You are on page 1of 7

TEORI ETIKA SEKULAR BARAT DAN TEORI ETIKA ISLAM

Hasil pemikiran ahli falsafah barat telah menghasilkan satu fahaman baru iaitu
sekularisme. Hasil pemikiran ahli falsafah ini telah mengancam fahaman keagamaan bagi
mana-mana masyarakat di dunia. Tambahan lagi akhir-akhir ini golongan sekularisme
telah bertindak dengan menyusup masuk ke dalam agama dengan tujuan untuk
menerapkan fahaman moden ini. Keminculan sekularisme lahir daripada pergolakan yang
berlaku dalam agama kristian pada abd pertengahan. Kemunculan falsafah dan pemikiran
baru ini adalah berikutan tindak balas penganut agama tersebut terhadap kongkongan dan
penguasaan gereja ke atas mojoriti ahli masyarakat. Peperangan Salib telah membuka
mata orang kristian Eropah terhadap perubahan termasuk menuntut kebebasan daripada
semua bentuk kongkongan gereja yang selama ini hanya membenarkan ilmu-ilmu yang
tidak bercanggah dengan kepentingannya. Ekoran tidakan kejam golongan gereja yang
sekaligus menjadi pemerintah ketika itu, masyarakat Eropah menjadi mangsa pihak
gereja apabila ratuasan malah ribuan orang mati di dalam penjara dan di tali gantung
kerana wujudnya fanatisme agama di kalangan pendokong agama kristian. Ekoran
daripada sikap yang terlalu fanatik dengan agama kristian, yang mahu mencengkam
keseluruhan kehidupan msyarakat kristian ketika itu. Maka munculah fahaman dan
gerakan sekularisme yang bererti “memisahkan agama(kristian) dari negara”. Wujudnya
satu falsafah baru yang mahu lari dari peradaban yang dibawa oleh golongan gereja, yang
melihat agama kristian sebagai halangan kepada kehidupan yang lebih rasional dan
selesa. Bagi golongan sekular, mereka menganggap dengan berada di bawah kuasa gereja
mereka tidak akan mencapai kemajuan. Justeru itu mereka memutuskan untuk tidak
terikat dengan golongan gereja tetapi setakat menjadi masih menjadi penganutnya.
Kristian hanya pada nama sahaja dan aspek-aspek ritual di ketepikan.

Di dalam sekularisme manusia dianggap sebagai kejadian yang serba lengkap,


bersifat mutlak dalam menentukan kelangsungan hidup di dunia. Malahan manusia di
anggap sebagai kejadian yang peling lengkap dan mampu mempengaruhi segala bentuk
kehidupan ini. Justeru itu sekularisme banyak menumpukan segala perkiraan dan
tindakan manusia semata-mata kepada dunia yang mengagungkan kebolehan akal
rasional. Terdapat dua kaedah yang sering digunakan untuk mengukur tingkah laku
manusia iaitu melalui kaedah Deontologikal dan kaedah Teleologikal. Dua kaedah ini
dapat memperjelaskan gerak laku manusia iaitu pada dua situasi , pada gerak laku
(Deotologikal) dan selepas gerak laku(Teleologikal). Aliran Deontologikal berasal
daripada perkataan Greek iaitu ‘dentos’ yang bermaksud tugas. Pengasas fahaman
Deontologikal iaitu Immanuel Kant(1724-1804) menyatakan bahawa manusia sepatutnya
menjalankan tugas dan tanggungjawab semata-mata kerana niat yang baik, atau apa yang
disebut “Good Will” tetapi bukan kerana terdapatnya unsur-unsur lain untuk kita
bertindak seperti adanya ganjaran, hukuman atau tekanan dari pihak lain. Tingkah laku
yang berniat baik ini dilakukan tanpa motif lain. Ini bermaksud sesuatu tanggungjawab
dan dan tugas di lakukan kerana desakan nilai dalaman yang berbentuk “good will” atau
berperanan sesama manusia lain dalam usaha untuk melihat manusia dan masyarakat
dapat hidup didalam keadaan yang cukup baik . Dalam erti kata lain deontologikal adalah
prinsip dan peraturan yang menekankan tentang apa yang sepatutnya dilakukan dan
bukan apakah jenis manusia yang hendak dibentuk. Deontologikal jelas menyatakan
bahawa kewajipan atau tugas dan tanggungjawab melaksanakan sesuatu tingkah laku
merupakan asas kepada betul(right) atatu salah(wrong) sesuatu tingkah laku itu. Dalam
konteks ini, tugas etika adalah menyediakan garis panduan tentang tindakan yang tekal
dan konsisten dengan anggapan umum tentang maksud etika atau moral yang sebenar.

Manakala aliran Teleologikal melihat sesuatu tingkah laku itu berasaskan kesan
sesuatu tindakan itu. Jika kesannya baik maka sesuatu tindakan itu bermoral, jika
sebaliknya maka dianggap tidak moral. Terdapat dua teori etika di bawah tajuk Teori
Teleologikal iaitu Utilitarianisme dan Egoisme. Kedua-duanya sependapat bahawa
manusia perlu bertindak dan bertingkah laku untuk mendatangkan kesan yang baik.
Tetapi terdapat percanggahan antara keduanya iaitu etika Egoisme berpendapat bahawa
sesutu tindakan itu perlu mengambil kira kepentingan diri, manakala etika Utilitarian
menegaskan setiap tindakan perlulah mengambil kira kesan baik dan manfaat kepada
semua yang terlibat iaitu kepada keseluruhan ahli masyarakat, tanpa memikirkan
keuntungan peribadi. Sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah
kebaikan yang dilakukan atau mungkin yang hendak dilakukan melebihi kejahatan.
Bagaimanapun ahli Teleologi mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang
dikatakan baik dan jahat serta kebaikan siapa yang hendak dimajukan. Penganut
golongan ini berpendapat bahawa tidak terdapat sebarang pengaruh antara peraturan
masyarakat (kemoralan sosial), keperibadian mulia denagn etika . Biasanya golongan ini
lebih cenderung berfikir sendiri tentang kriteria moral. Mereka telah berfalsafah dan
akhirnya menghasilkan teori-teori etika yang mengutamakan atau berasaskan prinsip
tertentu. Menurut teori ini kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai
instrumentalnya yang menentukan kebaikan atau kejahatan. Peraturan dan tindakan
dianggap bermoral apabila faktor kebaikan melebihi faktor kejahatan.

Manakala etika dalam perspektif islam adalah asas yang kuat dalam usaha
mewujudkan insan seimbang dari segi rohani dan jasmaninya . Etika Islam kaya dengan
sopan santun dan adab susila. Ianya sesuai pada semua tempat dan keadaan. Islam
sentiasa menganjurkan kepada manusia supaya bersikap toleransi, berbaik sangka serta
sikap tolong menolong. Ini kerana etika yang dianjurkan oleh Islam meliputi keseluruhan
aspek kehidupan manusia sejagat tidak kira di mana kita berada. Etika islam
menganjurkan nilai-nilai murni untuk memartabatkan kehidupan manusia sesuai dengan
fitrah dan kejadiannya. Agama islam mempunyai asas-asas penting iaitu aqidah, syariah,
dan akhlak. Ketiga-tiga aspek ini tidah dapat dipisahkan kerana inilah panduan hidup
masyarakat islam untuk hidup beretika secara islam. Aqidah islam dalah keyakinan
kepada Allah SWT. Ini adalah satu kepercayaan yang tersimpul dan terikat di dalam hati
setiap umat islam. Selain dari aspek ketuhanan, aqidah juga membicarakan tentang
keimanan seperti kepercayaan kepada Allah, Rasul, Malaikat,Kitab-kitab suci, Hri akhirat
dan qada’ dan qadar.

Syariah islam pula menyentuh perjalanan hidup manusia seperti kehidupan sosial
yang menyediakan peraturan yang lengkap untuk membolehkannya berhubung dengan
Allah SWT. Agama islam juga mempunyai konsep-konsep penting dalam etika Islam.
Etika Islam adalah nilai akhlak atau prinsip moral berlandaskan al-quran dan Hadith.
Segala yang baik atau buruk , salah atau benar telah ditentukan oleh Allah. Oleh sebab itu
ia satu daripada asas agama, maka etika atau akhlak Islam sangat penting dalam islam. Ia
menjadi pembentukan dalam semua aspek kehidupan yang sentiasa berkaitan dengan diri,
keluarga, masyarakat dan tuhan dalam usaha untuk membawa manusia menuju matlamat
yang telah ditetapkan. Ajaran islam mencakupi aspek aqidah, ibadah adan akhlak.
Akidah ialah keimanan kepada tuhan, kepercayaan ini dimanifestasikan melalui syariah
dan ibadah. Aqidah yang bersih pasti akan melahirkan akhlak yang bersih dan mulia,
manakala aqidah yang kacau akan melahirkan akhlak yang buruk lagi hina. Maka jelaslah
bahawa aqidah, ibadah dan akhlak saling memerlukan untuk menjamin seseorang
individu menjadi insan yang soleh dan mempunyai etika yang mulia. Rasulullah SAW
sendiri menekankan akan kepentingan etika dalam islam. Rasulullah dalam sebuah
hadithnya yang terkenal ada menjelaskan bahawa tujuan kedatangannya ke dunia ini
adalah bertujuan untuk menyempurnakan akhlak atau etika moral yang baik. Ini secara
terang-terangan membuktikan betapa besarnya soal etika ini dipandang dalam islam.
Rasulullah menegaskan bahawa “sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan
akhlak yang mulia” (Riwayat Baihaqi). Maka jelas di sini menunjukkan akan kepentingan
etika. Keperibadian manusia itu dinilai dari sudut etikanya.
PERBANDINGAN TEORI ETIKA SEKULAR BARAT DAN TEORI
ETIKA ISLAM

Etika merupakan suatu disiplin ilmu yang mengkaji tentang tingkah laku
individu seseorang . Etika penting dalam kehidupan manusia kerana ia membantu
kepada pembentukkan keharmonian kesejahteraan, kerukunan dan kedamaian
hidup. Secara berindividu, seseorang yang beretika akan menikmati kebaikan
fizikal, rohani dan mental. Orang yang beretika sentiasa menjaga tingkah laku
agar tidak bertentangan dengan kehendak masyarakat. Begitu juga dengan
kemurnian hati dan kawalan emosi atau kualiti emosi yang membantu kepada
pembentukkan sifat-sifat sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa dan
sebagainya. Dari segi mentalnya pula, orang yang beretika mulia tidak gemar
memikirkan pekara-pekara yang tidak mendatangkan faedah, yang merosakkan
dan sentiasa membuat perhitungan buruk baik sebelum melakukan sesuatu.
Dengan itu, jadilah ia seorang yang mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri
yang unggul walau dimana ia berada kerana nilai etika telah membentuk falsafah
hidup, gaya berfikir dan tindak tanduknya.

Oleh disebabkan itulah, terdapatnya perbandingan dan perbezaan antara


teori etika sekular barat dan teori etika islam. Perbezaan yang pertama di antara
kedua-dua teori ini ialah dalam sekularisme ia merupakan falsafah yang menolak
alam kewujudan tuhan dan meletakkan manusia, kebendaan dan matlamat hidup
di dunia sebagai segala-galanya. Fahaman sekularisme lebih mementingkan
materialisme berbanding aspek keagamaan. Disebabkan itu sekularisme adalah
fahaman yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan sehari-hari
manusia. Terdapat beberapa andaian asas yang menjadi tunjang pegangan
golongan sekularisme ini iaitu tuhan dipercayai tidak wujud atau kewujudannya
di ragui dan alam semester wujud secara mekanistik dan teratur dengan
hukumannya sendiri serta akal rasional diyakini dapat memahami fenomena alam
dengan caranya tersendiri. Menurut fahaman sekular, soal bernegara, berpolitik,
berekonomi tidak ada kaitan langsung dengan soal agama atau gereja. Manakala
dalam teori etika islam amat menekankan kepercayaan dan keyakinan terhadap
tuhan yang satu iaitu Allah SWT. Ini adalah satu kepercayaan yang tersimpul dan
terikat di dalam hati setiap umat islam. Selain dari aspek ketuhanan, juga
menyentuh kepercayaan kepada para rasul dan nabi-nabi. Jika dibandingkan, umat
islam mempunyai pegangan yang kuat terhadap agama berbanding penganut
fahaman sekularisme.

Perbandingan seterusnya meyediakan suatu menyediakan suatu wadah


yang memberi kebebasan mutlak kepada akal manusia untuk berfikir yang
membolehkan pelbagai corak pemikiran tumbuh seluas-luasnya terutamanya
dalam sains dan teknologi, bidang ekonomi dan bidang-bidang sains sosial lain.
Sebagai contoh isu pengklonan manusia, dimana usaha-usaha dijalankan dalam
bidang ini. Walaupun jelas seluruh masyarakat yang beragama menentang
penyelidikan dalam usaha mengklon manusia. Ini menunjukkan sekular barat
bertindak sebebas mungkin hanya berasakan kepada kemajuan sains dan
teknologi dan logik akal. Soal etika dan tingkah laku yang dianggap normal dalam
kehidupan manusia, tidak langsung dijadikan pertimbangan mereka. Tetapi dalam
perspektif islam tindakan penyelidik tersebut dianggap tidak beretika dan
menyalahi etika islam. Mereka tidak boleh bertindak sebarangan. Penyelidik-
penyelidik ini bebas melakukan aktiviti pengklonan dengan bertindak mengklon
manusia dengan haiwan. Pernah berlaku terjadi di mana manusia telah diklonkan
dengan babi. Hasil daripada pengklonan tersebut terhasilah manusia yang
digabungkan dengan babi. Dimana bentuk badan, telinga dan muka menyerupai
babi manakala tangan, kaki, mata, hidung dan gigi menyerupai manusia.
Perbuatan mereka ini telah menjatuhkan maruah islam. Dalam Islam perbuatan
tersebut amat dilarang keras.

Selain itu dalam sekular barat, disebabkan manusia diberikan kebebasan


untuk berfikir , maka wujudlah pelbagai isme-isme baru seperti positivisme,
heroisme, relativisme dan sebagainya. Maka dalam aspek kejadian manusia,
golongan sekularisme mempercayai dan menyakini teori Evolusi Darwin, dimana
manusia dikatakan berasal dari beruk, perubahan kepada sifat fizikal manusia
merupakan satu proses evolusi dalam usaha manusia mengadaptasi diri dengan
alam. Mereka menolak sama sekali Nabi Adam AS sebagai manusia pertama yang
dijadikan oleh Allah di muka bumi ini.. Sudah tentulah pemikiran sebegini amat
bercanggah dengan agama , terutamanya agama islam yang terang-terangan
menjelaskan di dalam al-quran yang bermaksud manusia merupakan sebaik-baik
kejadian, malah manusia di beri kepercayaan oleh Allah untuk menjadi pemimpin,
khalifah di alam ini.

Dapatlah dirumuskan bahawa fahaman sekularisme merupakan fahaman


yang mementingkan keduniaan semata yang mempercayai bahawa kehidupan
sebenar adalah di dunia dan menganggap agama sebagai penghalang kemajuan.
Islam pula amat menitik beratkan akan keseimbangan di dunia dan di akhirat. Dia
mesti menjadi seorang muslim yang sedar siapa dirinya . Kewujudan Allah wajib
diyakini dan patuh kepada segala perintah-Nya dengan mengerjakan apa yang
disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang seperti yang dinyatakan dalam al-
quran dan hadith.

You might also like