You are on page 1of 9

DEFINISI

 Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
 Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
 Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah
di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
 Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-
pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang
digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

TUJUAN TEKNIK

1. Menarik Minat murid


2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK DRAMA

 Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan


pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
 Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka,
gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa
atau perbuatan.
 Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
 Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan
berkongsi sesuatu.
 Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat
bantu pengajaran dan pembelajaran.
 Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada
pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
11.2 Teknik Berlakon / Drama
Berlakon atau berdrama ialah satu teknik yang
melibatkan tubuh badan. Ia merupakan segala
bentuk perlakuan yang meliputi segala
kegiatan hidup manusia . Ia dilakukan oleh
watak-watak tertentu sebagai mencerminkan
keadaan sebenar atau meniru cara dan bentuk
kegiatan-kegiatan yang berlaku dalam hidup
masyarakat.
Di sekolah , berlakon merupakan satu aktiviti
yang amat digemari oleh pelajar kerana ia
dijalankan dalam bentuk bermain dan
bersukaria. Mereka diberi peranan untuk
berkata-kata secara bebas, melahirkan
pandangan dan pendapat , bergaya dan beraksi
sesama sendiri, berhibur dengan telatah dan
gaya rakan-rakan sebaya, melibatkan diri ,
bekerja bersama-sama dan sebagainya. Aktiviti
seperti ini, walaupun berjalan dalam keadaan
yang tidak formal , pasti dapat membantu
menambahkan kemahiran bahasa pelajar.
Berlakon bagi pelajar-pelajar di dalam darjah
sebenarnya tidak begitu memerlukan
persediaan dan persiapan.Alat perhiasan atau
latar belakang seperti yang digunakan dalam
lakonan pentas sebear tidak diperlukan. Pelajar
hanyalah diperlukan beraksi atau melakukan
sesuatu pergerakan sambil bercakap.
Aktiviti bermain seperti yang sering dilakukan
oleh kanak-kanak , misalnya bermain guli,
bermain layang-layang, bermain pondok-
pondok, menjadi askar dan sebagainya boleh
dijadikan bahan lakonan.. Begitu juga dengan
hal-hal bersangkutan dengan pengalaman
mereka seperti berjumpa doktor, berbual di
pasar, membeli kasut, meminta duit daripada
ibu bapa , dan sebaginya menjadi menarik jika
ia dilakonkan.
Antara bentuk lakonan yang boleh dijalankan
ialah :-
( i ) Lakonan Bisu
Lakonan ini bertujuan melatih pelajar
memahami serta menggambarkan maksud dan
perasaan melalui penggunaan unsur-unsur
bukan linguistik seperti mimik muka, gerak
tangan, kepala , badan dan lain-lain.
( ii ) Lakonan Spontan
Lakonan spontan pula bertujuan untuk melatih
pelajar-pelajar berlakon secara spontan bagi
menggambarkan maksud dan perasaan yang
ingin disampaikan melalui penggunaan unsur-
unsur bahasa dan bukan linguistik yang
berkesan.
( iii ) Lakonan Berskrip
Tujuan pengajaran bahasa melalui penggunaan
teknik lakonan berskrip atau dialog drama
bukanlah untuk membolehkan pelajar-pelajar
mementaskan persembahan lakonan tersebut
tetapi hanya untuk membolehkan pelajar-
pelajar membaca, memahami serta menghayati
dan kemudian melakonkan skrip tersebut
dengan menggunkan unsur-unsur
paralinguistik dan bukan lingustik yang betul.
11.3 Teknik Bercerita
1. Teknik ini bukanlah suatu teknik yang baru
malahan pernah dilakukan oleh ibu bapa
sewaktu menyampaikan suatu pengajaran
kepada anak-anak. Teknik ini dapat menarik
minat anak-anak.

2. Keadaan yang sama boleh dilakukan semasa


guru-guru menyampaikan pengajaran kepada
murid-murid. Murid akan lebih cepat
menumpukan perhatian dan akan menjadikan
pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam
keadaan yang menyeronokkan.

3. Murid-murid khususnya di sekolah rendah


amat menggemari cerita. Walaupun mereka
masih kecil tetapi apa yang diceritakan kepada
mereka akan segera difahami dan kadangkala
dapat pula sekali gus memahami maksud cerita
itu. Oleh hal yang demikian, jkika murid-
murid tadi diberi peluang belajar dalam
suasana yang menyeronokkan, pasti proses
pengajaran pembelajaran akan lebih berkesan.
4. Walaupun begitu, terdapat perbezaan antara
teknik bercerita dengan pengajaran cerita.
5. langkah yang perlu diambil oleh guru dalam
persediaan teknik cerita:
i. Pilih cerita yang sesuai dengan umur,
kecerdasan dan minat murid. Kemudian
sesuaikan pula dengan isi pengajaran yang
hendak disampaikan.
ii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-
aspek bahasa yang hendak disampaikan itu ke
dalam cerita tersebut.
iii. Hafaz frasa-frasa atau ayat-ayat yang
penting atau lain-lain aspek bahasa yang
hendak disampaikan.
iv. Latih bercerita seolah-olah guru berada di
hadapan murid-murid sekurang-kurangnya
sekali sebelum menggunakan teknik ini.
v. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa
dan berikan penekanan kepada aspek-aspek
bahasa yang hendak diajarkan.
vi. Guru boleh menggunakan gambar, objek
sebenar atau lain-lain alat bantu.
vii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa
atau ayat-ayat dan lain-lain yang berkaitan
dengan aspek bahasa yang hendak
disampaikan untuk pengajaran dan penerangan
selanjutnya.

Teknik Main Peranan


Main peranan ialah satu lagi teknik yang boleh
digunakan dalam pengajaran dan
pembeelajaran bahasa. Melalui teknik ini
pelajar dapat gambaran atau contoh
pengalaman secara spontan. Biasanya , teknik
main peranan melibatkan gambaran-gambaran
pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan
tertentu dan kemudian melakonkannya tanpa
bantuan sebarang skrip. Main peranan
kadangkala disebut juga sebagai ‘ ambil
peranan’ atau ‘ sosiodrama’ yang
mementingkan interaksi individu serta
kumpulan dan dikelolakan dalam situasi
kumpulan.
Main peranan boleh dikehendalikan sama ada
dalam satu kumpulan kecil atau besar . Proses
main peranan ini biasanya bermula dengan
pemilihan masalah yang sesuai. Masalah itu
dikemukakan kepada pelajar dengan cara
membacakannya atau memperlihatkannya
melalui fillem, televisyen, mendengar rakaman
dan sebagainya.selepas itu , pelajar diminta
melakonkannya.
Teknik ini boleh digunakan di sekolah dengan
panduan guru menyediakan situasi tertentu
seperti contoh yang di bawah:-
Situasi 1
Seorang pekebun ( Pak Ali ) telah berjumpa
dengan penghulu kampung
( Tok Mat ) dan membuat aduan bahawa
kambing jiranya ( Baba ) telah
memakan dan merosakkan sayur-sayur yang
ditanamnya.

Situasi 2
Seorang jaga sekolah ( Hassan ) telah
dipanggil oleh guru besar ( En . John Henry )
kerana dua mesin taip dari pejabat sekolah
telah dicuri orang pada malam kemarin.
Pencuri tersebut ( Muthu ) telah ditangkap
polis pada malam itu juga di Pekan, sewaktu
sedang memikul dua buah mesin taip dalam
sebuah guni.

Berdasarkan situasi di atas, beberapa orang


pelajar disuruh main peranan atau simulasi
menghidupkan situasi tersebut dengan
menggunakan imaginasi dan kreativiti masing-
masing secara spontan.
Soalan;
Cuba fikir beberapa contoh aktiviti main
peranan yang boleh dilaksanakan dalam bilik
darjah oleh para pelajar .
9.2 Teknik Menghafaz Dan Latih Tubi
Teknik menghafaz dan latih tubi ialah satu
teknik pengajaran yang telah lama digunakan
sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi.
Teknik ini digunakan oleh orang-orang Yahudi
untuk mengajar agama dan perkara-perkara
yang bersabit dengan Tuhan mereka . Pada
masa itu teknik ini dapat digunakan secara
yang amat berkesan sekali.
Teknik menghafaz biasanya memerlukan
empat langkah berikut :
( a ) Memikirkan bahan yang dipelajari :
Bermaksud pelajar diminta
menumpukan perhatian kepada isi kandungan
yang harus diingat.
( b ) Mengulang bahan yang dipelajari :
Bermaksud pelajar dilatih
berulang kali sehingga apa yang dipelajari itu
menjadi sebati dan
pelajar tidak teragak-agak untuk menyebutnya.
( c ) Mengucapkan bahan di hadapan guru :
Bermaksud supaya
orang lain dapat menyemak atau
membentulkan kesalahan
yang mungkin berlaku.
( d ) Mengingtkan bahan yang dipelajari:
Merupakan peringkat
terakhir dalam proses menghafaz . Pelajar
diminta mengingatkan
secara bersendirian bahan yang telah dipelajari
itu supaya ia
menjadi lebih kekal.
Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah
untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran
tersebut, dan di samping itu menjamin
kekekalannya. Teknik latih tubi amat sesuai
dilaksanakan untuk pengajaran bahasa kedua,
dan ia juga boleh digunakan untuk mencapai
sesuatu kemahiran, misalnya kemahiran
melukis, menyebut perkataan, membina ayat-
ayat atau meningat fakta-fakta yang penting.
http://mazriibnrahman.blogspot.com/2009/10/t
eknik-pengajaran.html

You might also like