You are on page 1of 15

SKSJ 2153: KERAJAAN DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


SESI 2008/2009 SEMESTER 3

DISEDIAKAN OLEH:
ROZIHAN BIN ABDUL RAHMAN (GB00760 )

TAJUK TUGASAN NO.10 ; BINCANGKAN PERKARA-PERKARA PENTING YANG


BERKAITAN DENGAN PILIHAN RAYA SEPERTI YANG TERDAPAT DALAM
PERLEMBAGAAN . PERBINCANGAN JUGA BOLEH MERUJUK KEPADA
PERUNTUKAN AKTA PILIHANRAYA YANG BERKAITAN .

DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. MADYA DR.MOHAMMAD AGUS BIN YUSOFF
SOALAN 10: BINCANGKAN PERKARA-PERKARA PENTING YANG BERKAITAN
DENGAN PILIHANRAYA SEPERTI YANG TERDAPAT DALAM PERLEMBAGAAN.
PERBINCANGAN JUGA BOLEH MERUJUK KEPADA PERUNTUKAN AKTA
PILIHANRAYA YANG BERKAITAN.

1.0 PENGENALAN

Pilihanraya merupakan salah satu asas berkerajaan sendiri dan mengisi kemerdekaan sesebuah
negara. la adalah satu proses dan satu sistem yang membolehkan rakyat negara bangsa tersebut
memilih pemimpin dan parti yang akan membentuk kerajaan. Pilihanraya merupakan salah satu
asas utama dalam pengamalan sistem demokrasi bagi negara-negara yang telah merdeka. Bagi
Persekutuan Tanah Melayu, peruntukan untuk mengadakan pilihanraya telah termaktub dalam
Perjanjian Persekutuan 1948 yang menjanjikan pilihanraya kepada Tanah Melayu pada satu
masa yang sesuai. Ternyata ia bukan dimulakan dan didesak semata-mata oleh “National
Convention” Perikatan UMNO-MCA. la adalah kesedaran semua pihak orang Melayu yang
telah terlibat dalam gerakan nasionalisme, politik dan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.

  Pilihanraya awal yang diadakan ialah di peringkat perbandaran. Ini dilakukan setelah
Akta Majlis Berkuasa Tempatan diluluskan pada akhir 1950. Pilihanraya Bandaran 1951 yang
diadakan pertama kalinya di Pulau Pinang adalah tindakan politik yang awal oleh British untuk
menyerahkan kerajaan sendiri kepada Tanah Melayu secara beransur-ansur. Pilihanraya
bandaran ini semata-mata untuk memberi pengalaman politik kepada penduduk Tanah Melayu
sebelum pilihanraya negeri dan persekutuan yang akan diadakan bagi memilih kerajaan sendiri.
Pilihanraya bandaran Kuala Lumpur yang diadakan pada Febuari 1952 pula bukan sahaja
memberi pengalaman pilihanraya kepada para penduduknya tetapi turut memberi makna yang
lebih daripada itu. Pilihanraya ini telah menyaksikan kelahiran satu kerjasama politik di antara
parti-parti perkauman bagi melahirkan kejayaan dalam pilihanraya. Independence of Malayan
Party (IMP) yang memulakan kerjasama dengan MCA dan MIC, telah mendapat tandingan
daripada UMNO-MCA. Dengan kejayaan kerjasama yang dibuat di antara UMNO-MCA dalam
pilihanraya bandaran Kuala Lumpur itu, terbukalah satu alternatif baru kepada permasalahan
politik Tanah Melayu itu.
2.0 Pilihanraya mengikut perlembagaan

Di bawah Perkara 114, Suruhanjaya memiliki kuasa "mengadakan pilihan raya umum ke
atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan juga mengadakan pilihan raya kecil
sekiranya berlaku kekosongan". Di bawah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu,
Suruhanjaya mempunyai seorang Pengerusi dan dua ahli, tetapi selepas Tanah Melayu
digabungkan dengan Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia, keahlian
Suruhanjaya bertambah selepas penambahan ahli dari Sabah atau Sarawak. Satu rang
diwujudkan pada 1981 yang membolehkan penambahan ahli lain dan mewujudkan jawatan
Timbalan Presiden.

Suruhanjaya mempunyai kuasa melakukan persempadanan semula dengan mengkaji kawasan-


kawasan pilihan raya setiap tidak kurang 8 tahun, menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan
daftar semakan pemilih, dan mengawal kelancaran pilihan raya seperti yang ditetapkan.
Walaupun Perlembagaan tidak merujuk kepada Suruhanjaya sebagai badan bebas daripada
pengaruh kerajaan atau jika tidak, kawasan pengundian ditimbangkan oleh Perlembagaan
sepertimana melindungi kebebasan Suruhanjaya. Dalam pada itu, suruhanjaya ini turut
dikawalrapi oleh sebuah badan pemilikan, dan boleh diubah melalui prosedur sama mengikut
keputusan Mahkamah Tinggi.

Anggota-anggota Suruhanjaya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Ketika melantik Ahli-ahli Suruhanjaya, Yang di-
Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan
Raya yang mendapat kepercayaan awam. Walaupun Perlembagaan tidak menyatakan peranan
Perdana Menteri mengenai perkara ini, Perkara 40 - Perlembagaan mestilah dipatuhi, yang mana
Raja tidak dibenarkan bertindak mengikut kepentingan sendiri kecuali tidak dinyatakan secara
jelas; dalam semua kes, Raja mestilah mematuhi nasihat Perdana Menteri, dan mengadakan
perjumpaan antara Suruhanjaya berdasarkan nasihat Perdana Menteri. Anggota Suruhanjaya
mestilah meletakkan jawatan secara sukarela setelah mencapai umur 65 tahun.
3.0 Fungsi Pilihan raya

Fungsi pilihanraya diadakan adalah bertujuan untuk menguatkan kestabilan dan “legitimacy”
dalam satu organisasi dan komuniti politik . Disamping itu pilihanraya juga diadakan adalah
untuk mengekalkan pucuk pimpinan dalam proses pilihanraya dan pemilihan calon-calon bagi
mengisi jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan melalui parti yang mendapat kemenangan
majoriti

3.1 Proses Pilihanraya di Malaysia

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan yang berasaskan amalan demokrasi


berparlimen. Demokrasi berparlimen ialah satu sistem kerajaan yang dipilih secara bebas oleh
rakyat melalui pilihanraya dan bertanggungjawab kepada rakyat. Sejarah Pilihanraya Umum
Persekutuan Tanah Melayu pertama bermula pada 27 Julai 1955. Antara parti yang menyertai
pilihanraya:

a) Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC) 52 calon

b) Parti Negara – 33 calon

c) Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) - 11 calon

Sekiranya Yang Di-Pertuan Agong membubarkan parlimen, pilihanraya mesti diadakan


dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi
Semenanjung Malaysia. Bagi Sabah dan Sarawak – 90 hari . Pilihanraya Umum diadakan
memilih wakil parlimen (persekutuan) dan wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk
kerajaan negeri.
Antara Parti-parti politik Dalam Pilihanraya Umum 2008

BN MCA MIC GERAKAN

PAS PKR DAP SNAP BERSEKUTU


4.0 Badan Pentadbir Pilihanraya

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertanggungjawab mentadbir dan menguruskan


perjalanan pilihanraya di Malaysia ia ditubuhkan pada 4 September 1957 dengan Keahlian SPR
seramai 5 orang iaitu pengerusi, seorang timbalan pengerusi , tiga ahli yang dilantik oleh Yang
Dipertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja (berkhidmat sehingga 65 tahun).

4.1 Suruhanjaya Pilihan Raya

Untuk menentukan supaya proses pilihanraya dijalankan dengan adil, perlembagaan telah
membuat peruntukan bagi menubuhkan suatu Suruhanjaya Pilihanraya yang bebas dari kawalan
kerajaan . Ahli-ahlinya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong selepas berunding dengan majlis
Raja-raja, dan ia terdiri dari seorang pengerusi , seorang timbalan pengerusi serta tiga orang ahli .
Semasa melantik mereka ,Yang Dipertuan Agong adalah dikehendaki dari segi perlembagaan
untuk mementingkan tentang mustahaknya diadakan suatu suruhanjaya yang ,mendapat
kepercayaan ramai.

Untuk menentukan bahawa Suruhanjaya ini bebas dari campur tangan kerajaan ,
perlembagaan memperuntukan bahawa seorang ahli suruhanjaya pilihanraya tidak boleh dipecat
dari jawatanya melainkan atas alasan-alasan yang sama dan dengan cara yang sama “seperti’
seorang hakim”.Walaupun demikian, dia secara automatik berhenti memegang jawatanya
apabila mencapai umur 65 tahun, dan seterusnya , YDPA boleh memecatnya dari jawatan jika ia:

a) Adalah seorang bangkrap yang belum dilepaskan


b) Bertugas dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan awam di luar kewajipan jawatannya
c) Adalah seorang ahli bagi mana-mana satu majlis Parlimen atau bagi suatu Dewan
Undangan Negeri.

4.2 Fungsi Suruhanjaya Pilihanraya

Suruhanjaya berfungsi serta mempunyai kuasa melakukan persempadanan semula dengan


mengkaji kawasan-kawasan pilihan raya setiap tidak kurang 8 tahun, sebagaimana yang
terkandung dalam perlembagaan yang menyatakan dalam perkara 113 (2) (i) Tertakluk kepada
perenggan (ii), Suruhanjaya Pilihan Raya, dari semasa ke semasa, sebagaimana yang
difikirkannya perlu, mengkaji semula pembahagian persekutuan dan negeri-negeri kepada
bahagian –bahagian pilihan raya dan mengesyorkan apa-apa perubahan mengenainya yang
difikirkan perlu supaya dipatuhi peruntukan yang terkandung dalam jadual ketiga belas; dan
kajian-kajian semula bahagian-bahagian pilihanraya bagi maksud pilihan raya ke dewan-dewan
undangan hendaklah dijalankan pada masa yang sama dengan kajian-kajian semula bahagian –
bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya ke dewan rakyat.

Menurut Perkara 119, tiap-tiap warganegara yang pada tarikh kelayakan dalam kurungan (a)
telah mencapai umur 21 tahun dan kurungan (b) bermastautin dalam sesuatu bahagian
pilihanraya atau,jika tidak bermastautin sedemikian , adalah seorang pengundi tidak hadir
,berhak mengundi dalam bahagian pilihanraya bagi mana-mana pilihanraya dewan rakyat atau
pilihanraya dewan undangan negeri , melainakan jika dia hilang kelayakan di bawah fasal (3)
perkara 119, atau dibawah undang-undang berhubung dengan kesalahan –kesalahan yang
dilakukan berkenaan dengan pilihanraya dan tidak seorang pun boleh mengundi lebih daripada
satu bahagian pilihanraya dalam pilihanraya yang sama.

Suruhanjaya Pilihanraya juga bertanggunjawab untuk menjalankan urusan pendaftaran


pemilih yang mana seseorang yang berkelayakan boleh mengundi hanya jika namanya telah
didaftarkan dalam daftar pemilih . Pendaftaran pemilih dinyatakan dalam peraturan pilihanraya
(Pendaftaran Pemilih-pemilih) . bidang tugas SPR termasuk juga mengawal kelancaran pilihan
raya seperti yang ditetapkan.

SPR juga bertanggunjawab untuk menjalankan pilihanraya umum dan Pilihanraya kecil
(PRK) sekiranya berlaku kematian ataupun seseorang wakil rakyat dijatuhkan hukuman oleh
mahkamah, SPR juga bertanggunjawab untuk mendaftarkan calon yang bertanding dan pastikan
calon memenuhi kriteria dan kelayakn yang diperlukan.

5.0 Proses Pilihan Raya di Malaysia

Proses perjalanan Pilihan Raya di Malaysia telah bermula sejak 1957, Malaysia
mengeklakan sistem politik pelbagai parti politik dari Parlimen dan DUN (Dewan Undangan
Negeri). Sistem yang digunakan di Malaysia ialah Undang-undang dan Peraturan yang
berasaskan ‘First - Past - The Post - System’ .
5.1 Sistem Pilihan raya

Sejak 1957, Malaysia mengeklakan sistem politik pelbagai parti politik dari Parlimen dan
DUN (Dewan Undangan Negeri). Sistem yang digunakan di Malaysia ialah berasaskan ‘First -
Past - The – Post - System’ . Pilihanraya Mengikut prosedur undang dan peraturan berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19).
Elemen penting yang terdapat dalam pilihan raya iaitu Bahagian Pilihan Raya ,Pendaftaran
Pemilih dan Kelayakan Calon Undang-undang dan Peraturan Pilihanraya mengikut prosedur
undang dan peraturan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan Akta
Pilihan Raya, 1958 (Akta 19).

Elemen penting dalam pilihan raya :

5.2 Kawasan Pilihan Raya

Kawasan pilihanraya dibagaikan kepada dua kategori dimana ia melibatkan kawasan


Parlimen (Dewan Rakyat) calon yang bertanding dalam kawasan Parlimen akan mewakili
kawasan tersebut di Dewan Rakyat dan calon yang memenanggi kawasan Parlimen adalah Ahli
Parlimen . Manakala kawasan yang kedua ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mewakili
rakyat di kawasan yang ditandingi dan dipanggil juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) yang akan menyelesaikan masalah setempat diperingkat Negeri. Pilihanraya pertama
1955 dan terkini 2004. Jumlah kerusi parlimen sekarang berjumlah 222 (parlimen) dan 561
(DUN) .Bagi Pilihanraya DUN Sabah dan Sarawak pula Pilihanraya diadakan berasingan dengan
Pilihanraya Umum (PRU).
5.3 Pendaftaran Pemilih

Satu elemen penting dalam sistem pilihanraya ialah seseorang pemilih itu mestilah
mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihanraya bagi
Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Hakikat begini dapat diwujudkan kerana tiap-tiap
unit pendaftaran yang meliputi kawasan daerah mengundi parlimen membentuk samada wad
atau sebahagian daripada satu wad bagi maksud pilihanraya . Dimalaysia, seseorang itu layak
untuk mendaftar jika dia seorang warganegara Malaysia,berumur tidak kurang daripada 21 tahun
pada tarikh kelayakan, seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihanraya di Malaysio dan
tidak hilang kelayakan.

Pemilih juga adalah seorang yang sihat dari segi mental (tidak siuman) dan bagi yang
sedang menjalani hukuman penjara, didapati bersalah serta dihukum mati / penjara utk tempoh
12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan. Pemilih yang bersalah di bawah
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Perolehi kerakyatan asing tidak layak untuk mengundi .

5.4 Kelayakan Calon

Seseorang yang ingin bertanding dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia
yang berumur 21 tahun ke atas serta telah bermastautin secara tetap dalam sesuatu kawasan
pilihanraya dan mendaftar dalam daftar pengundi. Calon yang bertanding juga mestilah
sempurna akal dan tidak diisytiharkan muflis oleh mana-mana mahkamah. Calon juga tidak
memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak dijatuhkan dihukum penjara tidak
kurang daripada 12 bulan atau denda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat
pengampunan .
5.5 Proses dan Prosedur Calon Bertanding :

Proses calon yang bertanding perlu mengemukakan kertas penamaan untuk bertanding
dalam pilihanraya kepada Pegawai Pengurus SPR. Kertas penamaan calon yang diserah antara
jam 9pg hingga 10pg. Pembetulan perlu dibuat di kalangan calon , pencadang dan penyokong
atau salah seorang daripada mereka sebelum jam 10 pagi di hadapan pegawai Pengurus .
Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari pukul 10 hingga 11 pagi . Wang pertaruhan
sebanyak RM 10,000 (Parlimen ) dan RM5,000 (DUN) perlu dibawa bersama calon semasa
penamaan calon. Calon boleh guna simbol jika gagal dapat 1/8 daripada jumlah undi parti
masing2 dan calon bebas menggunakan simbol yang disediakan oleh SPR.

5.6 Kaedah Berkempen

Calon dibenarkan berkempen melalui penyebaran risalah, surat, pelekat, poster dan ceramah.
Calon juga yang mewakili parti yang bertanding boleh mengeluarkan manifesto pilihanraya
(janji-janji politik). Bentuk kempen hendaklah ditamatkan sebelum jam 12.00 tgh malam
sebelum hari mengundi. Seseorang calon dibenarkan belanja sejumlah wang utk tujuan
berkempen RM50,000 (Parlimen) dan RM30,000(DUN)
5.7 Pengundian

Masa mengundi telah ditetapkan antara jam 8.00 pg hingga 5.00 ptg pada hari yang sama.
Bagi kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak diadakan dua hari. Beberapa orang tertentu sahaja
yang dibenarkan berada ditempat mengundi antaranya ialah :

a) pemilih yang tercatat dalam daftar pemilih

b) ketua dan kakitangan tempat mengundi

c) calon dan wakil calon

d) Ejen calon yang bertanding

e) Petugas yang mendapat kebenaran dari SPR

Bagi pilihanraya Parlimen dan DUN diadakan serentak dua kertas undi disediakan. Peti
undi berasingan bagi pengundian untuk Parlimen dan DUN.

5.8 Cara-cara mengundi

Seseorang pemilih hanya boleh memangkah seorang calon sahaja iaitu dengan menandakan ‘X’
bersebelahan nama calon yang dipilih. Selepas tanda kertas undi hendaklah dilipat mengikut
garisan di kertas undi dan masukkan dalam peti undi seterusnya kertas undi Parlimen dan Dun
dimasukan secara berasingan kedalam kotak .
5.9 Undi POS

Undi pos dihantar dengan pos seawal yg mungkin kpd pemilih yg layak mengundi melalui POS .
Kertas undi POS mestilah sampai kepada Pegawai Pengurus sebelum 5 petang pada hari
pengundian dijalankan Pengundi POS terdiri dikalangan Anggota tentera, Pasukan polis hutan,
Petugas Pilihanraya , Pegawai kerajaan di luar Negara dan Pelajar luar negara .

5.10 Pengiraan Undi

Pengiraan undi dilakukan di tempat mengundi dan tempat yang dijalankan undi POS ditetapkan
oleh Pegawai Pengurus SPR. Ahli-ahli yang dibenarkan berada ditempat mengira undi :

a) ahli dan pegawai SPR

b) Pegawai yang dilantik oleh SPR

c) kerani mengira undi

d) calon, wakil calon dan ejen

5.11 Keputusan Pilihan raya

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus kawasan pilihan raya. Segala ketidakpuasan
keputusan pilihan raya boleh dikemukakan petisyen ke mahkamah tinggi dlm masa 21 hari
dengan alasan berlaku penyogokan/ menyalahi undang-undang, tidak patuhi undang-undang
dan peraturan pilihanraya, Calon atau wakil calon hilang kelayakan serta berlaku penipuan
atau ugutan . Jika Mahkamah mendapati p/raya tidak sah maka SPR akan mengadakan satu
p/raya baru Penyata perbelanjaan p/raya perlu diserahkan kpd Pegawai P/raya Negeri dlm
tempoh 31 hari selepas keputusan p/raya diwartakan.
Aliran proses pilihan raya di malaysia

6.0 Ulasan.
Pilihanraya di Malaysia adalah merupakan satu proses pemilihan untuk memilih kerajaan
, Pilihanraya ini diadakan setiap lima tahun sekali melalui Pilihanraya Umum dan dipilih oleh
rakyat . Proses perjalanan Pilihanraya diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengikut
peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan. Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan
yang berasaskan amalan demokrasi berparlimen di mana ia merupakan satu sistem kerajaan
yang dipilih secara bebas oleh rakyat melalui pilihanraya dan perlu bertanggungjawab kepada
rakyat yang telah memilih Parti dengan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat
.Pilihanraya juga penting bagi sesenuah negara dalam menentukan corak pemerintahan di mana s
Parti yang memenangi jumlah kerusi yang paling di Parlimen akan memerintah negara
sebagaimana pada hari ini di Malaysia Barisan Nasional telah berjaya memerintah dengan
gabungan parti politik dibawah BN seperti MCA,MIC,GERAKAN,PPP dan sebagainya telah
berjaya membentuk sebuah kerajaan yang mantap melalui pengabungan kuasa politik.

Rujukan
Tun Mohamed Suffian Bin Hashim, Mengenal Perlembagaan Malaysia. (1984). Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Dr Ramlah Binti Adam, Sejarah Perkembangan Pilihanraya Era Pra-Merdeka 1955, (2003)
.Penerbit; Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)

Rachagan, S. Sothi (1993). Law and the Electoral Process in Malaysia, pp. 28–29. Kuala
Lumpur: University of Malaya Press. ISBN 967-9940-45-4

Perlembagaan Persekutuan (2009).Penerbit mdc Publishers Sdn. Bhd

Rujukan Asas

http://www.scribd.com/doc/19753293/Bab-7-Perlembagaan-Malaysia

http://www.scribd.com/doc/19753293/Bab-9-Perlembagaan-Malaysia

http://www.ujanailmu.com.my/pd_sejarah_perkembangan.cfm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Proses_Pilihan_Raya_di_Malaysia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Proses_Pilihan_Raya_di_Malaysia

You might also like