You are on page 1of 2

Domain Afektif (Affective Domain)

Domain afektif melibatkan aspek-aspek kerohanian dan penekan kepada


pertumbuhan dan perkembangan sikap, perasaan, emosi dan nilai yang wujud
pada diri seseorang khususnya pelajar. Dalam proses pembelajaran yang
berasaskan domain afaktif ini pelajar menerima input yang berupa nilai-nilai tertentu,
pergembangan dari segi perasaan emosi dan sikap serta elemen kerohanian lain yang
menjadi sebahagian daripada pertumbuhna diri.

Krathwohl, Bloom, Masia (1964) telah mengklasifikasikan domain afektif ini


kepada 4 kategori iaitu peringkat penerimaan, peringkat memberi gerak balas,
peringkat rasa bernilai dan peringkat mengorganisasi. Perasaan murid-murid yang
suka atau benci sesuatu mata pelajaran itu adalah penting dalam pengajaran guru.
Begitu juga dengan minat dan penghargaan, kedua-duanya tidak harus di ketepikan
dalam sesuatu pengajaran formal sikap biasanya di takrifkan sebagai kemahuan sama
ada mahu mendekati atau menjauhi sesuatu persekitaran. Dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran ia lebih tepat di takrifkan sebagai menyukai, merasa seronok atau
membenci sesuatu mata pelajaran itu. Penghargaan pula adalah satu ukuran terhadap
kepuasan berinteraksi atau mengahayati sesuati persekitaran.

Konsep ini dipilih kerana perasaan, emosi, minat, penghargaan dan sikap di
pertimbangkan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru berkebolehan
mengunakan unsur-unsur ini bagi mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
Murid-murid harus dapat membentuk suatu sikap yang positif terhadap pelajaran
mereka dan dapat mengahargai ilmu pengetahuan yang di beri. Ini membolehkan
pembelajaran mereka akan menjadi lebih mudah dan berkesan.

Konsep ini berkait rapat dengan pengajaran kepelbagaian pelajar melalui


representasi emosi yang dialami oleh seseorang pelajar. Pelajar mengalami sasaran
afektif pada 3 dimensi. Pertama, dimensi afektif positif dimana pelajar mengalami
perasaan positif seperti releks, keseronokan, kenikmatan atau kegembiraan. Kedua,
dimensi afektif neural pula sedikit atau tidak mengalami sebarang perasaan pada
sesuatu tempoh masa. Ketiga, dimensi afektif negatif membayangkan perasaan dan
emosi negatif seperti kesakitan, kerisauan, perasaan bersalah, kebosanan dan
kemarahan.

Perbezaan individu mempunyai kaitan dengan pemprosesan informasi menurut


proses kognitif. Keupayaan induvidu dilihat dalam konteks afektif kerana segala
keputusan ujian dan peperiksaan adalah hasil interaksi sasaran afektif dengan proses
kognitif. Pengaruh sosio budaya dilihat berperanan menentukan sasaran afektif yang
berkesan. Secara tuntasnya sasaran afektif memotivasikan, mengorganisasikan dan
memandu pelajar dalam mempersepsi memikir dan bertindak. Pelajar memerlukan imej
kendiri yang positif dalam pembelajaran untuk berinteraksi antara satu sama lain dalam
konteks emosional untuk melahirkan suasana pembelajaran yang selesa dan baik.

You might also like