You are on page 1of 9

TUMBUHAN DALAM AL-QURAN

 
A.PENGENALAN
1.MADU
HADIS YANG MENYOKONG
KEHIDUPAN LEBAH
PEMBENTUKAN MADU
KANDUNGAN MADU
KHASIAT MADU
ANTARA PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN
2.TIN DAN ZAITUN
KHASIAT BUAH TIN
RAHSIA BUAH ZAITUN
KHASIAT BUAH ZAITUN
3.KURMA
4.HABBAH AS-SAUDA
C. PENUTUP
A.PENGENALAN
Al-Quranul karim adalah perbendaharaan yang penuh dengan ilmu
pengetahuan . Ianya mengandungi seribu satu misteri yang perlu dicungkil
dan dikaji oleh manusia. Salah satu keistimewaan Al-Quran ialah keterangan
mengenai beberapa jenis tumbuhan yang masih menjadi tandatanya para
saintis mengenai kelebihan dan khasiatnya. Walaupun demikian terdapat
juga Hadis Rasulullah yang menyokong serta memperjelaskan tentang
kegunaan tumbuhan tersebut walaupun pada masa itu tidak terdapat kajian
saintifik mengenainya. Kebanyakan tumbuhan tersebut adalah penawar
penyakit dan ianya sangat berkhasiat untuk manusia.
 
Di antara tumbuhan yang terdapat dalam Al-quran ialah:
1.Madu
2.Tin dan Zaitun
3.Kurma
4.Habbah as-sauda
B.TUMBUHAN DALAM AL-QURAN DAN HADIS
1.MADU
Mungkin diantara kita tertanya-tanya mengenai kaitan dintara madu dan
tumbuhan.ebenarnya madu dan tumbuhan mempunyai kaitan yang sangat
rapat di mana ianya diterangkan dalam Al-Quran. Madu juga merupakan
ubat yang istimewa sehinggakan terdapat satu surah yang khusus
menceritakan tentang madu lebah .Bagi orang –orang yang berfikir sahaja
yang dapat mengetahui kelebihan yang Allah berikan dalam kandungan
madu lebah ini. Dalam surah ke-16 iaitu surah An- Nahl yang bermaksud
Lebah,
 
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Allah menurunkan dari langit air
(hujan) dan air itu dihidupkan-Nya bumi sesudah mati-Nya. Sesungguhnya
pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran tuhan
bagi orang-orang yang mendengarkan(pengajaran).
 
“Dan sesungguhnya pada binatang ternakan itu benar-benar terdapat
pengajaran bagi kamu .Kami memberimu minum daripada apa yang berada
dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah
ditelan bagi orang-orang yang meminumnya. “Dan dari buah kurma dan
anggur , kamu membuat minuman yang memabukan dan rezeki yang baik .
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda
(kebesarab Allah) bagi orang- orang yang memikirkan.
 
“Dan tuhanmu mewahyukan kepada lebah : ‘buatlah sarang di bukit-bukit ,
di pohon-pohon kayu dan ditempat yang dibuat manusia, kemudian
makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan tuhanmu
yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ,keluar minuman
(madu) yang bermacam-macam warnanya . Di dalamnya terdapat ubat yang
boleh menyembuhkan bagi manusia . Sesungguhnya ,pada yang demikian
itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang
memikirkan .” (an –Nahl:65-68)

Kelima-lima ayat di atas mempunyai hubungan iaitu Allah menerangkan


bagaimana air yang diturunkan daripada langit telah menyuburkan tumbuh-
tumbuhan dan sekaligus telah menghasilkan berbagai-bagai bunga yang
mana dari bunga tersebutlah keluar buah-buahan. Kemudian Allah telah
memerintahkan Lebah untuk menikmati madu yang terdapat dalam bunga
.Akhirnya keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warna dari
perutnya . Dalam surah tersebut juga Allah telah menerangkan bahawa madu
juga boleh dijadikan ubat kepada manusia selain daripada dijadikan
makanan .Ayat 68-69 juga dinamakan ayat syifa’ iaitu ayat penyembuh.
HADIS YANG MENYOKONG
Terdapat 2 hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim iaitu :
1.”Diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya:’ Seorang lelaki
datang lalu berkata kepada Nabi ;’ Sesungguhnya saudaraku sakit perut
‘.Lalu Rasulullah s.a.w bersabda “berilah dia minum madu ,”Kemudian
lelaki tersebut memberi minum saudaranya madu.Lalu dia datang semula
lalu berkata ;’Saya telahpun memberinya minum madu tetapi penyakit tidak
Berkurang bahkan semakin bertambah.’ Rasulullah s.a.w menyuruhnya
minum madu hingga tiga kali. Kemudian lelaki itu datang lagi untuk kali
yang keempat dan menyatakan bahawa saudaranya masih belum pulih lagi
tetapi semakin teruk. Akhirnya Rasulullah s.a.w bersabda: ’Allah benar ,dan
perut saudaramu itu berbohomg.’ .Lalu Rasulullah s.a.w sendiri yang
memberi lelaki itu minum madu.Akhirnya dia sembuh.
 
2.” Al-Husain menceritakan kepadaku ,Ahmad bin Mani’ menceritakan
kepada kami, Marwan bin Syuja’ menceritakan kepada kami , dari Sa’id bin
jubair, dari Ibnu Abbas r.a. katanya ;”Rasulullah s.a.w bersabda;” Ubat
terbahagi tiga :minum madu ,berbekam dan membakar dengan api, dan
umatku dilarang membakar dengan api.”
 
KEHIDUPAN LEBAH
Lebah madu mempunyai kelompok yang elit dan peraturan yang luar
biasa .Tempat mereka menjalinkan hubungan sesama mereka dinamakan
sarang .Di dalam sarang ini tinggal sekumpulan lebah pekerja yang
jumlahnya puluhan ribu yang diketuai seekor raja betina. Di dalam sarang
itu biasanya terdapat telur, anak lebah dan remaja. Dan golongan yang tiga
ini dinamakan asuhan.Di dalam sarang itu juga ada makanan penting yang
mencukupi, yakni madu dan biji-bijian yang tersimpan dalam indung
berbentuk segienam. Indung diperbuat daripada lilin yang keluar dari
kelenjar lebah tersebut. Lebah terdiri daripada:
a)Raja Betina Lebah
Tubuhnya lebih besar dan panjangnya dua kali panjang lebah pembantu.
Sayapnya lebih kecil daripada panjang tubuhnya.Di hujung perutnya yang
berbulu terdapat alat bertelur yang melingkar dan mempunyai gigi yang
lemah. Tugasnya adalah untuk bertelur dan mengatur pembantu-pembantu
dan semua urusan di dalam sarang lebah seperti mengatur segala yang
berlaku di dalam sarangnya. Ini hanya dapat di lakukan kerana raja memiliki
bau tertentu yang dikeluarkannya melalui kelenjarnya di mana bau ini
menarik hati pekerja-pekerja hingga dapat menyatukan mereka.
 
Disekeliling Raja terdapat pengikut atau pengiring raja yang bertugas
membersihkan tubuh sang raja, membuang kotoran ,memberi makannya dan
tugas-tugas lain yang disuruh oleh raja. Raja diberikan makanan yang
khusus yakni bahan yang dikeluarkan oleh lebah pekerja dari kerongkong
yang berupa kelenjar dan kadang-kadang ditambah dengan air ludahnya.
Makanan ini dipanggil hidangan Raja.Hidangan ini adalah bertujuan supaya
raja dapat bertelur. Selain itu ianya juga diberikan kepada remajanya,pekerja
dan jantan pada hari pertama dan kedua kelahirannya . Ini supaya usia
remajanya panjang bertambah. Hidangan raja ini merupakan benda
keras,pekat bewarna krim,dan rasanya pahit serta mempunyai bau
tersendiri .Ia terdiri daripada zat gula ,protein minyak dan asam.Sebahagian
saintis berpendapat makanan raja ini mengandungi zat-zat yang istimewa
yang mengakibatkan raja boleh hidup lama dan melahirkan pegantinya.
 
Sang raja kahwin di udara ketika terbang dengan beberapa Jantan. Kemudian
ia memelihara bibit itu selama hidupnya yang berkemungkinan sampai
beberapa tahun .Bibit-bibit tersebut dusimpan disalah satu anggota yang
dinamakan tempat menyimpan sperma. Telur raja disimpan dalam indung
dan disusun tegak dengan alat yang melekat seperti gam yang dikeluarkan
ketika bertelur.Raja dapat bertelur kira-kira 1500-2000 biji setiap hari atu
lebih daripada itu jika ia rajin. Usia raja lebah sekitar 3-4 tahun.Raja muda
lebih produktif bertelur berbanding dengan raja tua yang umurnya melebihi
2 tahun Setelah raja lebah mati,raja baru akan dicari dalam masa 17 hari. Ini
kerana ,Lebah tidak boleh hidup tanpa raja.
2.Jantan –jantan lebah
Lebah yang kedua besar ialah lebah jantan ..Ianya juga tidak mempunyai
penyengat untuk mempertahankan dirinya. Tugas jantan hanyalah
mengahwini raja.
3.Lebah pekerja
Ianya adalah lebah betina yang dilahirkan dari telur yang tidak dikahwinkan.
Lebah ini tidak bertelur tetapi kadang-kadang ia bertelur dan telur ini
menghasilkan jantan-jantan lebah. Ia adalah lebah paling kecil dan paling
banyak. Tugasnya adalah Untuk mengumpul air madu dari bunga dan biji-
bijian untuk dijadikan makanan lebah-lebah lain.Lebah pekerja juga
mengumpul gam dari kelompak –kelompak tumbuh-tumbuhan dan dan kulit
pohon-pohon tertentu. Gam itu digunakan untuk memperkuat indung-
indung,menampal dan menutupi yang retak dan berlubang dan banyak lagi.
PEMBENTUKAN MADU
1.Mengumpul Air madu dari bunga
Lebah pekerja menghisap tetesan-tetesan air madu dari satu bunga ke satu
bunga yang lain dengan menggunakan belalai hingga penuh perut besarnya
dan kemudian balik ke sarang.Bau bunga adalah faktor penting lebah
mendatanginya.
2.Membuat madu
Perut besar pada lebah berfungsi untuk menyimpan air madu.Zat gula dalam
air madu bertukar menjadi gula tunggal kerana tindakan zat ragi dan air liur
lebah tersebut. Pertukaran tersebut terjadi semasa perjalanan pulang ke
sarang. Apabila sampai di sarang zat tunggal ini akan di keluarkan dan
dikentalkan dengan mendedahkan air Madu tersebut di udara luar. Zat
tunggal yang telah dikentalkan dimasukkan ke dalam indung. Kemudian
lebah pekerja akan menutup dengan lilin lebah. Madu dikelaskan mengikut
jenis bunga yang banyak terdapat di kawasan lebah mendapatkan air
madu.Contohnya madu rumput Birsim.
 
KANDUNGAN MADU
Madu lebah mengandungi gula, air ,vitamin,air belerang, zat-zat, protein,
ragi,enzim dan lain-lain.Kadar zat-zat yang terdapat dalam madu lebah:
Air 18%
Gula buah-buahan(frucose) 4%
Gula Anggur (glucose) 34%
Gula tebu(sugarose) 0.4%
Dextrose 0.4%
Gula Gandum 0.4%
Gula yang lain 0.4%
Protein 0.3%
Nitrogen 0.4%
Garam 0.2%
Zat-zat yang lain 3.46%
Selain dari zat-zat di atas ,banyak lagi zat yang terdapat dalam madu.Ini
menyebabkan madu adalah makanan yang paling baik.
 
ANTARA KHASIAT MADU
Madu boleh menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor.
         Madu dapat menyegarkan tubuh
         Madu dapat membersihkan gigi dan memelihara kesihatan nya dan ia
malah dapat mempercantikkan rambut dan memanjangkannya
         Madu boleh mengeluarkan racun
         Madu dapat mengeluarkan ubat-ubat yang tidak baik dari tubuh dan ia
membersihkan ubat-ubat itu darinya.
         Madu berfaedah untuk mengawet mayat manusia supaya tidak berbau
busuk
         Madu juga dapat membunuh kuman-kuman yang mremudaratkan
tubuh atau menyebabkan penyakit.
         Makanan yang disukai oleh pinggang dan hati
         senang dihadamkan
 
ANTARA PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN
         Penyakit kulit
         Terbakar
         Jerawat
         Gatal-gatal
         Luka
         Kanak-kanak lumpuh
         Kurap
         Sakit gigi
         Sakit mata
         Sakit jantung
         Selesema
2.BUAH TIN DAN ZAITUN
Selain daripada madu , terdapat dalam satu surah iatu surah At-Tin di mana
Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun . Apakah
keistimewaan buah tin dam zaitun sehinggakan Allah bersumpah di atasnya?
Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan
kelebihan buah ini. Antaranya: i)Riwayat dari Abu Zar r.a.
 
Bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu NabiSAW
mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian
baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang
diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia.Kerana buah-buahan
syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia
menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
 
ii) Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan
buah tinkerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam
dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya
selepas memakan buah larangan dalm Syurga.
KHASIAT BUAH TIN
Buah ini dapat menyembuh beberapa jenis penyakit,antaranya ialah:
         Penyakit Buasir
         Sakit-sakit dan bengkak-bengkaka badan
         Batuk yang berpanjangan
         Melawas kencing
RAHSIA BUAH ZAITUN
Ianya dijadikan kayu siugi oleh para Nabi termasuklah Rasulullah SAW
sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah yang berbumyi:
“sebaik-baik kayu sugi ialah zaitun,Ia adalah pokok kayu berkat.Ia
membersihkan mulut dan menghilangkan kuning-kuningan gigi. Ia adalah
kayu sugiku dan kayu sugi para nabi ssebelumku.”
 
Rsulullah juga bersabda yang berbunyi : “Gunakanlah minyak Zaitun untuk
masak makanan ,berminyaklah dengannya untuk rambut,badan dan
seumpama dengannya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang
berkat.”
 
Dalam masyarakat moden hari ini , minyak zaitun digunakan dalam
berbagai-bagai kegunaan termasuklah dijadikan sabun mandi untuk
melembutkan kulit dan sebagai minyak rambut untuk melebatkan rambut.
KHASIAT BUAH ZAITUN
Antara khasiat buah zaitun ialah:
         Membaik pulihkan perut
         Mengeluarkan cacing
         Menjadi penawar racun
         Minyaknya menghaluskan kulit
         Minyaknya melambatkan tumbuh uban
         Minyaknya apabila dicampurkan dengan garam boleh
         Menghilangkan melecur kena api.
3.KURMA/TAMAR
Walaupun tiada surah khusus untuk buah kurma tetapi Allah menerangkan
tentang kegunaan buah kurma dalam surah Maryam iaitu dimana Maryam
sakit ketika hendak bersalin , Allah memerintahkan Maryam dalam ayat
ke25 supaya makan buah kurma yang masak. Di sini ianya berfungsi sebagai
analgesik(tahan sakit) dan sekaligus dapat memberikan Maryam tenaga
untuk melahirkan anak.
 
Menurut pandangan Islam , apabila ibu yang hamil diberikan tamar,
insyaallah anak yang dilahirkan seorang yang penyabar dan bersopan
santun.Buah tamar juga disunatkan makan ketika berbuka puasa.
 
Rasulullah juga suka makan tamar bersama timun . Ini kerana kedua-dua
dapat mengimbangkan kedua-dua sifat tersebut iaitu dimana buah timun
sejuk dan tawar , manakala buah tamar panas dan manis.
4.HABBAH AS-SAUDA
a.Hadis Rasulullah mengenai Habbah as-sauda: Daripada Buraidah , katanya
; Rasulullah SAW bersabda ; ‘Pada habbah as-sauda terdapat ubat segala
penyakit, kecuali maut.’ Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam
kitad “al-tibb”,dalam himpunan hadis-hadis sahih.
 
Habbah as-sauda adalah sejenis rumput , warnanya hitam dan bermusim
tahunan . Ianya tumbuh di negara-negara sekitar laut tengah dan di
India.Daun-daunnya kecil serta halus, bunganya bewarna biru, buahnya
berbungkus dan didalamnya terdapat biji kecil bewarna hitam yang boleh
dijadikan ubat.Bijinya keras dan rasanya pedas. Biji ini juga boleh dijadikan
minyak.Apabila bijinya ditumbuk ianya mengeluarkan bau yang harum.
 
Penyelidikan moden tentang khasiat Habbah as-sauda telah mendapati
bahawa pada biji ini terdapat ubat yang boleh mengubati sesetengah
penyakit. Antaranya ialah:
         Sepahnya boleh meringankan beban orang yang sesak nafas
         Dapat mengubati penyakit lelah dan batuk berterusan
         Mengeluarkan angin dalam perut
         Menambah ghairah seks
         Melancarkan pengeluaran darah haid ,air besar dan air kencing
         .Dapat melangsingkan badan ibu-ibu dan dapat menambah air susu
bagi para ibu
 
Selain daripada itu juga, ianya boleh dimasukkan dalam kuih untuk
menambahkan kesedapannya. Walau bagaimanapun ianya amat berkhasiat
sekiranya dimakan mentah-mentah.Ini kerana , jika ia dimasukkan dalam api
khasiatnya akan hilang. Khasiatnya juga akan hilang apabila terkena cahaya
matahari. Ini kerana minyaknya yang berkhasiat akan mengewap ke udara.
Selain daripada khasiat yang diterangkan diatas , banyak lagi kegunaan
Habbah as-sauda yang masih menjadi rahsia yang memerlukan kajian yang
lebih lanjut lagi.
Habbah as-sauda juga istimewa kerana penggunaanya tidak mendatangkan
kesan sampingan dan tiada unsur racun di dalamnya . Ini tidak seperti ubat-
ubat moden yang lain. Oleh sebab itu ianya lebih selamat digunakan.
C. KESIMPULAN
Selain daripada khasiat yang di sebut di atas, masih terdapat banyak lagi
keistimewaan yang belum kita ketahui mengenai Madu ,buah Tin, Zaitun
,Kurma dan Habbah as-sauda.Islam menggalakkan umatnya menggunakan
keempat –empat tumbuh-tumbuhan di atas agar kita dapat manfaat dari
penggunaannya.
Ini sekaligus membuktikan kepada kita kebenaran Al-Quran kerana mana
mungkin manusia di zaman jahiliah dapat mengetahui tentang keistimewaan
tumbuh-tumbuhan di atas.

You might also like