You are on page 1of 23

UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 1

UNIT
UNIT 33

OBJEKTIF

Objektif am :

Mempelajari dan menjelaskan maksud kontrak-kontrak terbatal


dan boleh batal, faktor-faktor perlepasan kontrak dan remedi
bagi pecah kontrak.

Objektif Khusus :

Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat :

a. Menjelaskan elemen-elemen yang menyebabkan kontrak


menjadi terbatal dan boleh batal

b. Menjelaskan faktor-faktor perlepasan sesuatu kontrak

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 2

c. Menerangkan remedi-remedi bagi pecah kontrak

3.1 KONTRAK TERBATAL DAN BOLEH BATAL

3.3.1 KONTRAK TERBATAL

Kontrak terbatal bukanlah merupakan kontrak yang sah sama sekali.


Pihak-pihak yang berkenaan langsung tidak terikat dan tiada
tanggungjawab yang wujud di sini. Undang-undang akan menganggap
seolah-olah tiada kontrak yang wujud dan pihak-pihak akan dikembalikan
kepada keadaan asal. Kontrak batal adalah kontrak yang dibuat tanpa
mengambil kira unsur-unsur atau elemen-elemen penting di dalam
pembentukan kontrak.

3.3.2 KONTRAK BOLEH BATAL

Sesuatu kontrak adalah sah sehinggalah salah satu pihak yang berkontrak
itu membuat pilihan untuk membatalkannya. Pihak yang berkontrak boleh
membatalkan kontrak dengan alasan terdapat sesuatu unsur yang boleh
membatalkan kontrak tersebut.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 3

Harta atau barang yang telah dipindah milik sebelum pihak tersebut
membuat pilihan untuk membatalkan kontrak tersebut biasanya tidak
boleh dituntut semula kerana ianya sah.

Perkara-perkara yang menjadikan sesuatu kontrak itu boleh batal adalah


seperti di tunjukkan dalam Rajah 3.1 di bawah.

KONTRAK BOLEH BATAL

PAKSAAN FRAUD KHILAF

PENGARUH SALAH
TAK WAJAR NYATAAN

Rajah 3.1 : Kontrak Boleh Batal

PAKSAAN

Seksyen 15 AK 1950 mendefinisikan maksud paksaan secara amnya


sebagai apa saja kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan
terhadap diri seseorang, keluarga atau harta, atas tujuan supaya seseorang
itu membuat kontrak.
Contoh Kes :
1. KESARMAL A/L LETCHUMANAN DAS LWN VALIAPPA
CHETIAR (1954) MLJ 119.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 4

i. Isu sah atau pun tidaknya perjanjian yang dibuat di bawah


paksaan 2 orang pegawai tentera Jepun.
ii. Kontrak terbatal atau tidak sah.

2. CHIN NAM BEE DEVELOPMENT SDN. BHD. LWN TAI KIM


COO & 4 ORS (1988)2 MLJ 117
o Isu sah atau tidaknya kontrak yang dibuat atas paksaan di mana
perayu meminta bayaran tambahan untuk tempahan rumah tanpa
kerelaan responden.
o Keputusan : Kontrak terbatal disebabkan terdapat unsur paksaan
perayu di mana responden memasuki kontrak tanpa kerelaan.

PENGARUH TAK WAJAR


Seksyen 16(1) AK 1950 mentakrifkannya sebagai ,
 Satu pihak berada dalam kedudukan boleh menguasai pihak yang
lain dan
 Menggunakan kedudukan itu untuk memperolehi kelebihan yang
tidak adil.
Contoh Kes:
1. SALWATH HANEEM LWN HADJEE ABDULLAH (1894)
 Isu sah ataupun tidaknya suatu perjanjian penyerahan harta
kepunyaan plaintif kepada defendan atas pengaruh tidak wajar oleh
defendan.
 Keputusan : Kontrak menjadi boleh batal dan plaintif memilih
untuk membatalkan kontrak dan mendapatkan kembali haknya.

2. CHAIT SINGH LWN BUDIN BIN ABDULLAH (1918) 1 FMSLR


348

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 5

-Isu samada kadar faedah yang begitu tinggi yang dikenakan oleh
plaintif terhadap defendan yang buta huruf dikira sebagai suatu
pengaruh tak wajar.
-Keputusan : Plaintif gagal untuk membuktikan tiada pengaruh tak
wajar dikenakan terhadap defendan.
FRAUD (TIPUAN)

Seksyen 17 AK 1950 mendefinisikan fraud sebagai satu pihak yang


membuat kontrak dengan niat memperdayakan pihak lain untuk membuat
kontrak dengannya.

Perbuatan-perbuatan itu ialah :


a. menyarankan sesuatu fakta,
b. menyembunyikan sesuatu fakta yang tidak benar,
c. membuat janji tanpa niat menepati janji,
d. melakukan mana-mana perbuatan untuk memperdaya,
e. mana-mana perbuatan atau penyembunyian yang ditetapkan oleh
undang-undang sebagai penipuan.

Contoh kes: SENANANYAKE LWN ANNIE YEO (1965)


 Isu samada kenyataan tidak benar yang diberikan oleh defendan
terhadap kedudukan kewangan firma defendan yang menyebabkan
plaintif mengalami kerugian setelah melabur di dalam firma
defendan.
 Mahkamah memutuskan defendan berniat menipu plaintif dan
kontrak terbatal.

SALAHNYATAAN

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 6

Seksyen 18 AK 1950 menyatakan bahawa salah nyataan hendaklah


berbentuk satu kenyataan fakta. Kalau sekadar pendapat peribadi sahaja, ia
tidak boleh menjadi salahnyataan walaupun jika pendapat itu tidak benar.
Salahnyataan boleh jadi dalam 2 bentuk iaitu salahnyataan fraud dan
salahnyataan ikhlas yang mana ianya tidak mempunyai niat untuk menipu.

Kita perlu tengok


Boleh jelaskan lagi pengetahuan orang
antara salahnyataan yang membuat
fraud dan salahnyataan itu jika
salahnyataan ikhlas ? nak tentukan sesuatu
salahnyataan itu
fraud ataupun
ikhlas.

Jika seseorang itu telah mengetahui


bahawa kenyataan yang dibuatnya
adalah salah atau tidak benar, maka
itu adalah salahnyataan
fraud.Manakala jika seseorang itu
benar-benar mempercayai sesuatu
kenyataan itu betul semasa kontrak
dibuat walhal ianya salah, maka itu
adalah salahnyataan ikhlas.

Contoh Kes: R LWN KYLSANT (1932)


Isu samada kenyataan bersifat menipu di dalam prospektus syarikat
dianggap sebagai suatu salahnyataan fraud.
Keputusan: Penipuan tentang fakta sebenar mengenai kedudukan
kewangan syarikat adalah dianggap sebagai suatu salahnyataan fraud.

KHILAF (KESILAPAN)

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 7

Seksyen 21 AK1950 menyatakan apabila terdapat kesilapan terhadap


fakta-fakta penting yang dibuat oleh kedua-dua pihak yang berkontrak,
perjanjian adalah batal.

Contoh Kes : RAFFLES LWN WICHELHAUS (1864)


Isu berkaitan dengan kesilapan mengenai 2 buah kapal yang membawa
muatan kapas iaitu perkara pokok di dalam kontrak itu dianggap sebagai
kesilapan mengenai fakta penting di dalam kontrak yang menjadikan
kontrak terbatal. Apabila khilaf berlaku disatu pihak, kontrak tidak batal.
Ini diperuntukan oleh seksyen 23 AK 1950.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 8

AKTIVITI
AKTIVITI3a
3a

1. Jelaskan apakah yang ditakrifkan oleh kontrak batal dan kontrak boleh batal?

2. Apakah yang dimaksudkan oleh pengaruh tidak wajar?

3. Huraikan fakta kes Kesarmal a/l Letchumanan Das lwn Valiappa Chetiar (1954)
MLJ 119?

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 9

MAKLUM
MAKLUMBALAS
BALAS3a
3a

1. Kontrak Batal
Kontrak yang tidak terdapat kesemua elemen-elemen kontrak yang lengkap iaitu
perjanjian, balasan, niat, keupayaan dan ketentuan.

Kontrak Boleh Batal


Kontrak yang mana pada asalnya merupakan satu kontrak yang sah tetapi menjadi
kontrak boleh batal atas pilihan pihak yang tidak berpuashati disebabkan oleh
paksaan, pengaruh tak wajar, tipuan, salahnyataan dan khilaf.

2. Merujuk Seksyen 16 AK 1950 dan boleh disimpulkan sebagai satu pihak yang
berkeupayaan untuk menguasai pihak yang lain dan menggunakan keupayaannya
itu untuk memperolehi kelebihan yang tidak adil ke atas pihak yang lain. Contoh
kes yang boleh dirujuk ialah Salwath Haneem lwn Hadjee Abdullah dan Chait
Singh lwn Budin B. Abdullah.

3. Isu pindahmilik tanah telah dilaksanakan atas paksaan pegawai tentera Jepun.
Mahkamah memutuskan transaksi yang dibuat atas paksaan 2 orang pegawai
tentera Jepun adalah tidak sah kerana tidak dibuat secara sukarela.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 10

3.2 PELEPASAN KONTRAK

Kewajipan kontraktual pihak-pihak dalam sesuatu kontrak dikatakan telah


dilepaskan apabila pihak-pihak berkenaan tidak lagi dikehendaki melaksanakan
obligasi tersebut. Sesuatu kontrak boleh dilepaskan apabila terdapat faktor-faktor
seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 3.2 berikut :

PELAKSANAAN

PERJANJIAN

PELEPASAN
KONTRAK
KEKECEWAAN

KEMUNGKIRAN

Rajah 3.2 : Faktor Pelepasan Kontrak

PERLAKSANAAN

Bermaksud penyempurnaan lengkap atau sebenar sesuatu kewajipan menurut


syarat-syarat yang telah dipersetujui dalam kontrak.
Contoh kes :
BOLTON LWN MAHADEWA (1972) 1 WLR 1009
Plaintif telah bersetuju memasang alat pemanas di rumah defendan. Setelah siap
dipasang defendan enggan membuat bayaran kerana alat tersebut tidak berfungsi.
Mahkamah memutuskan plaintif tidak berhak menuntut .

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 11

PERJANJIAN

Pihak-pihak yang berkontrak melepaskan kewajipan atau obligasi masing-masing


melalui perjanjian baru.
Perjanjian-perjanjian baru boleh jadi dalam bentuk :
a. novasi
b. pembatalan
c. penggubahan
d. remitan

Novasi
Pengambilalihan tanggungan/obligasi oleh pihak lain.

Pembatalan
Pihak-pihak berkontrak membatalkan kontrak tersebut atas persetujuan pihak-
pihak yang terlibat sebelum sesuatu pelaksanaan dalam sesuatu kontrak
disempurnakan.

Penggubahan
Perjanjian dibuat untuk mengubah atau meminda terma-terma kontrak.

Remitan
Perjanjian untuk mengurangkan atau meringankan atau melepaskan samada
keseluruhan atau sebahagian dari perjanjian asal.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 12

KEKECEWAAN

Menurut Seksyen 57 AK 1950 apabila berlaku ketidak mungkinan dalam


pelaksanaan sesuatu kontrak maka kontrak tersebut adalah mustahil untuk
dilaksanakan. Inilah yang dikatakan suatu kontrak yang kecewa.
Contoh kes :
SENG DJIT HIN LWN NAGURDAS PUSHOTUMDAS & CO. (1924) 14
SSLR
181
Satu perjanjian pengangkutan laut menjadi kecewa apabila kapal berkenaan
diambil milik oleh kerajaan selepas peperangan meletus.

KEMUNGKIRAN

Apabila pihak-pihak yang berkontrak gagal untuk melaksanakan obligasi


kontraktualnya, ini memberikan hak kepada pihak yang tidak bersalah untuk
mengambil tindakan sewajarnya termasuklah menamatkan kontrak.

Contoh 3.1 :
A telah bersetuju untuk berkongsi membuka perniagaan alatan sukan
bersama B dan keuntungan akan dibahagi samarata. Didapaati A telah
tidak jujur dalam mengagihkan keuntungan perniagaan. Di sini B boleh
mengambil tindakan dan mempunyai hak untuk menamatkan kontrak
tersebut.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 13

AKTIVITI
AKTIVITI3b
3b

1. Senaraikan bagaimana cara-cara kontrak boleh dilepaskan?

2. Ali memberi pinjam kepada Baba wang berjumlah RM 7,000. Baba membayar
RM2,000 dan jumlah tersebut nyata tidak mencukupi untuk melepaskan Baba
daripada tanggungan hutang, tetapi jika Ali menerimanya sebagai penyelesaian
keseluruhan hutang Baba kepadanya, Ali adalah terikat dengan penerimaan itu
dan adalah merupakan satu pelepasan kontrak.

Pelepasan kontrak dalam keadaan di atas adalah melalui ____________ ?

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 14

MAKLUM
MAKLUMBALAS
BALAS3b
3b

1. a. Pelaksanaan
b. Perjanjian
c.Kekecewaan
d.Kemungkiran

2. Pelepasan melalui perjanjian - remitan

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 15

3.3 REMEDI BAGI PECAH KONTRAK

Remedi ialah satu cara yang diberi oleh undang-undang untuk menguatkuasakan
sesuatu hak atau bagi mendapatkan pampasan berbentuk wang bagi menggantikan
pelaksanaan. Tuntutan boleh dibuat dalam bentuk gantirugi atau pampasan,
bayaran berasaskan quantum meruit, pelaksanaan spesifik, injunksi dan
sebagainya.

GANTIRUGI (PAMPASAN)

Tujuan utama memberi gantirugi kepada pihak yang tidak bersalah bukanlah
untuk menghukum pihak yang mungkir. Prinsip pembayaran gantirugi boleh
dirujuk di dalam seksyen 74 hingga seksyen 76 AK 1950. Gantirugi yang
diberikan biasanya dalam dua bentuk iaitu bagi jumlah yang telah ditentukan di
dalam kontrak dan juga gantirugi bagi jumlah yang tidak tertentu.

Gantirugi bagi jumlah yang tidak tertentu terbahagi kepada tiga iaitu gantirugi
khas, gantirugi nominal dan gantirugi teladan. Gantirugi ini diterangkan dengan
lebih lanjut pada Rajah 3.3 di muka surat sebelah.

GANTIRUGI

GANTIRUGI GANTIRUGI GANTIRUGI


KHAS NOMINAL TELADAN

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 16

Pampasan wang Ialah gantirugi yang Ialah satu


untuk tujuan kecil akibat gantirugi yang
meletakkan plaintif perlanggaran besar jumlahnya
dalam kedudukan kontrak oleh berbanding
yang sepatutnya defendan tetapi dengan kerugian
dinikmatinya plaintif tidak yang dialami oleh
seandainya kontrak mengalami kerugian plaintif.
itu dapat sebenar atau tidak
dilaksanakan. dapat membuktikan
kerugian itu.

Rajah 3.3 : Menerangkan penentuan gantirugi apabila jumlah tidak dinyatakan di


dalam kontrak.

Contoh kes :
HADLEY LWN BAXENDALE (1854) 9 EX 341
Plaintif telah membuat pesanan satu jentera dari Greenwich tetapi disebabkan
kelewatan defendan untuk menghantar jentera tersebut ke kilang plaintif
menyebabkan plaintif mengalami kerugian.
Mahkamah memutuskan bahawa defendan bertanggungan untuk membayar satu
jumlah gantirugi yang munasabah kepada defendan.

THAM CHEOW TOH LWN ASSOCIATED METALS SMELTERS LTD


(1972) 1 MLJ 171
Defendan setuju menjualkan relau kepada plaintif dan berjanji relau itu boleh
mencapai tahap kepanasan sehingga 2600 darjah Farenheit. Namun demikian
defendan tidak mematuhi perjanjiannya . Plaintif menuntut gantirugi.
Mahkamah memutuskan defendan perlu membayar gantirugi kerana kehilangan
keuntungan.

BAYARAN BERASASKAN QUANTUM MERUIT


Quantum meruit bermaksud sebanyak yang patut diterimanya. Ia merupakan
tuntutan untuk mendapatkan sejumlah wang atau bayaran atau gantirugi untuk

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 17

satu jumlah yang munasabah sebanyak mana yang ia patut terima hasil dari
perkhidmatan yang diberikan.

Contoh kes:
UPTON RDC LWN POWELL (1942) 1 ALL ER 220
Terdapat satu kontrak termaklum di antara defendan dan plaintif bagi
perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh plaintif kepada defendan.
Mahkamah memutuskan ganjaran yang munasabah dan berpatutan perlu dibayar
oleh defendan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diterimanya.

DE BERNADY LWN HARDING (1853) 8 EX 822


Kuasa seorang ejen telah ditamatkan oleh prinsipal secara salah sebelum ejen itu
sempat menyelesaikan tugas-tugasnya.
Mahkamah memutuskan ejen boleh menuntut bayaran berdasarkan kerja-kerja
yang telah dilakukannya sewaktu menjalankan tugasnya.

PELAKSANAAN SPESIFIK

Satu perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah mengarahkan defendan


melaksanakan perjanjiannya menurut syarat-syarat yang dinyatakan dalam
kontrak. Perintah ini hanya diberi seandainya pembayaran jumlah wang tidak
merupakan remedi yang mencukupi atau kontrak tersebut merupakan satu tugasan
amanah yang perlu dilaksanakan dan ia bergantung kepada budi bicara
mahkamah. Ini dinyatakan dalam seksyen 11(1) dan 21 (1) Akta Relief Spesifik
1950 (Akta 137).
Seksyen 20 Akta Relief Spesifik menggariskan keadaan di mana pelaksanaan
spesifik tidak akan diberikan :
a. sekiranya gantirugi bukanlah remedi yang memadai
b. kontrak merupakan sesuatu yang berkaitan dengan kelayakan peribadi.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 18

c. Kontrak tersebut begitu terperinci kandungannya, contohnya kontrak


pembinaan.

Contoh kes: LEE SAU KONG LWN CHANG CHIANG (1961)


Contoh kes : CITY INVESTMENT SDN BHD LWN KOPERASI
SERBAGUNA
CUEPACS TERENGGANU BHD (1985) 1 MLJ 285
Di dalam kes ini suatu pindah milik harta telah tidak dapat dilaksanakan akibat
pelanggaran kontrak.
Mahkamah memberikan perintah pelaksanaan spesifik kerana harta tidak alih
(tanah) tidak boleh ditebus dengan pampasan bentuk wang.

INJUNKSI
Injunksi merupakan arahan mahkamah supaya membetulkan salah lakunya yang
menjadi punca kemungkiran kontrak, ia boleh dikategorikan sebagai injunksi
prohibitari dan mandatori. Injuksi prohibitari melarang sesuatu tindakan daripada
dilakukan.

Contoh 3.2 :
Jika C menyewakan tanah tertentu kepada B dengan syarat B tidak boleh
mengorek pasir di tanah tersebut, C boleh membawa tindakan injunksi
bagi menahan B daripada mengorek pasir di situ, kerana ini bertentangan
dengan kontrak.

Injunksi mandatori mengkehendaki tindakan tertentu dilakukan bertujuan


mengekalkan status quo pihak-pihak yang berkontrak.
Menurut seksyen 50 Akta Relief Spesifik 1950, injunksi juga merupakan satu lagi
remedi yang tertakluk kepada budi bicara mahkamah. Ia boleh diberikan untuk
sementara atau selama-lamanya (kekal).
Contoh kes:
NEOH SIEW ENG & ANOR LWN TOO CHEE KWANG (1963) MLJ 272
Pemilik rumah telah memotong bekalan air kepada penyewa rumahnya.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 19

Mahkamah kemudiannya telah mengeluarkan satu perintah injunksi supaya


pemilik rumah tidak memotong bekalan air kepada penyewa rumahnya.

Kalau anda betul-betul


faham, boleh tak jelaskan
apakah kebaikan remedi
kepada pihak yang
berkontrak? Sebenarnya kebaikan remedi ini
ialah kepada pihak yang tidak
bersalah dalam sesuatu kontrak.
Remedi ini membolehkan pihak
yang tidak bersalah berada di
tempat yang sepatutnya seandainya
kemungkiran kontrak tidak
berlaku.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 20

AKTIVITI
AKTIVITI3c
3c

1. Terangkan maksud remedi dalam undang-undang kontrak?

2. Apakah remedi-remedi yang mungkin bagi plaintif akibat dari


kemungkiran kontrak oleh defendan?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan gantirugi teladan?

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 21

MAKLUM
MAKLUMBALAS
BALAS3c
3c

1. Hak membuat tuntutan bagi pampasan atau ganturugi dalam bentuk wang,
bayaran berasaskan quantum meruit, pelaksanaan spesifik dan injunksi akibat
dari kemungkiran atau pelanggaran kontrak.

2. ~ Gantirugi atau pampasan


~ Bayaran berasaskan quantum meruit
~ Pelaksanaan spesifik
~ Injunksi

2. Gantirugi yang besar jumlahnya berbanding dengan jumlah kerugian yang


dialami oleh plaintif.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 22

PENILAIAN KENDIRI

Ali merupakan seorang petani yang buta huruf. Dia telah berhutang dengan Ceti
Muthu sebanyak RM500. Ceti Muthu mengenakan kadar faedah 30% setahun ke
atas hutang tersebut. Ali juga telah menyerahkan geran motosikalnya kepada ceti
Muthu. Berdasarkan situasi di atas cuba anda nasihatkan Ali.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG KONTRAK P2114 / UNIT 3 / 23

MAKLUM BALAS
PENILAIAN KENDIRI

Isu samada Ali terikat untuk menyelesaikan hutangnya kepada ceti Muthu.
Lord Denning dalam kes Lloyd lwn Bundy memutuskan bahawa mahkamah
mempunyai budi bicara untuk membatalkan kontrak mana-mana pihak yang
mempunyai kuasa tawar-menawar yang tidak seimbang. Seksyen 16(1) AK1950
mentakrifkan pengaruh tak berpatutan sebagai satu pihak yang berada dalam
kedudukan yang boleh menguasai kemahuan pihak lain yang berkontrak
dengannya.
Seksyen 16(3) AK 1950 meletakkan beban pembuktian kepada tertuduh untuk
menyangkal dakwaan tersebut. Kes Chait Singh lwn Budin B. Abdullah yang
mana seorang peminjam wang telah mengenakan kadar faedah pinjaman wang
kepada peminjam. Mahkamah memutuskan bahawa sipemberi pinjam telah
mengenakan pengaruh tidak berpatutan terhadap sipeminjam.
Kesimpulan : Kontrak yang dimasuki oleh Ali dengan ceti Muthu mengandungi
unsur pengaruh tak berpatutan. Ali berhak memohon membatalkan kontrak.
Beban untuk membuktikan tiada pengaruh tidak berpatutan terletak kepada ceti
Muthu.

Anda boleh ke unit seterusnya ……

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

You might also like