You are on page 1of 4

Fadhilat Surah Al-Fatihah 

(‫)الفاتحة‬
FADHILAT DAN KHASIAT AL-FATIHAH

‫ِيم‬ ِ ْ‫هللا الرَّ ح‬


ِ ‫من الرَّ ح‬ ِ ‫ِبسْ ِم‬
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran”

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda;

“Dalam surah al-Fatihah ada ubat yang dapat menyembuhkan semua penyakit”

Surah Al-Fatihah ( 7 ayat ) ‫الفاتحة‬

ِ ْ‫هللا الرَّ ح‬
ِ ‫ِبسْ ِم‬
1 Dengan menyebut nama ‫ِيم‬
Allah Yang Maha Pemurah ِ ‫من الرَّ ح‬
lagi Maha Penyayang.
2 Segala puji bagi Allah,
Tuhan semesta alam.
َ ‫ْال َحمْ ُد هّلل ِ َربِّ ْال َعا َلم‬
‫ِين‬

ِ ْ‫الرَّ ح‬
3 Maha Pemurah lagi Maha ‫ِيم‬
Penyayang. ِ ‫مـن الرَّ ح‬
ِ ‫َمالِكِ َي ْو ِم ال ِّد‬
4 Yang menguasai di Hari ‫ين‬
Pembalasan
5 Hanya Engkaulah yang
kami sembah, dan hanya
ُ‫َّاك َنسْ َتعِين‬
َ ‫َّاك َنعْ ُب ُد وإِي‬
َ ‫إِي‬
kepada Engkaulah kami
meminta pertolongan.
6 Tunjukilah kami jalan yang َ ‫اه ِد َنــــاـ الص َِّر‬
‫اط المُس َتقِي َم‬
lurus,
7 (yaitu) Jalan orang-orang
yang telah Engkau beri ِ ‫مت َع َل‬
‫يه ْم‬ َ ‫نع‬ َ َ‫ِين أ‬
َ ‫صِ َرا َط الَّذ‬
ni’mat kepada mereka; ِ ‫ب َع َل‬
َ‫يه ْم َوال‬ ِ ‫ير ال َمغضُو‬ ِ ‫َغ‬
bukan (jalan) mereka yang
dimurkai dan bukan (pula
َ ِّ‫الضَّال‬
‫ين‬
jalan) mereka yang sesat.

Pengalaman orang-orang Sufi mengesahkan bahawa bacaan al-Fatihah dengan keyakinan


dan keimanan yang teguh boleh menyembuhkan semua penyakit, samada penyakit
jasmani atau rohani, penyakit zahir atau batin.
Nabi Muhammad s.a.w menyarankan cara bacaan yang berikut dan amalan ini dapat
menyembuhkan semua penyakit, insya-Allah!

Baca al-Fatihah 41 kali selama 40 hari berturut-turut antara solat sunat dan fardu Subuh.
Dalam bacaan ini, ayat pertama dan kedua disambung, jangan berhenti. Dengan kata lain,
huruf (mim) dalam nir-Rahim disambung dengan (lam) dalam alhamdu-lillahi.
Selebihnya dalam surah itu dibaca seperti biasa iaitu berhenti di hujung ayat.

Jika seseorang itu diserang penyakit gila atau kerana sesuatu sebab tidak dapat
membacanya, ayat-ayat itu hendaklah dibaca dan ditiup pada air dan diberi minum
kepada pesakit.

Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:

“Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya.” dan

“Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”

Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap
hari selama 7 hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan
memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca ‘Al-Fatihah‘ diwaktu hendak tidur,
Surah ‘Al-Ikhlas‘ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala
hal selain ajal.

Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh
dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka
akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit
maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh,
berkat surah Al-Fatihah.

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai


sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya,
mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa
yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa,
berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari
kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang


Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya
ia panjatkan doa yang bermaksud:

“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah
dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia
atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”
Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak
41 kali maka Allah s.w.t. bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa
kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:

“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah
dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan
rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang
banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau
berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-
Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati……..”

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’:

“Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40
kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan
hajatnya kepada Allah s.w.t.”

Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya
dengan dibacakan sebanyak 41 kali.

Ikhtiar mengubati penyakit : Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat
berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka,
kepala dan seluruh badan, lalu diminum, Insya-Allah menjadi sembuh.

Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air
suci dan diminumkan kepada si sakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.

Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada
tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang
pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.

Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi
air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu
diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insya-Allah ia akan sembuh.

Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri maka letakkan jari pada
tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:

“Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa
Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.

Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:

“Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati
dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata
yang kabur (rabun)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.”

“Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka


hendaklah dilakukan:

Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan
lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau
begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.

1. Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata


dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
2. Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
3. “Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan
yang pengasih penyayang.”
4. Lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.
5. Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
6. “Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah,
Engkaulah yang menyihatkan”.

Wallahua’lam.

You might also like