P. 1
Internet Dan Cabaran Kepada Perkhidmatan Perpustakaan

Internet Dan Cabaran Kepada Perkhidmatan Perpustakaan

|Views: 575|Likes:
INTERNET DAN CABARAN KEPADA PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Oleh:
Haji Mohammad Nazari Bin Haji Abdul Hamid, AALIA Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak 17, Jalan Raja DiHilir 30350 Ipoh.

Abstrak Hari ini, peranan perpustakaan sebagai pusat maklumat dilihat semakin tercabar akibat aplikasi ICT dan Internet yang menjadikan ia sumber pilihan utama untuk mendapatkan maklumat. berfungsi sejagat. Bagi mengelakkan perpustakaan terus terpinggir, dan menyumbang perlu kepada kehidupan manusia men
INTERNET DAN CABARAN KEPADA PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Oleh:
Haji Mohammad Nazari Bin Haji Abdul Hamid, AALIA Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak 17, Jalan Raja DiHilir 30350 Ipoh.

Abstrak Hari ini, peranan perpustakaan sebagai pusat maklumat dilihat semakin tercabar akibat aplikasi ICT dan Internet yang menjadikan ia sumber pilihan utama untuk mendapatkan maklumat. berfungsi sejagat. Bagi mengelakkan perpustakaan terus terpinggir, dan menyumbang perlu kepada kehidupan manusia men

More info:

Published by: Hj Mohammad Nazari Hj Abdul Hamid on Dec 09, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/04/2015

pdf

text

original

INTERNET DAN CABARAN KEPADA PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

Oleh:
Haji Mohammad Nazari Bin Haji Abdul Hamid, AALIA Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak 17, Jalan Raja DiHilir 30350 Ipoh.

Abstrak Hari ini, peranan perpustakaan sebagai pusat maklumat dilihat semakin tercabar akibat aplikasi ICT dan Internet yang menjadikan ia sumber pilihan utama untuk mendapatkan maklumat. berfungsi sejagat. Bagi mengelakkan perpustakaan terus terpinggir, dan menyumbang perlu kepada kehidupan manusia menggunakan berbagai pendekatan telah dan perlu diambil agar ia terus dapat Perpustakaan dan semua pihak berkepentingan bertindak dengan

(stakeholders)

sepenuhnya teknologi berasaskan komputer dan Internet bagi memberikan nilai tambah kepada perkhidmatan sedia ada di samping memperkenalkan perkhidmatan baru. Selain itu, kemudahan infrastruktur dan prasarana, peruntukan kewangan, pembangunan modal insan dan pendidikan pengguna turut berperanan dalam memastikan perkhidmatan perpustakaan terus kekal relevan dalam kehidupan. Istilah-istilah baru dalam dunia perpustakaan seperti perpustakaan digital, perpustakaan elektronik dan perpustakaan maya merupakan manifestasi daripada pertambahan perkhidmatan berasaskan ICT dan Internet.

PENGENALAN

Muka Surat 1

Penggunaan Internet kini meliputi pelbagai bidang kehidupan manusia termasuk perniagaan, penyediaan kandungan digital, perbankan elektronik, kerajaan elektronik, kerajaan tanpa kertas, pejabat maya, aplikasi multimedia, sekolah bestari, mel elektronik, tele perubatan, perkhidmatan perpustakaan dan pelbagai lagi. Sejarah Internet Perkataan Internet ialah singkatan kepada dua perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu inter network. Pada asalnya ia dibangunkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada penghujung tahun 1960an dalam usaha merangkaikan agensi kerajaan dengan kolej dan universiti.(Schuman, 2001) Pada tahun 1969 diwujudkan pula satu rangkaian komputer berpusat yang dikenali sebagai ARPANET. Rangkaian ini dibangunkan oleh ARPA(United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency) untuk sistem pertahanan Amerika Syarikat. Setelah melalui beberapa perubahan penambahbaikan, ARPANET kemudiannya telah menukar protokol rangkaian pusatnya daripada NCP kepada TCP/IP pada tahun 1983 dan ini menandakan bermulanya revolusi Internet. Seterusnya pada sekitar tahun 1990an, perkembangannya menjadi semakin rancak dan ia telah berupaya merangkaikan kebanyakan daripada rangkaianrangkaian komputer sedia ada di seluruh dunia. Institusi/agensi dan individu mula menggunakannya untuk pertukaran surat(mail) dan maklumat. Internet Masa Kini dan Masa Hadapan Data yang dikumpulkan menunjukkan kadar penembusan Internet di seluruh dunia telah meningkat dengan begitu mendadak sekali dan Ini menunjukkan bahawa Internet merupakan suatu fenomena yang akan terus kekal dalam kehidupan manusia. Di Malaysia sahaja, Telekom Malaysia(TM) meramalkan bahawa jumlah pelanggan Internet akan mencecah 10 juta menjelang tahun 2011. Sehingga Jun 2009 jumlah pengguna Internet pula adalah seramai 16,902,600 orang dengan kadar penembusan berada pada tahap 65.7 %.(Internet World Statistics, 2009) Zon/ Pengguna Internet Peratus

Muka Surat 2

Lokasi

Peningkatan Sejak 2000

Afrika Asia Eropah Timur Tengah Amerika Utara Amerika Latin Oceania/Australia Jumlah /Dunia

67,371,700 738,257,230 418,029,796 57,425,046 252,908,000 179,031,479 20,970,490 1,733,993,741

1,392.4 545.9 297.8 1,648.2 134.0 % 890.8 % 175.2 % 380.3 %

Rajah 1: Internet World Statistics Sumber: http://www.internetworldstats.com/stats.htm Bagi menangani keperluan dan aplikasi yang sentiasa bertambah, pihak kerajaan serta Internet Service Providers(ISP) kini sedang berusaha menyediakan infrastruktur perkhidmatan tanpa wayar dan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi. Kemudahan ini akan memberi manfaat kepada negara, kerajaan, industri dan masyarakat melalui perkhidmatan seperti e-Government, eEducation, e-Commerce, e-Banking, e-Health, Internet Protocol TV (IPTV), teleworking (bekerja dari rumah), e-Payment dan tidak ketinggalan electronic library yang menawarkan perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna. LATAR BELAKANG Perubahan teknologi, maklumat dan komunikasi(ICT) serta Internet telah membawa kepada perubahan gaya hidup manusia. Kemampuan mengakses Internet kini merupakan sesuatu yang menjadi keutamaan kepada ramai orang. Fenomena global village dan open skies telah menjadikan dunia semakin sempit. Enjin gelintar(search engines) seperti Lycos, Alta Vista, Google, Yahoo, lamanlaman web dan pangkalan data atas talian telah menjadikan Internet sebagai pengantara atau sumber utama untuk mendapatkan maklumat. Internet menyediakan berbagai kemudahan yang antara lainnya termasuklah Telnet iaitu keupayaan mengakses sesebuah komputer dari jarak jauh, Internet Relay Chat(IRC) iaitu berbual dengan individu lain di alam maya/siber, menghantar dan

Muka Surat 3

menerima mel, membina rangkaian atau kumpulan newsgroup, memindahkan fail antara satu komputer dengan komputer yang lain (File Transfer Protocol - FTP) dan akses ke WWW (World Wide Web). Kini, hakikatnya berjuta-juta komputer di seluruh dunia secara sedar atau tidak telah dirangkaikan melalui Internet yang mana jumlahnya semakin bertambah dan tidak dapat dikawal oleh sesiapa termasuklah kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat sendiri. Secara beransur-ansur Internet telah merubah kehidupan manusia sejagat dan menjadi alat komunikasi paling penting serta sumber mendapatkan maklumat paling utama. INTERNET DAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN Internet telah memberi peluang kepada kemunculan pendekatan baru terhadap perkhidmatan perpustakaan yang melihat akses sama penting atau lebih penting daripada pembangunan koleksi perpustakaan itu sendiri. Kini pengguna boleh melayari Internet untuk mendapatkan maklumat tanpa perlu pergi ke perpustakaan. Keupayaan mendapat apa yang dihajati melalui Internet telah menimbulkan tanda tanya dari kalangan ramai orang bahawa adakah perpustakaan bakal akan lenyap dari muka bumi ini? Jawapan kepada persoalan ini ialah Internet tidak akan mampu melenyapkan peranan yang dimainkan oleh perpustakaan selama ini. Hakikat sebenarnya ialah Internet berupaya membantu menjadikan perpustakaan lebih mantap dan berkesan. lengkap-melengkapi.(Herring, 2001) Aplikasi Berasaskan Internet Internet memberi ruang dan peluang kepada perpustakaan menawarkan perkhidmatan yang selama ini tidak pernah terlintas di fikiran manusia. Jika sebelumnya, pembinaan koleksi atau maklumat bercetak menjadi kayu ukuran kekuatan sesebuah perpustakaan, maka Internet telah merubah segala-galanya. Menyediakan aplikasi berasaskan web dan Internet merupakan antara kriteria yang dapat membezakan kewibawaan sesebuah perpustakaan dalam Istilahmenyediakan serta memberikan perkhidmatan kepada penggunanya. Kedua-duanya saling

istilah seperti perpustakaan digital(digital library), elektronik(electronic library) dan perpustakaan tanpa dinding(library without walls) kini sering kedengaran diucapkan di kalangan ramai orang namun secara realitinya masih banyak yang
Muka Surat 4

perlu dilakukan untuk menjayakannya. Oleh itu, tiada pilihan bagi mana-mana perpustakaan dalam aspek ini selain terpaksa bersama-sama berpindah daripada perkhidmatan berbentuk tradisional kepada perkhidmatan perpustakaan berasaskan aplikasi ICT dan Internet. Waktu Perkhidmatan Pelayaran Internet tanpa had masa dan batasan memberi peluang perpustakaan mempelbagaikan perkhidmatannya agar dapat dinikmati 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Laman web perpustakaan yang pada asasnya hanya memaparkan maklumat umum mengenai perpustakaan dapat dirangkaikan dengan pelbagai pangkalan data samada yang dibina sendiri oleh perpustakaan seperti Online Public Access Catalog(OPAC) atau dilanggan daripada penyedia isi kandungan (content provider) yang menyediakan pelbagai jenis bahan seperti jurnal, laporan, penyelidikan, kertas seminar dan sebagainya. Akses secara interaktif pula akan membolehkan pengguna melihat apakah bahan yang ada di perpustakaan tetapi boleh membuat tempahan, memperbaharui pinjaman, membayar denda serta mengemas kini maklumat keahlian malah turut berpeluang mengakses, membaca secara atas talian, mencetak dan memuat turun maklumat dalam berbagai format. Laman Web Perpustakaan Perpustakaan hendaklah merancang pembangunan laman web yang dapat menarik perhatian ramai pengunjung Internet. Pengalaman dan pendekatan yang digunakan oleh rangkaian sosial seperti Facebook dll. sedikit sebanyak akan dapat membantu. digunakan. Faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian termasuklah seperti reka bentuk yang tersusun, simple dan antara muka yang mudah Ia juga hendaklah bersifat umum iaitu tidak disasarkan kepada golongan yang tertentu sahaja dan berfokuskan kepada aktiviti rangkaian atau perhubungan dan bukan bercorak hiburan. Ciri-ciri reka bentuknya hendaklah bersifat terbuka yang dapat memberikan kebebasan kepada pengguna mengawal aktiviti masing-masing sewaktu melayari laman web berkenaan.

Infrastruktur Fizikal Perpustakaan
Muka Surat 5

Perubahan yang berlaku di tempat kerja serta perpustakaan pastinya akan mempengaruhi kaedah pencarian maklumat. Perpustakaan yang biasa kita lihat yang terdiri dari bangunan yang menempatkan rak bahan cetak, koleksi multimedia serta perabot bagi kegunaan pengguna akan beransur-ansur berubah menjadi perpustakaan siber, digital, elektronik, multimedia atau perpustakaan tanpa dinding. Maklumat dan pelbagai bahan multimedia kini disimpan secara digital atau elektronik di pangkalan data yang kedudukannya berasingan dan boleh diakses oleh pengguna tanpa mengunjungi perpustakaan. Aplikasi Internet di perpustakaan berupaya menangani masalah penyediaan ruang koleksi serta pembinaan saiz koleksi. Penulisan dan Penerbitan Kemajuan ICT telah memungkinkan sesiapa saja menjadi penulis dan Internet telah memudahkan mereka menerbitkan hasil karya dengan kos yang amat minimum hingga menyebabkan berlakunya limpahan maklumat di seluruh dunia. Ini telah menjadikan laman web peribadi, blog, chat, discussion board, electronic bulletin, dsb. boleh diakses melalui Internet oleh sesiapa saja. Keupayaan muat naik dan muat turun apa saja data atau maklumat melalui Internet telah memudahkan aktiviti perkongsian maklumat antara sesiapa saja sama ada individu, kumpulan, institusi atau sebagainya. Seterusnya Creative Common License telah diperkenalkan bagi memberi kebebasan kepada sesiapa saja menggunakan data dan maklumat yang di akses melalui Internet asalkan mematuhi syarat pilihan yang telah ditetapkan(Creative Common Licenses 2009) Kemahiran Maklumat Limpahan maklumat di Internet ini telah mengakibatkan perlunya kepada penguasaan kemahiran maklumat di kalangan pengguna kerana Internet tidak berupaya mengawal, memproses, mengkategorikan, menapis atau mengasingkan mana-mana data atau maklumat di Internet. Pada hari ini adalah mustahil bagi seseorang itu menterjemahkan semua maklumat mengenai sesuatu menjadi ilmu pengetahuan(Muller, 2003). melibatkan aktiviti Oleh itu penguasaan kemahiran maklumat yang mengakses, memuat turun, menilai dan mencari,

mempersembahkan semula maklumat adalah penting. Ia sebenarnya bukanlah suatu yang mudah dan boleh dipelajari dalam masa yang singkat dan perpustakaan masa hadapan boleh memainkan peranan sebagai pengumpul
Muka Surat 6

kepada maklumat yang relevan dengan keperluan penggunanya. Sehubungan itu, perpustakaan boleh meningkatkan program pendidikan pengguna yang menitikberatkan aspek ICT, Internet dan kemahiran maklumat. Perkongsian Sumber Internet yang tidak pernah mengenal sempadan telah memberi peluang besar kepada perpustakaan dalam perkongsian sumber. Kemampuannya untuk berkembang dengan pantas kepada khalayak yang berbeza dan kepelbagaian kegunaannya mampu mengambil alih media dan peralatan yang diguna sejak zaman berzaman dalam menjalankan aktiviti pendidikan, hiburan,komersial atau perdagangan. Ini ditambah pula dengan ciri-ciri Internet yang laju, interaktif, serta memberikan akses percuma kepada maklumat yang banyak dan pelbagai. Ia amat dihargai oleh individu khususnya kepada golongan profesional dan mereka yang terlibat dalam penyelidikan. Latihan Kemahiran ICT dan Internet Walau pelbagai usaha telah dibuat dan masyarakat telah semakin sedar akan peri pentingnya Internet, namun masih ada individu yang tidak dapat menikmati kemudahan berkenaan. Selain faktor usia, kos dan infrastruktur mereka mungkin sudah selesa dengan cara lama dan memilih tidak mahu menggunakan Internet. Justeru, perpustakaan berperanan dalam menyediakan latihan kemahiran menggunakan Internet kepada penggunanya. Ia seolah-olah mengajar seseorang bagaimana memancing ikan agar dia terus dapat menggunakan kemahiran tersebut untuk mendapatkan ikan di masa hadapan dan bukannya memberikannya ikan untuk dimakan. Secara psikologinya juga kita akan mendapati bahawa apabila seorang itu mula mahir dalam sesuatu perkara, maka ia akan dengan sendirinya teruja untuk meneroka dan mempelajari perkara berkenaan dengan usaha sendiri tanpa bantuan atau bimbingan lagi. Ini berlaku dalam hampir semua situasi kehidupan seperti memandu kereta, memasak, bersukan dan tidak ketinggalan melayari Internet. Proses pembelajaran dan penerokaan sendiri ini amat penting kerana teknologi, khususnya yang berkaitan dengan Internet berubah dan bertambah pada kadar yang amat pantas. Kemajuan Bidang ICT dan Internet Kemajuan yang dicapai dalam teknologi paparan skrin komputer dan peranti elektronik lain juga telah menjadikan ia lebih menarik dan mesra
Muka Surat 7

pengguna.

Ini telah meningkatkan jumlah pengguna yang semakin selesa

membaca dari skrin komputer lantas menyebabkan maklumat berbentuk digital semakin menjadi pilihan ramai. Di samping itu, kemajuan yang dicapai dalam pembangunan infrastruktur prasarana rangkaian jalur lebar telah menambahkan lagi kepuasan pengguna Internet dari aspek kepantasan dan keupayaan menyalurkan data dan maklumat dalam kuantiti yang banyak. Ini ditambah pula dengan harga perkakasan dan perisian komputer yang semakin kompetitif dan telah meningkatkan kadar pemilikan komputer di kalangan orang ramai. CABARAN MASA DEPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN Perpustakaan telah wujud sejak sekian lamanya manakala Internet khususnya World Wide Web(WWW) mula mendapat tempat pada awal tahun 1990an bilamana beribu-ribu syarikat-syarikat dan berjuta-juta individu mendapati mereka kini mampu memiliki peralatan teknologi komunikasi dan graphical browsers yang diperlukan untuk mengakses maklumat dan pertukaran mel atau mesej.(Schuman, 2001). Perpustakaan telah memainkan peranannya dalam Telah terbukti pembentukan tamadun dan kemajuan kemanusiaan sejagat.

bahawa kemajuan sesuatu bangsa dan negara banyak bergantung kepada keupayaannya mengurus maklumat dan ilmu yang kebanyakan peranannya dilaksanakan oleh perpustakaan. Berdasarkan kepada keupayaan yang dibuktikan oleh Internet maka ramai berpendapat bahawa ia akan memainkan peranan yang besar dalam menentukan maju mundurnya suatu bangsa dan negara. Menyedari akan hakikat ini maka semua pihak, sama ada kerajaan atau agensi swasta serta individu termasuk perpustakaan kini berlumba-lumba melengkapkan diri masing-masing dengan kemudahan ICT agar akses kepada Internet menjadi mudah, cepat dan tidak bermasalah. Senario masa depan perkhidmatan perpustakaan dalam era Internet nampaknya amat mencabar dan memerlukan anjakan paradigma yang besar dalam dunia perpustakaan itu sendiri. Pelbagai peluang yang ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya di samping mengambil kira pelbagai isu berkaitan infrastruktur, hak kebebasan maklumat, undang-undang, keselamatan, faktor keberkesanan kos dan sebagainya. Penjenamaan semula perkhidmatan perpustakaan mungkin perlu dilakukan agar masyarakat, khususnya pengguna tidak lagi melihat perpustakaan melalui perspektif tradisional.

Muka Surat 8

Faktor keseimbangan antara keupayaan perpustakaan dan keperluan pengguna hendaklah diambil kira dalam merancang strategi perkhidmatan perpustakaan masa hadapan. Pertimbangkan aspek mana yang perlu didahulukan dan mana yang boleh ditangguhkan. Jurang Digital Masyarakat Ketidakseimbangan dalam aspek kemudahan prasarana serta akses kepada Internet merupakan antara isu yang harus ditangani segera oleh semua pihak yang ingin melihat perkhidmatan perpustakaan khususnya di Malaysia berada di tahap paling tinggi. Projek merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar seperti Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau Universal Service Provision(USP) perlu diteruskan, diperkukuhkan dan diperkayakan. Projek-projek lain seperti Kedai dot Com, Medan Info Desa, Pusat Perkhidmatan Ilmu Komunniti, Gerak IT, Laman Web Komuniti dan lain-lain yang seumpama dengannya juga hendaklah dinilai semula dan dibuat penambahbaikan. Kajian impak Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau Universal Service Provision(USP) di kalangan masyarakat luar bandar yang dilaksanakan oleh Kementerian Teknologi, Air dan Komunikasi suatu masa dahulu menunjukkan bahawa ia suatu projek yang berdaya maju dan telah berjaya memberikan kesannya sebagaimana yang diharapkan. Kompetensi Kakitangan Dunia perpustakaan masa kini perlu menghadapi cabaran pelbagai perubahan persekitaran termasuk pembaharuan yang dibawa oleh ICT dan Internet. Ini ditambah pula dengan peningkatan keperluan pengguna terhadap maklumat dan keperluan kepada kemahiran menggunakan teknologi serta alatalat untuk memperoleh, mengelola dan menyediakan maklumat. Bagi memastikan perpustakaan dapat memenuhi keperluan yang dinyatakan di atas maka adalah penting bagi perpustakaan melengkapkan kakitangannya dengan kemahiran yang bersesuaian bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat global. Kakitangan perpustakaan di semua peringkat perlu memperlengkapkan diri mereka dengan kompetensi yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk menangani perubahan struktur, teknologi, keperluan
Muka Surat 9

pengguna serta tugas masa kini dan akan datang. Pihak pengurusan hendaklah merancang kaedah sistem latihan yang sesuai kepada semua kakitangan sama ada yang telah lama berkhidmat atau yang baru memulakan kerjaya di perpustakaan. Pengambilan kakitangan baru pula hendaklah mengambil kira aspek kemahiran dalam menggunakan teknologi khususnya Internet. Penyusunan Semula Struktur Organisasi Perpustakaan Sejajar dengan perubahan kepada bentuk perkhidmatan masa depan yang menggunakan teknologi dan Internet perpustakaan hendaklah mengambil tindakan sewajarnya menyemak semula struktur organisasi dan fungsi institusi masing-masing. Ini perlu dilaksanakan bagi memastikan agar perpustakaan akan terus relevan dengan kehendak pengguna masa kini dan masa hadapan. Dalam memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan baru berasaskan Internet bahagian atau unit baru hendaklah diwujudkan bagi mengurus dan mengawasi semua keperluan yang berkaitan dengannya. Ia bukan sahaja melibatkan aspek perkhidmatan semata-mata, malah turut merangkumi aspek penyelenggaraan dalam jangka masa pendek dan panjang. Perancangan strategik perpustakaan hendaklah mengambil kira semua aspek ini dan mungkin menyebabkan visi, misi dan objektif perpustakaan turut berubah. Prasarana dan Infrastruktur Perancangan prasarana perpustakaan juga perlu turut mengambil kira faktor ICT dan Internet. Kini bangunan perpustakaan perlu dilengkapkan dengan ruang bagi menempatkan server atau pangkalan data, OPAC dan sebagainya. Sistem rangkaian setempat dan luar(local and wide area network), sistem pengurusan perpustakaan bersepadu(integrated library management system), perkakasan seperti server, komputer peribadi, OPAC, perisian dan sebagainya perlu diambil kira sewaktu pembangunan perpustakaan dirancang. Keserasian aplikasi sistem dengan ICT dan Internet akan dapat memastikan perpustakaan dapat dirangkaikan dengan lain-lain perpustakaan atau pangkalan data dan memungkinkan perkhidmatan dapat diakses oleh pengguna 24 jam sehari 7 hari seminggu. Faktor ruang juga memainkan peranan dalam pembangunan perpustakaan masa hadapan. Kos infrastruktur fizikal penyimpanan buku dan bahan cetak di
Muka Surat 10

perpustakaan semakin meningkat berbanding dengan kos penyimpanan cakera padat dan penyimpanan dalam komputer. Ini menjadikan lebih banyak perpustakaan kini menumpukan usaha ke arah penyimpanan bahan dalam bentuk digital berbanding dahulu. Apabila dihubungkan dengan Internet maka akan terdedahlah semua sumber maklumat yang terkandung dalam buku, monograf, tesis, disertasi, bahan teks, audio, video, imej, multimedia malah artifak kepada sesiapa saja yang memerlukannya. Kos Perpustakaan juga perlu merancang keperluan peruntukan baru yang melibatkan ICT dan Internet. Isu-isu seperti perolehan, penyelenggaraan dan lesen perisian atau sistem memerlukan peruntukan kos yang tinggi dan justifikasi yang kukuh akan berupaya meyakinkan pihak atasan bahawa ia satu pelaburan yang berbaloi. Seiring dengan kos penerbitan, pemasaran dan promosi yang semakin meningkat, maka Internet dilihat sebagai alternatif paling sesuai memikul tanggungjawab berkenaan. Pengurusan dan Pembangunan Koleksi Internet akan turut mempengaruhi pengurusan dan pembangunan koleksi perpustakaan masa hadapan. Ini kerana pertimbangan sewajarnya perlu dibuat oleh perpustakaan sama ada mahu membeli bahan berkenaan atau cukup dengan menyediakan akses kepada bahan berkenaan melalui Internet. Keputusan yang dibuat akan memberikan kesan yang besar kepada perpustakaan kerana kedua-dua aspek mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun begitu penekanan hendaklah diberikan kepada akses melalui Internet kerana jumlah bahan yang diterbitkan secara hardcopy semakin berkurangan. Kemahiran Maklumat Penguasaan kemahiran maklumat adalah penting bagi memastikan seseorang mendapat sepenuhnya faedah dari Internet. Oleh itu, perpustakaan perlu memainkan peranannya dalam melatih pengguna agar mereka tidak membuang masa melayari Internet yang boleh mengakibatkan mereka sesat dalam timbunan maklumat yang tidak terhitung banyaknya. Selain itu. Dari itu Masyarakat juga perlu berubah sikap dan kemahiran di kalangan pengguna yang biasa dengan perkhidmatan perpustakaan tradisional tanpa Internet.

Muka Surat 11

akses kepada ICT dan Internet perlu disemai di peringkat awal.

Walau

bagaimanapun perpustakaan terpaksa menghadapi cabaran dunia Internet dengan keupayaan dan strategi masing-masing kerana bukan semua pihak berkepentingan mampu memberikan perkhidmatan berasaskan ICT dan Internet KESIMPULAN Perkhidmatan perpustakaan masa hadapan hendaklah dihubungkan dengan Internet dan WWW bagi membolehkan koleksi atau sumber maklumatnya dilihat, dibaca, dihayati dan dikaji di hadapan skrin komputer di mana saja baik di rumah, pejabat mahupun di kedai kopi mamak, kopitiam, Pizza Hut atau Starbuck Cafe. Perubahan ke arah ini telah menjadi kenyataan di beberapa negara maju seperti di Amerika, benua Eropah, Jepun dan Australia. Kini, jutaan naskhah buku, monograf, tesis, disertasi, bahan teks, audio, video, imej, multimedia malah artifak, dapat diakses dan digunakan oleh seseorang tanpa perlu hadir ke perpustakaan. Penurunan kos penyimpanan dalam bentuk digital sebanyak kirakira 30 % setahun banyak membantu pembinaan koleksi yang dapat dimuat naik ke dalam komputer dan diterbitkan semula seperti CD-ROM, VCD dan DVD. PENUTUP Ramai kini beranggapan fungsi perpustakaan dalam kehidupan manusia semakin berkurangan lantaran kerancakan penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan di Internet. Persoalan seperti mengapa perlu bersusah payah ke perpustakaan, jika maklumat dapat diperoleh melalui Internet sering kedengaran. Justeru, perpustakaan mesti berubah dengan mengambil kesempatan yang ada pada ICT dan Internet agar perkhidmatan yang selama ini ditawarkan secara tradisional dapat dinaik taraf agar terus relevan di masa hadapan. Peranan sebagai pengumpul dan penyebar maklumat kini berubah kepada pemudah cara bagi aktiviti pencarian dan dapatan semula maklumat dari pelbagai sumber dari seluruh dunia. Reengineering, reinventing dan penjenamaan semula(rebranding) perlu dilaksanakan dengan teliti agar segala tindakan dapat dikawal bagi memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat. Internet dapat digunakan bagi merapatkan hubungan antara perpustakaan dengan pengguna dan meningkatkan keupayaan penyampaian perkhidmatan(service delivery). Di samping itu, perkhidmatan perpustakaan sedia ada juga memerlukan nilai tambah

Muka Surat 12

agar ia tidak terus dipinggirkan ataupun disamakan dengan perkhidmatan Internet yang disediakan di Kafe Siber dan pusat-pusat Internet yang lain. Dalam kehidupan masa kini dan akan datang manusia perlu berupaya untuk learn, unlearn dan relearn. Ini bermakna di samping mempelajari sesuatu, ada juga perkara yang kita tidak perlukan lagi dan ada juga yang perlu dipelajari semula. Pendekatan kepada perkhidmatan berasaskan Internet ini bukanlah suatu pilihan yang perlu dipertimbangkan oleh perpustakaan, malah ia adalah seperti isu hidup atau mati iaitu sama ada untuk terus kekal relevan dalam masyarakat masa kini dan masa depan atau tidak. pastinya akan berkubur begitu saja. Mana-mana perpustakaan yang tidak berpindah kepada aplikasi berasaskan ICT dan Internet akan ketinggalan dan

RUJUKAN Abdullah Kadir Bacha. (1996). INTERNET: Exploiting Worldwide Information Resources. Tinta , 24-31. Abdullah Yaacob, Raja, Prof. Dr., Dato' (1996). Enjoying the Benefits of INTERNET: New Challenges. Tinta , 8-16. Anderson, C., & Sprenkle, P. (2006). Reference Librarianship. Notes From the Trenches. New York: Haworth Press. Breeding, M. (2009, April). Maximizing the Impact of Digital Collections. Computer in Libraries. The Systems Librarian , 32-34. Chanson, H. (2007). Research Quality, Publications, and Impact in Civil Engineering into the 21st. Century. Publish or Perish, Commercial Versus Open Access, Internet Versus Libraries? Canadian Journal of Civil Engineering, 34, 946-951. Cloonan, M. (2005). Ranganathan. Do Digital Libraries Violate the Third Law? Library Journal , 58-60. Creative Common Licenses. (2009, November 30). Retrieved December 1, 2009, from Wikipedia. The Free Encyclopedia: http://en.wikipedia.org/wiki/ Creative Commons Licenses.

Muka Surat 13

Evans, G., Amodeo, A., & Carter, T. (1999). Introduction to Public Library Services. Colorado: Libraries Unlimited. Herring, M. Y. (2001). 10 Reasons Why the Internet is no Substitute for a Library. American Libraries, 32(4) April: 76-78. Internet World statistics. Asia. Usage and Population Statistics. (2009). (Miniwatts Marketing Group) Retrieved November 25, 2009, from The Internet Coaching Library: http://www.internetworldstats.com/asia.htm#my Janes, J. (2004, December). Internet Librarian. What's Next? Search Me. American Libraries , 62. Janes, J. (2004, June/July). Internet Librarian. Privacy Ain't What It Used to Be. American Libraries , 90. Joint Information Systems Committee. (2009). From eLib to Libraries of the Future. JISC. UK: Joint Information Systems Committee. Kamus Dewan (4th ed.). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Kamus Inggeris-Melayu Dewan: An English Malay Dictionary. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Liu, L. (Ed.). (2001). The Role and Impact of the Internet on Library and Information Services. Westport: Greenword Press. Muller, J. (2003). A libarrian's Guide to the Internet. Oxford: Chandos Publishing. Owyang, J. (2009, March). Global Faces and Networked places. A Nielson report on Social Networkings New Global Footprint 2009. (The Nielsen Company) Retrieved November 29, 2009, from Web Strategy: http://www.webstrategist.com/blog/2009/01/11/a-collection-of-soical-network-stats-for-2009/ Poulter, A., Tseng, G., & Sargent, G. (1999). The Library and Information Professional's Guide to the World Wide Web. London: Library Association Publishing. Russel, S., & Huang, J. (2009). Libraries' Role in Equalizing Access to Information. Library Management , 30 (1/2), 69-76. School Library 2.0. (2006, May). School Library Journal , 50-53. Schuman, B. A. (2001). Issues for Libraries and Information Science in the Internet Age. Englewood, Colorado: Libraries Unlimited. Shahar Banun. (1996, Mei). Internet: Cabaran Kepada Pustakawan. (Kamal Sujak, Interviewer) Tinta. Wells, G. A. (2003, January). Libraries and the 21st. Century: What Forms of Information Distibution Will Survive? Journal of Internet Law , 12-17.
Muka Surat 14

Zukerberg, M. (2009, December 1). The Facebook Blog. Retrieved December 2, 2009, from An Open Letter from Facebook Founder Mark Zuckerberg: http://blog.facebook.com/blog.php? post=190423927130

Muka Surat 15

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->