P. 1
LAPORAN PROJEK AKHIR

LAPORAN PROJEK AKHIR

5.0

|Views: 77,773|Likes:
Published by wafieadha
LAPORAN PENUH MENGENAI PROJEK AKHIR
LAPORAN PENUH MENGENAI PROJEK AKHIR

More info:

Published by: wafieadha on Dec 20, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/31/2015

pdf

text

original

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN KM.

8 JALAN PAKA 23000 DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN TEL: 09-8400800 http://www.psmza.edu.my

-CIVIL ENGINEERING DEPARTMENTLAPORANN PROJEK AKHIR
PENGGUNAAN KELAPA SAWIT SEBAGAI BAHAN TAMBAH DALAM BANCUHAN BATA PINTAR
Di Sediakan Oleh : MOHD ABDUL WAFI ADHA BIN ABD WAHAB 13PKA08F2047 SULIA BINTI ABDULLAH 13PKA08F2035 SUMARNI BINTI SHA’ARI 13PKA08F2057 NUR YUSDIRA BINTI YUSOFF 13PKA08F2069 Penyelia Projek : PN SITI FARAHIAH BINTI MOHAMAD

TAJUK

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam
KAJIAN PENGGUNAAN TEMPURUNG KELAPA SAWIT SEBAGAI BAHAN TAMBAH DALAM BANCUHAN BATA PINTAR

NAMA

NO.PEND

1. MOHD ABDUL WAFI ADHA BIN ABD WAHAB 13 PKA 08 F 2047 2. SULIA BINTI ABDULLAH 3. SUMARNI BINTI SHA’ARI 4. NUR YUSDIRA BINTI YUSOFF 13 PKA 08 F 2035 13 PKA 08 F 2057 13 PKA 08 F 2069

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

SESI JULAI 2009

KAJIAN PENGGUNAAN TEMPURUNG KELAPA SAWIT SEBAGAI BAHAN TAMBAH DALAM BANCUHAN BATA PINTAR

NAMA

NO.PEND

1. MOHD ABDUL WAFI ADHA BIN ABD WAHAB 13 PKA 08 F 2047 2. SULIA BINTI ABDULLAH 3. SUMARNI BINTI SHA’ARI 4. NUR YUSDIRA BINTI YUSOFF 13 PKA 08 F 2035 13 PKA 08 F 2057 13 PKA 08 F 2069

Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Awam di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Diploma Kejuruteraan Awam.

PENGESAHAN LAPORAN PROJEK

Laporan projek bertajuk Kajian Penggunaan tempurung kelapa sawit sebagai Bahan tambah Dalam Bancuhan Bata Pintar.

Disemak Nama Penyelia Tandatangan Penyelia Tarikh

: : Puan Siti Farahiah Binti Mohamad : :

Disahkan Oleh Nama Penyelaras

: : Encik Khairudin Bin Che Husin

Tandatangan Penyelaras : Tarikh :

“Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan yang setiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.”

1. Tandatangan : Nama No. Pend Tarikh : Mohd Abdul Wafi Adha Bin Abd Wahab : 13 PKA 08 F 2047 :

2. Tandatangan : Nama No. Pend Tarikh : Sulia Binti Abdullah : 13 PKA 08 F 2035 :

3. Tandatangan : Nama No. Pend Tarikh : Sumarni Binti Sha’ari : 13 PKA 08 F 2057 :

4. Tandatangan : Nama No. Pend : Nur Yusdira Binti Yusoff : 13 PKA 08 F 2069

Tarikh

:

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana berkat dan nikmat serta kurniaan dari-Nya, akhirnya dapat juga kami menyiapkan laporan penuh mengenai projek Kejuruteraan Awam ini. Di dalam menyiapkan laporan ini, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa kami harungi, tapi semua itu kami jadikan sebagai satu pengajaran dan pengalaman yang cukup berharga kerana penat lelah kami akhirnya berbaloi apabila laporan ini akhirnya berjaya disiapkan dengan sempurna dan jayanya.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia kami iaitu Puan Siti Farahiah Binti Mohamad kerana banyak membantu kami dalam semua segi terutamanya apabila kami hampir hilang semangat kerana buntu untuk memikirkan cara yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi.

Selain itu, sekalung penghargaan untuk semua pensyarah Politeknik sultan mizan zainal abidin kerana menyumbangkan tunjuk ajar kepada kami mengenai kajian ini. Ucapan ini ditujukan juga kepada kedua-dua ibu bapa kami kerana banyak menyokong dan membantu kami dari segi kewangan, semangat dan moral. Tidak lupa juga kepada pihak kuari yang terlibat, pihak JKR Kuari Bukit Penggorak Sdn.Bhd dan rakan-rakan sekelas kami serta

mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu kami menyiapkan laporan ini dengan jayanya. Sekian, Wassalam.

ABSTRAK

Bata banyak digunakan dalam pembinaan bangunan, longkang, pintu pagar dan lain-lain kegunaan. Kajian ini banyak memberi faedah terutamanya untuk mengetahui kekuatan mampatan bata, kadar resapan air dan pengaruh terhadap kapilari ke atas batu-bata. Dalam spesifikasi piawaian, keperluan kekuatan mampatan bagi batu-bata tanah liat ialah minimum 5 MPa. Manakala kebolehan menyerap air tidak melebihi daripada 15% daripada berat asal bata. Sebaliknya bagi batu-bata pintar ciri kejuruteraan tidak dinyatakan dengan jelas Idea untuk membuat kajian ini diperolehi apabila kami mendapati bata pintar biasa hanya digunakan untuk pembinaan kos rendah kerana mempunyai daya kekuatan mampatan yang rendah.Di samping itu, kami mendapati pecahan tempurung kelapoa sawit tidak dikomersilkan secara khusus di Malaysia. Oleh itu kami memilih untuk mengkaji penggunaan pecahan tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah dalam bancuhan bata pintar. Kami membuat perbandingan di antara bata pintar biasa yang terdapat di pasaran dengan bata pintar yang dihasilkan oleh kami. Hasil yang kami perolehi batu-bata yang kami kaji sama dengan objektif yang kami buat.

ABSTRACT

Brick are useful for many benefit to make building, drain, gate, or others advantages. This research has a lot of a benefit especially to know about the compression strength of the brick and to know the percentages of water absorption and the influence of capillary reaction to the bricks. In standard specification, the value of compression strength for clay bricks is 5MPa minimum, while the ability of absorb of the brick should not exceed more than 15% of the original weight. On the other hand, engineering feature for sand smart bricks was not mentioned. The idea to do this research came went we found the controller bricks are only useful for making low cost building due to minimum value of compression strength. Since the oil palm shell was not a commercial in Malaysian, we decided to choose to do a research about making a oil palm shell as a additive material in smart brick. We made a comparison between the controller brick and our brick. It is because we want to know a different value of the brick. We do the test at Quarry Bukit Penggorak sdn bhd and the lab of Arah Jitu Sdn. Bhd. The knowledge of the study was very important to give more understanding on the brick scope in the building and management in Civil Engineering.

ISI KANDUNGAN

Bab

Perkara Halaman Tajuk Pengesahan Laporan Projek Perakuan Pelajar Penghargaan Abstrak Abstract Isi Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Foto

Muka Surat i iii iv v vi vii viii xii xiii xiv

1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan 1.1.1 Pengenalan Bata

1 2 3 5 5

1.2 1.3 1.4

Penyataan Masalah Objektif Skop Kajian

2

KAJIAN LITERATUR

2.1 2.2 2.3 2.4 2.5

Pengenalan Bata Pasir Bata Permukaan Bata Kejuruteraan Ukuran Atau Saiz Bata 2.5.1 Bata Pintar

8 10 10 10 11 11

3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 3.2 3.3

Pengenalan Kajian Literatur Soal Selidik 3.3.1 Kaedah Temuramah

19 20 21 21

3.4

Kaedah-Kaedah Untuk Menghasilkan Bata Pintar Yang Menggunakan tempurung kelapa Sawit sebagai Bahan Tambah 3.4.1 Penyediaan Bahan-Bahan 3.4.1.1 Mendapatkan Pecahan Kuari 3.4.1.2 Simen Portland 3.4.1.3 Air 3.4.1.4 mendapatkan Tempurung 23 23 23 25 26

kelapa Sawit 3.4.2 3.4.3 Kaedah Penyediaan Kotak Bentuk Kaedah Penyediaan Sampel Bata 3.4.3.1 Menentukan saiz pasir dan debu kuari 3.4.3.2 Menyediakan sampel bata 3.4.4 Ujian Prestasi terhadap bata 3.4.4.1 Ujian kekuatan mampatan 3.4.4.2 Ujian kadar resapan air 3.4.4.3 Ujian Penurunan 4 DAPATAN DAN ANALISA PROJEK

26 28 29 29

30 36 36 38 40

4.1 4.2 4.3 5

Ujian kekuatan mampatan Ujian resapan air Ujian penurunan

42 47 51

PERBINCANGAN

5.1 5.2 5.3

Pengenalan Harga yang tidak berubah Masalah berkaitan Data

54 57 58

6

KESIMPULAN DAN CADANGAN 6.1 6.2 Kesimpulan Cadangan 60 61

RUJUKAN LAMPIRAN A LAMPIRAN B LAMPIRAN C

65

SENARAI JADUAL

No. jadual 3.1 4.1 4.2 4.3 4.4 5.1

Jadual Peralatan dan bahan-bahan Data ujian kekuatan mampatan hari ke-7 Data ujian kekuatan mampatan hari ke-14 Data ujian kadar resapan air hari ke-7 Data ujian kadar resapan hari ke-14 Kos penyediaan bata

Muka surat 29 43 45 47 49 57

SENARAI RAJAH

No.rajah 2.1

Tajuk Dimensi batu-bata 9

Muka surat

3.1 4.1

Carta alir metodologi kajian Graf perbandingan kekuatan mampatan pada hari Ke-7

22

44

4.2

Graf perbandingan kekuatan mampatan pada hari Ke-14 46

4.3

Graf perbandingan peratus penyerapan air pada hari ke-7 48

4.4

Graf perbandingan peratus penyerapan air pada hari ke-14 50

SENARAI FOTO

No.foto 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 3.1 3.2 3.3 3.9 3.10 3.11 3.12 3.13 3.14 4.1 4.2

Tajuk Proses menggaul pasir dan simen

Muka Surat 13 13 14 14 15 27 28 36 33 32 35 36 39 39 52 52

Bancuhan dimasukkan ke dalam acuan untuk diterap Bata yang telah diterap Bata dibiarkan untuk proses pengeringan Bata yang telah matang untuk dijual tempurung Kelapa sawit dari kilang saiz tempurung kelapa Sawit Proses ayakan pasir dan debu kauri dilakukan Proses menggaul bancuhan Bancuhan dimasukkan ke dalam kotak bentuk Proses mengawet Ujian kekuatan mampatan dilakukan ke atas bata Proses rendaman bata Bata ditimbang Runtuhan Benar Runtuhan Ricih

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A B C

Tajuk Data Ujian Mampatan Untuk 7 Hari Data Ujian Mampatan Untuk 14 Hari Data-Data Berkaitan Kajian

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Pada era sekarang, industri pembinaan telah berkembang pesat di dalam negara kita. Secara umumnya di dalam industri pembinaan bagi pembinaan dinding, pembinaan tembok, tiang, tangga, jalan dan lain-lain. Bata merupakan bahan utama dan amat penting dalam sesuatu pembinaan. Secara amnya penggunaan bata di dalam industri pembinaan di Malaysia terbahagi kepada dua jenis bata utama dan sering digunakan, bata tersebut adalah bata yang diperbuat daripada tanah liat dan bata yang diperbuat daripada pasir. Kedua-dua jenis bata ini mempunyai kekurangan dan kebaikannya yang tersendiri.

1.1.1

Pengenalan Bata

Bagi pembinaan bata yang diperbuat daripada pasir pula biasanya menggunakan mesin canggih yang direkakan untuk pembuatan bata. Mesin ini akan mengisar campuran seperti simen, pasir debu kuari dan air. Melalui mesin tersebut bahan-bahan ini akan disebatikan supaya mendapat kualiti yang baik. Satu acuan bata akan digunakan setelah bahan-bahan tersebut dikisar. Campuran bahan tersebut akan dimasukkan kedalam acuan bata yang kemudiannya akan dikeringkan mengikut tempoh masa yang sesuai sebelum digunakan.

Bata pintar adalah bata yang paling baru dan sukar diperolehi, murah dan digunakan bagi pembinaan yang melibatkan pembinaan kos rendah. Bata pintar ini melibatkan bancuhan 1 bahagian simen dan 3 bahagian lagi adalah pasir dan 5 bahagian adalah debu kuari berdasarkan Spesifikasi Piawai untuk Kerja-Kerja Binaan Bangunan. Pasir yang digunakan hendaklah mematuhi piawaian British 1200 dan hendaklah dari jenis pasir air tawar yang keras, bersih dan bebas dari sebarang selaput dan kekotoran yang lain. Pasir yang digunakan juga hendaklah mempunyai saiz maksimum yang boleh menembusi tapisan 4.8mm mengikut ayakan piawaian British.

Bata pintar tidak mempunyai kekuatan yang tinggi berbanding dengan bata tanah liat. Selain digunakan bagi pembinaan yang melibatkan kos rendah, bata pintar juga digunakan bagi pembinaan pagar, bangsal, kolam ikan, wakaf awam dan

sebagainya. Bata pasir ini tidak boleh digunakan bagi penggunaan yang melibatkan pembinaan kos besar kerana tidak kukuh. Ini kerana bata pintar hanya mampu menanggung keupayaan galas beban yang rendah.

Kegunaan bata di dalam binaan adalah untuk membuat dinding bangunan, sama ada untuk menanggung beban ataupun mengisi dinding antara kerangka tidak menanggung beban. Bata juga digunakan untuk membuat kaki lima jalan, membuat tembok penahan, membuat pagar dan tembok serta membuat pelapik pada dinding luar. Dimensi lazim bagi bata yang biasa adalah 225mm x 105.5mm x 75mm. Ukuran bata yang ditetapkan di dalam MS 7.6:1972, iaitu panjang 215mm, lebar 102.5mm dan tebal 65mm.

1.2

Penyataan Masalah

Pada zaman sekarang, masalah kekurangan bahan mentah dan kos yang tinggi dalam pembinaan menyebabkan sesetengah pihak mencari alternatif yang lain untuk menjimatkan kos dan mendapatkan keuntungan yang lebih. Seperti yang kita ketahui, penggunaan bata di dalam pembinaan dinding rumah semakin meluas kerana kos dan keselesaan. Ini terbukti dalam projek-projek yang menggunakan bata sebagai bahan utama di dalam pembinaan terutama untuk membina dinding.

Dua jenis bata yang baru digunakan dan terdapat dipasaran iaitu bata tanah liat berkunci dan bata pintar. Oleh itu, kami mengenalpasti beberapa aspek kelemahan yang terdapat pada kedua-dua jenis bata ini. Antara aspek-aspek yang dikenalpasti adalah keduadua jenis bata adalah terlalu berat ( ± 3 kg), kos pembuatan yang tinggi dan kekuatan bata yang tidak menentu dan banyak yang tidak mencapai kekuatan piawai yang ditetapkan oleh JKR dan SIRIM.

Walaupun bata pintar boleh didapati dengan harga yang murah berbanding dengan bata tanah liat berkunci tetapi bata pintar tidak mempunyai ciri-ciri kejuruteraan yang baik seperti tidak mempunyai daya kekuatan yang tinggi.Bata pintar juga mempunyai kadar resapan air yang tinggi kerana mempunyai liang rongga yang banyak berbanding dengan bata tanah liat berkunci.

Oleh yang demikian, kami berharap dapat mencipta sejenis bata pintar yang terdiri daripada tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah dalam bancuhan bata pintar bagi mengatasi masalah-masalah seperti yang dinyatakan di atas.

1.3

Objektif

Objektif kajian ini ialah :a. Mengkaji prestasi kejuruteraan bata pintar yang mengandungi bahan tambah ( tempurung kelapa sawit ) b. Membandingkan kos pengeluaran bata pintar dengan bahan tambah dan bata pintar yang sedia ada di pasaran.

1.4

Skop Kajian

Ujikaji ini dijalankan merangkumi kerja-kerja mendapatkan debu kuari daripada kawasan kuari han son quarry, paka dan mendapatkan tempurung kelapa sawit daripada kilang

sawit jerangau untuk menghasilkan bata serta ujian ke atas bata. Peratus yang digunakan ialah 10%, 20% dan 30% tempurung kelapa sawit di tambah dalam campuran sedia ada..

Prestasi kejuruteraan yang dikaji melibatkan kekuatan mampatan, peratusan kadar resapan air dan tindakan kapilari ke atas batu-bata. Oleh itu terdapat 2 ujikaji yang akan dijalankan ke atas bata pintar yang mana telah ditambah dengan tempurung kelapa sawit dan bata pintarr yang biasa digunakan iaitu :-

a. Ujian kekuatan mampatan b. Ujian kadar resapan c. Ujian penurunan

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Bata pintar telah digunakan sekurang-kurangnya 3 tahun yang lalu dan masih merupakan sejenis bahan pembinaan yang paling baru dalam pelbagai pembinaan seperti dinding, pembinaan tembok, tiang, lantai, tangga, jalan dan lain-lain lagi. ( En. Amran 2006)

Bata pintar diperbuat daripada beberapa jenis bahan mentah. Bahan utama dalam pembuatan bata pintar ialah debu kuari, pasir, dan simen. Saiz bata bergantung kepada piawai tempatan. Pada dasarnya, ukuran panjang bagi bata adalah dua kali

ukuran lebarnya. Dimensi lazim bagi sesuatu jenis bata yang digunakan di Malaysia adalah seperti berikut :-

Panjang = 425 mm Lebar = 105.5 mm Tinggi = 275 mm

390mm

275mm

95mm Rajah 2.1 : Dimensi bata pintar

Bata juga terdapat daripada jenis-jenis tertentu walaupun dibuat dengan bahan yang berlainan. Antaranya :-

a. b. c. d.

Bata biasa Bata permukaan Bata kejuruteraan Bata simen pasir

2.2

Bata pasir (common bricks)

Bata biasa adalah bata yang digunakan untuk dinding dalam dan juga untuk dinding yang tertentu sahaja di mana ianya tidak terdedah kepada pandangan awam.

2.3

Bata permukaan

Bata permukaan pula adalah sejenis bata yang mempunyai kekerasan yang cukup untuk menanggung beban-beban biasa. Bata permukaan digunakan untuk permukaan dinding luar yang tidak memerlukan kerja-kerja lepaan.

2.4

Bata kejuruteraan (engginering bricks)

Bata kejuruteraan pula diperbuat daripada tanah liat yang bermutu tinggi dan terpilih. Cara pembuatannya juga biasanya dikawal dengan teliti dan hasil bata ini

adalah satu pepejal yang kuat yang mampu menanggung beban yang lebih besar. Biasanya digunakan di dalam kerja bagi bata yang menanggung beban.

2.5

Ukuran atau saiz bata

Jenis bata yang baru dihasilkan dan digunakan di Terengganu ialah :

i. ii.

Bata tanah liat berkunci Bata pintar

2.5.1

Bata pintar

Bata ini pada asalnya dibuat dengan menggunakan 3 bahan asas dalam pembinaan bata iaitu simen, debu kuari dan pasir. Nisbah lazim bagi pembuatan bata ini adalah 1:3:5 bagi pembuatan bata pintar tempatan. Bagi bata jenis ini, kandungan air dalam setiap bancuhan perlulah dijaga dengan baik agar kandungan air di dalam bancuhan tidak berlebihan.

Bata pintar dihasilkan dengan menggunakan acuan. Bata pintar yang telah dibancuh daripada mesin akan dituangkan ke dalam acuan yang dibina menggunakan besi. Setiap acuan mengandungi sekurang-kurangnya 3 atau 4 petak acuan yang bersaiz panjang 425mm x 105.5mm x 275mm.

Bata yang telah dicetak atau yang telah diletakkan kedalam acuan seterusnya akan melalui proses pengeringan. Setiap bata yang telah siap diletakkan di dalam acuan akan dibiarkan atau dijemur dan diawet selama 2 minggu sebelum ianya sesuai digunakan bagi pembinaan.

pada era ini, kilang-kilang yang membuat bata pintar tidak lagi menggunakan acuan secara manual kerana setiap mesin pembuat bata pintar telah siap mengandungi acuan di dalam mesin tersebut. Ini telah memudahkan kerja-kerja pembuatan bata. Pengawetan bata dilakukan dengan cara menyiram air pada bata yang baru sahaja mengeras terutama pada musim panas.

Foto 2.1 : Proses menggaul pasir, debu kuari dan simen

Foto 2.2 : Bancuhan dimasukkan ke dalam acuan untuk diterap

Foto 2.3 : Bata yang telah diterap

Foto 2.4 : Bata dibiarkan untuk proses pengeringan

Foto 2.5 : Bata yang telah matang untuk dijual

2.6

Tempurung Kelapa Sawit

Tempurung kelapa sawit adalah salah satu jenis hasil terbuang dalam pertanian. Tempurung kelapa swit adalah istilah yang di berikan ke atas tempurung yang terhasil dari pemprosesesan kelapa sawit yang terdapat di kilang pemprosesasan kelapa sawit.

2.6.1

Proses Penghasilan Tempurung Kelapa Sawit

Semasa pemprosesan kelapa sawit di lakukan buah dan tandan basah di masak dalam pesteril sebelum biji kelapa sawit di asingkan . kemudian tempurung di asingkan dari sabut lalu di pecahkan untuk mengeluarkan isirung nya. Sabut dan tempurung yang

telah di asingkan akan di keringkan. Tempurung akan di salirkan ke satu kawasan pemunggahan untuk di buang.

2.6.2

Sifat-Sifat Fizikal

Apabila tempurung kelapa sawit telah di keringkan , kerja-kerja pengasingan antara sabut dan tempurung di lakukan. Tempurung kelapa sawit mempunyai permukaan yang licin dan rata.bentuk tempurung kelapa sawit mempunyai plbagai jenis bentuk. Ini di sebabkan oleh proses penghancuran yang di jalankan untuk mendapatkan isirung nya. Warna tempurung kelapa sawit adalah coklat kehitaman dan berketumpatan 1.406 kg/m³ dan gravity tentunya adalah 2.08. (Mohd Rashid 1990)

2.6.3

Perbandingan Antara Pasir Sungai Dan Kelapa Sawit

Properties Maximum grain size, mm Shell thickness, mm (Average shell thickness = 2.0 mm) Specific gravity Bulk unit weight, kg/m3 Fineness modulus Los Angeles abrasion value, % Aggregate impact value, % Aggregate crushing value, % 24-h water absorption, %

River sand 1.18

Oil palm shell (OPS) 12.5 0.5 - 3.0 1.17 500 - 600 6.08 4.90 7.51 8.00 33.0

2.45 1500-1550 1.40 3.89

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Metodologi kajian merupakan suatu perancangan yang rapi dari segi perjalanan projek semester akhir ini. Bagi melicinkan perjalanan projek akhir, metodologi haruslah disusun dengan sebaik mungkin.Dengan ini, setiap peringkat perjalanan projek tidak akan terkeluar dari landasan yang telah ditetapkan atau dengan lebih tepat lagi, hasil akhir kajian akan menepati kehendak permasalahan yang hendak di selesaikan. Justeru itu, amat penting untuk mengetahui dan memahami dengan mendalam setiap proses yang terdapat dalam struktur metodologi kajian. Antara yang perlu dilakukan ialan dengan mendapatkan semua maklumat yang berkaitan dengan bata-bata yang terdapat dipasaran dan bata-bata yang banyak digunkan dalam pembinaan. Langkah berikutnya ialah proses penghasilan bata pasir yang diperbuat daripada debu kuari sebagai bahan ganti. Bata yang dihasilkan ini diuji bagi mendapatkan perbezaan dengan bata pasir biasa.

Secara umumnya kaedah atau langkah kerja yang akan dijalankan untuk menyiapkan projek dibahagikan kepada beberapa peringkat yang utama. Antara peringkat-peringkat tersebut adalah seperti yang dinyatakan dibawah :-

i. ii.

kajian literature menghasilkan bata pintar yang ditambah dengan tempurung kelapa sawit

iii.

melaksanakan ujian-ujian prestasi terhadap bata yang telah dihasilkan.

3.2

Kajian Literatur

Pada peringkat awalan projek, kajian-kajian literature iaitu kajian yang terdahulu adalah termasuk pengumpulan maklumat dari sumber-sumber seperti internet dan sumbersumber yang berhubungkait dengan ujian yang kami jalankan.Pengumpulan maklumat daripada kajian literatur amat penting terutama sebagai langkah awalan kajian. Ia juga dapat mengenal pasti permasalahan-permasalahan utama yang berkaitan dengan bata (kajian yang dibuat).

3.2.1

Proses Menjalankan Soal Selidik

Sepertimana amalan sesetengah penyelidik yang lain, kaedah yang biasa digunakan dalam menyampaikan soal selidik adalah melalui kaedah temuramah dengan setiap pihak yang berkenaan.

3.2.1.1 Kaedah Temuramah

Dalam kaedah ini, satu hari yang telah ditetapkan akan dibuat atau dijalankan. Proses temuramah ini dijalankan dengan pihak yang terlibat. Pihak yang terlibat akan diajukan soalan tentang perkara-perkara yang ingin ditanyakan,yang berkaitan dengan projak yang akan dijalankan.

Mengenal Pasti Masalah, Menentukan Tajuk, Objektif, Skop Kajian FASA 1

Sorotan kajian / Kajian literatur

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelaksanaan Kajian FASA 2

Kerja-kerja Pemantauan

Mengambil Bacaan Bagi Analisa Data

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Analisa Data

FASA 3

---------------------------------------------------------------------------------------------------------Kesimpulan & Cadangan FASA 4

Rajah 3.1 : Carta Alir Metodologi Kajian

3.3

Kaedah-kaedah Untuk Menghasilkan Bata Pintar Yang Menggunakan tempurung kelapa sawit Sebagai Bahan tambah.

3.3.1

Penyediaan Bahan-bahan

Bata ini dibuat daripada bahan campuran debu kuari, pasir dan simen dengan nisbah 1:3:5 bagi bata kawalan. Bagi bata 10% tempurung kelapa sawit bahan yang digunakan ialah debu kuar,pasir, tempurung kelapa sawiti dan simen dengan nisbah 1:1:3:5. manakala bagi bata 20% tempurung kelapa sawit, bahan yang digunakan ialah debu kauri, pasir dan simen serta tempurung kelapa sawit dgn nisbah 1:2:3:5.

3.3.1.1 Mendapatkan Debu Kuari

Debu kuari telah diperolehi dari JKR Kauri Bukit Penggorak, km 25 Jalan Kuantan, Kemaman, 26080 Kuantan. . Debu kuari dihasilkan secara berperingkat-peringkat. Langkah pertama, bom atau bahan letupan yang telah dikhaskan untuk memecahkan batu kuari dijalankan dari bukit. Kemudiannya, jentera pengorek digunakan untuk mengangkut batu kuari dan dibawa ke tempat pemprosesan debu kuari menggunakan dumper. Dumper ini boleh memuatkan batu kuari dari 15 hingga 30 tan batu kuari dalam satu-satu masa.

Batu kuari ini terbahagi kepada bebrapa jenis iaitu :-

i ii iii iv v

batu kuari 6” x 9” hardcore crusher run chipping 3/8” (10mm) debu kuari 6mm

Batu kuari yang paling besar adalah bersaiz 6” x 9” . Batu kuari ini tidak diproses sebaliknya terus dijual. Batu kuari ini digunakan dalam pembinaan temboh penahan seperti tembok gabion, retaining wall, dan tembok penahan. Selain itu batu kuari saiz ini juga digunakan dalam pembinaan culvert dan longkang.

Batu kuari yang bersaiz 3” x 5” ke bawah akan dibawa ke mesin pemprosesan. Batu kuari yang bersaiz 2 inci kebawah akan dijual terus ke pembeli. Batu kuari saiz ini digunakan sebagai bahan dalam pembinaan jalan raya. Bagi pembinaan lebuh raya batu kurai yang digunakan adalah berbeza dan ianya melalui mesin pemprosesan yang telah dikhaskan.

Selepas itu, batu kuari yang bersaiz ( 3” x 5”) x (2” x 10”) akan masuk melalui mesin secondary crusher. Batu kuari yang bersaiz 4 inci ke bawah akan melepasi mesin secondary crusher ini.

Batu kuari yang bersaiz 2” x 4” kemudiannya akan dituang masuk kembali kedalam mesin territory crusher. Mesin territory crusher ini menghasilkan batu kuari yang bersaiz 1 ½ inci ke bawah melepasinya.

Selain daripada digunakan sebagai bahan dalam pembinaan jalan raya, lebuh raya, tembok penahan, tembok gabion, retaining wall, culvert, batu kuari juga digunakan sebagai bahan dalam bancuhan konkrit. Batu kuari yang digunakan dalam bancuhan konkrit adalah bersaiz 20mm.

Bagi pembinaan jalanraya batu kuari dicampur dalam bancuhan premix. Batu kuari yang digunakan dalam bancuhan ini adalah bersaiz ¾ inci dan bahan-bahan lain yang

digunakan ialah pasir , simen, bitumen, dan debu kuari. Debu kuari ini dijual mengikut tan. Harga kuari pula dijual bergantung kepada kaedah yang dilalui semasa penghasilannya. Semakin rumit kaedah yang digunakan semasa penghasilan kuari ini semakin tinggi nilai harganya. Mengikut harga semasa sekarang debu kuari dijual pada harga RM 19.80 setan dan harga penghantaran pula dikira mengikut jarak penghantaran.

3.3.1.2 Simen Portland

Dalam kajian ini kami menggunakan simen Portland biasa. Ini kerana kami menyedari bahawa simen jenis paling banyak terdapat dalam pasaran dan sesuai untuk

kegunaan biasa. Simen ini diperakui dan menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh SIRIM.

3.3.1.3 Air

Air yang digunakan dalam ujikaji ini adalah air bersih yang bebas dari sebarang kekotoran seperti bahan terampai, bahan-bahan organik dan garam-garam terlarut. Sumbersumber air ini diperolehi dari paip-paip air yang disediakan.

3.3.1.4 Mendapatkan Tempurung Kelapa Sawit.

Tempurung kelapa sawit telah di perolehi daripada kilang kelapa sawit di perindustrian jerangau, Terengganu. Tempurung kelapa sawit di perolehi daripada proses pemecahan buah kelapa sawit segar untuk menghasilkan minyak kelapa sawit.

Setelah buah kelapa sawit di masukkan kedalam mesin pemerahan. Setelah buah di mesin, tempurung akan di asingkan melalui mesin penyingkiran. Tempurung akan terasing sekali dengan sabut. tempurung telah diasingkan sabut dan tempurung kelapa sawit untuk mendapatkan tempurung yang berkualiti dan sempurna.

Saiz tempurung kelapa sawit adalah diantara 5 cm hingga 15 cm. bentuk tempurung kelapa sawit tidak sekata dan mempunyai permukaan yang kesat. Tempurung kelapa sawit juga mempunyai kekuatan yang tinggi kerana sukar untuk dipecahkan melalui hentakan biasa.

Foto 3.1: tempurung kelapa sawit dari kilang

Foto 3.2: saiz tempurung kelapa sawit

3.3.2

Kaedah penyediaan kotak bentuk

Kotak bentuk bata pintar dihasilkan menggunakan besi. Kotak bentuk telah tersedia di milang pembuatan bata pintar. Kotak bentuk bata pintar mempunyai 2 saiz. Kecil dan besar.

3.3.3

Kaedah Penyediaan Sampel Bata

Campuran simen dan pasir serta debu kuari dibancuh bagi menghasilkan bata kawalan manakala campuran simen, pasir dan debu kauri serta tempurung kelapa sawit dibancuh bagi menghasilkan bata 10% tempurung kelapa sawit, 20% tempurung kelapa sawit dan 30% tempurung kelapa sawit. Bancuhan ini akan dimasukkan ke dalam kotak bentuk untuk proses pemadatan menggunakan mesin pemadat. Selepas itu kotak bentuk akan dibuka dan bata akan dibiarkan matang sebelum menjalani ujian-ujian prestasi kejuruteraan.

3.3.3.1 Menentukan saiz pasir dan debu kuari

Saiz pasir yang digunakan dalam bancuhan bata pasir biasa dan bata pasir yang menggunakan bahan tambah debu kuari akan ditentukan terlebih dahulu sebelum dibancuh. Saiz pasir dan debu kuari yang digunakan ialah melepasi ayakan 2.36mm.

Foto 3.3 : Proses ayakan pasir dan debu kuari dilakukan

3.3.3.2 Menyediakan sample bata

i.

Peralatan dan bahan-bahan disediakan di kilang pembuatan.

Peralatan untuk menyediakan bata pasir yang berada dipasaran sekarang dan bata pintar yang menggunakan tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah disediakan. Peralatan dan bahan-bahan yang digunakan dalam proses penyediaan bata ialah :Jadual 3.1 : Peralatan dan bahan-bahan

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Peralatan dan bahan-bahan Skop Baldi sudip Kotak bentuk Debu kuari Pasir Simen Portland biasa Air Tempurung kelapa sawit Mesin pembacuhan bata pintar

ii.

Bagi menyediakan bata

Untuk bata pintar yang berada dipasaran sekarang, campuran simen dan pasir serta debu kuari disediakan. Nisbah yang digunakan adalah 1 : 3:5 iaitu 1 bg simen dan 3 bagi pasir dan 5 debu kuari.

Untuk bata yang menggunakan, 10% tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah, campurannya adalah simen,pasir dan debu

kuari digunakan serta di tambah 10% tempurung kelapa sawit. Nisbah yang digunakan adalah 1 : 1:3:5 iaitu 1 bagi simen dan 1 bagi tempurung kelapa sawit, 3 bagi pasir dan 5 untuk debu kuari.

. • Untuk bata yang menggunakan, 20% tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah, campurannya adalah simen,pasir dan debu kuari digunakan serta di tambah 10% tempurung kelapa sawit. Nisbah yang digunakan adalah 1 : 2:3:5 iaitu 1 bagi simen dan 2 bagi tempurung kelapa sawit, 3 bagi pasir dan 5 untuk debu kuari • Untuk bata yang menggunakan, 30% tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah, campurannya adalah simen,pasir dan debu kuari digunakan serta di tambah 10% tempurung kelapa sawit. Nisbah yang digunakan adalah 1 : 3:3:5 iaitu 1 bagi simen dan 3 bagi tempurung kelapa sawit, 3 bagi pasir dan 5 untuk debu kuari

iii. Proses menggaul campuran

Campuran simen dan pasir serta debu kuari di masukkan kedalam mesin pembancuh. dan 10%, 20% dan 30% tempurung kelapa sawit dimasukkan secara beasingan dengan bancuhan baru. Campuran ini digaul dengan air menggunakan mesin pembancuh. Nisbah bancuhan ini akan digaul sehingga sekata sebelum dimasukkan kedalam kotak bentuk.

Foto 3.9 : Proses menggaul bancuhan

iv. Proses memasukkan bancuhan ke dalam kotak bentuk

Bancuhan bahan-bahan yang lembab akan disalirkan melaliu mesin sebelum \diisikan ke dalam kotak bentuk dan dipadatkan menggunakan mesin penggetar..

Foto 3.10 : Bancuhan dimasukkan ke dalam kotak bentuk

vi. Meratakan permukaan bata

Semasa kerja pemadatan dijalankan, permukaan bata dihasilkan dengan sempurna sehingga permukaan bata yang rata dan berkualiti. Keempatempat campuran akan diratakan permukaanya.

Setelah

keempat-empat

campuran

tadi

siap

diratakan

pada

permukaanya, sampel bata tadi akan dibiarkan semalaman untuk mengeras dengan sempurna.

viii.

Proses Mengawet • Selepas semalaman sampel bata tadi dikeringkan dan mengalami proses pengerasan yang sempurna, bata akan di sembur dengan air, agar ia mengeras dengan kehdiran air..

Foto 3.11 : Proses mengawet

3.4.4

Ujian prestasi terhadap bata

Kajian ini akan dilakukan dengan beberapa siri ujian seperti :-

i. ii. iii.

ujian kekuatan mampatan ujian kadar resapan air ujian penurunan

3.4.4.1

Ujian kekuatan mampatan

Ujian kekuatan mampatan dilakukan untuk mendapatkan kekuatan sampel bata tersebut. Ujian ini dilakukan berdasarkan BS 5628 : Part 1: 1992. Sampel yang digunakan ini adalah sampel bata yang telah mencapai usia 7 hari dan 14 hari.Prosedur untuk ujian kekuatan mampatan dengan menggunakan mesin mampatan pada kadar tekanan tertentu berdasarkan saiz konkrit adalah seperti berikut :-

i.

Setiap bata telah mencapai usia selama 7 hari akan ditimbang terlebih dahulu sebelum menjalani sebarang ujian.

ii.

Sebelum meletakkan bata diatas pelantar mesin, pelantarnya dipastikan terlebih dahulu bersih dan tiada kekotoran seperti kesan tinggalan konkrit yang pecah.

iii.

Ujian dimulakan dengan beban mampatan yang dikenakan secara automatic.

iv.

Bagi usia-usia seterusnya, prosedur seperti diatas turut dijalankan.

Foto 3.12 : Ujian kekuatan mampatan dilakukan ke atas bata ( ujian kiub)

3.4.4.2

Ujian Resapan Air

Ujian resapan adalah salah satu ujian yang digunakan dalam menentukan peratus penyerapan air pada bata pintar mahupun bata yang mengandungi bahan tambah tempurung

kelapa sawit. Ujian resapan ini lebih rumit dilakukan berbanding ujian-ujian lain kerana banyak langkah-langkah kerja yang perlu diikuti. Ujian ini haruslah dilakukan dengan teliti dan mengikut prosedur kerja yang betul supaya tidak berlaku sebarang ralat yang akan mempengaruhi keputusan bacaan yang diambil.

Kaedah ujian resapan air :-

i.

lapan biji bata pintar biasa di sediakan iaitu duabiji bata simen kawalan , dua biji bata 10% tempurung kelapa sawit, dua biji bata 20% tempurung kelapa sawit , dua biji bata 30% tempurung kelapa sawit

ii. iii.

Kesemua biji bata tersebut ditimbang dan di catat. Selepas di timbang kesemua biji bata tersebut direndam kedalam air selama 48 jam.

iv. v.

Selepas 48 jam bata-bata tersebut dikeluarkan dan ditimbang. Nilai bacaan dicatat.

Foto 3.13 : Proses rendaman bata

Foto 3.14 : Bata ditimbang

3.4.4.3

Ujian Penurunan

Ujian penurunan dijalankan bagi memastikan proses pembuatan bata pintar dijalankan mengikut prosedur yang betul. Ujian penurunan biasanya dijalankan untuk kerja konkrit biasa. Walaubagaimanapun dalam projek akhir ini kamu juga menjalankan ujian penurunan mengikut prosedur berikut:

Langkah Kerja Ujian Penurunan.

i.

Kon disediakan dengan sempurna, lapisan pertama bancuhan bata pintar piawaian dimasukkan kedalam kon tersebut

ii.

Bancuhan di poadatkan dengan menggunakan rod pemadat sebanyak 25 kali hentaman.

iii. iv. v. vi.

Seterusnya, lapisan kedua dimasukkan kedalam kon tersebut dan dipadatkan. Setelah sempurna, lapisan ketiga di masukkan dan di padatkan sebanyak 25 kali. Bancuhan diratakan dan kon ditarik secara secara selari. Kon diletakkan di sebelah bancuhan dan penurunan yang berlaku diukur untuk mendapatkan keputusan.

vii.

Langkah ujian penurunan di ulang untuk bancuhan bata pintar dengan bahan tambah 10%, 20% dan 30% tempurung kelapa sawit.

BAB 4

DAPATAN DAN ANALISA KAJIAN

4.1

Ujian Kekuatan Mampatan

Ujian ini dijalankan keatas bata pintar yang menggunakan tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah dan bata pintar biasa yang telah berusia 7 hari. Tujuan utama ujian ini diadakan adalah untuk mencari kekuatan mampatan bata didalam menanggung beban. Bata yang baik mampu menanggung beban pada tekanan yang tinggi.

i.

Untuk 7 Hari

Jadual 4.1 : Data untuk ujian kekuatan mampatan hari ke-7

Perkara

Sampel Bata 7 Hari

a

Penerangan Jenis Bata

Bata pintar asal

Bata 10% tempurung kelapa sawit

Bata 20% tempurung kelapa sawit

Bata 30%

tempurung

b

Dimensi (mm) 390 x 195 x 95

390 x 195 x

390 x 195 x

kelapa sawit 390 x 195 x

95 c d Jisim (kg) Beban kegagalan maksima (kn) e f Kekuatan mampatan 20.00 (MPa) Ketumpatan (kg/m 2.280 21.91 2.130 450 493 7.695 7.161

95 7.161

95 7.995

609

750

27.06 2.122

33.33 2.357

K ek u at a n M a m p at a n ( M P a)

Graf Perbandingan Kekuatan Mampatan
50 40 33.33 30 20 10 0 1 Masa (7 Hari)
Bata Kawalan Bata 10% T.K.S Bata 20% T.K.S Bata 30% T.K.S

27.06 20.00 21.91

Rajah 4.1 : Graf perbandingan kekuatan mampatan pada hari ke-7

ii.

Untuk 14 Hari

Jadual 4.2 : Data untuk ujian kekuatan mampatan hari ke-14

Perkara

Sampel Bata 14 Hari

a

Penerangan Jenis Bata

Bata pintar asal

Bata 10% tempurung kelapa sawit

Bata 20% tempurung kelapa sawit

Bata 30%

tempurung

b

Dimensi (mm) 390 x 195 x 95

390 x 195 x

390 x 195 x

kelapa sawit 390 x 195 x

95 c d Jisim (kg) Beban kegagalan maksima (kn) e f Kekuatan mampatan 23.77 (MPa) Ketumpatan (kg/m 2.227 14.75 2.134 535 332 7.215 7.203

95 7.11

95 8.110

479

770

21.28 2.071

34.22 2.403

4.2

K ek u at a n M a m p at a n ( M P a)

Graf Perbandingan Kekuatan Mampatan
50 40 30 20 10 0 1 Masa (14 Hari)
Bata Kawalan Bata 10% T.K.S Bata 20% T.K.S Bata 30% T.K.S

34.22 23.77 14.75 21.28

Rajah 4.2 : Graf perbandingan kekuatan mampatan pada hari ke-21

Ujian Resapan Air

Ujian resapan adalah salah satu ujian yang digunakan untuk tujuan mengukur berat air yang diserap oleh bata pintar asal, bata 10% tempurung kelapa sawit dan bata 20% tempurung kelapa sawit serta 30% tempurung kelapa sawit dalam masa 48 jam.

i.

Keputusan Ujian Resapan Air Untuk Hari Ke-7

Jadual 4.3 : Data ujian resapan air untuk hari ke-7 Perkar a Penerangan Sampel Bata ( 7 Hari ) Bata 30% Bata 10% tempurung a) b) c) d) e) f) Jenis Bata Dimensi (mm) Jisim Sebelum 7.495 Resapan (kg) Jisim Selepas 7.701 Resapan (kg) Jumlah Kadar 0.009 Resapan (kg) Peratus Resapan (%) 0.20 2.67 0.08 1.11 0.14 1.12 1.95 7.241 7.291 8.060 Bata Kawalan 390 x 195 x 95 kelapa sawit 390 x 195 x 95 7.161 7.150 Bata 20% tempurung kelapa sawit 390 x 195 x 95 tempurung kelapa sawit 390 x 195 x 95 7.971

Graf Perbandingan Peratus Penyerapan Air 5

4

3 2.67

2

1.95

Peratus Penyerapan air
1.11 1 0 1

1.12

Masa (7 Hari)

Bata Kawalan Bata 10% TKS Bata 20% TKS Bata 30% TKS

Rajah 4.4 : Graf perbandingan peratus penyerapan air pada hari ke-7

ii.

Keputusan Ujian Resapan Air Untuk Hari Ke-14

Jadual 4.4 : Data ujian resapan air untuk hari ke-14

Perkar a Penerangan

Sampel Bata ( 14 Hari ) Bata 30% Bata 10% tempurung Bata 20% tempurung kelapa sawit 390 x 195 x 95 tempurung kelapa sawit 390 x 195 x 95 7.061 7.161 7.050 7.191 7.811 7.995 0.18

a) b) c) d) e) f)

Jenis Bata Dimensi (mm) Jisim Sebelum

Bata Kawalan 390 x 195 x 95

kelapa sawit 390 x 195 x 95

7.395 Resapan (kg) Jisim Selepas 7.695 Resapan (kg) Jumlah Kadar Resapan (kg) Peratus Resapan (%) 0.30 4.05

0.10 1.41

0.14 2.30 1.98

Graf Perbandingan Peratus Penyerapan Air 5

4.05 4

3

4.3

Peratus Penyerapan air
2 1.41 1 1.98 0 1 Masa (14 Hari)

2.30

Bata Kawalan Bata 10% TKS Bata 20% TKS Bata 30% TKS

Rajah 4.5 : Graf perbandingan peratus penyerapan air untuk hari ke-14

Ujian Penurunan

Ujian penurunan merupakan salah satu ujian untuk kerja konkrit. Untuk mendapatkan hasil ujian prosedur ujian akan dijalankan sekepas bancuhan siap di bancuh ubtuk mendapatkan kebolejkerjaan penurunan. Hasil yang di peolehi dicatit dalam jadual di bawah.

Tarikh Ujian Tarikh Kiub Penuangan Standard 10% 20% 30% 30/09/2009 30/09/2009 30/09/2009 30/09/2009 Dijalankan 7/10/2009 7/10/2009 7/10/2009 7/10/2009 Perlu

Kebolehkerjaan Jenis (Penurunan/Factor Penurunan Pemadatan) 50 55 58 70 ricih ricih ricih benar

4.3.1

Gambar Keputusan Ujian Penurunan

Foto 4.1 runtuhan benar

Foto 4.2 runtuhan ricih

BAB 5

PERBINCANGAN

5.1

Pengenalan Perbincangan yang dibuat adalah hasil dapatan yang diperoleh serta beberapa masalah

yang timbul dan perbincangan tersebut dikumpul bagi membuat satu diskusi penyelesaian yang kukuh berkaitan dengan semua masalah yang berlaku. Melalui perbincangan yang dibuat satu altenatif atau pendekatan yang baru mungkin dapat diwujudkan bagi memberi satu petunjuk bagi memastikan segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan cepat dan bijak.

Berikut adalah perbincangan mengenai hasil daripada dapatan yang diperolehi serta masalah yang timbul semasa kajian yang telah dijalankan mengenai kekuatan serta ketahanan

yang ditanggung oleh bata pintar biasa berbanding dengan bata pintar yang menggunakan tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah. Pengambilan data yang dilakukan bagi mengenalpasti masalah yang timbul dan cara penyelesaiannya.

Melalui kajian yang telah dijalankan, didapati ketahanan yang ditanggung oleh bata pintar yang ditambah dengan tempurung kelapa sawit 10% dan 30% adalah lebih kuat berbanding dengan bata pintar biasa yang terdapat dipasaran. Melalui kajian ini, kami mendapati bata pintar yang ditambah dengan tempurung kelapa sawit adalah mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding dengan bata pintar biasa.

Berikut adalah beberapa kelebihan yang dikesan terdapat pada bata pasir yang menggunakan bahan ganti debu kauri berbanding dengan bata pasir biasa. i. Kadar resapan air yang rendah Ujian resapan air menunjukkan bahawa bata yang mengandungi 10% tempurung kelapa sawit megandungi sifat resapan air yang rendah berbanding dengan bata yang mengandungi 30% tempurung kelapa sawit dan bata pintar biasa. Ini menunjukan bahawa bata ini dapat bertahan kukuh walaupun terdedah kepada lembapan. Malah, kandungan resapan

air yang rendah boleh mencegah daripada pertumbuhan kulat dan mencegah daripada kegagalan struktur binaan.

ii.

Kekuatan Mampatan yang tinggi

Bata pintar dengan bahan tambah tempurung kelapa sawit 30% adalah lebih kukuh berbanding dengan bata pintar biasa yang terdapat dipasaran. Hal ini kerana melalui ujian kekuatan mampatan yang kami jalankan, daya mampatan yang dikenakan ke atas bata pasir biasa adalah lebih rendah berbanding dengan bata pintar dengan bahan tambah tempurung kelapa sawit.

Tahap kebolehkerjaan bata pasir biasa juga adalah lebih rendah berbanding dengan bata pintar yang ditambah dengan tempurung kelapa sawit. Ini bermakna bata pintar dengan tempurung kelapa sawit dapat menanggung beban yang lebih besar berbanding dengan bata pintar biasa

5.2

Tiada perubahan Harga

Melalui kajian yang dijalankan, hasil yang diperolehi mengatakan bahawa bata pintar dengan bahan tambah tempurung kelapa sawit adalah sama berbanding dengan bata pintar biasa tanpa menjejaskan ciri-ciri asalnya. Hal ini kerana harga tempurung kelapa sawit adalah percuma kerana ia adalah hasil buangan pertanian.

Walaupun harga bata pintar dengan tempurung kelapa sawit tiada perubahan tetapi ia memiliki kelebihan berbanding dengan bata pintar biasa.

Jadual 5.1 : Kos penyediaan bata

Bata 10% Perkara Harga Pasir ( RM ) Harga simen(rm) Harga bahan tambah(RM) Kos buruh Jumlah harga 24 biji (RM) Harga sebiji bata 1.80 (RM) 1.80 1.80 1.80 Bata Kawalan 2.48 3.60 1.20 43.20 Bata 10% TKS 2.48 3.60 1.20 43.20 Bata 10% TKS TKS 2.48 3.60 1.20 43.20 2.48 3.60 1.20 43.20

5.3

Masalah Berkaitan Data

Terdapat satu masalah yang berlaku pada data ujian kekuatan mampatan untuk hari ke 14 iaitu kadar mampatan untuk bata pintar 10 % dan 20% bahan tambah tempurung kelapa

sawit lebih rendah berbanding bata pintar asal adalah disebabkan oleh perlaksanaan kerja yang tidak mengikut spesifikasi ujian. Ia berlaku mungkin disebabkan oleh kerja pemadatan yang tidak sempurna. Kadar kekuatan mampatan mungkin berbeza jika kerja ujian dijalankan dengan sempurna.

BAB 6

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, walaupun kajian ini terdapat banyak kekurangan seperti sukar untuk mendapatkan data-data terperinci mengenai sifat-sifat tempurung kelapa sawit, kajian perintis ini serba sedikit dapat menjadi lanjutan kepada kajian-kajian seterusnya pada masa akan datang mengenai potensi tempurung kelapa sawit di pintar biasa di pasaran berbanding dengan hasil campuran yang telah kami jalankan.Kajian sebegini semestinya memerlukan masa yang panjang dan peringkat demi peringkat terutamanya bagi mendapatkan kaedah terbaik bagi memperbaiki sifat tempurung kelapa sawit yang telah sedia ada dan kegunaanya di dalam bancuhan bata pintar. Setelah banyak ujikaji yang telah kami jalankan, kami dapat membuktikan bahawa penggunaan tempurung kelapa sawit dalam membuat bancuhan bata pintar adalah berjaya dari segi kekuatan mampatan, kadar resapan air. Hasil yang kami tunjukkan ialah ketahan bancuhan bata pintar dengan tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah adalah lebih kuat

dan tahan daripada bancuhan bata yang biasa digunakan. Malah ia lebih tahan lasak berbanding daripada bata pintar biasa.

Secara keseluruhannya, ujikaji kami menepati dengan objektif kami iaitu bagi membandingkan kekuatan bata pintar biasa dengan bata pintar yang mengandungi tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah. Perbandingan antara bancuhan bata pintar biasa dengan bancuhan bata pintar dengan bahan tambah tempurung kelapa sawit dapat membuktikan bahawa kekuatan bancuhan dengan bahan ganti adalah lebih kuat, tahan lasak dan lebih mesra alam setelah melalui pelbagai ujikaji yang telah kami jalankan.

6.2

Cadangan Setelah selesai menjalankan kajian ini, kami percaya bahawa kadar penggunaan

tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah dalam bancuhan bata pintar dapat diperluaskan lagi penggunaanya dengan adanya kajian-kajian sampingan yang lain

kerana telah terbukti bahawa penggunaan tempurung kelapa sawit ini membawa banyak kebaikan.

Selain itu, kami juga berharap agar pihak yang berminat bagi melanjutkan dan memperincikan lagi kajian kami ini. Ini kerana penggunaan tempurung kelapa sawit sebagai bahan tambah didalam bancuhan bata pintar telah terbukti dari segi kekuatannya dan kami harap dapat dikomersilkan pada satu hari kelak. Namun begitu, kami berharap kajian yang lebih terperinci mengenai sifat-sifat tempurung kelapa sawit ini dijalankan terlebih dahulu.

Selain itu, kami juga berharap agar ada pihak yang berminat untuk membuat kajian mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan tempurung kelapa sawit ini dalam industri pembinaan atau dalam penghasilan produk baru. Disini kami dapat membandingkan kekuatan antara kedua-dua sampel tersebut dan menjalankan ujian-ujian seperti yang dijalankan dalam kajian ini bagi menguji bata tersebut.

Hasil daripada kajian yang kami jalankan ini diharap dapat dijadikan panduan bagi penyelidik yang lain dalam menjalankan kajian mengenai sifat-sifat tempurung kelapa sawit ini. Daripada pengamatan kami, kami dapati bahawa tempurung kelapa sawit ini mempunyai nilai komersil yang tinggi dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang belum dicungkil lagi rahsianya oleh para penyelidik.

Selain itu, kami juga berharap agar ada lebih kajian tentang bata pintar dengan bahan tambah ini. Kajian untuk meringankan bata pintar dengan bahan ganti lain atau bahan tambah lain. Ini kerana bata ini mempunyai beban yang tinggi. Kajian lain juga perlu diadakan agar

menjadikan bata pintar ini satu bata IBS yang berkualaiti dan mempunyai banyak kelebihan dengan bata-bata IBS yang lain.

7.0

RUJUKAN

7.1

Mat Lazim Zakaria ( 2005 ) “ Bahan Dan Binaan ”, Dewan Bahasa Dan Pustaka ( M.S 86-93 )

7.2

Industrial Building System ( Pembinaan Pasang Siap ) En. Amran, Site Engineer Wakaf Tapai, Terengganu

7.3

Institute Standard & Penyelidikan Perindustrian Malaysia, “ MS 76:1972, Specification For Brick And Block Clay Part 2 ”. Metric Units ( M.S 46 ) Di cetak dan diterbitkan oleh Institute Standard Dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia.

7.4 7.5

Approved To British Standard “ BS 3921 : 1974 ” Neville, A.M. (2004), “properties of concrete” , fourth and final edition, pearson education limited

7.6

“Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4” (1994), Penerbitan Pustaka, Dewan Bahan Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia (M.S 85-92)

7.7

Hang Seng Quarry, Paka, Terengganu ( information about quarry dust)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->