You are on page 1of 6

Nyatakan prosedur pengeluaran resit rasmi

Resit Rasmi Kerajaan :

Resit Rasmi Kerajaan adalah merupakan resit yang digunakan oleh semua Jabatan
kerajaan untuk tujuan memungut hasil yang dibayar daripada pelbagai pihak dan hasil
tersebut diserahkan semula kepada kerajaan.

Penggunaan resit rasmi kerajaan adalah merupakan antara tatacara pengurusan


kewangan kerajaan.

Terdapat 4 jenis pengurusan kewangan, iaitu pengurusan belanjawan, pengurusan


hasil, pengurusan perbelanjaan dan pengurusan perolehan. Dan pengunaan resit
rasmi kerajaan adalah antara elemen yang terdapat dalam pengurusan hasil kerajaan.

Pengurusan Hasil Kerajaan terdapat dalam 2 jenis iaitu ;

Hasil kerajaan : Pendapatan kerajaan yang dipungut mengikut undang-undang dan


peraturan yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan yang dibentang serta diluluskan
dalam Parlimen mengikut Artikel 96 Perlembagaan Malaysia.

Hasil Kerajaan Negeri : Pungutan melalui enakmen yang diluluskan oleh Dewan
Undangan Negeri. Jenis-jenis hasil (Jadual 10 Perlembagaan Malaysia)

a. hasil tanah

b. hasil hutan

c. hasil sungai

d. hasil lesen kenderaan (tidak berinjin)

Hasil Kerajaan Tempatan : Tertakluk kepada Akta Kerajaan Tempatan.

Contoh:

a. cukai pintu

b. lesen penjaja

c. bayaran letak kereta


Hasil kerajaan Persekutuan :

Hasil Cukai : Terbahagi kepada 2:

a. Cukai Langsung : cukai pendapatan syarikat, individu, petroleum

b. Cukai Tidak Langsung : duti esport, duti import, eksais, cukai jualan, cukai
perkhidmatan

Hasil Bukan Cukai : Lesen, Bayaran, Pendaftaran, Permit, Bayaran Perkhidmatan,


sewaan, faedah, pelaburan.

Pungutan hasil :

• Terdapat 300 jenis hasil yang dipungut oleh Jabatan Kerajaan melalui kod
penjenisan (Surat Perkeliling Perbendaharaan Bil.8 tahun 1986)

• Pungutan Hasil terbahagi 2 kategori:

a. Hasil yang dipungut berasaskan bil, invois, taksiran atau notis.

b. Hasil yang dipungut tanpa bil, contoh bayaran pembelian dokumen, tender,
borang- borang.

Siapakah pemungut hasil?

• Pegawai Pengawal di setiap Kementerian dipertanggungjawab untuk memungut


hasil.

• Pegawai-pegawai lain dibolehkan memungut hasil dengan syarat kebenaran


bertulis daripada Pegawai Pengawal terlebih dahulu.

• Pemungut hasil menurunkan kuasa kepada pegwai-pegawai lain melaksanakan


tugas pungutan.

• Tugas-tugas pungutan terdiri daripada kasyer, penulis resit, penandatangan resit


dan pengakuannya.

• Penurunan kuasa dibuat secara bertulis dan contoh tandatangan pegawai


berkenaan perlu dihantar kepada Jabatan Akauntan Negara.

Bentuk bayaran yang diterima oleh Jabatan Kerajaan.

• Pembayaran dalam bentuk Ringgit Malaysia.

• Diterima dalam bentuk tunai, cek, bank draf, wang pos.

• Penerimaan cek atas nama Ketua Jabatan.

• Bayaran dalam bentuk wang asing tidak dibenarkan.


Bayaran hasil melalui pos.

• Pegawai yang membuka mel akan mendaftar dalam Daftar Mel.

• Bayaran wang pos atau cek diserah kepada pegawai yang mengeluarkan resit.

• Nombor resit perlu dicatat dalam Daftar Mel.

• Resit perlu dipos kepada pembayar dengan segera

Bagaimana terimaan diuruskan di kaunter?

• Kasyer membuat semakan terhadap bayaran yang dibuat.

• Kasyer memungut wang mengikut kadar yang ditentukan.

• Sistem yang digunakan terbahagi 2 iaitu sistem berkomputer dan sistem manual.

Sistem terimaan bayaran.

• Berkomputer

- menggunakan mesin pencetak

- resit akan dicetak dan diserahkan kepada pelanggan

- Penggunaan sistem berkompter perlu mendapat kelulusan Jabatan Akauntan


Negara

• Manual

- resit ditulis dan ditanda tangan oleh pegawai berlainan yang diberi kuasa.

- Pengecualian menulis dan menandatangani resit oleh seorang pegawai hanya


diluluskan oleh Jabatan Akauntan Negara dalam keadaan tertentu seperti
bertugas berseorangan dengan nilai bayaran telah tercetak pada resit.

- karbon 2 muka perlu digunakan bagi pengeluaran resit.

Jenis Resit Rasmi Kerajaan.

• Buku Resit (Kew.38) adalah buku resit umum digunakan oleh semua jabatan
kerajaan. Mempunyai 50 helaian asal hitam-pembayar, 50 helaian hijau-Audit
dan 50 helaian merah-rujukan.

• Jabatan kerajaan menyediakan resit mengikut keperluan.

• Semua terimaan hendaklah dikeluarkan resit rasmi kerajaan (Kew.38) atau jenis
resit khusus lain.

• Resit sementara tidak boleh dikeluarkan kepada pelanggan.


Langkah-langkah kawalan buku resit.

• Dokumen kewangan terkawal

• Dokumen memperakui pembayaran kepada kerajaan

• Kawalan yang lemah merugikan kerajaan

• Langkah kawalan terbahagi 2:

a. Kawalan penerimaan dan pengeluaran buku resit

b. Kawalan penyimpanan buku resit

Kawalan penerimaan dan pengeluaran buku resit.

• Buku resit yang di terima perlu disemak

• Sebarang kesilapan perlulah dipulangkan kepada pencetak

• Pengesahan di belakang helaian pertama salinan pejabat hendaklah disemak

• Buku resit yang di terima perlu direkod nombor siri dalam Daftar Borang Hasil

• Buku resit yang dikeluarkan direkod kedalamDaftar Borang Hasil dan


ditandatangani oleh pengawal penerima atau catat nombor rujukan

Kawalan Penyimpanan Buku Resit.

• Buku resit hasil kepada kerajaan disimpan di tempat yang selamat

• Resit dan lesen disemak setiap minggu

• Sekiranya buku resit hilang lapor kepada Polis, Pegawai Pengawal dan
Perbendaharaan (AP 315)

Langkah-langkah jika resit di batalkan.

• Resit tidak boleh dipinda. Sebarang kesilapan perlu:

a. Resit dipalang dua garis selari dan ditulis `Batal’

b. Resit berkenaan diperlu diceraikan dari buku resit

c. Resit batal direkod dalam Buku Tunai (Kew.248/249)

d. Salinan audit dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara


Cek di terima sebagai bayaran ditolak oleh bank.

• Cek taklaku perlu direkod dalam daftar yang diselenggarakan.

• Jabatan hubungi pembayar bagi mendapat bayaran semula dalam bentuk bank
draf atau wang pos.

• Resit yang dikeluarkan dibatalkan.

• Jabatan megambil tindakan mendebitkan amaun dalam buku tunai dan lejar

• Bayaran semula di terima, resit baru dikeluarkan.

Cek persendirian di tukar dengan wang tunai.

• Cek persendirian tidak boleh ditukar dengan tunai sewenang-wenang bagi


mengelakkan penyelewengan

• Cek boleh ditukar dgn tunai dengan syarat disahkan kesahihan cek dan
pemiliknya

• Kelonggaran tertakluk kepada keadaan tiada kemudahan bank dan mendapat


kelulusan Perbendaharaan

Tindakan selepas resit dikeluarkan.

• Resit direkodkan dalam buku tunai semasa atau sebelum penghujung hari oleh
pegawai selain kasyer

• Pengecualian dibenarkan:

a. Pemungut mendapatkan

pungutan dari cawangan pada penghujung hari

b. Pungutan luar pejabat dicatat dalam buku tunai dengan segera

c. Bagi sebarang kes kebenaran Jabatan Akauntan Negara diperlukan

Buku Tunai (Kew.248/249)-buku rekod pungutan mengikut hasil. Catatan mengikut


tarikh dan nombor resit termasuk resit yang batal.
Mengikut peraturan kewangan, kaedah mengeluarkan resit hendaklah dilakukan oleh
dua (2) orang pegawai iaitu seorang menulis resit dan seorang lagi menandatangi resit.
Jelaskan dalam keadaan manakah kaedah ini boleh dikecualikan.

Keadah di atas boleh dikecualikan jika sekiranya pegawai-pegawai berkenaan sedang


bertugas di tempat lain atau sedang bercuti. Namun begitu, prosedur tertentu perlu
dipatuhi antaranya seperti berikut :

• Pegawai Pengawal di setiap Kementerian dipertanggungjawab untuk memungut


hasil.

• Pegawai-pegawai lain dibolehkan memungut hasil dengan syarat kebenaran


bertulis daripada Pegawai Pengawal terlebih dahulu.

• Pemungut hasil menurunkan kuasa kepada pegwai-pegawai lain melaksanakan


tugas pungutan.

• Tugas-tugas pungutan terdiri daripada kasyer, penulis resit, penandatangan resit


dan pengakuannya.

• Penurunan kuasa dibuat secara bertulis dan contoh tandatangan pegawai


berkenaan perlu dihantar kepada Jabatan Akauntan Negara.

By redzal

You might also like