P. 1
Pendidikan Ilmu Perbandingan Agama:Penilaian Dari Parameter Syarak (World-COME 2009)

Pendidikan Ilmu Perbandingan Agama:Penilaian Dari Parameter Syarak (World-COME 2009)

|Views: 535|Likes:
Published by Ezry Fahmy
Kertas kerja ini akan merungkai persoalan berkenaan pembelajaran ilmu perbandingan agama melalui neraca al-Quran dan as-Sunnah serta peranannya dalam realiti semasa. Hal ini adalah kerana pembelajaran ilmu perbandingan agama tidak dapat lari dari merujuk dan membaca kitab-kitab suci agama lain seperti Bible dan sebagainya yang memuatkan sumber-sumber al-Israiliyyat. Maka kesimpulan kertas kerja ini akan memberikan penekanan kepada syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh para penuntut ilmu yang berkecimpung dalam ilmu perbandingan agama bagi memastikan akidah seseorang individu itu tidak terganggu gugat melalui kesalah fahaman dalam pembelajaran ilmu perbandingan agama.

Kertas kerja ini akan merungkai persoalan berkenaan pembelajaran ilmu perbandingan agama melalui neraca al-Quran dan as-Sunnah serta peranannya dalam realiti semasa. Hal ini adalah kerana pembelajaran ilmu perbandingan agama tidak dapat lari dari merujuk dan membaca kitab-kitab suci agama lain seperti Bible dan sebagainya yang memuatkan sumber-sumber al-Israiliyyat. Maka kesimpulan kertas kerja ini akan memberikan penekanan kepada syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh para penuntut ilmu yang berkecimpung dalam ilmu perbandingan agama bagi memastikan akidah seseorang individu itu tidak terganggu gugat melalui kesalah fahaman dalam pembelajaran ilmu perbandingan agama.

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: Ezry Fahmy on Dec 21, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/12/2012

pdf

text

original

The 7th World Conferences on Muslim Education (World-COME 2009) 21-23 December 2009

Pendidikan Ilmu Perbandingan Agama : Penilaian Dari Parameter Syarak
Abdul Razak Abd Muthalib a (Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa) abdulrazak_rk@yahoo.com & Ezry Fahmy Bin Eddy Yusof b (Sarjana Muda Ekonomi dan Pengurusan Sains, Universiti Islam Antarabangsa) ezryfahmy@yahoo.com

ABSTRAK Ilmu perbandingan agama dilihat sebagai medium yang berkesan dalam pendidikan islam sekaligus memanifestasikan usaha dakwah yang disarankan oleh Rasulullah Sallallahu’alahi Wa Sallam kepada umatnya. Ia dianggap berkesan dalam merungkai salah faham dan mengukuhkan keimanan kepada agama Islam. Maka perbandingan yang dibuat melalui pendidikan ilmu perbandingan agama ini memberi peluang kepada penuntut ilmu memahami dengan lebih jelas prinsip dan konsep yang diguna pakai dalam ajaran antara agama. Walau bagaimanapun, ianya dilihat sebagai satu medium yang bahaya terhadap akidah oleh sesetengah pihak kerana ia dikhuatiri mampu mempengaruhi penuntut ilmu yang tidak mempunyai kekuatan akidah yang utuh. Kertas kerja ini akan merungkai persoalan berkenaan pembelajaran ilmu perbandingan agama melalui neraca al-Quran dan as-Sunnah serta peranannya dalam realiti semasa. Hal ini adalah kerana pembelajaran ilmu perbandingan agama tidak dapat lari dari merujuk dan membaca kitab-kitab suci agama lain seperti Bible dan sebagainya yang memuatkan sumber-sumber al-Israiliyyat. Maka kesimpulan kertas kerja ini akan memberikan penekanan kepada syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh para penuntut ilmu yang berkecimpung dalam ilmu perbandingan agama bagi memastikan akidah seseorang individu itu tidak terganggu gugat melalui kesalah fahaman dalam pembelajaran ilmu perbandingan agama.

Kata Kunci: Ilmu perbandingan agama, al-Israiliyyat, dan akidah.

a b

Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa di Jabatan Sains Sosial. Pelajar sarjana dalam program Kewangan Islam Profesional Bertauliah (CIFP) di Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF).

The 7th World Conferences on Muslim Education (World-COME 2009) 21-23 December 2009

1.0 Pendahuluan

Tiada suatu metod tetap dalam melahirkan pendakwah berhikmah, tiada juga syarat tetap dalam menilai siapakah yang layak digelar pendakwah. Dakwah yang selalu dikaitkan dengan hikmah tidak seharusnya dilihat hanya pada skop kecil yakni hanya melibatkan sikap dan tingkah laku para pendakwah, ia juga menuntut satu kebijaksanaan dalam menyusun strategi. Justeru apa yang para pendakwah perlu fahami ialah Malaysia yang dikenali sebagai negara berbilang agama perlu dimanfaatkan sepenuhnya sebagai lubuk dakwah yang subur. Memandangkan agama mempunyai korelasi yang tinggi terhadap etnik, Banci Penduduk dan Perumahan (2000) yang mana bancian penduduk di negara Malaysia diadakan setiap 10 tahun sekali, menunjukkan bahawa agama seperti Buddha (19.2%), Kristian (9.1%), Hindu (6.3%) dan Confucious, Taoisme serta agama tradisi lain orang-orang Cina (2.6%) adalah potensi mad'u (orang yang didakwahi) kepada kita selaku para da'i (orang yang berdakwah) dalam menyampaikan risalah Islam.

2.0 Mempelajari dan merujuk kepada kitab suci agama lain: Satu penilaian

Allah berfirman dengan jelas: Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah". Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)" (Surah ‘Ali-Imran 3:64).

Ayat di atas mengajar kita menjadi bijak dalam gerak kerja dakwah, mengajak para pendakwah mempunyai manhaj dan pola fikir yang jelas dalam memilih strategi terbaik dalam usaha mengajak manusia kepada Islam. Para pendakwah yang jelas pola fikirnya beruntung dikurniakan kemanisan iman dan Islam, justeru kemanisan iman dan Islam itu bukan milik perseorangan yang boleh dikedekutkan dan hendaklah ianya dikongsikan bersama manusia sejagat. Cuma sahaja apakah metodologi atau uslub dakwah terbaik? Ayat di atas menyeru mencari persamaan berbanding perbezaan yang hanya akan mencetuskan perselisihan. Bukankah majoriti agama dunia menyeru kepada kebaikan? Majoriti agama dunia mennyeru kepada Tuhan yang satu? Perlu disedari bahawasanya bukanlah bermaksud pernyataan ini menyama ratakan agama, tetapi ianya adalah usaha mencari peluang dan ruang di sebalik dialog dan hubungan yang boleh dijalinkan sesama bangsa yang mungkin berlainan status agamanya.

The 7th World Conferences on Muslim Education (World-COME 2009) 21-23 December 2009

Hujah Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan umat Islam tidak akan berhasil jika cuba disodokkan secara paksaan dalam dialog perbandingan agama, situasi ini menyeru para pendakwah bersikap bijak dalam melihat perbezaan keimanan terhadap sumber rujukan mereka. Selain menggunakan logik akal melalui analogi dan permainan emosi, kita juga boleh menggunakan sumber rujukan agama lain seperti kitab suci mereka. Cuma persoalan yang timbul ialah apakah Islam membenarkan cara (uslub) dakwah sebegini?

Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah al-Nahl 16:125).

Ayat ini menjadi pegangan dan prinsip dakwah yang perlu diimani dan digaris bawahi oleh setiap mereka yang berkerja untuk Allah Azza Wa Jalla. Seperti mana mereka yang berkerja di sebuah syarikat diwajibkan mengikut skop tugas yang diberikan, begitu juga halnya dengan seorang pendakwah yang diajar dengan jelas oleh Allah bagaimana cara yang sepatutnya dilakukan dalam menggalas posisi pendakwah tersebut.Setiap pendakwah walaubagaimanapun bebas menyusun uslub dakwahnya selagi mana ianya masih dalam parameter Syarak.

Maka mereka yang memilih mencedok isi kitab agama lain secara dasarnya cuba membuktikan kesamaan atau betapa kitab itu tidak mempunyai penyampaian konsisten akibat kesalahan atau percanggahan fakta. Maka seputar persoalan ini muncul dua pernyataan yang akan kita analisa selanjutnya iaitu: 1) Merujuk dan membaca kepada kitab suci agama lain adalah berbahaya kerana akan mempengaruhi minda dan menyebabkan akidah seseorang itu terpesong! 2) Nabi Sallallahu’alaihi Wa Sallam sendiri melarang tindakan sedemikian!

Pernyataan di atas boleh dirumuskan daripada pemahaman berdasarkan sebuah hadis sahih yang merujuk kepada kisah Umar al-Khattab radhiallahu 'anh yang dilarang membaca kitab kaum Yahudi dan Nasrani oleh Rasulullah Sallallahu ‘alahi Wa Sallam. Hadis yang dikhabarkan oleh Jabir bin ‘Abd Allah radhiallahu 'anh bahawa: “‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anhu pernah mendatangi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sambil membawa kitab yang diperolehnya daripada sebahagian Ahli Kitab (yakni kaum Yahudi dan Nasrani). Lalu ‘Umar membacakan kandungan kitab tersebut

The 7th World Conferences on Muslim Education (World-COME 2009) 21-23 December 2009

kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan ini menyebabkan baginda menjadi marah. Lalu baginda bersabda: Adakah orang-orang yang hairan dan syak wahai Ibn alKhaththab? Demi diriku yang berada di Tangan-Nya, sesungguhnya aku datang kepada kalian dengan (Ajaran Islam) yang putih bersih. Janganlah kalian bertanya kepada mereka (Ahli Kitab) tentang sesuatu apa jua kerana mereka akan mengkhabarkan kalian perkara yang benar namun kalian mendustakannya atau (mereka mengkhabarkan kalian perkara yang) batil namun kalian membenarkannya.Demi diriku yang berada di TanganNya, seandainya Musa ‘alaihissalam masih hidup, nescaya dia akan mengikutiku (Ajaran Islam).” (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya no: 15156 telah disemak oleh penyemak kitab tersebut Syaikh Syu‘aib al-Arna’uth dan mendapati sanadnya adalah lemah).

3.0 Hadis perihal menggunakan sumber al-israiliyyat

Al-Israiliyyat difahami sebagai apa jua sumber yang datang daripada Ahli Kitab, baik daripada sumber periwayatan mahupun daripada kitab-kitab mereka. Terdapat beberapa hadis yang boleh kita rujuk dalam mengenal pasti apakah hukum merujuk dan mengambil sumber daripada sumber-sumber alIsrailiyyat.

Hadis pertama daripada Abu Hurairah radhiallahu’anh yang mana beliau menerangkan tindakan kaum Ahli Kitab yang membaca kitab Taurat dalam bahasa Ibrani dan kemudian menafsirkannya dalam bahasa Arab untuk orang-orang Islam. Lalu Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wa Sallam bersabda yang bermaksud: Janganlah membenarkan Ahli Kitab dan jangan pula mendustakan mereka. Akan tetapi katakanlah “Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan.” (Hadis Sahih alBukhari no: 7542, Kitab al-Tauhid, Bab apa yang dibolehkan daripada tafsiran Taurat dan selainnya).

Manakala hadis kedua daripada ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu’anhuma yang mana beliau berkata, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wa Sallam bersabda: Sampaikanlah daripada aku walau satu ayat dan ceritakanlah daripada Bani Israil, tidaklah ia menjadi satu kesalahan. Dan sesiapa yang berdusta di atas namaku maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya dalam neraka. (Hadis Sahih al-Bukhari no: 3461, Kitab Ahadits al-Anbiya’, Bab apa yang disebut tentang Bani Israil)

3.1 Menilai perbezaan hadis menggunakan sumber al-israiliyyat

The 7th World Conferences on Muslim Education (World-COME 2009) 21-23 December 2009

Jika kita lihat secara zahir kedua hadis yang dinyatakan di atas itu sememangnya seperti wujud percanggahan dalam arahan yang diberikan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wa Sallam. Hadis pertama menyebut “Janganlah membenarkan Ahli Kitab” seumpama satu larangan walhal hadis kedua lebih bersifat neutral. Maka bagi mengelak kekeliruan atas dua arahan di atas, perlulah kita untuk merujuk kepada tafsiran hadis tersebut daripada para ulamak Islam terdahulu. Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqolani dalam menjelaskan maksud isi hadis “ceritakanlah daripada Bani Israil, tidaklah ia menjadi satu kesalahan.” berkata: “Iaitu tidaklah dibataskan ke atas kalian berkenaan cerita-cerita daripada mereka (Bani Israel), disebabkan sebelum itu terdapat tegahan daripadanya (Rasulullah) shallallahu 'alaihi wasallam daripada mengambil daripada mereka dan merujuk kepada kitab mereka (cth.-Bible-pen.). Kemudian diberikan kelonggaran daripada yang sedemikian. Seolaholah larangan tersebut berlaku sebelum penetapan hukum-hakam Islam dan kaedahkaedah agama (sehingga) dibimbangi berlakunya fitnah. Kemudian tatkala hilangnya bahaya tersebut, diberikan izin untuk melakukan sedemikian (menyampaikan daripada sumber al-Israiliyat). Ini disebabkan terdapat iktibar yang dapat diambil pada mendengar khabar-khabar daripada zaman mereka.” (Fathul Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari (diteliti oleh Fu‘ad ‘Abd al-Baqi & Muhib al-Din al-Khatib; Dar al-Ma’rifah, Beirut, 1379H), jld. 6, ms. 498).

Justeru pemahaman yang dapat diekstrak daripada hadis pertama ialah tegahan tersebut berlaku di zaman awal Islam, al-Israiliyyat tidak diakui oleh Islam dan tidak pula diingkari, maka di sini wajib diam, sesuai dengan apa yang tercatat dalam hadis yang pertama itu. Ia merujuk kepada zaman tatkala pegangan Islam masih belum kukuh tentang asas-asas ajaran Islam. Apabila ianya telah dapat dibezakan ajaran Israiliyyat dan mempunyai pegangan ajaran Islam yang kukuh, maka adalah dibenarkan menyampaikan sumber al-Israiliyyat. Jelas bahawa ianya ditujukan kepada mereka yang tidak mampu membezakan sumber al-Israiliyat, antara yang tulen dan yang palsu. Manakala hadis kedua membenarkan kepada mereka menyampaikan sumber al-Israiliyat yang tulen atau sahih sahaja.

3.2 Neraca dalam menilai sumber al-Israiliyyat Neraca dalam menilai sumber al-Israiliyyat bagi menetukan sama ada ianya sahih atau tidak adalah berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini dinyatakan oleh al-Imam al-Syafi’ie rahimahullah dan dipetik oleh Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqolani dalam kitabnya yang bermaksud: “Antara yang sedia dimaklumi adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi Wa Sallam tidak membenarkan penyampaian cerita yang dusta. Maka maksud “…ceritakanlah daripada Bani Israil…” adalah terhadap apa yang diketahui bukan dusta. Justeru terhadap apa yang dibenarkan (yakni bukan dusta) , maka tidaklah menjadi satu kesalahan ke atas kalian

The 7th World Conferences on Muslim Education (World-COME 2009) 21-23 December 2009

untuk menyampaikannya daripada mereka dan ini selari dengan sabda baginda: “Apabila diceritakan kepada kalian oleh Ahli Kitab, maka janganlah membenarkan mereka dan jangan pula mendustakan mereka.” Tidaklah dimaksudkan sebagai keizinan (daripada membenarkan mereka) mahupun larangan (daripada mendustakan mereka) berkenaan menyampaikan cerita (al-Israiliyat) terhadap apa yang telah diputuskan sebagai benar.” (Fathul Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari (diteliti oleh Fu‘ad ‘Abd al-Baqi & Muhib al-Din al-Khatib; Dar al-Ma’rifah, Beirut, 1379H), jld. 6, ms. 499).

Kemestian merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah yang sahih dalam menilai ketulenan sumber al-Israiliyyat dikuatkan lagi dalam firman Allah Azza Wa Jalla: “Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur'an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.”(Surah al-Maidah 5:48).

Maka di sini dapat kita simpulkan bahawa dibenarkan kepada para pendakwah merujuk kepada kitab suci agama lain yang merupakan sumber al-Israiliyyat seperti Bible dan seumpamanya sebagai bahan untuk berdakwah. Itupun dengan syarat pendakwah tersebut mempunyai pegangan ajaran Islam yang kukuh terutama tentang asas-asas Islam sehingga mampu membezakan antara yang al-haq (kebenaran) dan al-batil (kebatilan). ‘Abdullah Al-Qari (1987) ketika menyimpulkan perbahasan ‘Bolehkah orang-orang Islam membaca kitab suci yang ada campur tangan manusia’ berkata: “Bagi seorang pengkaji, tidaklah pula salahnya membaca kitab-kitab itu untuk membuat perbandingan bagi menjaga akidah-akidah orang-orang Islam selama dia tidak dipengaruhi oleh kitab itu seandainya dia sudah mempunyai pegangan yang teguh dalam agama Islam sendiri.” (p.156-157).

Jika dapat dipastikan ajaran akidah yang bersamaan antara kitab yang sebelumnya dengan alQur’an dan hadis yang sahih, para pendakwah bolehlah menggunakannya untuk berdakwah kepada orang Kristian, Buddha dan sebagainya hanya sebagai medium untuk berdialog. Hal ini ternyata bersesuaian dengan perintah Allah Subhanallahu Ta’ala: Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah". Jika mereka berpaling maka katakanlah

The 7th World Conferences on Muslim Education (World-COME 2009) 21-23 December 2009

kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". (Surah ali-Imran 3:64)

Sekali lagi diingatkan bahawa persamaan yang dicari bukan sesekali bermaksud cuba menyama ratakan agama dalam perbandingan yang dibuat, tetapi perkara ini bertujuan membuktikan kebenaran Islam yang ada ditonjolkan dalam kitab-kitab agama suci lain. Antara yang boleh kita lihat ialah seperti beberapa ayat di dalam kitab agama Kristian yakni Bible ada menunjukkan contoh konflik pemahaman ketuhanan Jesus, pengakuan Jesus tentang ketidak mampuannya berbuat sesuatu melainkan dengan bantuan Tuhan, perkataan trinity yang hanya diceritakan di dalam al-Quran, penjelasan tentang kewujudan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wa Sallam dalam kitab suci mereka dan sebagainya. Banyak lagi perbandingan yang dapat dibuat sekaligus membenarkan kalam Allah Azza Wa Jalla dan membuktikan kepincangan fakta agama selain Islam. “Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan katakanlah: "Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami hanya kepada-Nya berserah diri".” (Surah Al-Ankabut 29:46).

4.0 Ilmu perbandingan agama menurut para ulamak silam dan kontemporeri

Ilmu perbandingan agama terutamanya kajian terhadap Bible bukanlah ilmu yang baru. Ianya telah dipelopori oleh para ulamak silam seperti Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Hazm beratus-ratus tahun yang silam. Mereka sudah membongkarkan kesilapan-kesilapan di dalam kitab suci agama Kristian yakni Bible sejak beratus tahun yang lepas. Maka tokoh-tokoh kontemporeri seperti Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Naik seumpamanya hanyalah penyambung usaha tokoh-tokoh silam ini.

Malah kepentingan ilmu perbandingan agama ini diberikan perhatian oleh institusi-institusi pengajian tinggi Islam terkemuka seperti Universiti Al-Azhar dan Universiti Madinah dengan tertubuhnya Jabatan Perbandingan Agama dan subjek khas bagi mempelajari ilmu perbandingan agama khususnya Bible. Begitu juga halnya di Malaysia, university tempatan seperti Universiti Malaya, Universiti

Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa mempunyai jabatan, subjek atau pengkhususan di dalam bidang perbandingan agama yang memerlukan para pelajarnya mempelajari dan menkaji kitab suci pegangan agama lain sesuai dengan peranan mahasiswa serta mahasiswi Islam sebagai pendakwah.

5.0 Kesimpulan

The 7th World Conferences on Muslim Education (World-COME 2009) 21-23 December 2009

Masyarakat awam umumnya mempunyai persepsi bahawa Bible adalah kitab penganut Kristian yang tidak boleh disentuh dan dibaca kerana mampu menggugat akidah Islam justeru membuatkan jiwa mereka sedikit gementar bila berbicara tentang kitab agama lain. Semestinya niat dan kemampuan itu memainkan peranan yang penting dalam merujuk kitab suci agama lain, bukan atas tujuan mencari petunjuk apatah lagi beriman dengannya kerana cukuplah al-Quran sebagai satu kitab suci yang komprehensif lagi besar manfaatnya (tanpa keraguan sedikitpun), niat perlulah berpaksikan hanya satu tujuan yakni atas nama dakwah.

Uslub atau metod dakwah itu ternyata tidak dispesifikkan kepada hanya satu usaha sahaja. Justeru tiada gunanya jika sekadar sengaja mencari kesalahan metod dakwah sesetengah golongan tanpa melihat pada cermin usaha dakwah diri sendiri terlebih dahulu. Selagimana ianya tidak melanggar batasan dan parameter yang ditetapkan oleh syarak, maka usaha itu perlu diberi sokongan dan dorongan.

The 7th World Conferences on Muslim Education (World-COME 2009) 21-23 December 2009

Bibliografi

’Abdullah Al-Qari. (1987). Kajian Meyakini Kitab Allah Dan Sikap Kita Terhadapnya ( Pembongkaran Kitab-Kitab Dari Langit Dan Kitab-Kitab Ciptaan Manusia. Kelantan, Malaysia: Pustaka Asa.

Al-Qur’an Dan Terjemahannya. (1971).Kedutaan Kerajaan Saudi Arabia di Malaysia.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqolani. (1379H) Fathul Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari (diteliti oleh Fu‘ad ‘Abd al-Baqi & Muhib al-Din al-Khatib) Beirut:Dar al-Ma’rifah.

Ata’ullah Siddiqui ed. (1998). Ismail Raji al-Faruqi: Islam and Other Faiths. The Islamic Foundation United Kingdom.

Banci

Penduduk

dan

Perumahan.

(2000).

Diambil

pada

15

Mei,

2009

dari:

http://www.statistics.gov.my

Ismail Omar. (2006) Manhaj Aqidah Ahli As-sunnah Wal Jamaah. Kuala Lumpur:Access InfoTech (M) Sdn Bhd.

John L. Esposito. (1995). The Islamic Threat: Myth or Reality?. New York : Oxford University Press.

Mohd Ghazali Md Nor (2007) Israiliyyat Moden :Tumpuan Terhadap Hedonisme (Latihan Ilmiah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya) ms. 41.

Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin. (n.d). Ash-Shahwah Al-Islamiyah Dhawabith wa Taujihat. (edisi Indonesia, Panduan Kebangkitan Islam, Penerjemah Muhammad Ihsan Zainudin).

Indonesia:Darul Haq.

Muhammad Arif Zakaullah. (2004). The Cross and The Cresent: The Rise of the American Evangelism and the Future of Muslims. Kuala Lumpur: The Other Press.

Muhammad Bin Muhammad Abu Syahbah. (2006). Israiliyyat & Hadith Palsu Dalam Kitab Tafsir (terjemahan: Hasnan Bin Kasan). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.

Osman Chuah Abdullah. (2005). Preaching To The Non-Muslim Chinese In Malaysia. Kuala Lumpur: Research Center, IIUM.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->