P. 1
Kurikulum Sekolah Kluster

Kurikulum Sekolah Kluster

|Views: 3,864|Likes:
Published by rajdahanna

More info:

Published by: rajdahanna on Dec 10, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/20/2013

pdf

text

original

1.0 1.

1

Pendahuluan / pengenalan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ke-5, Tun Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bertujuan memperkemaskan pelaksanaan program-program Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta memantapkan lagi proses pembinaan modal insan secara menyeluruh dan berterusan supaya output yang dihasilkan berupaya memenuhi kehendak tempatan dan antarabangsa, di samping mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam arena global. PIPP mengariskan enam teras iaitu membina Negara bangsa, membangungkan modal insan, memperkasakan profesion Sekolah Kebangsaan, dan merapatkan jurang pendidikan, institusi memartabatkan pendidikan. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan yang meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia. Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Dua pendekatan utama telah dikenalpasti sepanjang tempoh RMK-9. Pendekatan yang digunakan bagi memastikan hasrat ini bergerak lancar selaras dengan pelancarannya adalah berdasarkan dua pendekatan iaitu menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dan kesamarataan peluang pendidikan dan kecemerlangan institusi pendidikan perguruan melonjakkan kecemerlangan

1

1.2

Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Hala tuju pendidikan negara memerlukan perancangan yang sistematik untuk menjana kecemerlangan pendidikan. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Teras Keenam. Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan menekankan usaha menyemarakkan kecemerlangan institusi pendidikan ke arah memupuk pelajar minda kelas pertama. Ini amatlah penting kerana ia menyediakan asas yang kukuh untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih gemilang dan menjadikannya bertaraf dunia. Matlamat institusi pendidikan dan sekolah kluster secara khususnya menitikberatkan pendekatan yang lebih berfokus bagi memastikan kepelbagaian kaedah pendidikan untuk memenuhi keperluan, minat dan kecenderungan setiap individu murid ke arah memaksimumkan potensi dan kebolehan sebenar murid.
Pendidikan berkualiti untuk semua merupakan agenda utama KPM. Sepanjang tempoh RM Ke-9, KPM berhasrat untuk mengembangkan sepenuhnya potensi institusi pendidikan sehingga membolehkan guru dan pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia. KPM berhasrat untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan tujuan melahirkan modal insan yang berupaya untuk bersaing dalam era yang sangat mencabar.

2

1.3

Sekolah Kluster

Penubuhan Sekolah Kluster diwujudkan sejajar dengan teras PIPP dalam melonjakkan institusi pendidikan yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Kewujudan sekolah ini memberi pendekatan untuk mengembangkan potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan institusi pendidikan. Konsep sekolah kluster ialah mengelompokkan sekolah berdasarkan aspek kecemerlangan pengurusan dan kecemerlangan pelajar. Tinjauan literature menunjukkan bahawa amalan ini dilaksanakan di luar Negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokkan yang dilakukan berdasarkan lokaliti dan kecemerlangan. Sekolah Kluster ialah satu jenama yang diberikan kepada sekolah cemerlang yang berpotensi untuk ditingkatkan kecemerlangannya ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu ianya bertujuan bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Negara dan membangunkan sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah di luar klusternya. 2.0 Kurikulum Kurikulum adalah kata pinjaman dari Bahasa Latin yang bermaksud padang kuda atau cor oh subjek mater studi (Berbakar, 1982). Menurut Daud Hamzah (1993) carter dari bahasa Latin bermaksud laluan atau jejak daripada permulaan hingga ke garisan penamat atau jurusan. Manakala dalam bahasa Inggeris curi-curi bermakna jelmaan atau metamorphosis. Manusia menggunakan perkaaan atau istilah itu bagi menggambarkan bidang yang khusus merujuk kepada seseorang mengajar ilmu pengetahuan. Klibeard (1982) menyatakan kurikulum sebagai jurusan pengajian yang diikuti di sekolah. Dalam konteks pendidikan, kurikulum dijelmakan sebagai laluan dari satu peringkat ke satu peringkat. Bellack dan kliebard (1997) memasukkan unsur-unsur domain kognitif, afektif dan psikomotor dalam kurikulum. Daripada tiga klasifikasi domain ini terbentuk beberapa 3

domain khusus seperti ilmu aktual, simbolik, konsep, generalisasi, kemahiran intelektual, manipulative, sikap, minat, nilai dan apresiasi. Caswell dan Campbell (1935) berpendapat kurikulum adalah perancangan pembelajaran. Semua kurikulum mempunyai elemen yang ditetapkan seperti pernyataan tujuan dan objektif spesifik, pemilihan dan organisasi kandungan pelajaran, pola pengajaran dan pembelajaran dan penilaian hasil pembelajaran. 2.1 Tujuan Bidang kurikulum memberi implikasi kepada pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan di sesebuah Negara atau zaman semasa. Hasil pengajian kurikulum membawa perubahan pada sistem dan amalan pendidikan. Oleh itu, pendidikan termasuk pihak pentadbiran, para guru sebagai pelaksana, para pelajar dan masyarakat keseluruhannya mengalami kesan daripada hasil pengajian yang dijalankan. Tujuan pengajian kurikulum adalah seperti yang akan dibincangkan di bawah. 2.1.1 Memenuhi Tuntutan Budaya Perubahan sosial yang berlaku dengan berterusan dan cepat adalah sebab utama pengajian kurikulum. Perubahan dalam masyarakat berlaku dengan pantas memerlukan perubahan dalam kurikulum. Berdasarkan kurikulum lama, ianya mementingkan konsep kemajuan kehidupan manusia dan peredaran zaman memerlukan perubahan dilakukan sejajar dengan perkembangan, keperluan dan persekitaran pendidikan semasa. Kurikulum Malaysia sering melakukan perubahan dan perancangan kurikulum sejajar dengan perkembangan politik, sosioekonomi, sosiobudaya dan aliran perkembangan pendidikan tempatan dan antarabangsa.

4

Rajah 2.1 Kurikulum sebelum,selepas dan semasa. 2.3 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum dikaitkan dengan kehidupan sebenar yang bernilai yang harus dimiliki oleh kanak-kanak dalam lingkungan dan masa tertentu. Kurikulum selalu dikaitkan dengan keperluan jasmani, intelek dan perkembangan emosi, berpotensi dan berkeyakinan. Proses perkembangan haruslah seimbang dan sepadu. Dasar penggubalan KBSR adalah menyatukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan bangsa lain supaya boleh hidup dengan aman dan damai. Falsafah pendidikan sekolah rendah menekankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak harus dilibatkan secara aktif dan efektif. Selain itu, kanak-kanak harus mendapat kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman intelek, rohani dan jasmani secara langsung. Pengalaman ini harus dipilih dan dirancang dengan teliti dan menarik supaya kanak-kanak dapat melahirkan perasaan dan idea melalui lakonan, perkataan, muzik, lukisan, tarian dan pergerakan. i) Matlamat dan Objektif KBSR berpandukan pada rasional bahawa pendidikan di kalangan kanak-kanak adalah bercorak asas dan proses perkembangan berlaku secara menyeluruh dan

5

bersepadu. Kanak-kanak melalui proses pemeringkatan intelek (kognitif), rohani (afektif) dan jasmani (psikomotor). Orientasi Kurikulum Sekolah Rendah bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut iaitu penguasaan Bahasa Melayu dengan memuaskan bahasa rasmi Negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu pengetahuan. Penguasaan dan kemahiran berbahasa adalah untuk berkomunikasi, membaca dan menulis. Penguasaan dan mahir dalam kira-kira. Penguasaan kemahiran belajar dan berfikir. Pemahaman, pembacaan dan penulisan dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Pembinaan dan pemupukan nilai murni berdasarkan etika kemanusian dan kerohanian dengan berteraskan prinsip yang terkandung dalam rukun Negara. Mempunyai ilmu, pemahaman, minat dan kecenderungan serta keprihatinan terhadap manusia dan alam sekitar. Bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain dengan amalan kerjasama dan toleransi. Mengembangkan bakat daya kepimpinan dan keyakinan bagi meningkatkan ilmu dengan menggunakan kemahiran asas yang dikuasai. Meminati, memahami, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi dalam lingkungan budaya nasional. ii) Rasional KBSR Secara rasional KBSR diwujudkan disebabkan timbulnya keraguan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan lebih berasaskan penguasaan pengetahuan. Selain itu, penekanan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan kepada kelulusan peperiksaan. Kebanyakan pengajaran adalah bertumpu kepada hafalan dan ingatan dan bukan ketajaman fikiran dan taakulan. Pengajaran kurang memberi perhatian kepada penguasan kemahiran dan pemupukan nilai. Selain itu, KBSR ditubuhkan bagi mengurangkan pelajar tamat sekolah rendah yang tidak mampu menulis, membaca dan mengira. iii) Prinsip KBSR

6

Penekanan KBSR pada pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan bagi perkembangan individu secara menyeluruh merangkumi aspek-aspek pendidikan asas dan perkembangan bakat kanak-kanak. Ianya bertunjangkan 3 prinsip utama iaitu perkembangan individu bukannya kumpulan yang dipentingkan. Perkembangan ini pula hendaklah secara menyeluruh serta pendidikan asas bagi setiap individu di peringkat sekolah rendah serta perkembangan bakat individu yang berbeza. iv) Pelaksanaan KBSR Dilaksanakan berdasarkan pembahagian masa seminggu yang terbahagi kepada dua tahap. Tahap pertama melibatkan 1320 minit seminggu dan tahap kedua 1440 minit seminggu. Bidang pelajaran dibahagikan kepada 4 bidang pelajaran iaitu komponen kemahiran asas, komponen kerohanian, nilai dan sikap, komponen kemanusiaan dan persekitaran dan komponen kesenian dan rekreasi.

Rajah: reka bentuk kurikulum KBSR 2.4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) KBSM digubal bagi meningkatkan mutu dan darjah pendidikan Negara. Ini bertujuan untuk membentuk dan membina perilaku manusia secara seimbang dan bersepadu dengan tuntutan dunia dan akhirat.

7

i) Matlamat dan objektif Program KBSM adalah langkah ke arah meningkatkan mutu pendidikan Negara selaras dengan perakuan-perakuan yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979). Ia digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberi tumpuan aktiviti pendidikan adalah dirancang menuju ke arah yang sama iaitu pembinaan insan yang baik. Penekanan diberikan pada perkembangan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu melalui kandungan kurikulum yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan perlakuan yang dilakukan semua pelajar dan juga menjadi asas bagi pendidikan seumur hidup. Kefahaman penghayatan dan amalan nilai-nilai kerohanian, kemanusian, kemasyarakatan dan kewarganegaraan dan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Malayia sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu pengetahuan. Dalam rancangan KBSM, kesepaduan merupakan penjalin dan pengadun unsur-unsur nilai pengetahuan, kemahiran, bahasa serta nilai aspek-aspek kesepaduan. Ini mesti ditekankan apabila merancang strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran. ii) Konsep bersepadu KBSM Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan pelajar dapat mencungkil, memupuk, mengembang dan meningkatkan potensi yang ada pada pelajar ke peringkat yang maksimum. FPN menyatakan bahawa pendidikan merupakan usaha yang berterusan. Disamping memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran, pendidikan yang diterima oleh pelajar harus dapat menimbulkan minat rangsangan dan keyakinan diri pelajar untuk terus mencari ilmu pengetahuan walaupun sudah tamat pendidikan formal. Pendidikan formal sesuai dengan konsep pendidikan seumur hidup dan berterusan.

8

Konsep bersepadau dalam KBSM membawa maksud menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan bahasa serta memupuk nilai-nilai murni secara intergrasi dan menyeluruh. Bagi mencapai hasrat itu KBSM menegaskan penekana yang meliputi aspek kesepaduan ilmu pengetahuan, kemahiran nilai dan bahasa dalam pelajaran. Kesepaduan pengalaman pembelajaran antara matapelajaran. Selain itu kesepaduan antara amali dan teori serta kesepaduan antara pengalaman dan kesan pembelajaran dalam bilik darjah dan aktiviti luar bilik darjah, alam persekitaran dan pengalaman hidup seharian pelajar. iii) Implikasi KBSM Dalam KBSM pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni yang hendak disampaikan pada pelajar adalah mengenai keperluan asas bagi menghadapi cabaran hidup dan digunakan bagi memperoleh pengetahuan tambahan. Kesan dari KBSM adalah pelajar memperoleh ilmu pengetahuan dengan dirancang dari segi ilmu pengertahuan yang bermanfaat dan bijaksana serta memupuk sifat suka membaca, cintakan ilmu dan penemuan. Selain itu, ianya menigkatkan daya intelek dengan menyatakan idea, fikiran dan pendapat dengan jelas, objektif, kreatif, rasional dalam semua situasi. Peluang meningkatkan daya intelak perlu diwujudkan supaya pemikiran kritis dan analisis menjadi salah satu aspek penting dalam setiap aktiviti pembelajaran. Malah ianya turut memberikan pelajar menguasai kemahiran belajar berdasarkan kemahiran belajar membuat perbandingan, menyatakan idea utama, mengelas atau menyususn mengikut prisnsip tertentu. KBSM turut memberikan implikasi kepada pemupukan dan penerapan nilai-nilai murni menggambarkan sikap, perasaan, pemikiran, pandangan hidup dan penghayatan nilainya. Pegangan nilai diperoleh melalui tanggapan dan pengamatan daripada apa yang dilihat dan dipelajari. Proses pemupukan nilai murni boleh dilakukan secara langsung dan tidak langsung dalam setiap mata pelajaran pada tempat yang sesuai. 9

3.0

Kurikulum Sekolah Kluster Walaupun terdapat pelbagai kriteria dalam pelaksanaan sekolah kluster, namun

yang akan dibincangkan di sini adalah memfokuskan kepada aspek kurikulum. Bidang kurikulum atau akademik dipilih kerana ia merupakan salah satu komponen yang paling penting dalam membuktikan sesebuah institusi itu dianggap cemerlang atau tidak. Melalui aspek ini juga, ia dapat menilai sejauh mana prestasi pelajar dan sekolah yang terlibat sejajar dengan kehendak teras stategik keenam PIPP 2000-2010 iaitu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta merialisasikan impian Negara untuk mencapai Wawasan 2020. Selain itu, kandungan kurikulum sekolah kluster adalah berdasarkan kepada kurikulum kebangsaan seperti yang terdapat dalam petikan di bawah;
“Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.” (Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997; 3(1))

Antara syarat-syarat yang harus ditepati oleh sekolah yang ingin diklusterkan perlulah mempunyai pencapaian cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum, mempunyai daya usaha ke arah kecemerlangan, pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan dan pembangunannya sumbernya adalah terurus dan digunakan secara optimum. Selain itu, pemimpin sekolah juga harus mengamalkan kepimpinan yang berkualiti, guru yang membudayakan amalan profesonalisme serta kemenjadian murid yang terserlah. Iklim sekolah haruslah konduksif untuk pembangunan modal insan serta keberkesanan pelaksanaan program oleh KPM dan sekolah juga berpewatakan.

10

3.1 Syarat –syarat Pencapaian Sekolah Kluster Selain itu, pemilihan sekolah kluster perlu memenuhi Pengukuran Standard di mana sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya taraf cemerlang yang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). SKPM-Sekolah telah diperincikan pelaksanaanya kepada dokumen iaitu :1. SKPM 1: Standard kualiti pendidikan Malaysia (sekolah) iaitu penyataan standard 2. SKPM 2: Standard kualiti pendidikan Malaysia (sekolah) iaitu instrument pemastian standad (IPS) 3. SKPM 3: Standard kualiti pendidikan Malaysia (sekolah) iaitu panduan rancangan pemajuan sekolah (RTS) Penyataan standard terdiri daripada 12 elemen yang dibahagikan kepada empat dimensi yang terdiri daripada hala tuju kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan program pendidikan dan juga kemenjadian pelajar. Bagi Pengukuran Standard Sekolah, sekolah mestilah mencapai pelaksanaan SKPM yang diukur menggunakan IPS iaitu mestilah mencapai 80% ke atas di tahap 6 (Cemerlang) dan tahap 7 (Gemilang). Pencapaian sekolah ditaksirkan dalam tiga tahap dan tujuh taraf iaitu :Tahap 7 6 5 4 3 2 1 Taraf Gemilang Cemerlang Harapan Sederhana Lemah Sangat Lemah Lampau Lemah Pencapaian Sekolah (%) 90-100 80-89 70-79 50-69 35-49 25-34 0-24

Jadual 3.1 Pengukuran Standard Sekolah 3.2 Prasyarat Dan Syarat Antara pemilihan sekolah tersebut ia perlu memenuhi prasyarat dan syarat yang terdiri daripada prasyarat pertama dan prasyarat kedua. Bagi Pengukuran Standard 11

Sekolah,

sekolah

mestilah

mencapai

sekurang-kurangnya

Taraf

Cemerlang

berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Manakala prasyarat kedua pula adalah tentang kecemerlangan kurikulum bagi sekolah menengah di mana Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturutturut adalah seperti berikut:
   

Sekolah Berasrama Penuh:GPS 2.5 dan ke bawah Sekolah Menengah kebangsaan Agama:GPS 3.0 dan ke bawah Sekolah Menengah Teknik:GPS 4.0 dan ke bawah Sekolah Menengah Harian:GPS 4.0 dan ke bawah

Bagi kecemerlangan kurikulum untuk sekolah rendah iaitu sekolah rendah harian, murid-murid perlu lulus semua mata pelajaran dengan mendapat 80% dan ke atas dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau peratus kelulusan menunjukkan peningkatan atau GPS UPSR adalah 2 dan ke bawah. 3.2.1 Senarai Sekolah Kluster Tahun 2007

Berikut adalah merupakan senarai penuh 30 buah sekolah yang telah terpilih sebagai sekolah kluster pada tahun 2007. Sebanyak 30 buah sekolah pertama yang terpilih adalah terdiri daripada sembilan sekolah kebangsaan (SK), lima sekolah berasrama penuh (SBP), sebelas sekolah menengah harian (SMH), tiga sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan dua sekolah menengah teknik (SMT). Sekolah Rendah 1. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Limbang, Sarawak 2. SK Pengakalan Tereh, Kluang, Johor 3. SK Sultan Idris 2, Kuala Kangsar, Perak 4. SK Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan 5. SK Sri Gaya, Kota Kinabalu, Sabah 6. SK Infant Jesus Convent, Johor Bharu, Johor 7. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Keat Hwa, Alor Star, Kedah

12

8. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang Lima, Klang, Selangor 9. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang Sekolah Berasrama Penuh 1. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya 2. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan 3. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak 4. Kolej Tunku Kursiah, Seremban, Negeri Sembilan 5. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor Sekolah Menengah Harian 1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor 2. SMK Gunung Rapat, Ipoh, Perak 3. SMK Penang Free, Georgetown, Pulau Pinang 4. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur 5. SMK Victoria, Kuala Lumpur 6. SMK St. John, Kuala Lumpur 7. SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur 8. SMK Sultanah Asma, Alor Star, Kedah 9. SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang 10. SMK Derma (B), Kangar, Perlis 11. SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, Terengganu Sekolah Menengah Agama 1. SMKA Al-Manshoor, Georgetown, Pulau Pinang 2. SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu, Terengganu 3. SMKA Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka

13

Sekolah Menengah Teknik 1. SMT Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan 2. SMT Tawau, Tawau, Sabah 3.2.2 Sekolah Kluster Tahun 2008

Pada tahun sebanyak 30 buah sekolah yang telah terpilih sebagai sekolah kluster adalah terdiri daripada sembilan sekolah rendah, duabelas sekolah menengah harian, lima sekolah berasrama penuh, dua sekolah menengah agama, satu sekolah menengah teknik dan satu sekolah sukan. Sekolah Rendah 1. Sekolah Kebangsaan (SK) (P) Methodist, Kuantan, Pahang 2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lick Hung, Subang Jaya, Selangor 3. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah 4. SK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, Terengganu 5. SK Puteri, Seremban, Negeri Sembilan 6. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur 7. SK Sena, Kangar, Perlis 8. SJK Tamil Masai, Masai, Johor 9. SK Bandar 2, Paloh Hinai, Pekan, Pahang. Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 1. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya 2. Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban 3. Sekolah Menengah Sains (SMS) Kuching 4. SMS Muzaffar Syah, Ayer Keroh 5. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru Sekolah Menengah Agama

14

1. Sekolah Menengah (SM) Agama Persekutuan Kajang 2. SMK Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban Sekolah Menengah 1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) St George, Pulau Pinang 2. SMK King George V, Seremban 3. SMK Tinggi Kota Kinabalu, Kota Kinabalu 4. SMK Ave Maria Convent, Ipoh, Perak. 5. SMK Sultan Ismail, Johor Bahru 6. SMK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu 7. SMK Datuk Ahmad Maher, Kota Bahru 8. SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh 9. SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur 10. SMK Tinggi Perempuan, Melaka 11. Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Petra Jaya, Kuching 12. SMK Desa Kencana, Lahad Datu, Sabah. Sekolah Menengah Teknik
Balas Bersama Menteri Pelajaran Pemimpin sekolah (guru besar dan Sekolah Sukan penolong kanan):gred perjawatan yang 1. Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur lebih tinggi 3.3 Prestasi Pembelajaran daripada sekolah biasa Bagi aspek ini pula, melihat kepada tahap prestasi pelajar dari segi akademik (schoolbased post); sehingga sekolah tersebut disenaraikan sebagai sekolah kluster. Di sini disertakan Insentif diberi dua contoh sekolah yang terpilih sebagai sekolah kluster pada tahun 2007 dan tahun 2008.kepada sekolah dan warga sekolah dari semasa ke i) Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma Alor Setar, Kedah semasa mengikut pencapaian Peruntukan YEAR PMR SPM STPM tambahan 1995 100% 99.3% 97.26% kewangan Pelbagai program pembangunan 15 profesionalisme untuk warga sekolah.

1. SM Teknik Cheras, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

pendidikan dengan institusi terpilih di luar negara.
1996 1997 1998 1999 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 98.36% 100% 100% 97.30%

3.4 Pelaksanaan Kurikulum Bagi melaksanakan matlamat penubuhan sekolah kluster dalam melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan, terdapat beberapa pelaksanaan yang perlu dilaksanakan oleh tiga jawatankuasa yang ditubuhkan. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada Jawatankuasa Pemilihan Sekolah iaitu dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Panel Penasihat yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad dan manakala Jawatankuasa Pelaksana dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah). 3.5 Penambahbaikan Bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah kluster beberapa penambahbaikan perlu dilakukan dari segi elemen-elemen sokongannya. Antara elemen-elemen tersebut adalah pengurusan dan pentadbiran di sekolah adalah berdasarkan kepada kecekapan dalam menguruskan sekolah, pelajar, sumber tenaga manusia dan kemudahan asas. Di samping itu, penambahbaikan yang berterusan iaitu mempunyai perancangan yang komprehensif dan sistematik, guru yang berketerampilan sama ada guru-guru siswazah atau bukan siswazah, guru harus diberi anugerah tertentu iaitu guru khas dan guru pakar. Kepimpinan pengetua haruslah berdasarkan kepada gaya kepimpinan yang cemerlang, mempunyai keupayaan menggerakkan seluruh warga sekolah dan juga mempunyai cara berkomunikasi yang berkesan. Antara elemen lain yang dilihat perlukan penambahbaikan ialah bahagian pengurusan kewangan yang memanfaatkan sumber kewangan dengan kaedah pengurusan yang berkesan berdasarkan perancangan, penyelenggaraan dan analisis yang cekap dan amanah.

16

Dari segi keselamatan pula adalah terjamin, mempunyai tahap disiplin yang memuaskan serta mempunyai visi dan misi, mempunyai semangat kekitaan dan melaksanakan setiap program intervensi yang berdasarkan kepada program intervensi anjuran sekolah, PPD, JPN dan KPM. Pihak pengurusan asrama juga mengadakan pelbagai program untuk pelajar yang boleh mendisiplinkan pelajar. Manakala elemen dalam prasarana haruslah lengkap iaitu berdasarkan kemudahan asas yang lengkap, berfungsi dan terkini serta memenuhi ciri-ciri bangunan yang moden dan futuristik. Elemen sokongan juga terdiri daripada penglibatan ibu bapa dan masyarakat setempat dalam memberi kerjasama dan galakan berdasarkan program sokongan yang dilaksanakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat setempat. Dari segi nilai estetika sejarah dan tradisi adalah berdasarkan kepada tahun penubuhan, pihak yang menubuhkan, tujuan asal penubuhan, lokasi bangunan, pengisytiharan sejarah serta keunikan sejarah sekolah. Penglibatan alumni, lembaga pengelola sekolah dan tokoh yang merupakan bekas pelajar dalam memberi sokongan dalam penubuhan sekolah kluster adalah penting. 3.6 Rumusan Sekolah-sekolah yang disenaraikan sebagai sekolah kluster boleh dikatakan kesemuanya mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam bidang kurikulum, korikulum dan sahsiah. Oleh itu, tidak boleh dinafikan lagi pemilihan sekolah-sekolah ini dapat memenuhi cita-cita dan matlamat kerajaan dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti bagi pembangunan modal insan. Sekolah kluster ini telah banyak menyumbang dalam melonjakkan kecemerlangan institusi di negara ini. 4.0 Permasalahan dan Implikasi kurikulum sekolah Kluster Dalam pelaksanaan kurikulum sekolah Kluster pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaaan telah terlibat bagi merealisasikan pembangunan sekolah kluster. Namun, pelaksanaan yang dijalankan oleh pihak kerajaan berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dalam melonjakkan institusi pendidikan

17

adalah merangkumi pelbagai aspek. Ia meliputi aspek tahap pencapaian sekolah, guru cemerlang, dan disiplin serta sahsiah pelajar. Proses pelaksanaan yang ingin dibangunkan bukanlah perkara yang mudah tapi memerlukan kerjasama pelbagai pihak. Cabaran dan permasalahan yang timbul dari pelaksanaan ini merangkumi pelbagai pihak. Permasalahan yang timbul adalah dari pihak Sekolah dan pentadbir, pihak pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Permasalahan yang timbul adalah merangkumi aspek pelaksanaan dan infrastruktur prasarana kerajaan terhadap sesebuah sekolah kluster. Secara dasar, permasalahan utama yang dihadapi oleh pihak sekolah adalah dari aspek pemilihan guru besar dan pengetua yang berkelayakan untuk mentadbir sesebuah sekolah kluster. Kerajaan telah mewartakan taraf kelayakan bagi pengetua dan guru besar iaitu kelayakan DG 52 / DGA 36. Oleh yang demikian, kekurangan guru besar dan pengetua yang berkelayakan menjadi punca permasalahan yang berlaku di sesebuah sekolah kluster. Selain itu, masalah dari segi kekurangan tenaga pengajar yang berkelayakan dan mempunyai prestasi kerja yang cemerlang. Kekangan ini merangkumi pengiktirafan guru cemerlang dengan kadar nisbah yang sedikit bagi sesebuah sekolah. Oleh yang demikian, kekurangan tenaga pengajar memberi impak kepada prestasi kurikulum pelajar. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ada menegaskan bahawa nisbah kelas adalah 1 : 2, iaitu didalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) didalam kelas adalah seorang guru akan melaksanakan tugas P&P terhadap dua orang pelajar sahaja. Kekangan dari pihak guru merangkumi kekurangan guru bagi sesuatu matapelajaran dan guru yang berkelayakan. Ini bermaksud, kekurangan guru yang berkelayakan dari aspek akademik. Sebagai contoh: guru opsyen sains tidak diberikan subjek mengikut opsyen mereka. Oleh yang demikian, proses P&P

18

dibilik darjah menjadi tidak seimbang dan akan memberi impak kepada pelajar. Guru yang berkelayakan juga harus dititik beratkan, ini kerana proses nilaian prestasi akademik pelajar terletak kepada P&P guru. Jika seseorang guru itu, hanya mempunyai kelayakan ditahap rendah, impaknya kepada pelajar yang hanya bertumpu kepada buku teks sahaja. Dalam melaksanakan dasar kerajaan, infrastruktur dan prasarana yang lengkap perlu di utamakan. Selain itu, kekangan dari segi prasarana dan infrastruktur sekolah. Terdapat sesebuah sekolah yang tidak memenuhi kriteria sebagai contoh, dalam sebuah makmal komputer terdapat 50 buah komputer tetapi pada hakikatnye hanya separuh computer yang berfungsi. Inilah yang dikatakan pihak kerajaan perlu bekerjasama melakukan pemantauan dan pemantapan infrastruktur bagi melancarkan proses P&P disekolah kluster. Permasalahan yang timbul dari pihak pelajar juga merupakan kesan yang mempengaruhi prestasi dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Ini merangkumi aspek disiplin, sahsiah dan akademik. Permasalahan yang ingin dihuraikan adalah terdapat pelajar yang tidak mematuhi peraturan sekolah dan melanggar disiplin sekolah. Kekurangan nilai murni dan sahsiah dikalangan pelajar, walaupun seseorang pelajar sekolah kluster mempunyai prestasi akademik yang cemerlang belum tentu mereka menjadi modal insan yang memenuhi syarat dasar kerajaan. Selain itu, masalah dari segi penerimaan P&P pelajar, tidak keseluruhan pelajar mempunyai tahap IQ yang membanggakan, oleh itu, terdapat pelajar yang tidak mencapai tahap pencapaian yang baik. Persatuan ibubapa dan guru (PIBG) serta masyarakat juga terlibat secara langsung dalam pemantapan prestasi sekolah kluster. Permasalahan dan kekangan dari pihak PIBG iaitu merangkumi aspek kerjasama dan sokongan. Terdapat ibubapa yang tidak bersetuju dengan kurikulum yang akan dijalankan di sekolah. Contohnya sesetengah ibubapa tidak bersetuju waktu pembelajaran disekolah dilanjutkan. Masyarakat merupakan agen persekitaran yang banyak mempengaruhi nilai budaya dan pemikiran pelajar. Para pelajar mudah

19

terpengaruh dengan persekitaran yang kurang elok, kerjasama dari pihak luar terutamanya masyarakat penting untuk berkerjasama memantau perlakuan pelajar ketika berada di tempat umum. 4.1 Implikasi kurikulum sekolah kluster Pelaksanaan dasar kerajaan dalam bidang pendidikan dalam pemantapan institusi pendidikan di Malaysia memberi implikasi pro dan kontra yang tersendiri. Implikasi positif atau pro tentang dasar sekolah kluster ini adalah seperti Program kerjaya, Pelajar Sekolah Cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem : 5.8 % daripada 5.2 juta pelajar. Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara, sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa iaitu 3.1% daripada 9663 sekolah, model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara, pemimpin berkualiti (3.1 % daripada 9663 sekolah) dan guru cemerlang (6.9 % daripada 350,000 guru), dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia. Manakala implikasi negatif atau kontra adalah seperti lambakan para siswazah dalam pelbagai bidang, bidang kepakaran yang dilahirkan oleh sekolah kluster menjurus untuk berkhidmat di luar Negara,

Pelaksanaan

sekolah

kluster

adalah

berasaskan

kepada

proses

desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumni, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada Mac 2007.

5.0

Cadangan

20

Bagi memantapkan lagi proses mengklusterkan institusi pendidikan untuk mencapai objektif Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, beberapa cadangan telah dikenalpasti. Oleh kerana pelaksanaan projek sekolah kluster ini bukanlah satu perkara atau agenda yang mudah, maka pelaksanaan ini memerlukan kerjasama dari semua pihak. Ini termasuklah pihak sekolah dan pentadbirannya, pihak pelajar, ibu bapa dan juga masyarakat di sekelilingnya. Menyentuh kepada prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan, ini dilihat dari pemasalahan pemilihan guru besar dan pengetua yang akan ditempatkan di sekolah yang telah diklusterkan. Kerajaan telah mewartakan taraf kelayakan bagi pengetua dan guru besar iaitu kelayakan DG 52/DGA 36. Pelaksaanannya perlulah dipilih secara sistematik supaya guru besar dan pengetua yang dilantik ini dapat membantu pengurusan sekolah kluster di samping dapat memimpin pentadbirannya di landasan yang tepat. Ini akan memudahkan lagi pengurusan sekolah kluster dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Langkah kedua, menyentuh kepada masalah kekurangan tenaga pengajar atau guru yang mahir. Jika dilihat dari sudut bilangan guru, kerajaan perlulah menambah jumlah guru bagi memenuhi permintaan kekurangan tenaga pengajar. Dari aspek guru yang mahir dan berkelayakkan pula, kerajaan perlu melahirkan banyak tenaga pengajar yang pakar dalam matapelajaran tertentu melalui pengkhususan matapelajaran yang diambil semasa di intitusi pengajian tinggi dan juga maktab. Di sudut yang berlainan, guru yang ditempatkan di sekolah untuk mengajar perlulah diberi keutamaan mengajar subjek dalam pengkhususan mereka. Ini penting untuk melihat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru-guru di sekolah juga harus diberi pengiktirafan dan penghargaan untuk tugas-tugas yang mereka lakukan. Selaras dengan kehendak kerajaan dalam melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan negara dan kecemerlangan guru itu sendiri. Jika dilihat dari aspek penyediaan kemudahan prasarana dan insfrastruktur, kerajaan telah mengeluarkan peruntukan yang sangat besar bagi memenuhi kehendak melahirkan

21

Sekolah Kluster. Tetapi, sejauh mana kemudahan itu dimanfaatkan

dan digunakan

menimbulkan sedikit keraguan. Oleh yang demikian, kerajaan ataupun pihak nazir haruslah melakukan pemantauan yang berkala di semua sekolah–sekolah yang telah diklusterkan. Tindakan ini adalah bagi memastikan setiap kemudahan yang diperuntukan digunakan sebaik mungkin dan tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini juga penting bagi memastikan setiap kemudahan itu dapat berfungsi sebaik yang mungkin. Sebagai contoh, sebuah makmal komputer terdiri daripada 50 buah komputer tetapi pada hakikatnya hanya separuh komputer yang berfungsi, manakala selebihnya mengalami kerosakkan tetapi tidak dibaikpulih. Ini secara tidak langsung akan membantutkan proses P&P. Dari sudut yang berbeza, disiplin, sahsiah dan akademik pelajar perlu diberi perhatian yang lebih. Apabila timbulnya masalah-masalah berkaitan diri pelajar, ini akan mengurangkan keberkesanan P&P dalam bilik darjah. Oleh kerana nisbah di sekolah kluster antara guru dan pelajar adalah 1:2, guru haruslah berada lebih dekat dengan pelajar. Guru harus berusaha mendekati pelajar untuk melihat perkembangan diri pelajar dari semasa ke semasa. Melalui cara mendekati pelajar inilah guru akan mengeratkan hubungan komunikasi dan interaksi dengan pelajar. Pelajar pula akan menjadikan guru ini sebagai kawan yang membolehkan mereka berkongsi apa jua masalah berkaitan dengan diri mereka. Dengan konsep mendengar dan menasihati, pelajar ini secara tidak langsung akan menerima nasihat dan teguran dari guru yang rapat dengan mereka untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka. Ini kerana jurang yang wujud antara guru dan pelajar dapat dihapuskan melalui pendekatan komunikasi dan interaksi yang baik dan rapat. Dalam satu kelompok pelajar yang besar, terdapat juga bilangan pelajar yang memiliki tahap IQ yang agak rendah, walaupun dalam suasana sekolah yang telah diklusterkan. Bagi mengatasi masalah ini, selain daripada pendekatan komunikasi dan interaksi, langkah yang perlu dititikberatkan adalah dengan menyediakan kelas tambahan

22

untuk memantapkan ilmu mereka agar berada di tahap yang sama dengan rakan-rakan yang lain. Dari aspek penyampaian pembelajaran dan pengajaran (P&P) dalam bilik darjah pula, guru itu sendiri harus mempelbagaikan teknik dan corak penyampaian agar ianya lebih berkesan dan dapat menarik minat pelajar. Penggunaan kaedah humor dalam pengajaran pada masa kini adalah lebih berkesan kerana pelajar tertarik untuk berkomunikasi bersama guru melalui humor yang disampaikan. Gelak tawa dan komunikasi yang berlaku akan menambah lagi minat dan perhatian untuk belajar. Dengan cara ini, interaksi lebih berkesan dan penyampaian pembelajaran dan pengajaran (P&P) lebih tercapai. 6.0 Penutup / rumusan Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sistem pendidikan negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan mengkluster institusi pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing. Hal ini kerana pada masa ini terdapat pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Dalam pada itu, sebanyak 300 buah institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut dua elemen yang telah diambil kira dalam perlaksanaannya. Hala tuju pendidikan negara memerlukan satu perancangan yang sistematik untuk menjana kecemerlangan melalui pewujudan kluster kecemerlangan pendidikan. Penjanaan kluster ini bermatlamat untuk mengembangkan potensi dan kualiti kluster sekolah tertentu supaya menjadi penanda aras kepada sekolah lain dan setanding dengan sekolah di negara maju. Usaha ini bertujuan menjadikan sistem pendidikan Malaysia bertaraf dunia untuk melahirkan generasi yang holistik dan memenuhi keperluan pasaran kerja.

23

RUJUKAN

• • • • • • •

Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa (1995). Falsafah dan Konsp Pendidikan, Shah Alam. Fajar Bakti Amstrong D.G., Henson, K.T. & Salvage, T.V. (2001). Teaching today:An Introduction to Education. New Jersey Prentice Hall Barrow & Woods (2006). An Introduction to philosophy of education. London:Routledge Mohd. Yusuf Ahmad. (2002). Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya. Nodding (2006). Philosophy of education. Colorado Westview Press Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah; Kuala Lumpur:KPM Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Matlamat dan Misi; Kuala Lumpur; Kementerian Pendidikan Malaysia

24

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->