You are on page 1of 2

Kurikulum Tersembunyi (Hidden Curriculum)

Kebanyakan definisi menyatakan kurikulum dirancang tetapi, dalam alam


persekolahan murid-murid bukan sekadar mempelajari apa yang dirancang secara
formal malah ada beberapa perkara yang di pelajari secara tidak formal. Apa yang di
pelajari secara tidak formal adalah lebih kekal dan berkesan daripada yang di pelajari
secara formal oleh sebab itulah timbulnya istilah The Hidden Curriculum yang di
pelopori oleh P.W Jackson.

Roland Meighan menyatakan kurikulum tersembunyi adalah lanjutan atau


tambahan daripada generalisasi kepada norma-norma masyarakat. Ia di pelajari
melalui pelajaran yang tidak di perkatakan. Menurut James (1968), kurikulum
tersembunyi lahir daripada sekolah sebagai satu organisasi iaitu apa sahaja
pelajaran di sekolah yang di terima oleh pelajar di luar kurikulum yang nyata.
Socket (1976), menganggap setiap sekolah ada kurikulum yang tersembunyi yang di
miliki oleh pelajar-pelajar sahaja, tidak rasmi, meliputi pelbagai aspek kehidupan
sekolah, termasuk bahasa pertututuran, jenaka, permusuhan dan pertentangan antara
mereka, sikap terhadap pelajaran dan permaian, terhadap guru dan lain-lain.

Konsep ini dipilih berdasarkan sikap dan nilai yang tersirat dapat dilihat pada
seseorang guru. Ia tidak menunjukkan sikap secara terus-terang, tetapi pemindahan
sikapnya akan berlaku apabila dia memberi contoh-contoh yang memperkecilkan orang
lain. Menurut gordan (1957), terdapat 3 perkara besar dalam kurikulum
tersembunyi iaitu ada kaitan antara pelaksanaan pelajaran dengan status dan
peranan murid di sekolah, cliques dan faction (geng) banyak mempengaruhi
perlakuan remaja dan mempengaruhi pencapaian dan sistem tidak formal ini
besar pengaruhnya dan sentiasa menjadi sumber konflik kepada guru.

Perkaitan yang jelas dapat dilihat dalam pengajaran kepelbagaian pelajar melalui
konsep kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat boleh dilihat daripada peraturan-peraturan
sekolah yang di kenakan keatas pelajar. Ini termasuklah peraturan tentang rambut,
pakaian, datang lewat, dan ponteng yang kesemuanya membawa kesan tidak langsung
kepada pelajar. Di bilik darjah pula pelajar di suruh membuat eksperimen, bukan setakat
di beri fakta sahaja. Selain itu, struktur institusi juga di kenakan kepada pelajar seperti
peraturan didalam bilik darjah contohnya, bila hendak mengangkat tangan, bila boleh
menjawab dan sebagainya.

Terdapat juga peraturan yang memaksa pelajar menghabiskan kerja-kerja dalam


masa yang di tetapkan tanpa mengira tahap pencapaian dan kebolehan pelajar tersebut.
Murid-murid juga mempelajari bagaimana berinteraksi dengan masyarakat sekeliling.
Sekolah adalah masa peralihan antara zaman kanak-kanak ke zaman dewasa. Murid-
murid di sekolah akhirnya akan menyedari hak-hak individu yang perlu di korbankan
demi kepentingan orang ramai dan peraturan diwujudkan kerana ia di perlukan.

You might also like