You are on page 1of 26

BANG ALAM NIA BISSALAH , ALUNGAI NA BANGSA

BANG ALAM NGA HAKA MAG KA LA’AT - LA’AT KITA


( Azeehad-1999 )
ABDULLAH SANI HJ ABDUL SALLEH

[ KG . AYER SEMPORNA ]
[ Profile Kg. Ayer Semporna dan Peristiwa Kebakaran ]

Aby Zeehad
[15hb. Dec. 2009]

Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh

[Dokumen ini menjelaskan permasalahan mesyarakat Persisir Pandai di Negeri Sabah dan masa Depannya bagi
penyelesaian menyeluruh , walaubagaimanapun iainya bukanlah kajian ilmiah yang buat secara terperinci ,
tetapi boleh digunapakai sebagai bahan rujukan generasi akan datang, mengkaji Sejarah, Social, Ekonomi,
Politik perkampungan ini yang telah diterokai oleh mesyarakatnya bagi mengekalkan budaya warisan bangsa.
Penulis adalah salah seorang Peneroka dan Penduduk asal Kampung ini dan masih bermustautin di kampong
ini sehingga tarikh peristiwa kebakaran besar 15hb.Dec 2009 yang mendorong beliau untuk mengabadikan
sejarah dan profile Kg.Air sebagai tetapan Generasi akan datang]

Semporna Profile
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

100 TAHUN DALAM DERITA

Pekan Semporna dan ‘Wharf ‘ yang dibena pertama di Daerah ini diserati dengan pembenaan gudang
dan perkampungan Ayer atau Kg.Air diawal pembukaannya ( 1887 – 2009 ).

Oleh : Abdullah Sani Hj.Abdul Salleh


Mantan Ahli Majlis Council Daerah Semporna.

Manusia dan rumah tidak dapat dipisahkan kerana rumah merupakan tempat manusia
berlindung dan berteduh dari segala bahaya dan ancaman. Rumah merupakan keperluan asas
yang amat penting kepada manusia selain dari makanan dan minuman untuk hidup. Maka tidak
hairanlah terdapat pelbagai jenis dan bentuk tempat berlindung atau habitat dalam bentuk
rumah untuk didiami manusia mengikut kesesuaian kawasan setempat dan juga taraf
kehidupan seseorang itu. Rumah setinggan merupakan salah satu dari jenis rumah yang
didiami manusia sebagai tempat berlindung, namun begitu setinggan merupakan perumahan
haram yang didirikan tanpa kebenaran dari pihak berkuasa. Setinggan diumpamakan
perumahan haram disebabkan segala-gala yang berkaitan dengan pendirian rumah setinggan
itu tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa termasuklah tanah tempat perumahan
setinggan didirikan dan bentuk serta binaan rumah yang dibina tidak mengikut spesifikasi serta
bahan dan binaan yang diluluskan

: (Utusan Malaysia, 25 Mac 2005).


2|Page
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

Assallah-mualaikum.
Tertarik dengan laporan sumber berita dari saluran media kerajaan iaitu
BERITA HARIAN yang bertajuk : “Mayat ketiga rentung bawah runtuhan“ bertarikh
17hb.Disember 2009, elok kiranya saya membawa perhatian Warga Negara ini
merenung seketika maksud dan isthilah SETINGGAN Kg.Air Semporna Sabah seperti
yang dilaporkan oleh media berkenaan.

Laporan media ini adalah berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku pada
15hb.Disember 2009 terhadap kampung berkenaan, dimana satu kebakaran besar
telah berlaku di perkampungan ini yang membawa maut kepada 4 bersaudara dan
meranapkan lebih kurang 60 buah rumah penduduk asal kampung ini yang terdiri dari
beberapa buah rumah lama terdapat di kampung berkenaan.

Bagi membahaskan ISTILAH SETINGGAN dan SEJARAH kampung ini elok


kiranya saya mengambil kesempatan untuk menulis dan memberi pandangan saya
mengenai kisah , sejarah, kronologi serta kepentingan KAMPUNG AIR SEMPORNA
kepada Daerah SEMPORNA dan ‘sentimentle Value‘ Kg.Air Semporna itu kepada
mesyarakat Negeri ini.

HAK ADAT MESYARAKAT PERSISIRAN PANTAI TAOHIGAD SEMPORNA

Kisah penyewa-penyewa AMERICA Charles Lee Moses 1865 dan seterusnya


Joseph William Torrey (Maharaja Sabah),Thomas Bradley ,Tat Cheong HONG KONG
disambung pula oleh bangsa AUSTRIA-HUNGARY saudara Baron Overback 1878,
Diteruskan lagi sewaan oleh Bangsa ITALY Sebagai pusat pengasingan Penjanayah
serta pesalah-salah Eropah ‘Penal Colony’ dan seterusnya diambil-alih oleh dua orang
bersaudara iaitu Alfred dan Edward Bangsa BRITISH 1881.

Pada tahun 1887 seorang saudagar Cina dari Pulau Jolo yang bernama To’onah
bersama 2 orang isterinya dari keturunan Taosug dari keluarga diRaja sulu telah datang
ke Sandakan Sabah kerana melarikan diri dari peperangan yang berlaku disana diantara
mesyarakat Islam dan Spanyol.To’onah telah dipertanggungjawabkan oleh Gebenor
British Sir William Pryer untuk membuka penempatan baru di Daerah Semporna
bersama Mesyarakat Tawi Tawi dari keturunan Bajau Simunul dan membuka Daerah ini
bagi menyanyingi dominan perniagaan sarang burung ( bird-nest ) yang dikuasai oleh
Bajau Omadal di Daerah Magindora ( Nama lama Daerah Semporna ).

3|Page
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

Bagi maksud pembenaan penempatan ini,To’onah bersama kumpulan Tawi


Tawi memulakan pembukaan Pekan Semporna dengan membena jambatan batu
‘Wharf’ ( hari ini dikenali Jalan Kastam Semporna ) di daerah ini dan sertai dengan
pembenaan beberapa gudang bagi maksud pengumpulan barang barang dan hasil hasil
laut mesyarakat tempatan, sementara mesyarakat tempatan pula memulakan
pembenaan penempatan mereka disebelah ‘Wharf’ berkenaan yang dikenali sebagai
perkampungan “ AYER “ atau kg.Air disebelah utara sementara disebelah selatan pula
dikenali sebagai kampong SIMUNUL.

Perkampungan mesyarakat Bajausuluk telah wujud lebih awal di Nusantara dan


persisran pantai Borneo di Daerah Marudu,Daerah Magindora dan Daerah Tirun di
Pantai Timur Sabah mengikut tulisan James Francis Warren dalam bukunya
The Sulu Zone 1768-1898 , mesyarakat ini dikenali sebagai ‘Tau HIGAD’ ( Mesyarakat
Penduduk Asal Persisir Pantai North Borneo ).

Kisah North Borneo ( Sabah ) yang terus menjadi sewaan dan gadaian kepada
bangsa Eropah dan bangsa asing ini telah menyebabkan Negeri ini ditadbir dan
diperintah mengikut acuan sesuka hati bangsa mereka dan rakan-rakan, Mereka
mengurus negeri ini berdasarkan kehendak dan kepentingan mereka.

Bagi maksud ini maka timbullah Perkataan apa yang di katakan ‘settlement’
(Penampatan sah) Oleh bangsa asing jesteru itu bagi mereka yang DISUKAI atau Pro-
Penyewa dan berkerjasama dengan bangsa PENYEWA Maka semua penempatan
mereka adalah sah dan teratur , sementara mereka yang TAK DISUKAI atau
Kontra-Penyewa dan tidak berkerjasama dengan bangsa PENYEWA juga menganut
AGAMA mereka maka orang ini pula dipanggil ‘squatters’ (Setinggan Haram) walhal
bangsa ini adalah penduduk asal NEGERI SABAH atau NORTH BORNEO dipersisisran
Pantai.

Atas sikap KESULTANAN BRUNEI dan KESULTANAN SULU inilah yang


menyebabkan mesyarakat dan penduduk tempatan NORTH BORNEO atau SABAH
menjadi mangsa kepada BANGSA PENYEWA, khasnya mereka penduduk asal yang
beragama ISLAM di North Borneo.

Penduduk Bumiputera Beragama ISLAM mendapat Status ‘squatters’


(Setinggan Haram) dimata bangsa Penyewa sementara penduduk Bumiputera
Beragama KRISTIAN mendapat status ‘settlement’ ,bagi penduduk asal yang belum
beragama atau Pagan STATUS mereka akan di tentukan oleh Pengetahuan mereka
sendiri atau sikap perubahan yang mereka buat sendiri.
4|Page
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

Begitulah status mesyarakat North Borneo semasa penguasaan dan pemerintahan


bangsa asing di Sabah mengikut pandangan mereka khasnya Bangsa British terhadap
bumiputera persisiran sejak sekian lama yang berterusan antara 1865 – 1963 dan
sterusnya budaya ini berterusan selepas perang dunia ke 2 , sehinggalah kita mencapai
kemerdekaan pada tahun 1963, Tidak cukup dengan itu anak didik dan saki baki bangsa
PENYEWA diteruskan pula dasar ini sehingga hari ini walaupun kita sudah mencapai
kemerdekaan selama 46 tahun bersama persekutuan Malaysia.

KAMPUNG AYER KOTA KINABALU CONTOH DASAR BANGSA PENYEWA

Saya ingin membawa perhatian saudara saudara Satu contoh ‘settlement’


terhadap Bangsa yang di sukai oleh BANGSA PENYEWA di KAMPUNG AIR KOTA
KINABALU, walaupun penempatan ini juga diberi nama KAMPUNG AYER.

Plan penempatan Kg.Ayer Kota Kinabalu, langkap dengan ukuran Lot masing masing dengan mempunyai Geran Tanah
masing masing yang menyebabkan mereka menjadi penduduk yang Terurus dan mempunyai pegangan Hak yang jelas
serta kukuh.

5|Page
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

Mesyarakat Cina , Mesyarakat Islam Hisdustan ( Negara Negara Tan ) yang


dibawah masuk ke Sabah dan mesyarakat bumiputera beragama Kristian sangat
bernasib baik di Negeri Sabah dizaman penyewa kerana meraka amat disukai oleh
bangsa Europah dan mendapat Status ‘settlement’ kita ambil contoh ‘settlement’
mereka di JESELTON 1905 (Kota Kinabalu).

KAMPUNG Ayer di Kota Kinabalu mejoriti di huni oleh mesyarakat Cina


mendapat ‘STATUS ‘settlement’ Kerana bangsa Eropah amat suka kepada mereka dan
juga kebanyakanya seAgama dengan mereka dan memberikan mereka kawasan
berkenaan secara SAH dan TERATUR mengikut pentadbiran dan acuan mereka sendiri.

Sementara Perkampungan AYER di Kg. Sembulan, Kg. Petagas , Kg. AIR


TUARAN , Kg.Air KOTA BELUD , Kg.Air KUDAT, Kg. Air BELURAN , Kg.Air
SANDAKAN, Kg.Air LAHAD DATU, Kg.Air KUNAK, Kg.Air SEMPORNA dan Kg.Air
TAWAU yang rata rata Beragama ISLAM tidak mendapat STATUS ‘Settlement’
berbanding Kg.Ayer Kota Kinabalu tadi walaupun namanya juga KAMPUNG AYER
( Water Village ) , Mereka terus menerus menjadi penduduk BERSTATUS squatter atau
SETINGGAN terpinggir tanpa Dignity yang berterusan ratusan tahun.

KAMPUNG AYER SEMPORNA dan LAGENDANYA.

Sejarah Sabah atau North Borneo banyak dipengaruhi oleh mesyarakat


KAMPUNG AYER baik dari sudut Sosial , Ekonomi, Agama. Perniagaan dan Politik ,
Parti kemerdekaan Sabah sendiri wujud di KAMPUNG AYER KUDAT setelah
perbincangan diadakan oleh mesyarakat KAMPUNG AYER dalam satu majlis kenduri
disana bagi membentuk PERTUBUHAN KEBANGSAAN SABAH(U.S.N.O) yang di
ketuai oleh bapa Kemerdekaan Sabah Allahyarham TUN DATUK HAJI MUSTAPHA.

Bahkan rancangan menghidupkan Parti Kemerdekaan Sabah Semula di-mulakan


juga dari KAMPUNG AYER SEMPORNA di Rumah Allahyarham HAJI ABDUL SALLEH
KHATIB ALI @ KHATIB GUPURANI oleh Anak Allahyarham Tun Mustapha iaitu DATU
HAJI BADARUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA pada 26hb. Septempber 2007
yang hampir Terbakar baru baru ini dalam satu kebakaran besar yang mengorbankan 4
nyawa pada 15hb. Dec 2009.

6|Page
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

Kebakaran Kg.Air Semporna 15hb.Dec 2009.

Berbalik kita kepada kisah kampung Air Semporna tadi, bedasarkan maklumat
yang ada sejak 1963 dan menjadi salah satu MANIFESTO Perjuangan saya sebelum ini,
dimana saya masih percaya rekod ini masih kekal sehingga ke hari ini bahawa :-

‘TIADA SATU PUN KAMPUNG atau PENEMPATAN di DAERAH SEMPORNA telah


di WARTAKAN sebagai Perkampungan dan PENEMPATAN SAH’

Daripada lebih 100 perkampungan dan penempatan Awal atau Perkampungan


yang mempunyai tuan yang bergelar KETUA KAMPUNG dan mempunyai P.JKKK tiada
satu pun Berstatus SAH mengikut UNDANG UNDANG atau akta Tanah kerajaan Negeri
Sabah,ini bererti semua kampung ini terus berstatus ‘STATUS SQUATTER’ atau
SETINGGAN ( Penempatan Haram ) mengikut pandangan BANGSA PENYEWA dan
pihak Kerajaan Negeri Sabah.

Bukan ke ini amat mengejutkan kita, bagi DAERAH SEMPORNA yang diwakili
oleh Dua orang Menteri KABINET di Peringkat Negeri (Datuk Nasir Tun Sakaran) dan
Peringkat Nasional (Datuk Seri Shafie Apdal) kedua-duanya juga berasal dari
KAMPUNG AYER SEMPORNA , namun kawasan yang mereka wakili adalah kawasan
SQUATTERS atau SETINGGAN sejak 46 tahun kita Mencapai KEMERDEKAAN.

Shafie dan Nasir perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini supaya
mesyarakat persisiran yang mereka wakili terus terbelah masa depannya , Pemberian
bantuan beribu-ribu dan berjuta juta pun tidak memberi makna kepada bangsa dan
mesyarakat ini jika ‘Dignity‘ mereka masih dianggap Haram dan Setinggan oleh pihak
luar atau bangsa lain dan lebih sedih serta amat memalukan jika mereka dianggap P.T.I
(Penempatan Tanpa Izin) di tanah air sendiri.

7|Page
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

KAMPUNG AYER SEMPORNA PUSAT KELAHIRAN PEMIMPIN DAERAH


SEMPORNA YANG BERSTATUS SULTAN DAN MENTERI AHLI AHLI YANG
BERHORMAT TETAPI BERTARAP SETINGGAN.

Ibu pejabat Bahagian Parti Kemerdekaan Sabah USNO bagi Daerah Semporna
pada tahun 1960an terletak di Kampung Air Semporna di Tapak Madrasah kampong ini
yang telah melahirkan pemimpin pemimpin hebat dan ternama serta termasyur di Negeri
ini dan juga Negara ini.

Tun Sakaran Bin Dandai Mantan TYT Negeri Sabah yang tinggal di Kg.Air
Lorong 4 (USNO-UMNO) , Datuk Nasir Tun Sakaran Menteri di Jabatan Ketua Menteri
Sabah dari Kg.Air Lorong 4 (USNO-UMNO),Datuk Shafie Hj.Apdal Menteri
Pembangunan Luar Bandar Malaysia dari Kg.Air Lorong 4 (UMNO), Mantan YB
Bugaya Datuk Basalie Hj. Abdul Hamid Setiausaha Kerja Barisan Nasional Sabah dari
Kg. Air Lorong 5 (UMNO) , Mantan Timbalan Menteri Luar Bandar YB.Abdillah Abdul
Hamid Dari Kg. Air Lorong 2 atau Kg.Air Look Wanni (Parti BERJAYA dan PKR) dan
beberapa Pemimpin lain yang pernah berkhidmat terhadap mesyarakat Daerah ini
seperti Mantan YB. Marasal KK Lais dari Kg.Air Lorong 8 atau Kg.Air Rest House (PBS)
, YB Datuk Samsu Baharun Hj. Abdul Rahman mantan MP Lahad Datu dari Kg.Air
Lorong 6 atau Kg.Air Sumil (UMNO) dan YB Hj. Salleh Kalbi Ahli Parlimen Lahad Datu
dari Kg.Air Look 10 (UMNO) mereka semua berasal dari kampung ini dan pernah
menjadi remaja serta belia kampung ini satu ketika dulu walaupun mereka telah
berhijrah dari Kampong ini namun rumah asal mereka masih kekal di kampong ini bagi
mengekalkan identiti asal mereka terhadapat satu perkampungan yang dianggap
mempunyai ‘sentimental Value’.

Tidak kurang juga beberapa Ahli politik terkenal Daerah ini yang lahir dari
Kampung ini seperti Tuan Haji Wahab Ibnu Said (Parti BERSIH) dari Kg. Air Lorong 4,
Hj. Abdul Razak bin Hj. Palah (Parti PRS) dari Kg.Air Lorong 4 , Haji Mahmud Hj.
Mansur (Parti BERJAYA) dari Kg. Air Lorong 1, Noraidah Hj. Abdul Salleh
(BARISAN SABAH) dari Kg. Air Lorong 3 atau (Calun dari golongan Wanita Pertama
Daerah Semporna bagi Parlimen Semporna 2004 ), Hj. Ispal hj. Addok (AMT Parti PBS)
dari Kg. Air Lorong 2, Abdul Aziz Hj. Abdul hamid (Parti Keadilan) dari Kg.Air Lorong 2
dan Abdullah Sani Hj Abdul Salleh dari Kg.Air Lorong 3, Semporna.

8|Page
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

Pencapaian meraka ketahap yang amat tinggi sehingga ada yang menjadi TYT
(Tuan Yang Terutama Negeri Sabah) atau Sultan Sabah, Menjadi Menteri Kabinet dan
mencipta sejarah Negara , khasnya Negeri Sabah untuk menjadi orang N0.3 dalam Parti
Pemerintah Negara malaysia UMNO dan sehingga ke tarikh tulisan ini 2 orang menteri
penuh yang masih memegang jawatan serta berkuasa menentukan masa depan Kg.Air
Semporna.

Namun kehebatan ini tidak bermakna jika kita masih tidak mempunyai ‘Dignity’
dikampung kita sendiri atau ‘Dignity’ Kampung halaman mereka masih kabur.

Sementara Dari Sudut geografi Politik Kg.Air Semporna adalah kampung yang
mempunyai pengundi teramai di Daerah Semporna mengikut pecahan DAERAH
MENGUNDI dalam kawasan Parlimen SEMPORNA dan DUN BUGAYA.

PENGWARTAAN KG.AIR SEMPORNA.

Perjuangan untuk mewartakan Kg.Air telah lama dimulakan , semasa saya


menjadi Ahli Majlis Daerah Semporna pada tahun 1995 , pihak saya telah
mengemukakan satu usul bagi rancangan PengWartaan Kg.Air sebagai
perkampungan kekal atau Kampung Warisan dalam satu mesyuarat tindakan Daerah
bertempat di Pejabat Daerah Semporna. Cadangan ini dibuat untuk mengekalkan status
Kg.Air sebagai Kampung Warisan bagi Daerah Semporna.

Alhamdulillah usul ini telah diterima oleh pihak Majlis Daerah Semporna
(Local Goverment) secara sebulat suara tanpa bantahan dan telah MELULUSKAN nya
dalam satu Resolusi bagi pengwartaan KAMPUNG AIR SEMPORNA, Namun kelulusan
tersebut ditangguhkan sementara, setelah pihak majlis mengemukakan keperingkat
atasan (State Goverment ), Pengawai Daerah Semporna pada masa itu Salsidu Hj.
Ibrahim memaklumkan saya dan semua Ahli Ahli Majlis Daerah bahawa rancangan ini
terpaksa ditangguhkan di sebabkan pihak kerajaan belum siap untuk mengkaji dasar
setinggan Negara (Federal Goverment).

Malangnya pada tahun 1996 perlantikan saya sebagai Ahli Council Daerah
Semporna telah ditamatkan yang menyebabkan pihak saya gagal untuk menyuarahkan
masalah Kg.Air bagi maksud Pengwartaan, rancangan itu tertanggu selamat 12 tahun.

9|Page
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

Pada 2008 - 2009 rancangan MEWARTAKAN Kg.Air Semporna timbul semula


dan saya difahamkan pihak pentadbiran daerah telah membuat keputusan bahawa
Kg.Air harus di kekalkan sebagai kampong WARISAN.

Sehingga tulisan ini dibuat STATUS KAMPUNG AIR masih belum jelas,
walaubagaimanapun berdasarkan lapuran KETUA KAMPUNG Kg. Air Saudara
IBRAHIM HJ.SAKILAN dan SAUDARA TANGGILING KAMBING Sebanyak 8 mesyuarat
diadakan dalam tempoh tersebut bagi melaksanakan impian dan cita cita yang
kemukakan sejak 13 tahun dahulu (1995) untuk mewartakan Kg.Ayer sebagai Kampung
Warisan.
PERTEMUAN KHAS SAYA DAN ADUN BUGAYA

Dalam satu pertemuan khas dan perbincangan diantara saya dan ADUN
BUGAYA saudara Datuk Haji Ramli Marhaban ( Adun ini juga pernah tinggal di Kg.Air
Lorong 6 ) bersama 2 orang Ketua kampong dari Kampung ayer (En. Ibrahim dan En.
Tanggiling) bertempat di sebuah Hotel di Daerah semporna baru baru ini
(17hb.Dec.2009). Wakil Rakyat Dun Bugaya ini memang bersetuju dan menyokong
penuh rancangan Pengwartaan Kg.Ayer sebagai Kg.Warisan yang perlu penyusunan
semula bagi menyediakan infrustruktul awam yang teratur serta penyusunan lot
perumahan bagi menaik taraf perkampungan ini dan seterusnya menjadi contoh kepada
kampong-kampong persisiran yang lain.

Persetujuan tidak rasmi beliau untuk memberikan bantuan penyedian pilih bomba
yang teratur dan generator air ( Bomba Laut ) bagi keperluan penduduk kampong juga
adalah amat dialu-alukan.

Dalam perbincangan itu juga pihak saya mendapat makluman dari Ahli Yang
Berhormat ini bahawa pembenaan rumah semula akan dilaksanakan sedikit masa lagi
oleh pihak kerajaan bagi maksud ini, melalui bantuan dari pihak berkuasa dalam bentuk
yang lebih selesa dan ‘half concrete’ sebagai permulaan kearah pengekalan Kg.Air
Sebagai KAMPUNG WARISAN.

Bagi pihak mesyarakat kampong Air kami mengucapkan setinggi-tinggi


perhargaan kepada beliau kerana keperihatinannya terhadap kampong ini, walaupun
beliau bukan penduduk asal kampong Air, semoga niat beliau menjadi kenyataan
sepanjang masa beliau berkhidmat di ADUN BUGAYA dimana perkampungan ini
termasuk dalam kawasannya.

10 | P a g e
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

PROFILE PENGHUNI DAN KEDUDUKAN LORONG KAMPUNG AYER DI PEKAN


SEMPORNA BERDASARKAN SEJARAH PENEROKAANYA

Lokasi : Kg. Air Semporna dalam kawasan Majlis Daerah Semporna


Tarikh Penerokaan : 1887,(Penghijraan Besar-besaran 1960an, 1970an,1980an)
Pembenaan Masjid : Tahun 1937 diperbesarkan sebanyak 3 kali.
Bilangan Lorong : 9 Lorong ( Wharf ) atau Jambatan dan 1 Look.
Jumlah Penduduk : Tiada Angka rasmi ( Jangkaan 1,500 – 2000 orang )
Jumlah Rumah : 250 – 300 buah rumah
Lokasi Parlimen : P.Semporna ( YB. Datuk Shafie Afdal )
Lokasi D.U.N : Dun Bugaya ( YB. Datuk Ramli Marhaban )
Ketua Kampung : 3 orang Ketua kampong dan 1 orang PJKKK
Keluasan : 25 ekar – 30 ekar.
Mesyarakat : Bajau (Pulau Bum Bum),Simunul,Sibutu,Brunei & Cina

Peta Diatas menunjukan pembahagian peringkat penempatan mesyarakat persisran pantai pekan
Semporna sejak kewujudan Kampung Ayer di Daerah ini.

11 | P a g e
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

Kg. Ayer yang telah menjadi Warisan mesyarakat persisir pantai sekian lama,
menurut rekod pengujudan Kg.Air boleh dilihat melalui pengujudan Masjid lama Kg.Ayer
iaitu MASJIDUL-AL RAHMAN bertarik 1937 menunjukan perkampungan ini lebih awal
dari tarik berkenaan dan terbahagi kepada 10 lorong penempatan berpusat yang wujud
secara berperingkat peringkat antara 1887 – 1980an.

9 lorong jambatan atau wharf dan 1 look atau teluk di Kg.Air Semporna telah wujud
secara berperingkat mengikut peneroka masing masing yang mejoritinya dari Pulau Bum
Bum Semporna dan mesyarakat Simunul / Sibutu dan Brunei.

Peneroka Peneroka Awal penempatan Kg.Ayer adalah penduduk asal Daerah


Semporna yang datang dari Kg.Tangal Pulau Bum Bum mejoritinya adalah keturunan
Legasi Magindora atau keturunan Khatib Sarahari bin Imam Salamat di Lorong
3,4,5,6,7,9 berkongsi penempatan bersama mesyarakat Brunei lorong 1, China
Lannang Lorong 6, Simunul dan Sibutu di lorong look 10 dan sebahagian kecilnya
suku-suku keturunan Philippines.

Penghijraan besar-besaran Kumpulan ‘Islander’ mesyarakat pulau berhijrah ke


‘Mainland’ tanah besar adalah disebabkan Negara ini telah mencapai kemerdekaan
pada tahun 1963 semata mata untuk menyahut pembangunan Negara.

Peneroka Peneroka Awal mengikut Lorong Kampung Ayer Semporna.

1. Lorong 1 - Kampung Look Air Masjid di terokai oleh Keluarga Pg.Haji


Jakarullah Bin Baraluddin (Mantan ketua Bahagian USNO 1) yang dihuni oleh
beberapa perumahan perkampungan mesyarakat dari Kampung Tangal,
Walaubagaimanapun separuh Lorong ini telah lanyap oleh Peristiwa kebakaran
Gudang Pekan Semporna 1980an kecuali Mesyarakat Brunei dari keluarga Tuan
Haji Mahmud Hj Mansur (Mantan anak menantu ketua Menteri Sabah Datuk
Harris Salleh) dan En.Sukarno bin Haji Mansur , Encik Ibrahim Haji Sakilan
(Ketua Kampung ), keluarga Encik Ideris Annah (Penyelia Mukim Dun
Bugaya) dan Puan Sitti Hajar bin Jaji (PJKKK Kg.Air) dari suku Kumpulan kaum
Simunul.Lorong ini masih kekal dihuni oleh keturunan penduduk asal
penerokanya. Wujud antara tahun 1930an – 1960an.

12 | P a g e
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

2. Lorong 2 - Kampung Air Look Wanni atau juga dikenali Lorong Las Vegas
diterokai oleh Keluarga Haji Ispal dan Lajim Addok (Ketua Bahagian PBS
Sulabayan) serta Keluarga Haji Abdul Hamid Tunggal dari Pulau Denawan, ini
Lorong ini telah banyak bertukar tangan. Wujud antara tahun
1930an-1960an.Penempatannya masih dimikili oleh Keluarga Abdul Aziz Haji
Abdul Hamid dan Haji Abdillah Abdul Hamid mantan Timbalan Menteri
Pembangunan Luar Bandar Persekutuan semasa kerajaan Parti Berjaya.

3. Lorong 3 - Kampung Air Look Eibah juga dikenali Lorong Abdullah Sani
diterokai oleh Tuan Haji Abdul Salleh bin Khatib Gupurani dari Kg.Tangal Pulau
Bum Bum . Lorong ini masih kekal dihuni oleh penduduk asalnya dari Keturunan
Haji Abdul Salleh Khatib Gupurani. En.Salleh Hj.Abdul Salleh , Noraidah Hj.Abdul
Salleh , Wujud antara tahun 1900–1960an. Kecuali beberapa rumah yang
berpindah tangan dan terdapat beberapa penempatan sementara.
Walaubagaimanapun Lorong ini adalah salah satu penempatan terawal
mesyarakat Kampung Air dimana pada Asalnya terdapat rumah Rehat Kerajaan
(Rest House) yang telah dijadikan Sekolah Tabika Kg. Air Semporna. Sementara
kemudahan awan yang dibena dilorong ini adalah milik persendirian seperti
pembenaan Jambatan , pembenaan tiang letrik dan Paip Air oleh keluarga
En. Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh ( Setiausaha Agung Ex-USNO Sabah ) dari
yang boleh dimasuki oleh kenderaan dan kereta sehingga ke rumah masing
masing sejauh 150 meter. Permohonan rasmi untuk Pengangan Geran C.L telah
dikemukakan ke Jabatan Tanah Semporna oleh penduduk lorong ini.

4. Lorong 4 - Kg.Ayer logPond juga dikenali sebagai Kg.Air Pg.Hindi/Ab/Razak


Diterokai Tuan Haji Penghulu Hindi bin Basarani dan Haji Abdul Razak bin Palah
bersama Haji Abdul Wahab Ibnu Said kesemuanya dari Kg. Tangal dan Pulau
Selakan Semporna. Lorong 4 juga pernah dihuni oleh Keluarga Haji Apdal bin
Maulana dan Keluarga Datuk Haji Safari Hj. Amir. Wujud antara tahun 1930an –
1960an. Lorong ini juga boleh dimasuki oleh kenderaan dan kereta kerumah
masing masing sejauh 60 meter.Tun Sakaran Dandai juga adalah penghuni
Lorong ini walaubagaimanapun kediaman asalnya telah musnah dalam
kebakaran baru baru ini ( 15hb.12.2009 ).

5. Lorong 5 - Kg.Air Bangkau atau dikenali Kg.Air Haji Baddiri / Basalie diterokai
oleh Keluarga Otoh Diki,Otoh Heyah dan saudara Turing dari keturunan Cina
Sitangkai ( Bagi mesyarakat tempatan mereka dikenali keturunan ‘ Lannang ’ ) ,
Keluarga Haji Badiri bin Ibnu Salleh dan keluarga Mantan YB DUN Bugaya Datuk
13 | P a g e
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

Baslie Abdul Hamid dari Kg. Tangal Pulau Bum Bum Semporna, hampir semua
kawasan lorong ini musnah dalam kebakaran ( 15hb.12.2009 ) kecuali kediaman
lama Mantan YB.Basalie Haji Hamid.

6. Lorong 6 - Kg. Air Look Sumil dikenali Kg.Air Haji Abdul Salleh / Hjjd.Nujum
diterokai oleh Tuan Haji Abdul Salleh Khatib Gupurani ( Dari Keturunan Legasi
Magindora ) dan disertai oleh keluarganya Tuan Haji Jun Lahu, Haji Hasan
Barani, Hj.Yunus kuddin, Puan Sugaila Imam Misuari , Haji Abdul Jalil , Hj.
Purang , Hj. Bakoko dari Kg. Tangal Pulau Bum Bum antara tahun 1960an
penampatan ini telah bertambah antara tahun 1970an hingga 1980an dengan
kedatangan keluarga Haji Mutalib Omar ( suku iranun Tungku ) dan Haji Anuar @
Antonio ( Suku Sibutu ).

7. Lorong 7 - Kg.Air Look Pampang dikenali sebagai Kg.Air Hj. Lakani diterokai
oleh Tuan Haji Lakani bin Pg. Ripah dari Kg.Tangal Pulau Bum Bum bersama
keluarganya dan beberapa kumpulan dari Kg.Gusung Melanta Pulau Bum bum
antara 1970an hingga 1980an juga Cikgu Amirul dan En. Bastani seterunya
Kleuarga Cikgu Yakob Ulangutan suku simunul dan keluarga Tuan Haji Basri dari
suku Sikubung/Ubian.

8. Lorong 8 - Kg. Air Look Batu dikenali sebagai Kg.Air KK Lais diterokai oleh
Keluarga KK Lais yang mempunyai keturunan suku cina ( Lannang ) dari
Kg.Tabak Tabak Pulau Bum bum yang wujud antara tahun 1970an hingga
1980an beliau telah berhijrah ke Kg. Seri Melor , Bugaya walaubagaimanapun
beberapa keluarganya masih bermustautin dikawasan ini.

9. Lorong 9 - Kg. Air Rest House di kenali sebagai Kg.Air Hj. Bakti diterokai
oleh Haji Bakti bin Amuali ( Mantan Ketua Bahagian Parti Berjaya ) yang terletak
berhampiran kediaman Pegawai Daerah Semporna dimana beliau adalah
penduduk dan pemilik asal kawasan Tanah Kg. Bangau Bangau Semporna
( Tong Talon ) dan seterusnya berhijrah ke Kampung Bantayan Senallang.
Keturunan tuan Haji Bakti bin Amuali adalah diantara keturunan penduduk asal
Tong Talon ( Nama asal Pekan semporna bagi kawasan sebelah Utara pekan
semporna )

10. Lorong 10 - Kg. Air Look juga dikenali Kg.Air Look Cikgu Jalil kawasan ini
pada mulanya adalah penempatan pekerja pekerja kayu balak namun diterokai
oleh Keluarga Haji Abdul Jalil bin Palah dan Tuan Mentek juga kumpulan
Keluarga Utoh Angkie yang wujud antara tahun 1960an hingga 1980an dimana
14 | P a g e
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

terletaknya satu perumaham Nam Hing yang dihuni oleh pekerja pekerjanya bagi
pangkalan kayu Balak.Penempatan kg.air Look adalah diantara penempatan
pekampungan yang terakhir bagi kampong Air dengan penerokaan oleh
beberapa mesyarakat pelarian perang philipines selatan 1970an. Kawasan ini
juga dihuni oleh keluarga Isteri kepada YB.Haji Salleh Kalbi wakil Rakyat Palimen
Silam , Lahad Datu.

11. Sementara itu terdapat beberapa penampatan diatas tanah yang dikenali sebagai
Kg.Air Pg.Jaji termasuk dalam kawasan Kg.Air yang dimiliki oleh Keluarga
Penghulu Jaji ( Penghulu Pertama Daerah Semporna sebelum diambil-alih oleh
Penghulu Hindi Basarani dari Kampung Tangal ) dan keluarga Datuk Pg.Abdullah
bin Uddang ( Mantan Ketua Daerah Semporna ) dan masih dihuni oleh
keturunannya di Kg. Air.

Jika kita melihat lapuran dan penghijraan mesyarakat dari Pulau Bum ke pekan
semporna yang telah berlaku sekian lama maka adalah tidak adil bahawa mereka
dianggap sebagai mesyarakat SETINGGAN, kerana penghijraan itu telah berlaku
sebelum Negara ini mencapai Kemerdekaan.

Kumpulan mesyarakat persisir ini membena penampatan masing-masing


mengikut undang-undang dimana mejoritinya peneroka asal berdaftar dengan pihak
pejabat Tanah dan Majlis Tempatan Semporna sebelum membangun pembenaan
penempatan di pekan Semporna dengan memegang dokumen Penempatan atau
dikenali sebagai T.O.L ( Temporary Ordinary Land ) dan ada diantara mereka yang telah
memohon tanah berkenaan berstatus GERAN C.L atau P.L yang masih menunggu
proses seterusnya dari pihak jabatan Tanah.

Oleh itu pihak media BERITA HARIAN tidak sepatutnya menggunakaan


perkataan PERKAMPUNGAN SETINGGAN terhadap KG.AIR SEMPORNA dan
seharusnya memeriksa terlebih dahulu kepada pihak berkuasa tempatan atau jabatan
Tanah sebelum membuat laporan menggunakan nama dan Perkataan perkampungan
SETINGGAN.

KAMPUNG WARISAN Kg.AIR atau Kg. AYER sebagai Tajuk BERITAnya.

Logikalnya mengapa saya bermaksud sedemikian, supaya mesyarakat luar tidak


beranggapan secara berterusan mendakwa bahawa mesyarakat bumiputera tempatan
dianggap PTI oleh pihak tertentu.

15 | P a g e
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

Dokumen Penempatan di Kg.Ayer Semporna 6hb. Sept. 1965, yang masih


tersimpan oleh keluarga Haji Abdul Salleh Bin Khatib Gupurani @ Khatib Ali.
Struktul Bangunan N0.15. Kg.Air.

Contoh dan bukti Dokumen ini mengesahkan bahawa mesyarakat tempatan kg.Air yang berhijrah dari
Pulau Bum bum seawal kemerdekaan telah mendapatkan kelulusan pembenaan struktul bangunan
dan juga building plan dari pihak berkuasa kerajaan tempatan seawal 6hb. September 1965.

Jesteru itu pemintaan mesyarakat persisiran ini untuk mendapat hak pegangan masing
masing harus diberi perhatian wajar.

Pihak berkuasa tempatan Semporna tidak boleh membuat kesilapan berterusan


terhadap mesyarakt ini tanpa mengambil kira kepentingan mereka yang telah tinggal
dikawasan ini sekian lama.

Jika pihak berkuasa boleh memberikan hak pegangan kepada DATUK GAN NAMLEE
seluas 15 ekar ( Geran C.L ) di laut Kampung Air secara persendirian , Syarikat Dolton
Sdn Bhd seluas 10 ekar di sebelah Kg.Air ( Kedua-duanya Bukan Bumiputera ) kenapa
tidak boleh kepada Bumiputera Tempatan Semporna yang mengharapkan 25-30 ekar
Penempatan yang mempunyai bilangan hampir 2000 orang ini.

16 | P a g e
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

KONSEP WATER-FRONT vs TAO HIGAD.

Sekian lama ‘Taohigad’ Bumiputera Persisir pantai di negeri Sabah ini terpinggir
dan dimanipulasi oleh pihak luar sehingga menafikan hak dan budaya mesyarakat
tempatan seharusnya dihentikan.

Peristiwa perobohan perkampungan persisir pantai antara 2002 dan 2003 oleh
pihak kerajaan dibawah pimpinan Parti LDP semasa menjadi Ketua Menteri Sabah
seperti Datuk Chong Kah Kiat cukup mengingatkan kita bahawa budaya dan sifat
Prejudis beberapa pemimpin Sabah terhadap mesyarakat ‘Taohigad‘ masih berterusan
tanpa mengambil kira hak mesyarakat dan budayanya yang telah dinafikan sekian lama
oleh LEE MOSES atau Enche Mohammad Moses dan rakan rakannya kerana memberi
hak yang teratur dan terurus kepada pihak pendatang luar.

Mungkin Datuk Chong Kah Kiat ini adalah saki baki keturunan dan golongan LEE
MOSSES yang terus memerintah Negara ini berdasarkan corak Pajakan atau Lease
kerana mendapat hak dari Sultan Sulu SELAGI ADA BULAN DAN BINTANG,tetapi saya
berpandapat Ideologi ini harus dihentikan serta merta jika tidak ingin mendapat
tentangan berterusan.

Kumpulan Pendatang yang dianggap boleh menjadi KRISTIAN atau boleh di


KRISTIANkan dengan senang mendapat tempat yang selesa di Negeri ini dan mendapat
hak pegaggangan GERAN berstatus PENEMPATAN sementara Mesyarakat Persisiran
yang menjadi ISLAM dan sukar untuk di KRISTIANkan oleh Golongan LEE MOSES atau
Mubalig Kristian dan rakan rakannya terus dipinggirkan.

Jesteru itu saya berpandangan pihak kerajaan tidak boleh dengan sewenang-
wenangnya menggunakan perkaatan dan alasan konsep WATER-FRONT tadi sebagai
alasan pembangunan bagi menidakkan Hak mesyarakat pantai atau hak mesyarakat
Taohigad untuk terus berada dipersisiran dan merobohkan semua kawasan penempatan
persisiran kerana dianggap setinggan.

17 | P a g e
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

ISU P.T.I MENJADI SENJATA IMPERIAL TALIBARUT BRITISH MENIDAKAN


HAK TAOHIGAD DIKALANGAN BEBERAPA PEMIMPIN NEGERI INI.

Saya teringat satu Isu yang pernah saya kemukan kepada kerajaan mengenai
Kerosakan Koral di Pulau Mabul tempoh hari namun jawapan yang dibuat oleh pihak
kerajaan menyelahkan penempatan PTI sebagai punca kerosakan walhal para Penyewa
penyewa di Pulau Mabul yang melakukan kerosakan berkenaan.

Sifat Prejudis pihak tertentu terhadap mesyarakat Taohigad telah lama tertanam
dalam diri mereka dan terus mencari jalan untuk menghilangkan atau merobohkan
kesemua kawasan kawasan penempatan persisir dengan alasan penempatan
setinggan.

Oleh yang demikian sudah sampai masanya pihak kerajaan mengambil satu
langka BESAR dan tepat bagi mengekalkan penempatan mesyarakat Taohigad
dipersisiran pantai bagi Negeri Sabah supaya hak mereka tidak terhakis oleh perluasan
pembangunan berkonsepkan WATER-FRONT dengan alasan mencantikan prasarana
perbandaran dan menafikan hak mereka untuk tinggal di tepi pantai sejak beratus ratus
tahun dahulu, sepatutnya Ideologi LEE MOSES tidak wujud lagi pada hari ini.

AKTA TANAH dan AKTA LAUT.

Memandangkan Kemerdekaan Negara ini adalah berdasarkan penerimaan


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU sebagai perlembagaan
Persekutuan MALAYSIA maka ciptaan Perlembagaan itu tidak membicarakan Hak
‘TAOHIGAD‘ terhadap Persisir pantai ,Koral dan Reef.

Mesyarakat ini juga mempunyai budaya dan hak adatnya mengenai Lautan ,
Coral dan reef, dimana gagal difahami dan dibicarakan melalui beberapa perkataan
yang menjadi peraturan hidup hariannya.

Kegagalan kita membicarakan mengenai hak mereka selalunya membawa


komplik dan bercanggahan yang berterusan diantara pihak luar dan mesyarakat mereka
mengenai perkara perkara tertentu yang tidak disebutkan dalam perlembagaan dan
peraturan peraturan pihak berkuasa.

18 | P a g e
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

Kita ambil contoh mengenai perkataan perkataan ini dibawah :-

Hak Taohigad terhadap Lautan

Takot , Angan, Tib-Tib ,Halo , Sallang, Tabbah, Tabbah Bakkatan,


Batu Manunggul, Unas, tumbukan.
Terdapat beberapa kawasan di Daerah Semporna dan pulau pulau di daerah ini
yang menjadi milik mesyarakat.

Tib-Tib Si Gupurani, Tumbukan Si Gupurani, Halo Halo Si Bangkas, Sallang Si


Kutlah, Sallang Celebes, Sallang Si Bangkat, Takot aral, Takot Sibuun, Tabbah
kia Kia, Tabbah Bakkatan , Batu sanga , Unas kulamperah dan lain-lain.

Hak Taohigad terhadap sumber rezeki

Bungsud,bubuh, panggal,kagang,togong,linggi,parasmag,
pissi,lawai, sabit,bira-bira,ullang, tondah,litag, tabbahan.
Anabbah, Pag Paian, Pag Humaan.
- Pag paian Si Sarahari

Hak Taohigad terhadap sumber Modal

pum-pum, uak- uak, tamban, payow.

Hak Taohigad terhadap Penampatan

Pondohan,lumah Matahik,luma saliraf,pantan,jambatan,


taitaian,Biranda,Paghatian, pag hayang-hayangan. Rokh,
atu dohk dan Tong, labayan, Pu’, Bud.
- Pondohan Si Salleh, Pondohan a suk, Pondohan Palauh, Pondohan Si
Wira, Pantan Si Pua, Taitaian Malakalmaut, Labaian a Tangal, Tong Si
Sarahari, Pu’ Si Amil, Bud Si Rongol,

19 | P a g e
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

Akta tanah hanya menceritakan mengenai hak mesyarakat tempatan terhadap


tanah tanpa mengambil kira hak ‘Taohigad ’ terhadap Lautan, Reef , Coral ,lautan serta
sumber rezeki mereka yang telah menjadi tempat mereka sejak turun tamurun dahulu.

Reef, Lautan dan Koral ini mempunyai nama masing masing yang telah dijelajah
oleh mesyarakat Touhigad sekian lama.

Jesteru itu sudah sampai masanya pihak kerajaan Negeri mengubal satu rang
UNDANG-UNDANG yang dipanggil Rang UNDANG-UNDANG Hak BUMIPUTERA dan
penduduk Taohigad terhadap Lautan , pantai dan reef di Negeri ini.

Seperti mana kerajaan Philippines telah memperkenalkan satu rang undang


undang terhadap mesyarakat laut di Palawan melalui satu rang undang undang
mengekalkan hak mesyarakat laut terhadap Reef,koral,Pantai dan lautan terhadap
mesyarakat Tagbuana atau suku Batak bagi menjamin hak mereka terhadap lautan,
coral , reef dan pantai akan terus kekal melalui satu undang

TAOHIGAD

Dalam institusi Kemesyarakan di North Borneo , mesyarakat bajausuluk terbahagi


kepada 4 golongan yang dikenali sebagai Mesyarakat Daratan atau TAO’GIMBAH ,
Mesyarakat Lautan atau SAMA DILAUT, Mesyarakat Pulau atau TAO PU’ Mesyarakat
Persisir Pantai atau TAO’HIGAD.

Mesyarakat Taohigad terdiri dari kumpulan Nelayan sejak ratusan tahun dahulu yang
tinggal di pulau pulau dan pesisiran pantai Borneo dimana kawasan Pulau dan Coral
serta Reefnya adalah sebagai kawasan sumber rezeki mereka.

Namun ideologi dan konsep WATER-FRONT, SEA-FRONT, TOURISM,


CONCERVERTION, WATER WOLRD, BIODIVERSITI dan macam macam lagi yang
diperkenalkan oleh pihak luar telah mengamcam hak dan kedudukan mesyarakat
tempatan di negeri ini , dengan senang mengatakan bahawa mesyarakat tempatan tidak
berhak terhdap lautan dan reef reef disekililnganya serta persisiran yang mereka diami
sekian lama.

Sementara golongan Penyewa dan mesyarakat Pedalaman pula terikut-ikut untuk


menyokong konsep demikian kerana amat BERSELERA untuk memiliki persisiran dan
pantai dan reef reef pulau yang indah sebagai sumber rezeki yang baru bagi meraka.

20 | P a g e
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

Akhirnya mesyarakat ‘Taohigad‘ yang ingin mempertahankan Hak warisan


mereka dianggap sebagai mesyarakat yang tidak patuh dan engkar kepada undang-
undang kerana menentang ideologi berkenaan disebabkan ketiadaan undang undang
yang jelas mengenai hak mereka. Walhal Kerajaan negeri sendiri tidak mempunyai
Undang Undang laut terhadap perkara ini selain daripada menggunakan peraturan
peraturan biasa yang banyak bercanggah dengan budaya dan aspirasi mesyarakat
pantai

Oleh yang demikian bagi maksud mengekalkan hak warisan sudah sampai
masanya pihak kerajaan memperkenalkan Undang Undang Lautan, Coral dan reef bagi
memastikan tidak timbul salah faham terhadap isu ini.

Kes kes yang berlaku kebelakangan ini harus menjadi ikhtibar kepada pihak
kerajaan untuk mengambil langka drastik bagi mengelakan hak mesyarakat dan
bumiputera persisir pantai dinafikan di negeri sendiri.

Bagi maksud ‘up-grading’ kedudukan pantai dan persisiran supaya terjamin dan
selamat maka satu peraturan undang bagi perkampungan Persisir Pantai harus dirangka
oleh pihak kerajaan bagi menjamin pengekalan Budaya dan Hak adat akan tetap
terpelihara tanpa syak-wasangka serta pandangan prejudis berterusan terhadap
mesyarakat ini.

Berdasarkan maklumat sejak akhir akhir ini, terdapat golongan kapitalis yang
menggunakan pemimpin tempatan untuk mendapatkan hak terhadap koral,reef,pantai
dan lautan yang telah dihuni oleh mesyarakat taohigad sejak sekian lama, mereka
berselindung disebalik ketiadaan undang undang dan akta lautan bagi mendapatkan hak
pegangan terhadap milik mesyarakat tempatan.

Di Daerah semporna sendiri, kawasan pulau yang pernah dihuni oleh penduduk
tempatan dan menjadi sumber rezeki mereka telah berikan kepada golongan kapitalis
untuk mengorek keuntungan bahkan menyumbat pemilik adat kedalam lokap untuk
menghalang mereka dari mendapatkan haknya.

Pada kesimpulannya kisah kampong Ayer Semporna ini biar menjadi titik tolak
kepada penyelesaian menyeluruh hak mesyarakat pantai dinegeri ini untuk terus hidup
aman didalam negeri mereka sendiri tanpa perasaan prejudis kepada semua golongan
ini dinegeri Sabah.

21 | P a g e
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

KEBAKARAN KG.AIR SEMPORNA DAN LOKASINYA 15.12.2009


Lokasi Kebakaran : Kg. Air Semporna
Tarikh : 15.12.2009
Masa : 3.00ptg – 5.30ptg.
Kawasan terlibat : Lorong 4,5,6.
Jumlah Mangsa : 219 orang ( Angka belum rasmi )
Jumlah Rumah : 30 – 60
Jumlah Keluarga : 57 keluarga
Kematian : 4 orang kanak kanak ( Seorang tak ditemui )
Lokasi Parlimen : P.Semporna ( YB. Datuk Shafie Afdal )
Lokasi D.U.N : Dun Bugaya ( YB. Datuk Ramli Marhaban )

Bantuan : Belia Perdana Kg.Air adalah badan NGO Pertama menghantar


bantuan kepada mangsa Kebakaran berbentuk Pakaian terpakai
Di kelolakan oleh Pengerusinya Seorang Pelajar Universiti sedang
Bercuti Saudara : Aby Zeehad Bin Abdullah Sani.

Kawasan Bertanda adalah lokasi kejadian kebakaran 3.00ptg. 15.12.2009 Di Lorong 4 ,Lorong 5,Lorong 6

22 | P a g e
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

LAPORAN BERGAMBAR PERISTIWA KEBAKARAN KG.AIR SEMPORNA

Belia PERDANA KG.AIR adalah Badan N.G.O Pertama menghantar Bantuan kpd mangsa
Aby Zeehad Gambar diatas

Photo 1, Lorong 6 Kediaman Hj.Abdul Salleh terselamat dari kebakaran.

Photo 2, Penulis sedang melawat lokasi selepas kebakaran.

23 | P a g e
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

LAPORAN BERGAMBAR PERISTIWA KEBAKARAN KG.AIR SEMPORNA

Photo 3, Berkerjasama membantu memadamkan kebakaran. L.6

Photo 4, Kediaman lama Tun Sakaran Dandai sedang terbakar di L.4

Photo 5, keadaan asap tebal di L.5 dan L.6.

24 | P a g e
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

LAPORAN BERGAMBAR PERISTIWA KEBAKARAN KG.AIR SEMPORNA

Photo 6, Api sedang menyalah di L.5 dan L.6.

Photo 7, Asap dapat dilihat dari jarak berkilometer

Photo 8, Keadaan lokasi selepas kebakaran

25 | P a g e
Profile Ringkas Kg.Air Pekan Semporna,Sabah
Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh
Penduduk dan Peneroka Asal Kg.Air Semporna.

LAPORAN BERGAMBAR PERISTIWA KEBAKARAN KG.AIR SEMPORNA

Semasa dan selepas api meranapkan kg.Air di Pekan Semporna.

Kebakaran mula dapat dikawal 5.00 petang selepas selepas rumah terakhir
Asap tebal kelihatan dan panas terik yang melampau

Sekian.

26 | P a g e

You might also like