You are on page 1of 9

1

SULIT*

SKEMA JAWAPAN GEOGRAFI KERTAS 1
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 1/ 2014
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


BAHAGIAN A : ALAM SEKITAR FIZIKAL

1 (a) Apakah yang dimasudkan tentang komet di dalam sistem suria?

[1]
Maksud komet di dalam sistem suria adalah [jasad lain dalam sistem suria] yang
[1]
merupakan [ ketulan ais yang terbentuk daripada campuran gas (karbon dioksida dan
[1]
metana), air dan debu-debu ] yang [beredar mengelilingi matahari]

[ 3 MARKAH]


(b) Nyatakan dua jenis jasad lain yang terdapat sistem dalam Sistem Suria.

B1 - komet
B2 - asteroid
B3 - meteorit

[mana-mana 2 isi , 2 x 1m = 2 MARKAH]


(c) Bezakan dua ciri planet Bumi dengan planet Marikh.

C1 - Jarak dari matahari yang berbeza iaitu Bumi 149.6 juta km ,manakalan Marikh
227.9 juta km.
C2 - Bilangan satelit semulajadi yang berbeza iaitu Bumi ada satu satelit iaitu bulan ,
manakala Marikh ada dua satelit iaitu Phobos dan Deimos.
C3 Warna dilihat dari angkasa iaitu, Bumi kelihatan berwarna biru akibat kehadiran air
yang banyak, manakala Marikh kelihatan berwarna merah akibat diselaputi debu matahari.
C4- Kewujudan hidupan iaitu, Bumi mempunyai hidupan, manakala Marikh tidak
mempunyai hidupan yang nyata.
C5 Kandungan udara yang berbeza iaitu Bumi mengandungi 78% nitrogen, 21% oksigen,
dan 1% wap air dan CO2 serta gas lain, manakala Marikh mengandungi 95% CO2 , 3%
nitrogen, 1.6% argon dengan sedikit sahaja kandungan oksigen dan air.
2

C5 - Perbezaan suhu permukaan, Bumi mempunyai suhu yang berbeza mengikut lokasi
dengan purata 21 C. Manakala suhu permukaan Marikh sebanyak - 113 C.
C6 - Bilangan hari beredar mengelilingi matahari, Bumi beredar mengelilingi matahari
selama 365 hari, manakala Marikh pula 779.9 hari.

Pernyataan 1m, huraian 1m ( huraian perlu ada perbezaan, tanpa perbezaan markah 0 ).
[ mana-mana 2 isi , 2 x 2m = 4 MARKAH]


(d) Jelaskan dua bukti yang menyatakan planet bumi berbentuk sfera.

D1 Pelajaran kapal, pelayaran sebuah kapal boleh bermula dan berakhir ditempat yang
sama.
D2 - Kapal di lautan, sebuah kapal akan dapat dilihat pada bahagian atasnya dahulu baru
keseluruhan kapal apabila semakin hampir dengan pantai, begitu juga sebaliknya.
D3 Kaki langit, kaki langit kelihatan melengkung jika melihatnya semasa berada di tepi
pantai atau berada di tempat tinggi.
D4 Terbit dan terbenam matahari , matahari terbit dan terbenam berlaku dalam waktu dan
arah yang berbeza. Terbit di timur dan terbenam di barat.
D5 Kejadian gerhana, semasa kejadian gerhana bulan garis luar bentuk bayang bumi
kelihatan berbentuk sfera.
D6 Gambar satelit, gambar bumi yang diambil dari ruang angkasa menunjukkan bentuk
bumi jelas berbentuk sfera.

Pernyataan 1m, huraian 1m
[ mana-mana 2 isi, 2 x 2m = 4 MARKAH]


(e) Bumi merupakan planet yang paling istimewa dalam sistem suria. Beri kesimpulan
anda tentang pernyataan di atas.

Bumi merupakan planet yang paling istimewa dalam sistem suria kerana merupakan planet
tunggal yang mengandungi benda-benda hidup. Kehadiran hidupan dibumi disebabkan
wujudnya air dan udara ( oksigen) dengan jumlah yang banyak untuk meneruskan
keperluan dan kelangsungan hidup

[2 MARKAH]







3

2 (a) Terangkan bagaimana berlaku tindakbalas proses luluhawa kimia berikut
(i) pengkarbonan.
(ii) pengoksidaan.
(iii) penghidratan.

A1 - Pengkarbonan [air hujan yang mengandungi asid karbonik] [bertindak balas
dengan batu kapur ] dengan[ melarutkan mineral yang mengandungi kalsium] bagi
menghasilkan kalsium bikarbonit sehingga menghasilkan pandang darat karst.
A2 - Pengoksidaan [oksigen di udara dan air] akan [bertindak pada batuan yang
mengandungi mineral besi ] sehingga [membentuk besi oksida] yang lebih mudah hancur
atau batuan menjadi berkarat apabila berubah warna kemerahan atau perang.
A3 Penghidratan [melibatkan pertambahan molekul air] [dalam batuan]. [Batuan
menyerap, mengembang dan mengalami tegangan] serta perubahan unsur kimia.

[ 3 isi x 3 m = 9 + 1 = 10 MARKAH]
Markah 1 diberi jika mendapat 9 markah.


(b) Sejauh manakah faktor batuan mempengaruhi pembentukan luluhawa.

Faktor batuan.

B1 - kekerasan batuan + huraian.
B2 - komposisi mineral + huraian.
B3 - warna batuan + huraian.
B4 - rekahan batuan + huraian
B5 - ketelapan batuan + huraian.
B6 - jenis batuan + huraian.


Faktor lain-lain.

B7 - iklim + huraian.
B8 - kecerunan + huraian.
B9 - biotik + huraian.
B10 - tumbuhan + huraian.
B11 - aktiviti manusia + huraian.
B12 - masa + huraian.

Pernyataan 1m, huraian 1m.
[ 4 faktor batuan dan 3 faktor lain + 1m untuk penegasan = 13 MARKAH ]



4


3. (a) Lukis dan labelkan pembentukan tasik ladam.

A1 Peringkat 1.
Lukis 1m + label 1m = 2 m.
A2 Peringkat 2.
Lukis 1m + label 1m = 2m.
A3 - Peringkat 3.
Lukis 1m + label 1m = 2m

[ 6 MARKAH]

(b) Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi pemendapan sungai.

B1 - Halaju air dan kecerunan + huraian.
B2 - Isipadu air + huraian.
B3 - Jumlah bahan muatan + huraian.
B4 - Halangan + huraian.
B5 - Aktiviti Manusia + huraian.

Pernyataan 1m , huraian 1m.
[ mana-mana 3 isi, 3 x 2m = 6 MARKAH]


(c) Bincangkan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan sungai terhadap alam
sekitar manusia.
[13]
Pro ( menyokong) :

C1 - pertanian + dataran banjir /delta + huraian.
C2 - perternakan ikan air tawar + tasik ladam + huraian.
C3 - perlombongan + pulau sungai + huraian.
C4 - pelancongan + tasik ladam + huraian.
C5 - pengangkutan darat/ jalan raya + tetambak + huraian.
C6 - IKS + dataran banjir/delta/tetambak+ huraian.
C7 - petempatan + dataran banjir /delta/tetambak + huraian.

Kon ( membangkang) :

C8 - kejadian banjir + dataran banjir/delta + alur sungai menjadi cetek akibat pemendapan
sehingga berlaku limpahan air ketika hujan lebat.
C9 - mengorbankan nyawa + dataran banjir/delta + bila berlaku limpahan air sungai ke
kawasan berhampiran terutama di lokasi petempatan.
5

C10 - Kehilangan harta benda + dataran banjir/delta + bila berlaku limpahan air sungai ke
kawasan sekitarnya sehingga rumah, bangunan dan kawasan pertanian serta premis
perniagaan musnah.
C11 Halangan fizikal + delta/ pulau sungai + muara sungai menjadi cetek menghalang
laluan bot dan kapal kecil memudiki alur sungai.

Pernyataan 1m, huraian 1m ( huraian tanpa bentuk muka bumi markah 0 )
[ 4 isi Pro + 2 isi Kon , 6 x 2m = 12m + 1 kesimpulan = 13 MARKAH]


4. a) Takrifkan maksud daya tampung persekitaran fizikal.

1m 1m
[Keupayaan sesuatu sumber alam] untuk [menampung keperluan penduduk] di
1m
sesebuah kawasan [pada aras dan tempoh tertentu]

[ 3 MARKAH ]

b) Bezakan dua ciri sumber alam yang boleh diperbaharui dengan sumber alam yang tidak
boleh diperbaharui.


Kod Sumber Alam boleh diperbaharui Sumber Alam Tidak boleh diperbaharui

B1 Ada di mana-mana dan mudah
diperolehi seperti udara, air dan
tanih.
Kewujudannya terhad di kawasan tertentu
sahaja seperti petroleum dan gas asli di
medannya sahaja.
B2 Boleh pupus tetapi boleh dipulihara
/diganti semula seperti hutan dan
tanih
Habis, pupus dan tidak boleh diganti
semula atau dipulihara seperti bijih timah
dan bijih besi.
B3 Boleh dihasilkan/ kewujudannya
dalam jangkamasa yang singkat
seperti hutan melalui penanaman
semula.
Kewujudannya dalam jangkamasa yang
lama seperti petroleum dan arang batu
mengambil masa jutaan tahun.

Perlu ada perbezaan untuk mendapat markah 2, tanpa perbezaan markah 0.
[ mana-mana 2 isi, 2 x 2 m = 4 Markah]







6

(c) Bagaimanakah aktiviti manusia menyebabkan berlakunya kemerosotan kualiti udara di
kawasan pertumbuhan penduduk pesat.
.
C1- Aktiviti domestik - pembakaran terbuka sampah sarap dan sisa pertanian menyebabkan
partikel terampai seperti habuk, jelaga terbebas ke ruang atmosfera.
C2- Akitiviti pengangkutan - pertambahan bilangan kenderaan bermotor membebaskan gas
pencemar seperti karbon monoksida, sulfur dioksida meningkatkan indeks pencemar udara
(IPU)
C3-Aktiviti Industri - membebaskan gas pencemar seperti nitrogen oksida, kabon monoksida
dan sulfur menyebabkan jerebu berlaku.
C4 Pembakaran Terbuka tapak perlupusan sampah /tapak pertanian/ pembakaran hutan/
tapak pembinaan.
C5 Akiviti pembinaan debu simen/debu tapak pembinaan/ asap kenderaan.
C6 Aktiviti kuari/ pelombongan debu batu daripada aktiviti peletupan dan mengisaran
batuan.

[mana-mana 2 isi, 2 x 2m = 4 MARKAH ]


(d) Jelaskan dua langkah bukan perundangan bagi mengatasi masalah kemerosotan kualiti
udara di Malaysia.

D1 Pendidikan + huraian.
D2 Kempen + huraian.
D3 Penggunaan tenaga mesra alam + huraian.
D4 - Penggunaan pengangkutan awam + huraian.
D5 - Memasang penapis asap + huraian.
D6 - Penggunaan petroleum tanpa plumbum + huraian
D7 Menaman pokok/ kawasan hijau + huraian.

[ mana-mana 2 isi, 2 x 2m = 4 MARKAH]


5. a) Merujuk kepada sebuah negara di rantau Asia Tenggara, jelaskan sebab-sebab
berlakunya taburan penduduk yang tidak seimbang antara kawasan.

Ax - mana-mana satu negara Asia Tenggara.

A1- Saiz negeri dan jumlah penduduk.
negeri luas kepadatan rendah, taburannya berselerak dan jarang contoh Pahang, Sarawak
dan Sabah.
- negeri kecil taburan tertumpu dan padat, kepadatan tinggi contoh wilayah Persekutuan KL,
Pulau Pinang, Melaka.

7

A2- Bentuk muka bumi.
- Kawasan bergunung- ganang, berbukit dan berhutan tebal jarang penduduk kerana
menghalang pembangunan dan tumpuan penduduk. Biasanya petempatan orang asli.contoh
Sabah dan Sarawak.
- Kawasan tanah pamah, rata dan dataran menjadi tumpuan penduduk. Kawasan padat kerana
mudah dibina petempatan. Contoh Selangor dan Kuala Lumpur.
A3- KesuburanTanih dan saliran.
- Kawasan tanah subur tanah aluvium dan laterit berpenduduk padat kerana boleh
menjalankan aktiviti pertanian contoh Kedah
- Saliran dan pengairan tepi sungai , tasik dll menjadi tumpuan penduduk contoh delta
Kelantan dan Dataran Kedah Perlis.
A4- Taburan sumber alam / sumber semulajadi
- Negeri yang kaya dengan sumber alam seperti bijih timah menjadi tumpuan penduduk
contoh WP Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.
- Kawasan kaya dengan sumber pertanian dan perikanan seperti lembah sungai dan dataran
pantai menjadi tumpuan penduduk.
A5- Dasar Kerajaan/ Governan
- Dasar ekonomi baru- penyusunan masyarakat di kawasan petempatan bandar, menjadi
lebih padat.
- Dasar pembangunan tanah- agihan penduduk menerusi rancangan pembangunan tanah
seperti FELDA menukarkan kawasan jarang kepada sederhana padat. Contoh Felda Jengka.
- Dasar penyelerakan industri ke negeri kurang maju menyebabkan penduduk tertumpu di
kawasan berkenaan. Contoh Pahang
- Pembangunan koridor ekonomi- taburan penduduk tertumpu di koridor negeri yang
dimajukan. ECER, NCER,SKOR, SDC dan Wilayah Iskandar.
A6- Faktor sejarah pembangunan
- Dasar penjajah, pecah dan perintah menyebabkan taburan mengikut kawasan ekonomi dan
kaum.
- Tumpuan penjajah di negeri yang ada sumber bijih timah, menarik masuk penduduk ke
kawasan yang ada sumber.
A7- Faktor Pembandaran
- Bandar besar seperti Kuala lumpur, Shah Alam, Johor Bahru berada di negeri maju-
taburan penduduk padat kerana tarikan kemudahan pembandaran yang lengkap dan moden.
A8- Pengangkutan dan perhubungan
- Sistem pengangkutan dan jaringan pengangkutan yang berbeza Antara negei/ kawasan
menyebabkan taburan penduduk berbeza.Ketersampaian tinggi- berpenduduk padat
- Kawasan pedalaman sabah dan Sarawak misalnya jarang penduduk kerana darjah
ketersampaian dan mobiliti yang rendah.
A9- Kemudahan sosial
- Kemudahan Pendidikan- sekolah, Kolej, IPT
- Kemudahan Kesihatan- Hospital, Klinikdll
- Kemudahan asas dan utiliti- bekalan air, elektrik
- Perkhidmatan awam dan swasta

8

A10- Ekonomi
- Perkembangan ekonomi moden seperti kawasan perindustrian menarik migrasi ke bandar.
- Ekonomi pertanian di negeri kurang maju akan mengalami taburan penduduk yang jarang.

[Mana-mana 6 isi, 6 x 2m + 1m ( Ax) = 13 MARKAH]

(b) Jelaskan langkah-langkah untuk menyeimbangkan taburan penduduk bagi mengatasi
masalah pembangunan yang tidak sekata antara kawasan [12]

B1- Penyelerakan industry ke kawasan luar bandar.
Mengurangkan migrasi ke bandar,banyak peluang pekerjaan dan gaji lumayan ditawarkan.
B2-Membangunkan kawasan luar bandar- mewujudkan kemudahan infrastruktur.Cth bekalan
air dan elektrik, sekolah dan jaringan jalanraya yang baik mengurangkan migrasi ke bandar.
B3-Mewujudkan institusi pendidikan ((IPTA dan IPTS) di kawasan luar bandar. Pengekalan
penduduk dan menggalakkan migrasi ke kawasan luar Bandar.Cth UITM Jengka.
B4- Mewujudkan bandar-bandar baru khususnya di kawasan desa- kemudahan pembandaran
yang lengkap boleh mengekang migrasi keluar.Cth Bandar Baru Muadzam Shah.
B5- Dasar kerajaan- pembangunan wilayah. Kawasan wilayah sedia ada dimajukan dan
diwujudkan petempatan baru.Migrasi ke kawasan KESEDAR, KEJORA dan
JENGKA.Wilayah tersebut mengalami kepadatan penduduk yang sederhana.
B6- Mewujudkan pembangunan wilayah ekonomi baru- Wilayah ECER, NCER dan Wilayah
Iskandar.
B7- Meningkatkan system jaringan pengangkutan dan perhubungan- Meningkatkan Darjah
ketersampaian terutama di kawasan yang sukar dihubungi.

[mana-mana 6 isi, 6 x 2m = 12 MARKAH )


6. a) Jelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada sesebuah desa berkembang dan
mengalami pemodenan. [10]

A1- Bentuk muka bumi + huraian
A2- kedudukan yang strategik + huraian
A3- Dasar kerajaan/ governan + huraian
A4- Sistem Jaringan pengangkutan dan perhubungan yang baik + huraian
A5- Faktor kesediaan penduduk ingin berubah + huraian
A6- Kemudahan infrastruktur/ kemudahan sosial + huraian
A7- Potensi sumber alam kawasan tersebut + huraian
A8- Faktor Teknologi + huraian

[Mana-mana 5 isi, 5 x 2m = 12 MARKAH]


9

(b) Sejauh manakah proses transformasi desa telah memberi kesan terhadap alam sekitar
fizikal.

Alam Sekitar Fizikal.

B1- Pencemaran air-sisa domestik, sisa IKS, baja dan racun serangga dari aktiviti pertanian.
B2- Pencemaran udara asap kilang pemprosesan, pembakaran terbuka
B3- Pencemaran bau dan bunyi Bau busuk dari longkang tersumbat, ladang ternakan ayam
B4- Hakisan/ gerakan jisim- Aktiviti pertanian di cerun, cerun tidak stabil
B5- Gangguan ekologi- hutan ditebang untuk pertanian dan petempatan, habitan flora dan
fauna musnah.
B6- Kitaran hidrologi terganggu- hutan musnah mengurangkan simpanan air tanah, proses
transpirasi berkurang.

Alam Sekitar Manusia

B7- taraf hidup meningkat- sektor ekonomi desa berkembang, wujud banyak peluang
pekerjaan.
B8-Taraf kesihatan meningkat- kemudahan perubatan moden, banyak klinik,
B9- Taraf pendidikan meningkat- kadar celik huruf berkurang dan celik ICT bertambah.
B10- Ketersampaian tinggi Jaringan pengangkutan dan perhubungan yang cekap.
B11- Saiz pasaran dan kuasa beli meningkat- jumlah penduduk bertambah, saiz pasaran besar
dan pertambahan pendapatan.
B12- Pembauran inovasi Inovasi dan idea baru berkembang lebih pantas.Masyarakat desa
yang bermaklumat.

Pernyataan 1m, huraian 1m.
[ 4 Alam Sekitar Fizikal dan 3 Alam Sekitar Manusia + 1m untuk penegasan = 15
MARKAH ]

You might also like