You are on page 1of 4

PENGAJIAN HADITH…

54)APAKAH KATEGORI ILMU?

ILMU FARDU AIN ILMU FARDU KIFAYAH


-Ilmu yang wajib dipelajari -Ilmu yang perlu dipelajari untuk
-Ilmu asas kepada seseorang memenuhi keperluan diri,masyarakat dan
-Ilmu akidah,syariah,akhlak . negara.

55)APAKAH CIRI-CIRI ULAMA?

-Sentiasa takutkan ALLAH.


-Sentiasa cintakan ilmu pengetahuan.
-Beramal dengan ilmu.
-Sentiasa melakukan kebaikan kepada sesiapa.
-Mempunyai ilmu pengetahuan agama yang mendalam.

56)NYATAKAN SEBAB KEPUPUSAN ILMU DAN KETIADAAN ULAMA.

-ALLAH mematikan ulama an cendiakawan islam kerana mereka merupakan sumber


rujukan manusia.
-Orang islam kurang minat mempelajari ilmu pengetahuan.
-Tidak mengamalkan ilmu yang dimiliki menyebabkan tidak timbul perasaan takut
kepada ALLAH.
-Menjual ayat-ayat ALLAH untuk kepentingan duniawi semata-mata.

57)APAKAH KESAN KETIADAAN ULAMA?

-Masyarakat akan hidup dalam kejahilan ilmu.


-Keluarnya fatwa-fatwa yang mengelirukan.
-Kemungkaran berlaku tanpa batasan.
-Wujud pelbagai ajaran sesat.

58)BAGAIMANAKAH KITA HENDAK MENGIKTIRAF ULAMA?

-Melantik mereka sebagai pemimpin.


-Menjaga kebajikan ulama.
-Menghormati mereka dengan mematuhi fatwa yang dikeluarkan.
-Memberi kuasa yang cukup kepada mereka untuk menjaga hal ehwal agama.
59)BERIKAN KONSEP AKHLAK MULIA.
-Akhlak ialah perbuatan,perkataan,dan tingkah laku yang elok serta indah berdasarkan
AL-QURAN dan SUNAH RASULULLAH.

60)APAKAH HUBUNGAN IMAN DAN AKHLAK?

-Orang berakhlak mulia ialah orang yang sentiasa bertaqwa kepada ALLAH dan
melakukan kebaikan setiap masa dan tempat.
-Perasaan ini timbul hasil kesedaran dan keimanan serta taqwa yang tinggi serta yakin
bahawa ALLAH sentiasa mengawal setiap perbuatan.
-Untuk menghapuskan dosa-dosa kecil serta kemungkaran ,kita hendaklah sentiasa
melakukan kebaikan.

61)APAKAH KONSEP NIKMAT DAN MASA LAPANG?

-Sihat ialah suatu keadaan sseorang itu tidak menghadapi sebarang penyakit.
-Masa lapang ialah keadaan seseorang itu tiada sesuatu pekerjaan yang hendak
dilakukan.

62)BERIKAN SEBAB NIKMAT SIHAT DAN MASA LAPANG DILUPAI.

-Manusia memperolehi nikmat secara percuma.


-Manusia leka dengan nikmat dunia.
-Manusia lupa kepada ALLAH yang memberi nikmat.
-Kurang penghayatan agama dalam kehidupan.

63)APAKAH HUBUNGAN IBADAH DENGAN KESIHATAN?

-Dapat beribadah dengan sempurna.


-Dapat melahirkan tanda kesyukuran kepada ALLAH.
-Dapat memberi peluang manusia keluar berjihad di jalan ALLAH.
-Dapat mendekatkan diri kepada ALLAH.

64)BERIKAN KEPENTINGAN MENJAGA AKAL.

-Dapat berfikir dengan rasional.


-Dapat mengenal ALLAH sebagai pencipta.
-Dapat membezakan antara yang baik dengan buruk.
-Dapat membezakan antara manusia dengan haiwan.
65)APAKAH SIFAT NEGATIF DALAM HADITH HALAMAN 141?
-Malas -Pengecut -Lemah
-Kedekut -Nyanyuk.

66)APAKAH PERANAN DOA DALAM KEHIDUPAN?

-Untuk memenuhi sesuatu yang dihajati.


-Untuk mendekatkan hamba dengan ALLAH.
-Melambangkan pengabdiaan diri kepada ALLAH.

67)BERIKAN PERANAN IMAN DALAM KEHIDUPAN.

-Menenangkan perasaan daripada keluh kesah.


-Memupuk semangat suka berkorban.
-Panduan berfikir sebelum bertindak.
-Benteng daripada melakukan kemungkaran dan maksiat.
-Menentukan segala amalan sama ada diterimaALLAH.

68)BAGAIMANAKAH CARA MENJAGA MENJAGA IMAN?

-Menjauhi amalan-amalan yang membatalkan iman


-Sentiasa menjaga batas-batas hokum ALLAH.
-Selalu mengingati mati.
-Segera bertaubat apabila melakukan kesalahan.

69)BERIKAN KONSEP JIHAD DALAM ISLAM.

-`JAHADA`=Keberatan dan kesusahan.


-Jihad bermaksud setiap usaha yang memerlukan curahan daya dan tenaga serta kekuatan
demi untuk mencapai matlamat dan cita-cita mulia iaitu cita-cita islam,keampunan
ALLAH,keredhaan dan rahmatNYA.

70)APAKAH BIDANG-BIDANG JIHAD?


BIDANG CARA
DAKWAH -Sanggup menegakan hukum ALLAH.
-Melakukan pengorbanan untuk islam.
PENDIDIKAN -Menyebarkan ilmu yang memerlukan.
-Menggunakan ilmu untuk kebaikan dunia
dan akhirat.
SIASAH (POLITIK) -Mengutamakan pemimpin ilmuwan yang
bertaqwa.
-Berusaha mengekalkan keamanan dan
perpaduan nasional.
EKONOMI -Mengamalkan system ekonomi islam.
-Mempertingkatkan taraf ekonomi islam.
SOSIAL -Mengamalkan kebudayaan islam
-Mewujudkan masyarakat yang bersatu.
NAFSU Menjauhi sifat-sifat mazmumah.
-Memperbanyak amalan sunat dalam hidup.

71)BERIKAN JENIS-JENIS PENGORBANAN.

-Wang,harta dan kekayaan.


-Badan atau diri dan nyawa.
-Tenagaiaitu rohani dan jasmani.
-Masa.

72)APAKAH HUBUNGAN IMAN DENGAN JIHAD?

-Iman asas kepercayaan kepada ALLAH.


-Jihad adalah cara mencapai matlamat hidup dan membuktikan kebenaran imannya.
-Iman menjadi pendorang cintakan jihad,sanggup mati ,sanggup berkorban apa sahaja.

You might also like