You are on page 1of 10

MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

APA ITU KOMPUTER?

1- Sebuah mesin pengoperasian elektronik yang berkemampuan untuk


menghasilkan data, menerima data, memanipulasikan data, menjana keputusan
dan menyimpan data.
2- Sebuah peralatan yang berkeupayaan melakukan pengiraan dan membuat
keputusan logik (logical decision) berjuta-juta kali lebih cepat dari manusia.
3- Sebuah peralatan yang berfungsi untuk memproses data berdasarkan set-set
arahan yang dikenali sebagai program komputer.
4- Komputer tidak lebih dari sebuah peralatan atau mesin pintar ciptaan manusia
yang tidaklah sebijak manusia itu sendiri.

MENGIMBAU SEJARAH

1643
Kalkulator matematik pertama dibina oleh Blaise Pascal

1822
Charles Babbage membangunkan Analytical Engine

1945
Vannever Bush menulis menulis tentang Memex

1946
Komputer digital pertama dibangunkan
(ENIAC) oleh Mauchly and Eckert

1947
Komputer pertama yang menggunakan
konsep program (UNIVAC) dibangunkan
oleh Von Newmann

1975
Komputer untuk kegunaan peribadi (Home Computer) dilancarkan – Altair 8800
PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD
MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

1976
Steve Wozniac melancarkan Apple I

1977
Apple II dilancarkan

1983
Apple melancarkan Lisa. Komputer pertama yang
menggunakan peralatan input dipanggil tetikus
(mouse)

1980 an -1990 an – Masa Kini


Perkembangan pesat dalam industri Mikroprocessor membawa kepada
penghasilan komputer yang lebih canggih, berkuasa, dan mini.

KOMPONEN KOMPUTER

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD


MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

1- Secara amnya sebuah komputer terdiri daripada 4 komponen iaitu : Hardware


(Pekakasan), System BIOS, Operating System (Sistem Pengoperasian) dan
Application Software (Perisian Aplikasi).
2- Perkakasan ialah peralatan elektronik dan mekanikal yang membentuk sebuah
sistem komputer. Contohnya seperti, Hard Disk dan Motherboard.
3- Perisian ialah satu set arahan yang memberitahu perkakasan bagaimana untuk
melakukan sesuatu tugasan. Contohnya seperti, System BIOS, Windows
operating system dan Microsoft Office.

5 KOMPONEN ASAS PERKAKASAN SEBUAH KOMPUTER

Monitor

Sistem Unit

Speaker

Papan Kekunci

Tetikus

KOMPONEN KOMPUTER : MONITOR

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD


MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

1- Merupakan perkakasan untuk paparan. Berbentuk seperti monitor televisyen.


2- Imej yang terhasil pada monitor terbina daripada pixels (titik)
3- Semakin tinggi resolution sebuah monitor semakin jelas imej yang dapat
dipaparkan pada monitor.

KOMPONEN KOMPUTER : PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD)

1- Peralatan input untuk memasukkan teks dan arahan.


2- Ia terdiri daripada kekunci yang boleh ditekan (Untuk dekstop : 101-105 kekunci)
3- Terdapat 3 jenis papan kekunci iaitu serial port (PS2), USB dan wireless.

KOMPONEN KOMPUTER : TETIKUS (MOUSE)

1- Peralatan input / pointer yang digunakan untuk mengawal pergerakan cursor


atau pointer pada paparan skrin.
2- Boleh melakukan operasi seperti point, click, right-click, double-click, drag, rotate
wheel dan press wheel.
3- Terdapat 2 jenis tetikus iaitu tetikus mekanikal dan tetikus optical.

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD


MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

Touch Pad Tablet Pen

KOMPONEN KOMPUTER : SISTEM UNIT

1- Bahagian paling utama dalam sebuah komputer.


2- Menempatkan pelbagai komponen elektronik yang membolehkan sebuah
komputer menjalankan fungsinya.
3- Antara komponen yang terdapat di dalamnya seperti: motherboard, power
supply, RAM, dan CPU.

Sistem Unit

KOMPONEN KOMPUTER : SPEAKER

1- Peralatan output yang mengeluarkan maklumat dalam bentuk bunyi.

KOMPONEN-KOMPONEN LAIN

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD


MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

Mesin
Pencetak
(Printer)

1- Setiap komponen perkakasan komputer berintegrasi antara satu sama lain untuk
menjalankan fungsinya dan ini meningkatkan keupayaan sebuah komputer
untuk melakukan tugas yang diberikan.
2- Setiap komponen perkakasan juga dikelaskan mengikut operasi atau fungsi
yang dilakukan oleh perkakasan tersebut.

APA YANG DILAKUKAN OLEH SEBUAH KOMPUTER? (OPERASI ASAS)

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD


MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

1- Samaada kecil atau besar, semua komputer melakukan 5 operasi asas yang
sama iaitu:
1. Input
2. Proses
3. Output
4. Storage
5. Communication
2- Semua operasi ini dilakukan dengan bantuan perkakasan-perkakasan yang
tertentu seperti dalam jadual dibawah:

Peralatan Maksud Contoh


(Device)
Input Perkakasan yang digunakan untuk Papan kekunci, tetikus,
memasukkan data dan arahan ke dalam mikrofon, kamera digital,
sistem komputer untuk diproses mesin pengimbas
Proses Perkakasan yang digunakan untuk Motherboard, processor,
memproses data, arahan dan maklumat memory, power supply
Output Peralatan yang membawa / Mesin pencetak, monitor,
mengembalikan maklumat kepada speaker
pengguna
Storage Perkakasan untuk menyimpan data Cakera keras, CD, Disket,
arahan dan maklumat untuk kegunaan Thumb drive, DVD
masa akan datang
Communication Perkakasan untuk mewujudkan Modem, networks interface
jaringan / hubungan antara sebuah cards, hub, wireless
komputer dengan komputer yang lain broadband
dengan menggunakan kabel, jaringan
telefon ataupun satelit.

KITARAN PEMPROSESAN DATA (DATA PROCESSING CYCLE)

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD


MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

Data diproses oleh processor. Semasa operasi


pemprosesan, data yang diterima akan di ubahsuai
kepada maklumat yang berguna.

Input Process Output


Pengguna Data atau
memasukkan maklumat
data dengan dipersembahka
menggunakan Storage n semula
peralatan input kepada
Storan berfungsi untuk pengguna
menyimpan data untuk menggunakan
kegunaan masa akan peralatan
datang output

Input Process Output

Storage

PERWAKILAN DATA (DATA REPRESENTATION)

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD


MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

1- Komputer memaparkan data secara digital yang mana ia hanya mengenali 2


bentuk diskret iaitu on atau off dengan 2 digit yang unik iaitu 0 bit dan 1 bit
sahaja.
2- Apabila 8 bit dikumpulkan bersama ia akan membentuk satu byte (perwakilan
untuk satu huruf, nombor atau simbol).
3- Kombinasi 0 dan 1 untuk mewakili satu karekter di tentukan oleh sistem
pengkodan (Coding System) yang diguna pakai pada peringkat antarabangsa.
4- Antara sistem pengkodan yang popular ialah ASCII, EBCDIC dan Unicode.
5- Sistem pengkodan ASCII dan EBCDIC digunakan untuk mengkodkan nombor
dan abjad rumi, manakala sistem pengkodan Unicode digunakan untuk
mengkodkan abjad bukan rumi seperti tulisan Jepun, Korea, Cina, Thai dan
sebagainya.

Contoh :

ASCII Huruf / Simbol EBCDIC


00110010 2 11110010
00110100 3 11110011
01000001 A 11000001
01000101 E 11000101

Bagaimana satu karekter huruf dihantar daripada papan kekunci ke


dalam komputer?

Langkah 1 : Huruf ‘T” di tekan pada papan kekunci (ADC: Analog Digital Converter)
Langkah 2 : Signal elektronik untuk huruf ‘T” dihantar ke sistem unit.
Langkah 3 : Signal tadi diubah kepada kod ASCII (01010100) dan disimpan di
memory (Digital)
Langkah 4: Selepas diproses kod untuk huruf ‘T” ditukarkan kepada imej pada
peralatan output untuk paparan. (DAC: Digital Analog Converter)

KATEGORI KOMPUTER

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD


MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

1. Personal Computer (Komputer Peribadi) – Desktop, Laptop, Netbook

2. Handheld Computer (PDA – Personal Digital Assistant)

3. Server (Small Cabinet)


4. Mainframe (Menghubungkan beratus-ratus hingga beribu-ribu komputer)
5. Supercomputer (Menghubungkan beribu-ribu hingga berjuta-juta komputer.
Biasanya sebuah syarikat multinasional yang besar seperti Intel)

Apa yang telah saya pelajari?

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD

You might also like