You are on page 1of 6

KAJIAN TINDAKAN

1. Tajuk Kajian
Teknik Latihan Pra-Topik Bagi Meningkatkan Tahap Persediaan dan Penguasaan
Terhadap Topik Dalam Kertas 1 Pengajian Am, Sains Sukan Pra-Universiti
dan Sejarah SPM.

2. Nama Penyelidik
Jenius Gadiman (Pengajian Am 1 & Sains Sukan 2)
Jaidi Karim (Sejarah SPM)

3. Nama Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan, Peti Surat 30, 89657 Tambunan, Sabah.

4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

‘Pelajar tidak responsif’, ‘pelajar mengantuk’, ‘pelajar tidak memberi perhatian’ dan ‘pelajar tidak
menjawab latihan pengukuhan’ adalah antara rungutan yang sering kita dengar daripada guru. Demikian
juga dengan situasi yang kami perhatikan dan hadapi dalam kalangan pelajar pra-universiti tingkatan 6
rendah dan juga pelajar tingkatan 5. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran topik-topik Pengajian Am
kertas 1, dapat diperhatikan karenah pelajar yang tidak menumpukan perhatian atau tidak melibatkan diri
dalam aktiviti yang dijalankan. Bermacam-macam alasan diberikan oleh pelajar seperti langsung tidak
mengetahui kerana tidak pernah membaca atau terbaca tentang topik, tidak ada buku rujukan, mengantuk
akibat lewat tidur dan bangun awal untuk mengikuti aktiviti wajib asrama, penat selepas terlibat dengan
aktiviti-aktiviti fizikal hari sebelumnya dan bermacam-macam lagi alasan.
Keadaan pelajar seperti ini mengakibatkan objekif pengajaran dan pembelajaran tidak tercapai
sepenuhnya bagi setiap pelajar. Kelancaran penyampaian maklumat juga terjejas kerana guru terpaksa
berulangkali menegur dan mengingatkan pelajar berkenaan. Kadang-kadang topik yang hendak
disampaikan tidak dapat disampaikan sepenuhnya, apalagi latihan pengukuhan yang dirancang untuk
dilaksanakan di bahagian akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan masa yang kadang-kadang
diabaikan oleh guru juga menyumbang kepada kegagalan memenuhi objektif yang digariskan.
Kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan pula banyak membantu kejayaan
pengajaran dan pembelajaran topik Pengajian Am Kertas 1 serta Sains Sukan dan Sejarah. Kami cuba
mengaplikasikan pelbagai kaedah yang digalakkan sama ada berpusatkan guru mahupun berpusatkan
pelajar. Penggabungjalinan teknik pengajaran dan pembelajaran juga didapati memang membantu
‘menghidupkan’ suasana pengajaran dan pembelajaran.
Walaupun dengan pelbagai kaedah dan teknik pnp, namun satu keadaan yang kerap saya perhatikan
juga ialah tahap persediaan pelajar untuk mengikuti proses pnp agak kurang. Apabila ditanya, pelajar
memberi alasan bahawa mereka tidak pernah atau pun belum membaca topik berkenaan. Hasil pemerhatian
kami mendapati bahawa lebih 90 peratus daripada seramai 23 orang pelajar pra-u 3 mengaku langsung
tidak pernah membaca topik yang dibincangkan sungguhpun telah diingatkan sebelumnya. Lebih 80 peratus
daripadanya juga menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan semasa pengajaran dan pembelajaran
Pengajian Am 1. Masalah atau situasi sedemikian turut dikenalpasti dalam kalangan pelajar tingkatan 5
semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Akibatnya, pelajar tidak dapat melibatkan diri
dalam proses pnp, tidak responsif dan tidak dapat menjawab dengan baik soalan pengukuhan di akhir
pengajaran dan pembelajaran. Apatah lagi jika saya menggunakan kaedah yang lebih berpusatkan guru.
Situasi seperti ini amat membimbangkan kami. Sekiranya pelajar tidak berusaha membaca atau
mengkaji terlebih dahulu topik yang akan dibincangkan atau disampaikan dalam kelas, maka mereka akan
mendapat input yang minimum daripada sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Apatah lagi jika kaedah
kuliah diamalkan seperti yang disarankan oleh kementerian pelajaran baru-baru ini. Mengikut dasar
tersebut, sistem penyampaian atau pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar pra-universiti (tingkatan 6)
akan lebih mirip dengan sistem universiti iaitu kuliah dan tutorial. Ini membawa implikasi negatif kepada
pelajar sendiri sekiranya mereka tidak bersedia dengan topik yang akan dikuliahkan oleh guru.
Kemungkinan pelajar berkenaan akan tidak faham langsung atau ‘tiada idea’ terhadap isi kuliah berkenaan.
Sesi tutorial sememangnya akan membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan terhadap topik yang
disampaikan dalam sesi kuliah tetapi adalah lebih bermakna jika pelajar lebih faham semasa kuliah topik
berkenaan disampaikan.
Kami kerap berkongsi dan bertanya kepada rakan guru tentang masalah serta kaedah yang wajar
digunakan untuk pengajaran pengajian am kertas 1. Kesemua guru bersetuju bahawa pembacaan adalah
KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2009

langkah terpenting untuk pelajar meningkatkan prestasi pencapaian dalam Kertas 1 Pengajian Am.
Berikutan dengan itu, maka pelbagai teknik diaplikasi oleh guru yang bertujuan untuk mendorong pelajar
membaca topik-topik dalam sukatan. Antaranya ialah pelajar menyediakan folio bagi sesuatu tajuk.
Pendekatan ini memerlukan pelajar membaca, menulis serta mendapatkan maklumat dan bahan berkaitan
yang akan dimuatkan dalam senaskah folio. Pendekatan lain yang kerap diamalkan ialah memberikan
tugasan berbentuk subjektif berkenaan topik yang hendak diajar. Tugasan ini dibuat semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran. Guru Pakar subjek pengajian am amat menyarankan kaedah ini kerana ia dapat
‘memaksa’ pelajar untuk merujuk buku, membaca dan menulis isi kandungan sesuatu topik. Seboleh-
bolehnya, usahlah diberi tugasan berbentuk objektif kerana peratusan pelajar ‘menembak’ sahaja jawapan
adalah tinggi.
Selain kaedah-kaedah di atas, seperti rakan-rakan lain kami juga meminta pelajar membuat
pembentangan kepada kelas tentang sesuatu topik. Latihan pengukuhan diberi selepas sesi pembentangan.
Sungguhpun kaedah ini lebih berpusatkan pelajar, namun terdapat kekangan apabila pelajar tidak bersedia
dengan topik berkenaan. Akibatnya, hanya pembentang yang memahami topik yang telah dibentangkan
manakala pelajar yang lain masih tidak memahaminya. Punca sebenar situasi ini ialah tidak terdapat
persediaan awal iaitu pembacaan awal terhadap topik yang dibentangkan. Ketiadaan pembacaan atau
persediaan awal mengakibatkan pelajar hanya ‘terkebil-kebil’ semasa pembentangan berlangsung. Mereka
juga pasif dan tidak responsif terhadap soalan-soalan lisan yang diberikan, malah tidak mampu
mengutarakan soalan apalagi pendapat berkaitan dengan topik pembentangan.
Saya sendiri juga pernah menghadapi keadaan seperti itu ketika bersekolah dahulu. Kerap kali sahaja
saya tidak memahami langsung isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Ini adalah disebabkan saya tidak
pernah membaca tentang topik tersebut sebelum ia diajar oleh guru. Namun, terdapat seorang guru Sains
yang melaksanakan mewajibkan semua pelajarnya membuat latihan berkaitan topik yang akan diajarnya
kelak. Saya akan menamakannya sebagai latihan pra-pnp. Selepas sesuatu sesi pnp, guru tersebut
mewajibkan kami membuat latihan bagi topik pelajaran yang akan disampaikannya dalam pnp pada masa
hadapan. Secara sedar atau tidak kaedah beliau tersebut telah membantu kelas kami mencapai keputusan
peperiksaan SPM yang cemerlang. Hampir separuh daripada seramai 38 pelajar dalam kelas kami telah
mendapat gred A1 dalam peperiksaan SPM bagi subjek Sains. Oleh yang demikian, kami menyimpulkan
bahawa kaedah yang diterapkan oleh guru Sains berkenaan adalah berkesan membantu pelajar bersedia
mengikuti sesi pnp dan seterusnya menguasai topik yang diajarkan oleh guru. Seterusnya pelajar akan
mendapat keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan.

5. Isu/Keprihatinan Yang Dikaji


Kami mengesan banyak implikasi yang disebabkan oleh kurang atau tiada
persediaan pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik baru. Implikasi negatif tersebut
adalah pelajar tidak dapat menerima isi pelajaran dengan berkesan, mengantuk, pasif, tidak responsif dan tidak
dapat menjawab latihan pengukuhan atau latihan topikal pada tahap yang memuaskan. Kesan akhirnya ialah
kualiti pencapaian yang rendah dalam peperiksaan utama sekolah. Berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan
awal, didapati bahawa punca utama masalah ini ialah kurang atau tiada persediaan untuk mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Dengan membantu pelajar membuat persediaan awal kami yakin mereka akan bersifat lebih aktif, responsif
serta lebih memahami dan menguasai sesuatu topik pengajaran dan pembelajaran. Hal ini seterusnya diharapkan
akan dapat membantu mereka mencapai gred keputusan yang lebih baik dalam Kertas 1 Pengajian Am, Sains
Sukan 2 dan Sejarah SPM. Keadaan ini juga pasti akan meningkatkan kualiti nilai GNP sekolah.

6. Objektif Kajian
a. Objektif Umum
i. Meningkatkan gred/nilai GNP keputusan peperiksaan Pengajian Am Kertas 1 dalam
kalangan pelajar pra-universiti bagi peperiksaan peringkat sekolah dan peperiksaan
awam (STPM & SPM).
b. Objektif Khusus
i. Meningkatkan tahap persediaan pelajar terhadap topik pelajaran yang akan
diajar/dibincangkan dalam kuliah/tutorial/sesi pnp.
ii. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap topik pelajaran.
iii. Menyediakan pelajar yang lebih responsif terhadap sesi pnp.
iv. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan dinamik dalam
kalangan pelajar.

7. Kumpulan Sasaran
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN, SABAH 2
KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2009

Pelajar Pra-Universiti 3 (6R3), Pra-Universiti 4 (6R4) & Tingkatan 5

8. Tindakan Yang Dicadangkan


a. Tinjauan Masalah
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lepas, didapati bahawa ketiadaan dan kurangnya persediaan
untuk mengikuti pnp menyebabkan pelajar sukar untuk memahami topik yang disampaikan oleh guru.
Walaupun guru menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, namun ia
kurang berkesan jika pelajar sendiri tidak mempunyai persediaan awal terhadap topik berkenaan.
Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh para pelajar pra-universiti bahkan lebih ketara dalam kalangan
pelajar tingkatan empat dan lima yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta. Misalnya para pelajar
Reka Cipta tidak dapat menjawab dengan baik soalan-soalan lisan dan latihan bertulis yang diberikan
pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Masalah sedemikian turut dikenalpasti dalam pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah Tingkatan 5. Masalah ini lebih ketara lagi apabila topik
berkenaan melibatkan terminologi atau istilah-istilah khusus. Perkongsian daripada guru lain juga
menunjukkan bahawa masalah seperti itu turut dikesan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran subjek
lain.
b. Program
Program Latihan Pra-PnP
Cara pelaksanaan:
- Guru memberi latihan pra-topik secara bertulis, sekurang-kurangnya sehari sebelum topik tersebut
diajar dalam kelas.
- Soalan-soalan yang diberi meliputi topik/pengisian pnp akan datang yang dirancang.
- Pelajar menjawab latihan tersebut di rumah/luar kelas.
- Pelajar perlu merujuk bahan rujukan (buku teks, internet, perbincangan) untuk menjawab soalan-soalan
yang diberikan.
- Pelajar boleh menghantar jawapan sebelum pnp topik tersebut atau sebelum pnp bermula

9. Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan


1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Minggu ke-1 & ke-2 Ogos
2009
2 Menulis kertas proposal Minggu ke-3 Ogos
3 Mengumpul data dan maklumat Minggu ke-1 & ke-2
- latihan pra-topik dilaksanakan kepada pelajar untuk mata September
pelajaran Pengajian Am 1, Sains Sukan 2 dan Sejarah
SPM.
- Membuat refleksi/catatan terhadap tindakan
- Mengesan prestasi pelajar melalui ujian bertulis, ujian
lisan dan pemerhatian
4 Menganalisis data dan maklumat yang diperolehi Minggu ke-3 September
- membandingkan prestasi pelajar yang membuat soalan pra-topik
dengan pelajar yang tidak melaksanakan latihan pra-topik
5 Perbincangan dan rumusan terhadap hasil kajian Minggu ke-1 Oktober

6 Laporan kajian Minggu ke-3 Oktober

10. Pengumpulan Data


a. Data dan maklumat dikumpul melalui:
- latihan bertulis pra-topik
- ujian bertulis selepas sesi pnp
- soalan lisan selepas sesi pnp
- pemerhatian
- temu bual dengan pelajar

Latihan bertulis pra-topik merupakan ujian yang diberikan sebelum topik berkenaan diajar di dalam
kelas. Guru menyediakan soalan-soalan (objektif / struktur) yang merangkumi topik yang akan diajar kelak.
Ujian bertulis selepas sesi pnp bertujuan untuk mengesan prestasi pelajar. Begitu juga dengan kaedah lisan,
pemerhatian dan temubual dengan pelajar. Sebelum analisis dibuat terhadap hasil ujian, guru mesti mengenal
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN, SABAH 3
KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2009

pasti pelajar yang telah membuat latihan pra-topik dan pelajar yang tidak membuat latihan pra-topik. Guru juga
mesti menyoal sama ada pelajar telah membaca topik berkenaan sebelum pnpnya dijalankan.
Semua latihan pra-topik dan pengesanan prestasi pelajar dijalankan oleh guru yang mengajar. Latihan
pra-topik boleh dijalankan dalam kelas ataupun di luar kelas sebagai kerja rumah. Ujian pengesanan prestasi
pelajar pula boleh dijalankan sebaik sahaja pnp topik berkenaan selesai, ataupun dalam sesi pnp seterusnya.
Namun, pemerhatian perlu dilakukan di dalam kelas. Hasil pemerhatian dicatat dalam buku catatan guru.
Instrumen-instrumen di atas disediakan oleh guru Pengajian Am 1, Sains Sukan 2 dan Sejarah SPM.
Pelaksanaannya juga dibuat masing-masing oleh guru yang terlibat dalam kajian tindakan ini.
Disebabkan kekangan masa dan tugasan lain, maka pengkaji melaksanakan sebanyak sekali sahaja
pelaksanaan program secara lengkap, iaitu melaksanakan latihan pra-topik, melaksanakan pnp lengkap terhadap
topik berkenaan dan seterusnya mengadakan latihan atau ujian pengesanan prestasi pelajar. Guru telah
menggunakan dua waktu mengajar yang bersambungan untuk melaksanakan pnp dan pengesanan prestasi. Data
dan maklumat tentang tahap persediaan pelajar diperolehi dengan memeriksa kertas jawapan latihan pra-topik
dan juga secara menemubual pelajar. Ini bertujuan untuk memastikan pelajar telah membuat sebarang
persediaan untuk topik berkenaan ataupun sebaliknya.

11. Penganalisisan Data dan Maklumat


Analisis data dan maklumat yang diperolehi dijalankan secara statistik deskriptif sahaja. Bilangan dan
peratusan digunakan untuk mempersembahkan analisis data dan maklumat. Proses analisis data dan maklumat
juga dibuat masing-masing oleh guru terlibat mengikut subjek yang diajarnya. Namun, perbincangan, kolaborasi
serta perkongsian sentiasa wujud antara guru pengkaji yang terlibat. Kerjasama sedemikian rupa dapat
menyelesaikan dengan lebih cepat kesukaran-kesukaran yang timbul semasa penganalisisan data dan maklumat.

12. Dapatan Kajian

Jadual-jadual di bawah menunjukkan hasil daripada ujian pengesanan prestasi selepas pnp topik berkenaan
dijalankan.

Jadual 1: Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap Topik Kerajaan Tempatan Pengajian Am 1


(10 soalan objektif)
Jumlah markah Bilangan Peratus
Pelajar
10 4 17.39
7 dan ke atas 11 47.83
5 dan ke bawah 8 34.78
Jumlah Pelajar 23 Orang 100.00

Jadual 2: Tahap Persediaan Pelajar Terhadap Topik Kerajaan Tempatan Pengajian Am 1


(Latihan pra-topik berbentuk struktur)
Tahap Persediaan Bilangan Peratus
Pelajar
Menyiapkan latihan pra-topik 12 52.17
Menjawab sebahagian 4 17.39
Langsung tidak menjawab tetapi ada 4 17.39
membaca topik
Langsung tidak membaca topik/tidak pernah 3 13.04
membaca tentang topik berkaitan
Jumlah Pelajar 23 Orang 100.00

Jadual 3: Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap Topik Kelesuan Dalam Sains Sukan 2
(5 soalan struktur yang ringkas). Markah Penuh=20.
Jumlah markah Bilangan Peratus
Pelajar
17-20 3 11.11
12-15 15 55.56
10 dan ke bawah 9 33.33
Jumlah Pelajar 27 orang 100.00

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN, SABAH 4


KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2009

Jadual 4: Tahap Persediaan Pelajar Terhadap Topik Kelesuan Dalam Sains Sukan 2
Tahap Persediaan Bilangan Peratus
Pelajar
Menyiapkan latihan pra-topik 15 55.56
Menjawab sebahagian 5 18.52
Langsung tidak menjawab tetapi ada membaca topik 3 11.11
Langsung tidak membaca topik/tidak pernah membaca tentang 4 14.82
topik berkaitan
Jumlah Pelajar 27 Orang 100.00

Jadual 5: Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap Topik Sejarah SPM


(Soalan esei dengan 5 pecahan soalan). Markah Penuh=20.
Jumlah markah Bilangan Peratus
Pelajar
17-20 5 17.24
12-15 17 58.62
10 dan ke bawah 7 24.14
Jumlah Pelajar 29 orang 100.00

Jadual 6: Tahap Persediaan Pelajar Terhadap Topik Sejarah SPM


(Merupakan ulangkaji Sejarah SPM).
Tahap Persediaan Bilangan Pelajar Peratus
Menyiapkan latihan pra-topik 16 55.17
Menjawab sebahagian 12 41.38
Langsung tidak menjawab tetapi ada 1 3.45
membaca/belajar topik
Jumlah Pelajar 29 Orang 100.00

Bagi mata pelajaran Sejarah SPM, topik yang dipilih untuk kajian ini sebenarnya telah diajar sebelumnya. Oleh
yang demikian, semua pelajar sepatutnya telah atau pernah membaca topik tersebut. Latihan pra-topik dan ujian
pengesanan yang dibuat sebenarnya hanya merupakan ulangkaji atau latihan gerak gempur bagi semua pelajar.

Berdasarkan Jadual 2, Jadual 4 dan Jadual 6 didapati bahawa purata 50 peratus pelajar dalam setiap
kelas yang diuji telah membuat persediaan yang mencukupi untuk mengikuti proses pnp dalam kelas. Dalam
ketiga-tiga kelas yang terlibat, didapati juga bahawa peratusan pelajar yang tidak membuat persediaan adalah
sederhana (13.04 & 14.82) kecuali pelajar dalam kelas Sejarah SPM (3.45). Dalam kelas Pra-Universiti 3
(6R3), hanya 3 orang (13.04 peratus) yang langsung tidak membaca atau tidak pernah membaca topik tentang
Kerajaan Tempatan.
Dalam kelas Pra-Universiti 4 (6R4) hanya seramai 4 orang (14.82 peratus) pelajar yang langsung tidak
pernah membaca atau membaca tentang topik kelesuan dalam Sains Sukan. Bagi mata pelajaran Sejarah SPM,
hanya 1 orang (3.45 peratus) pelajar yang tidak membuat persediaan sepatutnya terhadap topik yang diuji dalam
kelas tersebut. Namun, pengkaji menjangkakan bahawa semua pelajar telah atau pernah terbaca atau sekurang-
kurangnya mengikuti pengajaran dan pembelajaran topik berkenaan sebelum ini. Ini adalah kerana, keseluruhan
sukatan Sejarah SPM telah disempurnakan lebih awal pada bulan Ogos atau selewat-lewatnya awal bulan
September.
Dari segi tahap penguasaan pelajar, didapati bahawa tahap penguasaan boleh dikatakan agak sederhana
tetapi melebihi 60 peratus bagi ketiga-tiga mata pelajaran. Sebanyak 64 peratus pelajar di Pra-U 3 telah
mendapat markah yang agak memberangsangkan iaitu 7 hingga 10 markah; manakala sebanyak 66 peratus bagi
pelajar yang mengambil Sains Sukan 2 serta 75 peratus daripada pelajar dalam kelas Sejarah SPM telah berjaya
mendapat 12 hingga 20 markah. Kelas Pra-U 3 (Pengajian Am 1) mencatat bilangan pelajar yang kurang tahap
penguasaan selepas pnp iaitu mendapat 5 markah atau ke bawah daripada markah penuh yang ditetapkan iaitu
10. Tahap penguasaan yang rendah juga dikenalpasti dalam kalangan pelajar kelas Pra-U 4 (Sains Sukan 2) iaitu
sebanyak 33.33 peratus pelajarnya mendapat 0 hingga 10 markah.
Oleh kerana topik-topik Sejarah SPM telah disampaikan sebelumnya, maka didapati bahawa bilangan
pelajar yang kurang tahap penguasaan adalah rendah iaitu hanya 1 orang atau 3.45 peratus sahaja.

13. Perbincangan

Sebelum perbincangan diteruskan, pengkaji bersetuju bahawa adalah kurang signifikan untuk membuat
kesimpulan total terhadap dapatan kajian yang diperolehi dalam kajian tindakan mini ini. Ini adalah kerana

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN, SABAH 5


KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2009

kekerapan melaksanakan program (latihan pra-topik dan ujian pengesanan) amatlah kecil. Seperti yang dapat
dilihat di atas, program itu dilaksanakan sekali sahaja bagi setiap mata pelajaran tersebut.
Sungguhpun begitu, kita masih boleh membuat kesimpulan awal berdasarkan dapatan kajian ini.
Didapati bahawa tahap persediaan mempunyai hubungan langsung dengan tahap penguasaan pelajar. Ini dapat
dilihat dalam kelas Pra-U 4 iaitu peratusan tinggi terhadap tahap persediaan pelajar adalah selari dengan
peratusan tinggi terhadap tahap penguasaan pelajar tersebut. Berdasarkan Jadual 4 dan Jadual 3, didapati tahap
persediaan pelajar ialah yang tinggi atau secukupnya (menyiapkan latihan topik & menjawab sebahagian) iaitu
74 peratus, dan tahap penguasaannya ialah 66 peratus. Dianggapkan bahawa pelajar yang telah menyiapkan
latihan pra-topik tersebut telah membaca keseluruhan topik. Begitu juga dengan pelajar yang telah menjawab
sebahagian daripada soalan pra-topik.
Hubungan langsung antara tahap persediaan dengan tahap penguasaan pelajar dalam kelas juga boleh
dilihat dalam Jadual 2 dan Jadual 1 bagi mata pelajaran Pengajian Am 1. Didapati bahawa peratusan tahap
persediaan yang tinggi dalam kalangan pelajar Pra-U 3 adalah selari dengan tahap penguasaan yang tinggi
pelajar terbabit. Berdasarkan jadual tersebut, sebanyak 69 peratus daripada pelajar telah membuat persediaan
mencukupi, dan 64 peratus pelajar daripada kelas tersebut telah mendapat markah yang memberangsangkan
iaitu 7 hingga 10 markah.
Didapati juga bahawa membuat latihan amat berkait rapat dengan tahap penguasaan pelajar. Dapatan
dalam Jadual 5 dan Jadual 6 menunjukkan bahawa pelajar yang telah membaca tentang topik berkenaan tidak
semestinya akan dapat memahami atau menguasai dengan baik akan topik itu sekiranya tidak melakukan latih
tubi topik itu. Berdasarkan jadual tersebut, didapati bahawa walaupun hanya 1 orang pelajar yang langsung tidak
membuat latihan pra-topik, namun bilangan yang mendapat di bawah 15 markah adalah ramai (24 orang). Ini
disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi sehingga tahap pemahaman dan penguasaan terhadap topik
berkenaan adalah rendah.
Daripada pemerhatian semasa pnp dalam kelas, pengkaji juga mendapati bahawa para pelajar kelihatan
lebih bersedia dan responsif terhadap proses pnp. Dapat diperhatikan bahawa pelajar yang telah melakukan
latihan pra-topik (membuat persediaan) aktif mengambil bahagian dalam proses pnp, sama ada menyoal,
menjawab soalan mahupun memberikan pendapat.

14. Kesimpulan
Terdapat dua kesimpulan utama yang dapat dibuat berdasarkan dapatan kajian mini ini:

1. Pelajar akan lebih memahami dan menguasai topik yang diajar sekiranya telah membuat persediaan
awal iaitu membaca dan membuat latihan berkaitan topik tersebut. Oleh itu, pelajar perlu membuat
persediaan awal (membaca, membuat latihan) sebelum topik berkenaan diajar atau dibincangkan dalam
kelas.
2. Pembacaan yang disertai dengan membuat latihan tentang topik yang dibaca akan meningkatkan
pemahaman dan penguasaan pelajar. Pembacaan sahaja tidak menjamin pemahaman dan penguasaan
yang membanggakan. Oleh itu, pelajar perlu membaca dan membuat latihan pengukuhan/latih tubi
terhadap topik yang telah dibacanya itu.
3. Sebagai tambahan, dapat disimpulkan juga bahawa pelajar yang mempunyai persediaan secukupnya
untuk mengikuti pnp akan lebih aktif dan responsif. Didapati pelajar yang membuat latihan pra-topik
lebih banyak mengambil bahagian dalam proses pnp sama ada menyoal, menjawab soalan mahupun
memberikan pendapat.

Refleksi Guru (Pengkaji)


1. Guru wajar mengamalkan teknik latihan pra-topik sebagai salah satu kaedah untuk mempertingkatkan
prestasi pelajar.
2. Amalan persediaan awal (pembacaan dan latihan pra-topik) wajar dihebahkan dan digalakkan dalam
kalangan pelajar.
3. Pengkaji perlu membuat perancangan sistematik semasa hendak menjalankan sesuatu penyelidikan
tindakan di sekolah. Ini sangat penting kerana guru sentiasa mempunyai tugasan/tanggungjawab yang
banyak di sekolah, selain kekangan masa dan sumber.

Semoga hasil kajian tindakan mini ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada rakan-rakan guru yang
lain dalam usaha kita untuk mempertingkatkan prestasi akademik sekolah. Diharapkan juga agar ini dapat
meningkatkan minat dalam kalangan guru sekolah kita untuk menjalankan kajian tindakan.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN, SABAH 6

You might also like