P. 1
Cth 3 Kajian Tindakan Pendidikan Moral

Cth 3 Kajian Tindakan Pendidikan Moral

|Views: 4,268|Likes:
Published by hana_79

More info:

Published by: hana_79 on Dec 10, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/28/2015

pdf

text

original

SMK Rawang, KM 25.6 Jalan Ipoh, 48000 Rawang,Selangor.

Proposal Kajian Tindakan

Mengukuhkan Nilai-Nilai Murni Dalam Kalangan Pelajar Melalui Aktiviti KajiSuka (Kaji Suratkhabar)

Disediakan oleh : PUAN ZURAIDA BT SHAFIEI 2009

1.

Nama sekolah SMK Rawang

2.

Nama Penyelidik Zuraida bt Shafiei,Suhana Jamaluddin,Shaharizan Ibrahim.

3

Tajuk Kajian Mengukuhkan Nilai-Nilai Murni Dalam Kalangan Pelajar Melalui Aktiviti KajiSuka (Kaji Suratkhabar)

4.

Latar Belakang Kajian Penggunaan bahasa Inggeris masih lemah terutamanya di kalangan pelajar luar bandar dari segi penbendaharaan kata dan sebutan. Kegagalan menguasai kedua-dua aspek ini perlu ditangani demi menyahut cabaran untuk melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi dan versatile.

5.

Masalah / Fokus Kajian Pelajar sering menghadapi masalah apabila berkomunikasi kerana mereka lemah dalam menyebut perkataan dan penbendaharaan kata yang terbatas serta dipengaruhi oleh dialek tempatan dalam pertuturan seharian. Kajian ini memfokuskan kepada permasalahan pelajar terutamanya pelajar Tingkatan Satu di sekolah ini.

6.

Rasional Kajian Rasional kajian ini dijalankan kerana pelajar sering gagal didalam ujian bulanan serta kurang berinteraksi dalam bahasa Inggeris semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P).

7.

Objektif Kajian Untuk meningkatkan penbendaharaan kata, serta dapat menguasai kemahiran menyebut dan membaca perkataan di dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

8.

Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran ialah seramai 26 orang yang terdiri daripada murid Tingkatan 1.

9.

Perlaksanaan Kajian 9.1 Pemerhatian

Daripada pemerhatian didapati pelajar sering bermasalah menyebut perkataan dan mempunyai penbendaharaan kata yang terhad semasa berinteraksi dengan guru di dalam kelas. Pelajar juga sukar menghakis pengaruh dialek tempatan dalam sebutan bahasa Inggeris mereka. 9.2 Tindakbalas Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Pelajar sering kali menghadapi kesukaran untuk menyebut perkataan dan menghadapi masalah membuat ayat pertuturan. 9.3 Ujian Pencapaian Di dalam ujian oral yang dijalankan pelajar tidak dapat menyebut perkataan dan berinteraksi dengan baik semasa sesi soal jawab dijalankan. 9.4 Perancangan Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat dengan menggunakan keadah “Simulasi Watak (Roleplay)”. 9.5 Tindakan Pelajar disediakan sampul yang mempunyai kad bergambar mengandungi watak yang akan dilakonkan oleh mereka. Sebelum watak tersebut dilakonkan, pelajar akan diminta untuk mencari maklumat berkenaan watak tersebut. Sebagai contoh, pelajar mendapat kad bergambar doktor. Mereka perlu menyenaraikan perkataan yang memerihalkan tentang watak tersebut seperti pekerjaan, pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya (apa sahaja) dalam sumbangsaran. Pelajar tersebut akan berkongsi dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah diperolehi. Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa. 9.6 Pemerhatian Daripada pemerhatian, para pelajar kelihatan lebih semangat, berminat dan memberi respon yang memberangsangkan di dalam bilik darjah. Ini kerana mereka secara sukarela dan bersedia menyertai aktiviti tersebut. 9.7 Refleksi Kaedah ini banyak membantu pelajar untuk menambahkan penbendaharaan kata dan meningkatkan keyakinan mereka dalam komunikasi kerana telah dapat mengatasi masalah penyebutan. 10. Kesimpulan

Melalui kajian ini diharapkan banyak dapat membantu pelajar-pelajar untuk bertutur dengan lancar dan memahami apa yang disebut.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->