You are on page 1of 2

Petua Murah Rezeki

Assalamualaikum w.b.t.

Semua orang mahukan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur. Dalam
pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati
supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta
luas. Sebelum kita turun dari rumah menuju ke tempat kerja atau sebelum
memulakan pekerjaan, mulakanlah dengan bismillah.

Selain melakukan pekejaan yang halal menurut hukum syarak, hendaklah kita
melakukan pekerjaan dengan tekun dan bertanggungjawab, menepati masa
(jika bekerja dengan majikan), dan jangan mengabaikan solat bila sudah masuk
waktu solat. Mestilah bersegera menunaikannya barulah Allah menyegerakan
sampainya rezeki. Satu perkara lagi, jangan mengamalkan tabiat mengeluh jika
ada sesuatu kesukaran dan kepayahan, kerana itu adalah test dari Allah untuk
meneguhkan jiwa kita. Jika kita mengeluh, maka adalah seolah-olah kita
menganggap apa yang Allah takdirkan untuk kita itu tidak betul. Itu
menunjukkan kita tidak redha dengan Allah. Bagaimana kita nak harapkan
keredhaan Allah dan doa kita makbul sedangkan kita tidak redha pada
ketentuan Allah.

Sebelum kita meminta apa-apa dari Allah, terlebih dahulu kita hendaklah
bersikap syukur dengan apa-apa yang telah kita terima sebelum ini seperti
udara, air, makan minum, pakaian, rumah, keluarga dan sebagainya. Kemudian
barulah kita berniat untuk mendapat apa-apa tambahan dari Allah.

Walaubagaimanapun, disini ada beberapa petua untuk diamalkan supaya kita


dapat murah rezeki, kalau bekerja lekas naik pangkat, kalau berniaga dapat
untung yang banyak.

1. Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh.


2. Amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu
subuh).
3. Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat
(zaman sekarang ni ramai yang fail dalam hal solat jumaat. Tidak elok
begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila
melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat.
Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat jumaat).
4. Amalkan membaca ayat yang dikenali sebagai Ayat 1000 Dinar setiap kali
selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan
sebelum tidur. (sila lihat artikel tentang hikmat Ayat 1000 Dinar)
Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang
mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini.
Subhanallah..
5. Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin.
6. Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang
haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah.
7. Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki.
Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa
yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur).
8. Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berbicaralah
dalam hati: Ya Allah, terima kasih atas segala kurnia Mu hari ini, makan
minum, pakaian, pekerjaan, keselamatan dan semua nikmat yang tidak
dapat ku hitung. Kumohon agar Engkau menambahkan lagi kenikmatan
itu besok hari. Dan kumohon maafkanlah segala dosa-dosaku.

Untuk mengetahui banyak lagi petua, sila lawati http://jagung.890m.com

Sekian.

You might also like