P. 1
Islam Tidak Halang Mencari Kekayaan

Islam Tidak Halang Mencari Kekayaan

|Views: 133|Likes:
Published by b'lalang biru

More info:

Published by: b'lalang biru on Dec 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/10/2014

pdf

text

original

ALLAH menjanjikan limpah kurnia-Nya berkaitan rezeki kepada sesiapa yang berusaha mendapatkannya.

Rezeki tidak datang bergolek. Namun bukanlah sukar untuk mendapat keperluan hidup. Sesungguhnya semua kejadian alam ini dipermudahkan untuk dimanfaatkan oleh manusia. Allah berfirman yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segenap penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya.” (Surah al-Mulk, ayat 15). Melakukan tugas mencari rezeki juga diberi pahala. Ia bertepatan ajaran Islam yang menyuruh agar mencari sebanyak mana kemewahan hidup yang diingini. Tidak ada sekatan untuk Muslim mencari kekayaan, kemewahan, pangkat dan kedudukan yang diingini di dunia ini. Kehidupan manusia menjadi lebih sempurna dan selesa apabila memiliki kekayaan dan kedudukan yang baik. Itulah yang terkandung dalam ajaran Islam. Memang, di sisi Allah tidak memandang kekayaan sebagai ukuran kemuliaan seseorang. Tetapi, jika ada dua orang yang sama-sama beriman, maka Allah lebih menyukai orang beriman yang kaya berbanding orang beriman yang miskin. Banyak kebaikan dapat disumbangkan oleh orang beriman yang kaya untuk kebaikan saudara seagama dan kemajuan Islam keseluruhannya. Dalam Islam ada mekanisme sedekah dan zakat yang disumbangkan golongan kaya kepada golongan miskin. Harta wakaf pula disumbangkan untuk kepentingan umum. Individu Muslim yang mampu bersedekah, zakat dan wakaf mendapat balasan pahala yang besar. Menunaikan zakat adalah salah satu Rukun Islam yang menjadi tonggak kesempurnaan keIslaman seseorang. Sebab itu golongan kaya lebih disukai Allah dan sepatutnya setiap orang Islam berlumba-lumba hendak menjadi kaya. Golongan kaya yang soleh mendapat untung di dunia dan memperoleh pula kebaikan di akhirat. Kelebihan diperoleh oleh mereka yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah amat besar. Justeru, setiap individu mesti berusaha memiliki harta untuk melakukan amalan yang mendatangkan keuntungan berganda-ganda itu. Firman Allah yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang menggunakan hartanya kepada jalan Allah, bagaikan biji yang tumbuh menjadi tujuh tangkai. Pada setiap tingkai itu berbuah seratus biji dan Allah melipatgandakan (pahala) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261). Dengan kata lain, mencari kekayaan dan kemewahan hidup adalah satu tuntutan dalam Islam. Setiap individu wajib berusaha sendiri untuk memenuhi keperluan hidupnya dan ahli keluarga di bawah tanggungannya. Mencari rezeki yang halal adalah satu jihad berjuang di jalan Allah. Pahala jihad amat besar. Rugilah sesiapa yang tidak merebut peluang melakukannya. Sedangkan, mencari rezeki adalah untuk kebaikan diri sendiri.

Kisahnya, sedang Rasulullah berbual-bual dengan sahabat, seorang lelaki berbadan tegap dan kuat lalu di hadapan mereka. Maka sahabat pun berkata: “Ya Rasulullah, alangkah baiknya jika orang itu berjuang untuk membela agama Allah.” Lalu Baginda pun menjawab dengan sabdanya bermaksud: “Jika lelaki itu keluar dari rumahnya untuk mencari nafkah untuk anak-anaknya yang masih kecil, itu juga fisabilillah (berjuang membela agama Allah) namanya. Mencari rezeki untuk kedua orang tuanya yang sudah tua, juga dinamakan fisabilillah. Mencari rezeki untuk dirinya sendiri supaya tidak meminta-minta juga dikira fisabilillah. Tetapi, jika dilakukan kerana niat bongkak dan menunjuk, ia dikira sebagai fisabilissyaitan (mengikut jalan syaitan).” (Hadis riwayat Tabrani). Malangnya, terdapat individu yang memandang ‘jijik’ terhadap kemewahan dunia yang dianggap akan melalaikan diri daripada melaksanakan tugas beribadat kepada Allah. Lantaran itu dia tidak berusaha untuk mencari kekayaan, pangkat, penghormatan dan kesenangan di dunia ini. Persepsi salah terhadap konsep kekayaan di dunia inilah mengundang kemunduran dan kerugian di kalangan umat Islam sejak sekian lama. Salah faham ini perlu diperbetulkan segera bagi mengelak keadaan menjadi lebih buruk. Pemimpin, ulama dan ilmuan Islam perlu menjelaskan salah faham ini agar tidak terus membelanggu pemikiran umat Islam yang tidak memahami kehendak Islam sebenar. Lebih penting lagi, keadaan ini dijadikan senjata oleh musuh Islam yang mengeksploitasi kelemahan umat Islam untuk terus melemahkan dan memberi tekanan. Ada pihak yang berhujah mengatakan bahawa kemunduran yang dialami adalah kerana agama Islam itu sendiri tidak sesuai lagi dengan perkembangan zaman. Syariah Islam dianggap tidak selari dengan proses kemodenan yang sedang berlangsung. Pihak orientalis cuba mempengaruhi pemikiran orang Islam dengan mengatakan kejayaan penganut agama lain disebabkan berlakunya pengasingan antara agama dan keperluan hidup semasa seperti politik, ekonomi dan sosial. Agama dianggap hanya sesuai untuk ritual atau kerohanian semata-mata. Sebagai Muslim, keyakinan mengenai syariah Islam yang sesuai sepanjang zaman perlu dibulatkan dan diperteguhkan. Soal kemunduran penganut Islam bukan berpunca kandungan ajaran yang tidak releven dengan peredaran zaman. Umat Islam lemah disebabkan gagal menterjemahkan ajaran Islam yang sebenar. Penguasaan Barat terhadap umat Islam sekarang ini berkait rapat dengan kemunduran yang melingkari negara Islam. Statistik menunjukkan lebih separuh negara Islam tergolong kategori mundur yang mengharapkan bantuan asing untuk memenuhi keperluan asas penduduknya. Keadaan itu memberi peluang Barat mengeksploitasi sepenuhnya nasib umat Islam di negara berkenaan. Semakin banyak bantuan dan penggantungan yang dipohon daripada negara bukan Islam, lebih banyak masalah yang menimpa umat Islam. Sekarang ini Barat dan sekutunya menggambarkan umat Islam sebagai pengemis dan pengganas yang layak dilayan seperti binatang. Lihatlah penyiksaan yang dilakukan

terhadap umat Islam yang dituduh pengganas mencetuskan huru-hara di serata dunia. Tahap penyiksaan dan layanan yang diberikan terhadap umat Islam lebih hina daripada apa dilakukan terhadap binatang. Umat Islam di seluruh dunia sekadar mampu membantah dengan menghantar surat bantahan kepada pihak berkenaan dan mengadakan demonstrasi. Kejadian buruk menimpa umat Islam kini hanya dapat dipulihkan sekiranya umat Islam bangkit mencipta kekayaan dan kekuatan. Agama Islam mempunyai rangka yang lengkap bagaimana membimbing manusia berasaskan pemikiran, ilmu, pendidikan, kemajuan dan nilai baik yang perlu diikuti untuk mencapai kejayaan. Umat Islam perlu memahami Islam sebagaimana yang pernah dilakukan generasi lalu sehingga umat Islam mencapai kegemilangan. Konsep pembangunan dalam Islam amat jelas yang menumpukan kepada matlamat melaksanakan tugas khalifah di muka bumi. Setiap usaha yang dilakukan mengikut tuntutan syariat meletakkan diri seseorang sebagai khalifah seperti tujuan manusia diutuskan ke dunia. Tuntutan Islam memberi perhatian terhadap soal memakmurkan muka bumi ini dengan aktiviti yang mendatangkan kebaikan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->