You are on page 1of 25

BAB 9

KREATIVITI DAN
INOVASI DALAM
PERNIAGAAN

1
KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PERNIAGAAN
9.1 Pengenalan
a) Konsep dan Definisi Kreativiti dan Inovasi
b) Fungsi Dan Kepentingan Kreativiti Dan Inovasi
Dalam Pengurusan Perniagaan
c) Prinsip-prinsip Inovasi

9.2 Pemikiran Kreatif dan Inovatif


a) Ciri-ciri Pemikiran dan Individu Kreatif /
Inovatif
b) Alternatif Kepada Bentuk Pemikiran Rasional,
Pemikiran Lateral dan Pemikiran Kritikal
c) Mewujudkan Organisasi dan Pengurusan
Kreatif / Inovatif
2
9.1 PENGENALAN
a. KONSEP DAN DEFINISI KREATIVITI

1. Kreativiti berasal dari bahasa Latin


“Creare” yang bermaksud membuat

Maksudnya dalam bahasa Greek


bermaksud memenuhi

2. “Kreativiti adalah suatu misteri yang


merupakan suatu fenomena
semulajadi.”
( Samson dan Vernon )

3
a.KONSEP DAN DEFINISI KREATIVITI

3. Guilford

Kreativiti sebagai satu komponen penting dalam


semua kegiatan intelektual dan ia merupakan suatu
kebolehan untuk melahirkan idea-idea atau
kebolehan untuk melahirkan banyak idea berkaitan dengan
penyelesaian atau penanganan sesuatu masalah.

4. Gowen (1972)

Kreativiti merupakan teori-teori peribadi dan


persekitaran yang relatif dengan amalan pengasuhan
anak

4
a.KONSEP DAN DEFINISI KREATIVITI

Kreativiti boleh didefinisikan dengan


melihat kepada empat jenis:
i. Bentuk ciri-ciri individu
ii. Tingkahlaku untuk mencapai kreativiti
iii. Hasil yang diperolehi daripada proses
iv. Keadaan persekitaran yang sesuai untuk
kegiatan kreatif

5
a.KONSEP DAN DEFINISI KREATIVITI
Kreatif

Individu yang kreatif adalah mereka yang


mampu menjana pemikiran untuk mencipta
barang atau perkhidmatan baru atau
melaksanakan idea baru yang masih belum
dicuba oleh orang lain

Kesimpulan

Kreatif bermaksud kebolehan atau


kemampuan mencipta dan menyatukan idea
secara unik atau membuat sesuatu yang baru.

6
a. KONSEP DAN DEFINISI INOVASI
• Inovatif
Inovatif berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud
‘pembaharuan’

Inovatif adalah kesan daripada aplikasi keupayaan kreatif


khususnya dalam industri yang memerlukan konsep-konsep, idea,
kaedah, proses dan kegunaan yang baru.

Inovatif bermaksud kebolehan untuk membuat


pembaharuan atau mengubahsuai sesuatu untuk menjadikannya
lebih baik, elok, berkualiti dan sebagainya.

Satu cara memperkenalkan idea yang baru untuk membuat


sesuatu atau mencipta sesuatu yang baru.

7
a. KONSEP DAN DEFINISI INOVASI

Inovatif adalah satu proses mengeluarkan idea dan


mengubahnya ke bentuk produk, perkhidmatan, sistem dan cara
operasi yang baru

Walaupun idea dihasilkan melalui proses-proses tertentu


seperti rekacipta, pembangunan, pengeluaran dan sebagainya, ia
akan menjadi suatu inovasi jika idea tersebut benar-benar dapat
digunakan dan dimanfaatkan.

Contoh: Penggunaan sistem baru atau perisian baru dalam


sistem perakaunan dapat membantu memudahkan kerja-kerja
pengrekodan di sesebuah firma.

8
JENIS-JENIS INOVASI

Dua bentuk Inovasi :


i. Inovasi Bukan Teknikal
ii. Inovasi Teknikal
a. Inovasi Inkremental
b. Inovasi Radikal

9
JENIS-JENIS INOVASI

i. Inovasi Bukan Teknikal

• Pembaharuan yg berlaku lebih tertumpu kepada aspek


pengeluaran, kaedah pengedaran dan pemasaran
supaya menjadi lebih baik.

• Contoh: Syarikat SMS Biz memperkenalkan kaedah


baru dalam pemasaran ‘prepaid card’ secara SMS.

10
JENIS-JENIS INOVASI
ii. Inovasi Teknikal
a. Inovasi ‘Incremental’

Lebih tertumpu kepada proses memodifikasi dan merekacipta


semula sesuatu produk ataupun proses untuk mencapai
objektif seperti menurunkan kos, meningkatkan mutu dan
meninggikan prestasi. Cth penciptaan kamera digital hasil
daripada kamera SLR.

b. Inovasi Radikal

Apabila sesuatu kerja dijalankan dengan menggunakan


kaedah-kaedah yang tidak wujud sebelumnya. Cth tempahan tiket
penerbangan on line oleh Air Asia. Contoh : Teknologi Xeroggrafi –
satu proses kering (dakwat serbuk) dalam pembuatan
fotokopi menggantikan proses basah (dakwat cair)

11
b) FUNGSI DAN KEPENTINGAN KREATIVITI DAN
INOVASI DALAM PENGURUSAN PERNIAGAAN

A. Pembentukan Idea

• Pembentukan idea dalam menjana pendapat-pendapat baru


dalam merancang, mengorganisasi, mengarah, menyelaras dan
mengawal dalam organisasi.
• Memudahkan proses pengeluaran sesebuah organisasi dan secara
tidak langsung meningkatkan produktiviti dengan adanya idea-
idea baru mengikut perubahan masa.

12
b) FUNGSI DAN KEPENTINGAN KREATIVITI DAN INOVASI
DALAM PENGURUSAN PERNIAGAAN

B. Pengembangan Idea

• Pengembangan idea bergantung kepada budaya


organisasi dan proses di dalam organisasi.
• Dengan adanya peningkatan dalam kualiti idea yang
digunakan maka pihak pengurusan dalam organisasi
itu dapat menggunakan kemahiran-kemahiran
pengurusan dalam cara yang efisyen dan efektif.
• Data disimpan di dalam Sistem Pengurusan Maklumat,
Sistem Sokongan Keputusan dan Sistem Pakar, akan
digunakan semula dan membantu pengurus dalam
pengembangan idea.

13
b)FUNGSI DAN KEPENTINGAN KREATIVITI DAN INOVASI
DALAM PENGURUSAN PERNIAGAAN

C. Pelaksanaan Idea

• Tahap pelaksanaan dalam organisasi


membawa penyelesaian atau penemuan ke
dalam pasaran bagi bidang pembuatan produk
atau perkhidmatan.
• Langkah-langkah pelaksanaan seperti
kejuruteraan, peralatan, pembuatan, pengujian
pasaran dan promosi.

14
c) PRINSIP-PRINSIP INOVASI

Usaha yang serius perlu dilakukan untuk


mewujudkan suasana inovasi yang sesuai dan
menggalakkan untuk memastikan
perkembangan sesebuah organisasi.
Peter Drucker (1955)

15
c) PRINSIP-PRINSIP INOVASI

A. Inovasi bersifat konseptual dan perseptual dan


analisis fakta

Setiap inovasi seharusnya melibatkan tiga perkara iaitu


kewujudan konsep baru, persepsi baru dan analisis fakta

16
c) PRINSIP-PRINSIP INOVASI

B. Inovasi mengenalpasti peluang-


peluang baru
Seorang ‘inovator’ pandai mencari peluang
untuk mendapatkan keuntungan yang lebih
dengan memenuhi permintaan serta kepuasan
pengguna.

Mereka berjaya melakukannya dengan


memerhatikan dan mempelajari gaya, masalah
dan perubahan yang berlaku di persekitaran
mereka.

17
c) PRINSIP-PRINSIP INOVASI

C. Inovasi yang efektif bersifat mudah

Sesuatu inovasi itu mempunyai suatu fokus tertentu sahaja.

D. Inovasi yang efektif bermula secara kecil-


kecilan

Cita-cita yang terlalu besar boleh menggagalkan usaha inovasi


dan dengan itu sesuatu inovasi mestilah mempunyai tujuan
yang spesifik.

18
9.2 PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF
a) CIRI-CIRI INDIVIDU YANG KREATIF/INOVATIF
1. Mempunyai tahap keyakinan pada diri sendiri yang tinggi dan
bersifat bebas untuk mempertahankan idea
2. Berani membuat sesuatu bentuk inovasi
3. Berani membuat keputusan dan bersedia menghadapi risiko
daripada tindakan mereka
4. Bersikap terbuka dan toleran terhadap kritikan orang lain.
5. Jiwa merdeka tidak suka dikongkong dan tidak suka terikut-
ikut orang lain
6. Mudah menerima hakikat kelemahan dan kekurangan diri.
7. Dapat mengawal diri sendiri iaitu peribadi yang stabil

19
a) CIRI-CIRI PEMIKIRAN KREATIF/INOVATIF
a. Kefasilan
Kebolehan untuk mengeluarkan pelbagai jenis gerakbalas
terhadap rangsangan atau masalah tanpa halangan.

b. Fleksibiliti
Kebolehan menghadapi sesuatu masalah dari beberapa sudut
dan tidak tetap pada satu cara yang tertentu.

c. Keaslian
Gerakbalas yang tersendiri dan mungkin luarbiasa sekali.

d. Perincian
Kebolehan menambahkan butir kepada satu gerakbalas.

20
Seseorang yang mempunyai kemahiran kreatif;

a. Berfikir secara kreatif menggunakan minda untuk


mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baru, asli,
pelbagai, luarbiasa, bernilai dan provokatif.
b. Mengembangkan dan memperluanskan daya
imaginasi kreatif dan inovatif untuk mendapatkan idea.
c. Melihat sesuatu perkara secara menyeluruh.

Dalam pengurusan, banyak perkara boleh ditangani dengan


memikirkannya secara kreatif.

Contoh:
Konflik yang biasa berlaku dalam kebanyakan organisasi
boleh difikirkan jalan penyelesaiannya secara kreatif
dengan melihatnya dalam dua bentuk persepsi - positif
atau negatif

21
b) ALTERNATIF KEPADA BENTUK PEMIKIRAN
RASIONAL:

a. Pemikiran Lateral (Edward de bono – 1970)

- Pemikiran yang dapat menghasilkan pelbagai idea yang


tertentu atau beberapa penyelesaian untuk masalah.
- Membuat keputusan yang kritikal dalam jangkamasa
terdekat.
- Melibatkan ‘brainstorming’ .
- Idea dikumpulkan secara meluas.

22
b) ALTERNATIF KEPADA BENTUK PEMIKIRAN
RASIONAL:
b. Pemikiran Kritikal

- Merupakan kebolehan dan kecenderungan menilai


sesuatu berdasarkan kriteria tertentu.
- Bertujuan menentukan samada sesuatu alternatif itu lebih
baik, lebih berkesan, lebih sah dan sebagainya.
- Seseorang yang berfikiran kritis hendaklah mampu
membuat pengamatan yang tajam, berfikiran
terbuka, tidak bersikap berat sebelah, cekap menganalisis
dan membuat rumusan.
- Seseorang yang berfikir secara kritikal mampu melihat
kelemahan atau kesilapan pada sesuatu idea dan cadangan
yang telah dikemukakan.
- Seseorang yang berfikiran kritikal boleh membantu
seseorang mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan
dan kesalahan.

23
c) MEWUJUDKAN ORGANISASI KREATIF/INOVATIF
• Mewujudkan nilai kreativiti pekerja. Pengurus boleh
mempengaruhi daya kreativiti sejak pemilihan pekerja
• Mewujudkan suasana kerja yang dapat melahirkan sifat kreatif
dlm organisasi contohnya hubungan yang rapat.
• Menyediakan pelbagai insentif ke arah mewujudkan pekerja yg
kreatif
• Mengamalkan sistem pengurusan yg lebih terbuka kerana
peraturan yang keras menghalang kreativiti
• Mengadakan alat-alat pengurusan yang bersesuaian termasuklah
budaya korporat yg diamalkan, amalan penggunaan guna tenaga
dan gaya kepimpinan
• Mewujudkan persekitaran yg baik seperti modal, pekerja,
maklumat teknologi dan kemahiran.

24
c) MEWUJUDKAN PENGURUSAN KREATIF/INOVATIF

• Pekerja yg berisiko tinggi perlu diberi perhatian yg lebih dan


pekerja digalakkan tidak berasa bimbang apabila melakukan
kesilapan.
• Menetapkan dan memperkemaskan dasar dan peraturan tentang
rekacipta
• Menentukan objektif jangka panjang terutamanya bidang yang
boleh dikembangkan
• Mewujudkan struktur organisasi yang mempunyai ciri-ciri
menggalakkan kreativiti.
• Memastikan pekerja mempunyai keseimbangan dari segi
kepakaran, kelayakan dan pengalaman
• Menyediakan belanjawan yg secukupnya bagi pembangunan
produk dan perkhidmatan.

25

You might also like