You are on page 1of 17

!"#"$%"$ '"!"#"$ &'()"* + !

"# %&'(
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 1 Kuala Langat 2014




CADANGAN SKRIP JAWAPAN
SEJARAH 1249/3
SPM 2014

BAHAGIAN A: OPEN BOOK TEST

OLEH
GURU-GURU SEJARAH
DAERAH KUALA LANGAT

Di Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Mata
Pelajaran Sejarah SPM Daerah Kuala Langat 2014
8 & 9 Oktober 2014
SMK Bandar Banting











!"#"$%"$ '"!"#"$ &'()"* + !"# %&'(
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 2 Kuala Langat 2014
PANDUAN

BIL PERINCIAN CATATAN
1.1 Demokrasi Berparlimen
Latar belakang Sistem Demokrasi Berparlimen

1.2 Maksud Demokrasi Berparlimen
1.3 Maksud Sistem Raja Berperlembagaan
1.4 Maksud Sistem Republik
2.1 Maksud Perlembagaan
3.1 Maksud Keluhuran perlembagaan
3.2 Maksud ketertinggian Perlembagaan Malaysia
4 Kepentingan Perlembagaan
4.1 Sebab-sebab/ tujuan/ faktor pindaan Perlembagaan
4.2 Langkah/ Kaedah/Cara Pindaan Perlembagaan
5.1 Raja Berperlembagaan
Maksud Raja berperlembagaan

5.2 Maksud Yang di Pertuan Agong
5.3 Bidang/ Peranan/ Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong
6.1 Kuasa Pemerintahan
Maksud kuasa pemerintahan

6.2 Maksud Badan Perundangan atau Legislatif .
6.3 Ciri-ciri Dewan Negara atau Senat
6.4 Keahlian Dewan Negara
6.5 Ciri-ciri Dewan Rakyat
6.6 Proses meluluskan Undang-undang di Parlimen
7.1 Badan Pelaksana atau Eksekutif
Ciri-ciri/ Peranan Badan Pelaksana atau Eksekutif

8.1 Badan Kehakiman
Ciri-ciri/ Peranan Badan Kehakiman atau Judisiari

9.1 Pilihan Raya
Maksud/ Latar Belakang Pilihan Raya

9.2 Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
9.3 Tujuan Pilihan Raya
9.4 Proses Pilihan Raya di Malaysia
9.5 Kelayakan/Syarat Calon Pilihan Raya
9.6 Kelayakan/ Syarat Pengundi
!"#"$%"$ '"!"#"$ &'()"* + !"# %&'(
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 3 Kuala Langat 2014
9.7 Kempen Pilihan Raya
9.8 Kepentingan Pilihan Raya
10.1 Parti Politik di Malaysia Sehingga Tahun 1963.
Latar belakang/ Tujuan penubuhan parti-parti politik di
Malaysia sehingga tahun 1963.

11.1 Negara Persekutuan
Maksud/Konsep Negara Persekutuan

11.2 Bidang kuasa/ Tanggungjawab/ Peranan Pentadbiran
Malaysia









































!"#"$%"$ '"!"#"$ &'()"* + !"# %&'(
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 4 Kuala Langat 2014
1. DEMOKRASI BERPARLIMEN
1.1 Latar belakang Sistem Demokrasi Berparlimen

Latar Belakang Sistem Demokrasi Berparlimen ialah !
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran
kerajaan telah diperkemaskan.
Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah
berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi.
Sistem Raja Berperlembagaan iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan
raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri
Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan sejak merdeka pada tahun 1957.
Ciri-ciri utama Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen ialah
Perlembagaaan, Raja berperlembagaan, Parlimen, Pilihanraya, Kuasa
pemerintahan, Parti-parti politik dan Kebebasan Asasi.

1.2 Maksud Demokrasi Berparlimen

Demokrasi Berparlimen ialah !
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara
Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat
Rakyat berpeluang membentuk kerajaan
Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya
Rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaaan yang
sedia ada melalui pilihanraya

1.3 Maksud Sistem Raja Berperlembagaan

Maksud Sistem Raja Berperlembagaan ialah !
Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi.
Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri.

1.4 Maksud Sistem Republik

Maksud Sistem Republik ialah !
Sistem ini menolak institusi beraja.
Kerajaan diketuai oleh Presiden.
Presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.
Contoh di Perancis,Korea Selatan, India dan Filipina presiden memegang
dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara.
Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen di Malaysia.
Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem
pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.
Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara.
Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui
peruntukan yang terkandung di dalamnya.
Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 september 1963
mengandungi 183 perkara.
!"#"$%"$ '"!"#"$ &'()"* + !"# %&'(
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 5 Kuala Langat 2014
Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaan
persekutuan, kerajaan negeri,institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen,
Jemaah Menteri dan badan kehakiman.
Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaan
persekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah
negara persekutuan
Negeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak,
kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaan
negeri.
Perlembagaaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai persekutuan,
Senarai Negeri dan senarai Bersama.

2.1 Maksud Perlembagaan

Maksud Perlembagaaan ialah !
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas
kepada pembentukan sesebuah kerajaan.
Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara.
Mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada
kerajaan
Untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Perlembagaan
Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
di Malaysia.
Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem
pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.
Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara.
Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui
peruntukan yang terkandung di dalamnya.
Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 september 1963
mengandungi 183 perkara.
Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaan
persekutuan, kerajaan negeri,institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen,
Jemaah Menteri dan badan kehakiman.
Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaan
persekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah
negara persekutuan
Negeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak,
kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaan
negeri.
Perlembagaaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai persekutuan,
Senarai Negeri dan senarai Bersama.

3.1 Maksud Keluhuran perlembagaan

Maksud Keluhuran Perlembagaan ialah !
Merupakan Prinsip rukun Negara yang ketiga.
Bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan
itu sendiri.
Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Dipertuan Agong,
parlimen, jemaah Menteri, dan mahkamah
Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan
Malaysia adalah tidak sah
Undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan persekutuan.
!"#"$%"$ '"!"#"$ &'()"* + !"# %&'(
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 6 Kuala Langat 2014
Perkara 75 menyatakan undang-undang yang bertentangan dengan
Perlembagaan persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.
Perlembagaan Persekutuan mempruntukkan kuasa kepada mahkamah untuk
membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau
bercanggah dengan perlembagaan Malaysia.
Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi
menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

3.2 Maksud ketertinggian Perlembagaan Malaysia

Maksud ketertinggian Perlembagaan Malaysia ialah !
Ketertinggian Perlembagaan dilihat pada peruntukkan kuasa Parlimen,
kedudukan Yang Dipertuan Agong, kuasa Perundangan dan Kebebasan
asasi.
Parlimen memperoleh kuasa daripada Perlembagaan.
Yang DiPertuan agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.

4. Kepentingan Perlembagaan

Kepentingan Perlembagaan ialah !
Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan sesebuah negara.
Perlembagaan berperanan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya.
Perlembagaan membantu dalam menjaminkan
kecekapan,kejujuran,keadilan,ketelusan dan kelicinan pentadbiran.
Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah.
Ini supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi
rakyat.
Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi
kepada negara.
Rakyatnya memegangmatlamat yang sama supaya semangat patriotism
dapat dibentuk.
Perkara 24 perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai
kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaannya.
Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh
dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada Negara ini.
Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air.
Ini bagi mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.
Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di
negara ini.
Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti
berpersatuan, beragama dan memiliki harta.
Ini membolehkan rakyat mengetahui hak kebebasan mereka disisi Undang-
undang.
Perlembagaan Malaysia, dalam perkara 153 memperuntukkan peranan Yang
di Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta
kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah.
Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalm perkhidmatan
awam,biasiswa,kemudahan pendidikan serta pemberian lessen perniagaan
dan perdagangan.
Walaupun bagaimanapun, perlembagaan juga memastikan perkara 153
tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati .
Ini supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain.
!"#"$%"$ '"!"#"$ &'()"* + !"# %&'(
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 7 Kuala Langat 2014
Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan
dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri.
Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang
persekutuan dan negeri.
Dengan cara ini sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa
sebarang perbalahan.
Pembahagian ini menjelaskan perlembagaan Negeri pula tidak boleh
bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu
dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak boleh dipersoalkan.
Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh perlembagaan Malaysia sebelum
Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasannya dalm bidang
pendidikan dan kesihatan untuk memesatkan pembangunan di negeri
Sarawak dan Sabah.

4.1 Sebab-sebab/ tujuan/ faktor pindaan Perlembagaan

Sebab-sebab/tujuan/ faktor pindaan Perlembagaan ialah !
Untuk melindungi kepentingan rakyat.
Untuk menjaga keselamatan Negara.
Untuk melicinkan urusan pentadbiran negara
Supaya sentiasa releven dan sesuai dengan keperluan semasa.
Untuk menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah.
Supaya kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.
Bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka seperti
pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan Bahasa melayu dan hak
keistimewaan orang melayu.
Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan
seorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya seperti
menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara
kaum di negara ini.
Untuk memelihara keselamatan/ketenteraman/ keharmonian masyarakat.

4.2 Langkah/ Kaedah/Cara Pindaan Perlembagaan

Terdapat empat langkah/ kaedah/ cara pindaan Perlembagaan iaitu !
Kaedah pertama dengan persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan
Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja.Perkara pindaan kaedah pertama
ialah tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu,kewarganegaraan,
keutamaan Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,Raja-Raja
dan Yang di Pertuan Negeri

Kaedah kedua dengan peraetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan
Parlimen dan kelulusan Yang di Negeri Sarawak dan Sabah. Perkara
pindaan kaedah kedua adalah keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah
Tinggi di Sarawak dan Sabah.Hak dan kuasa kepada Kerajaan Negeri
tentang kuasa menahan kemasukkan orang yang bukan dari Sarawak dan
Sabah. Perkara pindaan kaedah kedua juga berkaitan perkara perundangan
dan pemerintahan kuasa negeri,agama,bahasa dan hak istimewa orang
Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah.


!"#"$%"$ '"!"#"$ &'()"* + !"# %&'(
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 8 Kuala Langat 2014
Kaedah ketiga dengan persetujuan lebih suara du aper tiga Dewan
Parlimen.Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah
pindaan terkandung dalam kaedah pertama.

Kaedah keempat dengan persaetujuan lebih suara Dewan Parlimen. Perkara
yang terkandung dalam kaedah keempat termasuk pindaan jadual 2,6 dan 7,
bahagian III tentang kewarganegaraan,bentuk sumpah,ikrar,pemilihan dan
persaraan ahli Dewan Negara serta persempananan pilihan raya. Pindaan
perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalam perkara 74, Parlimen boleh
membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebut
dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Hal yang sama juga
boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagi perkara yang berhubung
dengan Senarai Negeri atau Senarai Berasama yang diperuntukkan oleh
perlembagaan.

Dalam perkara 76, Parlimen boleh membuat undang-undang dalam Senarai
Negeri yang melibatkan pelaksanaan persetiaan,perjanjian atau konvensyen
antara persekutuan dengan mana-mana negara lain.

5. RAJA BERPERLEMBAGAAN
5.1 Maksud Raja berperlembagaan

Maksud Raja berperlembagaan ialah !
Raja berpelembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut
peruntukan dalam Pelembagaan Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan
nasihat Perdana Menteri.

5.2 Maksud Yang di Pertuan Agong

Maksud Yang di Pertuan Agong ialah !
Jawatan Yang di Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957.
Yang di pertuan Agong adalah tonggak dan Ketua Utama Negara
Yang di Pertuan Agong adalah symbol keutuhan dan perpaduan rakyat.

5.3 Bidang/ Peranan/ Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong

Bidang/ Peranan/ Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong ialah !
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia
ialah sebagai ketua negara.
Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan
Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman.
Yang di-Pertuan Agong juga merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen.
Yang di Pertuan Agong mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan
Parlimen.
Yang diPertuan Agong merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata.
Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan
sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah
Tentera.
Yang di Pertuan Agong bertanggungjawab menjaga dan memelihara
kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.
Yang di Pertuan Agong boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu
mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan,
kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu.
!"#"$%"$ '"!"#"$ &'()"* + !"# %&'(
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 9 Kuala Langat 2014
Yang di-Pertuan Agong ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri,
Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.
Yang di Pertuan Agong juga mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik
Perdana Menteri.
Yang di Pertuan Agong berkuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah
Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di
bawah Undang-undang X jika mendapati keselamatan negara terancam.
Yang di Pertuan Agong juga berkuasa melantik Pengerusi dan tiga orang ahli
Suruhanjaya pilihan Raya, ahli Perkhidmatan kehakiman, serta pengerusi
dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Yang di Pertuan Agong bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan
Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan
duta-duta negara kita

6. Kuasa Pemerintahan
6.1 Maksud kuasa pemerintahan

Maksud kuasa pemerintahan ialah
Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu badan
perundangan atau legislatif, badan pelaksana atau eksekutif dan badan
kehakiman atau judisiari.
Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk
mengelakkan pembolotan kuasa.

6.2 Maksud Badan Perundangan atau Legislatif .

Maksud Badan Perundangan atau Legislatif ialah !
Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan
perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan.
Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi
menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal
undang-undang di negara kita.
Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan
Rakyat.

6.3 Ciri-ciri Dewan Negara atau Senat

Ciri-ciri Dewan Negara atau Senat ialah !
Merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.
Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli.
Ahli Dewan Negara digelar Senator.
Mereka mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui
pertandingan dalam pilihanraya.
Seseorang Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun.
Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.
Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen.
Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.



!"#"$%"$ '"!"#"$ &'()"* + !"# %&'(
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 10 Kuala Langat 2014
6.4 Keahlian Dewan Negara

Keahlian Dewan Negara ialah !
Iaitu 26 orang ahli Dewan Negara dipilih daripada 13 buah negeri iaitu dua
orang setiap negeri.
Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada bukan kalangan
ahli DUN.
Dua orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang lagi mewakili Wilayah Persekutuan
Labuan.
40 ahli pula dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu
yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang professional.
Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan
cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang
tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan
atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli.

6.5 Ciri-ciri Dewan Rakyat

Ciri-ciri Dewan Rakyat ialah !
Dewan Rakyat pula merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh
rakyat dalam pilihan raya umum.
Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan
pilihan raya di seluruh negara.
Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun.
Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-
undang pada peringkat Dewan Rakyat.
Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta.
Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai
Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan.

6.6 Proses meluluskan Undang-undang di Parlimen

Proses meluluskan Undang-undang di Parlimen ialah !
Ianya bermula dengan cadangan oleh pihak kementerian.
Seterusnya, penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam
Negara.
Di Dewan Rakyat, pembacaan pertama akan dilakukan iaitu pembacaan tajuk
rang undang-undang sahaja.

Diikuti dengan pembacaan kedua dan rang undang-undang ini dibahaskan.
Seterusnya, perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang ini
pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Pembacaan ketiga kemudiannya akan dilakukan di Dewan Rakyat dan rang
undang-undang ini dibahaskan sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke
Dewan Negara.

Sekiranya rang undang-undang tersebut diluluskan, pembentangan rang
undang-undang akan dibuat di Dewan Negara dan melalui proses yang sama
seperti di Dewan Rakyat diulangi. .
!"#"$%"$ '"!"#"$ &'()"* + !"# %&'(
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 11 Kuala Langat 2014
Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara akan diserahkan
kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan diturunkan
cap Mohor Negara.
Proses berakhir dengan pewartaan atau pemberitahuan undang-undang ini
dalam Warta Kerajaan.

7. Badan Pelaksana atau Eksekutif
7.1 Ciri-ciri/ Peranan Badan Pelaksana atau Eksekutif

Ciri-ciri/ Peranan Badan Pelaksana atau Eksekutif ialah !
Terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet,Jabatan Perdana menteri,
Kementerian, Jabatan, Perbadanan Awam.
Merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.
Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara.
Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan
dalam semua perkara.
Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.
Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah
atau beberapa kementerian.
Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan,
merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di
negara kita.

Terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua
perkara.
Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan
Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu
dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio.
Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara.
Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan
kerajaan.

Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha
Kementerian.
Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan
pegawai perkhidmatan awam.
Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas
yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan
gelaran Ketua Pengarah.
Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat,
negeri dan daerah.
Badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun.
Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai
kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan
kewangan tersendiri.
Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab
kepada Menteri yang berkenaan.
Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang
besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah
rancangan lima tahun kerajaan.
!"#"$%"$ '"!"#"$ &'()"* + !"# %&'(
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 12 Kuala Langat 2014
Contoh badan berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
(MIDA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan
pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan
perkhidmatan awam.
Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan
Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

8. Badan Kehakiman
8.1 Ciri-ciri/ Peranan Badan Kehakiman atau Judisiari

Ciri-ciri/ Peranan Badan Kehakiman atau Judisiari ialah !
Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara
sivil dan jenayah.
Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit.
Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan Kehakiman boleh
menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan
perundangan dan pihak badan pelaksana.
Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri.
Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk
melaksanakan tugas kehakiman di negara ini.

Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara,
mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
Mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di
sisi undang-undang.
Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu
merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen.
Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid.
Melalui sistem ini, individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan
keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang
lebih tinggi.

Mahkamah terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Rendah dan Mahkamah
Atasan.
Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah
Sesyen.
Mahkamah Atasan pula terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya,
Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Persekutuan.
Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana
Menteri.

Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di
bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong.
Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa
sebarang sebab yang munasabah.
Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik.
!"#"$%"$ '"!"#"$ &'()"* + !"# %&'(
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 13 Kuala Langat 2014
Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk
menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang.
Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara.
Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi
kerajaan.
Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang dan
Kehakiman.

9. Pilihan Raya
9.1 Maksud/ Latar Belakang Pilihan Raya

Maksud/ Latar Belakang Pilihan Raya ialah !
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada
pada peringkat negeri atau persekutuan.
Pemilihan ini dilakukan secara sulit menggunakan prosedur yang telus dan
teratur.
Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.
Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah.
Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di
Malaysia.

9.2 Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah !
Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding
dengan Majlis Raja-Raja Melayu.
Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil
dan bebas.
Tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang.
Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian
pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan
raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

9.3 Tujuan Pilihan Raya

Tujuan Pilihan Raya ialah !
Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli
Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.
Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi bagi Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.
Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongaan kerusi di mana-
mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti
kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung
Malaysia.
Pilihan raya kecil mesti diadakan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas
kekosongan itu.



!"#"$%"$ '"!"#"$ &'()"* + !"# %&'(
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 14 Kuala Langat 2014
9.4 Proses Pilihan Raya di Malaysia

Proses Pilihan Raya di Malaysia ialah !
Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR).
Penamaan calon.
Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding.
Pelancaran kempen pilihan raya.
Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh
SPR.
Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal
dipilih kepada pengundi di tempat pengundian.
Pembuangan undi.
Pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan
memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi.
Pengiraan undi.
Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya.

9.5 Kelayakan/Syarat Calon Pilihan Raya

Kelayakan/Syarat Calon Pilihan Raya ialah !
Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti
politik yang mereka gemari.
Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya.
Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah
warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia,
sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam
perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh
mahkamah.
Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen
atau ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang
daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum
mendapat pengampunan.
Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti
atau atas nama individu sebagai calon bebas.
Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan
calon.

9.6 Kelayakan/ Syarat Pengundi

Kelayakan/ Syarat Pengundi ialah !
Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya
didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.
Menuruf perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang
berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-
mana kawasan pilihanraya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri
mengundi dalam pilihanraya tersebut.
Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan
pilihanraya sahaja.
Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar
negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui
pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.


!"#"$%"$ '"!"#"$ &'()"* + !"# %&'(
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 15 Kuala Langat 2014
9.7 Kempen Pilihan Raya

Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan sama ada dalam
pilihanraya umum atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang
bertanding dibenarkan

berkempen.
Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja.
SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha
yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia.
Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam.
Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR.
Tujuannya untuk memastikan piliharaya dijalankan dengan efektif dan adil.

9.8 Kepentingan Pilihan Raya

Kepentingan Pilihan Raya ialah !
Pilihanraya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan
demokrasi.
Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan
politik semasa.
Mereka harus melibatkan diri dalam poses memilih pemimpin negara serta
menentukan bentuk kerajaan
Menentukan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.

10. Parti Politik di Malaysia Sehingga Tahun 1963.
10.1 Latar belakang/ Tujuan penubuhan parti-parti politik di Malaysia
sehingga tahun 1963.

Latar belakang/ Tujuan penubuhan parti-parti politik di Malaysia sehingga
tahun 1963 ialah !
Secara umumnya parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang
mempunyai ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama. Parti-parti
politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran
keahlian dan selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap
perjuangan parti.

Selain idelogi politik, sikap perkauman juga menjadi asas pempentukan dan
penyatuan ahli-ahli parti.Contohnya Parti Pertubuhan KebangsaanMelayu
Bersatu (UMNO), Parti Cina Se-Tanah Melayu (MCA) dan Kongres India
Tanah Melayu(MIC) di Negara kita .Parti-parti ini ditubuhkan dengan
matlamat untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-
masing.

Malayan Democratic union (MDU), ditubuhkan oleh golongan professional
Cina pada bulan Disember 1945.MDU merupakan pertubuhan bukan Melayu
yang menentang Malayan Union kerana dianggap tidak demokratik.Tujuan
penubuhannya adalah menentang Malayan Union.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), ditubuhkan pada 11 Mei
1946 untuk menumbangkan gagasan Malayan Union. UMNO kemudian
bekerjasama dengan parti MCA dan MIC menubuhkan Parti Perikatan.
Antara tujuan penubuhan adalah untuk menyatukan orang Melayu
menentang Malayan Union, melindungi dan menjaga kepentingan orang
Melayu dan mencapai kemerdekaan.

!"#"$%"$ '"!"#"$ &'()"* + !"# %&'(
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 16 Kuala Langat 2014
Malayan Indian Congress (MIC) ditubuhkan pada bulan Ogos 1946 dan Yang
di-Pertuanya ialah John Thivy. Antara tujuan parti ini ialah menjaga
kepentingan orang India di Tanah Melayu dan memperjuangkan kemajuan
politik bersama-sama kaum lain

Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu atau All Malayan Council of Joint
Action (AMCJA), ditubuhkan oleh beberapa persatuan bukan Melayu pada
bulan September 1946. Pengerusinya ialah Tan Cheng Lock dan
setiausahanya ialah John Eber. Tujuan penubuhannya ialah menentang
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, menyatukan Singapura dengan
Tanah Melayu dan menuntut kewarganegaraan yang sama.

Hizbul Muslimin, merupakan pertubuhan politik yang pertama antara tahun
1948 hingga awal tahun 1950an. Hizbul Muslimin bermaksud Pertubuhan
Kaum Muslimin.Pertubuhan ini diasaskan oleh Haji Abu Bakar al-Baqir.
Perjuangan Hizbul Muslimin kemudian disambung oleh Parti Islam Se-tanah
Melayu (PAS). Tujuan penubuhannya ialah menubuhkan sebuah kerajaan
Islam di Tanah Melayu yang merdeka.

Malayan Chinese Association (MCA), ditubuhkan pada tahun 1949. Antara
pengasasnya ialah Tan Cheng Lock, Yong Shock Lin, Kolonel Lee Hou Shik
(H.S. Lee) dan Leong Yew Koh. Tujuan penubuhan parti ini ialah menjaga
kepentingan politik kaum Cina di Tanah Melayu dan bekerjasama menentang
keganasan komunis di Tanah Melayu.

Parti Kemerdekaan Tanah Melayu atau Independence Malaya Party (IMP),
diasaskan oleh Dato Onn Jaafar pada bulan Sepetember 1951. Ia
merupakan parti berbilang bangsa. Parti ini tidak mendapat sambutan.
Tujuan penubuhan parti ini adalah menuntut pilihan raya diadakan pada
tahun 1955 dan mahukan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun
1961.

Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS), ditubuhkan pada 24 November 1951 di
Kepala Batas, Seberang Perai. Diasaskan oleh Haji Ahmad Fuad bin Hassan.
Tujuan penubuhan parti ini pula ialah untuk menubuhkan sebuah negara
Islam di Tanah Melayu dan menjadikan Islam agama rasmi negara.

Parti Buruh Se-Tanah Melayu, ditubuhkan pada tahun 1952 dan Presiden
pertamanya ialah Mohamad Sopiee Ibrahim. Tujuan penubuhannya ialah
menentang keganasan komunis dan merancang kemerdekaan Tanah
Melayu.

Parti Negara, diasaskan oleh Dato Onn bin Jaafar pada bulan Februari
1954. Parti ini menekankan kepentingan orang Melayu kerana Dato Onn
Jaafar ingin mendapatkan sokongan semula masyarakat Melayu
terhadapnya. Tujuan penubuhan parti ini ialah mendapat kemerdekaan
Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun dan memperjuangkan bahasa
Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.






!"#"$%"$ '"!"#"$ &'()"* + !"# %&'(
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 17 Kuala Langat 2014
11. Negara Persekutuan
11.1 Maksud/Konsep Negara Persekutuan

Maksud/Konsep Negara Persekutuan ialah !
Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai
sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri.
Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang
diperuntukkan dalam Pelembagaan Malaysia.

11.2 Bidang kuasa/ Tanggungjawab/ Peranan Pentadbiran Malaysia

Bidang kuasa/ Tanggungjawab/ Peranan Pentadbiran Malaysia ialah !
Pengagihan kuasa pentadbiran Malaysia dapat dibahagikan kepada Senarai
Persekutuan, Senarai Negeri dan senarai Bersama.
Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan, iaitu Kerajaan
Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya.
Antara bidang kuasa Persekutuan ialah hal ehwal luar negeri (hubungan
luar), pertahanan dan keselamatan dalam negeri.
Selain itu, bidang kuasa lain ialah pentadbiran dan keadilan, kerakyatan
negara dan pilihan raya negara.
Kerajaan Persekutuan juga berkuasa dalam bidang kewangan, perniagaan,
perdagangan dan perusahaan.
Persekutuan juga berkuasa dalam bidang perkapalan, pelayaran dan
pengangkutan.
Selain itu, Jabatan Ukur, penyelidikan, Kerja raya dan tenaga pusat juga
terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Pelajaran, Kesihatan, orang asli, keselamatan buruh dan social turut terletak
di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Senarai Negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukan kepada
negeri, iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya.
Anatara bidang kuasa Negeri ialah undang-undang Islam, Tanah dan
pertanian dan perhutanan.
Selain itu, bidang kuasa lain negeri ialah kerajaan tempatan dan
perkhidmatan tempatan .
Kerajaan negeri, hari cuti negeri dan undang-undang negeri turut terletak di
bawah bidang kuasa kerajaan Negeri.
Senarai Bersama pula menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri.
Antara bidang kuasanya ialah kebajikan social, biasiswa dan Taman Negara.
Perancangan Bandar dan wilayah juga turut diletakkan di bawah senarai
bersama.
Bidang lain yang diletakkan di bawah senarai bersama ialah penjagaan
haiwan, kesihatan dan kebersihan awam dan parit dan tali air.
Selain itu, pemulihan, hiburan awam dan perhubungan turut diletakkan di
bawah Senarai Bersama.

You might also like