You are on page 1of 37

13 MEI 1969 DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

OLEH:
NORMAZNIE BINTI ZAINAL

PENGENALAN

Pembentukan sebuah negara Bangsa adalah menjadi satu isu penting yang harus
dijadikan sebagai satu usaha berterusan oleh semua anggota masyarakat di negara ini.
Pembentukan masyarakat bersatu padu penting bagi membina sebuah negara yang maju
dan aman. Maka kertas kerja ini akan menelusuri rusuhan kaum 13 Mei bagi mencari
titik pembinaan sebuah negara Bangsa melalui tragedi ini. Beberapa persoalan
ditimbulkan disini, adakah masyarakat berbilang kaum di Negara ini telah ‘insaf’ di atas
kejadian ini. Adakah telah wujud kesatuan dan kesepaduan dalam masyarakat pada hari
ini bagi membina sebuah negara Bangsa Malaysia dan adakah 13 Mei telah dapat
membina masyarakat Malaysia, ini merupakan persoalan yang sukar dicari titik
penyelesaiannya. Namun kertas kerja ini hanya akan menjadikan beberapa berkara yang
akan menjadi topik berbincangan dalam kertas kerja ini seperti bagaimana 13 Mei telah
membentuk beberapa dasar bagi memperbaiki hubungan kaum di Malaysia,
memperbaiki taraf ekonomi orang Melayu dan meneliti dasar-dasar yang dilaksanakan
bagi membina jadi diri Malaysia dikalangan warganegara. Penulisan ini juga akan
melakukan pemerhatian kepada kejadian 13 Mei dan dasar-dasar yang telah
dilaksanakan dan sejauhmana ianya telah berjaya merealisasikan hasrat kerajaan dalam
membina sebuah Negara Bangsa Malaysia.

1.0 TRAGEDI 13 MEI

Tragedi berdarah 13 Mei 1969, menjadi titik tolak kepada perubahan kepada sistem
pentadbiran Negara dan juga perubahan masyarakat di Negara ini. Usaha pembentukan
gagasan Malaysia pada 1963 adalah bermatlamat kearah membina sebuah Negara
Bangsa Malaysia. Namun, rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 dilihat sebagai
penyebab kepada terbantutnya usaha kepada pembinaan sebuah Negara Bangsa. Namun
daripada satu aspek lain, 13 Mei juga menjadi pencetus kepada usaha-usaha yang lebih
2

serius oleh kerajaan kearah pembentukan Negara Bangsa dan menyelesaikan


permasalahan yang wujud di Malaysia.

Rusuhan kaum 13 Mei telah mendorong kerajaan untuk lebih aktif dan lebih
agresif dalam usaha mengatasi permasalahan kaum yang telah wujud berabad lamanya 1.
Telah wujud jurang antara kaum yang ketara yang disebabkan oleh dasar ‘pecah dan
perintah’ British. Wujud pengenalan kaum mengikut sosial dan ekonomi, bagi
penduduk Melayu tinggal di kampung dan menjadi petani, kaum Cina di bandar sebagai
perniaga dan kaum India di ladang sebagai Penoreh Getah. Selain itu, wujud juga
permasalahan dalam pemahaman perlembagaan oleh masyarakat, perasaan tidak puas
hati melihat hak dan keistimewaaan Melayu menjadi keutamaan, malah kaum lain
seakan dipinggirkan2. Isu-isu politik juga menjadi permasalah umum pada ketika itu,
bagaimana penguasaan politik oleh golongan elit Melayu menyebabkan hak-hak kaum
lain seakan terpinggir.

Maka, permasalahan asas inilah yang menjadi titik tolak kepada tercetusnya
tragedi 13 Mei 1969. Bergolakan bermula apabila kempen pilihanraya 1969 yang
dilakukan oleh parti-parti bertanding tidak terkawal. Mereka menjadikan pentas kempen
sebagai medan melepaskan kemarahan kepada apa yang berlaku, telah wujud kempen
kepada anti-perkauman dan membangkitkan isu-isu perkauman sebagai tema bagi
kempen pilihanraya. Kempen pilihanraya tersebut dianggap sebagai medan bagi
membela setiap kaum dan kempen mencabar hak istimewa orang Melayu3.

Namun pergolakan kaum yang serius telah berlaku adalah sejak sejak awal
pembentukan gagasan Malaysia lagi. Namun beberapa pergolakan yang besar seperti
1964 di Bukit Mertajam, 1965 di Kuala Lumpur dan 1967 di Pulau Pinang 4 menjadi
pencetus kepada rusuhan kaum yang lebih besar dan parah. Peristiwa ini mula tercetus

1
Abu Bakar Hamzah, Ilham 13 Mei, Kelantan Ismail Enterprise, 1970, hlm. 62.
2

Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, Terj. Omardin Haji
Ashaari, Petaling Jaya, International Book Service, 1985, hlm. 91.
3

S. Husin Ali, Orang Melayu: Masalah Dan Masa Depan, Kuala Lumpur, Penerbit Adabi Sdn.
Bhd, 1979, hlm. 40
4

R.S Milner Dan Diane K.Mauzy, Politik Dan Kerajaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 1982, hlm. 100.
3

apabila berlaku perarakan yang dianjurkan oleh Parti Buruh pada 9 Mei apabila seorang
pengikut Cina yang mati semasa dalam proses kempen pilihanraya 1969. Maka
kekecohan demi kekecohan berlaku sehinggalah tercetusnya perarakan besar-besaran
yang berlaku pada 13 Mei yang mencetuskan pertempuran dan membawa kepada
pengisytiharan darurat diseluruh negara.

13 Mei bermula apabila satu perarakan besar-besaran yang dilakukan oleh


kumpulan DAP dan GERAKAN yang bertujuan memberitahu perihal berkenaan
kemenangan besar yang dimiliki oleh mereka5. Perarakan ini juga bertujuan memberi
tahu kepada orang Melayu bahawa mereka telah berjaya memiliki Tanah Melayu
dengan memperolehi majoriti besar dalam pilihanraya 19696. Rusuhan ini bermula pada
12 Mei 1969, apabila Dr. Tan Chee Khoo yang menang dalam pilihanraya 1969
dikawasan Batu, di Selangor. Beliau telah meminta kelulusan bagi mengadakan satu
perarakan bagi meraikan kemenangan tersebut. Perarakan DAP pula pada tanggal 13
Mei 1969 7.

Perarakan tersebut tersebut dianggap sebagai mencabar kewibawaan orang


Melayu sebagai ‘tuan’ di bumi Malaysia. Maka satu perhimpunan balas telah diadakan
bagi meraikan kemenangan PERIKATAN pada petang 13 Mei di Jalan Raja Muda di
rumah Dato’ Harun yang juga Menteri Besar Selangor. Sewaktu himpunan orang
Melayu, mereka telah menerima berita bahawa orang Cina menyerang orang Melayu di
Setapak. Maka kumpulan perhimpunan tersebut telah berarak dari jalan Raja Muda ke
lokasi tersebut, sewaktu dalam perarakan tersebut mereka telah berjumpa dengan dua
orang Cina yang sedang menaiki motosikal, pemuda tersebut telah dibunuh. Maka inilah
yang mula mencetuskan rusuhan yang hebat dalam sejarah Malaysia. Orang Cina pula
telah menahan bas bagi mencari orang Melayu dan melaungkan ‘darah bayar darah’
yang merupakan slogan yang sama digunakan sewaktu perakaran mayat8.

Tunku Abdul Rahman, 13 Mei: Sebelum Dan Selepas, Kuala Lumpur, Utusan Publication And
5

Distributors Sdn. Bhd, 2007, Hlm.414.


6

James P. Ongkili, Nation-Building In Malaysia, Singapura, Oxford University Press, 1985, Hlm.
199-200
7

Tunku Abdul Rahman, 13 Mei: Sebelum Dan Selepas, Hlm. 65.


8
Ibid, Hlm. 83
4

Ketegangan terus berlaku apabila berlaku pertempuran dan pertembungan di


antara dua kumpulan yang berhimpun iaitu kumpulan Melayu dan Cina. Rusuhan kaum
yang juga di pengaruhi oleh beberapa sentiment yang masih menebal pada ketika itu
iaitulah perpisahan Singapura daripada Malaysia dan saki baki komunis yang masih
terdapat di Malaysia pada ketika itu9. Rusuhan yang berlaku telah menyebabkan darurat
diisytiharkan keseluruh Negara, pergantungan parlimen, perletakan jawatan Tunku
Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri dan beberapa peristiwa besar lain yang
berlaku.

Namun disebalik hakikat yang dapat kita lihat, kita perlu kembali menelusuri
kepada permasalah kaum ini. Perlembagaan 1948, adalah merupakan titik mula kearah
penentangan dan permasalah kaum. Orang Melayu telah berusaha tolak ansur untuk
menerima taraf kerakyatan bagi kaum lain di Tanah Melayu pada ketika itu.
Pengorbanan tersebut telah diganti dengan orang Melayu memperolehi taraf hak
istimewa di Tanah Melayu. Namun sejauhmana kaum lain melihat pengorbanan
tersebut, mereka sentiasa cuba mengesploitasikan kebaikan orang Melayu dengan
memainkan isu tersebut seolah-oleh orang Melayu tiada hak di bumi Malaysia. Maka
natijahnya, dapat kita lihat bagaimana 13 Mei yang telah mengorban ribuan nyawa yang
tidak berdosa.

1.1 SEBAB TERCETUSNYA 13 MEI

Dalam kempen pilihanraya pada bulan April dan Mei 1949 emosi rakyat telah
dibangkitkan oleh pihak pelampau perkauman dan calon-calon yang tidak
bertanggungjawab serta penyokong mereka. Dikalangan orang Melayu, anasir ini telah
menakut-nakutkan mereka dengan membangkitkan persoalan dan mempersendakan
peruntukan perlembagaan berkaitan dengan Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa
Melayu, manakala sesetengah anasir pula telah menimbulkan rasa tidak puas hati di
kalangan orang Melayu dengan menyatakan bahawa penguatkuasaan peruntukan
tersebut tidak lengkap. Di kalangan orang bukan Melayu anasir jahat telah

9
James P. Ongkili, Nation-Building In Malaysia, hlm. 206.
5

menimbulkan rasa bimbang dan syak wasangka bahawa kepentingan sah mereka seperti
peruntukan dalam perlembagaan, lama kelamaan akan hilang.10

Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British telah meninggalkan
kesan buruk kepada negara. Wujud pemisahan dan pengenalan kaum mengikut
ekonomi. Orang Melayu melihat perkara ini sebagai tidak adil bagi mereka sebagai
penduduk pribumi. Kemarahan orang Melayu terhadap ketidakadilan ekonomi
mendorong kepada masalah perpecahan kaum11. Namun jika diperhalusi situasi ini,
orang Melayu tidak harus ‘marah’ di atas situasi ini. Orang Melayu seharusnya lebih
giat berusaha dan bukan sentiasa menyalahkan takdir.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 1961 oleh Tunku menjadi kejutan


kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia12. Situasi ini mendorong kepada berlakunya
ketidak puasan hati dikalangan penduduk. Ketegangan yang wujud ditambah pula
dengan rakyat Singapura majoriti Cina dan PAP yang mempunyai keinginan untuk
campur tangan dalam arena politik Tanah Melayu. Situasi ini yang mendorong kepada
penyingkiran Singapura daripda gagasan Malaysia. Namun tindakan Lee Kuan Yeew
yang meninggalkan legasi PAP di Malaysia iaitu DAP mencetuskan masalah kepada
negara13.

Selain itu, ketiadaan hubungan terus-menerus diantara kaum, ditambah pula


dengan anasir-anasir anti-kerajaan yang meluas dalam Negara dan tidak memahami
beberapa peruntukan multak dalam perlembagaan Malaysia telah mendorong kepada
rusuhan kaum berlaku. Situasi ini mungkin diakibatkan oleh tiada kesediaan untuk
merdeka dengan situasi yang ada pada ketika itu dengan rakyat Melayu yang terpaksa
‘berkongsi’ Negara ini dengan Bangsa lain. Selain itu, beberapa perkara yang
mendorong kejadian ini seperti beberapa peruntukan perlembagaan yang dilihat banyak
merugikan orang Melayu, terutamanya dalam hal kerakyatan.
10
R.S Milner Dan Diane K.Mauzy, Politik Dan Kerajaan Malaysia. Hlm. 106
11

Ibid, Hlm 108.


12
Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 2004, Hlm. 405

R.S Milner Dan Diane K.Mauzy, Politik Dan Kerajaan Malaysia. hlm. 87-95, juga lihat dalam
13

Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, hlm.65


6

13 Mei telah mengubah senario politik Malaysia dengan melahirkan struktur


baru dalam pemerintahan negara, cita-cita perjuangan Melayu mendapat pembelaan
total oleh kerajaan yang dikuasai oleh UMNO. Berlakunya penghegemonian Melayu
dalam bidang politik, ekonomi dan budaya dan sebagai kemuncak perkembangan
nasionalis Melayu selepas rusuhan berlaku. Penghegemonian yang berlaku meletakkan
kaum Melayu di satu kedudukan yang tidak mampu dicabar oleh kaum lain,
menghukum kepentingan kaum lain terutamanya bagi kaum Cina14.

Peristiwa 13 Mei menjadi satu era baru untuk Malaysia dan orang Melayu
terutamanya. Beberapa kesan langsung yang terjadi akibat daripada 13 Mei adalah
pengisytiharan oleh Duli Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, darurat
diseluruh Negara. Sistem kerajaan berparlimen telah dibubarkan pada 16 Mei 1969.
Pilihanraya Sabah dan Sarawak dijadualkan selepas Pilihanraya Kebangsaan telah
ditanguhkan. Kesan yang amat besar adalah dapat dilihat bagaimana sistem kerajaan
berparlimen hanya dapat dipulihkan semula pada 23 Februari 197115.

1.2 MAJLIS GERAKAN RAKYAT (MAGERAN)

Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah menyebabkan kerajaan
mengisytiharkan darurat dalam Negara. Banyak sistem awam lumpuh, sistem kenderaan
awam, keretapi, pelabuhan lumpuh akibat rusuhan yang berlaku. Fungsi kerajaan pusat
lumpuh dan mengakibatkan polis dan tentera mengambil bahagian dan berperanan
dalam memastikan keamanan dan mengawal situasi. Selama pergantungan parlimen,
Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) telah berperanan sebagai badan perlaksana
pentadbiran Negara.

Majlis Gerakan Negara yang diketuai oleh Tun Razak merupakan satu badan
yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menjalankan pentadbiran negara selama darurat
berlangsung. Fungsi badan ini adalah bagi mengembalikan keamanan dan undang-
14
Thack Ker Pong, Ketuanan Politik Melayu: Respon Masyarakat Cina, Kuala Lumpur, Penerbit
Universiti Malaya, 2005, Hlm. 85.
15
Lion Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, Terj. Omardin Haji
Ashaari, Hlm.180.
7

undang, untuk menentukan pentadbiran yang licin dalam Negara, untuk mengembalikan
keharmonian dan kepercayaan antara kaum dalam Negara. Badan ini juga berperanan
mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan dan mengembalikan keyakinan
rakyat kepada keselamatan Negara.

MAGERAN berperanan dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan Pusat dan Negeri
selama perintah darurat dikuatkuasakan selepas rusuhan kaum 13 Mei. Darurat yang
dikuatkuasakan telah membekukan gerakan parti-parti politik dalam Negara yang
dianggap sebagai pencetus kepada permasalahan kaum yang berlaku 16. Parti-parti politik
yang terdapat di Malaysia pada ketika itu banyak digerakkan dengan masing-masing
banyak memainkan isu-isu perkauman bagi tujuan kempen parti masing-masing.
Pembekuan parti politik adalah bertujuan mengawal kegiatan yang bersifat perkauman
dan mampu mengetuskan pergolakan dalam masyarakat.

Pemerintahan MAGERAN selama 21 bulan sejak 13 Mei dilihat banyak


menguntungkan orang Melayu. MAGERAN didominasi oleh elit politik Melayu,
banyak menjalankan dasar-dasar yang memihak kepada orang Melayu. Orang Melayu
melihat jentera pentadbiran MAGERAN sebagai penyelamat kepada ancaman yang
mendepani orang Melayu. Oleh yang demikian, ada desakan daripada orang Melayu
supaya pemerintahan MAGERAN diteruskan selepas Parlimen dipulihkan17.

Dalam pemerintahan MAGERAN beberapa dasar yang menghakis kepentingan


dan dianggap menimbulkan kebimbangan komuniti Cina dilaksanakan. Dasar Ekonomi
Baru dilancarkan untuk menaik taraf ekonomi orang Melayu. Selain itu, pada tahun
1970 bahasa pengantar di sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris ditukar kapada
bahasa Melayu18. Situasi ini tidak memberikan kelebihan kepada orang Cina dan ini
dianggap sebagai ancaman kepada mereka.

2.0 DASAR KERAJAAN DALAM MEMBINA SEMULA NEGARA


MALAYSIA SELEPAS 13 MEI 1969
16
Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur, Penerbit Pustaka
Antara, 1981, Hlm. 851-852.
17

Thack Ker Pong, Ketuanan Politik Melayu: Respon Masyarakat Cina, Hlm. 128
18
Ibid, Hlm. 129
8

2.1 DASAR EKONOMI BARU

Dasar Ekonomi Baru atau DEB dilancarkan pada tahun 1970 serentak dengan
permahsyuran Rukun Negara dan berasaskan kepada hasrat mengurangkan kadar
kemiskinan dan mengagihkan peluang dalam bidang ekonomi kepada semua kaum
dengan seimbang19. Usaha kearah mengurangkan kemiskinan perlu mendapat perhatian
dan pertimbangan khusus dalam usaha mencapai perpaduan dan juga pembangunan
Negara. Melalui DEB, perlaksanaan pembasmian kemiskinan mutlak20 dengan mencari,
mengenal pasti dan meyelesaikan masalah ini dengan strategi yang dirangka.

DEB mempunyai dua matlamat utama, yang pertama: menghapuskan


kemiskinan dan yang kedua menyusun kembali masyarakat Melayu. Untuk mengatasi
masalah kemiskinan, kerajaan berusaha menambah peluang pekerjaan untuk rakyat
terutamanya dengan memajukan bidang perindustrian. Disamping itu, pembangunan
kawasan desa diperhebatkan. Untuk menjayakan belbagai projek, diadakan rancangan
pendidikan dan latihan yang lebih berkesan. Penyusunan kembali masyarakat pada
dasarnya bererti melipatgandakan penglibatan orang Melayu dalam sektor industri dan
perdagangan supaya lama kelamaan pekerjaan bagi semua kaum dapat mencerminkan
perseimbangan antara kaum-kaum di Malaysia21.

Namun apa yang menjadi hasrat kerajaan pada ketika itu adalah DEB dapat
menjadi alat bagi tujuan mencapai perpaduan Negara. Ketidak seimbangan ekonomi
terutamanya dikalangan bumiputera akibat dasar pecah dan perintah yang ditinggalkan
oleh British kepada Tanah Melayu telah mencetuskan konflik. Kemiskinan telah
menimbulkan ketegangan diantara kaum terutamanya bagi kaum Melayu yang
kebanyakkan bekerja sebagai petani miskin dan golongan Cina sebagai usahawan kaya.

19

Dasar Sesudah DEB Perlu Utamakan Masyarakat, Akhbar Watan, Khamis, 29.12.1988.
20

Kemiskinan Mutlak: Garis Kemiskinan Tegar Iaitu Tidak Mempunyai Pendapatan Tetap Dan
Tidak Mempunyai Kemampuan Kearah Membina Ekonomi Yang Lebih Stabil Dan Kehidupan Yang
Lebih Baik.
21

Khoo Kay Kim Et.Al, Kenegaraan 25 tahun: Satu Perspektif Sejarah. 1982. Kuala Lumpur.
Persatuan Muzium Malaysia, Hlm. 29.
9

DEB bertujuan untuk menangani masalah pengagihan kekayaan dikalangan penduduk


Tanah Melayu, berusaha mengurangkan jurang perbezaaan kaum dalam ekonomi.

Kerajaan telah mengunakan pendekatan baru dalam rancangan lima tahun menerusi
DEB. Rancangan tersebut dijalankan menerusi dasar serampang dua mata22. Program ini
dijalankan dengan mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan melalui
strategi berikut:

1) Menyediakan peluang pekerjaan pada ruang yang mencukupi bagi


mengurangkan kadar pengangguran dan akhirnya mencapai tingkat guna tenaga
yang penuh.
2) Menambahkan kemudahan bagi meninggikan pendapat dan produktiviti semua
golongan miskin samaada di luar bandar dan kawasan bandar melalui peluang-
peluang kemahiran, tanah, modal dan lain-lain lagi.
3) Meluaskan peluang-peluang golongan miskin bergiat dalam bidang
perindustrian dengan lebih produktif.
4) Memodenkan penghidupan luar bandar melalui perluasan liputan infrastruktur
asas seperti bekalan air dan elektrik, perumahan, jalan, pelajaran dan kegiatan
masyarakat23.

Melalui DEB diwujudkan beberapa polisi seperi New Economic policy (NEP) bagi
tujuan menghalang pembinaan jurang yang lebih besar dalam status ekonomi
masyarakat seperti Melayu dan Cina. Membentuk FELDA (The Federal Land
Development Authority). MARA, MARDI dan FAMA, Lembaga Padi Negara (LPN),
BERNAS, UDA, maju ternak dan lain-lain lagi.24

Strategi dan usaha-usaha membasmi kemiskinan dilakukan oleh kerajaan adalah


meliputi kawasan bandar dan luar bandar. Kerajaan telah mengambil langkah serius
untuk membasmi kemiskinan, ini bertujuan mengelak daripada masalah yang sama

22
R.S Milner Dan Diane K.Mauzy, Politik Dan Kerajaan Malaysia. 1982, Hlm. 415.
23

Bushra Haji Yusof, Dasar Ekonomi Baru, Dlm. Yusuf Ismail (Peny), Dasar-Dasar Utama
Kerajaan Malaysia, Kuala Lumpur, A.S. Noordeen Publisher, 2006, Hlm. 25-26
24
James P. Ongkili. 1985. Nation-Building In Malaysia. Singapura.Oxford University
Press.Hlm. 225
10

berulang iaitu rusuhan kaum akibat daripada ketidak seimbangan status sosio-ekonomi
penduduk. Maka usaha mengenal pasti penduduk luar Bandar yang berhadapan dengan
masalah kemiskinan yang serius.

Langkah penyelesaian bagi membantu mengatasi kemiskinan ini dilakukan melalui


beberapa badan berkanun seperti FELDA, RISDA, MADA dan KADA. Antara
program-program yang dijalankan adalah seperti pembukaan dan penerokaan tanah-
tanah baru, bantuan alatan petanian canggih, subsidi baja dan benih, khidmat nasihat,
bantuan pinjaman dan modal dan beberapa bantuan lain. Bagi memastikan kelancaran
program ini, kerajaan turut memyediakan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya,
kemudahan elektrik dan air dan beberapa kemudahan lain. Kemudahan dan bantuan
yang diberikan adalah bagi tujuan meningkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar.

Langkah membasmi kemiskinan turut dilakukan dikawasan bandar. Langkah sama


dijalankan dengan mengenal pasti dan merangka strategi kearah penyelesian permasalah
kemiskinan ini. Didapati kemiskinan dikawasan bandar ini banyak dipengaruhi oleh
proses urbanisasi. Kebanyakan penduduk ini adalah dikalangan mereka yang berhijrah
ke bandar dari desa bagi tujuan mencari pekerjaan yang lebih baik, mereka tinggal di
kawasan perumahan setinggan. Strategi yang dijalankan bagi mengurangkan
kemiskinan dikawasan ini adalah dengan menyediakan peluang pekerjaan bagi
meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Penyusunan semula masyarakat penting bagi mengujudkan interaksi dikalangan


masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Mengurangkan jurang sosial dan ekonomi
dikalangan penduduk dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut ekonomi di
Malaysia. Beberapa strategi dirangka bagi menyusun masyarakat melalui meninggikan
daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin diluar bandar melalui proses
memodenkan kawasan-kawasan luar bandar. Membentuk masyarakat perdagangan dan
perindustrian di kalangan bumiputera dalam pelbagai lapangan dan kegiatan ekonomi
bagi memboleh masyarakat bumiputera bersaing dengan kaum lain dalam kegiatan
ekonomi moden.
11

Menambahkan hak milik rakyat dalam pemilikan modal produktif negara


termasuklah saham dalam syarikat. Selain itu, kerajaan juga menyusun semula corak
guna tenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan secara berperingkat. Bagi menjayakan
dan memastikan program ini berjaya kerajaan memberikan galakan kepada bumiputera
bagi bersaing dan memberikan kemudahan seperti latihan bagi tujuan itu. Beberapa
agensi turut ditubuhkan bagi membantu kearah keberkesanan dasar ini seperti MARA,
Bank Pembangunan, Amanah Saham Mara dan bebrapa agensi lain yang berperanan
dalam menjayakan hasrat kerajaan dalam menyusun semula masyarakat.

Dalam membina sebuah Negara Bangsa yang seimbang kerajaan turut menekankan
kepada pembangunan wilayah. Beberapa strategi telah dilakukan bagi mengatasi jurang
perbezaan antara negeri-negeri yang mundur dengan maju, menerusi peruntukan
pembangunan kepada negeri-negeri yang mundur. Kedua, pembangunan wilayah
dilakukan menerusi pembukaan kawasan dan penempatan semula penduduk dikawasan
yang berpotensi. Pembangunan ini dibantu oleh agensi seperti DARA, KEJORA dan
KESEDAR.

Perlu wujud ikhtiar kearah memperbaiki gerak langkah dan strategi khususnya
dalam rancangan untuk mencapai hasrat perpaduan. Persoalan masyarakat dan persoalan
mengurangkan kemiskinan perlu mendapatkan perhatian dan pertimbangan khususnya
bagi mencapai perpaduan dan pembangunan Negara25. Inilah yang menjadi hasrat
kerajan bagi membina semula Negara Malaysia selepas 13 Mei. Namun persoalan yang
timbul adakah DEB telah memberikan persaingan yang sihat dikalangan anggota
masyarakat di Malaysia.

Sejauhmankah perlaksanaan DEB telah membuka ruang kearah keseimbangan


ekonomi dikalangan masyarakat. Melalui DEB, diperlihatkan bagaimana wujud
‘pergantungan’ dikalangan bumiputera kepada kerajaan. Bantuan yang diberikan oleh
kerajaan telah menimbulkan sikap tidak puas hati dikalangan kaum lain. Walaupun
dapat dilihat terdapat bahagian di dalam DEB yang menyentuh kepentingan kaum lain
seperti India. Namun sejauhmana keberkesanannya kepada kaum lain yang mampu

25
Dasar Ekonomi Baru Sudah Buruk, HARAKAH, Jumaat, 30.12.1988.
12

membina kesepaduan dikalangan masyarakat di Malaysia26, ini akan terus menjadi


persoalan kepada perpaduan kaum di Malaysia.

Namun sejauhman perlaksanaan ini bertujuan membina kestabilan dikalangan


seluruh warganegara Malaysia. Perlaksanaan DEB dilihat oleh orang Cina sebagai satu
dasar yang berusaha menghimpit dan menghalang kegiatan ekonomi orang Cina di
Malaysia. DEB menjadi punca utama kebimbangan dan masalah ekonomi komuniti
Cina Malaysia27. DEB menjadi penghalang kemajuan yang ingin dicapai oleh orang
Cina, banyak kuota selama ini milik mereka terpaksa dikongsi dengan orang Melayu.

Situasi membimbangkan kepada orang Cina terlihat dengan perlaksaan Akta


Koordinasi Industri (AKI) dalam tahun 1975 yang dilihat oleh orang Cina sebagai usaha
kepada membantutkan perkembangan ekonomi mereka. Di bawah akta ini, syarikat
yang bermodalkan melebihi RM100,000 atau mempunyai bilangan pekerja tetap yang
melebih 25 orang mesti memperuntukan 30 peratus saham syarikat kepada bumiputera.
Disamping itu, corak guna tenaga perlu mencerminkan komposisi rakyat di Negara ini28.

Perlaksanaan DEB dengan menubuhkan institusi-institusi yang pro-Melayu sebagai


ancaman kepada usahawan dan perniaga Cina. Usaha kerajaan meningkatkan pemilikan
saham orang Melayu bagi tujuan mengumpul kekayaan korporat untuk golongan
bumiputera demi kepentingan ekonomi Melayu telah menghakis kepentingan ekonomi
orang Cina. Badan-badan berkanun seperti PNB, MARA, PERNAS dan Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri dilihat sebagai satu usaha menyekat ekonomi Cina.

Maka menjadi persoalan kini, adakah usaha dan perlaksanaan DEB sebagai satu
usaha keras kearah pembinaan perpaduan dalam masyarakat. Adakah kerajaan
mengambil ikhtibar daripada rusuhan kaum 13 Mei sebagai satu usaha mengujudkan
perpaduan nasional dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Daripada satu aspek
kita dapat lihat usaha kerajaan ini telah mampu mengujudkan jurang perkauman di
26
Kedudukan Komuniti India Di Malaysia: Dasar Ekonomi Baru Dan Selepasnya. Laporan
Dipebtangkan Oleh Associated India Chamber Of Commerce And Industry Kepada Majlis Perundingan
Ekonomi Negara Selepas September 1989. 1998/0018449.
27

Thack Ker Pong, Ketuanan Politik Melayu: Respon Masyarakat Cina, Hlm. 95.
28

Ibid.
13

Malaysia dengan mengurangkan jurang pengenalan kaum mengikut ekonomi


terutamanya bagi kaum Melayu.

Namun usaha ini adakah berjaya mengatasi masalah kemiskinan kaum yang di
Malaysia terutamanya kaum Melayu dan India. Kesan perlaksanaan DEB adakah
mampu dinikmati oleh setiap kaum di Malaysia29, maka persoalan demi persoalan tidak
mampu diterjemahkan dengan mudah. Permasalahan kaum tidak mampu ditangani
dengan baik dan berkesan dalam DEB. Sehingga kini, masih ada suara-suara yang
mengatakan bahawa DEB harus diganti dengan dasar yang lebih sesuai dengan abad ke
21 ini, dengan mengujudkan persaingan yang lebih luas.

Ini bukan sahaja bagi melahirkan masyarakat Melayu yang mampu cemerlang,
bahkan membina sebuah Negara Bangsa yang adil dan saksama. Membina kemajuan
Negara dengan mengunakan sepenuhnya kemampuan yang ada, mengujudkan
persaingan sihat dikalangan rakyat, maka inilah kehendak rakyat yang mahukan
keamanan dan keadilan sosial. Setiap kaum mampu bersaing dengan usaha sendiri,
maka itulah yang akan merialisasikan usaha kearah pembinaan Negara Bangsa
Malaysia. Selagi masyarakat masih dibelenggu oleh dasar-dasar yang menguntungkan
‘sebelah pihak’ cita-cita kearah pembinaan Negara Bangsa tidak mampu kita
laksanakan dengan jayanya.

2.2 RUKUN NEGARA

Rukun Negara dibentuk bagi membina satu jati diri yang sama dalam membina sebuah
Negara Bangsa. Mempunyai prinsip yang satu dan sepadu dikalangan penduduk bagi
membina kestabilan dikalangan masyarakat. Rukun Negara merupakan ideologi
kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara
iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan

Dasar Ekonomi Baru Sudah Buruk, HARAKAH, Jumaat, 30.12.1988, juga dlm. Dasar
29

Sesudah DEB Perlu Utamakan Masyarakat, Akhbar Watan, Khamis, 29.12.1988


14

dan ketenteraman negara. Rukun Negara juga menjadi hasrat bagi mencapai dasar
pembangunan perpaduan30.

Rukun Negara merupakan satu dasar yang dibina agar menjadi dasar hidup rakyat
yang berbilang kaum dan Bangsa di Malaysia. Tujuan ini adalah tidak lain untuk
membina satu masyarakat yang bersatu padu dan merupakan satu Bangsa yang kuat dan
maju di dalam sebuah Negara yang adil, aman dan makmur iaitu Negara Malaysia 31.
Rukun Negara juga sebagai satu lambang perpaduan dan kearah pembinaan sebuah
Negara Bangsa yang berdaulat dengan mendukung beberapa prinsip utama yang mana
kesemuanya adalah satu tujuan iaitu membina sebuah Negara dan Bangsa yang bersatu.
Ikrar dan prinsip rukun Negara diterjemahkan kepada lima prinsip iaitu32;
1) Kepercayaan kepada Tuhan
2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara

3) Keluhuran Perlembagaan

4) Kedaulatan Undang-undang

5) Kesopanan dan Kesusilaan

Kepercayaan kepada Tuhan

Bagi membina Bangsa dan Negara, perlu wujud satu kepercayaan yang kukuh kepada
Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini
sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan
kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-
mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap
seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa
penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada
Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian

R.S Milner Dan Diane K.Mauzy, Politik Dan Kerajaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan
30

Bahasa Dan Pustaka, 1982, Hlm. 120.


31

Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur, Penerbit Pustaka
Antara, 1981, Hlm. 855.
32

Ibid, hlm. 120


15

seseorang dan juga sesuatu Bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan
pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah
dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan


dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras
dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan,
sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-
negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri
adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia,
jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat
negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada Raja yang memerintah
negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-
Pertuan Agong

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan


keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber
perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap
rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap
warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami
maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan
Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan
semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat
yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-
mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-
ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan
denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang
16

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya
di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara
Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu
kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup
bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara
dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara
memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang
aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan
anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan,
di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh
diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara
sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang
dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada
dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang
rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan
bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan
sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna
dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat
pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi
membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi
yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini
membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung
perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu
darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan
bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara
dan berkembang sesuai dengan keperibadian Bangsa dan nilai-nilai murni33.

33
Tan Kien Kok, Isu Penyatuan Bangsa Malaysia Pada Tahun 1920-an Hingaa 1980 Dengan
Pandangan-Pandangan Masa Kini, Kertas Projek Bagi Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan, UKM,
Bangi, 2005, Hlm. 71
17

Perlaksanaan prinsip rukun Negara ini adlah bertujuan membina satu jati diri
Bangsa Malaysia yang mampu cintakan Negara melebihi diri sendiri. Perlaksanaanya
adalah bertujuan bagi membentuk satu masyarakat Malaysia yang mempunyai
pertautan antara satu sama lain. Melalui prinsip pertama iaitu kepercayaan kepada
tuhan, pembinaannya adalah bagi membentuk Bangsa dan Negara Malaysia maka perlu
wujud satu kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Kepelbagaian kaum di Malaysia
dengan mempunyai pegangan agama yang pelbagai disatu dengan kepercayaan yang
kukuh terhadap tuhan, ini kerana setiap agama mengajar kepada perpaduan dan saling
berbuat baik diantara satu dengan lain.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Raja sebagai lambang perpaduan Negara,
Raja juga sebagai lambang keamanan dan Raja bukan sahaja Raja kepada orang Melayu
tetapi Raja kepada rakyat Malaysia keseluruhannya. Konsep kesetiaan juga sebagai asas
dalam menghindarkan pelbagai tindakan negetif seperti pemberontakan, pergolakan
politik dan kemunduran ekonomi, maka konsep kesetiaan juga sebagai asas kepada
pembinaa Bangsa Malaysia yang realistik. Prinsip ketiga, keluhuran perlembagaan
dengan meliputi keistimewaan dan ketinggian undang-undang di negara kita.
Kewarganegaraan dibentuk melalui keistimewaan perlembagaan sebagai lambang
perpaduan yang harus dipelihara.

Kedaulatan undang-undang sebagai asas dalam kehidupan setiap anggota


masyarakat. Undang-undang sebagai pengikat setiap anggota masyarat bagi membina
sebuah Negara yang stabil tanpa kekacauan yang bisa menghancurkan Negara.
Kesopanan dan kesusilaan menjadi teras dalam kehidupan masyarakat majmuk di
Malaysia, saling bertolak ansur dan menerima antara satu sama lain. Menjadi prinsip ini
sebagai permulaan kepada mengujudkan hubungan baik bagi setiap anggota masyarakat.
Pembinaan Rukun Negara sebagai jambatan kearah perpaduan kaum di Malaysia
dan kearah pembinaan sebuah Negara Bangsa Malaysia. Namun, selepas 39 tahun
permahsyuran Rukun Negara adakah Malaysia sudah mampu membina sebuah Negara
Bangsa Malaysia yang kukuh. Kita dapat lihat sehingga kini, masih tebal sikap
perkauman bagi setiap anggota masyarakat di Malaysia. Sikap kekitaan masih ketara
wujud, ini dapat dilihat bagaimana seorang pelajar Malaysia di Korea yang berbangsa
Cina telah menghina lagu Negaraku. Situasi ini dilihat bukan sebagai penghinaan
18

terhadap lagu tersebut semata-mata, malah penghinaan kepada seluruh warganegara


Malaysia, penghinaan kepada institusi Raja yang ditunjangkan dalam prinsip Rukun
Negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Ketinggian dan kedaulatan institusi Raja juga sering menjadi bahan dan topik
panas dalam masyarakat. Kedaulatan Raja-Raja digugat oleh sikap tidak
bertanggungjawab masyarakat kedaulatan Raja-Raja dicabul apabila kuasa imuniti Raja-
Raja Melayu telah pinda pada tahun 1993. Ini mendorong kepada pencabulan yang
berterusan dan terkini kelantangan Karpal Sing terhadap tindakan Sultan Azlan
Muhibuddin Shah, Sultan Perak campur tangan dalam politik di Perak. Karpal dengan
lantang membidas tindakan Sultan Azlan, dan mencabar akan mengherat permasalahan
ini kemahkamah. Tindakan Karpal Sing adalah sah daripada aspek perundangan, namun
ianya dilihat sebagai satu pencabulan keatas kuasa dan ketinggian kedaulatan Raja-Raja
Melayu dan bertentangan dengan prinsip kesetiaan kepada Raja dalam rukun Negara
dan masyarakat.

Maka sekali lagi menjadi persoalan adakah pembinaan Rukun Negara hanya
mendapat restu daripada kaum Melayu sebagai penduduk pribumi semata-mata. Tidak
redhakah kaum-kaum lain terhadap prinsip tersebut. Sehingga kini masih banyak
insiden-insiden yang memperlihatkan bagaimana kaum-kaum lain sentiasa
mempertikaikan prinsip ini secara langsung atau tidak langsung. Isi-isu perlembagaan
sentiasa dimainkan, hak istimewa orang Melayu sering dipertikaikan. Dimanakah
ketinggian perlembagaan Negara. Persoalan yang sehingga kini tiada jawapan dan
menjadi penghalang kepada pembinaan Negara Bangsa Malaysia.

2.3 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) dilancarkan pada tahun 1971 apabila


berlangsungnya Kongres Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaa,
Belia dan Sukan. DKK sebagai penunjang kepada Rukun Negara untuk memusatkan
perhatian warganegara kearah suatu sistem nilai dengan mengunakan kaedah pembinaan
19

kebudayaan berteraskan budaya pribumi34. Perlaksanaan DKK adalah melalui satu


proses ‘penyesuaian’ oleh setiap warganegara terhadap bentuk budaya yang sudah
berakar umbi dalam ekologi negera ini.

Pembinaan masyarakat yang bersatu menjadi asas pembinaan Bangsa


memandangkan persamaan yang wujud dalam masyarakat akan berkembang menjadi
ciri budaya kebangsaan. Manakala kebudayaan sukuan masih boleh diamalkan untuk
kebaikan bersama dalam kehidupan masyarkat pelbagai kaum. Pembinaan kebudayaan
kebangsaan memerlukan satu nilai positif dan dinamik oleh setiap anggota masyarakat
bagi mengatasi nilai perkauman. Kebudayaan Kebangsaan akan membina satu Bangsa
yang saling hormat menghormati, bersatu padu, berkasih sayang dan sentiasa muhibah
dalam usaha perpaduan dan pembinaan Negara Bangsa yang berjaya35.

Oleh yang demikian, DKK yang diperkenalkan pada tahun 1971, adalah untuk
memberikan hala tuju dan penglibatan yang lebih luas bagi menghadapi persoalan
kebudayaan Negara atau kebudayaan bangsa Malaysia dalam perubahan masa kini
ataupun masa hadapan. Pembentukan nilai persamaan di kalangan masyarakat majmuk
di Malaysia merupakan satu agenda pembangunan yang perlu dilaksanakan seiring
dengan kemajuan Negara dan perpaduan Negara Malaysia.

Peranan dan tujuan DKK adalah besar bagi membina kearah perpaduan dan
kestabilan Negara, maka DKK melihat kepada beberapa perkara yang harus diberikan
perhatian seperti:

1. Mengalakkan dan memberikan penekanan kepada daya kreatif bebas dan


dorongan pemupukan bakat dan pemikiran kumpulan atau individu contohnya
meningkatkan taraf dan mutu kesenian dalam seni muzik, seni tari dan seni
lakon.
2. Mengetengahkan nilai yang unggul dan terbaik dalam suatu bidang seperti etika
kerja, hormat menghormati, disiplin, kesetiaan dan nilai kekeluargaan.
34
Zainal Kling, Kebudayaan Dan Pembinaan Negara Bangsa, kertas kerja: Seminar Sejarah
Malaysia Moden: “Menilai Ke Atas Pembinaan Negara Bangsa”, 21-22 Disember 1992.
35
Tan Kien Kok, Isu Penyatuan Bangsa Malaysia Pada Tahun 1920-An Hingaa 1980 Dengan
Pandangan-Pandangan Masa Kini, Hlm. 89.
20

3. Memperkenlkan dan menonjolkan keperibadian keBangsaan seperti kesenian


yang melangkaui sempadan masyarakat berbilang kaum.
4. Mengatasi kelemahan dan keburukan budaya massa yang memberikan kesan
buruk kepada masyarakat.
5. Mengatasi kelemahan dan nilai negetif budaya perdagangan misalan permainan
video bermotifkan perjudian di pasar raya dan tempat awam.
6. Mengatasi pengaruh asing yang tidak sesuai dan tidak terkawal yang mungkin
membawa unsur imprealisme budaya seperti produksi seni yang bertentangan
dengan nilai dan norma budaya Bangsa Malaysia, persembahan yang boleh
membawa kesan buruk kepada akhlak dan penerbitan luar yang berlawanan
dengan ideologi Negara36.

Dasar kebudayaan meletakkan kebudayaan bumiputera dari rantau ini sebagai yang
utama dan yang lain diserapkan sebagai kebudayaan nasional yang sesuai. Kesesuaian
pula adalah diukur dari norma Islam yang menjadi asas pembinaan kebudayaan Melayu.
Oleh yang demikian 3 prinsip telah ditetapkan oleh kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan
KeBangsaan:

1) Berteraskan kepada kebudayaan asal rantau ini, iaitu kebudayaan Melayu


sebagai tunjang dan bahasa Melayu sebagai bahasa keBangsaan.
2) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar, melalui proses penyerapan
dan penyesuaian yang mana tidak bertentangan dengan prinsip rukun Negara
dan perlembagaan bagi membentuk kebudayaan keBangsaan yang dapat
diterima oleh semua golongan masyarakat.
3) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayan keBangsaan,
penekanan pada bahagian ini adalah penting dan sejajar dengan perkembangan
sejarah Negara kita. Nilai-nilai Islam yang universal bersesuai dengan
pembangunan masyarakat dan dalam menentukan cara hidup umat37.

36
A. Aziz Deraman, Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Melaysia, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2000, Hlm. 88
37
Rogayah Estar Bt Mohamed, Dasar Kebudayaan KeBangsaan, Dlm. Yusuf Ismail (Peny),
Dasar-Dasar Utama Kerajaan Malaysia, Kuala Lumpur, A.S. Noordeen Publisher, 2006, Hlm.43-44.
21

Tujuan perlaksanaan DKK adalah seiring dengan usaha Malaysia dalam membentuk
sebuah Negara Bangsa yang stabil dan bersatu padu. Peristiwa 13 telah membuktikan
bahawa pembinaan sebuah Negara Bangsa merdeka perlukan kerjasama daripada semua
kaum. Justeru itu, perlu wujud satu jaringan hubungan yang mampu dibina oleh semua
kaum bagi membantu kearah kestabilan Negara. Maka perlaksaan DKK adalah bagi
tujuan mencapai beberapa perkara iaitulah:

1) Mengukuhkan perpaduan Bangsa dan Negara melalui kebudayaan


2) Memupuk dan memelihara keperibadian keBangsaan yang tumbuh dari
kebudayaan keBangsaan.
3) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan
kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi38.

Dalam pembinaan kebudayaan keBangsaan beberapa perkara yang dilihat menjadi


perhatian seperti simbol kebudayaan warisan Bangsa, bahasa dan agama adalah faktor
penting kearah membina keperibadian kebangsaan bagi sesebuah Negara. Dalam
perlaksanaanya nanti sifat asas yang wujud dalam masyarakat perlu ditekankan seperti
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selain itu, dalam keghairahan mengariskan
matlamat perlaksaan DKK beberapa yang perlu dijadikan garis panduan adalah seperti
menjaga kesejahteraan manusia supaya pembinaan akan menyeluruh kepada segenap
lapisan masyarakat.

Dasar kebudayaan kebangsaan dilaksanakan bagi tujuan membina kesepaduan


dalam masyarakat di Negara ini. Maka beberapa strategi dirangka bagi tujuan
perlaksanaannya:
1) Memulihara, memelihara dan membangunkan kebudayaan ke arah menguatkan
kebudayaan keBangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan,
pengembangan dan perhubungan kebudayaan.
2) Meningkatkan dan mengukuhkan kepemimpinan budaya melalui usaha-usaha
membimbing dan melatih peminat, pendokong dan penggerak kebudayaan
seluasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.

38

Ibid, Hlm. 45.


22

3) Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran keBangsaan,


kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.
4) Membina sosio-budaya tempatan di seluruh Negara.
5) Meninggikan taraf dan mutu kesenian39.

DKK menjadi tanda aras kepada satu era baru dalam kebudayaan Negara. Tiga
prinsip keMelayuan yang diterima dalam DKK menjadi dasar rasmi pemerintahan
Negara sejak pembinaan DKK. Semangat DKK berlandaskan kepada penerapan doktrin
nativisme yang melihat penyelesaian masalah pembinaan Negara Bangsa dari sudut
pembentukan sebuah Negara budaya tunggal40. Orang Cina berpandangan bahawa
perlaksanaan DKK akan membawa asimilasi paksaan41.

Oleh yang demikian, masyarakat Cina menolak dan membantah DKK sebagai salah
satu dasar yang akan membentuk Negara Malaysia. Prinsip-prinsip DKK juga dikritik
kerana mengenepikan kepentingan dan mendapat restu daripada masyarakat berbilang
kaum di Malaysia. DKK dilihat sebagai satu usaha kearah penindasan dalam
pengamalan budaya etnik lain selain kaum Melayu. Tindakan DKK dilihat sebagai
menyekat dan meminggirkan kebudayaan Cina, keadaan ini menimbulkan kemarahan
dan bantahan masyarakat Cina terhadap DKK42.

Namun adalah amat sukar bagi membina satu kebudayaan kebangsaan, sehingga
kini Malaysia mempunyai kepelbagaian kebudayaan daripada pelbagai Bangsa. Kesan
DKK tidak menyeluruh, budaya Melayu tidak mampu melintasi sempadan
keMelayuannya dan sama seperti budaya Bangsa lain yang masih terikat pada Bangsa
dan kebudayaan masing masing. Sehingga kini dasar kebudayaan hanya dilihat sebagai
dasar budaya Negara dan bukan sebagai dasar kebudayaan kebangsaan43.

39
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia, Dasar-Dasar Utama Kerajaan Malaysia,
Edisi Pertama, 1988, Pustaka Aman Press Sdn. Bhd, Hlm. 85
40

Abdul Ghapa Harun, Kebudayaan KeBangsaan Dan Politik Pembinaan Negara-Negara, Kertas
Kerja: Seminar Serantau Kebudayaan KeBangsaan, Kuala Lumpur, 12-13 Disember 1995, Hlm. 7
41

Thack Ker Pong, Ketuanan Politik Melayu: Respon Masyarakat Cina, Hlm. 117
42

Ibid, Hlm.119.
43
Abu Bakar Abd Hamid, Dasar Kebudayaan KeBangsaan Menghadapi Cabaran Zaman, Kertas
Kerja Seminar penghayatan Kemerdekaan Malaysia, 11-13 September 2000, Hlm. 1
23

Satu hakikat yang perlu diberikan penekanan dalam DKK ialah masalah dan
ketidak selesaan pelbagai kaum di negara ini berkenaan dengan tiga prinsip DKK. DKK
sebagai alat kearah penyatupaduan masyarakat berbilang kaum dengan satu kebudayaan
kebangsaan. Namun hasrat tersebut sukar untuk dilaksanakan dalam beberapa perkara,
namun dalam beberapa perkara masih boleh untuk dilaksanakan44.

Nilai bersama, ideologi bersama dan simbol kenegaraan bersama menjadi asas
kepada identiti bersama setiap warganegara. Oleh yang demikian, kesatuan kebudayaan
amat diperlukan biarpun dalam tahap paling asas sekalipun. Maka penyatuan melalui
DKK perlu dimanfaat dan diberikan perhatian. Bukan sekadar bagi membina Negara
Bangsa, ia juga sebagai satu medium keaman sejagat, perpaduan dan kestabilan Negara.
Sebagai setiap warganegara, adalah mustahak bagi setiap anggotanya memastikan
peristiwa seperti rusuhan kaum 13 Mei 1969 tidak lagi berulang. Kemusnahan dan
kesan buruk yang berlaku akibat 13 Mei bukan sekadar memberikan impak sedikit
kepada Negara tetapi terus berada kekal dalam masyarakat. Perkara pertama yang perlu
dilakukan oleh setiap warganegara adalah mengenepikan kepentingan individu dan
Bangsa masing-masing, tetapi membina satu hubungan dari keikhlasan agar perkara
seperti 13 Mei tidak lagi berulang.

2.4 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

13 Mei 1969 telah mencetuskan satu pendekatan baru dalam masyarakat dengan
berlakunya revolusi baru dalam bidang pendidikan. Sistem pendidikan kebangsaan
mula melakukan penegasan dalam perlaksanaannya selepas 1970. Perlaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan di Malaysia berasaskan kepada Ordinal Pelajaran 1957 adalah
untuk memenuhi tugas mengujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu. Ordinal
44

Zainal Kling, Kebudayaan Dan Pembinaan Negara Bangsa, Hlm. 3


24

pelajaran tersebut digubal untuk membentuk satu sistem pelajaran kebangsaan yang
akan memenuhi keperluan negara dan mengerakkan pertumbuhan sosial, ekonomi dan
politik45.

13 Mei telah menyedarkan kerajaan bagi menegaskan Dasar Pendidikan


Kebangsaan dengan Bahasa Kebangsaan telah ditetapkan sebagai bahasa pengantar
utama sehingga ke universiti dalam tempoh tertentu46. Dasar ini mempunyai satu
falsafah yang mana matlamat akhirnya bagi memupuk perpaduan, keperibadian dan
mengembalikan nilai kemanusian dan nilai kerohanian yang sihat. Peranan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa penyatuan adalah fundamental dalam Dasar Pelajaran
Kebangsaan yang juga merupakan strategi jangka panjang untuk mewujudkan Bangsa
Malaysia yang bersatu padu47.

Dasar Pendidikan Kebangsaan digubal pada tahun 1961, dasar ini digubal
berdasarkan kepada Laporan Razak 1956 dan laporan Rahman Talib 1960. Matlamat
utama dasar ini ialah untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan
rakyat. Strategi yang digunakan untuk mencapai perpaduan negara dalam Dasar
Pendidikan Kebangsaan adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kurikulum (sukatan pelajaran) yang sama kandungannya,


2. Mewajibkan bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar utama di
semua sekolah dan institusi pengajian tinggi,
3. Mengunakan buku-buku teks yang berlatar belakangkan Malaysia,
4. Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik
5. Menyediakan pendidikan rendah mengikut kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) yang berasaskan 3M (membaca, menulis dan mengira, dan

A. Aziz Deraman, Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Melaysia, Kuala Lumpur,
45

Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2000, Hlm. 74.


46
Ibid, hlm. 75.
47
Ibid, hlm. 243.
25

6. Menyediakan pendidikan menengah mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah


Menengah (KBSM) yang menekankan perpaduan antara unsure-unsur
intelektual, rohani, emosi dan jasmani.48

Strategi dan dasar yang dilaksanakan adalah bertujuan melahirkan sebuah


masyarakat yang bersatu dan mempunyai jati diri yang sepadu berteraskan prinsip
kearah negara maju dan kearah pembinaan sebuah negara Bangsa Malaysia. 13 Mei
telah menjadikan usaha dan komitmen yang dibina daripada dasar Pendidikan
Kebangsaan menjadi suatu yang lebih nyata dan berjaya. Penegasan dalam
perlaksanaannya hanya benar-benar dilaksanakan selepas 13 Mei, yang mana
memperlihatkan kesatuan yang longgar dalam masyarakat. Dasar pendidikan vernakular
mengikut kaum yang diamal oleh British telah membina satu jambatan dan sempadan
kepada perpaduan kaum melalui pendidikan.

Maka perlu satu usaha yang berterusan dan penegasan yang lebih bagi membina
kesatuan dalam pendidikan. Ini kerana, asas bagi pembinaan sebuah masyarakat adalah
melalui pendidikan yang lebih mempunyai kesatuan. Selain itu, sesuailah dengan
pepatah yang mengatakan ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Ini kerana
daripada pendidikan asas yang diterima sejak kecil akan dapat membina sebuah
masyarakat yang lebih kukuh dan bersatu padu menjelangnya cita-cita negara kearah
wawasan 2020. Pendidikan merupakan komponen penting dalam pembinaan negara
Bangsa Malaysia, ini dijelaskan dalam rajah di bawah;

PEMBINAAN NEGARA
(NATION BUILDING)
Semangatkenegaraan
Pembinaan tamadun

48 RAKYAT Abu Samah & Jayum A. Jawan (peny), Kenegaraan Malaysia, Serdang,
Asnarulkhadi Matlamat, rancangan, dasar,
Yang bersemangat kenegaraan
Penerbit Universiti Putra Malaysia, 1997, hlm.213.
tinggi dan sebagai pembinaan perlaksanaan.
tamadun progresif.
26

PENDIDIKAN
FORMAL: Sekolah, Universiti
NONFORMAL: Agensi & Korporat
INFORMAL: Keluarga, media.

Rajah 1.1: Hubungan bilateral antara agenda pembina negara dan bidang
pendidikan49.

Bertepatanlah dengan tujuan utama dasar pendidikan ialah untuk menyediakan


sistem pelajaran kebangsaan yang lebih teratur supaya dapat melahirkan warganegara
yang berpengetahuan, bertanggungjawab, dan berkebolehan bagi mencapai taraf hidup
yang lebih baik serta memenuhi kehendak negara yang sedang membangun. Di samping
itu, dasar ini cuba mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai kesetiaan, disiplin
dan bersepadu selaras dengan prinsip rukun negara. Maka dasar pendidikan bolehlah
dirumuskan seperti berikut:

1. Menyatukan sistem pelajaran untuk memupuk kesedaran dan perpaduan


kebangsaan,
2. Memperluaskan serta mengubahsuai rancangan-rancangan pelajaran dan latihan
bagi memenuhi keperluan tenaga kerja,
3. Memperbaiki mutu pelajaran bagi membina suatu masyarakat yang progresif
berlandaskan sains dan teknologi moden,
4. Memperbaiki kemudahan-kemudahan penyelidikan, perancangan dan
perlaksanaan untuk mencapai objektif diatas50.

Oleh yang demikian, perlaksanaan dasar pendidikan adalah berlandaskan kepada


satu prinsip yang utama dalam pendidikan iaitu melalui Falsafah Pendidikan Negara
yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara memberikan penekanan kepada
49
Sufean Hussin, Dasar Pendidikan Progresif: Perspektif Makro dan Mikro, Kuala Lumpur,
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, 2002, hlm. 9
50
Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (peny), Kenegaraan Malaysia, hlm. 214.
27

usaha melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, seimbang dan harmoni. Ini
berlandaskan harapan bagi melahirkan masyarakat yang berilmu, berdaya saing dan
juga mengamalkan nilai-nilai murni untuk kesejahteraan dan keharmonian negara
melalui perpaduan yang erat dikalangan rakyat yang berbilang kaum.

Dasar Pendidikan Negara adalah membawa agenda berterusan kearah pembinaan


sebuah negara Bangsa melalui semangat kenegaraan yang diwujudkan dengan
memberikan kefahaman tentang kewujudan negara Malaysia dalam konteks sejarah,
geografi dan Tamadun Nusantara. Dasar pendidikan melalui pembentukan identiti
Malaysia dengan menekankan pembelajaran bahasa dan sastera Melayu di semua
sekolah dan memberikan pendedahan kepada pembelajaran kebudayaan pelbagai kaum
di Malaysia.

Melalui semangat kebangsaan yang ingin diterapkan dalam pemikiran rakyat


Malaysia melalui pendidikan dengan memupuk taat setia sepenuhnya kepada raja,
negara dan Bangsa melalui konsep integrasi nasional yang merentas kaum, agama dan
wilayah. Pendidikan jangka panjang dengan memberikan kesan kepada pembinaan
negara dan tamadun maju melalui sistem peradaban dan moral berpaksikan agama dan
pembinaan budaya ilmu dan perlaksanaan pendidikan seumur hidup51.

Selain itu, sistem pendidikan yang mengalami tranformasi yang jelas apabila
wujud dasar pembangunan negara dan masyarakat seperti DEB dan Rukun negara yang
membawa peranan besar bagi membina sebuha negara Bangsa Malaysia yang mampu
hidup secara harmonis. Sistem pendidikan selepas 1970, telah menperlihatkan dan
mempamirkan pendirian negara kearah yang lebih jelas terhadap dasar pendidikan
negara. Pengunaan Bahasa Kebangsaan menjadi teras dalam pendidikan negara.
Tujuannya adalah bagi memastikan sistem pendidikan dapat memenuhi matlamat
negara kearah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih52.

51

Sufean Hussin, Dasar Pendidikan Progresif: Perspektif Makro dan Mikro.hlm. 12


52
Tunku Ismail Jewa, penubuhan Sistem Pelajaran KeBangsaan, dlm. Zuraina Majid (peny.),
masyarakat Malaysia; edisi II: Tinjauan dan Perbincangan Terhadap beberapa Isu dan Topik Semasa,
Pulau Pinang, Penerbit USM, 1985, hlm. 111.
28

Sistem pendidikan yang di bawa kepada masyarakat hari ini adalah bertujuan
mengalihkan pengaruh kesukuan kepada kebudayaan kebangsaaan. Membina satu
jaringan yang lebih kukuh antara masyarakat dengan membina persefahaman dalam
pendidikan. Membina satu sistem pemikiran dan sistem nilai ‘Malaysia’ yang membawa
erti pembinaan negara daripada satu nilai yang sama. Pembangunan dan
pembudayaannya dalam satu konsep yang jelas dengan tujuan membina kesepaduan
antara masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia bagi membina sebuah negara
Bangsa Malaysia53.

Namun wujud pandangan daripada oarng Cina yang melihat dasar pendidikan
yang dilaksanakan dalam negara memperlihatkan kemajmukan budaya dan asimilasi
daripada kepelbagaan budaya sebenarnya terlau bersikap pro-Melayu. Ini
memperlihatkan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebenarnya adalah kearah asimilasi
kemelayuan. Ini ditambah lagi dengan melihat kepada Laporan Jawatankuasa Pelajaran
1957 yang juga dikenali sebagai Laporan Razak telah memperakui matlamat akhir
sistem Pendidikan Kebangsaan kearah melahirkan Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui
pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tunggal di semua sekolah.

Dasar ini akan mengugat kebudayaan kecinaan yang ingin dikenalkan oleh
orang Cina dalam sistem pendidikan Vernakular Cina di Malaysia. Pendidikan kepada
sistem sekolah Integrasi yang mana menekankan konsep integrasi yang akan
meningkatkan kerjasama, persefahaman dan perpaduan di kalangan murid pelbagai
kaum. Rancangan ini melibatkan pengabungan daripada sekolah pelbagai aliran dengan
berkongsi kokurikulum, kemudahan sekolah seperti kantin, makmal dan lain-lain
kemudahan untuk dikongsi bersama. Keadaan ini menimbulkan kekhuatiran dikalangan
orang Cina, melihat integrasi yang dilakukan akan menghilangkan tradisi dan
kebudayaan cina yang ingin dikekalkan oleh mereka54.

13 Mei telah memperlihatkan bagaimana semua pihak cuba mengembalikan


kepercayaan rakyat bagi membina integrasi diantara rakyat bagi membina perpaduan
53

Asiah Abu Samah, pendidikan Budaya, Suatu Kemungkinan, dlm. Wan Abdul Kadir Yusuff &
Zainal Abidin Borhan (peny.), Ideologi dan Budaya KeBangsaan, Kuala Lumpur, Jabatan Pengajian
Melayu UM, 1985, hlm 119.
54
Thack Ker Pong, Ketuanan Politik Melayu: Respon Masyarakat Cina, Hlm. 108.
29

dalam masyarakat. Tujuan utama kepada semua dasar perpaduan adalah bagi membina
pembentukan sebuah Negara Bangsa. Maka dalam menjayakan modul ini pelbagai
usaha kearah penyatuan rakyat seperti menyatukan rakyat dalam aspek pendidikan,
penyatuan pendidikan dengan membina kesatuan dikalangan penduduk di Malaysia
melalui usaha pendedahan kaum dengan perpaduan sejak akar umbi di sekolah.
Penyatuan juga melalui Dasar Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia. Pengunaan
bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah, pusat-pusat pentadbiran negara
dan lain-lain lagi.

Penyatuan kearah perpaduan dilakukan oleh kerajaan adalah bertujuan


memberikan kestabilan kepada keharmonian negara. Malaysia tidak mampu membina
sebuah negara maju tanpa wujud kerjasama daripada setiap penduduk. Perpecahan
kaum hanya akan membantutkan usaha negara kearah pembangunan. Maka perpaduan
daripada akar umbi perlu bagi membina negara Bangsa yang maju tanpa digugat oleh
pemasalahan perkauman. Selain itu, ia penting bagi membina perpaduan nasional yang
mana satu keadaan di mana rakyat daripada pelbagai kumpulan etnik, agama dan
wilayah, dapat hidup dengan aman sebagai satu Bangsa yang bersatu dengan
memberikan komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara55.

3.0 ANALISIS PEMBINAAN NEGARA BANGSA MALAYSIA SELEPAS 13


MEI 1969

Pembinaan Negara Bangsa adalah daripada sebuah unit atau kelompok sosio-politik,
kelompok masyarakat dan wilayahnya bersatu dalam pelbagai asas dan ikatan sehingga
membentuk sebuah unit yang sepadu. Namun perpaduan merupakan elemen yang sukar

55

Ishak Saat, Pendidikan Negara Bangsa Malaysia, Shah Alam, Karisma Publications Sdn. Bhd,
2009, hlm. 192
30

untuk direalisasikan. Masih terdapat prasangka antara kelompok kaum dan antara
individu dalam usaha membina Negara dan Bangsa56.

Maka 13 Mei telah membuka mata semua pihak bahawa perpaduan kaum adalah
menjadi tunggak dalam pembinaan sebuah Negara Bangsa. Hakikat ini penting bagi
sebuah Negara seperti Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum bagi
memastikan kestabilan kaumnya sentiasa terpelihara dan membentuk satu jati diri yang
satu diantara semua kaum. Peristiwa 13 Mei telah memberikan dimensi baru kepada
pembinaan sebuah Negara Bangsa Malaysia.

Disebalik rusuhan kaum 13 Mei 1969, berlaku perubahan besar kepada senario
politik Malaysia. 13 Mei telah memberikan impak besar kepada politik Tunku Abdul
Rahman. Tunku telah dikritik hebat oleh golongan Muda seperti Dr.Mahathir, golongan
pelajar-pelajar Universiti. Tunku dilihat tidak mampu membina Negara Bangsa
Malaysia, sikap Tunku pro-Barat dan pro-Cina memperlihatkan kepada kebergantungan
Tunku dalam pentadbiran Negara kepada dua golongan ini 57. 13 Mei telah
menyebabkan Tunku telah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Peristiwa 13 Mei tamparan hebat kepada umum terutamanya kerajaan yang


memerintah bahawa membiarkan rakyatnya mencorakkan masa depan mereka tanpa
wujud kesepaduan dan identiti perpaduan akan mendorong terjadinya kejadian sama
berulang. Maka kerajaan perlu mula mencorak langkah dengan membentuk beberapa
gagasan yang bertujuan memperbaiki mutu pentadbiran, mutu sosio-budaya masyarakat,
sosio-politik dan sosio-ekonomi masyarakat majmuk di Malaysia. Usaha keras ini
adalah berdasarkan kepada ‘keinsafan’ dan kesedaran kerajaan bahawa dengan wujud
kesinambungan dalam semua hal ini, maka misi kearah Negara maju akan terlaksana
dengan mula terbentuknya Negara Bangsa Malaysia.

Namun persoalan demi persoalan timbul adakah Malaysia mampu membina


sebuah Negara Bangsa Malaysia. Maka jawapan paling pasti kini adalah, Malaysia

56
Zainal Kling, Kebudayaan Dan Pembinaan Negara Bangsa, hlm. 5.
57

Cheah Boon Kheng, Malaysia The Making of aNation, Singapura, Institut e of Southeast Asian
Studies, 2002, hlm. 106-107.
31

masih tidak mampu membina sebuah Negara Bangsa, Malaysia mempunyai Bangsa dan
Negara yang berdiri keduanya secara sendiri tanpa ada kesepaduan diantara keduanya.
Ini dibuktikan apabila tercetusnya peristiwa 13 Mei, namun peristiwa ini terlalu awal
untuk kita nilai dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963.

Namun biarpun dikatakan gagasan Malaysia baru ditubuhkan, adakah gagasan


Malaysia tidak harus dipersalahkan dalam rusuhan kaum ini. Saya melihat,
pembentukan Malaysia dibentuk dalam keadaan rakyat tidak bersedia untuk menerima
perubahan. Natijahnya rakyat bangkit melakukan protes pada pilihanraya 1969, yang
mengakibatkan undi PERIKATAN merosot. Protes yang berterusan mencetuskan
rusuhan kaum yang mengakibatkan kerugian yang amat besar kepada Negara dengan
jumlah kematian yang besar, kemusnahan bandar dan harta benda, wang ringgit bagi
membangunkan semula ekonomi, bandar, dan digunakan bagi perlaksanaan dasardasar
pemulihan dan Negara juga menerima pandangan negetif daripada dunia tentang isu
perkauman ini.

Peristiwa 13 Mei memperlihatkan kaum Melayu terutamanya masih selesa


dengan kedudukan istimewa mereka dalam perlembagaan dan tidak mempunyai daya
saing dan daya usaha yang tinggi. Mereka seakan-akan tidak bersedia menerima
sebarang perubahan dan rusuhan kaum ini memberikan kesan besar kepada kaum
Melayu. Namun beberapa hal yang dapat diperhatikan memperlihatkan 13 Mei telah
membangunkan orang Melayu daripada ‘lena’ yang panjang. Mereka cepat untuk sedar
dan bangkit menerima perubahan, DEB digunakan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh
kaum Melayu. Namun DEB juga dipandang hanya berperanan kepada ‘sesetengah’
golongan Melayu yang mempunyai peluang dan pengaruh.

DEB telah muncul dengan imej ekonomi tetapi pada hakikatnya ia adalah
merupakan satu strategi politik yang digunakan oleh orang Melayu untuk memperbaiki
kemunduran orang Melayu dan menjadi sebagai jalan penyelesaian kepada masalah
kepincangan antara kaum58. Pembentukan DEB mempunyai matlamat yang besar bagi
membangunkan masyarakat dengan menyusun semula masyarakat kearah pembentukan
keseimbangan diantara kaum bukan sahaja dalam aspek ekonomi malah pembentukan
58
Jamaie Hamil, Umno dalam Politik dan Perniagaan Melayu, Bangi, Penerbit UKM, 2005,
hlm. 65.
32

masyarakat dalam politik dan sosial. Matlamat DEB bukan sahaja sebagai usaha kearah
pembangunan ekonomi masyarakat Melayu semata-mata malah sebagai satu usaha
berterusan kearah pembinaan masyarakat Malaysia kepada pembentukan sebuah negara
Bangsa Malaysia yang lebih dinamik dan seimbang.

Jika dilihat daripada aspek masyarakat Cina pula, peristiwa 13 Mei turut
memberikan impak besar kepada mereka. Ketakutan, rendah diri dan perasaan terancam
menjadi semakin parah selepas 13 Mei, mereka sentiasa menganggap diri sebagai orang
asing di Malaysia. 13 Mei terus menjadi mimpi buruk kaum Cina, mereka seolah-olah
melihat Melayu sebagai ancaman besar kepada mereka dalam semua aspek. Ini jelas
dapat dilihat selepas 13 Mei, dasar-dasar yang dibina bagi memperbaiki status sosio-
ekonomi masyarakat Melayu tidak mampu dimanfaatken oleh mereka. Kesedaran
mereka lemah terhadap pripentingnya dalam pengetahuan dan penglibatan dalam politik
Malaysia sebagai warganegara menyebabkan amat sukar membina perpaduan dengan
masyarakat lain.

Justeru itu, kerajaan telah merangka beberapa dasar yang bertujuan


menyedarkan rakyat tentang pentingnya dalam perpaduan. Rukun Negara dilancarkan
bagi membina jati diri dikalangan anggota masyarakat. Setiap anggota masyarakat wajib
menerima prinsip Rukun Negara bagi melahirkan perasaan kecintaan kepada Negara.
Melalui Rukun Negara telah termaktub integrasi sosial, menghapuskan sikap prasangka
dan mengujudkan toleransi antara kaum. Setiap frasa dalam Rukun Negara adalah
mempunyai matlamat yang satu iaitulah membentuk perpaduan keatas semua kaum di
Malaysia.

Namun sejauhmaan penghayatan yang ditonjolkan oleh penduduk Negara ini.


Semakin bertambah maju perkembangan teknologi, masyarakat semakin melupakan
rukun Negara sebagai prinsip perpaduan. Keadaan ini ditambah pula dengan persoalan
kesediaan rakyat di Negara ini untuk tunduk dan patuh pada prinsip rukun Negara yang
lima. Maka dapat dilihat seringkali ada golongan-golongan yang mempertikaikan
tentang keabsahan prinsip rukun negara sebagai lambang perpaduan dalam masyarakat.
33

Kerajaan juga melihat dengan wujudnya satu kebudayaan kebangsaan, maka


akan wujud perpaduan nasional dikalangan setiap anggota masyarakat. Namun Dasar
Kebudayaan Keangsaan yang dikatakan telah mengasimilasikan kebudayaan pelbagai
kaum dan mengutamakan setempat iaitu kebudayaan Melayu telah menyebabkan
penentangan yang lebih hebat. Kebudayaan yang hanya disekitar kebudayaan Melayu
telah menyebabkan usaha kearah menyepadukan budayaan kebangsaan dalam
masyarakat masih sukar dilaksanakan.

Namun jika diperhalusi dengan mendalam, didapati dasar-dasar yang


dilaksanakan selepas 13 Mei adalah bermatlamatkan kearah pembinaan satu tamadun
baru yang bercirikan Malaysia. Bertujuan membina sebuah Negara maju seiring dengan
Negara maju lain dengan membina sebuah Negara Bangsa yang aman dan sejahtera.
Maka sebagai rakyat yang budiman, saya kira beberapa dasar kerajaan yang berkualiti
perlulah diberikan sokongan yang penuh dan memberikan bantuan yang sepenuhnya
bagi menjayakan misi kepada dasar tersebut.

4.0 KESIMPULAN

Rusuhan kaum 13 Mei telah membuka minda rakyat untuk berfikir bahawa tanpa
perpaduan maka akan musnah Negara. Justeru itu, menjadi tanggungjawab setiap
warganegara memelihara perpaduan yang kita ada sedikit ini. Bukan sahaja bagi tujuan
memajukan Negara malah sebagai satu usaha mempertahankan Negara daripada anasir-
anasir luar yang sentiasa ingin mengambil kesempatan atas apa yang berlaku.

Perpaduan merupakan matlamat penting bagi pentadbiran dan pembangunan


sebuah negara. Perpaduan juga akan menjamin kejayaan ekonomi yang berterusan dan
dapat dipertingkatkan. Ini juga dapat meninggikan lagi taraf hidup rakyat sambil
mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara. Perpaduan hanya akan wujud
apabila setiap anggota masyarakat dapat disatukan menerusi perkongsiaan identiti dan
nilai, serta perasaan kebangsaa. Penyatuan yang dapat melahirkan nilai kebangsaan
dalam masyarakat adalah melalui dua cara iaitu secara langsung dan tidak langsung.
Penyatuan secara tidak langsung adalah melalui program-program dan strategi
pembangunan negara dalam semua aspek seperti ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
34

Penyatuan secara langsung pula dapat dicapai apabila rakyat menerima, patuh dan
melaksanakan ideologi kebangsaan sebagai cara hidup masyarakat.

Maka perpaduan adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat.


Menjadikan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 sebagai satu pengajaran kepada kita dalam
usaha mempertahankan kestabilan diantara kaum. 13 Mei juga harus menjadi
pengajaran kepada parti politik dan kerajaan memerintah. Mereka perlu sentiasa peka
dalam isu-isu dan permasalahan kaum, jangan pula menjadi golongan yang
memanopulasikan isu.

Selain itu, kepesatan dunia moden juga harus dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
Kemodenan teknologi perlulah digunakan dengan sebaiknya agar dapat membina
sebuah Negara Bangsa Malaysia. Media cetak juga sebagai badan pengawalan kepada
tersebarnya isu-isu sensitive dalam masyarakat perlu dikawal pengeluaranya. Dan dalam
hal ini semua pihak harus berkerjasama bagi memastikan kestabilan terus terpelihara
dan agar peristiwa 13 Mei 1969 tidak lagi berulang.
35

RUJUKAN

Dasar Ekonomi Baru Sudah Buruk, HARAKAH, Jumaat, 30.12.1988.

Dasar Sesudah DEB Perlu Utamakan Masyarakat, Akhbar Watan, Khamis, 29.12.1988.

Kedudukan Komuniti India Di Malaysia: Dasar Ekonomi Baru Dan Selepasnya.


Laporan Dibentangkan Oleh Associated India Chamber Of Commerce And Industry
Kepada Majlis Perundingan Ekonomi Negara Selepas September 1989. 1998/0018449.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia. 1988. Dasar-Dasar Utama


Kerajaan Malaysia. Edisi Pertama. Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

A. Aziz Deraman. 2000.Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Melaysia. Kuala


Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abu Bakar Hamzah.1970. Ilham 13 Mei. Kelantan. Ismail Enterprise.

Abu Bakar Abd Hamid. Dasar Kebudayaan Kebangsaan Menghadapi Cabaran Zaman.
Kertas Kerja: Seminar penghayatan Kemerdekaan Malaysia. 11-13 September
2000.

Abdul Ghapa Harun. Kebudayaan Kebangsaan Dan Politik Pembinaan Negara-Negara.


Kertas Kerja: Seminar Serantau Kebudayaan Kebangsaan. Kuala Lumpur. 12-
13 Disember 1995.

Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (peny). 1997. Kenegaraan Malaysia.
Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Cheah Boon Kheng. 2002. Malaysia The Making of a Nation. Singapura. Institute of
Southeast Asian Studies.
36

Comber. L. 1985. Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina. Terj. Omardin


Haji Ashaari. Petaling Jay. International Book Service.

Ibrahim Mahmood. 1981. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur. Penerbit
Pustaka Antara.

Ishak Saat. 2009. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Shah Alam. Karisma
Publications Sdn. Bhd.

Jamaie Hamil. 2005. Umno dalam Politik dan Perniagaan Melayu. Bangi. Penerbit
UKM.

James P. Ongkili. 1985. Nation-Building In Malaysia. Singapura. Oxford University


Press.

Khoo Kay Kim Et.al. 1982. Kenegaraan 25 tahun: Satu Perspektif Sejarah. Kuala
Lumpur. Persatuan Muzium Malaysia.

Milner R.S & Mauzy D. K. 1982. Politik Dan Kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ramlah Adam. 2004. Biografi Politik Tunku Abdul Rahman. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

S. Husin Ali. 1979. Orang Melayu: Masalah Dan Masa Depan. Kuala Lumpur.
Penerbit Adabi Sdn. Bhd.

Sufean Hussin. 2002. Dasar Pendidikan Progresif: Perspektif Makro dan Mikro. Kuala
Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd

Tan Kien Kok. 2005. Isu Penyatuan Bangsa Malaysia Pada Tahun 1920-an Hingga
1980 Dengan Pandangan-Pandangan Masa Kini. Kertas Projek Bagi Ijazah
Sarjana Muda Sains Pembangunan. UKM. Bangi.
37

Thack Ker Pong. 2005. Ketuanan Politik Melayu: Respon Masyarakat Cina. Kuala
Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Tunku Abdul Rahman. 2007. 13 Mei: Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur. Utusan
Publication And Distributors Sdn. Bhd.

Yusuf Ismail (Peny). 2006. Dasar-Dasar Utama Kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur.
A.S. Noordeen Publisher.

Wan Abdul Kadir Yusuff & Zainal Abidin Borhan (peny.). 1985. Ideologi dan Budaya
Kebangsaan. Kuala Lumpur. Jabatan Pengajian Melayu UM.

Zuraina Majid (peny.). 1985. masyarakat Malaysia; edisi II: Tinjauan dan
Perbincangan Terhadap beberapa Isu dan Topik Semasa. Pulau Pinang.
Penerbit USM.

Zainal Kling. Kebudayaan Dan Pembinaan Negara Bangsa. Kertas kerja: Seminar
Sejarah Malaysia Moden: “Menilai Ke Atas Pembinaan Negara Bangsa”. 21-22
Disember 1992.

You might also like