You are on page 1of 24

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

SULTAN ISMAIL PETRA INTERNTIONAL ISLAMIC COLLAGE

AL-SIASAH AL-SYAR’IYYAH
(KDS 2360)

TAJUK :

BADAN KEHAKIMAN DALAM SESEBUAH NEGARA ISLAM

DISEDIAKAN OLEH :

AHMAD FAUWAZ BIN MOHAMED ( SY 0633 )

MUHAMAD
MAD MUTAKKI BIN CHE BAKAR (SY 0661)

PENSYARAH :

USTAZ ZULQARNAIN B. HASSAN

DIPLOMA AL
AL-SYARIAH TAHUN 3

SEMERTER 5

2009/2010

TARIKH SERAH : 30 Ogos 2009

|Page
KONSEP KEHAKIMAN ISLAM

Istilah kehakiman yang dipakai adalah sinonim dengan bahasa arab “al-Qada”. Buku-
buku mengenai “al-Qada” dalam Islam menghuraikan perkataan “qada”, daripada qada-
yaqdi-qada’n memberi berbagai erti seperti mana yang dijelaskan dalam beberapa ayat
diantaranya membawa erti “telah mengerjakan”1, “telah selesai2”, “telah perintahkan3” dan
“menghukum4”. Ulama fiqh pula memberi beberapa huraian, diantaranya mengikut Ibn al-
Human, qada’ ialah hukum yang mengikat5. Ibn Abi al-Damm menghuraikan bermaksud
menyelesaikan pertikaian dengan hukum mengikat yang dikeluarkan dari orang yang
mempunyai bidangkuasa6. Mengikut Syarbini al-Khatib ialah menyelesaikan pertikaian
antara dua pihak atau lebih mengikut hukum syarak. Pada umumnya ulama bersetuju bahawa
al-Qada’ atau kehakiman adalah penyelesaian pertikaian diantara pihak-pihak dengan
hukuman yang mengikat.

Perkataan lain yang ada kaitan dengan kehakiman iaitu “hakama, yahkumu, hukman”
dalam bahasa kita “hukum”. Perkataan ini juga diulang beberapa kali dalam al-Quran dan
hadith, diantara dalam surah al-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud; “dan apabila kamu
menjalankan hukum diantara manusia (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil7”.
Mengikut al-Zuhri perkataan “hukm” dan “qada” adalah sinonim. Dalam hubungan ini
“hakim” dan “qadli” adalah sama. Boleh disimpulkan bahawa kehakiman Islam ialah
menyelesaikan hukum syarak. Mengikut mazhab Shafie, seorang Muslim yang sememangnya
berkelayakan dan berkemampuan untuk menjalankan tugas hakim atau qadi hendaklah
memohon jawatan tersebut. Seseorang yang merasakan dirinya tidak kurang
dibandingkandengan orang lain dalam bidang kehakiman boleh menerima jawatan hakim8.
Sebagai seorang qadi dia hendaklah berpegang dengan “adab” qadi. Adab bermaksud
diantara lain ialah etiquette dan tatacara. Ia menunjukkan keadaan tingkahlaku dan disiplin
minda dan budi dalam tindakan kehidupan seseorang yang dibentuk dan dilantik dalam
sesuatu bidang atau profesyen. Ini menjurus kepada kualiti yang terpuji dalam diri seseorang
dan memandang rendah perangai yang buruk9. Secara umum adab qadi adalah etika, disiplin
dan tingkahlaku bagi qadi dalam menjalankan tugas, baik dalam Mahkamah mahupun di luar
Mahkamah mengikut syariat Islam bagi memelihara perlaksanaan jawatan kehakiman dan
keputusannya adalah mengikat.Dalam Islam qadi menghakimi tuntutan dan pertikaian
mengikut hukum syarak. Qadi atau hakim diberi kuasa menjatuhkan hukuman dalam apa juga
proseding kehakiman. Keputusan hakim adalah muktamad kecuali ada rayuan10.
Bagaimanapun keputusan yang dibuat oleh nabi Muhamad s.a.w adalah muktamad.

|Page
KELAYAKAN HAKIM

Ulama fiqh telah menentukan beberapa kelayakan yang diperlukan bagi perlantikan ke
jawatan hakim iaitu Islam, baligh, berakal, lelaki, merdeka, adil, baik pandangan, penglihatan
dan petuturan , berpendidikan dan mempunyai pengetahuan tentang hukum syarak11. Ibn Abi
al-Damn menambah, qadi disyaratkan tahu menulis12. Bagaimanapun ulama sunni tidak
sependapat mengenai syarat-syarat kelayakan tersebut. Ada pendapat menyatakan bahawa
seseorang yang hendak dilantik kejawatan hakim hendaklah mempunyai kelayakan sebagai
“saksi”. Menurut Ibn Hajr, hamba boleh dilantik sebagai hakim13. Pengikut Iman Ahmad
berpendapat orang buta boleh menjadi hakim14.

Semua mazhab Sunni, kecuali hanafi menetapkan lelaki sebagai syarat kelayakan. Ini
adalah berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari yang menyatakan bahawa
tidak akan berjaya sesuatu kaum yang dipimpin oleh perempuan. Sepanjang pemerintahan
Islam di zaman Rasulullah s.a.w dan khulafa al-Rasyidin tidak seorang perempuan dilantik
kejawatan qadi. Bagaimanapun mengikut Ibn Hazm, hadith tersebut bermaksud untuk
memegang jawatan khalifah, kerana Umar ada melantik wanita untuk jawatan penyelia
pasaran (Hisbah)15.

Ada dua asas dalam menetapkan kelayakan seorang untuk menjadi qadi, pertama
konsep “wilayah” dan kedua “shahadah”. Dalam hubungan ini Abu Hanifah membenarkan
perempuan untuk menjadi hakim dalam perkara yang melibatkan kes-kes selain dari hudud
dan qisas. Dengan demikian perempuan dibenarkan menjadi hakim dalam kes-kes dimana dia
dibenarkan oleh syarak menjadi saksi dan diterima oleh Mahkamah16. Bagaimanapun al-
Tabari17 dan Ibn Hazm18 berpendapat perempuan boleh menjadi hakim tanpa kecuali atas
alasan perempuan dibenarkan mengeluarkan “fatwa”.

Ada pandangan yang mengharuskan orang bukan Islam dilantik menjadi hakim bagi
orang Islam. Asasnya ialah kerana kelayakan menjadi hakim adalah berdasarkan kelayakan
menjadi saksi bagi orang Islam, kecuali dalam perkara yang berhubung dengan kekeluargaan.

|Page
Dari segi siasah syariah, jika pendapat ini boleh diterima, member erti orang bukan Islam
boleh dilantik menjadi hakim bagi orang Islam. Ini dikuatkan dengan adanya peruntukan
dalam Majalah al-Ahkam al-Adliyah (Per. 1794) yang menyatakan bahawa syarat menjadi
kadi tidak termasuk beragama Islam. Begitu juga syarat saksi (Per. 1705) tidak disebut Islam
sebagai syarat19.

Jumhur ulama berpendapat “adalah” atau sifat adil adalah syarat kepada mereka yang
dilantik menjadi hakim. Yang dimaksudkan dengan adil ialah tidak melakukan dosa-dosa
kecil serta menjauhkan diri dari melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan maruah20. Adil
menurut al-Mawardi ialah seorang yang bercakap benar, jelas amanah, bersih daripada
perkara-perkara yang haram dan dosa, jauh daripada sifat-sifat yang meragukan, tidak suka
berjenaka, menjaga maruah dalam urusan agama dan dunia, dipercayai dalam keadaan
gembira dan marah21. Adil juga bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Seorang
hakim hendaklah menjatuhkan hukuman dengan adil berdasarkan hukum Allah dan tidak
menyeleweng. Ini selaras dengan firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 5, yang
bermaksud “Dan apabila kamu menjatuhkan hukuman maka hendaklah menghukum dengan
adil”.

Bagaimanapun ada pendapat menyatakan adil tidak menjadi syarat sah perlantikan
hakim. Justeru, harus melantik orang fasiq menjadi hakim. Mazhab Hanafi berpendapat adil
tidak menjadi syarat perlantikan, ia hanya menjadi syarat kesempurnaan atau pelengkap
perlantikan. Oleh yang demikian harus melantik orang fasiq dan hukumannya sah
dilaksanakan, jika tidak berlawanan dengan hukum syarak22.

Melihat keadaan yang ada sekarang memanglah sukar untuk mendapatkan orang yang
benar-benar adil dan menepati syarat yang dituntut oleh syarak. Pendapat ini selaras dengan
dengan pendapat Iman al-Ghazali yang mengatakan kesukaran untuk memenuhi syarat pada
masa sekarang23. Walaupun demikian ini tidak boleh dijadikan alasan untuk melantik orang
yang terkenal fasiq sebagai hakim, tetapi hendaklah dilantik orang yang paling layak
dikalangan yang ada dan mengutamakan yang paling baik dikalangan mereka yang kurang
layak24. Imam Syafie berpendapat orang yang fasiq tidak layak memegang jawatan hakim
sama dengan keadaan orang fasiq tidak boleh memberi syahadah25. Ibn Taimiyyah
berpendapat hakim hendaklah bersifat adil dan mempunyai kelayakan sebagai saksi. Hanya
dalam keadaan tertentu sahaja orang tidak bersifat adil boleh dilantik sebagai hakim26.

|Page
Jumhur ulama mensyaratkan hakim hendaklah mujtahid atau berkeahlian dalam bidang
hukum syarak. Seperti juga mufti tidak harus dilantik dari kalangan orang awam-muqallid,
justeru lebih-lebih lagi hakim, kerana perhakiman hakim itu mengikat. Bagaimanapun
terdapat ulama dari kalangan mazhab Hanafi mengatakan ijtihad bukan syarat perlantikan,
kerana hakim yang bukan mujtahid boleh menjatuhkan hukuman dengan merujuk kepada
fatwa-fatwa ulama. Lagipun tujuan kehakiman itu adalah memberhentikan pertikaian. Jika itu
boleh dicapai oleh hakim yang muqalid maka diharuskan perlantikannya dan bolehlah dia
merujuk kepada fatwa-fatwa dan pendapat fuqaha. Pendapat lain pula mengatakan harus
dilantik hakim muqalid atas alasan “darurah” dan dia akan menjalankan tugas berdasarkan
fatwa dan pendapat yang masyhur daripada mazhabnya27.

Terdapat golongan Maliki yang mengatakan walaupun disyaratkan hakim itu seorang
mujtahid, jika tidak didapati, bolehlah dilantik seorang muqallid yang berilmu. Pendapat ini
sama dengan pendapat Ibn Arabi. Menurut al-Kasani, jika sultan melantik orang yang bukan
mujtahid mujtahid sebagai hakim hukumnya harus, kerana hakim tersebut boleh menghukum
dengan kebenaran berdasarkan pendapat orang lain dengan cara meminta fatwa dari fuqaha28.
Pada masa ini mungkin tidak ada mujtahid seperti Iman Shafie, tetapi ramai orang yang
berpengetahuan dalam hukum syarak. Kalau berpegang dengan ijtihad sedemikian tentu
menimbulkan masalah dalam perlantikan hakim, sedangkan jawatan hakim perlu diisi,
bahkan wajib ada hakim, sedangkan kaedah ada menjelaskan “apa yang tidak boleh dicapai
semuanya jangan ditinggalkan semua”, justeru wajib dilantik yang terbaik dikalangan yang
berpengetahuan walaupun bertaraf muqallid. Ibn Qudamah berpendapat qadi hendaklah
mengetahui enam perkara asas iaitu al-Quran, sunnah, ijma’, khilaf dikalangan ulama fiqh,
qiyas dan bahasa Arab29.

PERLANTIKAN HAKIM

Perlantikan kejawatan hakim tidak boleh dilakukan dengan permohonan atau


permintaan, bahkan perlantikan hendaklah dating dari pihak berkuasa30. Oleh demikian
adalah menjadi tanggungjawab Ketua Negara melantik orang yang sesuai untuk jawatan
hakim. Jika dia tidak ada pengetahuan tentang seseorang calon hakim, dia hendaklah bertanya
kepada pihak yang tahu mengenai calon berkenaan. Calon yang dikenalpasti boleh dipanggil
dan ditemuduga. Apabila calon berkenaan didapati layak kejawatan hakim, Ketua Negara
boleh mengeluarkan surat perlantikan sebagai hakim31. Mengikut al-Nawawi, individu yang
diberi kepercayaan untuk jawatan hakim boleh menerima perlantikan itu sungguhpun ada

|Page
individu lain yang mungkin lebih layak. Setengah ulama tidak setuju dengan pandangan ini,
kerana menurut sebuah hadith yang bermaksud; “Barangsiapa melantik seorang memegang
sesuatu jawatan, sedangkan ada dikalangan mereka yang lebih layak untuk jawatan
berkenaan, nescaya orang yang menerima perlantikan itu telah melakukan khianat kepada hak
Allah. Nabi dan umat Islam”32.

Oleh demikian adalah menjadi tanggungjawab Ketua Negara memilih orang yang
paling layak kejawatan hakim dan jika dia menolak perlantikan tersebut, bolehlah dilantik
orang yang kurang layak darinya yang boleh melaksanakan tugas kehakiman33. Oramg
berkenaan hendaklah menerima perlantikan tersebut kerana jika tiada siapa yang mahu
menjalankan tugas kehakiman nescaya banyak hak-hak diabaikan dan berlaku kezaliman.

Oleh kerana tugas hakim itu sangat berat maka orang-orang yang layak dilantik
menjadi hakim mengikut Perundangan Islam mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:-

1- Islam – Bukan orang kafir


2- Baligh – Sudah dewasa mengikut perhitungan Syarak
3- Berakal – Bukan orang bodoh
4- Merdeka – Bukan Hamba Sehaya
5- Adil – Bukan orang yang Fasiq atau zalim
6- Menahami maksud ayat-ayat Quran dan Hadith-Hadith Nabi s.a.w. yang berkaitan
dengan kehakiman
7- Mengetahui Ijma’ Ulama’ dan perselisihan faham mereka
8- Mengetahui bahasa Arab sekadar dapat memahami ayat Quran dan Hadith Nabi s.a.w.
mengenai Hukum-Hukum Syarak
9- Pandai menjalankan Qias (perbandingan)
10- Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang cukup dan bukan orang yang lalai.

|Page
IMBUHAN

Hakim berhak mendapat imbuhan atau sara hidup diatas tugas yang dilaksanakan,
bahkan pemerintah boleh menetapkan saraan bulanan bagi mereka. Qadi Syuraih pernah
dibayar seratus Dirham sebulan dan Ibn Mas’ud pula menerima seekor biri-biri sehari34.
Memang wajar hakim diberi saraan tinggi supaya kehidupan mereka tidak terdedah kepada
rasuah atau fikiran mereka terganggu memikirkan pendapatan yang tidak mencukupi.

Hakim sama sekali dilarang menerima hadiah. Jika seorang hakim ada menerima
hadiah hendaklah dipulangkan atau hadiah tersebut diserahkan kepada khazanah kerajaan35.
Larangan ini dibuat kerana pemberian hadiah tersebut boleh dianggap sebagai hadiah atas
jawatan yang dipegang dan oleh demikian dilarang menerimanya kerana boleh
mempengaruhi tugas kehakiman. Bagaimanapun ada kekecualiannya; hadiah dari keluarga
terdekat, hadiah dari mereka yang lazim member hadiah sebelum hakim dilantik, jika
jumlahnya bertambah atau lebih dari kebiasaan, hakim itu hendaklah menolaknya36.
Manakala pula, hadiah dari Ketua Negara dan pemerintah boleh diterima37.

KUASA DAN TUGAS HAKIM

Tugas kehakiman pada umumnya adalah untuk menyelesaikan pertikaian atau


perbalahan antara pihak-pihak. Kuasa menjalankan tugas kehakiman seperti yang dijelaskan
terdahulu datangnya dari khalifah. Khalifah akan memutuskan sama ada kuasa yang
diberikan itu umum atau itlaq tanpa batasan, atau taqyid yakni ada had atau batasan; sama ada
segi tempat, masa, perkara atau jenis pertikaian atau golongan pihak atau pihak yang bertikai.
Pengkhususan bidangkuasa hakim diistilahkan “Ikhtisas al-Qadi”38. Secara ringkasnya
perkhususan kehakiman boleh dibahagikan seperti berikut;

1- Pengkhususan dari segi tempat


2- Pengkhususan dari segi masa
3- Pengkhususan keatas pihak-pihak
4- Pengkhususan keatas jenis pertikaian
5- Pengkhususan dari segi kadar tertentu
6- Pengkhususan Mazhab

|Page
7- Pengkhususan yang digabungkan

Manakala tugas utama seseorang Hakim dalam Mahkamah di Negara Malaysia ini
ialah untuk menegakkan keadilan dan bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama,
tugas kehakiman dalam Mahkamah Sivil di mana kuasanya sangat luas tidak terbatas kepada
orang Islam yang boleh memutuskan banyak perkara mengikut bidangkuasa yang telah
ditetapkan oleh undang-undang dan Akta Persekutuan di samping Enakmen Negeri yang
terpakai baginya dengan bersumberkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan juga
berpandukan kepada Common Law Inggeris. Kedua, tugas kehakiman dalam Mahkamah
Syariah yang mana kuasanya terbatas kepada orang-orang Islam sahaja yang boleh
menyelesaikan pertikaian hal-hal kekeluargaan dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya dan sedikit yang berhubung dengan kesalahan jenayah Syariah setakat hukuman
Takzir berasas kepada Enakmen tertentu yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri di
mana sumber hukumnya adalah berasaskan kepada perundangan Islam. Dan sebab itu Hakim
Mahkamah Syariah mempunyai peranan yang sangat berat untuk menyelesai dan
mendamaikan persengketaan manusia secara Hak dan memutuskan dengan hukuman yang
adil berdasarkan Hukum yang diturunkan oleh Allah yang termaktub di dalam al-Quran dan
Hadith Rasululullah s.a.w.

Oleh itu, di Mahkamah hakim hendaklah duduk di tempat yang lebih tinngi dan
memandang semua pihak-pihak yang berada dihadapannya. Dalam ertikata lain hendaklah
memberi layanan yang sama rata serta tidak membezakan dalam semua tindakan iaitu tidak
memihak kepada satu pihak seperti layanan dan sebagainya39. Hakim tidak boleh bercakap
kepada satu pihak secara perseorangan atau memberi sokongan kepada satu pihak. Hakim
meatilah sabar dan teliti mendengar hujah-hujah dari kedua belah pihak termasuk dari saksi-
saksi. Mengikut Abu Yusof, hakim dibenarkan member nasihat kepada saksi-saksi kerana itu
akan membantu mereka memberi keterangan tanpa takut40.

Dalam masa yang sama, hakim digalakkan menyediakan catatan perbicaraan dan
menyediakan keputusan bertulis dan diedarkan kepada pihak yang berjaya. Setengah ulama
berpendapat langkah tersebut adalah wajib dilakukan oleh hakim. Rekod asal Mahkamah
hendaklah disimpan di arkive Mahkamah41. Dalam Majalah al-Ahkam menyatakan apabila
Mahkamah telah selesai membicarakan sesuatu kes, Hakim hendaklah menyediakan

|Page
keputusan bertulis yang menyatakan, antara lain alasan-alasan perhakiman, fakta-fakta dan
perintah-perintah. Selain diberikan kepada pihak yang menang dan kalah42.

Selain dari tugas tersebut, Hakim boleh memutuskan tarikh-tarikh perbicaraan dan
mengeluarkan perintah ex-parte dan melaksanakan apa jua perkara yang berkaitan dengan
pentadbiran kehakiman. Dalam sistem kehakiman Islam, Mahkamah hendaklah dibekalkan
dengan pegawai-pegawai yang secukupnya seperti kerani Mahkamah, muzakki, pengawal
Mahkamah (al-Bawwab)43 dan lain-lain. Pada hari ini Mahkamah memerlukan pegawai-
pegawai Mahkamah yang lebih ramai lagi sperti Pendaftar, Pegawai Tadbir, penterjemah,
penghantar saman, budak pejabat dan sebagainya. Ada beberapa pendapat tentang pakaian
hakim. Hakim hendaklah berpakaian sempurna atau pakaian yang boleh menampakkan
kehebatan44. Pakaian yang tidak terurus atau seperti orang ramai boleh merendahkan
kedudukannya. Ini berdasarkan kepada amalan Rasulullah s.a.w apabila menyambut tetamu
memakai jubah yang baik. Al-Mawardi berpendapat, hakim hendaklah memakai pakaian
yang baik bagi membezakan dengan orang ramai. Menurut Qadi’ Abu Yusof, hakim
hendaklah memakai jubah hitam ketika Mahkamah bersidang.

ETIKA HAKIM

Seseorang Hakim itu terikat kepada banyak etika yang merangkumi etika berkaitan
dengan perlantikan, permohonan, gerak laku di dalam Mahkamah dan di luar Mahkamah
secara umum dan khusus. Kertas ini tidak akan menyentuh semua Etika Hakim tetapi
sebaliknya akan menyentuh etika sewaktu menghakimi dan mengadili sesuatu kes dalam
Mahkamah di antaranya:-

1- Tidak boleh mendengar atau menjatuhkan hukuman sesuatu kes ketika dalam
keadaan marah.
2- Hendaklah disamakan tempat duduk, pertanyaan dan sebagainya di Antara Plaintif
dan Defendan.
3- Hakim hendaklah dengan penuh perhatian mendengar keterangan dari kedua-dua
pihak.
4- Hakim sebagai orang tengah tidak boleh memihak kepada sesuatu pihak tertentu
dan hendaklah bersifat adil dalam penghakiman.

|Page
5- Setiap hukuman hendaklah berasaskan hukum-hukum yang ada di dalam al-Quran.
Jika tidak didapati hukumnya di dalam al-Quran hendaklah dicari hukumnya di
dalam Hadith Rasululullah s.a.w. dan jika tidak ada juga hendaklah berijtihad dan
perkara ijtihad ini pada zaman sekarang sangat sukar hendak didapati.
6- Hukuman tidak boleh dibuat dalam keadaan berikut:-

1- Ketika sangat lapar dan dahaga


2- Ketika dating keinginan berahi (syahwat)
3- Ketika sangat gembira atau berdukacita
4- Ketika kurang sihat
5- Ketika hendak buang air besar atau kecil
6- Ketika mengantuk
7- Ketika sangat panas atau sejuk
8- Ketika dalam keadaan marah

BIDANG KUASA HAKIM

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam permulaan kertas ini bahawa bidang kuasa
Hakim di Mahkamah Sivil boleh dikatakan merangkumi semua perkara baik perkara Sivil
mahu pun Jenayah kecuali perkara dan kesalahan yang diberi kuasa kepada Mahkamah
Syariah. Itu pun dalam kes-kes tertentu Mahkamah Sivil juga ada bidangkuasa (bidangkuasa
bersama).

Dan Hakim di Mahkamah Sivil boleh menjatuhkan hukuman mati, penjara seumur
hidup, denda tidak terhad dan sebat tidak lebih daripada 24 sebatan. Manakala Hakim
Mahkamah Syariah bidangkuasanya terbatas dalam hal-hal kekeluargaan Islam sahaja
(matromani) dan beberapa kesalahan jenayah yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai
kesalahan kecil di mana hukuman maksimanya denda tidak lebih daripada Lima Ribu
Ringgit, Penjara tiga tahun dan sebat tidak melebihi Enam Rotan (Akta Mahkamah Syariah)
(Bidangkuasa Jenayah) Pindaan, 1984.

 | P a g e
DALIL PENSYARATAN DAN KEHAKIMAN

Dalil daripada al-Qur'an

Manusia yang lazimnya hidup bermasyarakat pasti memerlukan paratusan yang kemudian
dikuatkuasakan bagi menjamin kehormatan hidup sesame mereka. Suasana hidup
bermasyarakat juga tidak akan terlepas dari rasa tidak puas hati atau berlaku pertelingkahan
sama ada kecil ataupun besar. Semua ini menuntut penyelesaian dan penghakiman yang adil
berdasarkan hukum serta paratusan yang jelas. Di dalam a-Qir'an terdapat banyak ayat yang
memerintahkan agar membuat penghakiman secara saksama. Antaranya firman Allah s.w.t. :

ߊ…ãρ#y‰≈tƒ $‾ΡÎ) y7≈oΨù=yèy_ Zπx‹Î=yz ’Îû ÇÚö‘F{$# Λäl÷n$$sù t÷t/ Ĩ$¨Ζ9$# Èd,ptø:$$Î/ Ÿωuρ ÆìÎ7®Ks? 3“uθyγø9$# y7‾=ÅÒãŠsù tã È≅‹Î6y™ «!$# 4

Maksudnya: Hai Daud, Sesungguhnya kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka
bumi, Maka berilah Keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu
mengikuti hawa nafsu, Karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.45

Di dalam ayat yang lain. Allah s.w.t. menegaskan :

Èβr&uρ Νä3ôm$# ΝæηuΖ÷t/ !$yϑÎ/ tΑt“Ρr& ª!$# Ÿωuρ ôìÎ7®Ks? öΝèδu!#uθ÷δr& öΝèδö‘x‹÷n$#uρ βr& š‚θãΖÏFøtƒ .tã ÇÙ÷èt/ !$tΒ tΑt“Ρr& ª!$# y7ø‹s9Î) (

Maksudnya : Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang
diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka.46

Seterusnya malalui beberapa ayat yang lain pula Allah member ingatan kepada sesiapa sahaja
yang menetepikan keadilan, golongan itu dikategorikan sebagai orang-ornag yang kafir,
zalim dan fasid. Firman Allah s.w.t.

!4 tΒuρ óΟ©9 Οä3øts† !$yϑÎ/ tΑt“Ρr& ª!$# y7Í×‾≈s9'ρé'sù ãΝèδ tβρãÏ≈s3ø9$# ∩⊆⊆∪

Maksudnya : barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka
mereka itu adalah orang-orang yang kafir.47

 | P a g e
Seterusnya Allah s.w.t. berfirman :

tΒuρ óΟ©9 Νà6øts† !$yϑÎ/ tΑt“Ρr& ª!$# y7Í×‾≈s9'ρé'sù ãΝèδ tβθßϑÎ=≈©à9$# ∩⊆∈∪

Maksudnya : barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah,
Maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.48

Dan Allah s.w.t. berfirman :

tΒuρ óΟ©9 Νà6øts† !$yϑÎ/ tΑt“Ρr& ª!$# y7Í×‾≈s9'ρé'sù ãΝèδ šχθà)Å¡≈xø9$# ∩⊆∠∪

Maksudnya : barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah,
Maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.49

Dalil daripada al-Sunnah

Selain daripada ayat-ayat al-Qur'an, terdapat banyak hadis RAsulullah s.a.w. yang menyentuh
secara lansung berkaitan kehakiman. Antaranya bermaksud :

Jika seseorang hakim telah berijtihad semas menjatuhkan hukuman dan ijtihadnya itu
tepat maka ia akan mendapat satu ganjaran.50

Hadis di atas menjelaskan bagaimana seseorang hakim menjalankan tudasnya. Seorang


hakiman sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman hendaklah berijtihad dan berusaha agar
mendapat dua pahala dan jika salah pula dia tetep akan menerima satu pahala sahaja.

Di dalam hadis yang lain pula, Rasulullah s.a.w member ingatan kepada para qadi atau hakim
agar berhati-hati dalam menjatuhkan hukuman serta sentiasa mnegakkan kebenaran, tidak
melidungi kebatilan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Qadi tebahagi kepada tiga bahagian, dua masuk neraka dan satu masuk syurga. Yang
masuk syurga ialah qadi yang mengetahui kebenaran dan menghukumkan dengannya.
Yang masuk neraka ialah qadi yang mengetahui mana yang benar atau hak tetapi
menghukum dengannya dan zalim dalam hukuman, maka ia masuk neraka. Dan qadi

 | P a g e
yang tidak mengtahui yang hak, lalu ia menghukum manusia berdasarkan
kejahilannya, maka ia juga masuk neraka.51

Seterusnya, Rasulullah s.a.w juga telah membayangkan betapa tingginya kedudukan qadi
atau hakim di mana Allah s.w.t. akan sentiasa bersama-sama mereka selama mama mereka
bertindak dengan keadilan dan seksama. Sabda Rasulullah s.a.w. tang bermaksud :

Allah bersama-sama seseorang qadi selagi ia tidak melakukan kezaliman, jika ia


zalim maka Allah tidak akan bersama tetapi syaitanlah yang akan bersamanya.52

KEPENTINGAN DAN KEHAKMAN ISLAM

Islam menegaskan bahawa kezaliman dalam sebarang bentuk hendaklah dihapuskan. Setiap
hak sama ada yang melibatkan hak individu mahupun hak kumpulan atau masyarakat, wajib
dilindungi, dipertahankan dan dijaga daripada berlakunya pencerobohan. Oleh itu fungsi
badan kehakiman amat diperlukan bagi menyelesaikan sebarang pertelingkahan yang timbul
dan menyelesaikannya sama ada ia berhubung dengan orang perseorang, kelompot dan
masyarakat seluruhnya. Tampa institusi kehakiman yang telus dan adil kezaliman akan
berterusan. Allah s.w.t. berfirman:

ª!$#uρ Ÿω “ωôγtƒ uΘöθs)ø9$# tÏϑÎ=≈©à9$# ∩∇∉∪

Maksudnya : Dan ingatlah Allah tidak menunjuki orang-orang yang zalim.53

Seterusnya keadilan yang ditekankan dalam islam meliputi semua perkara sama ada hal
ehwal ekonomi, social mahupun politik. Dalam bidang muamalat jual beli umpamanya, Allah
s.w.t. berfirman :

( (#θèù÷ρr&uρ Ÿ≅ø‹x6ø9$# tβ#u”Ïϑø9$#uρ ÅÝó¡É)ø9$$Î/ (

Maksudnya : dan sempurnakanlah takatan dan timbangan dengan adi.l54

 | P a g e
Oleh itu antara cara yang terpenting untuk memelihara keadilan menjamin hak manusia dan
juga hak Allah s.w.t. supaya tidak dicabul adalah dengan wujudnya institusi kehakiman islam
menjadi institusi kehakiman Negara sebagaimana yang dituntut oleh syarak. Institusi inilah
yang akan menegakkan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat bagi membuahkan suatu
corak kehidupan yang aman makmur serta sentiasa di bawah keredhaan Allah s.w.t.

SEJARAH RINGKAS INSTITUSI KEHAKIMAN ISLAM

Zaman Rasulullah s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w. di dalam pentadbiran Negara Islam Madinah merupakan penguasa
tertinggi sama ada dalam bidang keagamaan mahupun kenegaraan. Semasa hayat Rasulullah
s.a.w., baginda sendiri bertindak sebagai hakim tertinggi bagi kerajaan dan mengetuai
institusi kehakiman Islam serta menjadi rujukan terakhir setiap pertikaian. Baginda
memutuskan kes dan menyelesaikan pertikaian berdasarkan undang-undang islam. Walau
bagaimanapun, Rasulullah juga telah melantik beberapa orang sahabat baginda menjadi qadi
bagi membantu dalam pentadbiran kehakiman dan penyelesaian kes-kes yang timbul. Sebagai
contoh Syidina 'Ali dan Muadh Ibn Jabal pernah dilantik menjadi qadi di Yaman. Sunnah
telah membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah pun memutuskan kes dalam pelbagai
bidang seperti jenayah, kekeluargaan, harta pusaka dan lain-lain lagi.

Antara contoh kes yang telah diputuskan oleh Rasulullah s.a.w. adalah tentang
pertikaian harta pusakan :

Pada satu hari dua orang lelaki yang bertelingkat tentang harta pusaka (yang telah
lama tidak diselesaiakan) telah dating ke rumah Nabi s.a.w. tampa mempunyai bukti bagi
menyokong setiap tuntutan mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka
"Sesungguhnya kamu telah dating mengadukan masalah kamu ini kepada Rasulullah s.a.w.
sedangkan aku ini seorang manusia. Mungkin ada di antara kamu yang lebih bijak dalam
menjelaskan hujah daripada yang lain. Aku hanya memutuskan berdasarkan apa yang aku
dengar daripada keterangan kamu. Maka sesiapa yang aku berikan hukuman untuk
(disebabkan kepandaiannya berhujah) sesuatu daripada hak saudaranya, bermakna aku telah
memberikan kepadanya sepotong api neraka, dan dia akan menggantungkan apa yang aku
hukumkan untuknya itu dilehernya bagi dijadikan pembakar api pada hari kiamat". Apabila
mendegar kata-kata itu, kedua-dua lelaki itu menangis seraya berkata " Segala hak aku,

 | P a g e
kuberikan kepada saudaraku ini. " Mendegar kata-kata itu, Baginda Rasulullah s.a.w.
bersabda, " Pulanglah kamu secara adil, bersaudaralah antara kamu dan saling
mengahlalkanlah sesame kamu."55

Hadis di atas sebenarnya telah mengaturkan beberapa prinsip asas dalam penghakiman yang
perlu diikuti iaitu:

• Seorang hakim hendaklah menghukum berdasarkan keterangan serta bukti yang jelas.
• Sebarang keterangan dan bukti yang ada serta cara penghujahnya adalah penting.
Ianya boleh mempengaruhi keputusan hakim.
• Hakim perlu selalu member peringatan kepada pihak-pihak yang bertikai tentang
betapa pentingnya keimanan kepada Allah s.w.t. serta meneyerahkan hak kepada yang
sebenarnya berhak. Ini bertujuan untuk member kesedaran dan keinsafan kepada
meraka.
• Hendaklah mengutamakan penyelesaian secara "sulb" iaitu berdamai kecuali dalam
menghalalkan perkara yang haram ataupun sebaliknya.

Seterusnya dalam kes zina pula umpamanya :

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa pada suatu hari telah datang seorang
lelaki islam kepada Rasulullah s.a.w. yang ketika itu sedang berada di masjid,
sterusnya mengaku (berikrar) telah melakukan zina. Ikrarnya telah diulang-ulang
sebanyak empat kali. Setelah selesai pengakuan buat kali yang keempat. Rasulullah
telah bertanya kepada lelaki itu " Adakah kamu mempunyai penyakit gila? " lelaki itu
menjawab, " Tidak. " Rasulullah bertanya lagi. " Benar?" Maka seterusnya Rasulullah
memrintah agar lelaki itu direjam.56

Jika diperhatikan, hadis di atas juga memberikan panduan untuk penghakiman bahawa
Rasulullah s.a.w. hanya menerima ikrar orang yang berzina setelah diulang-ulang sebanyak
empat kali di samping memastikan bahawa ia dilakukan dengan sukarela, dalam keadaan
sedar dan ia sempurna akal ketika membuat ikrar tersebuat. Kes ini juga menunjukkan
bahawa dalam mengendalikan perbicaraan, baginda s.a.w. telah mengemukakan soalan-
soalan yang boleh membantu menjelas kedudukan sebenar.

\ Sebagaimana yang disebut di awal tadi, di samping Rasulullah s.a.w. sebagai ketua
badan kehakiman, para sahabat telah bertindak menjadi pembantu Baginda. Baginda s.a.w.

 | P a g e
pernah menyerahkan kuasa pengadilan kepada para sahabat lebih-lebih lagi apabila
bertambah luasnya empayar islam. Ia dilakukan melalui perlantik amir-amir di wilayah-
wilayah tertentu. Rasulullah s.a.w. telah melantik sahabat-sahabat ini dalam bidang
kehakiman serta cara untuk mengeluarkan hukum daripada sumber-sumbernya. Antaranya
sahabat yang terkenal dalam bidang ini ialah 'Umar al-Khattab, 'Ali bin Abi Talib, Abdullah
bin Mas'ud, Abdullah bin Umar dan Abdullah bin al-Abbas.57

WANITA SEBAGAI HAKIM DALAM NEGARA ISLAM

Jumhur ulama' daripada mazhab Syafi'I, Hambali dan Maliki telah sepakat meletakkan lelaki
sebagai syarat pelantikan seorang hakim. Ini bermakna wanita tidak layak menjadi hakim.
Malah pelantikan perempuan manjadi hakim dianggap tidak sah dan hukuman yang mereka
buat juga tidak sah dan terbatal.58

Penetapan syarat lelaki sebagai hakim ini mengikut jumhur ulama' berdasarkan dalil-
dalil daripada al-Qur'an, al-Sunnah dan juga dalil akal. Do dalam al-Qur'an dinyatakan yang
bermaksud

ãΑ%y`Ìh9$# šχθãΒ≡§θs% ’n?tã Ï!$|¡ÏiΨ9$# $yϑÎ/ Ÿ≅āÒsù ª!$# óΟßγŸÒ÷èt/ 4’n?tã <Ù÷èt/ !$yϑÎ/uρ (#θà)xΡr& ôÏΒ öΝÎγÏ9≡uθøΒr& 4 àM≈ysÎ=≈¢Á9$$sù

ìM≈tGÏΖ≈s% ×M≈sàÏ≈ym É=ø‹tóù=Ïj9 $yϑÎ/ xáÏym ª!$# 4

Maksudnnya : Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh Karena Allah
Telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita),59

Apa yang dimaksudkan dengan qawwam (pemimpin) dilam ayat di atas ialah tanggungjawab
lelaki bukan sahaja terhad untuk memberi nafkah tetapi juga sebagai pemerintah, pemimpin
angkatan tentera dan lain-lain yang tidak boleh diserahkan tugas-tugas ini kepada wanita.60
Dan ayat ini juga merupakan dalil bahawa qawwam ini hanya dikhususkan kepada lelaki
sahaja dan tidak kepada wanita. Tambahan pula lelaki itu dilengkapi dengan kelebihan dari
segi fizikal dan akal fikiran.61 Sedangkan wanita pula dikenali dengan memiliki sifat lemah
lembut dan lemah. Oleh itu kerana lelaki lebih baik dari sudut kepimpinan maka adalah
haram melantik wanita, jika tidak maka wanita berkongsi dari sudut kepimpinan dengan
lelaki dan ini jelas sekali bertentangan dengan kehendak dan maksud ayat.

 | P a g e
Seterusnya, jika dikatakan bahawa ayat tersebut hanya khusus berkenaan dengan
kepimpinan rumah tangga sahaja maka pemahaman sebagini adalah tidak benar. Sepatutnya,
apabila wanita sudah tidak boleh menjadi pemimpin dalam rumah tangga yang hanya
mentadbir urusan yang kecil dan terdiri daripada beberapa indivisu sahaja maka mereka
sudah tentu tidak berkemampuan dalam mengurus dan memimpin orang yang lebih ramai
yagn melibatkan hal-hal persengketaan dan perselisihan.62

Hujah kedua yang dikemukankan oleh jumhur ualam' islah hadis Rasulullah s.a.w.
yang menyifatkan sesuatu kaum itu tidak akan Berjaya sekirnya urusan mereka ditadbir oleh
wanita apabila baginda mendegar berita bahawa orang Parsi melantik anak perempuan Kisra
sebagi raja Parsi selepas kematiannya. Baginda bersabda yang bermaksud :

Tidak akan Berjaya kaum yang melantik wanita mengurus urusan mereka.63

Perkataan amrahum (urusan mereka) di dalam hadis ini membawa maksud yang umum,
meliputi segala kekausaan (wilayah) termasuk hakim dan bukannya terbatas kepada soal
kepimpinan Negara sahaja. Penafian kejayaan apabila melantik perempuan sebagai hakim
bermaksud tidak harus mereka berkecimpung di dalamnya.64 Tambahan lagi, kegagalan
sesuatu kaum itu akan berlaku jika diserahkan urusan merela kepada wanita dalam soal
pelantikan hakim kerana hakim bererti mengepalai atau mengendali sesuatu urusan dan
jawatan tersebut merupakan sebahagian daripada jawatan dan tugas khalifah.65

Berdasarkan hadis tersebut al-Shiraziy pula menambahkan bahawa persoalan etika pergaulan
yang ditetapkan oleh islam juga tidak memungkinkan wanita untuk menjadi hakim. Ini
kerana menurut beliau tugas hakim yang terpaksa bergaul dengan lelaki did lam
membicarakan sesuatu kes dan ini dikhuatiri akan menimbulakan fitnah.66 Di samping itu,
tidak terdapat di dalam sejarah Rasulullah s.a.w. dan umat islam selepasnya yang melantik
perempuan sebagai hakim. Akhir sekali penghakiman dianggap sebagai sebahagian daripada
tugas imam atau khalifah dan wanita dilarang menjadi imam, begitu juga menjadi wakilnya.67

 | P a g e
Kuasa Melantik Hakim

Pada prinsip asalnya pemerintah bertanggungjawab melantik seseorang hakim dalam sebuah
Negara. Namun demikian, hukum lantikan hakim oleh pemerintah itu berbeza-beza
kedudukannya. Ini kerana sesebuah Negara itu kadangkala diterajui oleh pemerintah kafir
walaupun pada asalnya ia adalah Negara islam.

Sekiaranya pemerintah Negara itu adalah pemerintah islam, beliau memperolehi


tampuk pemerintahan sama ada secara betul atau melalui pemberontak. Ada kala pemerintah
Negara islam itu terdiri daripada mereka yang bersifat zalim, munafiq dan sebagainya. Ada
juga pemerintah yang menyerah bulat-bulat urusan pentadbiran kehakiman kepada atau pihak
bawahan. Berdasarkan keadaan ini, perlu diteliti pandangan umala' islam mengenai hukum
pelantikan hakim oleh pemerintah berkedudukan sedemikian.

PERLANTIKAN OLEH KHALIFAH ATAU KETUA NEGARA

Dalam syariat islam, ketua Negara atau pemerintah dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t.
untuk melantik hakim kerana ia termasuk dalam salah satu tanggungjawab beliau. Kedudukan
ini bukan hanya berasaskan kepada ijtihad fuqaha' semata-mata, sebaliknya berlandaskan
kepada al-Qur'an, al-Sunnah dan juag ijma'

#sŒÎ)uρ ΟçFôϑs3ym t÷t/ Ĩ$¨Ζ9$# βr& (#θßϑä3øtrB ÉΑô‰yèø9$$Î/ 4

Maksudnya : "dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya
kamu menetapkan dengan adil"

Hukum dalam ayat tersebut mestilah dijatuhkan oleh hakim atau qadi tuntutan ayat itu
ditujukan sejumlah hakim, sedangkan tugas untuk melaksanakan hukum Allah s.w.t. itu pada
asalnya terpaku di bahu pemimpin. Dengan ini, jelaslah bahawa qadi itu dilantik oleh
pemimpin.

Selain itu, terdapat dalil-dalil yang nyata daripada al-Sunnah yang menunjukkan
bahawa walaupun Rasulullah s.a.w. sebagai seorang pemimpin yang berperanan untuk
menjadi qadi dan hakim, namun demikian baginda juga melantik beberapa orang sahabat


| P a g e
untuk menjadi qadi di beberapa tempat, terutamanya di kawasan berjauhan dengan pusat
pemerintahan (Madinah).

Selain daripada Mu'az Ibn Jabal Rasulullah s.a.w. juga mengutuskan 'Ali Ibn Abi
Talib ke Yemen sebagai qadi. Baginda juga telah melantik Utab Ibn Asid sebagai Gabenor
dan qadi di makkah selepas pembukaannya. Dikatakan Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan
mana-mana negeri yang memeluk islam melainkan setelah melantik seseorang sebagai qadi
di tempat itu. Ijma' ulama' juga telah terbentuk dalam masalah ini di mana umat islam
keseluruhannya sama ada salaf dan khalaf dari zaman sahabat hingga ke zaman sekarang
bersepakat bahawa ketua Negara mesti melantik hakim untuk mengendalikan urusan
penghakiman. Bukti-bukti sejarah mamadai untuk mengukuhkan keadaan ini.

Pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Sidiq (r.a.) beliau telah melantik
'Umar al-Khattab sebagai pengganti untuk menguruskan masalah yang berkaitan dengan
kehakiman, di samping melantik Abu 'Ubaydah menguruskan perbendaharaan. Khalifah
'Umar sendiri semasa pemerintahan telah melantik beberapa orang hakim membantu beliau
dalam masalah tersebut. Beliau telah melantik Abdullah ibn Mas'ud sebagai hakim di basrah,
Shurayh menjadi hakim di Kufah dan Abu al-Darda' sebagai hakim di Damsyik. Selain
daripada mereka, terdapat ramai lagi hakim-hakim yang dilantik di segenap pelosok Negara
islam. Beliau juga memberikan panduan kepada para hakim dalam menjalankan tugas,
sebagai yang tercatat di dalam wartanya yang ditulis kepada Abu Musa al-As'ari.

Begitu juga keadaan padaan pemerintahan Khalifah 'Uthman dan Khalifah 'Ali, di
mana mereka telah melantik hakim-hakim dalam membantu mereka menguruskan Negara
sama ada dengan mengekalkan hakim yang sedia ada atau melantik hakim baru. Keadaan
yang sama juga berlaku pada pemerintahan kerajaan-kerajaan islam selepas kurun pertama
itu. Ahli fiqh dan sarjana islam juga bersetuju bahawa pelantikan hakim pada asalnya
tanggungjawab ketua Negara. Kehakiman bermaksud memutuskan hukum ke atas orang
ramai secara hak dengan hukum yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Jadi, pelantikan hakim
adalah untuk menegakkan perkara fardu, maka ia juga fardu.

Cara Pemilihan Hakim

Pelantikan hakim atau qadi di dalam islam adalah berdasarkan persetujuan dan
perisytiharan oleh ketua Negara. Seseorang hakim atau qadi yang dipilih iyu hendaklah
daripada mereka yang benar-benar berkelayakan,berwibawa dan yang terbaik di kalangan

 | P a g e
mereka kerana seperti yang dikatakan oleh Ibn 'Abidin, pemerintahan akan berdosa jika
melantik orang tidakmemenuhi cirri-ciri tersebut. Justeru itu. Pemerintah hendaklah berhati-
hati dan cermat pemilihan. Terdapat dua cara dalam mencari calon yang sesui dalam
pemilihan hakim, iaitu:

• Dengan menggunakan maklumat yang dimiliki oleh khalifah tetang orang yang bakal
dilantiknya. Kahlifah boleh malantik seseorang berdasarkan maklumat terdahulu yang
ada padanya. Selain daripada itu, khalifah juga boleh melantik mereka yang
termasyhur dan terkenal dengan kemampuan dan kebolehan tampa perlu membuat
penyelidikan. Kedudukan ini samala seperti pelantikan Sayidina 'Ali oleh Rasulullah
s.a.w. sebagai qadi atau hakim di Yemen. Untuk mendaoat maklumat mengenai orang
yang layak untuk menjadi hakim, pemerintah juga boleh betanyakan orang alim
mengenai calo yang layak.
• Melalui peperiksaan dan temu duga. Yujuan peperiksaan dantemu duga ini ialah
untuk menguji dan memastika kemampuan seseorang yang hendak dilantik. Nabi
Muhammad s.a.w. pernah menguji beberapa soalan kepada Mu'adh ibn Jabal sebelum
baginda mengutuskan beliau menjadi qadi atau hakimdi Yemen

Kedua-dua cara ini sering digunakan dalam pelantikan hakim atau qadi pada masa ini.
Namun demikian cara yang kedua adalah cara yang paling banyak dalam pelantikan
hakim-hakim pada masa sekarang ini, terutamanya hakim-hakim di mahakamah rendah.
Peperiksaan dilakukan sama ada secara lisan atau bertulis.

Akad Pelantikan

Pelantikan hakim sama seperti pelantikan jawatan-jawatan lain yang berbentuk


penyerahan kuasa (al-wilayah) memerlukan suatu akad yang terdiri daripada tawaran
(ijab) dan penerimaan (qabul).

 | P a g e
NOTA HUJUNG

1. al-Baqarah, 200
2. al-Ahzab, 31
3. al-Isra’, 23
4. Yunus : 93
5. Ibn Human, Fath al-Qadir, j.5, hlm. 453
6. Ibn Abi al-Damm, Kitab Adab al-Qadi, hlm. 126
7. Ahmad al-Bahi, Tarikh al-Qada’ Fi al-Islam,hlm. 20
8. al-Nawawi, Minhaj al-Talibin(E), hlm. 500
9. Lane (1983), Arabic- English lexicon
10. The Majallah, Per. 1784-1787
11. al-Nawawi, hlm. 500, al-Mawardi, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 65
12. Ibn Abi al-Damm, hlm. 132
13. Ibn Hazm, al-Muhalla, Jld. 9, hlm. 430
14. Ibn Tamiyyah, al-Fatwa al-Kubra, Jld. 4, hlm. 628
15. Ibn Hazm, hlm. 429
16. al-Kasani, (1919), al-Badaci al-Sanaac, Jld. 7, hlm.3, Ibn Human, Fath al-Qadir, Jld. 5,
hlm. 485-486
17. Ibn Qudamah, hlm. 380
18. Ibn Hazm, hlm. 363
19. Mahmud Saedon A.Othman (1990). Kadi Perlantikan, Perlucutan dan Bidangkuasa,
hlm. 28-29
20. Abdul Karim Zaidan, Sistem Kehakiman Islam, (1983) hlm. 29
21. Al-Mawardi, hlm. 23
22. Abdul Kadir Zaidan, hlm. 28-29
23. al-Nawawi, hlm. 501
24. Mahmud Saedon A.Othman, hlm. 38
25. Syabirin al-Khatib, hlm. 385
26. Ibn Tamiyyah, hlm. 634
27. Abdul Karim Zaidan, hlm. 29-30
28. Ibn Abi al-Damm, hlm. 135, Ibn Rusyd, hlm. 494
29. Ibn Qudamah, hlm. 383
30. al-Mawardi, hlm. 143

 | P a g e
31. Ibn Qudamah, hlm. 378-379
32. al-Zailanci, Nasab al-Rayah, Jld. 4, hlm. 62
33. al-Mawardi, hlm 144
34. Ibn Qudamah, hlm. 376-378
35. al-Mawardi, hlm 75
36. Ibn Human, hlm. 467-468
37. Ibn Abidin, hlm. 374
38. al-Mawardi, hlm. 72-73
39. al-Mawardi, hlm. 250, Ibn-Qudamah, hlm. 441
40. al-Kasani, hlm. 504
41. Syarbini al-Khatib, hlm. 394-395
42. Perkara 1927
43. Syarbini al-Khatib, hlm. 388 n 389; Abdul Kadir Zaidan, hlm. 55 n 59
44. Ghulam Murtaza Azad, “Judicial System of Islam”, hlm 38
45. Al-Qur’an, Surah Sad 38:26.
46. Al-Qur’an, Surah al-Ma’idah, 5:49.
47. Al-Qur’an, Surah al-Ma’idah, 5:44
48. Al-Qur’an, Surah al-Ma’idah, 5:45
49. Al-Qur’an, Surah al-Ma’idah, 5:47
50. Al-Bukhariy 1994/1414H, Sahih al-Bukhari. (T.tp): Dar al-Fikr. Juzu’ 8, hlm. 198.
51. Al-Kahlaniy, Muhammad b. Ismail, 1960. Subul al-Salam, Jil. 4, Mesir: Matba’ah
Mustafa al-Babiy al-Halaby. Jil 4, hlm. 115.
52. Al-Shaukaniy, Muhammad b. Ali b Muhammad,(T.tp), Nayl al-Awtar. Mesir
Matba’ah Mustafa al-Halabiy, jil. 8, hlm 293
53. Al-Qur’an, Surah al-Ma’idah 3:86.
54. Al-Qur’an, Surah al-An’am 6:152.
55. Al-Iman Al-Nawawiy, (t.th) syarah Sahih Muslim. Mesir : Martba’ah al- Misriyyah;
Jil. 2, hlm 193.
56. Muhammad Salah Madkur, al-Qada’ fi al-Islam: hlm. 22.
57. Ibid.
58. Al-Mawardiy, Abu Hasan ‘Ali b. Muhammad b. Habib al-Basri al-Baghdadi, (t.th).
al-ahkam al-sultaniyah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, hlm. 83.
59. Al-Qur’an, Surah al-Nisa’, 3:34.

 | P a g e
60. Al-Qurtubiy, ‘Abd. Allah Muhammad b. Ahmad al-Ansari, 1988. Al-Jami’lin Ahkam
Al-Qur’an, Jil. 5. Bairut :Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, hlm 110.
61. Al-Mawardiy. Al-Ahkam al-Sultaniyah, hlm. 83.
62. Al-bakr, Muhammad ‘Abdul Al-rahman, 1988. Al-Sultan al- Qudba’iyah wa
Shaksitah Al- Qadhi. Kaherah: al-Zahra’al al-‘lim al-‘Arabi, hlm. 356.
63. Al-Shaukani, Imam Muhammad b. ‘Ali b. Muhammad, 1995. Nayl al-Awtar, Jil. 8.
Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, hlm. 273.
64. Ibid.
65. Mahmud Saedon A. Othman,1990 Kadi: Pelantikan, Perlucutan dan Bidangkuasa
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm. 34.
66. Ibid, Lihat Ibn ‘Arabi, Abu Bakr Muhammad b. ‘Abd. Allah, 1987. Ahkam al-Qur’an
Jil. 3. Beirut: dar Al-jil, hlm. 1458.
67. Al-Bakr. Al-Sultan al-Qada ‘iyyah wa Shaksiyah al-Qadi, hlm. 357.

BIBLIOGRAFI

Al-Syriah kehakiman ISLAM JILID 2

Siti Zalikhah Haji Md . Nor et. Al

Dewan Bahasa dan Pustaka

Kuala Lumpur 2004

Sistem Kehakiman Dalam Islam

Prof. Dr Ahmad Shalaby

Ph.D. Universiti Cambridge

Prof. dan Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam

Fakulti Dar El-Ulum, Universiti Cairo.

Pustaka Nasional PTE LTD Singapura

Islam : Adil untuk Semua

 | P a g e
Abdul Hadi Awang
PTS Islamika

PRINSIP-PRINSIP PROSIDING MAHKAMAH DALAM SYARIAT ISLAM

AL-AHKAM JILID 5 PENGHAKIMAN DAN PEGUAMAN

Ahmad Ibrahim et al.

SISTEM KEHAKIMAN ISLAM JILID 3

Dr. Abdul Karim Zaidan

SISTEM KEHAKIMAN ISLAM JILID 1

Dr. Abdul Karim Zaidan

Terjemahan : Mohd Saleh Hj. Ahmad.

 | P a g e

You might also like