P. 1
Bilik Darjah Pelbagai Budaya

Bilik Darjah Pelbagai Budaya

|Views: 3,737|Likes:
Published by semangat besi

More info:

Published by: semangat besi on Dec 21, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/19/2013

pdf

text

original

Bilik Darjah Kepelbagai Budaya (Multicultural Classroom

)
Budaya seringkali dikaitkan dengan etnik, agama, jantina sosio ekonomi serta latar belakang keluarga. Aspek-aspek ini adalah saling berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan akan kepelbagaian yang wujud di antara pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbezabeza yang mana ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Budaya dan gaya pembelajaran merupakan dua hubungan yang sangat penting dalam memahami kepelbagaian pelajar dalam memberikan pengajaran yang lebih berkesan dalam membantu pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran mereka. Perhubungan nilai-nilai budaya ini dan pendekatan pembelajaran serta pengalaman di dalam kelas adalah satu hubungkait untuk pelajar berjaya bukan sahaja dari segi akademik, bahkan juga dari segi sosial dan emosi. Kebiasaannya guru berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu kerenah murid yang datang dari pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran yang di sampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar. Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang identiti diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, gaya pembelajaran dan sebagainya.

Konsep ini dipilih adalah berdasarkan keperluan guru untuk memahami bahawa terdapat perbezaan antara setiap pelajar dengan pelajar yang lain. Ini mendesak guru untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah. Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya pelajar terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar akan memberikan faedah kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan menghasilkan pembaikan pengajaran untuk semua. Dari segi pelajar yang pelbagai budaya, guru perlu memikirkan cara yang tersendiri dalam memberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semua pelajar-pelajarnya tanpa mengira budaya. Oleh yang demikian guru harus memahami pelajar-pelajarnya sama ada Melayu, Cina mahu pun India mempunyai tahap kefahaman dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza anatara satu sama lain. Secara kesimpulannya, kepelbagaian pelajar, gaya pembelajaran, dan budaya meruapakan 3 aspek penting serta secara tidak langsung menjadi cabaran utama dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kepekaan guru terhadap kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam menyatukan kepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->