You are on page 1of 5

DEFINISI PPBK

         Computer Assisted Learning


         Computer Assisted Instruction
         Computer Based Instruction
         Computer Aided Learning
         Computer Based Learning

        Penggunaan komputer untuk pengajaran adalah dalam bentuk tutorial,latih tubi, simulasi dan penilaian
pelajar .Pelajar boleh terus belajar melalui komputer melalui pakej-pakej yang disediakan. Pakej tersebut
mempunyai objektif tertentu mengikut tahap kemampuan kognitif pelajar

    CIRI-CIRI  PPBK

  Berasaskan individu
  Boleh diulang
  Bahan disediakan oleh guru
  Ramah pengguna
  Boleh diubahsuai mengikut tahap murid
  Interaktif

    KAEDAH MENGHASILKAN PERISIAN  PPBK


 
 

               MEREKA BENTUK (DESIGN) / MEMILIH BAHAN


                                              |
                                             V
                   ------>  CUBAUJI / UJICUBA  <--------------
                  |                           |                              |
                  |                          V                              |
                  !------>    TAMBAHBAIKAN                     |
                                             |                               |
                                            V                              |
                        LAKSANA PENGAJARAN <-----------!

 
 

    MENGHASILKAN PERISIAN PPBK

  Verbal
  Latih tubi
  Simulasi
  Inkuiri
  Tutorial
  Penyelesaian Masalah
  Permainan

    VERBAL
  Pengajaran terancang
  Buku kerja, bAhan gambarajah, soalan disediakan kepada pelajar
  Pelajar memberi respon jawapan pilihan
  Pelajar boleh meminta komputer memberi jawapan yang betul
  Komputer memberi jawapan secara verbal

  LATIH TUBI
 

      ------->  MASALAH   <-------------->  SOALAN <--------


      |                                                                         |
      -------------------->       ULANGAN        <--------------------

    SIMULASI

 Lebih berbentuk permainan


 Sesuai dalam pengajaran matematik
 Pelajar memberi pilihan pembolehubah yang dapat memaparkan output yang berbeza

    INKUIRI
  Pelajar boleh bertanya komputer soalan tidak berstruktur mengenai masalah pelajaran
  Komputer memberi jawapan dan masalah tambahan untuik diselesaikan
  Ia sangat kompleks untuk disediaka
  Ia sesuai untuk matapelajaran sains

    TUTORIAL
 Isi pelajaran tersusun
 Pelajar boleh menjawab soalan
 Komputer beri maklumbalas

    PENYELESAIAN MASALAH


  Pelajar dikehendaki membuat analisis masalah
  Data dimasukkan ke dalam ingatan komputer
  Komputer membantu pelajar menyelesaikan masalah
  Sesuai untuk mata pelajaran matematik dan sains

    PERMAINAN
 Permainan berorientasikan pembelajaran
 Pelajar akan cuba menyelesaikan masalah dengan menjawab berdasarkan syarat, lojik dan hukum tertentu
 Situasi yang diberi mencabar motivasi pelajar

    KELEBIHAN PPBK


 Penumpuan kepada pelajaran
 Keupayaan lati tubi, ulangan, pemulihan dan pengayaan
 Pembelajaran terarah kendidi (self-directed), kemampuan kendiri (self-paced) dan multiple intelligent
  Interaktif
  Kolaboratif
  Individu

KELEMAHAN PPBK
  Kos tinggi
  Perlukan kemahiran guru dalam mereka bahan atau perisian

    PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN DAN


  PEMBELAJARAN MELALUI CD
 Contoh Bahan:-
o Pengenalan Kepada Komputer
o Pengajaran Al-Quran – Tajwid
o Bahan Yang Dibina Menggunakan Perisian Authorware
o Bahan Pengajaran Dari Internet
 Binaan sendiri :-
o Membina Papan Cerita 1
o Membina Papan Cerita 2
 Cara Bina Bahan Dari CD – Satu Demo
 Teknologi Pengimbas
PPBK DALAM PENGAJARAN
MATEMATIK

        Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam
matapelajaran Matematik boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara melalui

 penggunaan perisian-perisian yang sesuai seperti internet,hamparan elektronik (MS Office)


 aksessori yang terdapat di dalam komputer seperti kalkulator.  Teknik pengajaran boleh dipelbagaikan
melalui  tutorial, latih tubi, simulasi, permainan, penyelesaian masalah dan lain-lain lagi.

Teknik Pengajaran.

1.    Tutorial

        Melalui kaedah tutorial, guru perlu menyediakan pakej-pakej pengajaran seperti dalam bentuk persembahan
( MS Power Point ) untuk menerangkan konsep-konsep asas dalam Matematik seperti fakta asas, peratus, pecahan
dan lain-lain lagi.  Guru juga boleh menyediakan soalan-soalan berdasarkan isi pelajaran yang berkaitan.

2.    Latih tubi

        Kaedah latih tubi merupakan salah satu latihan atau gerak kerja yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik.  Ia dapat memberi  gambaran sejauh mana penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran
yang dipelajari.
   Di pasaran terdapat banyak perisian-perisian yang dijual di kedai yang sesuai mengikut objektif pelajaran
terkini. Kaedah ini boleh dijalankan secara pengajaran berkumpulan, berpasangan dan individu. Ia juga boleh
dilakukan di dalam kelas atau dibawa ke rumah sebagai latihan kerja rumah. Selain itu, murid-murid juga boleh
menggunakan kalkulator yang terdapat pada aksessori bagi menyelesaikan sesuatu pengiraaan.

3.   Permainan

        Pengajaran Matematik boleh juga dilakukan secara kaedah permainan.  Melalui kaedah ini guru dapat menarik
minat murid.  Dengan menggunakan kaedah ini melalui komputer, murid-murid akan merasa lebih seronok dan
gembira kerana dilampirkan dengan pelbagai bentuk grafik yang menarik. Oleh itu melalui kaedah ini objektif
pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah tercapai.

4.    Penyelesaian Masalah

        Penyelesaian masalah merupakan kaedah pengajaran yang sesuai dalam pelajaran Matematik  bagi menguji
penguasaan murid-murid dalam kemahiran yang dipelajari.  Melalui kaedah ini guru boleh menyediakan pakej
pembelajaran yang mengandungi data-data yang perlu diselesaikan oleh murid. Melalui kaedah ini juga dapat
melatih murid-murid membuat analisis masalah. Contohnya guru menyediakan pemasalahan berbantukan komputer
dan murid menyelesaikan masalah tersebut berbantukan komputer samada secara individu ataupun berkumpulan

You might also like