You are on page 1of 12

Ulum hadith…

73)BERIKAN PENGERTIAN HADITH.

-Bahasa:Baru
-Istilah:Perkataan,percakapan dan perkhabaran ,perbuatan,takrir atau sifat yang
disandarkan kepada nabi MUHAMMAD.

74)BERIKAN PENGERTIAN SUNNAH KHOBAR DAN ATHAR.

-SUNNAH: Bahasa:Perjalanan,gaya dan tingkah laku dalam kehidupan.


Istilah: (Sama dengan pengertian hadith dari segi istilah).
-KHOBAR: Bahasa:Berita yang disampaikan.
Istilah: (Sama dengan pengertian hadith dari segi istilah).
-ATHAR: Bahasa:Kesan atau bekas daripada sesuatu.
Istilah: (Sama dengan pengertian hadith dari segi istilah).

75)APAKAH TUJUAN MEMPELAJARI HADITH?

-Dapat memahami hal-hal agama dengan lebih jelas.


-Mendapat rahmat dan ganjaran daripada ALLAH.
-Panduan untk berjaya di dunia dan akhirat.
-Dapat mengetahui keperibadian nabi yang sebenar.

76)BERIKAN PENGERTIAN ULUM HADITH.

-Kaedah untuk mengetahui keadaan sanad dan matan sama ada diterima atau ditolak.

77)BERIKAN TUJUAN MEMPELAJARI ULUM HADITH.

-Untuk memahami hadith.


-Untuk membolehkan kita beramal dengan hadith yang soheh.
-Untuk mengetahui cara ulama menilai sesebuah hadith.

78)APAKAH KEDUDUKAN HADTH BERDASARKAN IJMA`?

-Sumber perundangan dan rujukan kedua selepas AL-QURAN dan wajib dipatuhi dan
ditaati.
79)BERIKAN FUNGSI HADITH.

-Mengukuhkan hokum yang telah ditentukan oleh AL-QURAN.


-Mentafsir ayat AL-QURAN yang mujmal.
-Mentaqkid ayat AL-QURAN yang mutlak.
-Mentaksis ayat yang umum.
-Menetapkan hokum yang tiada dalam AL-QURAN.

80)APAKAH PANDAN GOLONGAN ANTI HADITH TERHADAP HADITH?

-Hadith RASULULLAH adalah rekaan semata-mata.


-RASULULLAH juga adalah manusia yang melakukan kesalahan semasa menjadi nabi
dan sesudahnya.
-Hadith atau sunah nabi yang dikaitkan kepada baginda adalah palsu yang menjangkau
antara 200-250 tahun kemudian.
-Konsep sunah tidak pernah disebut pada zaman RASULULLAH dan ia timbul pada
zaman pemerintahan kholifah umar bin abdul aziz(101 HIJRAH).

81)APAKAH HUJAH UNTUK MENOLAK ORIENTALIS TENTANG HADITH?

-RASULULLAH adalah seorang yang ummi(tidak tahu menulis dan membaca),jadi tidak
munasabah jika baginda mencipta hadisnya sendiri.
-Baginda memang seorang manusia,namun baginda seorang yang maksum(dilindungi).
-Ajaran yang dibawa adalah AL-QURAN dan hadith ,jadi catatannya bukanlah berlaku
pada 200-250 tahun selepas kewafatan baginda.
-Konsep sunah wujud semenjak zaman RASULULLAH lagi sebagaimana dalam
hadithnya yang menyeu ikutilah sunahnya dan bukanlah timbul pada 60 atau 70 tahun
kemudian.

82)BERIKAN MAKSUD HADITH RIWAYAH.

-Suatu pengetahuan mengenai perkara yang disandarkan kepada junjungan besar nabi
MUHAMMAD secara khusus sama ada perkataan,perbuatan,taqrir,sifat dan tingkah laku.

83)BERIKAN PENGERTIAN HADITH DIRAYAH.

-Suatu ilmu untuk mengetahui keadaan sanad dan matan dari sudut diterima atau ditolak
yang berhubung kait dengannya.
-Ilmu dirayah juga dikenali sebagai:
*Ulum hadith. *Mastolah hadith.
*Usul hadith.
84)JELASKAN PEMBUKUAN HADITH RIWAYAH.

-ZAMAN RASULULLAH.
Berhubung dengan penulisan hadith pada peringkat awal penurunan AL-QURAN
terdapat hadith yang dilarang dan dibenarkan berdasarkan beberapa alasan iaitu:
LARANGAN KEIZINAN
-Pada peringkat awal penurunan AL- -Ketika AL-QURAN tidak diturunkan.
QURAN dibimbangi bercampur dengan -Sekiranya ia ditulis dalam lembaran yang
AL-QURAN. berlainan.
-Ditakuti AL-QURAN dan hadith ditulis -Bagi mereka yang mudah lupa.
dalam satu lembaran yang sama.
-Bagi mereka yang mempunyai daya
ingatan yang kuat.

-ZAMAN SAHABAT.
Kegiatan para sahabat dalam penulisan dengan cara
mengajar,mempelajari,meriwayat,mengumpul serta mencatat hadis dan menghafaz serta
menulisnya.Namun zaman ini hadith tidak dikumpul secara khusus dan belum dibukukan.

-ZAMAN TABIIN.
Kemunculan hadith palsu makin ketara yang dilakukan oleh pengikut-pengikut
mazhab.Bertambah buruk dengan kekurangan penghafaz hadith yang berpindah ke negeri
lain dan mati syahid.
Khalifah UMAR BIN ABDUL AZIZ mengarahkan ABU BAKAR BIN MUHAMAD
mengumpul dan mencatat hadith daripada hafaz.
Usaha diteruskan MUHAMAD BIN MUSLIM dengan mengumpul dan membukukan
hadith dan diedarkan ke negara islam.
Usaha berterusan hingga kerajaanabasiyah dipimpin ABU JAAFAR dan mengarahkan
IMAM MALIK menyusun sebuah buku hadithdan menghasilkan `MAUTOK`.
Kitab yang dikarang oleh enam imam dikenali `AL-KITABU SITTAH`.

85)JELASKAN PEMBUKUAN HADITH DIRAYAH.

-Selepas nabi wafathadith-hadith nabi dikumpul.


-Pada zaman sahabat dan tabiin,timbul fitnah dikalangan umat islam yang dipelopori
kumpulan syiah dan as-syabaiyah yang memalsukan hadith kerana perselisihan pendapat
dengan ahli sunah wal-jamaah yang mendorong mereka mencari hujah berdasarkan
syarak bagi menyokong pendapat mereka tetapi gagal.
-Usaha dijalankan oleh ulama untuk membukukan hadith.
-Ulama hadith yang diiktiraf sebagai orang pertama memperkenalkan ilmu hadith ialah
IMAM ZAHURI.
86)JELASKAN PEMBAHAGIAN HADITH DIRAYAH.

BERKAITAN DENGAN BERKAITAN DENGAN BERKAITAN DENGAN


SANAD. MATAN. SANAD DAN MATAN.

87)BERIKAN PENGERTIAN HADITH NABAWI.

-Bahasa: Baru atau percakapan atau perkhabaran.


-Istilah: Perkataan,perbuatan,taqrir dan sifat yang disandarkan kepada nabi
MUHAMMAD.

88)BERIKAN PENGERTIAN HADITH QUDSI.

-Suatu yang dikhabarkan oleh ALLAH kepada RASULULLAH melalui ilham atau
mimpi kemudian baginda menyampaikannya dengan menggunakan perkataan baginda
sendiri.

89)BERIKAN PENGERTIAN AL-QURAN.

-Kalam ALLAH yang diturunkan kepada nabi MUHAMMAD melalui JIBRIL dalam
bahasa arab secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah bermula dari surah AL-
FATIHAH dan berakhir dengan surah AN-NAS.
90) BERIKAN CIRI PERBEZAAN HADITH NABAWI,QUDSI DAN AL-QURAN.

HADITH NABAWI HADITH QUDSI AL-QURAN


-Makna dan lafaz daripada -Makna daripada ALLAH dan -Makna dan lafaz
RASULULLAH. lafaz daripada RASULULLAH. daripada ALLAH.
-Dinisbahkan kepada -Dinisbahkan kepada -Dinisbahkan kepada
RASULULLAH dengan lafaz RASULULLAH dengan ALLAH dengan
`KOLA RASULULLAH lafaz:`KOLA RASULULLAH lafaz:`KOLALLAHU
SOLLAHUALAIHIWASALAM: SOLLAHUALAIHIWASALAM TAALA.
FIMA YARUYAH AN
RABBIHI.

HADITH NABAWI DAN QUDSI AL-QURAN


-Diriwayatkan secara mutawatir dan -Diriwayatkan secara mutawatir.
ahad.
-Sabit secara khot i` dan zhonni. -Sabit secara khot `i sahaja.
-Tidak mempunyai unsur mukjizat. -Mukjizat RASULULLAH.
-Tidak boleh dijadikan ayat bacaan -Boleh dijadikan ayat bacaan daalam solat.
dalam solat.
-Boleh disentuh dalam keadaan -Boleh disentuh apabila suci dari hadas.
berhadas.
-Wahyu diperolehi daripada -Wahyu diturunkan melalui malaikat JIBRIL.
ilham,mimpi dan ijtihad.
-Tidak mengandungi nama-nama surah. -Terdapat nama-nama surah.
-Membaca setiap hurufnya tidak -Membaca setiap hurufnya menjadi ibadah.
menjadi ibadah.
-Tidak dijamin dipelihara dari diubah. -Dijamin terpelihaa dari diubah.
-Menjadi sumber syariat islam. -Menjadi sumber syariat islam.

91)BERIKAN JUMLAH HADITH QUDSI.

Nama buku Pengarang Jumlah hadith


Abdul Rauf Bin Ali Manawi. 272 Buah.

Imam Abu Abdullah Bin Ali 101 Buah.


Bin Arabi Thoi`.
Al-Alamatu Mula Ali Qari. 40 Buah.
92)NYATAKAN PEMBAHAGIAN KHOBAR.

-Khobar mutawatir: Berdasarkan jumlah perawi/ sanad tanpa had.


-Khobar Ahad: Berdasarkan jumlah perawi/ sanad yang ditentukan.

93)APAKAH PENDAPAT ULAMA MENGENAI JUMLAH PERAWI HADITH


MUTAWATIR

Jumlah perawi. Alasan.


Sekurang-kurangnya 4 orang. Saksi had zina seramai 4 orang.
Sekurang-kurangnya 5 orang. Hukum laana sebanyak 5 kali.
Sekurang-kurangnya 20 orang. Dalil AL-ANFAL ayat 65.
Sekurang-kurangnya 40 orang. Jumlah umat islam seramai 40 orang ketika
saidina umar memeluk islam.

94)BERIKAN PEMBAHAGIAN HADITH MUTAWATIR.

-Mutawatir lafzi: Mutawatir dari segi lafaz dan makna.


-Mutawatir manawi: Mutawatir maknanya sahaja bukan lafaznya.

95)APAKAH SYARAT-SYARAT HADITH MUTAWATIR?

-Dirayah daripada perawi yang ramai.


-Bilangan perawi yang ramai mencapai satu tahap mustahil pada adapt mereka bersepakat
mendustakan RASULULLAH.
-Jumlah perawi seimbang pada setiap tobakot.
-Hadith diterima melalui pandangan dan penglihatan.

96)APAKAH MAKNA HADITH AHAD DAN HUKUM BERAMAL DENGANNYA.

-Bahasa: Satu.
-Istilah: Hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau dua orang atau lebih yang
tidak memenuhi syarat-syarat hadith mutawatir.
-Hukum bermal: Wajib beramal dan berhujah dengan hadith ahad tetapi tidak kufur sesiapa
yang menolaknya.
97)APAKAH MAKNA HADITH MASYHUR DAN HUKUM BERAMAL DENGANYA.

-Bahasa: Yang termasyhur atau terkenal.


-Istilah: Suatu hadith yang diriwayatkan oleh tiga perawi atau lebih pada setiap
peringkat(tobakot) tetapi tidak sampai had dan tahap hadith mutawatir.
-Hukum beramal:Boleh beramal dan berhujah dengan hadith masyhur yang soheh dan
hasan.Sekiranya hadith ini doif atau mauduk tidak boleh beramal dengannya.

98)BERIKAN JENIS-JENIS HADITH MASYHUR.

Masyhur Di Kalangan Contoh Hadith


Ahli hadith.

Ahli ulama dan hadith.

Orang awam.

99)BERIKAN TAKRIF HADITH AZIZ DAN HUKUM BERAMAL DENGANNYA.

-Bahasa: Sedikit dan jarang-jarang.


-Istilah: Suatu hadith yang diriwayatkan oleh dua orang perawi dari setiap
peringkat(tobakot).
-Hukum beramal: Boleh beramal dan berhujah sekiranya soheh dan hasan tetapi tidak boleh
beramal dengannya jika hadith ini doif atau maudud.

100)BERIKAN TAKRIF HADITH GHARIB DAN HUKUM BERAMAL


DENGANNYA.

-Bahasa: Tunggal.
-Istilah: Suatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau mana-mana peringkat
sanad.
-Hukum beramal:Boleh beramal san berhujah sekiranya soheh dan hasan tetapi tidak boleh
beramal denganya jika doif atau maudud.

101)BERIKAN MAKSUD HADITH SOHEH.

-Suatu hadith yang diriwayatkan oleh rangkaian hadith yang adil,dhobit,bersambung


sanad,tiada illah dan syaz.
102)BERIKAN SYARAT HADITH SOHEH.

-Perawi yang adil.


-Perawi tidak dhobit.
-Bersambung sanad.
-Tiada illah.
-Tiada syaz.

103)APAKAH MAKNA THIQAH?

-Perawi yang memiliki sifat adil dan dhobit.

104)JELASKAN BAHAGIAN-BAHAGIAN DHOBIT.

DHOBIT HAFAZ(INGATAN). DHOBIT KITAB(TULISAN).


-Mampu meriwayatkan hadith kepada -Mampu menjaga tulisan dan catatan hadith
sesiapa bila-bila masa serta mengingati yang diterima dengan baik tanpa berlaku
daripada siapa setiap hadith ini diterima. kerosakan pada tulisan.

-Mengingati dengan sempurna apa yang -Catatan bermula daripada mana-mana guru
diterima,tidak lupa,tidak bodoh,tidak bersifat hinggalah ia meriwayatkannya.
was-was.

105)BERIKAN CIRI-CIRI ILLAH.

-Kelemahan yang tersembunyi.


-Kewujudannya menjejaskan kesahihan hadith.
-Tidak dapat dikesan dengan mudah.

106)APAKAH BAHAGIAN-BAHAGIAN HADITH SOHEH.

SOHEH LIZATIHI. SOHEH LIROILIHI.


-Hadith yang diriwayatkan oleh rangkaian -Hadith hasan yang disokong oleh riwayat
perawi hadis yang adil,dhobit,bersambung lain yang setaraf dengannya atau lebih kuat
sanad,tiada syaz,tiada illah. daripadanya.
107)APAKAH HUKUMBERAMAL DENGAN HADITH SOHEH?

-Hadith soheh menjadi hujah dan dalil syarak.


-Kita tidak boleh mengingkari kerana ia memenuhi semua ciri utama dan syarat soheh
sesebuah hadith.

108)APAKAH MAKNA HADITH HASAN DAN HUKUM BERAMAL DENGANNYA.

-Hadith yang memenuhi syarat-syarat hadith soheh seperti perawi yang adil,bersambung
sanad,tiada syaz dan tiada illah tetapi kurang dari segi dhobitnya sahaja.

HASAN LIZATIHI. HASAN LIROILHI.


-Pengertian sama dengan hadith hasan. -Hadith doif yang serdahana
kedaifannya,tetapi ia disokong oleh riwayat
yang lebih kuat atau setaraf dengannya.

-2 syarat hadith ini:


-Kedaifan bersifat serdahana.
-Adanya riwayat lain yang menyokong
riwayat asal,sama ada setaraf atau lebih kuat.

Hukum beramal: Boleh dijadiakn hujah dan dalil syarak kerana hadith jenis ini adalah
maqbul(diterima).

109)BERIKAN MAKNA HADITH DHOIF.

-Suatu hadith yang tidak memenuhi satu atau lebih daripada syarat-syarat hadith
maqbul(diterima) iaitu hadith soheh dan hasan.

110)JELASKAN BAHAGIAN HADITH DHOIF.

DHOIF PADA SANAD. DHOIF PADA MATAN.


-Terputus sanad sama ada sedikit atau -Berdasarkan kepada sebab wujudnya illah
banyak,sengaja atau tidak,dari yang menyebabkan terjejasnya sesuatu
awal,pertengahan atau akhir sanad dan juga hadith.
kerana wujud illah yang menjejaskan hadith. -Hadith yang diriwayatkan perawi ayng
maqbul/siqoh tetapi bercanggah dengan
riwayat perawi yang lebih siqoh.
111)APAKAH SEBAB WUJUDNYA ILLAH YANG MENJEJASKAN HADITH?

Berlaku pertukaran ayat atau perkataan pada


sanad atau matan.
Dirayah melaui banyak riwayat yang sama
kuat tetapi bercanggah antara satu sama lain.
Pertambahan unsur luar pada sanad dan
matan.
Berlaku pertambahan nama perawi ditengah-
tengah sanadnya yang bersambung.
Berlaku pertukaran kalimah kerana kesilapan
membaca,menulis,mendengar dan
sebagainya.
Hadith yang mengandungi illah tetapi tidak
zahir.

112)APAKAH YANG DIKATAKAN DHOIF PADA MATAN?

-Berdasarkan kepada sebab wujudnya illah yang menyebabkan terjejasnya sesuatu


hadith.Contohnya:
*Berlaku pertukaran ayat atau perkataan pada sanad atau matan.
*Dirayah melaui banyak riwayat yang sama kuat tetapi bercanggah antara satu sama lain.
*Berlaku pertukaran kalimah kerana kesialpan membaca,menulis,mendengar dan
sebagainya.
*Pertambahan unsur luar perawi pada sanad dan matan.Ianya berlaku pada permulaan atau
pertengahan atau penghujung matan.
*Hadith yang mengandungi illah tetapi tidah zahir.
-Hadith yang diriwayatkan perawi ayng maqbul/siqoh tetapi bercanggah dengan riwayat
perawi yang lebih siqoh.

113)APAKAH HUKUM BERAMAL DENGAN HADITH DHOIF?

-Tidak boleh beramal tetapi ulama berpendapat untuk mengamalkannya mestilah


memenuhi syarat berikut:
*Hadith itu berkaitan dengan kelebihan-kelebihan amalan.
*Faktor kedhoifan bersifat serdahana.
*Mafhum hadith dhoif ada pada nas-nas syarak yang soheh.
*Ketika beramal dengan hadith dhoif ini mestilah mengharapkan kesahihannya.
114)APAKAH YANG DIAMKSUDKAN DENGAN SANAD?
115)APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISNAD?
116)APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MUSNAD?
117)APAKAH YANG DIAMKSUDKAN DENGAN MUSNID?
118)APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN RAWI?
119)APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MATAN?

ISTILAH. PENGERTIAN.
Sanad Rangkaian perawi hadith daripada
pengumpul sehinggalah RASULULLAH.
(Jalan yang menghubungkan kepada matan
hadis).
Isnad Menyandarkan sesuatu hadith melalui
rangkaian perawi.
Musnad Nama sejenis kitab hadith yang disusun
berdasarkan nama sahabat RASULULLAH
secara berturutan.
Musnid Orang yang meriwayatkan hadith dengan
isnadnya sama ada mengetahui ilmu hadith
atau tidak
Rawi Orang yang meriwayatkan hadith
RASULULLAH.
Matan Lafaz-lafaz hadith yang membentuk
pengertian sesudah sanad atau yang
dilafazkan oleh RASULULLAH.

120)SENARAIKAN PERAWI HADITH DI KALANGAN SAHABAT.

-ABU HURAIRAH.
-AISHAH BINTI ABU BAKAR.
-ABDULLAH BIN UMAR.
-ABDULLAH BIN ABAS.
-JABIR BIN ABDULLAH.
-ANAS BIN MALIK.

121)SENARAIKAN PERAWI HADITH DI KALANGAN TABIIN.

-SAID BIN MUSSAYAB.


-QHOIS BIN ABI HAZAM.
-ABU USMAN NAHDI.
-IBNI SYAHAB AZ-ZAHRA.
-AL-HASAN AL-BASARI.
-ABU RAJAK AL-ATORADI.
122)SENARAIKAN PERAWI HADITH DI KALANGAN TABI` TABIIN.

-MALIK BIN ANAS.


-IBNU ABI AMAR AL-ASBAHI.
-ABDUL RAHMAN BIN AMRUL AWZAI`.
-SUFYAN BIN SAID SURI
-SYUKBAH BIN HUJAHJUL ATAKI.
-IMAM SYAFII

123)APAKAH KEPENTINGAN MENGETAHUI SIFAT PERAWI HADITH?

-Penentu martabat sesebuah hadith sama ada diterima atau ditolak,kuat atau lemah.

You might also like