You are on page 1of 9

Bahasa Melayu sebagai bahasa undang-undang

Oleh Shaikh Mohamed Noordin

Pengenalan

Kebelakangan ini terdapat banyak pihak yang mempersoalkan tentang pengunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa perundangan dan kehakiman di negara ini terutama pengunaannya di mahkamah
peringkat tertinggi1. Ramai yang menyalahkan pihak hakim kerana dikatakan tidak begitu
bertegas dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu dilaksanakan sepenuhnya di mahkamah
mereka. Ada yang menyalahkan pihak peguam kerana lebih suka memilih bahasa Inggeris atas
sebab kelongaran-kelongaran yang diberikan walaupun mereka sebenarnya fasih berbahasa
Melayu.

Ada juga yang menyalahkan kerajaan kerana terlalu lembab dalam menterjemahkan semua
undang-undang yang sedang berkuat-kuasa kedalam bahasa Melayu, sedangkan tempoh
peralihan selepas sepuluh tahun dari tarikh hari merdeka sepatutnya bahasa Melayu digunakan
sudah lama berlalu. Tidak kurang juga ada yang menyalahkan sistem pendidikan undang-undang
itu sendiri termasuk ahli-ahli akademik yang nampaknya lebih gemar menulis dalam bahasa
Inggeris kerana mengharapkan tulisan mereka akan mendapat bacaan yang lebih meluas. Pendek
kata setiap pihak yang terlibat masing-masing mempunyai alasan dalam mempertahankan sikap
mereka yang menyumbang kepada kelembaban dalam perlaksanaan penggunaan bahasa Melayu
dibidang perundangan dan kehakiman ini.

Persoalannya sekarang, ketahap manakah penggunaan bahasa Melayu itu hendak disasarkan dan
bagaimanakah kejayaan penggunaan bahasa Melayu ini boleh dinilai. Dibidang manakah
penggunaan bahasa Melayu itu harus diberi lebih tumpuan? Adakah penggunaannya secara lisan
itu patut dititik beratkan berbanding dalam bidang penulisan? Sumber perundangan manakah
perlu diperbanyakkan dalam bahasa Melayu supaya dapat memenuhi permintaan pengamal
undang-undang di negara ini?

Kejayaan perlaksanaan penggunaan bahasa Melayu boleh dilihat dalam dua jenis undang-undang
yang dinamakan undang-undang bertulis (written law) dan undang-undang tidak bertulis
(unwritten law). Apa yang dimaksudkan dengan undang-undang bertulis itu adalah undang-
undang yang digubal oleh badan-badan pembuat undang-undang seperti dewan perundangan
termasuk pihak eksekutif. Undang-undang yang digubal itu pula kemudiannya akan diwartakan
sebelum dikuatkuasakan seperti akta-akta dan perundangan subsidiari. Manakala undang-undang
tidak bertulis (unwritten law) pula adalah undang-undang yang dibuat oleh hakim melalui
penghakiman mereka yang lazimnya akan dilaporkan dalam laporan undang-undang (law
reports2). Undang-undang tidak bertuls ini juga dikenali sebagai undang-undang kes.

Masaalah penggunaan dwi-bahasa perundangan


1
Artikel terbaru yang mempersoalkan penggunaan bahasa Melayu di Mahkamah; Bahasa Melayu Dalam
Mahkamah (Utusan – 7-12-2008) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=1207&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm&arc=hive
2
Contoh laporan Undang-Undang seperti Malayan Law Journal (MLJ), Current Law Journal (CLJ) dan All
Malaysia Reports (AMR).

1
Masih terdapat dokumen-dokumen perundangan utama Malaysia yang menggunakan bahasa
Inggeris sebagai naskah sahih, misalnya naskah sahih Perlembagaan Persekutuan itu adalah
bahasa Inggeris. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/673 pula menyebut bahawa bermula dari 1
September 1967 naskah bahasa Inggeris bagi undang-undang yang baru digubal tidak lagi
dijadikan sebagai naskah sahih sebaliknya digantikan dengan naskah bahasa Melayu sebagai
naskah sahih, namun penggunaan kedua-dua bahasa ini masih diwajibkan dalam semua
pengwartaan rang undang-undang, akta, enakmen dan perundangan subsidiari.

Walaupun telah disebut bahawa naskah bahasa kebangsaan itu akan dijadikan teks sahih bermula
1 September 1967, namun masih banyak lagi akta-akta yang digubal sebelum 1 September 1967
yang masih kekal dalam naskah asal berbahasa Inggeris dan masih menuggu giliran untuk
diterjemahkan kedalam bahasa Melayu sebagai naskah sahih yang baru, selagi akta-akta ini tidak
diterjemahkan, selagi itulah naskah Inggeris itu akan terus dijadikan sebagai naskah sahih.

Ini bererti bahawa bahasa Inggeris masih perlu digunakan di mahkamah terutama apabila kes-kes
yang melibatkan akta-akta yang naskah sahihnya berbahasa Inggeris itu timbul dalam
perbicaraan. Begitu juga dengan perundangan subsidiari, jika ianya diperbuat dan dikeluarkan
dibawah Akta, Ordinan dan Enakman yang dikanunkan sebelum 1 September 1967, teks bahasa
Inggeris perundangan subsidiari ini masih kekal dijadikan sebagai naskah sahih seperti mana
yang disebut dalam Pemberitahu Undang-Undang, P.U. 32/1968.

Notis awal mengenai penggunaan bahasa Melayu yang bakal dilaksanakan dalam mahkamah di
negara ini sudah mula disebut didalam Pekara 152 Perlembagaan Persekutuaan 1957, dalam
peruntukan sementara Fasal (4) dan (5)4 dimana bahasa Inggeris masih lagi dibenarkan
penggunaannya buat sementara waktu selama sepuluh tahun dari tarikh hari merdeka 31 Ogos
1957 dikedua-dua peringkat mahkamah tinggi dan rendah.

3
Teks penuh Akta ini boleh didapati disini: http://www.agc.gov.my/agc/oth/Akta/Vol.%201/Akta
%2032.pdfhttp://www.agc.gov.my/agc/oth/Akta/Vol.%201/Akta%2032.pdf
4
“Fasal (4) dan (5), Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan

(4) Walau apapun Peruntukan Fasal (1), selama tempuh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada
itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala perbicaraan dalam Mahkamah Agung atau Mahkamah
Tinggi hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris: Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi
kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak payah
diterjemah atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

(5) Walau apapun peruntukkan Fasal (1), sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala perbicaraan dalam
Mahkamah Rendah, lain daripada mengambil keterangan, hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris”.

2
Seksyen 8, Akta Bahasa Kebangsaan 19675 diperkenalkan kemudiannya dengan tujuan untuk
menggantikan peruntukan sementara Fasal (4) dan (5) ini, namun peruntukan ini masih memberi
kelonggaran kepada penggunaan bahasa Inggeris di mahkamah. Mahkamah mempunyai budi
bicara untuk membenarkan salah satu bahasa Melayu atau Inggeris digunakan bagi keseluruhan
prosiding, pilihan yang diberi itu nampaknya ia tidak memihak kepada bahasa Melayu dan sekali
gus langsung tidak membantu usaha-usaha mempertabatkan penggunaan bahasa Melayu di
mahkamah.

Walau bagaimana pun keadaan ini telah pun diperbetulkan melalui Akta A765 Akta Bahasa
Kebangsaan (Pindaan) 1990 yang berkuatkuasa pada 1 Jun 1990 bertujuan untuk memantapkan
lagi penggunaan bahasa Melayu di mahkamah. Peruntukan yang dipinda kini cuma
membenarkan bahasa Inggeris digunakan dalam keadaan tertentu saja, namun peruntukkan ini
masih juga tidak menghalang penggunaan bahasa Inggeris sama sekali dalam mahkamah di
negara ini terutama diperingkat mahkamah tinggi keatas.

Usaha mendaulatkan bahasa Melayu

Bagi menampung kekurangan sumber perundangan dalam bahasa Melayu, kita perlu mengenal
pasti sumber-sumber perundangan yang perlu diperbanyakkan dalam bahasa Melayu mengikut
kepentingan dan keperluan amalan perundangan itu sendiri. Dua jabatan utama kerajaan iaitu
Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan
penggunaan bahasa Melayu dalam bidang perundangan dan keghakiman ini. Penglibatan kedua-
dua jabatan ini sebenarnya dapat membantu melaksanakan penggunaan bahasa Melayu dengan
lebih berkesan disamping dapat mempercepatkan lagi kekayaan sumber undang-undang bertulis
dan undang-undang tidak bertulis dalam bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan dan
permintaan pengamal-pengamal perundangan di negara ini.

Satu Unit khas yang dipanggil ”Unit Penterjemahan” telah ditubuhkan pada 1 April 1964 oleh
Jabatan Peguam Negara. Pada mulanya Unit ini diberi tanggungjawab untuk menterjemahkan
borang-borang berkanun kedalam bahasa Melayu, menterjemahkan semua perundangan utama
dan perundangan subsidiari yang digubal selepas Akta Bahasa Kebangsaan ini diluluskan pada
tahun 1963 dan diteruskan selepas Akta yang sama sekali lagi diluluskan selepas tempuh
penaguhan penggunan bahasa kebangsaan itu tamat dan mula dikuatkuasakan pada 1 September
1967, memterjemahkan undang-undang yang sedia ada dan menterjemahkan perjanjian
antarabangsa dan lain-lain dokumen perundangan yang dianggap perlu.

Pada tahun 1979 Unit Penterjemahan ini ditukarkan namanya dengan nama Seksyen Bahasa
Kebangsaan, Bahagian Gubalan. Fokus utama Seksyen ini ialah untuk merealisasikan
peruntukkan Seksyen 6 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/676 yang mengkhendaki semua rang
5
”Bahasa Mahkamah

8. Segala prosiding (selain pemberian keterangan oleh sesaorang saksi) dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
Rayuan, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah hendaklah dalam bahasa kebangsaan.

Dengan syarat nahawa Mahkamah boleh, sama ada atas kehendaknya sendiri atau permintaan mana-mana pihak
dalam mana-mana prosiding dan selepas menimbangkan kepentingan keadilan dalam prosiding itu, memerintahkan
supaya prosiding itu (selain pemberian keterangan oleh seseorang saksi) dijalankan dalam bahasa Inggeris.”

6
“Teks sahih undang-undang

3
undang-undang dan perundangan subsidiari digubal dengan menggunakan bahasa Inggeris dan
bahasa Melayu dilakukan secara serentak.

Sekysen Bahasa Kebangsaan kemudiannya dipecahkan kepada dua Unit iaitu Unit A dan Unit B
bagi mengasingkan tugas antara mengubal dan menterjemah undang-undang. Unit A
menumpukan usaha-usaha dalam mengubal rang undang-undang dan perundangan subsidiari
yang baru dibuat selepas 1 September 1967 dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu secara
serentak, manakala Unit B pula menumpukan usaha-usaha dalam menterjemahkan semua akta-
akta lama yang digubal dalam bahasa Inggeris sebelum 1 September 1967 ke bahasa Melayu.

Bagi tujuan mencari maksud yang tepat dalam sesuatu istilah perundangan itu, satu jawatankuasa
khas yang dinamakan Jawatankuasa Istilah telah ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
pada 5 Disember 1965 yang disertai oleh ahli-ahli akademik, ahli-ahli bahasa dan peguam-
peguam, termasuk dari Jabatan Peguam Negara. Senarai istilah undang-undang pertama hasil
dari usaha jawatankuasa ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1970.

Jawatankuasa ini telah dinaikkan taraf menjadi Jawatankuasa Istilah Undang-Undang


Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia (JKTBM). Edisi semakan istilah undang-undang telah
dihasilkan dari Jawatankuasa ini dan diterbitkan pada tahun 1985. Selain dari Jawatankuasa ini,
satu lagi jawatankuasa istilah ditubuhkan dibawah Bahagian Gubalan Jabatan Peguam Negara
pada 3 September 1981 yang dinamakan Jawatankuasa Istilah Seksyen Bahasa Kebangsaan
(JKISBK). Fungsi utama JKISBK ialah untuk memutakmatkan istilah-istilah yang diragui
ketepatan maksudnya untuk penggunaan dalam teks perundangan.

Jabatan kehakiman juga mempunyai peranan yang hampir sama seperti Jabatan Peguam Negara
dalam memastikan perlaksaan penggunaan bahasa Melayu berjalan lancar dalam bidang
kehakiman. Penggunan bahasa Melayu dalam mahkamah secara lisan merangkumi
penggunaanya dalam perbicaraan (proceedings), pertuduhan (charge), sebutan (mention),
keterangan saksi-saksi, hujah-hujah dan alasan keputusan secara lisan. Manakala penggunaannya
secara tulisan pula meliputi surat-menyurat, notis-notis amalan, perkeliling kehakiman, penyata-
penyata rayuan (records of appeal), pengistiharan persidangan dan penghakiman bertulis (written
judgments) yang juga dikenali sebagai undang-undang tidak bertulis atau undang-undang kes.

Sejak berakhirnya tempuh peralihan penggunaan bahasa Inggeris selepas sepuluh tahun dari
tarikh merdeka pada 1 September 1967 itu, surat pekeliling pertama7 mengenai arahan
penggunaan bahasa Melayu di mahkamah mula diedarkan kepada semua Presiden Mahkamah

6. Teks –

(a) bagi segala Rang Undang-Undang yang akan dikemukakan atau pindaan kepadanya yang akan
dicadangkan dalam Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri;
(b) bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiary yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutua;
(c) bagi segala Enakmen dan perundangan subsidiary yang dikeluarkan oleh mana-mana Kerajaan Negeri; dan
(d) bagi segala Ordinan yang diistiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa Inggeris, dan teks dalam bahasa kebangsaan itu adalah
sahih melainkan jika Yang diPertuan Agong menetapkan sebaliknya sama ada secara am atau bagi mana-mana
undang-undang yang tertentu.”
7
Surat Pekeliling No. 7, Tahun 1969 (20 November 169).

4
Sesyen (kini dinamakan Hakim Mahkamah Sesyen) dan Majistret telah dikeluarkan pada 20
November 1969. Arahan penggunaan bahasa Melayu ini kemudian diperluaskan lagi kepada
semua peringkat mahkamah pada 21 September 19818 mengarahkan seluruh urusan mahkamah
dan surat menyurat dari Jabatan Kehakiman hendaklah menggunakan bahasa Melayu.

Hasil perlaksaan penggunan bahasa Melayu didalam mahkamah dapat dinilai melalui banyaknya
penghakiman yang ditulis dalam bahasa Melayu. Biro Terjemahan Mahkamah Agong telah
ditubuhkan dalam bulan Ogos 1984 untuk menterjemahkan sebeberapa banyak Alasan
Penghakiman Mahkamah Agong sebagai menandakan bermula penggunaan bahasa Melayu
dalam undang-undang tidak bertulis dimana penghakiman bahasa Melayu turut dilaporkan secara
dwi-bahasa didalam siri-siri utama laporan undang-undang Malayan Law Journal (MLJ) dan
Current Law Journal (CLJ).

Biro ini kemudiannya telah ditukar nama kepada nama baru iaitu Bahagian Penyelidikan dan
Sekretariat Bahasa Melayu Mahkamah Agong (BPSBMA) sejajar dengan peranannya yang lebih
agresif dan menyeluruh. Beberapa nota-nota amalan9 dan Pekeliling Hakim Besar10 telah
menyusul mengarahkan mahkamah menyelaraskan penggunaan bahasa Melayu di mahkamah
termasuk memberi Alasan Penghakiman dalam bahasa Melayu.

Satu lagi lagi jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Penggunaan Bahasa Malaysia di
Mahkamah (JPPBMM) telah ditubuhkan pada 15 Mac 1988 bertujuan untuk membuat
perancangan bersepadu dan bersistematik supaya penggunaan bahasa Melayu di mahkamah
dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Usaha sama diantara Dewan Bahasa dan Pustaka,
Bahagian Penyelidikan dan Sekretariat Bahasa Melayu Mahkamah Agong (BPSBMA) dan
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia telah berjaya menerbitkan sebuah jurnal undang-
undang pertama dalam bahasa Melayu pada 4 Disember 1989 yang dipanggil Jurnal Kanun yang
turut melaporkan penghakiman Mahkamah Agong yang ditulis dalam bahasa Melayu. Berbagai
lagi usaha telah dijalankan oleh Bahagian Penyelidikan dan Sekretariat Bahasa Melayu
Mahkamah Agong bagi mempertabatkan penggunaan bahasa Melayu termasuk mengadakan
kelas bahasa Melayu serta memperkenalkan dan memperbaiki lagi istilah-istilah bahasa Melayu

8
Pekeliling Pendaftar (U) Bil. 12 & 13 tahun 1981
9
9.
(i) Nota Amalan (Penyelarasan Penggunaan Bahasa Malaysia) No. 1 Tahun 1988, bertarikh 11 Oktober
1988.
(ii) Nota Amalan (Penyelarasan Penggunaan Bahasa Malaysia) No. 2 Tahun 1988, bertarikh 1 November
1988.
(iii) Nota Amalan (Penyelarasan Penggunaan Bahasa Malaysia) No. 3 Tahun 1988, bertarikh 3 Disember
1988.
(iv) Nota Amalan (Penyelarasan Penggunaan Bahasa Malaysia) No. 1 Tahun 1989, bertarikh 28 Januari
1989.
(v) Nota Amalan (Penyelarasan Penggunaan Bahasa Malaysia) No. 2 Tahun 1989, bertarikh 4 April 1989.
10

(i) Perkeliling Hakim Besar Malaya No. 2/1990 bertarikh 10 Mei 1990 bertajuk “Perlaksanaan Pengunaan
Bahasa Malaysia di Mahkamah”.
(ii) Arahan Amalan No. 2 Tahun 1990 bertarikh 31 Mei 1990 bertajuk “Prosiding Mendesak dan Prosiding
Belum Selesai”.
(iii) Perkeliling Hakim Besar Malaya No. 3 Tahun 1990 bertarikh 25 Jun 1990 bertajuk “Alasan
Penghakiman dalam Bahasa Malaysia”.

5
yang lazim digunakan di mahkamah.

Kelebihan penggunaan dwi-bahasa perundangan

Amalan penggunaan dwi-bahasa dalam teks undang-undang negara sebenarnya memberi


kelebihan kepada kita berbanding dengan beberapa negara jiran lain seperti Thailand dan
Indonesia yang baru saja mula menterjemahkan undang-undang mereka kedalam bahasa Inggeris
terutama undang-undang yang berkaitan dengan perdagangan. Mereka menyedari bahawa
undang-undang negara mereka bukan saja dirujuk untuk kegunaan dalam negeri tetapi juga oleh
pelabur-pelabur asing yang ingin mengetahui kedudukan undang-undang negara mereka sebelum
membuat sebarang keputusan mengenai pelaburan mereka.

Jika kita mengubah dasar dwi-bahasa perundangan seperti mana yang diamalkan sekarang
dengan memansuhkan penggunaan bahasa Inggeris, itu bermakna kita memberi laluan kepada
negara-negara jiran mendahului kita dalam penguasaan bahasa Inggeris dalam bidang
perundangan ini. Walaupun satu ketika dulu mereka hanya menggunakan bahasa kebangsaan
mereka sebagai bahasa perundangan mereka tetapi kini mereka juga mula menterjemah teks
undang-undang mereka ke dalam bahasa Inggeris supaya undang-undang mereka menjadi lebih
tulus dan lebih mudah difahami oleh masyarakat antarabangsa.

Tambahan pula dengan adanya Piagam ASEAN yang menyediakan kerangka perundangan baru
bagi negara-negara anggota ASEAN, bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai ’bahasa kerja’
(working language) seperti mana yang termaktub dalam Pekara 34, Piagam ASEAN11. Pemilihan
bahasa Inggeris sebagai bahasa perundangan ASEAN ini akan menjurus kepada penyeragaman
bahasa undang-undang dikalangan negara-negara anggota bagi memenuhi asipirasi ASEAN yang
ingin dilihat sebagai sebuah entiti serantau yang mempunyai personaliti perundangannya sendiri.
Sudah tentu negara-negara seperti Malaysia, Singapura dan Filipina dilihat mempunyai
kelebihan dari segi penguasaan bahasa Inggeris kerana penggunaan bahasa Inggeris sebagai
bahasa perundangan sudah tidak asing lagi di negara-negara ini.

Kesimpulan

Penggunaan kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam bidang perundangan dan
kehakiman ini nampaknya menjadi pelengkap antara satu dengan yang lain. Penggunaan bahasa
Inggeris itu pula tidak pernah bermaksud untuk menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai salah satu bahasa perundangan di
negara ini sememangnya tidak pernah dicabar oleh mana-mana undang-undang termasuk
Perlembagaan Persekutuan mahu pun Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 itu sendiri. Malahan
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 sendiri tidak melarang penggunaan bahasa Inggeris oleh
badan-badan pembuat undang-undang di negara ini, sama ada Parlimen atau mahkamah
menggunakannya walaupun penggunaannya itu perlu dilakukan secara bersyarat.

Walau bagaimana pun, untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu dalam bidang
perundangan dan kehakiman ini, kita perlu meninggkatkan lagi penggunaan bahasa Melayu
dalam bidang perundangan dan kehakiman supaya semua sumber-sumber perundangan dalam
bahasa Melayu sama ada sumber perundangan utama, sumber perundangan sekunder,

11
Teks penuh Piagam ASEAN boleh didapati disini; http://www.aseansec.org/ASEAN-Charter.pdf

6
perundangan utama, perundangan subsidiari dan juga pengunaannya dalam undang-undang
bertulis dan undang-undang tidak bertulis dapat diperkayakan lagi.

Sesungguhnya usaha-usaha untuk mempertabatkan pengunaan bahasa Melayu dalam bidang


perundangan dan kehakiman ini perlu diteruskan sepanjang masa kerana ruang untuk
memperbaikinya sentiasa terbuka. Disamping itu kita juga perlu menerima hakikat bahawa
bahasa Inggeris masih perlu digunakan dalam sistem perundangan kita tetapi tidaklah ianya
sampai boleh menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa perundangan yang
terunggul di negara ini.

Rejukan

Pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan dalam bidang perundangan, oleh


Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara, Bab 1, Bahasa dan Undang-Undang. Nik Safiah dan
Faiza Tamby Chik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa & Pusataka, 1994 ms 3 hingga 11.

Bahasa Melayu dalam bidang undang-undang: Perspektif penggunaannya di mahkamah ,


oleh Faiza Tamby Chik, Hakim Mahkamah Tinggi, Seremban, Bab 2, Bahasa dan Undang-
Undang. Nik Safiah dan Faiza Tamby Chik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa & Pusataka, 1994 ms
43 hingga 64.

Peranan Bahagian Penyelidikan dan Sekretariat Bahasa Mahkamah Agung dalam usaha
meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang kehakiman, oleh
Wan Adnan Muhamad, Pengarah, Biro Bantuan Guaman, Bab 7, Bahasa dan Undang-Undang.
Nik Safiah dan Faiza Tamby Chik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa & Pusataka, 1994 ms 125
hingga 147.

Bahasa Melayu Dalam Mahkamah (Utusan – 7-12-2008)


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=1207&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm&arc=hive
 
Kotakan Janji Bahasa Melayu di Mahkamah (Utusan - 9-12-2008)
http://panduan.org/content/kotakan-janji-bahasa-melayu-di-mahkamah
 
Lucut keistimewaan peguam tidak fasih bahasa Melayu (Utusan – 10-12-2008)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=1210&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm&arc=hive
 
Memartabat Bahasa Melayu Di Mahkamah Oleh Zainul Rijal Abu Bakar (Berita Harian –
17-12-2008)
http://peguamsyarie.org/?p=370
 
Guna sepenuhnya BM di mahkamah (Utusan – 17-12-2008)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=1217&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_11.htm&arc=hive
 

7
DBP perlu kuasa - Ambil tindakan undang-undang pihak perlekeh bahasa Melayu – Oleh
Zabry Mohamad (Mingguan Malaysia – 5-3-2006)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=0305&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive
 

8

Nota: Penulis adalah seorang bekas pustakawan undang-undang di firma guaman yang kini
juga seorang penyelidik undang-undang bebas.

You might also like