You are on page 1of 2

PEPERANGAN YANG BERLAKU DI DUNIA

BANYAK MEMBAWA KEMUSNAHAN


Oleh : Leng Siong Cheng ( Tingkatan U6SB)

Semenjak kewujudan semua kehidupan, terutamanya manusia, persaingan selalu


berlaku. Apabila berlaku persaingan yang terlalu sengit, niat untuk melenyapkan
kehadiran pesaing lain akan mula bermain di pemikiran manusia secara automatik.
Dengan itu, konflik dan pembunuhan berlaku melibatkan dua pihak dengan tujuan
menghapuskan lawan. Senario itu mungkin terkawal sekiranya keadaan tersebut hanya
melibatkan dua orang sahaja. Apa pula yang akan berlaku sekiranya keadaan itu
melibatkan sekumpulan orang ramai, yang siap siaga dengan peralatan canggih untuk
membunuh musuh masing-masing? Sebenarnya, yang disebutkan di atas itu merupakan
definisi jelas bagi “peperangan” atau dalam bahasa Inggerisnya, “war”.

Peperangan bukan lagi sesuatu yang asing bagi kita . Setiap masa, peperangan
berlaku di mana-mana sahaja, tanpa mengira tempat, waktu, keadaan dan cuaca. Antara
contoh peperangan yang disenaraikan oleh para pengkaji sejarah ialah Perang Dunia
Pertama dan Kedua, Perang Vietnam, Perang Teluk dan yang terkini pencerobohan Iraq
oleh tentera Amerika Syarikat. Peperangan sudah menjadi kebiasaan dalam tamadun
kita kerana ini adalah sebahagian daripada sejarah kita. Namun, apa yang kita peroleh
semasa dan selepas peperangan hanyalah suatu jenis kemusnahan berskala besar.

Peperangan, tidak kira skalanya, mesti akan melibatkan nyawa yang terkorban.
Berdasarkan laporan media, kita mendengar beratus-ratus nyawa melayang begitu sahaja.
Itu hanya khabar tentang kematian orang awam, apakah yang terjadi kepada askar-askar
yang berjuang untuk negara masing-masing? Angka sebenarnya tidak kurang dahsyat
berbanding orang awam. Sebagai contoh, pembunuhan besar-besaran di Nanjing semasa
Perang Dunia Kedua. Lebih 10 juta rakyat dan askar China yang mati terkena bom,
dibedil peluru berpandu, ditembak, diperkosa lalu dibunuh oleh askar-askar Jepun. Dalam
kalangan mereka yang mati, terdapat juga kanak-kanak yang menjadi magsa peperangan.
Kanak-kanak ini ada yang mati, cacat, dan ada yang trauma seumur hidup mereka.
Peperangan sememangnya memberi impak negatif yang besar terhadap golongan ini yang
digelar masa depan bangsa sehingga ada yang kecacatan moral akibat desakan
masyarakat dan kehilangan kasih sayang daripada orang tersayang yang mati dalam
peperangan.

Peperangan turut memusnahkan harta benda, sama ada harta benda awam
mahupun harta benda persendirian. Banyak harta benda seperti bangunan, jalan, landasan
kereta api, lapangan terbang, pelabuhan, jambatan dan sebagainya lenyap begitu sahaja
ekoran kemaraan tentera penceroboh. Selain itu, harta benda seperti ternakan, tanaman,
alat pengangkutan, hutan juga musnah akibat peperangan yang tidak munasabah. Harta
benda ini merupakan kemudahan dan nadi kehidupan masyarakat di sesuatu tempat.
Tidak hairan salah satu kesan sampingan peperangan ialah kebuluran dan kadar inflasi
yang meningkat. Masyarakat setempat tidak mampu untuk membeli barang keperluan.
Ramai yang terpaksa menjadi perompak, pencuri, pelacur dandan terlibat dalam pelbagai
kebobrokan sosial semata-mata untuk mencari rezeki hidup. Di Malaysia semasa tahun
1941 hingga 1945, ramai perempuan yang terpaksa menggadai maruah mereka kepada
askar-askar Jepun semata-mata ingin hidup. Apa daya mereka, hanya itu yang dapat
dilakukan demi memastikan nadi terus berdenyut !

Selain itu, peperangan juga mengundang kepada kemusnahan tamadun. Tamadun-


tamadun seperti tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus, dan Inca yang pernah menjadi
tersohor dan agung pada suatu ketika dahulu, termusnah pada akhir zaman mereka akibat
peperangan. Segala baik dan buruk yang terbina semasa tamadun tersebut hilang
bersekali dengan kemusnahan tamadun tersebut. Banyak ilmu, teknologi dan ajaran yang
baik dicipta oleh mereka yang arif dalam tamadun tersebut dianggap anasir-anasir buruk
oleh pihak yang menceroboh lalu dihapuskan tanpa mengira nilainya menyebabkan
manusia hari ini kehilangan banyak khazanah yang agung, seterusnya membawa
kepupusan sesuatu bangsa. Mengapakah manusia boleh berbuat apa-apa sahaja untuk
menghalang kepupusan spesies haiwan tetapi tidak terhadap kepupusan sesuatu bangsa?

Walaupun begitu, peperangan juga telah membawa satu kebaikan kepada kita,
iaitu kemajuan teknologi. Banyak teknologi seperti bom berkuasa tinggi, alat perang
seperti kereta kebal, jet pejuang, kapal terbang, dan sistem komunikasi yang lebih baik
telah dicipta akibat desakan peperangan. Teknologi ini tidak semestinya membawa
kemusnahan kepada manusia, tetapi dapat juga membantu kita. Sebagai contohnya,
teknologi nuklear merupakan teknologi penting dan sistem penjana kuasa elektrik. Kod
Morse yang merupakan sistem telegraf semasa Perang Dunia Kedua banyak membantu
menyelamatkan dunia kerana hal ini menyukarkan pihak Pakatan Paksi untuk mentafsir
informasi tentera Bersekutu. Selain itu, tanpa terciptanya teknologi perang, nyawa
seseorang askar mungkin hanya akan melayang begitu sahaja. Dengan itu, sumbangan
peperangan juga amat besar kepada kita. Persoalannya, adakah peperangan sesuatu
perkara yang berbaloi? Berdasarkan kemusnahan yang dibawa melebihi apa-apa yang
disumbang, maka peperangan hanya satu pertelingkahan manusia yang bodoh dan kejam.

Kesimpulannya, peperangan harus dielakkan kerana jalan penyelesaian boleh


tercapai melalui jalan perundingan. Sudah banyak yang kita kehilangan ekoran perbuatan
nenek moyang kita yang tidak munasabah. Oleh itu, janganlah kita menghilangkan apa-
apa yang masih kita ada pada hari ini dan belajarlah daripada sejarah peperangan itu
sendiri kerana sejarah pasti mendewasakan kita.

You might also like