You are on page 1of 4

JABATAN PELAJARAN PERAK,

JALAN TUN ABDUL RAZAK,


30640 IPOH, PERAK.

KERTAS CADANGAN
KAJIAN TINDAKAN
2008

TAJUK

MENGATASI KELEMAHAN MENYEBUT


PERKATAAN YANG MELIBATKAN
KONSONAN BERGABUNG (DIGRAF)

OLEH:
EN MAZNI BIN OTHMAN

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYAN,


32030 SITIAWAN, PERAK

KELOLAAN
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PELAJARAN PERAK.
1. Tajuk
Mengatasi Kelemahan Menyebut Perkataan Yang Melibatkan Konsonan
Bergabung (Digraf)

2. Nama Penyelidik
En. Mazni Bin Othman

3. Alamat Sekolah
Sekolah Kebangsaan Kayan, 32030, Lekir,
Sitiawan, Perak.

4. Latar Belakang Kajian


Selain menyebut perkataan yang bersuku kata terbuka atau suku kata
tertutup, kelemahan lain yang selalu dihadapi pelajar ialah menyebut suku
kata yang mempunyai huruf konsonan yang bergabung (digraf). Kegagalan
pelajar menguasai kemahiran menyebut suku kata yang mempunayi
konsonan bergabung ini mencacatkan sebutan dan kelancaran bacaan
seterusnya tidak dapat membaca dengan lancar.

5. Masalah / Fokus Kajian


Masalah yang sering pelajar hadapi ialah bila membaca perkataan yang
mempunyai suku kata mempunyai digraf. Mereka akan tergapai-gapai untuk
menyebut perkataan tersebut.
Kajian kali ini memfokuskan masalah pelajar terutamanya pelajar Pemulihan
Khas dalam menyebut perkataan yang mempunayi digraf seperti perkataan
yang mempunayi konsonan bergabung ‘ng’ dan ‘ny’

6. Rasional Kajian
Rasional kajian ini dajalankan kerana pelajar Pendidikan Pemulihan Khas
sering gagal didalam ujian pelepasan apabila menjawab soalan yang
melibatkan perkataan yang mempunyai digraf.
7. Objektif Kajian
Untuk mengurangkan pelajar-pelajar kelas Pendidikan Pemulihan Khas jika
pelajar dapat menguasai kemahiran menyebut dan membaca perkataan yang
mempunayi digraf ini.

8. Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran ialah seramai 12 orang yang terdiri daripada murid Tahun
2 dan Tahun 3 yang kini berada di kelas Pendidikan Pemulihan Khas.

9. Perlaksanaan Kajian
9.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian didapati pelajar sering bermasalah menyebut
perkataan yang melibatkan digraf ‘ny’ dan ‘ng’. Perkataan-perkataan
seperti ‘nyonya’, ‘nyanyi’, ‘tanya’, ‘nyamuk’, ‘bunyi’, ‘nyala’, ‘dengan’,
‘lengan’, ‘tangan’, ‘nganga’, ‘telinga’, ‘singa’, tidak dapat disebut dan
dibaca oleh pelajar.
9.2 Tindakbalas Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Pelajar sering kali tidak dapat membaca ayat yang diberikan oleh guru
jika ayat tersebut mempunyai suku kata yang melibatkan digraf.
Contoh ayat, “Kita mendengar dengan telinga”. Guru terpaksa
membuat latih tubi memgeja dan menyebut perkataan ‘mendengar’,
‘dengan’, dan ‘telinga’, berkali-kali.
9.3 Ujian Pencapaian
Di dalam ujian yang dijalankan pelajar dapat menulis dan menyebut
perkataan seperki KVKV, VKV, tetapi tidak dapat menulis dan
menyebut perkataan KVKKVK, KKVKKV, KVKKV. Ini menyebabkan
mereka masih kekal di dalam kelas Pendidikan Pemulihan Khas.
9.4 Perancangan
Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat
dengan menggunakan keadah “Cantum dan Sebut”.
9.5 Tindakan
Pelajar disediakan kad yang nengandungi perkataan “ng” dan “ny” dan
mereka mencantumkan dengan huruf vokal yang mereka cari di dalam
kotak ajaib. Mereka akan membunyikan suku kata yang mereka
cantumkan. Jika mereka dapat menyebut dengan betul, mereka akan
diberi ganjaran sebagai motivasi. Pelajar yang tidak dapat menyebut
dengan betul dikehandaki menulis suku kata tersebut di dalam buku
latihan dan menyebutnya berulang kali sehingga dapat. Selepas
pelajar dapat menyebut dan mencipta beberapa suku kata daripada
“ng” dan “ny” mereka dikehendaki mencari perkataan yang
mengandungi suku kata tersebut. Jika ada pelajar yang dapat
mencipta perkataan yang ada makna, ganjaran juga akan diberikan
9.6 Pemerhatian
Daripada pemerhatian, pelajar suka untuk mencari huruf di dalam
kotak ajaib dan mereka cuba untuk membunyikan suku kata yang
terhasil.
9.7 Refleksi
Kaedah ini sedikit sebanyak dapat membantu murid untuk mencuba
untuk membunyikan suku kata yang melibatkan digfraf.

10. Kesimpulan
Melalui kajian ini daharapkan sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-
pelajar kelas Pendidikan Pemulihan Khas untuk membaca dengan lancar dan
memahami apa yang dibaca.

You might also like