. 3. Jangan lakukan banyak pergerakan. 4. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera. 5. Hantar segera ke hospital. Peraturan Am Pertolongan cemas: 1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. 2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu 3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa. 4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital. ertolongan cemas kepada mangsa dapat mengurangkan kesakitan, mencegah kecederaan daripada menjadi lebih serius dan dapat menyelamatkan nyawa mangsa.

Sebelum kita terus mengambil sesuatu tindakan apakah perkara yang perlu diberi perhatian semasa memberikan pertolongan cemas? Kita mestilah........ 1.Bertindak dengan segera.Setiap saat boleh membawa perubahan 2.Jangan gerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher atau belakang kecuali dalam keadaan yang sangat memerlukan. 3.dapatkan seseorang untuk menghubungi ambulans atau doktor. 4.Jangan tarik pakaian sekiranya mangsa kebakaran. 5.Bertenang dan tenangkan mangsa. 6.Jangan paksa mangsa yang tidak sedar mengambil cecair Situasi mangsa pengsan tidak bernafas DR ABC. 1. Danger (Adakah anda dan mangsa berada dalam keadaan bahaya) - Pastikan pembantu mula dan mangsa berada dalam keadaan selamat, jika tidak selamat pindahkan mangsa. 2. Respon (Adakah mangsa sedar) - Pastikan mangsa ada respon

- tepuk bahu, dan panggil mangsa. - Minta bantuan � hubungi pihak hospital. 3. Air way (Adakah salur udara terbuka dan jelas) - Periksa saluran pernafasan mangsa - Baringkan mangsa dan buangkan segala benda asing di dalam mulut mangsa 4. Breathing (Adakah mangsa bernafas) - periksa pernafasan mangsa - 3 cara (pandang, lihat dengar dan rasa) - pandang pergerakan dada - dengar bunyi pernafasan mangsa. - Rasa pernafasan dengan pipi. - Jika tiada berikan 2 hembusan bantuan percuma. 5. Circulation (Adakah Terdapat denyutan nadi) - periksa nadi pada bahagian : - radial dan karotid. Fungsi Jawatankuasa PBSS ialah : i)Menetapkan kenyataan polisi kesihatan ii)Merancang dan melaksanakan pelan tindakan iii)Membuat pemantauan dan penilaian iv)Menyediakan laporan Antara Perkhidmatan Kesihatan Di Bawah PBSS Warga Sekolah adalah seperti berikut : i) Menilai status kesihatan murid ii)Memberi khidmat rawatan dan rujukan iii)Memberi bimbingan dan kaunseling kesihatan iv)Memberi penjagaan/rawatan kecemasan v)Mencegah dan mengawal kejadian penyakit vi)Membantu penempatan kanak-kanak kurang upayaeberapa aktiviti boleh dilaksanakan bagi merealissasikan matlamat tersebut : i)membina ketahanan mental dan keyakinan diri melalui penghayatan agama dan nilai-nilai murni. ii)mewujudkan pelbagai aktiviti untuk mengurangkan tekanan (stress) dalam kalangan warga sekolah seperti kegiatan Pembimbing rakan sebaya,reaksi,hobi,punch bag,sudut pidato,dan papan conteng.

iii)memberi perkhidmatan kaunseling. iv)melaksanakan amalan cara hidup sihat. v)menangani kes-kes disiplin warga sekolah. vi)menggalakkan pembentukan sahsiah yang murni melalui proses p&p,kem motivasi,kem Bina semangat dan sebagainya. vii)memberi bantuan/sokongan moral,khidmat nasihat an sokongan kewangan seperti Biasiswa,Tabung kebajikan dan Insuran Takaful. Fungsi perkhidmatan kesihatan sekolah ialah: 1.membina kesedaran dan kefahaman warga sek tentang kepentingan kesihatan optimum dan pengamalan cara hidup sihat. 2.mengesan masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes yang memerlukan perhatian serta tindakan lanjut . 3.mencegah dan mengawal kejadian penyakit. 4.memberi khidmat pertolongan cemas dan rujukan kepada warga sek. 5.menjalankan pemantauan dan penilaian ke atas aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah. Polisi kesihatan sekolah ialah pernyataan yang menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan.Polisi ini berfungsi sebagai : a) menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar. b) merancang dan mengawasi perlaksanaan polisi kesihatan sekolah Enam teras utama PBSS yang digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara sektor awam,sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat adalah seperti berikut : i) ii) Polisi Kesihatan Sekolah Persekitaran Fizikal Sekolah

iii) Persekitaran Sosial Sekolah iv) Penglibatan Komuniti v) Kemahiran Kesihatan Diri

vi) Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Penglibatan komuniti berfungsi seperti berikut : 1 Penglibatan aktif dalam aktiviti kesihatan semasa. 2 Melibatkan diri dalam bentuk tenaga kepakaran / bahan / kewangan. 3 Memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid amnya. 4 Menjadi "role model" amalan cara hidup sihat. Empat contoh aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Sekolah ialah; 1.Penilaian Status kesihatan 2.Pergigian 3.Pertolongan cemas 4.Khitmad kaunseling ntara peranan murid- murid dalam PBSS ialah: 1…melibatkan diri secara aktif dlm akt PBSS yg dirancang 2…memberi cadangan akt2 PBSS yg boleh dlksanakan 3…mempraktikkan pengetahuan dan keisahatan spya lbh btjwb mjg kshtn diri 4…menyampaikan makl umat kpd ibu bpdn msykt stempat megenai akt2 kshtn dlm PBSS yg djlnkn di sekolah. Perlaksanaan PBSS perlu dilaksanakan di semua sekolah. Komponen pengurusan berikut perlu dijlalankan : 1. Penubuhan jawatankuasa PBSS peringkat sekolah 2. Penetapan kenyataan polisi kesihatan sekolah. 3. Perlaksanaan polisi kesihatan sekolah. 4. Pemantauan dan penilaian perlaksaaan aktiviti. 5. Laporan Perkhidmatan kesihatan di sekolah dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu:

1. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah 2. Perkhidmatan Pergigian Sekolah 3. Perhidmatan Alam Sekitar Sekolah Definisi PKS : merangkumi promosi kesihatan dan pemakanan, penjagaan kesihatan,rawatan,rujukan serta penempatan di kelas khas yg diberikan oleh doktor perubatan dan pergigian, kakitangan kejururawatan dan guru-guru utk pencapaian kesihatan optimum warga sekolah. Perkhidmatan kesihatan sekolah Di bawah perkhidmatan kesihatan sekolah, murid-murid menerima perkhidmatan pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan dan rujukan ke klinik atau hospital. Perkhidmatan ini adalah bertujuan seperti berikut: 1. Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optima melalui promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan. 2. Mengesan masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas. 3. Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran yang berkesan. Indikator merupakan pemantauan dan penilaian : Indikator - Indikator : a) b) c) d) Peratus sekolah bebas daripada penggunaan dadah. Peratus sekolah bebas dari kes jenayah . Peratus sekolah menjalankan program PROSTAR Peratus sekolah menjalankan aktiviti khidmat nasihat / kauseling / anti stress.

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi kanak-kanak yang perkembangan di bawah tahap normal mengikut umur atau kumpulan kurang upaya adalah : - diagnosis dan pengesahan kanak-kanak dengan keperluan khas - pendaftaran dan penempatan kanak-kanak dengan keperluan khas - rujukan kes untuk program pemulihan seperti pemulihan masalah pembelajaran, anggota, cara kerja di peringakt klinik, hospital & komuniti. Seperti yang tercatat dalam objektif PBSS, jelas ia merangkumi sekolah selamat: Objektif PBSS adalah agar setiap sekolah dapat 1. Menetapkan polisi / dasar kesihatan sekolah

2 3 4 5 6

Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria , selamat dan sihat Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat Meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah yang bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi 6.1 6.2 .6.3 6.4 6.5 6.6 Menilai taraf kesihatan murid Memberi khidmat rawatan dan rujuka Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan masalah kesihatan murid Memberi penjagaan / rawatan kecemasan terhadap penyakit-penyakit di sekolah Mencegah dan mengawal kejadian penyakit
Mengenalpasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak kurang upaya

Polisi kesihatan sekolah ialah pernyataan yang menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan. Polisi ini berfungsi sebagai: 1. menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar. 2. merancang dan mengawasi perlaksanaan polisi kesihatan. Rasional PBSS diwujudkan: i. mampu melahirkan rasa tanggungjawab bersama dan kimitmen dalam kalangan warga sekolah ii. Penyeragaman beberapa program kesihatan sekolah yang sedia ada iii. satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif berlandaskan kepada keperluan semasa iv. meningkatkan kesefahaman dan kerjasama antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu-isu kesihatan v. suatu usaha yang teratur dan fokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan vi. program yang mampu menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesannya. ersekitaran sosial sekolah sangat penting dalam membentuk sikap dan amalan murid di sesebuah sekolah.Oleh itu persekitaran sosial sekolah yang baik secara tidak langsung dapat membina sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat menghadapi segala cabaran mental mahupun fizikal. Persekitaran sosial sekolah yang baik berupaya menyediakan beberapa perkara iaitu; a) Menyediakan persekitaran yang kondusif utk perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan di kalangan warga sekolah. b) Menyediakan persekitaran yang sihat utk perkembangan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek.

Persekitaran sosial yang sihat dan selamat boleh membantu membentuk pelajar yang seimbang dari kesihatan mental dan fizikal. Beberapa aktiviti boleh dilaksanakan bagi menjayakan matlamat tersebut. Aktiviti-aktivti yang dijalankan mampu :a. membina ketahanan mental dan keyakinan diri warga sekolah melalui penghayatan agama dan nilai-nilai murni. b. mewujudkan pelbagai aktiviti untuk mengurangkan tekanan dalam kalangan warga sekolah seperti kegiatan Pembimbingan Rakan Sebaya c. memberi perkhidmatan kaunseling terhadap kes-kes yang memerlukan d. melaksanakan amalan cara hidup sihat pada setiap masa dan lain-lain lagi. rujuk ms 10 Aktiviti kesihatan diri boleh dibahagikan kepada 2 bahagian: 1) kesihatan fizikal
• • • • • •

kebersihan diri kesihatan pergigian senaman d an kecergasan makan secara sihat anatomi dan fisiologi tubuh badan pertolongan cemas

2) Kesihatan mental dan sosial
• •

perkembangan mental dan sosial tekanan rakan sebaya dan keluarga

) pendidikan kesihtan formal
• • • •

ujian bertulis selepas topik ujian lisan selepas setiap topik skor tingkahlaku berkala laporan projek untuk setiap projek

2) pendidikan kesihatan tidak formal
• • • • • • • • • • • •

hadiah dan penghargaan bagi setiap aktiviti promsi kesihatan skor pemeriksaan kesihatan diri skor tingkahlaku selepas kaunseling senarai semak bagi pemeriksaan fizikal Enam teras utama PBSS adalah seperti berikut : 1/ Polisi Kesihatan Sekolah 2/ Persekitaran Fizikal Sekolah 3/ Persekitaran Sosial Sekolah 4/ Penglibatan Komuniti 5/ Kemahiran Kesihatan Diri 6/ Perkhidmatan Kesihatan Sekolah Enam teras utama PBSS telah digariskan utk mewujudkan dan mengintegrasikan aktiviti2 kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat.

Antara tujuan PBSS diwujudkan ialah; 1. menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. 2. Satu program yang terancang dan bersepadu,fleksibel,inovatif dan kreatif berlandaskan keperluan semasa dan setempat melalui kerjasama dan penglibatan komuniti. 3. Satu pendekatan bersepadu di antara sektor awam,sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat. 4. Untuk mengintegrasikan aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat. 5. Menilai status kesihatan murid, memberikhidmat rawatan dan rujukan,memberi bimbingan dan kaunseling, memberi penjagaan rawatan/kecemasan,mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta mendiagnosis dan membantu penempatan kanakkanak berkeperluan khas.

Enam teras utama PBSS( Program bersepadu Sekolah Sihat) 1.Polisi Kesihatan Sekolah 2.Persekitaran Fizikal Sekolah 3.Persekitaran Sosial Sekolah 4.Penglibatan Komuniti 5.Kemahiran Kesihatan Diri 6.Perkhidmatan Kesihatan Sekolah penglibatan komuniti adalah,
• • • •

Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti PBSS yang dirancang oleh sekolah. Memberi sumbangan dari segi kepakaran, kewangan, tenaga dan peralatan yang termampu. Memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti-aktiviti PBSS. Menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup sihat.

Beberapa aktiviti boleh dijalankan untuk menigkatkan kemahiran kesihatan diri.Antaranya ialah; a) kesihatan fizikal
• • • • • •

kebersihan diri dan kesihatan pergigian senaman dan kecergasan makan secara sihat anatomi dan fisiologi tubuh badan pertolongan cemas perkembangan mental dan sosial

b) pemantauan dan penilaian
• •

pendidikan kesihatan formal pendidikan kesihatan tidak formal

Persekitaran Fizikal Sekolah berfungsi untuk: a. mewujudkan persekitaran fizikal yang bersih dan selamat. b. mewujudkan persekitaran yang bebas daripada risiko jangkitan penyakit. Beberapa polisi yang boleh dibentuk disesebuah sekolah, a. Polisi keselamatan makanan di kantin sekolah b. Polisi pertolongan cemas c. Polisi keselamatan sekolah d. Polisi kawalan penyakit e. Polisi persekitaran fizikal sekolah f. Polisi persekitaran sosial sekolah g. polisi Pendidikan Kesihatan h. Polisi Pendidikan warga sekolah dan masyarakat Soalan: Bagaimanakah masyarakat dan sekolah boleh bekerjasama dalam meningkatkan tahap kesihatan sekolah? 1. Masyarakat turut terlibat secara aktif dlm aktiviti kesihatan. 2. Melibatkan diri dlm bentuk tenaga kepakaran, bahan dan kewangan. 3. Memberi dorongan dan sokongan moral kpd.murid. 4.Menjadi role model amalan cara hidup sihat. Peranan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah bagi mencapai matlamat Program Bersepadu Sekolah sihat (PBSS) ialah : a)Memberi penerangan kepada sekolah mengenai pelaksanaan PBSS. b)Memberi bimbingan kepada sekolah untuk menubuhkan Jawatankuasa PBSS an seerusnya merancang dan menjalankan aktiviti. c)Menghubungi agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk memberi bantuan kepada sekolah-sekolah yang menjalankan PBSS.

d)Mengendali dan memantau program yang dijalankan. Pertologan yang diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan....... 1. D.R.A.B.C 2. T.O.T.A.P.S 3. R.I.C.E 4. EAR DAN CPR Keracunan makanan Tindakan yang perlu diambil ialah : i)dapatkan maklumat (nama atau jenis) makanan yang dimakanoleh mangsa ii)telefon doktor dan maklumkan nama makanan yang diambil iii)bancuh 2 atau 3 sdu garam dalam segelas air panas dan beri mangsa minum iv)jika tidak mahu minum masukkan jari ke dalam mulut hingga ke tekak untuk memastikan mangsa muntah. v)lebih banyak muntah lebih baik vi)selepas muntah,berikan mangsa minum air susu untuk mencairkan racun yang tinggal. Pitam atau pengsan. Tindakan awal ialah; 1. 2. 3. 4. 5. beri ruang kepada mangsa baring mangsa dalam keadaan terientang longgar pakaian yang ketat rendahkan kepala dan kaki bawa mangsa ke tempat lapang

Terdapat 5 komponen asas untuk memastikan persekitaran sekolah yang sihat dan selamat mengikut Ottawa Charter on Health Promotion : 1. Polisi kesihatan sekolah 2. persekitaran sekolah yang sihat dan selamat 3. penglibatan keluarga dan komuniti dalam mempromosikan kesihatan 4. kemahiran kesihatan diri di kalangan pelajar

5. perkhidmatan kesihatan sekolah yang berkualiti seperti sedia kala Punca demam denggi ialah : i)Penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah disebabkan oleh virus denggi. ii)Demam denggi boleh merebak melalui gigitan nyamuk Aedes. iii)Terdapat 4 jenis atau serotaip virus Den 1,Den 2,Den 3 dan Den 4.Keempat-empat virus ini mempunyai struktur antigenik yang hampi sama. Objektif Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah i)Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat. ii)Memupuk sikap keperihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah tentang pendidikan pencegahan demam denggi. iii)Menjadikan murid sebagai agen perubahan terhadap pencegahan pembiakan nyamuk Aedes. iv)Mewujudkan persekitataran sekolah yang bersih,selamat,kondusif dan bebas pembiakan nyamuk Aedes. Punca utama keracunan makanan ialah makan makanan yang • Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat, cendawan, makanan laut ("shell-fish") dan sebagainya. • Tercemar oleh kuman yang merbahaya • Tercemar oleh bahan-bahan kimia • Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya Rasional Rancangan Kesihatan sekolah diwujudkan adalah kerana berdasarkan kajian Kem. Kesihatan masih terdapat murid-murid yang mengalami masalah kesihatan seperti masalah kesihatan dan karies gigi. Dan lantaran murid-murid sekolah dianggap sebagai salah satu agen perubahan dan merupakan satu aset yang penting untuk melakukan sesuatu perubahan terhadap komoditi atau masyarakat dan sekolah diharapkan tempat perubahan sikap dan amalan kesihatan seperti yang diingini.Maka murid-murid diharapkan dapat mempengaruhi ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya melalui pergaulan seharian mereka. Secara tidak langsung, mereka berupaya melakukan perubahan yang positif dan diharapkan dapat meningkatkan taraf kesihatan. Ini adalah kerana matlamat ini lebih mudah jika kita " melentur buluh daripada rebungnya" . Malah sekolah bukan sahaja dianggap sebagai pusat pendidikan tetapi boleh dijadikan sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Alam persekitaran yang sihat adalah amat penting untuk tumbesaran kanak2.Persekitaran yg tidak sihat amat berbahaya dan menyumbang kepada jumlah kematian yg tinggi.Berikut adalah 6 jenis persekitaran yg tidak sihat dikenalpasti memberi kesan kepada kanak2 iaitu : * air minuman yg tidak selamat

* tiada kebersihan diri * sistem pembentungan yang tidak baik * pencemaran udara,kawalan vektor * bahaya kimia * kemalangan Ada lima fungsi Perkhimatan Kesihatan Sekolah,iaitu : 1) Membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah tentang kepentingan kesihatan optimum. 2) Mengesan dan merawat serta membuat rujukan kes yg memerlukan perhatian serius. 3) Mencegah dan mengawal penyakit. 4) Menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap aktiviti2 sekolah. Kebaikan Kelab Doktor Muda
• • • • • • • • • • •

Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah rendah. Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan. Murid belajar menghargai kesihatan mereka. Doktor Muda memperolehi dan mengamalkan kemahiran berkomunikasi. Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor muda. Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah. Kesihatan asas murid, kebersihan diri & penyakit kulit dipantau. Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit. Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan. Sekolah bersih dan bebas Denggi Imej sekolah meningkat

Peranan ibubapa dalam program kebersihan sekolah ialah: i) melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti atau program yang telah di rancang sekolah, ii)memberi bantuan dari segi kepakaran,kewangan,barangan serta sokongan moral. iii)memberi galakkan kepada anak-anak unuk menyertai aktiviti atau program. iv)memberi cadangan aktiviti atau program yang boleh dilaksanakan kepada jawatankuasa. v)memberi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) dilancarkan pada tahun 1968. Ianya merupakan satu rancangan kebangsaan yang bersepadu di antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan yang boleh dianggap sebagai sebahagian penting daripada perkhidmatan masyarakat. 1. Objektif RKS Mengendalikan pendidikan kesihatan dan pemakanan di sekolah Memberi rawatan penyakit/kecemasan kepada murid ketika di sekolah Mencegah dan mengawal penyakit-penyakit berjangkit. Menilai dan menafsir taraf kesihatan murid. Menjalankan usaha-usaha untuk mengenal dan menentukan murid sekolah yang memerlukannya. Menggalakkan hidup sihat di sekolah dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, dan rohaniah. Menggalakkan kerjasama yang erat antara sekolah dan masyarakat untuk kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat. PROSTAR merupakan singkatan kepada "Program Sihat Tanpa Aids untuk Remaja" . Program ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja. Idea penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan . Sejauh mana program ini berjaya dalam konteks pendidikan kepada murid atau remaja. KONSEP PROSTAR PROSTAR berkonsepkan Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja. Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS. Sebagai PRS mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain. FORMULA Formula PROSTAR terdiri daripada simbol-simbol berikut:-: + tambah maklumat - bahagi tanggungjawab x gandakan usaha - tolak risiko = hidup sihat tanpa AIDS Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ahli kelab PROSTAR ialah :

a Aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS seperti ceramah. b Sesi kaunseling remaja. c Latihan PRS PROSTAR d Menerbit dan mengedarkan "newsletter" e Lain-lain aktiviti promosi seperti Laman Web PROSTAR. Antara aktiviti yang perlu dijalankan dalam penilaian status kesihatan murid ialah : a. Pemeriksaan kesihatan secara berkala atau berterusan. b. permeriksaan kesihatan diwajibkan utk murid tahun 1, tahun 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5. c. rekod kesihatan murid mesti dikemaskini. d. Guru memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan murid.

Perkongsian info: Fungsi perkhidmatan kesihatan sekolah: a. membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah mengenai kepentingan kesihatan optimum b. Mengesan dan merawat serta membuat rujukan kes yang memerlukan perhatian yang serius c. Mencegah dan mengawal penyakit d. Memberi khidmat pertolongan cemas e. Menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap aktiviti-aktiviti sekolah. Program Doktor Muda adalah satu program mempromosikan kesihatan pelajar sekolah rendah melalui konsep empowerment. Ia dijalankan di sekolah-sekolah bermatlamat melahirkan kumpulan pelajar yang mementingkan dan mengutamakan kesihatan serta berperanan sebagai agen mempromosi kesihatan untuk diri sendiri, rakan-rakan sebaya, warga sekolah serta ahli keluarga. Aspek penting dalam pengurusan dan pengelolaan ialah : a. Pengukuhan kerjasama daripada pelbg. agensi dan masyarakat dan penglibatan secara aktif. b. penggunaan komunikasi secara intensif - disetiap peringkat spt. perbincangan dlm kumpulan kecil, main peranan,teknik memujuk dll. c. Latihan fasilitator rakan sebaya

d. Penyelidikan dan penilaian secara berkala. Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit birit. Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.Dalam kenyataan Kem Kesihatan Malaysia kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama berbanding orang dewasa. Langkah-langkah berkesan yang telah/ boleh diambil oleh pihak pengurusan sekolah untuk menangani masalah ini? secara ringkas langkah-langkah yang diambil berdasarkan apa yang tahu dan lihat adalah seperti berikut: 1. Menyebarkan maklumat tentang penyakit tersebut, bagai disebarkan, puncanya, langkah-langkah pencegahan dan langkah pengawalan termasuk menjaga kebersihan diri. (Media- TV, radio dan media cetak) 2. Ceramah oleh Pihak KKM( kementerian Kesihatan malaysia) ke sekolah sekolah 3. pemeriksaan suhu badan warga sekolah 4. kuarantin pelajar yang demam atau yang disyaki dan sebagainya . diharap rerakan lain boleh menambah lagi sekian. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, antara langkah segera yang perlu diambil oleh pihak pengurusan sekolah jika berdepan dengan masalah ini ialah :
• •

Merujuk kes itu kepada hospital berdekatan untuk tindakan kuarantin mangsa dan keluarga. Pihak sekolah perlu menghubungi keluarga pelajar atau warga sekolah berkenaan dengan segera dan menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran. Pengurusan sekolah juga diminta membantu pihak hospital untuk mengenal pasti individu yang pernah berhubung dengan pesakit berkenaan selain memastikan persekitaran sekolah masing-masing terutama tandas, bilik darjah, kantin dan asrama, sentiasa bersih. Tidak keterlaluan juga sekiranya pihak pengurusan berkemampuan mengambil suhu badan pelajar dan warga sekolah setiap hari kerana dengan cara ini dapat mengesan perubahan awal kesihatan pelajar dan warga sekolah dan seterusnya tindakan segera, termasuk menghantar mereka ke hospital, dapat dilakukan segera.

Objektif RMT 1. menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak langsung

2. menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha sekolah mengelolakan RMT 3) Memberi makanan tambahan kepada pelajar yang dari golongan berpendapatan rendah. 4) Memberi makanan tambahan yang berzat bagi membantu masalah dari segi pertumbuha kepada para pelajar yang terpilih. 5) Mendidik tabiat bersopan santun , bersyukur, bertimbang rasa, berdisiplin dan amalan kebersihan Komponen Hidup Sihat di Sekolah mengandungi beberapa: i)Sebuah institusi di mana murid-murid mendapat pendidikan dan menghabiskan masa kirakira 6-10 jam. ii)Persekitaran sekolah perlu dipastikan supaya sentiasa dalam keadaan selamat,bersih,selesa dan indah. iii)Persekitaran sekolah yang selesa sudah tentu boleh mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada proses pembelajaran dan pengajaran. Sebagaimana yg kita sedia maklumi,makanan tercemar adalah salah satu punca keracunan makanan.Antara jenis-jenis pencemaran makanan utama ialah : 1) Biologikal - bakteria,fungi ( kulat dan yis ), dan virus. 2) Fizikal - benda atau bahan asing seperti rambut,cebisan kaca,paku dan lain2. 3) Kimia - racun serangga,racun rumpai,bahan pencuci kimia,aditif makanan seperti pengawet yg berlebihan. Program Susu Sekolah (PSS) adalah program Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan taraf pemakanan dan seterusnya taraf kesihatan murid-murid sekolah.Antara objektif PSS ialah : a) meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid2 sekolah rendah dengan memupuk tabiat sentiasa meminum susu. b) membekalkan susu kepada murid2 terpilih dari golongan taraf sosio-ekonomi yg rendah dan mengalami kekurangan zat makanan melalui skim percuma. c) meningkatkan perancangan,perlaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan bersama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia. Perlaksanaan RMT ini diteruskan adalah berdasarkan beberapa laporan dan kajian oleh Kementerian Pelajaran.Antara rasional RMT ialah :

a) Jumlah 15% - 20% daripada jumlah murid datang ke sekolah tanpa sarapan pagi atau makan tengah hari di rumah. b) Pemakanan yg salah dan serangan penyakit menimbulkan masalah-masalah dari segi pembesaran,pencapaian dan pembelajaran. c) 35% murid sekolah rendah menunjukkan tanda-tanda salah pemakanan. Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) berasaskan konsep kesihatan yg menyeluruh dan merangkumi kesihatan fizikal,mental,emosi,sosial dan rohani.Ia terdiri daripada 4 komponen utama iaitu pendidikan kesihatan,perkhidmatan kesihatan,hidup sihat di sekolah dan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat.Matlamat khusus RKS adalah seperti berikut : a) meningkatkan pengetahuan yentang kesihatan dan memupuk nilai serta amalan kesihatan yg positif. b) memberi penjagaan,rawatan,kecemasan,rujukan,pemulihan dan tindakan susulan kepada murid. c) mencegah dan mengawal penyakit berjangkit. d) menilai dan mentafsir taraf kesihatan murid. e) menggalakkan amalan cara hidup yg sihat. f) menggalakkan kerjasama dua hala antara sekolah dan masyarakat. Apabila berlaku keracuanan makanan murid dan guru perlulah memainkan peranan masingmasing bagi menyelamatkan keadaan. Tanggungjawab Pelajar 1. Melaporkan serta-merta kepada guru jika insiden keracunan berlaku. 2. Menyimpan sampel/contoh kimia atau makanan yang dipercayai punca keracunan. 3. Membaca dan mematuhi peraturan bilik makmal, stor atau bengkel, kantin dan dewan makan. 4. Membantu menyelematkan pelajar yang mengalami keracunan. 5. Jaga kebersihan diri. 6. Makan makanan yang dimasak dan bersih. 7. Patuhi arahan doktor. 8. Jangan masuk ke bilik makmal, stor, atau bengkel tanpa arahan atau kehadiran guru. Tanggungjawab guru 1. Senantiasa mengingatkan pelajar tentang bahaya keracunan. 2. Jangan benarkan pelajar masuk ke makmal, bengkel atau stor tanpa kehadiran guru terlebih dahulu. 3. Menyediakan peraturan penggunaansetiap bilik makmal, bengkel, stor, atau dewan makan. 4. Melaporkan kepada pihak pengurusan sekolah jika berlaku insiden keracunan. 5. Menyiasat punca kejadian keracunan. 6. Mengambil sampel kimia atau makanan yang dipercayai punca keracunan.

7. Memberi rawatan awalan kepada mangsa jika perlu. 8. Menghantar pelajar menadapatkan rawatan di hospital jika perlu.

Bagaimana cara untuk mencegah denggi? Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:
• • • •

Perlindungan dari gigitan nyamuk. Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari. Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk. Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.

Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah. Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:
• • •

Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya. Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu. Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga

Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi? Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.

Bagaimana cara untuk mencegah denggi? Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:
• • • •

Perlindungan dari gigitan nyamuk. Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari. Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk. Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.

Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah. Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:
• • • • •

Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya. Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu. Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu. Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air. Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.

Hapuskan nyamuk Aedes dewasa Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan

perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk. Selain tanggungjawab Seorang Pengusaha Premis Makanan,pekerja premis makanan juga mempunyai tanggungjawab yang penting untuk memastikan makanan bersih dan selamat.Antara tanggungjawabnya ialah : i)Menjaga kesihatan dan kebersihan diri. ii)Melaporkan kepada majikan apabila sakit dan dapatkan rawatan segera. iii)Elakkan dari perbuatan seperti korek hidug,menyentuh makanan masak dengan tangan yang kotor dan sebagainya. iv)Mempelajari dan mengamalkan tabiat yang baik bagi meninggikan taraf kebersihan diri,amalan pengendalian makanan yang baik dan kebersihan kawasan-kawasan tempat kerja. Tanggungjawab murid juga perlu dalam melaksanakan amalan kebersihan sekolah.Berikut adalah cadangan tanggungjawab tersebut: * Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti amalan kebersihan yang dirancang oleh sekolah. * Mempertingkatkan pengetahuan,kemahiran dan amalan kebersihan supaya lebih bertanggungjawab menjaga kesihatan secara menyeluruh. * Menyampaikan maklumat kepada ibubapa dan masyarakat setempat mengenai aktiviti amalan kebersihan yang dijalankan oleh sekolah. * Memberi cadangan aktiviti amalan kebersihan yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah. * Melapor kepada pihak sekolah mana-mana kerosakan atau perbuatan yang boleh mengganggu pelaksanaan amalan kebersihan sekolah. Pendekatan untuk memperkenalkan pendidikan kesihatan adalah merupakan suatu usaha bagi membentuk sikap yg positif di kalangan warga sekolah ke arah pengamalan cara hidup sihat.Antara pendekatan yg digunakan untuk program pendidikan kesihatan ialah : a) Pembelajaran di dalam bilik darjah b) Ceramah c) Dialog d) Demontrasi e) Pameran f) Tayangan alat pandang dengar g) Pertandingan2 seperti kuiz kesihatan

Selamat mengulangkaji Perkara asas untuk memastikan makanan bersih ialah; a. Kebersihan bahan mentah b. Pengendalian makanan yg bersih c. Kebersihan diri pengendali makanan d. Kemudahan asas yg mencukupi e. Reka bentuk premis dan peralatan yg sesuai f. pengurusan premis yg betul g. Penyedian makanan yang betul Oleh itu, murid-murid sekolah perlu diberi pendedahan yang lebih dari aspek:
• • • •

Pendekatan kepada memilih makanan yang selamat. Pendekatan kepada keracunan makanan seperti punca-punca keracunan makanan, gejala-gelaja dan cara-cara pencegahan. Penyediaan makanan yang selamat. Pendekatan kepada penyimpanan makanan yang selamat.

Tanda-tanda keracunan makanan: 1. Loya dan muntah 2. Sakit perut yang memulas 3. Demam dan dehidrasi 4. Cirit birit yang berterusan

Antara faktor-faktor penyumbang yang dikenalpasti penyebab kepada keracunan makanan di kalangan murid-murid sekolah adalah seperti berikut:
• • •

Kebersihan diri yang rendah. Peralatan, perkakas dan ruang tempat kerja dicemari. Bekalan makanan dari sumber yang tidak selamat.

Langkah-langkah yang perlu diambil dalam memastikan kantin sekolah selamat:
• • •

Memastikan kebersihan bahan mentah Pengendalian makanan yang bersih Kebersihan diri pengendali makanan

• • • •

Keperluan kemudahan asas yang mencukupi Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai Pengurusan dan penyelenggaran premis yang sempurna Penyediaan makanan yang betul

Pihak sekolah juga diminta untuk:
• • • • • • • • • • • • •

Menggalakkan seboleh-bolehnya pengusaha/pengendali makanan memasak makanan di dalam kawasan sekolah. Memastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awal sehingga semalaman, terutama penyediaan makanan-makanan menggunakan santan. Menubuhkan jawatankuasa khas di peringkat sekolah bagi menyelia dan mengadakan pemeriksaan harian. Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan kebersihan premis makanan. Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha peningkatan dan penggalakan kebersihan dan kesihatan. ibawah adalah 7 perkara asas bagi memastikan makanan bersih dan selamat : a) Kebersihan bahan mentah. b) Pengendalian makanan yang bersih. c) Kebersihan diri pengendali makanan. d) Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai. e) Keperluan kemudahan asas yang mencukupi. f) Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna. g) Penyediaan makanan yang betul.

Terdapat 6 jenis persekitaran tidak sihat yang telah dikenalpasti memberi kesan pada kanakkanak iaitu: 1. air minuman yang tidak selamat, 2. tiada kebersihan diri dan sistem pembetungan yang tidak baik, 3. pencemaran udara, 4. kawalan vektor, 5. bahaya kimia dan 6. kemalangan antara penyakit-penyakit yang disabitkan oleh alam sekitar tersebut ialah seperti jangkitan pada sistem pernafasan, cirit-birit, malaria, keracunan dan sebagainya. Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit? Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkahlangkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya. • Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan. • Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini. • Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti. Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin? • Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin. • Jangan pergi ke sekolah; • Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit; • Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah; • Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu; • Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin. Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema? Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan. Aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Sekolah 1. Kebersihan diri - Program Penjagaan Gigi dan Mulut - Program bebas Kutu - Program Penjagaan Kuku - Program KemasDiri 2. Kebersihan Fizikal

- Pertandingan Kebersihan Kelas - Pertandingan Landskap Kelab/Persatuan 3. Kebersihan Persekitaran - Program Bebas Denggi - Sudut Keceriaan 4. Penghayatan Kebersihan - Pertandingan Melukis dan Mewarna - Pertandingan Kuiz - Pameran Bertemakan Kebersihan Anatara objektif amalan kesihatan ialah;
• • • • •

membina amalan kebersihan sebagai budaya hidup. prihatin terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan memupuk semangat bertanggungjawab dan bekerja berpasukan mengamalkan aktiviti kebersihan mewujudkan iklim sekolah yang sihat,bersih,indah dan ceria

Perbezaan di antara RKS dengan PBSS RKS memberi tumpuan utama kepada peningkatan taraf kesihataan dan pemakanan murid sekolah ke tahap yang lebih optima. PBSS memberi penekanan kepada menyatupadukan semua aspek kesihatan,keselamatan dan kebersihan. Objektif bagi kempen cara hidup sihat ialah:

a) objektif jangka pendek dan sederhana
• •

untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Malaysia tentang penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat untuk mengalakkan mereka mengamalkan amalan dan cara hidup yang mempromosikan kesihatan

b) Objektif jangka panjang

hasil daripada perubahan di atas dapat mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti penyakit yang berkaitan dengan cara hidup

Piawaian amalan kebersihan sekolah: BERSIH

Tiada contengan, tiada goresan, tiada sampah, tiada sawang, tidak berhabuk/berdebu, tidak berlumut, tidak berbau yang kurang menyenangkan, sentiasa dinyahkuman untuk mengelakkan bakteria dan dalam warna asal.

BERFUNGSI

Dijaga dan diselenggara dengan baik dan boleh digunakan dengan sempurna pada bila-bila masa.

SELAMAT

Tidak berbahaya dan tidak menjadi tempat pembiakan serangga atau haiwan perosak.

Terdapat 3 bentuk penganugerahan yang akan diberikan kepada sekolah : a. Augerah Emas PBSS b. Anugerah Perak PBSS c. Anugerah Gangsa PBSS Di dalam module hanya menyatakan beberapa teknik penyampaian pengajaran dalam Pendidikan Kesihatan. Saya ada sedikit maklumat tambahan ingin berkongsi dengan anda semua. Teknik-teknik penyampaian pengajaran dalam pendidikan kesihatan: 1. teknik demonstrasi 2. teknik ceramah 3. teknik perbincangan "Buzz" 4. Teknik Sumbagsara 5. Teknik Main Peranan 6. Teknik Projek 7. Teknik Lawatan 8. Teknik Bercerita 9. Teknik Nyanyian 10. Teknik Penyelesaian Masalah

Untuk pengetahuan rakan yang lain...morbiditi adalah lebih dikenali sebagai "penyakit" manakala mortaliti dikenali sebagai "kematian". Apa yang penting di sini ialah, terpulang pada diri kita sendiri untuk mengurangkan risiko ini kerana keputusan adalah di tangan kita sendiri.Berikut adalah beberapa langkah untuk mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti penyakit yang berkaitan dengan cara hidup..... a) Penyertaan dalam aktiviti fizikal yang kerap b) Melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, berbasikal, bermain, angkat berat, membuat kerja rumah c) lain-lain seperti......
• • • • • • • •

Bermain dengan anak-anak Berkebun Gunakan tangga, berbanding elevator Berjalan kaki untuk pergi minum kopi di waktu rehat, atau makan tengah hari Berjalanlah sebahagian atau keseluruhan perjalanan ke tempat kerja Lakukan kerja-kerja rumah dengan pantas Potong daun-daun atau lakukan kerja-kerja lain di halaman Mulakan dengan hanya 10 minit berjalan-jalan dan tingkatkan tempohnya sedikit demi sedikit.

Objektif bagi kempen cara hidup sihat ialah:

objektif jangka pendek dan sederhana

--untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Malaysia tentang penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat --untuk mengalakkan mereka mengamalkan amalan dan cara hidup yang mempromosikan kesihatan

objektif jangka panjang

--hasil daripada perubahan di atas dapat mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti penyakit yang berkaitan dengan cara hidup

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->