You are on page 1of 14

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-4

BIL. 04/09
SMK DAMANSARA DAMAI 1

TARIKH : 7 NOVEMBER 2009


MASA : 7.30 PAGI-11.30PAGI
TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH
HADIR : SESI PAGI
1. Puan Zabedah binti Warjan
2. Puan Nasiroh binti Md. Yusoff
3. Puan Azliza binti Mat Lazim
4. Puan Nurhasliyana bt Kamaruddin
5. Cik Naajima binti Ahamed Basheer
6. Cik Herlina bt. Yahya
7. Encik Abdul Halim bin Ahmad
8. Encik Abu Bakar bin Mohd Ramli
9. Puan Amalina bt. Ab. Manaf
10. Puan Azmahanim bt. Abdul Aziz
11. Puan Chan Jenn Li
12. Puan Chen Chiaw Ing
13. Puan Hanani bt. Mat Ali
14. Puan Hasni Fazlina bt. Mohd Ariff
15. Puan Hemalatha a/p Parameswaran
16. Puan Khalilah bt Mohd Shafeie
17. Puan Kuldip Kaur a/p Balbir Singh
18. Puan Lee Eng Hoong
19. Puan Lee Nai Foong
20. Puan Lee Siew Lay
21. Puan Lee Yen Leng
22. Puan Maizura binti Husin
23. Puan Mak Siew Chen
24. Encik Md. Sabri bin Ismail
25. Encik Sabri bin Mansor
26. Puan Naizatul Nazrin bt Mohamad Nasir
27. Puan Noor Elyana binti Mohamad Khasasi
28. Puan Norlizah binti Janudin
29. Puan Noralina bt Mamat
30. Puan Noriati binti Ishak
31. Puan Norwana binti Ali Bahar
32. Puan Ong Ai Suan
33. Puan Rafedah binti Gimat
34. Puan Rosmawati binti Jaafar
35. Puan Ruzanna bt Othman
36. Puan Siti Nazira binti Saidin
37. Puan Siti Nor Asmah binti Ithnain
38. Puan Syahaida bt Mat Noor
39. Puan Syuhana binti Adnan
40. Puan Teo Sook Mei
1
41. Cik Wan Nur Liyana bt Wan Yusof
42. Encik Wan Azwady bin Wan Azmi
43. Puan Wan Ruhana binti Wan Shamsuddin

TIDAK HADIR:
1. Puan Maziah binti Mohamad - Cuti Haji
2. Puan Nor Radziawati binti Mat Resad@Arshad - Cuti Haji
3. Puan Mazliana bt Ahmad Afandi - Cuti Bersalin
4. Puan Nor Azma binti Mohd Noor - Cuti Bersalin
5. Puan Norran binti Samah - MUET

2
MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-4
BIL. 04/09
SMK DAMANSARA DAMAI 1

TARIKH : 7 NOVEMBER 2009


MASA : 7.30 PAGI - 11.30PAGI
TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH
HADIR : SESI PETANG
1. Puan Zabedah binti Warjan
2. Puan Nasiroh binti Md. Yusoff
3. Puan Siti Rohanah binti Karim
4. Puan Noor Hafishah binti Yahya
5. Puan Zurina binti Ibrahim
6. Puan Nor Aishah binti Mohd. Isa
7. Puan Roslihah binti Mat Nor
8. Puan Nor Anita binti Md. Hashim
9. Puan Paizah binti Muhammed
10. Encik Ahmad Khaidir bin Mamat
11. Cik Azura binti Zakaria
12. Cik Nor Hayati binti Othman
13. Puan Noor Azliza binti Awang Noh
14. Puan Siti Suraya binti Adnan
15. Puan Norhannan binti Arom
16. Puan Lee Yen Leng
17. Puan Noraini binti Abdul Halim
18. Puan Aminah binti Hamzah
19. Puan Wan Yuhanis binti Wan Isa
20. Puan Wan Rosnidawati binti Wan Sulong
21. Cik Hafne binti Hassim
22. Cik Intan Fareha binti Che Mansor
23. Encik Azizi bin Ahmad Nordin
24. Haizlil bin Abdul Rahman
25. Pn Cik Nor Azlina binti Abdul Aziz
26. Pn Yusniza binti Yusof
27. Pn Zulyza binti Hamzah
28. Pn Noriswanda binti Zulkifli
29. Pn Rashida binti Omar
30. Cik Hue Yew Hien
31. Pn Navathina a/p Ramalingan
32. Puan Norshahida binti Abdul Rashid
33. Cik Zainab binti Mohd Yaziz
34. Cik Zanariah Bt. Ab. Manaf
35. Cik Norzera binti Rusli
36. Pn Suziyana binti Hashim
37. Pn Rohaida binti Adam
3
38. Encik Mohd Fatarullazi bin Hanipah
39. Encik Raziman bin Abdullah
40. Encik Mohd Sabri bin A Rahman
41. Encik Wan Rahman bin Wan Dolah
42. Pn Norhashimah bt Basiroh

TIDAK HADIR:
1. Encik Mohd. Shahrizal bin Shoaib - Kursus Induksi
2. Puan Vickinesvara Devi A/P Sabaratnam - Cuti Sakit (MC)

4
AGENDA :

1.0 Ucapan Puan Pengerusi

1.1 Kata-kata Aluan


1.1.1 Pn Zabedah mengucapkan salam dan berterima kasih kepada guru-
guru pagi dan petang kerana hadir ke mesyuarat guru kali ke 4 iaitu
yang terakhir sebelum sesi persekolahan berlabuh untuk tahun
2009.

1.2 Pengumuman dan Teguran


1.2.1 Pn Zabedah juga menyatakan bahawa sewajarnya mesyuarat
diadakan serentak untuk semua guru-guru agar perjalanan
mesyuarat berjalan serentak disamping mengeratkan ukhwah
sesama guru.
1.2.2 Pn Zabedah menjelaskan bahawa mesyuarat kali keempat ini
adalah bertujuan untuk memperingati dan menerangkan tugas-
tugas guru SMKDD1 yang sepatutnya disiapkan sebelum tirai
persekolah 2009 berlabuh.
1.2.3 Pn Zabedah juga memberi arahan bahawa walaupun sekolah mulai
bercuti pada 21 November 2009 tetapi guru-guru perlu hadir ke
sekolah pada 23 hingga 25 November 2009 pada jam 8 pagi hingga
1 tengahari untuk menyelesaikan tugas-tugas yang belum selesai.
1.2.4 Pn Zabedah mengumumkan bahawa 27 hari bulan Disember 2009
satu mesyuarat akan diadakan bagi persediaan untuk persekolahan
sesi 2010 bagi membincangkan isu-isu berbangkit agar tidak
berulang.
1.2.5 Sedikit teguran daripada Pn Zabedah mengenai ketepatan masa
guru ketika masuk dan keluar kelas dengan memastikan guru-guru
berdisiplin di dalam mematuhi peraturan masa.

1.3 Laporan Pemantauan


1.3.1 Pn Zabedah menjelaskan bahawa hasil pemautauan yang dibuat
pada Julai hingga Oktober 2009 dan dikeluarkan dan guru-guru
yang mempunyai rekod buruk dalam sesi pemantauan tersebut
hendaklah memberikan surat tunjuk sebab di atas perkara-perkara
di bawah:
 Tidak menghantar buku latihan murid untuk semakan
pengetua.
 Tidak berada di dalam kelas pada waktu yang
sepatutnya.
1.3.2 Pn Zabedah menegur bahawa bukti yang menunjukkan guru-guru
menunjukkan bahawa guru-guru mengajar murid-murid di dalam
kelas adalah melalui latihan yang diberikan yang mana latihan-
latihan ini perlulah disemak dan dicop untuk semakan ibubapa
terhadap hasil pembelajaran anak-anak mereka disekolah.
5
1.3.3 Setiap guru mestilah mempunyai senarai semak dalam
mengenalpasti pelajar-pelajar yang menghantar dan membuat
pemantauan pada pelajar yang bermasalah di dalam menyiapkan
latihan yang diberikan.
1.3.4 Pn Zabedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ketua panitia
di dalam membantu beliau dalam urusan penyemakan buku-buku
latihan murid serta menjelaskan bahawa penyemakan buku amat
penting di dalam menilai murid-murid serta di dalam usaha untuk
mengajak para ibubapa bagi turut samamenunjukkan keperihatinan
di dalam pembelajaran anak-anak mereka.

1.4 Program PATS


1.4.1 Pn Zabedah menjelaskan bahawa program PATS adalah bertujuan
untuk memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar yang lemah dan
pada masa yang sama melonjakkan prestasi pelajar-pelajar yang
cemerlang untuk lebih cemerlang.
1.4.2 Semua fail PATS 4 akan dipegang oleh kaunselor untuk tujuan
membuat pemantauan terhadap pelajar-pelajar bermasalah atau
lemah dalam pelajaran.
1.4.3 Pn Zabedah meminta agar guru ganti bagi guru kelas supaya bijak
bijak memilih masa untuk melakukan PATS dan mengemaskini.

1.5 Prestasi (Kurikulum)


1.5.1 Percubaan PMR
1.5.1.1 Pn Zabedah meluahkan rasa sedikit kebimbangan kerana
pencapaian percubaan PMR tidak begitu
memberangsangkan kerana hanya seorang sahaja pelajar
yang mendapat semua “A” di dalam matapelajaran yang
di ambilnya.
1.5.1.2 Peratus kelulusan percubaan PMR ialah 22.4% dan Pn
Zabedah mengharapkan pencapaian dapat diperbaiki
dengan adanya program PATS yang dijangka dapat
membantu pelajar untuk lulus.
1.5.1.3 Berikut adalah keputusan percubaan PMR 2009:
BM - 73%
BI - 69%
Sej - 59%
Geo - 72%
BC - 86%
BT - 88%
PI - 68%
Math - 31%
Sciences- 39%
KH (Teknikal) - 60%
KH (ERT) - 93%
KH (Perdagangan) - 100%

6
1.5.2 Percubaan SPM
1.5.2.1 Pn Zabedah menjelaskan bahawa matapelajaran
Kesusasteraan Melayu adalah tahun terakhir ditawarkan
di SMKDD1 dan ini menandakan bahawa tahun 2009
merupakan tahun terakhir SPM bagi matapelajaran ini.
1.5.2.2 Pn Zabedah memperingatkan guru-guru bahawa supaya
berusaha keras untuk meningkatkan prestasi SPM
terutama untuk matapelajaran yang memberi impak
kepada turun naik peratusan SPM.
1.5.2.3 Peratusan kelulusan adalah 66%.
1.5.2.4 Berikut adalah keputusan percubaan SPM 2009:
BM - 66%
BI - 53%
PI - 60%
Sej - 33%
Geog- 72%
PSV - 48%
ERT - 55%
Mathematics- 31%
Sciences - 30%
Additional Math. - 25%
Biology - 47%
Physics - 48%
Ekonomi Asas - 27%
Tasawwur Islam - 65%
Bahasa Tamil - 100%
Bahasa Cina - 64%
Kesusasteraan Melayu - 50%
Pendidikan Moral - 30%

1.6 Guru Baru


1.6.1 Pn Pengetua memperkenalkan 3 orang guru baru yang baru sahaja
memulakan kerjaya sebagai guru. Pn Zabedah mengucapkan
selamat datang dan mengucapkan selamat bertugas kepada:
 Cik Siti Hajarul Aswa bt Mohamed
 Cik Shamsiah bt Hassan
 Cik Norsazuani bt Md Kari

1.7 Pekeliling Terbaru


1.7.1 “Time Slip” / Cuti Rawatan
1.7.1.1 Berdasarkan Pekeliling tiada istilah “time slip” sebaliknya
para guru hendaklah menggunakan “CRK” atau “Cuti
Tanpa Gaji” mengikut mana-mana yang bersesuaian.

1.7.2 Laporan Prestasi Tahunan


7
1.7.2.1 Pn Zabedah meminta Pn Lee Yeng Leng, Pn Zulyza, Pn
Ellyna, Pn Rashidah, Roslihah, En Muslihat dan En Abu
Bakar berjumpa dengan PK Petang, Pn Rohanah bagi
mengemaskini Laporan Prestasi Tahunan mereka.
1.7.2.2 Pn Zabedah memaklumkan bahawa penilaian dibuat oleh
Penolong Kanan, PK Petang, PK HEM dan PK
Kokurikulum.
1.7.2.3 Pn Zabedah menasihatkan agar guru-guru menampal
“Pekeliling” di dalam buku rekod mengajar agar guru-
guru sentiasa peka dengan peruntukan yang termaktub di
dalam pekeliling di atas tindak-tanduk dalam
menjalankan tanggunjawab keguruan.
1.7.2.4 Pn Zabedah meminta guru-guru yang mempunyai persoalan
di dalam urusan “Pekeliling” hendaklah berjumpa beliau.

1.8 “Redepoitment” (Guru Mengajar Mengikut Opsyen)


1.8.1 Pn Zabedah menjelaskan bahawa sekolah mempunyai lebihan guru
yang mempunyai opsyen kimia dan prinsip perakaunan yang mana
masing-masing 3 orang manakala 6 orang guru yang mempunyai
opsyen biologi. Pn Zabedah menambah kemungkinan guru-guru
berkenaan akan dibuat penempatan semula ke sekolah-sekolah
berhampiran dengan kediaman semasa.

1.9 Penempatan Pengawas SPM


1.9.1 Pn Zabedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru
yang dilantik untuk mengawas peperiksaan SPM seperti Pn
Kuldip, Pn Mazlinda dan lain-lain.
1.9.2 Pn Zabedah menjelaskan bahawa kepada guru-guru yang dilantik
untuk mengawas SPM tetapi mempunyai sebab-sebab tertentu
yang tidak dapat dielakkan hendaklah diganti oleh guru lain yang
boleh menjalankan tanggunjawab demikian.
Tindakan: Pengawas Peperiksaan
1.10 Cuti
1.10.1 Pn Zabedah menjelaskan bahawa CRK adalah keistimewaan yang
diberikan kepada guru dan untuk mengambil CRK guru-guru
hendaklah memohon seminggu awal. Ini kerana masih ramai guru-
guru yang tidak mengaplikasikan proses ini di dalam mengambil
CRK. Hal ini menyebabkan kesulitan di dalam proses membuat
“relief” kelas dan hal ini juga mengganggu proses P&P.
1.10.2 Bagi guru-guru yang tidak mengaplikasikan prses ini di dalam
mengambil CRK hendaklah menghantar surat tunjuk sebab kepada
pengetua.
1.10.3 Penggunaan CRK bagi kes kecemasan hendaklah mengemukakan
surat “medical check-up” atau sijil-sijil berkaitan seperti salinan
surat kematian, pembedahan atau sebagainya.
Tindakan: Semua Guru
1.11 Perubahan Gred SPM

8
1.11.1 Mulai 2010 Pn Zabedah mengumumkan bahawa pengredan
terbaharu SPM akan digunapakai tetapi masih dalam proses
menunggu kelulusan kerana masih lagi tiada surat rasmi untuk
perkara tersebut.
1.11.2 Berikut adalah pengredan terbaharu SPM:
 A+ - 90-100%
 A - 80-89%
 A- - 70-79%
 B+ - 65-69%
 B - 60-64%
 C+ - 55-59%
 C - 50-54%
 D - 45-49%
 E - 40-44%
 G - 0-39%

1.12 Jadual Pengawasan SPM


1.12.1 Untuk perhatian guru-guru yang bertugas sepanjang SPM
berlangsung, penyusunan jadual adalah berdasarkan subjek yang
diajar masing-masing.
1.12.2 Guru-guru yang bertugas diminta menyemak jadual pengawasan
tersebut untuk mengelak timbulnya masalah yang tidak diingini.
1.12.3 Guru yang bertanggunjawab untuk urusan kesihatan akan
ditempatkan bagi menguruskan pelajar-pelajar yang tidak sihat
terutama bagi mengawal jangkitan H1N1.
Tindakan: Pengawas Peperiksaan
1.13 Pembelian Barang
1.13.1 Untuk makluman Ketua Panitia, sebarang pembelian barang-
barang hendaklah disertakan dengan invois kepada AJK stok untuk
mengelakkan masalah berkaitan dengan audit. AJK stok hendaklah
menjalankan tanggunjawab di dalam memastikan stok barangan
yang dibeli adalah selaras dengan perbelanjaan yang digunakan.
Tindakan: Ketua Panitia
1.14 Pengisian Borang
1.14.1 Pn Zabedah meminta kepada guru-guru yang mempunyai idea atau
pandangan untuk memperbaiki proses mempermudahkan butiran di
dalam borang-borang yang berkaitan sila berjumpa dengan
pentadbir untuk mengemukakan idea atau pandangan tersebut.
Tindakan: Semua guru
1.15 Lain-lain
1.15.1 Pn Zabedah meminta agar guru-guru mengemaskini butiran diri
seperti alamat dan nombor telefon bagi memudahkan pihak
pentadbir menghubungi untuk hal-hal berkaitan.
1.15.2 Buku rekod prestasi murid bagi pelajar-pelajar PMR dan SPM
hendaklah di serahkan kepada kepada pihak pentadbir supaya
ibubapa dapat memantau prestasi anak-anak mereka sebelum
peperiksaan sebenar.

9
2.0 Hal Ehwal Murid

2.1 Buku Jadual Kedatangan Murid


2.1.1 Pn Nasiroh mengingat bahawa guru-guru perlu mengemaskini
Buku Jadual Kedatangan Murid dengan melengkapkan perkara-
perkara yang sepatutnya ada dalam buku tersebut.
2.1.2 Terdapat banyak kesilapan dari segi pengiraan dan kesilapa ini
telah diperbetulkan oleh AJK Profil.
2.1.3 Mulai 2010 hanyan pen “hitam” sahaja dibenarkan untuk mengisi
buku Jadual Kedatangan Murid.
2.1.4 Pn Nasiroh meminta guru-guru kelas agar meletakkan nama guru
kelas terkini pada muka depan buku Jadual Kedatangan.
2.1.5 Untuk analisa keturunan Pn Nasiroh meminta guru-guru kelas
mengisi ruangan tersebut untuk proses “enrollment” terkini.
2.1.6 Ruangan “Warganegara” juga perlulah dilengkapkan kerana bagi
warga asing terdapat bayaran tambahan yang perlu mereka
jelaskan beserta dokumen-dokumen tertentu yang perlua ada
sebagai bukti.
2.1.7 Senarai nama murid tidak dibenarkan ditaip dan penggunaan
pensel tidak dibenarkan untuk mengelak kehilangan maklumat.
2.1.8 Menurut Pn Nasiroh, mulai 2010 senarai nama murid hendaklah
disusun mengikut abjab dan bukan lagi mengikut abjab
berdasarkan jantina terlebih dahulu.Pada baris selepas nama
hendaklah status “L” dan “P” ditulis untuk membezakan jantina.
2.1.9 Bagi ruangan yuran pula guru kelas hendaklah mengasingkan
yuran mengikut kategori seperti yuran takaful, yuran khas, PIBG
dan majalah.
2.1.10 Senarai murid yang belum menjelaskan yuran hendaklah
diserahkan kepada Setiausaha PMR dan Setiausaha SPM.
Tindakan: Guru Kelas/guru ganti

2.1.11 Kesilapan di Dalam Menanda Buku Jadual Kedatangan Murid


2.1.11.1 Menandakan kedatangan bukan mengikut tarikh yang
sepatutnya. Guru kelas/guru ganti perlulah memastikan
bahawa ruangan yang betul ditanda pada tarikh yang
betul.
2.1.11.2 Penggunaan “liquid paper” adalah tidak dibenarkan
sama sekali.
2.1.11.3 Kesalahan maklumat peribadi murid seperti nombor kad
pengenalan yang sama untuk 2 orang pelajar.
2.1.11.4 Alamat rumah murid yang tidak tepat dan ini
menyebabkan segala urusan penghantaran surat tidak
sampai dan hampir “80%” buku jadual kedatangan tidak
lengkap untuk ruangan alamat.
2.1.11.5 Tarikh kemasukan murid hendaklah dicatat untuk tujuan
rujukan pada masa akan datang dalam hal-hal berkaitan.

10
2.1.11.6 Maklumat “rumah sukan” tidak dicatat di dalam ruangan
tersedia.
2.1.11.7 Senarai penerima biasiswa tidak ditanda bagi
memudahkan pengecaman penerima biasiswa.
Tindakan: Guru Kelas/ guru ganti

2.2 Disiplin
2.2.1 Pn Nasiroh mengingatkan bahawa pengeluaran surat amaran
adalah terbahagi kepada 2 kategori iaitu “surat amaran ponteng”
yang dikeluarkan oleh guru kelas dan “surat amaran salah laku”
yang dikeluarkan oleh guru disiplin yang dilantik.

2.2.2 Surat Amaran Ponteng

2.2.2.1 Pn Nasiroh menjelaskan bahawa di dalam proses


mengeluarkan surat amaran ponteng, segala butiran
perlulah lengkap seperti mana butiran yang terdapat pada
buku Jadual Kedatangan Murid
2.2.2.2 Pn Nasiroh juga mengingatkan bahawa pengeluaran surat
amaran ponteng adalah mengikut peringkat iaitu amaran
pertama, kedua dan ketiga.Semua syarat-syarat mengenai
pengeluaran surat amaran ada terdapat pada buku Jadual
Kedatangan Murid. Pn Nasiroh mengharapkan guru-guru
sentiasa merujuk dan peka dengan syarat-syarat tersebut.
2.2.2.3 Pn Nasiroh mengesorkan guru-guru membuat senarai
semak untuk murid-murid yang tidak hadir bersebab iaitu
mereka ada memberi surat sebab ketidakhadiran mereka.
Tindakan: Guru Kelas/ guru ganti

2.2.3 Buku Kawalan Kelas


2.2.3.1 Pn Nasiroh meminta guru kelas agar memegang “Buku
Kawalan Kelas” sepanjang minggu dari Isnin hingga
Jumaat untuk mengelakkan kehilangan.
Tindakan: Guru Kelas/ guru ganti

11
2.2.4 Buku Rekod Prestasi
2.2.4.1 Pn Nasiroh mengesorkan agar guru-guru membuat senarai
semak untuk memastikan murid-murid menghantar segala
buku-buku atau dokumen-dokumen mengenai mereka.
Melalui senarai semak ini, membolehkan guru mengecam
murid-murid yang tidak menghantar perkara yang
sepatutnya.
2.2.4.2 Pn Nasiroh mengingatkan agar “senarai semak” guru untuk
kerja-kerja dibawah HEM hendaklah dimasukkan ke dalam
fail HEM di atas meja bilik beliau.
Tindakan: Semua guru
3.0 Hal Ehwal Kokurikulum
3.1 Pn Azliza mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang
terlibat di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum sepanjang sesi
persekolahan 2009. Pn Azliza juga mengharapkan untuk tahun 2010
aktiviti-aktiviti kokurikulum akan lebih banyak aktiviti-aktiviti yang lebih
bemutu diadakan untuk memperkasakan kegiatan disekolah disamping
membantu murid di dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik.

3.2 Perancangan Strategik


3.2.1 Pn Azliza meminta agar “Ketua Panitia” mengambil semula “deraf
Perancangan Strategik” yang telah dihantar oleh setiap panitia
semasa sesi LADAP yang lalu.
3.2.2 Ketua Panitia hendaklah mengemaskini Perancangan Strategik
tersebut dan menghantar kembali dengan dalam bentuk bertaip dan
formal.
Tindakan: Ketua Panitia

3.3 Pemilihan AJK Kokurikulum


3.3.1 Untuk pemilihan AJK Kokurikulum 2010, pemilihan akan dibuat
oleh Pn Azliza berdasarkan kelayakan dan komitmen guru-guru
dalam kokurikulum.

3.4 Rekod Kokurikulum Murid


3.4.1 Dalam sesi LADAP yang lalu Pn Azliza telah menerangkan cara
pemarkahan yang betul di dalam memberi markah kepada murid
berdasarkan penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum dan
beliau mengharapkan tiada lagi “ralat” atau kesalahan di dalam
mengisi markah tersebut.
3.4.2 Pn Azliza juga mengharapkan guru-guru mempercepatkan kerja-
kerja mengemaskini, memberi markah dan penyemakan Buku
Rekod Kokurikulum untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
3.4.3 Pada ruangan jadual ringkasan permarkahan pada bahagian
belakang Buku Rekod Kokurikulum guru-guru hendaklah
menambah kolum 10% untuk setiap tingkatan.
Tindakan: Guru Kelas

12
3.5 Program Luar Sekolah
3.5.1 Pn Azliza mengharapkan pada tahun 2010 guru-guru dapat
merangka lebih banyak “kertas kerja” untuk mengadakan aktiviti
luar sekolah seperti perkhemahan, lawatan, riadah dan aktiviti-
aktiviti yang bermanfaat kepada murid-murid. Ini kerana
peruntukan dalam aktiviti kokurikulum masih ada dan memerlukan
guru-guru menggunakannya untuk tujuan kokurikulum.
Tindakan: Ketua Panitia
3.6 Senarai Semak
3.6.1 Pn Azliza mengakhiri ucapan beliau dengan meminta guru-guru
menyerahkan senarai semak bagi kerja-kerja dibawah kokurikulum
di dalam fail di atas meja biliknya setelah selesai menyiapkan
kerja-kerja kokurikulum.
Tindakan: Semua guru

4.0 Hal-hal lain


4.1 Perhimpunan
4.1.1 Pn Rohanah mengumumkan bahawa “perhimpunan” pada hari
Isnin selepas peperiksaan adalah dibatalkan.

4.2 Borang Penilaian Prestasi


4.2.1 Pn Rohanah meminta Pn Lee Yee Leng, Pn Zulyza, Pn Ellyna, En
Muslihat dan En Abu Bakar melengkapkan borang penilaian
prestasi mereka secepat mungkin untuk ulasan pegawai yang
menilai.

4.3 Penempatan Murid 2010


4.3.1 Pn Rohanah memberitahu kepada guru-guru yang terlibat dengan
pendaftar murid tingkatan 1 2010 bahawa sesi pendaftaran akan
diadakan seminggu selepas keputusan UPSR keluar.
4.3.2 Penempatan murid-murid 2010 pula akan diadakan pada 23
haribulan November 2009, dan guru-guru yang bertugas di dalam
penempatan murid dikehendaki hadir.
Tindakan: Guru yang dilantik

4.4 Kebersihan Bilik Guru


4.4.1 Sebelum cuti bermula guru-guru diingatkan agar membersihkan
bilik dengan menyimpan semua buku-buku akademik di dalam
almari panitia masing-masing.
4.4.2 Meja guru hendaklah kosong tanpa sebarang barang dan segala
kelengkapan di dalam bilik guru hendaklah di letakkan dalam
keadaan yang baik.
Tindakan: Semua guru
4.5 Peralatan
4.5.1 Peralatan dalam bilik kelas seperti langsir yang siap dicuci dan
peralatan kebersihan seperti penyodok hendaklah diserahkan
kepada Pn Norliza iaitu pembantu makmal sekolah.
Tindakan: Guru Kelas
13
4.5.2 Peralatan sukan juga diingatkan agar disimpan ditempat yang
sepatutnya dan keadaan yang baik dan kuantiti yang sepatutnya.
Tindakan: Guru PJPK

4.6 Buku Teks SBPT


4.6.1 Pn Hanani agar guru-guru memastikan murid-murid menghantar
buku teks mengikut jadual yang ditetapkan. Pengawas SBPT akan
bertugas memungut buku-buku teks dari kelas masing.Tindakan
guru bagi memastikan murid-murid tidak berkeliaran semasa
proses pemungutan buku teks.
4.6.2 Bagi guru-guru yang meminjam buku teks diminta menghantar
terus ke bilik buku teks untuk tujuan penyemakan stok.

4.7 Sijil-sijil dan Permarkahan


4.7.1 Semua sijil-sijil yang berkaitan dengan aktiviti murid hendaklah
dikemaskini dan diserahkan kepada murid.
4.7.2 Permarkahan PEKA, ULBS dan PLBS hendaklah dikemaskini dan
diserahkan kepada ketua bidang dan salinan permarkahan tesebut
diserahkan kepada murid yang bakal berpindah ke sekolah baru.
Tindakan: Guru Bahasa/Sains/Pendidikan Islam/Ketua Panitia

4.8 LADAP
4.8.1 Cik Najeema meminta guru-guru menyerahkan salinan “Kad
Laporan Latihan” kepada beliau untuk dikemaskini bagi tujuan
penyediaan sijil untuk kursus tersebut.
Tindakan: Semua guru

4.9 Laporan Minit Mesyuarat


4.9.1 Pn Lee Nai Foong meminta agar semua ketua panitia menyerahkan
laporan minit mesyurat panitia.
Tindakan: Ketua Panitia

5.0 Penutup
5.1 Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir
dalam mesyuarat kali ke-4 ini dan memohon kemaafan sekiranya
menyinggung perasaan guru-guru dengan teguran yang diberikan.
5.2 Pn Zabedah menegaskan bahawa segala teguran adalah bertujuan untuk
melatih guru-guru berdisiplin di dalam usaha menjadi barisan pendidik
yang baik.

14

You might also like