You are on page 1of 47

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL

KEPENGETUAAN KEBANGSAAN (NPQH)

INSTITUT AMINUDIN BAKI


SRI LAYANG, GENTING HIGHLAND
KUMPULAN 3 AMBILAN 1/1999

KURSUS PENGURUSAN DAN KEPEMIMPINAN SEKOLAH(KHAS)

KOMPONEN

ASAS PENGURUSAN SEKOLAH

Azman bin Hj. Adnan


PENSYARAH:

EN. SHAMSUDIN SAID, EN. GURCHARAN SINGH & HJ. ABAS AWANG

Bil. Tajuk
1 Organisasi Pembelajaran
2 Pengurusan Latihan & Perkembangan Staf
3 Pengurusan Fizikal sekolah
4 Pengurusan Keselamatan Sekolah
5 Pengurusan Projek
6 Penyelidikan
7 Pengurusan Masa
8 Kreativiri Dalam Pengurusan

1
1. ORGANISASI PEMBELAJARAN

1.1 Apakah Organisasi Pembelajaran?

Ialah pembelajaran yang sistematik dan ‘accelerated’ yang dicapai oleh


sesebuah organisasi secara menyeluruh dan bukan secara individu.
Sesebuah organisasi pembelajaran itu hendaklah dapat mengubah
(transform) data dan pengalaman kepada pengetahuan yang boleh
digunakan (accessible) oleh keseluruhan ahli organisasi dan yang relevan
kepada matlamat organisasi.

Secara amnya, sesebuah organisasi pembelajaran akan mengamalkan


prosedur pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning procedures), dan
secara berterusan mengembangkan kapasitinya untuk membentuk masa
depan organisasi.

1.2 Asas Organisasi Pembelajaran

Asas organisasi pembelajaran adalah berpandukan 5 disiplin pembelajaran


(“learning disciplines”) seperti berikut :

1.2.1 Kepakaran Individu (Personal Mastery)

• mengembangkan kapasiti kendiri untuk mencapai objektif yang


dihasratkan serta mewujudkan suasana persekitaran organisasi
yang menggalakkan ahli-ahlinya untuk mempertingkatkan diri
mereka.

1.2.2 Model Mental (Mental Models)

• merenung kembali, memperjelas dan menambahbaikkan


gambaran tentang keadaan sekeliling untuk melihat bagaimana
ia mempengaruhi keputusan dan tindakan kita.

1.2.3 Perkongsian Visi (Shared Vision)

• memupuk komitmen di kalangan ahli organisasi dengan


berkongsi visi tentang hala tuju organisasi.

1.2.4 Pembelajaran Secara Kumpulan (Team Learning)

• memupuk kemahiran berfikir secara berkumpulan agar dapat


meningkatkan ketrampilan yang lebih ketara.

2
1.2.5 Pemikiran Sistem (Systems Thinking)

• cara untuk memikirkan dan memahami faktor-faktor yang membentuk


tingkah laku serta hubungan antara ahli-ahli organisasi agar sistem
organisasi dapat bergerak dengan lebih berkesan.

Pelajar yang terangsang


Str k
ukt didi
ur n
per a Me
uba y
han da
Bu

Organisasi
pembelajaran

Vi
rusan si un
gu tuk
pen pem
k
piha bel
Peningkatan Pembelajaran

a n aja
ng r an
ko
So

Organisasi Pembelajaran Berdasarkan Model INVEST

3
1.3 Mengapa perlu Organisasi Pembelajaran?

• pelaksanaan tugas yang lebih cemerlang (superior)


• peningkatan kualiti
• kepuasan pelanggan
• mewujudkan daya saing
• menghasilkan tenaga kerja yang komited
• pengurusan perubahan
• menegakkan kebenaran
• memenuhi kehendak keadaan semasa
• menimbulkan kesedaran tentang konsep saling bergantung
(interdependence) antara ahli-ahli organisasi
• organisasi berkehendakkannya

1.4 AKTIVITI : Mendefinisikan Organisasi Pembelajaran

1.4.1 Langkah 1 : ‘Kalau saya ingin mewujudkan organisasi


pembelajaran ..................’

(Bayangkan anda sedang berkhidmat dalam sebuah organisasi


pembelajaran dan jawab soalan-soalan yang berikut :)

a. Apakah polisi, aktiviti atau aspek-aspek yang diperlukan


untuk memastikan kejayaan organisasi anda?

b. Bagaimanakah tingkah laku/amalan ahli-ahli dalam


organisasi tersebut?

c. Apakah caranya ahli-ahlinya berinteraksi dengan


organisasi-organisasi luar?

d. Apakah perbezaan di antara organisasi yang ideal ini


berbanding dengan organisasi yang sedia ada?

1.4.2 Langkah 2 : Memperjelaskan Definisi Organisasi Pembelajaran

(Pilih pernyataan-pernyataan yang anda fikirkan sesuai daripada


senarai yang berikut dan tambah pernyataan-pernyataan yang lain
jika perlu)

Dalam sesebuah organisasi pembelajaran ..........................

a. Ahli-ahlinya merasakan mereka melakukan sesuatu yang


bermakna kepada diri mereka sendiri dan juga kepada
persekitaran luar organisasi.

4
b. Setiap individu dalam organisasi meningkatkan kapasitinya
untuk menyumbang kepada organisasi.

c. Tahap intelek ahli-ahli organisasi adalah lebih terserlah


secara berkumpulan. Sesuatu tugasan akan lebih baik dan
kreatif jika dilakukan dalam kumpulan berbanding dengan
secara individu.

d. Organisasi lebih prihatin terhadap asas pengetahuannya


(knowledge base) di kalangan ahli-ahlinya.

e. Visi organisasi akan wujud daripada semua peringkat


organisasi. Visi yang wujud adalah visi bersama.

f. Semua ahli organisasi akan diberi peluang untuk


mengetahui apa yang berlaku pada semua tahap organisasi
supaya mereka faham kesan daripada tindakan mereka
terhadap ahli-ahli yang lain.

g. Ahli organisasi tidak merasa terbatas untuk mengetahui


tentang anggapan (assumptions) orang lain.

h. Ahli-ahli organisasi sentiasa saling menghormati dan


mempercayai antara satu sama lain tanpa mengira
kedudukan/pangkat masing-masing.

i. Ahli-ahli organisasi lebih cenderung untuk mencuba


perkara-perkara baru serta mengambil risiko kerana tiada
individu yang dihukum kerana membuat kesilapan.

1.4.3 Langkah 3 : ‘Apakah manafaatnya kepada saya .........................?’

Fikirkan secara teliti setiap daripada pernyataan yang anda telah


pilih/penyataan yang ditambah daripada Langkah 2. Jika
organisasi yang sedia ada sekarang memiliki ciri-ciri yang telah
anda pilih tadi, apakah manafaatnya kepada diri anda/organisasi
anda.

1.4.4 Langkah 4 : ‘Memilih 5 Ciri Yang Utama’

Berdasarkan Langkah 3, pilih 5 ciri yang dianggap paling penting


bagi sesebuah organisasi. (Jangan hiraukan jika ada ciri-ciri yang
difikirkan sukar untuk dicapai).

5
1.4.5 Langkah 5 : ‘Apakah yang menjadi penghalang ..........................?’

Huraikan apa yang wajar anda lakukan untuk mencapai 5 ciri-ciri


yang telah anda pilih tadi. Fikirkan juga halangan/kekangan yang
mungkin dialami untuk mencapainya.

1.4.6 Langkah 6 : ‘Saya tahu organisasi saya berjaya jika


....................?’

Setelah mengenalpasti halangan.dan kekangan untuk mencapai


kelima-lima ciri organisasi yang diingini, nyatakan indikator
(tanda) yang dapat menunjukkan jika perubahan atau kemajuan
(progress) telah berlaku.

1.5 Sekolah Sebagai Organisasi Pembelajaran

• Sekolah mesti menjadi pusat ‘inquiry’ pengetahuan dan penyebar sistem nilai.

• Sekolah hendaklah menjadi inovatif, kreatif dan dapat menyesuaikan diri


dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan sistem pendidikan.

• Fokus bukan sahaja kepada isi kandungan dan produk tetapi juga kepada
proses-proses yang terlibat. Proses ini akan menjadi landasan kepada budaya
dan ethos organisasi.

• Setiap orang dalam organisasi dihargai dari segi pengetahuan dan pengalaman
yang unik yang ada padanya.

• Konsep pelajar sepanjang hayat (life long learners) di kalangan guru dan
pengetua.

• Sentiasa merenung (reflective thinking) tentang cara bagaimana untuk


meningkatkan pengetahuan tentang proses belajar-mengajar.

• Penglibatan semua ahli komuniti seperti ibu bapa dan ahli-ahli yang
terpenting dalam komuniti sekolah.

• Budaya sekolah yang mendokong budaya permuafakatan, penambahbaikan


dan renungan kritikal dalam alam sekitar yang terbuka dan saling
mempercayai.

• Budaya sekolah yang mewarisi kesanggupan dan komitmen semua pihak


dalam komuniti untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama untuk
membuat keputusan secara efektif.

6
• memerlukan konsep ‘reculturing’ dan ‘restructuring’.

7
2. PENGURUSAN LATIHAN DAN PERKEMBANGAN STAF

2.1 Pengenalan

Mengagihkan tugas dan tanggungjawab kepada pekerja belum boleh


memastikan ianya dilaksanakan dengan lebih baik. Kehendak dan
keperluan tugas perlu diseimbangkan dengan kebolehan seseorang.
Kedua-duanya adalah sama penting. Setelah seseorang itu mahir dalam
sesuatu bidang kerja potensinya masih boleh dibangunkan dan
kemahirannya diperkembangkan bagi menghadapi tanggungjawab yang
lebih besar dan lebih mencabar lagi.

Latihan diberikan kepada pekerja bagi membolehkannya memikul sesuatu


tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Namun begitu,
manafaatnya boleh dirasai seterusnya apabila pekerja tersebut mampu
membangunkan atau memperkembangkan potensi dirinya untuk memikul
lain-lain tanggungjawab yang lebih mencabar pada masa hadapan. Bagi
tujuan ini, program-program perkembangan staf adalah perlu
dilaksanakan.

Program-program latihan dan perkembangan staf boleh dilaksanakan


dalam pelbagai bentuk seperti:
• ceramah dan aktiviti dalam bilik darjah
• simulasi tentang sesuatu situasi
• bimbingan kerja atau latihan semasa kerja
• pengagihan tugas secara putaran atau giliran yang berubah-ubah
• permainan menguji akal (management games)
• sesi perbincangan atau mesyuarat pembangunan staf

2.2 Fungsi Latihan dan Perkembangan Staf

Walaupun program latihan dan perkembangan staf bukan merupakan


jawapan kepada kesemua masalah, ianya berupaya memberi sumbangan
dalam menguruskan sesebuah organisasi. Program latihan dan
perkembangan staf yang dirancang dan dilaksanakan dengan baik akan
menguntungkan kedua-dua pihak; pekerja dan organisasi.

8
2.2.1 Meningkatkan Ilmu dan Kemahiran

Melalui latihan, pekerja-pekerja berpeluang meningkatkan ilmu


dan kemahiran diri. Contohnya, sewaktu Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah dan Menengah (KBSR dan KBSM) diperkenalkan
pada akhir tahun 80an dahulu, ramai guru-guru di sekolah telah
dihantar berkursus. Hasilnya ialah guru-guru tersebut telah
mendapat pengetahuan tentang kandungan KBSR dan KBSM serta
bagaimana melaksanakannya selaras dengan apa yang dihasratkan
oleh Kementerian Pendidikan. Sesetengah sekolah turut
menjalankan program-program latihan secara dalaman yang
dikendalikan samada oleh guru sumber maupun Pengetua sekolah
sendiri.

2.2.2 Persediaan Untuk Tugas atau Tanggungjawab Baru

Program-program latihan dan perkembangan staf juga berfungsi


menyediakan pekerja untuk memikul tugas dan tanggungjawab
yang baru dan berbeza daripada yang biasa dilakukannya.
Seseorang bakal pemimpin diperingkat rendah sekalipun akan
lebih yakin memegang jawatan barunya jika dibekalkan dengan
pengetahuan dan pendedahan awal yang mencukupi.

2.2.3 Membangunkan Kemahiran dan Kepakaran Pekerja

Dalam organisasi yang dinamik yang mana anggotanya boleh


berfungsi dengan berkesan, program-program perkembangan staf
dalam bidang-bidang tertentu akan membantu membangunkan
kebolehan atau kemahiran sedia ada. Kemahiran dan bakat
maupun kecenderungan pekerja dalam pelbagai bidang, jika
digilap dengan baik akan menjadi aset berguna bagi organisasi. Ini
adalah kerana ahli-ahli yang berkemahiran tinggi mampu
menyumbang secara lebih berkesan ke arah kemajuan organisasi
yang dianggotainya.

2.2.4 Menyelesaikan Masalah Dalam Organisasi

Walaubagaimana lancarnya perjalanan sesebuah organisasi itu,


ianya tidak terkecuali daripada menghadapi masalah. Kerapkali
masalah-masalah ini boleh dikaji dan punca-puncanya boleh
dikenalpasti. Sekiranya masalah itu berpunca daripada kekurangan
ilmu, pendedahan tentang sesuatu bidang maupun kurang
kemahiran tertentu, maka program-program latihan yang spesifik
boleh diatur untuk menyelesaikannya.

9
2.2.5 Menangani Perubahan

Dengan arus perubahan baik dalam organisasi maupun


persekitarannya, pada masa kini, kemahiran dan pengetahuan sedia
ada kadangkala tidak memadai untuk menjalankan tugas dan
tanggungjawab dengan baik dan lancar. Banyak isu-isu baru,
konsep-konsep pengurusan terkini serta kemahiran-kemahiran baru
yang canggih turut menyumbang kepada perubahan struktur dan
persekitaran organisasi masa kini. Setiap ahli perlu mengetahui
peranan baru mereka serta kesan daripada perubahan ini ke atas
kerja mereka serta organisasi keseluruhannya. Dalam hal ini sesi-
sesi latihan dan perkembangan staf perlu sentiasa diadakan bagi
mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran setiap anggota
organisasi. Seseorang pemimpin memainkan peranan utama dalam
menyedari perubahan yang berlaku di sekitar organisasinya dan
bagaimana perubahan ini dapat dihadapi dengan lebih baik.

2.2.6 Kenaikan Pangkat

Anggota-anggota atau ahli organisasi yang berkaliber dan berbakat


sebagai pemimpin mungkin menerima kenaikan pangkat pada
sesuatu tahap dalam kerjayanya. Bagi menyediakan diri dari segi
pengetahuan tentang tugas dan tanggungjawabnya yang lebih
mencabar dan memerlukan daya pemikiran yang lebih tinggi, maka
kursus-kursus secara formal akan diatur. Bidang yang dipelajari
mungkin mencakupi pelbagai aspek sosial dan profesional.

2.2.7 Pengiktirafan

Terdapat ramai pekerja dan ahli organisasi yang bekerja keras dan
cemerlang dengan semangat profesionalisme yang tinggi. Namun,
atas sebab-sebab tertentu mereka mungkin tidak dinaikkan
pangkat. Ini tidak bermakna pihak pengurusan tidak menghargai
kesungguhan, dan kepakaran kerja yang mereka telah tunjukkan.
Untuk tujuan ini, banyak organisasi yang menghantar pekerja-
pekerja yang cemerlang berkursus di luar sebagai tanda
penghargaan dan pengiktirafan ke atas kecemerlangan yang telah
mereka tunjukkan. Pengiktirafan sebegini walaupun tidak
mendatangkan keuntungan dari segi kewangan, masih dapat
memberi kepuasan kepada pekerja-pekerja atau ahli-ahli berkenaan
di mana mereka berpeluang meluaskan pengetahuan dan
memperolehi pengalaman baru.

10
2.3 Langkah-Langkah Pelaksanaan Program Latihan dan Perkembangan

2.3.1 Menentukan Keperluan

Langkah pertama sebelum membuat perancangan jangka panjang


program-program latihan ialah menentukan keperluan organisasi.
Ini adalah bertujuan memastikan hanya jenis latihan yang benar-
benar perlu dan sesuai ke arah mencapai matlamat organisasi
sahaja yang dijalankan. Ini dapat mengelakkan pembaziran masa,
tenaga dan kewangan organisasi tersebut. Maklumat tentang
keperluan latihan boleh diperolehi dengan cara mengenalpasti
kesesuaian tugas dengan latar belakang dan kemahiran pekerja.
Sesebuah organisasi yang mempunyai ahli-ahli yang muda dan
kurang pengalaman dalam banyak bidang tentu sahaja mempunyai
keperluan latihan yang berbeza berbanding dengan organisasi yang
lebih mantap dan mempunyai ahli-ahli yang telah lama bertugas.

2.3.1.1 Penilaian Prestasi

Satu lagi sumber bagi mengetahui keperluan latihan dan


perkembangan staf ialah melalui penilaian prestasi tahunan
staf. Penilaian prestasi yang baik akan memberi maklumat
tentang bidang-bidang kemahiran yang diperlukan oleh
anggota-anggota dalam organisasi. Pemimpin-pemimpin
dan ahli-ahlinya perlulah menyedari kepentingan penilaian
prestasi dari segi perkembangan potensi individu dan juga
organisasi yang mereka anggotai.

2.3.1.2 Cadangan Ketua

Pemimpin atau ketua yang peka serta mempunyai matlamat


yang jelas seharusnya boleh mengenalpasti siapakah di
antara ahli-ahli di bawahnya serta bidang-bidang latihan
yang boleh mereka ikuti. Latihan-latihan ini mungkin bagi
tujuan mendapatkan kemahiran baru, melicinkan tugas dan
mengelak masalah berulang maupun meningkatkan potensi
individu dan organisasi. Ketua kemudiannya akan
mencadangkan mana-mana ahli dan bidang-bidang latihan
yang diperlukannya.

11
2.3.1.3 Merancang Program Latihan

Setelah keperluan latihan dikenalpasti dari segi bidang,


individu atau kumpulan terlibat, perancangan perlulah
dibuat. Beberapa faktor yang perlu diambilkira ialah sama
ada latihan akan memerlukan sumber-sumber dalaman atau
luaran dan kos yang diperlukan. Sekiranya sesuatu
program itu dibuat secara dalaman dan di premis sendiri,
kosnya mungkin rendah berbanding dengan program yang
melibatkan pihak luar. Aspek keberkesanan sesuatu
program juga perlu diambilkira dalam membuat
perancangan .

Bagi sesi perkembangan staf yang bersifat latihan semasa


kerja, objektif-objektif yang jelas dan jangkamasa
pelaksanaan perlu dirangka. Pihak yang bertanggungjawab
melaksanakan sesi-sesi ini, seperti kakitangan sumber,
maupun ketua jabatan sendiri perlu dikenalpasti dan terlibat
membuat perancangan.

Bagi tujuan melaksanakan program latihan di luar pula,


butir-butir lanjut tentang peserta, penganjur, pemudahcara,
tempat latihan dan kos perlu diambilkira. Sekiranya butir-
butir yang tepat tidak diperolehi, anggaran boleh
digunakan.

2.3.2 Mentadbir/Melaksanakan Program

Perancangan yang teliti sebaik-baiknya diikuti pula oleh


pelaksanaan atau pentadbiran yang kemas dan teratur. Sekiranya
melibatkan sumber-sumber dari luar organisasi, pihak-pihak
terlibat perlulah dimaklumkan terlebih dahulu. Kepastian perlu
dibuat seawal mungkin supaya tidak menimbulkan banyak masalah
di luar jangkaan.

Sekiranya menggunakan sumber dalaman, persetujuan dan


kepastian semua pihak dari segi masa dan bidang latihan masih
perlu dibuat lebih awal. Ini memudahkan semua pihak yang
berkenaan membuat perancangan dan pengubahsuaian awal
tentang kerja-kerja dan tanggungjawab mereka yang lain.
Makluman dan tindakan yang telah dan akan dijalankan hendaklah
direkodkan dengan kemas. Surat-menyurat, sijil-sijil dan semua
urusan sebelum dan selepas latihan perlulah diuruskan sebaik-
baiknya. Bahan-bahan bercetak, peralatan dan kemudahan seperti
alat pandang dengar, alat-alat bantu mengajar dan bilik darjah yang
sesuai perlu disediakan seawal yang mungkin. Lain-lain hal yang

12
perlu diambilkira ialah persediaan makanan (jika ada), kemudahan
untuk pemudahcara/penceramah, dan lain-lain hal berkaitan
keselesaan dan kelancaran perjalanan kursus atau sesi latihan.
Satu cara yang mudah untuk memastikan kelicinan sesi latihan
atau kursus ialah dengan menyediakan senarai semak yang ringkas
dan lengkap.

Seperkara yang amat penting ialah menyimpan dan mengemaskini


rekod-rekod latihan walau apa juga bentuknya. Rekod-rekod ini
akan menyatakan individu yang terlibat beserta bidang-bidang
latihan yang telah dilaksanakan. Maklumat sebegini adalah amat
berharga bagi membantu sesebuah organisasi dalam membuat
perancangan strategik. Ianya akan menyatakan bidang-bidang
kemahiran dan kepakaran yang wujud dalam sesuatu organisasi.
Kemahiran dan kepakaran ini hendaklah dipergunakan secara yang
‘optimum’ bagi mencapai matlamat organisasi.

2.3.3 Menilai Keberkesanan Program

Bagi memastikan organisasi mendapat pulangan yang maksimum


daripada pelaburannya dalam program latihan dan perkembangan
staf, penilaian yang sistematik mestilah dijalankan.

Langkah pertama ialah menentukan kriteria yang hendak diukur


atau dinilai dengan penetapan objektif perlakuan yang jelas dan
sebaiknya boleh ukur secara pemerhatian maupun bertulis. Di
mana sesuai, ujian pra dan pasca latihan boleh digunakan. Ini
bertujuan untuk mengetahui pengetahuan sedia ada dan sebarang
nilai tambah yang diperolehi hasil daripada program latihan yang
telah diikuti oleh peserta.

Penilaian dari segi keberkesanan kandungan dan penyampaian


kursus dan sesi perkembangan staf boleh diperolehi melalui
maklumbalas peserta atau ahli yang terlibat. Maklumbalas
mungkin berbentuk perbincangan selepas sesuatu sesi, atau
penilaian bertulis dengan menggunakan objektif-objektif yang
telah ditentukan.

Penilaian dari segi sumbangan terhadap organisasi pula boleh


dibuat dalam jangkamasa yang agak panjang. Keberkesanan
sesuatu program atau beberapa siri latihan boleh diukur dengan
melihat penurunan atau kenaikan kadar-kadar tertentu dalam
organisasi. Misalnya penurunan kadar peratusan kemalangan atau
kecederaan, kadar cuti sakit, kadar ponteng, peningkatan prestasi
bidang-bidang tertentu dan lain-lain lagi.

13
Sekiranya kriteria yang hendak dinilai melibatkan kemahiran kerja
seperti cara mengendalikan pelanggan, serta cara berkomunikasi,
maka perubahan tingkahlaku dan keupayaan seseorang pekerja
memindahkan ilmu kepada tugas boleh juga digunakan sebagai
ukuran. Misalnya seorang telefonis yang dahulunya sering gagal
mengendalikan pelbagai karenah pelanggan, setelah menerima
latihan, berubah menjadi pekerja yang lebih berkesan,
membuktikan keberkesanan latihan yang telah diikutinya.

2.3.4 Kesimpulan

Walaupun kebanyakan pekerja telah menerima latihan awal bagi


menjalankan tugas, program-program perkembangan staf boleh
menyediakan mereka dengan kemahiran bagi tugas yang lebih
mencabar pada masa hadapan. Dalam banyak hal, latihan adalah
juga bertujuan untuk perkembangan dan pembangunan staf atau
pekerja.

Bagi memaksimumkan program-program latihan dan


perkembangan, kajian keperluan perlulah dibuat terlebih dahulu.
Keperluan yang dikenalpasti melibatkan bidang-bidang kemahiran
dan kumpulan sasaran atau individu tertentu. Hasilnya
membolehkan penentuan objektif-objektif yang jelas dan selari
dengan keperluan organisasi.

Perancangan jangka panjang dan pendek bertujuan memastikan


kelicinan perjalanan program-program latihan dan perkembangan
staf. Ia juga di buat berdasarkan kemampuan, matlamat dan
keperluan organisasi.

Pelaksanaan dan pentadbiran latihan dan perkembangan staf perlu


dikawalselia dengan baik bagi melicinkan perjalanan program dan
memastikan organisasi mendapat manafaat sepenuhnya.

Akhir sekali, tiada ertinya sesuatu latihan dijalankan sekiranya


keberkesanan dan pulangan kepada organisasi tidak dapat dilihat
maupun diukur. Untuk tujuan ini, satu bentuk penilaian
keberkesanan program latihan perlu dirangka bagi memastikan
pekerja mendapat kemahiran baru, atau nilai tambah dan mampu
menggunakannya dalam menjalankan tugas.

14
Walaupun kebanyakkan pekerja telah menerima latihan awal bagi
menjalankan tugas, mereka yang berpotensi untuk maju akan
memerlukan program perkembangan staf. Melalui perkembangan
staf mereka akan dilengkapkan dengan kemahiran dan
pengetahuan yang lebih mencabar.

Bagi memaksimumkan program-program latihan dan


perkembangan staf, keperluan bidang-bidang latihan perlu
dikenalpasti dan perancangan jangka panjang serta pendek perlu
dibuat. Objektif-objektif yang jelas perlu digariskan selari dengan
matlamat organisasi.

Pelaksanaan dan pentadbiran latihan dan perkembangan staf perlu


dikawalselia dengan baik bagi melicinkan perjalanan program.

2.4 Pengurusan Latihan Dan Perkembangan Staf

2.4.1 Kes 1: Aktiviti Kokurikulum Yang Terabai

Encik Ahmad baru setahun bertukar ke Sekolah Menengah Seri


Aman, sebuah sekolah gred A di pinggi bandar. Pengetua
terdahulu, yang kini telah bersara merupakan seorang yang kurang
‘commitment’ terhadap pencapaian Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Hasilnya, kegiatan kokurikulum di sekolah itu tidak
dapat dilaksanakan sepenuhnya. Murid-murid kurang bergiat
dalam aktiviti luar bilik darjah. Sudah beberapa tahun Sekolah
Menengah Seri Aman tidak pernah memasuki pusingan akhir
sebarang pertandingan jauh sekali memenanginya. Guru-guru
penasihat, sebahgian besarnya kurang berminat. Sebahagian lagi
kurang faham tentang selok-belok mengendalikan aktiviti
kokurikulum secara berkesan.

Soalan:

a) Kaji faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada


tidak berkesannya aktiviti kokurikulum.

b. Jika anda adalah Encik Ahmad, apakah langkah-langkah


atau tindakan yang anda akan ambil bagi membangunkan
guru-guru penasihat bagi menghidupkan kembali aktiviti
kokurikulum di Sekolah Menengah Sri Aman?

15
2.4.2 Kes 2: Mencurah Air Di Daun Keladi

Cikgu Asnah telah melaksanakan pelbagai jenis latihan berbentuk


kursus-kursus dalaman untuk pekerja-pekerja di sekolahnya,
termasuk guru dan staf sokongan. Objektifnya hanya satu; bagi
meningkatkan prestasi pelajar-pelajarnya di bidang kurikulum.
Kelas-kelas tambahan untuk murid-muridnya turut berjalan seperti
dijadualkan.

Cikgu Asnah merasa agak kecewa setelah mendapati kesemua


usaha dan penat lelahnya selama ini tidak membuahkan hasil. Bila
dikaji keberkesanan program-program tersebut, ibarat mencurah
air di daun keladi. Kelihatannya hanya beliau seorang sahaja yang
bersemangat hendak menjayakan matlamat sekolah. Guru-
gurunya, walaupun akur dan menghormatinya, bersikap acuh tak
acuh sahaja. Mereka mengajar seperti biasa, tetapi prestasi murid-
murid masih tidak meningkat langsung.

Soalan:

a) Baca dan teliti kes Cikgu Asnah dan kaji kemungkinan


faktor-faktor kegagalan program-program latihan di
sekolahnya.

b) Apakah syor anda kepada Cikgu Asnah?

3. PENGURUSAN FIZIKAL SEKOLAH

3.1 Pendahuluan

Oleh sebab tanggungjawab kerajaan semakin bertambah pentadbiran semakin


rumit, dengan ini bertambah bilangan orang-orang yang mengetahui perkara-
perkara rasmi. Keselamatan perkara-perkara rasmi ini bukan sahaja penting
untuk menjaga rahsia kerajaan supaya tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak
berkenaan, tetapi juga untuk mengawal supaya perkara-perkara terperingkat tidak
diperolehi tanpa kebenaran kerana kelemahan manusia. Mungkin dengan
jatuhnya maklumat terperingkat rasmi ini ke tangan mereka yang mempunyai
kepentingan, mereka boleh mendapat faedah-faedah kewangan daripadanya.
Dalam konteks sekolah, perkara-perkara ini tidak dikecualikan. Pihak sekolah
juga mestilah menjaga keselamatan fizikal dan dokumen dengan cara yang betul
dan mengikut panduan.

16
3.2 Menjaga Kawasan Terperingkat

Langkah-langkah dibawah perlu diambil untuk mencegah kemasukan orang yang


tidak dibenarkan:-
a. adakan pagar dan lampu keselamatan serta hadkan pintu keluar masuk.
b. adakan pengawal keselamatan.
c. adakan papan-papan kenyataan di tempat-tempat yang sesuai bagi
menunjukkan kawasan / tempat adalah kawasan larangan.
d. ujudkan sistem pas keselamatan / kad pengenalan.

3.3 Kawalan Kunci Keselamatan

Kunci keselamatan merupakan antara perkara yang menjadi benteng perantara di


dalam peraturan keselamatan. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk
memberi kawalan yang rapi terhadap kunci-kunci keselamatan serta
mengeluarkan arahan keselamatan berkaitan dengannya. Peraturan-peraturan
berikut mesti dipatuhi untuk menentukan kunci keselamatan adalah terkawal
setiap masa.

- Pegawal keselamatan Jabatan di pertanggungjawabkan atas perkara-perkara


berkaitan kunci keselamatan dan anak kunci. Beliau mestilah menyenggara
sebuah buku daftar kunci, mengemaskinikannya dan membuat pemeriksaan.
- Semua pegawai yang memegang anak kunci dipertanggungjawabkan
menjaganya.
- Semua kunci yang tidak digunakan termasuk kunci pendua disimpan dalam peti
keselamatan.
- Anak kunci keselamatan tidak boleh dilabelkan dengan nama dan alamat
pengguna, serta tidak dirangkai bersama kunci persendirian.
- Anak kunci pendua tidak boleh dibuat tanpa kebenaran.
- Pegawai pemegang kunci yang bertukar / meninggalkan perkhidmatan
hendaklah menyerahkan balik semua anak kunci.
- Kehilangan anak kunci keselamatan hendaklah dengan segera dilaporkan
kepada Pegawai Keselamatan Jabatan / Ketua Jabatan.

3.4 Kawalan Mesin Penyalin

Semua Jabatan yang dibekalkan mesin penyalin termasuk mesin pendua atau
fotostat hendaklah sentiasa mengawasi penggunaan mesin-mesin tersebut
terutama jumlah mengeluarkan dokumen-dokumen terperingkat. Peraturan-
peraturan tersebut hendaklah dipatuhi:-

- Ketua Jabatan hendaklah melantik seorang yang bertanggungjawab mengawasi


mesin-mesin penyalin. Sediakan sebuah buku daftar.
- Semua mesin disimpan dalam bilik yang boleh dikunci.
- Hanya staf yang tertentu yang boleh ditugaskan untuk membuat salinan
dokumen terperingkat.

17
3.5 Penyenggaraan

Semua Ketua Jabatan dikehendaki menyediakan satu prosedur penyenggaraan


bangunan/pekakasan/kemudahan sekolah supaya:

- berfungsi
- selamat digunakan

Penyenggaraan bangunan sekolah dan perabot yang rosak hendaklah disegerakan


supaya tidak terganggu perlaksanaan Proses pengajaran dan pembelajaran.

Bagi melicinkan proses penyenggaraan ini, pemeriksaan ke atas


bangunan/perkakasan/kemudahan hendaklah diperiksa setiap masa. Pemeriksaan
ke atas bangunan/dan kemudahan sekolah hendaklah meliputi perkara-perkara
berikut:

• Bumbung bangunan
• Pagar
• Tangki air
• Pendawaian letrik
• Pemadam api

3.6 Keceriaan dan keindahan

Ketua Jabatan hendaklah memastikan kawasan sekolah sentiasa berada dalam


keadaan bersih dan indah supaya dapat membangkitkan minat murid untuk ke
sekolah dan seterusnya belajar.

3.7 Persediaan sebelum sekolah dibuka:

Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua kelengkapan dan kemudahan


disenggara supaya sebaik sahaja sekolah dibuka, proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan licin.

3.8 Persediaan sebelum sekolah ditutup:

Ketua Jabatan hendaklah memeriksa semua kemudahan dan kelengkapan sekolah


sebelum sekolah ditutup supaya gantian dan penyenggaraan dapat dilakukan
semasa cuti persekolahan.

3.9 Mengurus permohonan penggunaan bangunan dan kawasan sekolah oleh pihak
luar.

Satu prosedur hendaklah diwujudkan supaya semua staf faham tindakan yang
perlu diambil apabila adanya permohonan sedemikian.

18
4. PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH

4.1 Keselamatan sekolah berhasil apabila pengetua/guru besar melaksanakan


perkara-perkara berikut:

• Mewujudkan suasana kesedaran keselamatan.


• Melaksanakan program pendidikan keselamatan.
• Menyediakan program keselamatan pendidikan.
• Meningkatan program keselamatan dan perhimpunan khas.
• Mengadakan rondaan keselamatan sekolah.
• Mengambil bahagian dalam kempen keselamatan.
• Menggunakan sumber personal kominiti.
• Secara aktif menunjukkan keperihatinan tentang keselamatan semua
orang di sekolah.

4.2 Senarai semak sendiri

Sebagai seorang pengetua/guru besar, anda mungkin mahu menyemak


senarai item-item. senarai semak ini membolehkan anda mengingat
kembali apa yang anda buat tahun lepas, jika anda ras item-item itu
mempunyai kebaikan rangcangkanlah sesuatu untuk dilaksanakan.

Senarai semak keselamatan

Semasa tahun sudah Ya Tidak Cadangan


Tahun Depan
1. Saya jemput pegawai Bomba melawat sekolah
2. Saya selalu memeriksa bangunan sekolah atas
keselamatan kebakaran.
3. Saya selalu periksa alat pemadam api.
4. Saya sedia ceklis barang-barang yang akan
diperiksa oleh penjaga.
5. Saya sediakan prosedur bertulis untuk kaki
tangan sekolah.
6. Saya sediakan senarai aktiviti supaya guru dan
pelajar dapat menggunakannya dalam darjah.
7. Saya masukkan (promote) topik keselamatan
dan pencegahan kemalangan dalam mesyuarat-
mesyuarat guru.
8. Saya cuba mewujudkan suasana kesedaran
keselamatan.
10. Saya galakkan penggunaan topik keselamatan
dalam kurikulum.

19
4.3 Pemeriksaan kebakaran

Kepentingan pemeriksaan bangunan haruslah tidak diabaikan. Selain


daripada meminta pegawai bomba memeriksa bangunan, pengetua/guru
besar sendiri boleh dapat faedah dari pemeriksaan itu.

4.4 Drill kebakaran dan pengosongan bangunan (evacuation)

Pengetua /guru besar bertanggungjawab memahami undang-undang dan


ordinance berkaitan dengan kebakaran dan peraturan kemalangan untuk
bangunan sekolah. Drill kebakaran adalah amalan keperluan dan prosedur
pengosongan bangunan (evacuation) hendaklah diberi keutamaan, tambah-
tambah lagi kalau terjadinya ancaman bom. Menguruskan prosedur untuk
kecekapan pengosongan tidak harus diabaikan. Untuk membantu anda
dalam tugas ini, soalan-soalan berikut perlu dapat perhatian.

• Adakah kakitangan sekolah anda tahu apa yang harus dibuat apabila
bunyi (locing) amaran pengosongan dibunyikan, tidak kira di mana
saja mereka berada di sekolah?
• Tahukah semua kakitangan sekolah bunyi amaran pengosongan?
Keluar? Kembali?
• Anda ketahuikah bahawa guru-guru harus diperingatkan, di awal dan
di pertengahan tahun mengenai prosedur untuk pengosongan bangunan
sekolah.
• Adakah guru dan pelajar tahu apa yang hendak dibuat semasa
pengosongan bilik.
• Adakah arahan pengosongan menekankan aturan, kepentingan dan
kesedaran akan mara bahaya
• Adakah salinan prosedur pengosongan bangunan diberi kepada setiap
guru dan staf sekolah.
• Adakah setiap arahan pengosongan bangunan dilekatkan di setiap bilik
darjah?
• Adakah anda merancang drill pengosongan bangunan setiap bulan, di
masa-masa yang berlainan atau di bawah keadaan tertentu setiap
bulan?
• Adakah anda simpan rekod drill pengosongan bangunan? Anda
masukkah tarikh, masa dan keberkesanannya?
• Adakah pintu-pintu keluar jelas ditandakan?
• Adakah perhatian khas diberi kepada pengosongan tempat-tempat khas
seperti gym, auditorium dll?
• Adakah prosedur khas membantu pelajar, guru dan kaki tangan cacat?
• Adakah guru dan orang lain tahu apa hendak dibuat jika sekiranya
jalan keluar terhalang?
• Adakah terdapat prosedur untuk kembali ke bangunan sekolah diberi
kepada guru-guru dan staf.

20
4.5 Pencegahan Kemalangan

Sebahagian dari tanggungjawab pengurusan sekolah dipikul oleh


pengetua/ guru besar ialah menentukan keselamatan anak buahnya
terjamin. Kemalangan yang berlaku kerana kelalaian, atau kerana tidak
sengaja. Cara yang paling baik dilakukan oleh pengetua / guru besar ialah
memberi penekanan kepada jabatan-jabatannya, kaki tangan dan pelajar
akan konsep pencegahan kemalangan.

Be prepared!
Think before you act!
Be safety minded!
Don’t be negligent

Perkara ini bukannya mudah, kadang-kadang kita lihat murid-murid bakar


getah pemadam, berlari-lari di tempat letak kereta atau melihat mereka
berlari kejar-mengejar. Cubalah untuk memberhentikannya. Bagi mereka
yang bertugas atau ‘incharge’ mestilah selalu memeriksa keadaan-keadaan
atau aktiviti yang boleh menyebabkan kemalangan.

Pemerhatian khas patut diberi kepada pancor air, gym, tandas, dewan,
tangga, bilik masak, kolam tempat parking, kawasan mainan dan lain-lain.
Guru-guru mata pelajaran khas seperti seni perusahaan, fizik, kimia,harus
menyedari akan bahaya alat kuasa letrik, elemen-elemen kimia seperti asid
dan lain-lain.

4.6 Mengurus Perkhimatan Petugas (Custodian)

Tanggungjawab terus terhadap penyenggaran sekolah terletak di atas bahu


pengetua/guru besar tetapi kerja-kerjanya dilakukan oleh kaki tangan yang
ditugaskan. Kepentingan kaki tangan ini tidak boleh dibiarkan saja ke
peringkat minima dan mereka sebenarnya mempunyai tanggungjawab
tertentu dalam pendidikan.

4.6.1 Tanggung jawab pengetua/guru besar

Ada tiga tanggung jawab utama: menyelia, mentadbir dan menilai.


Sebagai penyelia, pengetua/guru besar menghuraikan tugasnya jika
tiada terdapat senarai tugas baginya.
Agihan kerja patut dibuat jika terdapat lebih dari satu petugas.
Sebagai pentadbir, pengetua/guru besar patut menyempurnakan
juga tugas-tugas ini:

21
• Bekerjasama dengan petugas.
• Bantui petugas dengan mengadakan jadual kerja.
• Berkomunikasi dengan mereka cara terbuka, dengari masalah
dan keperihatinan mereka tentang berbagai maklumat
mengenai pokok-pokok dan fasiliti pengurusan.
• Wujudkan kebanggaan setiap kedudukan dan usaha mereka.
• Jadilah pengantaran jika ada konflik antara mereka dengan
kaki tangan sekolah.
• Sediakan pejabat dan tempat kerja untuk menyimpan rekod dan
laporan serta menyimpan alat-alat.

4.6.2 Tanggung jawab petugas (custodian)

Jika pengetua / guru besar ada tanggunjawab begitulah juga


petugas.

• Mereka mesti bekerjasama dengan pengetua, guru-guru dan


personel sekolah.
• Mereka mesti menunjukkan kebanggaan sendiri akan jawatan
dan tugas mereka.
• Mereka mesti menunjukkan keperihatinan tentang kesihatan
dan keselamatan semua kakitangan sekolah.
• Mereka mesti mudah membantu dalam keadaan kecemasan,
masalah dan aktiviti-aktiviti khas di sekolah.
• Mereka mesti membersih, memperbaiki, mengganti dan
mengamalkan keadaan baik fasiliti-fasiliti sekolah.
• Dari masa ke masa memeriksa kelengkapan dan bangunan.
• Mereka mesti menyimpan inventori bekalan dan alatan dengan
kemaskini.
• Mereka mesti mengendali terlebih awal dan mencegah dari
berlaku berbagai masalah penyelenggaran.
• Mereka harus menilai diri mereka dan menggalakkan orang
lain menilai kerja sendiri.

4.7 Perbincangan

• Keselamatan bilik darjah


• Keselamatan bilik makmal
• Pendidikan Jasmani
• Undang-undang dan peraturan senjata
• Kerjasama antara keselamatan sekolah dengan polis dalam mencegah
dan menyelesaikan kes-kes jenayah
• Lantai basah
• Pokok-pokok berbahaya/beracun
• Dawai kawat

22
• Kecurian
• Tampat-tempat berbahaya
• penceroboh

5. PENGURUSAN PROJEK

5.1 Definisi

5.1.1 Projek adalah suatu kerja yang kompleks, mengandungi pelbagai


aktiviti, finit iaitu ada mula dan akhirnya, mempunyai sumber-
sumber dan kewangan yang terhad, ramai tenaga kerja, aktivitinya
tersusun, berorientasikan matlamat dan menampakkan hasil
terakhir (Weiss & Wysocki, 1992)

5.1.2 Pengurusan projek pula adalah suatu kaedah dan teknik-teknik


berasaskan prinsip-prinsip pengurusan digunakan untuk
menganggar, merancang dan mengawal aktiviti-aktiviti dalam
mencapai hasil terakhir mengikut masa, perbelanjaan yang
dijangka dan spesifikasi tertentu.

Pengurusan projek sebenarnya melibatkan :

i) perancangan - objektif dan skop yang jelas


ii) Pengelolaan - struktur yang berkesan
iii) Kepemimpinan - stail
iv) Pengawalan - laporan & prestasi

Dalam pengurusan projek, ia menitikberatkan kos, jadual


pelaksanaan dan kualiti.

5.2 Komponen-komponen dalam Sistem Pengurusan Projek

• Pengawalan - mengawal aktiviti yang berlangsung secara


berkala dan berterusan.

• Perancangan - mengatur aktiviti-aktiviti mengikut skop dan


objektif projek.

• Maklumat - mengumpul semua maklumat yang ada (lakukan


‘environmental scanning’)

• Kaedah - menentukan kaedah-kaedah yang boleh


digunapakai dalam semua aktiviti

23
• Budaya - mengkaji dan menyesuaikan aktiviti yang
dirancang dengan budaya organisasi

• Organisasi - mengambil kira tenaga kerja yang ada dalam


organisasi, struktur organisasi dan pembahagian
tugas yang perlu

• Faktor - mengandaikan batasan tenaga kerja dalam semua


Manusia aktiviti. (Memilih ‘the right people’ dan ‘the
right type of management tool’)

5.3 Perancangan Projek

Perancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

i. Perancangan strategik

- menyatakan arah tuju dan hasil yang diingini untuk mencapai misi
organisasi. Ianya selalu mengambil masa 3 hingga 5 tahun.

ii. Perancangan Taktikal

- menghuraikan keseluruhan aktiviti, hasil, tanggungjawab individu


dan tarikh menyiapkan projek tersebut yang selalunya berlaku
dalam tempoh 1 tahun.

iii. Pelan Tindakan

- menghuraikan tindakan jangka pendek oleh ahli kumpulan yang


dipertanggungjawab melaksanakan sesuatu kerja yang diberi.
(menjawab : What, Who, When, How)

- perlu menghuraikan aktiviti-aktiviti, tanggungjawab siapa, masa


atau tarikh projek perlu disiapkan, bagaimana melakukannya dan
berapa banyak kos setiap aktiviti.

Kenapa perancangan projek itu penting?

• untuk mengurangkan risiko dan ketidakpastian sesuatu perkara itu ke


tahap minimum.

• untuk mempastikan kefahaman yang jelas tentang objektif dan arah


tuju projek.

24
• untuk menetapkan standard/piawai tertentu dalam prestasi kerja
projek.

• untuk memberikan asas struktur dalam menjalankan tanggungjawab


tertentu.

• untuk menghasilkan prosedur-prosedur dalam menjalankan kerja yang


efektif.

• untuk mendapat hasil/keputusan optimum dengan usaha yang


minimum dan juga kos serta masa yang minimum.

5.4 Langkah-langkah Menguruskan Projek

1. Mengenal pasti masalah yang timbul (bermula dari masalah, sesuatu


projek dirancang) - bina alternatif-alternatif penyelesaian.

2. Membuat perancangan projek

3. Melaksanakan perancangan projek

4. Mengawal perjalanan projek

5. Projek ditamatkan - menilai projek untuk penambahbaikan projek yang


baru

5.5 Langkah-langkah dalam perancangan projek

• Mengenal pasti masalah.

• Bina misi organisasi, objektif umum dan kriteria kejayaan (success


criteria).

• Bina strategi-strategi projek.

• Nyatakan skop projek.

• Bina Struktur Pecahan Kerja (SPK).

• Menggunakan SPK, buat anggaran yang melibatkan masa dan kos


serta aktiviti-aktiviti yang perlu.

• Sediakan jadual pelaksanaan dan anggaran perbelanjaan.

25
• Mengenal pasti bentuk struktur organisasi projek melibatkan staf
tertentu - berapa ramai dan tanggungjawab masing-masing.

• Sediakan nota catatan tentang perjalanan projek.

• Dapatkan persetujuan/tandatangan staf yang terlibat.

5.6 Menyenaraikan Objektif

Objektif boleh dibina menggunakan kaedah SMART yang diperkenalkan


oleh George Doran (1981) :

Specific - Spesifik dalam membuat target objektif

Measurable - Bina indikator yang boleh diukur

Assignable - Objektif yang dibina boleh dipertanggungkan


kepada orang tertentu

Realistic - Nyatakan apa yang boleh dicapai dengan ralistik


dalam masa dan dengan sumber yang ada

Time-related - Nyatakan objektif yang boleh dicapai dalam jangka


waktu tertentu

5.7 10 sebab utama projek selalu gagal

Kurang jelas atau kurang faham tentang spesifikasi atau arahan

Struktur tugas yang kurang jelas

Kurang maklumat

Dokumentasi tidak teratur (lemah)

Lemah dalam komunikasi

Objektif yang ditetapkan terlalu tinggi

Kos tinggi/anggaran perbelanjaan kurang

Terkeluar dari perancangan asal

Tidak ada orang yang menjalankan tugas-tugas tertentu

Terlalu pentingkan keputusan/hasil akhir

26
27
5.8 Radas-Radas (alat-alat) dalam Pengurusan Projek

Radas atau alat yang digunakan dalam pengurusan projek dapat


memudahkan kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam
projek. Radas atau adat yang dimaksudkan adalah seperti :

a. Struktur Pecahan Kerja (SPK)


b. Carta Aliran
c. Carta Kawalan (Carta Gantt)
d. Alat-alat kawalan kualiti :

• senarai semak
• Carta Pareto
• Gambarajah sebab dan akibat
• Histogram
• Gambarajah taburan
• Graf

5.9 Struktur Pecahan Kerja (SPK)

SPK membahagikan projek kepada subunit atau aktiviti-aktiviti yang lebih


banyak dan berhiraki. Ia juga memberi gambaran yang lebih jelas tentang
aktiviti yang terlibat, masa, kos dan spesifikasi tertentu.

Contoh :

Encik Ahmad ingin membuat aktiviti perkhemahan untuk pelajar-pelajar


tahun 6. Aktiviti yang difikirkan terlibat adalah :

• Mendapatkan persetujuan dari ibu bapa pelajar


• Mendapat kebenaran guru besar/pihak pengurusan sekolah
• Mendapatkan kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri
• Mengatur jadual/aturcara semasa perkhemahan
• Mengenal pasti guru-guru yang terlibat dalam perkhemahan tersebut
• Menetapkan struktur organisasi perkehmahan
• Menyenaraikan peralatan/sumber yang perlu dibawa semasa
perkhemahan
• Menganggar perbelanjaan
• Mencari penyumbang/sumbangan untuk menampung kos
dan lain-lain. (fikirkan dengan lebih terperinci)

28
Bagi memudahkan perancangan SPK, jadual seperti berikut boleh
dibuat :

Perkhemahan

Mendapat persetujuan
Membuat anggaran
Mengenal pasti perbelanjaan
guru yang Menyenaraikan
Mengatur jadual terlibat peralatan
guru ibu perkhemahan
besar bapa

Menetapkan Cari sumbangan


Jabatan Pendidikan Negeri struktur organisasi
perkhemahan

PIBG Sekolah individu

* Jadual ini boleh dilanjutkan sehingga semua aktiviti telah diperincikan.

29
Setelah diperincikan aktiviti-aktiviti yang terlibat, bolehlah disusun aktiviti yang
perlu didahulukan dengan kos dan jangka waktu pelaksanaannya dalam jadual
berikut:

Senarai Aktiviti Kos Jangkaan Tanggungjawab


dilaksana atau siapa?
tempoh

5.10 Carta Aliran

Carta Aliran digunakan untuk menunjukkan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti


yang berlangsung secara teratur. Ia menggunakan simbol-simbol seperti berikut:

Mula atau berhenti aliran

Proses atau aktiviti berjalan

Membuat keputusan - Ya atau Tidak

Dokumen

Arah tindakan

30
5.11 Analisis Keputusan

Langkah-langkah yang terlibat dalam menganalisis keputusan adalah


seperti berikut:

5.11.1. Mengenal pasti masalah atau isu


- Pengenalpastian masalah adalah penting bagi melihat faktor
luaran dalaman organisasi yang terdapat dalam persekitaran
kini dan masa hadapan yang boleh menjejaskan tercapainya
matlamat projek.

- Pengenalpastian ini boleh dibuat dengan menggunakan


pengesanan kepada perubahan-perubahan dalam persekitaran
yang merangkumi langkah-langkah berikut:

• pengumpulan data
• semak asas-asas perancangan lain
• pengkelasan data
• analisis agenda utama
• analisis ‘cross impact’ iaitu dengan melihat jika faktor ‘a’
berlaku atau berubah, apakah kemungkinan berlaku
perubahan terhadap faktor ‘b’.

- Maklumat ini boleh membantu dalam membina misi, nilai, faktor


kritikal kejayaan, objektif dan strategi projek. Ia juga boleh
dijadikan sebagai asas untuk meningkatkan keberkesanan
pengawalan dan penambahbaikan strategi dalam perancangan
strategik.

5.11.2. Wujudkan alternatif untuk penyelesaian


5.11.3. Menilai dan memilih alternatif dengan kaedah SWOT atau KLAP
(Kekuatan, Kelemahan, Ancaman dan Peluang). Ianya digunakan
umtuk menilai kemungkinan, kualiti, penerimaan, kos dan etika.
5.11.4. Proses Membuat Keputusan
Setelah menilai alternatif tersebut, keputusan perlu diambil dengan
mengambil kira langkah-langkah berikut:
• Mengenal pasti masalah - kenal pasti percanggahan antara
keadaan sekarang dengan yang dikehendaki.
• Kenal pasti kriteria penyelesaian
• Memberi pertimbangan kepada kriteria (percambahan fikiran)
• Memperkembangkan alternatif - senaraikan alternatif
• Analisis alternatif -SWOT atau KLAP
• Memilih alternatif
• Melaksanakan alternatif
• Menilai keberkesanan keputusan.

31
32
5.12 Pengawalan Dan Penilaian Projek

5.12.1. Definisi Pengawalan


Pengawalan adalah proses memantau aktiviti bagi memastikan
pencapaian berlaku seperti yang dirancang dan membetulkan apa
juga penyelewengan yang ketara berlaku.

5.12.2. Mencapai Kawal Kendiri Ahli Kumpulan


• ahli tahu objektif projek
• sediakan pelan untuk diri sendiri
• ahli ada kepakaran
• sediakan maklum balas terus
• kuasa untuk penambahbaikan

5.12.3. Ciri-Ciri Sistem Kawalan Projek


• fokus kepada yang penting
• mengambil tindakan pembaikan
• penekanan terhadap masa
• menggunakan usaha yang minimum dalam mencapai matlamat
projek.

5.12.4. Tujuan Penilaian Projek


• untuk pembaikan
• maklum balas berkala
• audit berkala

5.12.5 Melaksanakan Audit


Audit membolehkan perkara-perkara berikut diperolehi:
• status semasa projek
• status masa depan
• status tugas kritikal
• penilaian risiko
• maklumat yang perlu

5.12.6 Pelaksanaan audit berkala membolehkan kita:


• memperbaiki prestasi projek
• kualiti kerja projek juga diutamakan disamping penjadualan
dan kos
• mengenal pasti masalah yang timbul dapat dikesan lebih awal
untuk pembetulan atau penambahbaikan
• dapat menyatakan status projek
• komitmen ahli kumpulan projek

33
5.13 Bahan Latihan

5.13.1 Latihan 1: Mengenal diri sebagai pengurus projek.

Tandakan kemahiran yang anda rasa boleh dijalankan. Bahagian


yang tidak ditanda itu menandakan bahagian yang boleh diperbaiki
pada masa hadapan.

Kemahiran Pengurusan Projek saya adalah:

Mengelola projek dari awal hingga akhir.

Menstruktur perancangan yang boleh menghadapi sebarang


tekanan.

Mendapatkan orang yang boleh menerima perancangan


saya dan menyokongnya.

Menetapkan objektif projek yang boleh diukur.

Memotivasikan ahli-ahli dalam pasukan.

Menolong ahli-ahli menyelesaikan masalah.

Menggunakan segala sumber yang ada.

Mengelakkan pembaziran masa dan wang.

Mengukur prestasi projek.

Menggunakan sistem maklumat yang boleh disesuaikan


dengan kehendak projek.

34
5.13.2 Latihan 2: Bina Struktur Pecahan Kerja (SPK) dan Radas/Alat
yang boleh digunakan.

• Bincangkan projek ‘Membina Pondok Ilmu’ di sekolah anda.

• Apakah aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam menjalankan


projek tersebut.

• Susunkan semula aktiviti-aktiviti tadi bermula dari awal hingga


akhir projek.

• Rancangkan tenaga kerja yang terlibat, kos dan masa bagi


setiap aktiviti.

• Pilih radas/alat yang boleh digunakan dalam menjalankan


projek.

5.13.3 Latihan 3: Analisis SWOT atau KLAP

Dalam membuat keputusan, berbagai alternatif akan timbul.


Sekiranya dalam membina Pondok Ilmu di sekolah anda, anda
terfikirkan alternatif berikut:

1) Membina pondok ilmu dengan menggunakan tenaga kerja


dari kalangan staf sokongan sahaja.

2) Membina pondok ilmu dengan tenaga guru dan staf


sokongan.

3) Membina pondok ilmu dengan tenaga guru, staf sokongan


dan pelajar.

35
Hasilkan KLAP/SWOT bagi setiap alternatif tersebut:

Kekuatan (K) Kelemahan (L)


(senaraikan) (senaraikan)

Peluang (P) KP LP
(senaraikan) Apakah kekuatan Atasi kelemahan
yang ada untuk yang ada untuk
merebut peluang? mengambil peluang

Ancaman (A) KA LA
(senaraikan) Apakah kekuatan Minimakan
yang ada bagi kelemahan
menghadapi disamping
ancaman mengelakkan
ancaman

6. PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

6.1 Konsep Penyelidikan

6.2 Konsep Pembangunan

6.3 Kajian Tindakan


• Pengenalan Kepada Kajian Tindakan
• Definisi Kajian Tindakan

“suatu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan


mutu profesionalisme guru - penyelidikan terhadap situasi sosial di
sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru”

(Elliot, 1981)

6.4 Ciri-Ciri Kajian Tindakan

i. Dari aspek Pendekatan Kajian


ii. Dari Aspek Alam Persekitaran Kajian

36
6.5 Kepentingan Kajian Tindakan

i. Sumber maklumat
ii. Merancang dengan lebih berkesan
iii. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran
iv. Penggunaan bahan
v. Guru sebagai penyelidik
vi. Mewujudkan budaya menyelidik
vii Kerjasama antara guru-guru

6.6 Perbezaan Kajian Tindakan Dengan Kajian-Kajian Lain

6.6.1 Perbezaan dari aspek:

i. Tujuan Kajian
ii. Rekabentuk Kajian
iii. Subjek Kajian
iv. Perkaedahan Kajian
v. Laporan Hasil Kajian

6.7 Prinsip Pelaksanaan Kajian Tindakan

i. Gelungan Skema Kajian Tindakan Berterusan


ii. Gelungan Skema Kajian Tindakan Generatif

6.8 Pelaksanaan Kajian Tindakan

i. Mengenal pasti isu/masalah


ii. Merancang Tindakan
iii. Pelaksanaan Tindakan
iv. Meninjau dan mengutip data kajian
v. Menganalisis data
vi. Penilaian

6.9 Panduan Menulis Laporan

i. Tajuk
ii. Abstrak
iii. Isi Kandungan
iv. Latar belakang kajian
v. Pernyataan masalah
vi. Metodologi kajian
vii. Tinjauan bahan kajian
viii. Perancangan tindakan
ix. Pelaksanaan perancangan tindakan
x. Refleksi

37
xi. Kesimpulan
xii. Bahan/buku rujukan
xiii. Lampiran

7. PENGURUSAN MASA

7.1 Pendahuluan

“Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang


beriman, beramal soleh, berpesan sesama mereka tentang kebenaran dan
berpesan sesama mereka tentang kebenaran dan berpesan sesama mereka tentang
kesabaran”
(Surah Al-Asr)

7.2 Pembaziran Masa

7.2.1 Berpunca Daripada Diri Sendiri

• Tiada kebolehan untuk mengatakan “Tidak”.

Takut menyinggung hati orang lain.

• Tidak teratur.

Bekerja dalam keadaan tidak teratur menyebabkan masa banyak


terbuang, contohnya sistem fail yang berselerak, perkakas yang tidak
tersusun dan persekitaran yang tidak kemas.

• Amalan menanguhkan kerja.

Kita sering menangguhkan kerja, terutama apabila perkara yang kita


kendalikan itu membosankan, sukar, tidak seronok atau memerlukan
usaha yang berterusan untuk menyiapkannya.

• Kekurangan minat (Sikap)

Kehilangan semangat untuk meneruskan kerja anda.

• Tidak mengamalkan disiplin diri.

Kebiasaan tidak mematuhi masa yang ditetapkan.

38
7.2.2 Punca-Punca Lain

• Pelawat (visitor)

Sebagai seorang Pengurus/Pemimpin anda perlu melayan pelawat


dengan bersopan. Pastikan anda melayan pelawat yang perlu dilayan
sahaja jika anda kesuntukan masa.

• Panggilan Telefon

Panggilan daripada luar boleh menggangu kerja dan masa anda.


Kadangkala panggilan telefon itu bukan untuk diri sendiri tetapi
untuk orang lain. Lebih membazir masa lagi untuk mencari orang
yang berkenaan.

• Surat

Surat yang tidak diundang atau kurang penting bertimbun banyak.


Membalas dan mendraf surat juga memboleh mengambil masa anda.

• Menunggu

Kita banyak menghabiskan masa sebahagian besarnya untuk


menunggu

Contohnya

- Temu janji

- Menunggu kawan

- Menunggu semasa perjalanan

- Menunggu bas

• Mesyuarat

Mesyuarat yang dikendalikan sendiri.

∗ Mesyuarat yang dihadiri sendiri.

∗ Perbincangan yang terpesong atau berbelit-belit.

∗ Kekerapan mesyuarat kakitangan.

∗ Terlalu banyak perkara yang dibincangkan.

39
• Krisis

∗ Melengahkan sesuatu kerja yang perlu disiapkan menimbulkan


krisis masalah berulang/perkara berbangkit dalam mesyuarat.

∗ Krisis di luar kawalan. sebagai contoh:-

Mungkin terpaksa mematuhi tarikh akhir yang tidak realistik.

Keutamaan mungkin berubah pada saat akhir.

Kesilapan yang dilakukan oleh orang lain.

Kerosakan jentera.

7.3 Cara Mengatasi Pembaziran Masa

• Letakkan kelengkapan seperti telefon, mesin kira, kedudukan barang yang


sering digunakan dan fail yang aktif berhampiran dengan anda.

• Segala urusan yang berhubung dengan sesuatu projek yang sama hendaklah
disimpan dalam fail induk. Berikan indeks kepada fail supaya dapat
memudahkan anda membuat rujukan dengan cepat. Satu fail induk untuk
perkara semasa seperti pemerimaan melalui surat mesyuarat, telefon atau
lawatan hendaklah disimpan dan disemak setiap hari untuk memastikan apa
yang patut dilakukan.

• Pembersihan meja perlu dilaksanakan supaya kawasan kerja anda kemas dan
teratur.

• Satu tempat untuk semua barang. Fail hendaklah digunakan untuk kerja
yang sedang dilaksanakan dan disimpan dengan baik supaya dapat digunakan
pada bila-bila masa sahaja.

• Pastikan anda menyiapkan kerja. Jika ada gangguan jangan sekali-kali


memulakan tugas baru. Elakkan daripada terlibat dalam sesuatu aktiviti baru
melainkan ia merupakan keutamaan yang tertinggi.

• Tetapkan tarikh akhir untuk menyiapkan tugas dan jangan mengubah


tarikh tersebut.

• Bentuk satu sistem ganjaran, beritahu diri sendiri apabila saya menyiapkan
tugas ini, saya akan menikmati satu jamuan atau bersiar-siar bersama
keluarga atau teman istimewa saya.

• Mengaturkan tindakan susulan seperti berbincang dengan orang tertentu


atau rakan sekerja untuk mengadakan tindakan susulan mengenai
perkembangan tugas anda. Ini dapat mengelakkan tabiat suka
menangguhkan tugas.

40
• Buat kerja atau tugas yang kurang seronok pada awal setiap hari supaya
dapat disiapkan dan tidak membosankan.

• Bahagikan tugas yang kecil dan setiap kerja ambil sikap - buat sekarang,
jangan ada istilah “nanti”.

• Jangan takut menyatakan ‘Tidak’ apabila anda kesuntukan masa untuk


memenuhi permintaan yang berlebihan. Apa yang diterima melebihi
kebolehan anda mengendalikannya, maka kualiti yang dapat anda
sumbangkan pasti terjejas. Oleh itu ‘ya’ sesuatu yang dapat anda kendalikan
dengan tenang dan selesa.

∗ Pastikan sama ada anda boleh bertukar tugas dengan rakan sekerja untuk
mempelbagaikan tugas anda. Ini boleh meningkatkan minat kerja anda.

∗ Tanya pihak tertentu, boleh atau tidak merombakkan semula kerja anda
atau berkongsi dengan orang lain.

∗ Jika kehilangan semangat untuk meneruskan kerja hendaklah


mempertimbangkan beberapa ide. Jika ide tersebut tidak dapat
membantu, cuba uruskan sesi bimbingan dengan pihak atasan.
Nyatakan sebab yang mengakibatkan ketandusan pada diri anda.

∗ Hadkan bilangan palawat yang mengunjungi anda.

∗ Aturkan pertemuan dengan rakan sekerja di tempatnya. Dengan cara ini


anda boleh minta diri sebaik sahaja urusan yang berkenaan selesai.

∗ Meja diletakkan berhadapan dengan pintu masuk supaya pelawat melihat


anda sedang sibuk. Biasanya mereka tidak menganggu.

∗ Perlu menutup pintu pejabat supaya dapat memberi tumpuan kepada


sesuatu urusan.

∗ Berdiri apabila pelawat mengunjungi anda tanpa memaklumkan terlebih


dahulu. Berdirilah sambil bercakap. Jangan persilakan duduk kecuali
anda mempunyai masa untuk melayannya.

∗ Biasanya apabila anda berdiri, pelawat anda juga berdiri. Ini akan
memendekkan tempoh lawatan. Jika tidak berkesan, cakap terus terang
“Terima kasih kerana mengunjungi saya. Saya minta maaf kerana
terpaksa menyiapkan projek ini sekarang”.

∗ Pastikan panggilan mana yang memerlukan tindakan susulan anda.


Agihkan tugas yang lain.

∗ Pesanan hendaklah diambil oleh orang lain ketika anda sedang sibuk dan
tidak mahu diganggu.

41
∗ Hadkan perbualan sosial. Berikan jawapan pendek. Akhirlah perbualan
dengan sopan jika tujuan anda sudah tercapai.

∗ Agihkan surat anda. Berilah panduan tentang jenis surat yang anda
hendak baca.

1. Surat untuk makluman sahaja.

2. Surat untuk tindakan.

3 Surat yang mesti dibuang.

4. Ketika membaca surat anda mestilah memikirkan tindakan yang


perlu diambil.

5. Membalas surat melalui telefon.

6. Mencoretkan jawapan yang ringkas pada surat asal dan


mengirimkan kembali.

7. Surat untuk direkod, buat satu salinan sebelum ia dikirimkan.

• Jangan menghabiskan masa kerana menunggu orang untuk


temu janji.

• Jika anda pergi ke pejabat seseorang dan tidak dapat


berjumpanya dengan segera, tinggalkan pesanan kepada
kerani. Minta pihak berkenaan menghubungi anda jika
sudah bersedia. Kembali terus ke pejabat anda.

• Apabila hendak mengadakan mesyuarat, rancangkan apa


yang hendak dicapai. Hadkan bilangan orang yang
menghadiri mesyuarat tersebut.

• Terangkan agenda mesyuarat dan tujuan mesyuarat.

• Pastikan perbincangan tidak terpesong dengan membuat


rumusan sepanjang mesyuarat.

• Agihkan tanggungjawab.

• Tetapkan tarikh tindakan susulan supaya keputusan yang


tercapai itu dapat dilaksanakan.

• Senaraikan keutamaan perkara yang hendak dibincangkan.

• Hentikan sebarang perbincangan yang melibatkan dua


orang peserta. Keadaan ini hanya dibenarkan dalam sesi
perbincangan satu dengan satu.

42
• Sebelum menghadiri mesyuarat pastikan sama ada
kehadiran anda diperlukan atau tidak.

• Hadirlah tepat pada waktu. Bersedialah untuk melibatkan


diri dalam mesyuarat.

8. KREATIVITI DALAM PENGURUSAN

8.1 Pengenalan:

Sejak akhir-akhir ini aspek kreativiti dalam pengurusan organisasi telah


diberi keutamaan. Keadaan ini berlaku kerana kreativiti boleh membantu
sesebuah organisasi itu terus berkembang dan berupaya menyelesaikan
masalah yang kecil-kecil hinggalah kepada melaksanakan projek-projek
gergasi. Kreativiti bolehlah diibaratkan sebagai minyak pelincir dalam
sesebuah kenderaan. Ianya tidak boleh diabaikan sekiranya kenderaan itu
perlu berjalan lancar dan licin. Melalui kreativiti dalam pengurusan,
adalah diyakini matlamat untuk melahirkan sekolah berkesan akan
tercapai dengan mudahnya.

8.2 Definisi Kreativiti:

Kreativiti boleh ditakrifkan sebagai, “proses menghasilkan sesuatu idea


yang baru dan bernilai”.

8.3 Kepentingan Kreativiti Dalam Pengurusan:

Semua organisasi memerlukan kreativiti dalam pengurusan masing-


masing, terutama dalam menghadapi cabaran perubahan dunia yang tidak
menentu dan sukar diramalkan.

Penggunaan prinsip kreativiti dalam pengurusan sekolah akan


membolehkan pengurus sekolah menjalankan tugasnya dengan lebih
berkesan dan cekap. Melalui kreativiti segala program, projek dan aktiviti
akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkualiti dan seterusnya dapat
membantu mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan dan
pembangunan negara.

Beberapa kajian mendapati bahawa kreativiti adalah merupakan faktor


yang kritikal kepada kemajuan sesebuah organisasi. Kreativiti
mempunyai pertalian rapat dengan produk berkualiti, penyelesaian
masalah dan prestasi organisasi.

43
8.4 Ciri-Ciri Organisasi Yang Menggalakkan Kreativiti:

Organisasi yang menggalakkan kreativiti mempunyai ciri-ciri berikut:

• Bersifat terbuka kepada idea dan konsep baru.


• Menetapkan satu tahap prestasi yang tinggi.
• Mempunyai nilai yang positif terhadap inovasi.
• Menekankan kepada perkembangan ketrampilan ahli-ahli
organisasinya.
• Ahli-ahli organisasinya mempunyai pelbagai pengalaman.
• Unit-unit dalam organisasinya boleh berdiri dengan sendiri (loose
coupling).
• Terdapat cabaran daripada pihak atasan.
• Wujudnya komunikasi dua hala.
• Mementingkan kepuasan pelanggan.

8.5 Bagaimanakah Mewujudkan Organisasi Kreatif:

Untuk melahirkan masyarakat organisasi yang kreatif, beberapa perkara


berikut hendaklah diberi perhatian serius oleh pihak atasan, iaitu:

• Organisasi berkenaan hendaklah menyediakan sumber dan masa yang


mencukupi kepada ahli-ahli organisasinya.
• Pihak pengurusan hendaklah memberi jaminan kerja (job security) ke
atas ahli-ahli organisasi yang kreatif.
• Pihak pengurusan hendaklah mewujudkan perasaan percaya kepada
ahli-ahli organisasi. Mempunyai harapan yang tinggi kepada orang
bawahannya dan bersifat terbuka kepada kritikan-kritikan.
• Pihak pengurusan hendaklah memberi kebebasan kepada ahli-ahli
organisasi untuk berkreatif.
• Pihak pengurusan bersedia memaafkan dan tidak mengkritik ke atas
mana-mana kegagalan.
• Pihak pengurusan hendaklah memupuk pertumbuhan iklim bekerja
dengan ahli-ahlinya turut sama dalam membuat keputusan terutama
tentang matlamat yang hendak dicapai.

44
8.6 Iklim Organisasi Yang Kreatif:

Iklim kreatif biasanya mengandungi perkara-perkara berikut:

• Penuh kepercayaan dan keyakinan kepada orang-orang yang cuba


berkreatif.
• Terdapat komunikasi dua hala yang membawa kepada kejelasan
matlamat dan keperluan organisasi.
• Organisasi yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai pelbagai
kebolehan dan pengalaman.
• Menyokong perubahan.
• Terdapat satu sistem merit untuk idea-idea kreatif.

8.7 Aktiviti-Aktiviti Bagi Menjana Kreativiti:

Sambungkan 9 titik dibawah dengan empat garisan yang tidak putus.

Bahagikan petak di bawah menjadi 4 petak yang sama saiz.

45
Bahagikan bulatan berikut menjadi 8 bahagian dengan 3 garisan sahaja.

Nyatakan kegunaan pen?

Apakah definisi sederhana?

Apakah definisi seimbang?

Bagaimanakah cara hendak mengatasi kesesakan lalulintas di Kuala


Lumpur?

8.8 Bengkel Penyelesaian Kreatif dalam Pengurusan Sekolah

Berikut ialah beberapa masalah yang wujud di dalam organisasi anda.


Fikirkan bagaimanakah masalah-masalah ini dapat diselesaikan secara
kreatif.

1. Sekolah anda mempunyai sebuah Pusat Sumber yang kecil,


berukuran 10 kaki x 25 kaki. Itulah sahaja bilik yang ada di
sekolah anda. Sebagai seorang Pengetua, anda ingin jadikan Pusat
Sumber ini aktif dan berfungsi seperti sebuah Pusat Sumber
sekolah lain yang jauh lebih besar.

Cadangkan bagaimanakah cara Pusat Sumber Sekolah anda dapat


berfungsi dengan baik.

2. Sekolah anda ialah sebuah sekolah berasrama yang menghadapi


masalah air yang berlarutan sejak setahun yang lalu. Punca anda
ialah tekanan air sangat rendah, menyebabkan air tidak dapat naik
ke tangki. Sejak akhir-akhir ini masalah ini semakin serius hingga
menyebabkan murid-murid bukan sahaja tidak dapat mandi, tetapi
beristinja pun tidak boleh.

Tugas anda ialah menyelesaikan masalah yang agak parah ini.

46
3. Ada teori yang mengatakan bahawa kesediaan belajar adalah
penting kepada pelajar-pelajar. Jika pelajar sudah bersedia, dan
sudah tahu apa yang akan dipelajari pada hari itu, tugas guru akan
lebih senang, dan dipercayai objektif pengajaran/pembelajaran hari
itu akan dapat dicapai dengan mudahnya.

Bagaimanakah teori ini dapat diaplikasikan dalam suasana sebenar


di sekolah?

4. Sekolah anda melaksanakan semua kegiatan kokurikulum. Namun


begitu kegiatan persatuan/kelab di sekolah anda adalah tidak
begitu menggalakkan. Cadangkan satu cara bagi mengatasi
masalah kelembapan kegiatan persatuan/kelab supaya lebih aktif.

5. Sekolah anda mempunyai 1600 pelajar. Rumah sukan yang


dibentuk ialah 4 buah. Saban tahun Sukan Tahunan
dilangsungkan. Namun begitu penyertaan pelajar tidaklah
menyeluruh. Bagaimanakah cara supaya semua pelajar terlibat
secara aktif dalam temasya Sukan Tahunan Sekolah anda?

6. Setiap sekolah sering menghadapi masalah guru ganti apabila


terdapat guru yang tidak hadir atas pelbagai sebab. Cadangkan
cara-cara yang lebih efektif.

7. Masalah air di Malaysia ialah berpunca daripada masalah


pengurusan air. Bagaimanakah air hujan dapat dimanfaatkan di
sekolah anda?

8. Bagaimanakah cara hendak menyimpan bunga manggar?

9. Bagaimanakah sekolah boleh melatih pelajar menjadi pemimpin?


Cadangkan program-program yang difikirkan sesuai.

10. Cadangkan program-program yang boleh melahirkan semangat


cintakan sekolah dan negara.

11. Berdasarkan pengalaman anda yang lalu, rakamkan satu


penyelesaian kreatif yang pernah dilaksanakan di sekolah anda.

c(D):KPS/notakpks/Notaor2/nh//ct/mh

47

You might also like