You are on page 1of 12

Membina Pendahuluan

Karangan yang Baik


Terdapat 8 jenis pendahuluan karangan

 Bentuk isu semasa


 Bentuk berita
 Bentuk statistik
 Bentuk cerita
 Bentuk peribahasa
 Bentu definisi
 Bentuk persoalan
 Bentuk sejarah
Pendahuluan jenis isu semasa
 Memerlukan pengetahuan yg luas tentang
isu semasa
 Mengaitkan peristiwa semasa dengan isu
yg akan dibincangkan dalam karangan
 Menggunakan isu semasa yg berlaku dan
membuat perkaitan dengan kehendak
soalan
Contoh kandungan isu semasa dlm pendahuluan;

Ayat 1- Isu semasa yang relevan dgn kehendak


soalan
Ayat 2- Ulasan isu yang dijadikan perkara pokok
dlm pendahuluan
Ayat 3- Ulasan isu dan kaitannya dengan peristiwa
masa kini
Ayat 4- Hala tuju karangan mengikut kehendak
soalan
Contoh pendahuluan isu semasa
 Sejak akhir-akhir ini, kita sering didedahkan
dengan pelbagai berita salah laku di kalangan
remaja. Kebanyakan kes yang dilaporkan
membabitkan kes jenayah seperti memukul,
memeras ugut, buli, merosakan harta benda
sekolah, membunuh dan sebagainya. Pihak-
pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa,
pihak sekolah, pihak berkuasa perlu berganding
bahu untuk menangani masalah ini sebelum
menjadi lebih kronik.
PENDAHULUAN JENIS BERITA

 Memasukkan tajuk utama berita yang


disiarkan di media massa dalam sesebuah
karangan
 Contoh;
 Dua remaja ditahan, Lima remaja dibuang
sekolah. Itulah antara tajuk berita yang
disiarkan di media tempatan yang berkait
rapat dengan kes salah laku dalam
kalangan remaja sejak kebelakangan ini.
Pendahuluan jenis statistik
 Memasukkan statistik atau perngkaan
daam pendahuluan karangan.
 Contoh;
 Mengikut perangkaan yang dikeluarkan
oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit
Aman bahawa kes salah laku dalam
kalangan pelajar meningkat sebanyak 1.5
peratus pada tahun 2005 berbanding
tahun 2004.
Pendahuluan jenis Peribahasa
 Memasukkan peribahasa yang sesuai
dalam pendahuluan.
 Contoh;
 “Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang
negara”. Itulah peribahasa yang paling
sesuai dengan golongan remaja pada hari
ini. Namun harapan tersebut berkecai
ekoran sikap remaja hari ini yang terjebak
dalam kancah salah laku
Pendahuluan jenis definisi
 Memberikan definisi tajuk karangan dalam
pendahuluan
 Contoh;
 Salah aku boleh ditakrifkan sebagai
perbuatan yang menyalahi undang-
undang sama ada undang-undang negara
antara sesuatu organisasi.Terdapat
beberapa jenis salah laku yang dilakukan
oleh remaja masa kini antaranya ialah…
Pendahuluan jenis Persoalan
 Menimbulkan persoalan yang sesuai
dalam pendahuluan.
 Pada bahagian pendahuluan juga perlu
dinyatakan jawapannya.
 Contoh;
 Apa itu salah laku? Kenapakah remaja
sering dikaitkan dengan gejala ini?
Siapakah yang harus dipersalahkan?
Pendahuluan jenis Sejarah
 Mengaitkan tajuk karangan dengan isu yang
telah berlaku.
 Contoh;
 Perbuatan salah laku bukanlah perkara baru
yang beraku di Malaysia cuma kurang diberi
perhatian oleh pihak tertentu. Namun, sejak
kebelakangan ini media sama ada media cetak
atau media elektronik telah menyiarkan kegiatan
salah laku dalam kalangan remaja telah
membimbangkan semua pihak.
Sekian terima kasih

You might also like