P. 1
unit 6 - undang-undang sewa beli

unit 6 - undang-undang sewa beli

2.0

|Views: 3,468|Likes:
Published by faizahblue

More info:

Published by: faizahblue on Dec 21, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/21/2015

pdf

text

original

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 1

UNIT 6

UNDANG-UNDANG SEWABELI

OBJEKTIF
OBJEKTIF AM
Mendedahkan kepada pelajar mengenai definisi agensi, ujian kewujudan agensi serta hak dan tanggungjawab prinsipal kepada agensi.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini, anda sepatutnya boleh: a. Menjelaskan maksud agensi b. Menyenaraikan ujian-ujian kewujudan agensi c. Menerangkan hak prinsipal kepada agen d. Menghuraikan tanggungjawab prinsipal kepada agen

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 2

6.0 PENGENALAN Undang-undang Agensi adalah berkait rapat dengan undang-undang kontrak. Undang-undang agensi ditadbir oleh Bahagian X Akta Kontrak 1950. Dua perkataan yang perlu difahami sebelum memulakan topik ini ialah seperti yang diterangkan dalam seksyen 135 Akta Kontrak 1950 iaitu : • • Agen - seseorang yang diambil atau digajikan untuk bekerja bagi pihak orang lain. Prinsipal - orang yang melantik ejen untuk melakukan kerja bagi pihaknya.

DEFINISI AGENSI Agensi ialah perhubungan antara agen dan prinsipal yang mana agen akan diberi kuasa oleh prinsipal untuk mewakilinya membuat urusan dengan pihak ketiga. Apabila kontrak telah dibuat, pihak yang akan bertanggung jawab ke atas kontrak tersebut ialah prinsipal dan bukannya agen.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 3 6.1 UJIAN-UJIAN KEWUJUDAN AGENSI
Kalau anda seorang yang sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan semua kerja, anda boleh melantik agen untuk membuat kerja bagi pihak anda. Kalau anda ingin tahu bagaimana cara melantik agen atau mewujudkan agen, haa mari kita baca seterusnya.

Pada umumnya agensi boleh wujud dalam berbagai cara seperti yang diterangkan di bawah. a. Perjanjian yang nyata Agen dilantik secara nyata oleh prinsipal samada dengan cara bertulis atau lisan. Contohnya surat kuasa wakil. b. Termaklum atau tersirat Pada umumnya agensi termaklum wujud melalui beberapa cara: i. Prinsipal melalui kata-kata atau perbuatan telah mengemukakan seseorang sebagai agen. Ini diperuntukkan di bawah seksyen 140 AK 1950. Ini boleh dirujuk melalui contoh kes CHAN YIN TEE LWN WILLIAM JACKS & CO. (MALAYA) LTD. ii. Hubungan suami dan isteri apabila mereka tinggal bersama- sama. Isteri boleh berhutang atas nama suaminya bagi barang keperluan yang sesuai dengan taraf hidup mereka dan hutang itu akan mengikat suami.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 4 Walau bagaimanapun suami boleh untuk tidak bertanggungan dengan membuktikan bahawa; • • • • • Suami telah melarang isteri berhutang atas namanya. Suami telah membekalkan isterinya dengan jenis barangan berkenaan secukupnya. Suami telah memberi amaran kepada peniaga supaya tidak membekalkan isterinya dengan barang-barang secara hutang. Suami telah menyediakan elaun yang mencukupi kepada isteri untuk membeli barangan tanpa perlu berhutang Perbelanjaan isteri adalah membazir berbanding pendapatan suami. Contoh kes MISS GRAY LWN CAT CARD iii. Rakan kongsi dalam perniagaan perkongsian adalah merupakan ejen kepada pekongsi dan firma.

Kami adalah rakan kongsi, jadi kami akan bertanggung jawab ke atas segala perlakuan oleh rakan-rakan kongsi kami

Firma kami juga akan turut sama bertanggungan jika pelanggan kami telah mengalami kerugian yang disebabkan oleh kami.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 5

c. Ratifikasi Ratifikasi ialah tindakan mengesahkan sesuatu perbuatan atau kontrak yang pada asalnya tidak sah. Ini dinyatakan di bawah seksyen 149 AK 1950 bahawa seorang prinsipal berhak menolak atau menerima kontrak yang dibuat oleh agennya tanpa pengetahuannya atau melampaui kuasanya. Ratifikasi dibenarkan di dalam keadaan-keadaan berikut; • • • Perbuatan atau kontrak yang dimasuki oleh agen mestilah tidak dibenarkan. (Seksyen 149 AK 1950) Agen mestilah bertindak sebagai agen kepada prinsipal pada masa kontrak berkenaan, bukannya untuk dirinya sendiri. Prinsipal mestilah mempunyai pengetahuan mengenai urusan yang hendak disahkan melainkan prinsipal sanggup memikul tanggungjawab walau apapun berlaku. (Seksyen 151 AK 1950) • Agen mestilah mempunyai prinsipal yang sebenarnya wujud atau boleh ditentukan semasa urusan tidak sah itu dilakukan dan semasa penggesahan hendak dibuat. • Pengesahan tidak boleh memudaratkan pihak ketiga. (Seksyen 153 AK 1950)

d. Keperluan Agensi secara perlu wujud dalam keadaan kecemasan di mana seorang agen mempunyai kuasa untuk melakukan apa sahaja untuk melindungi prinsipal daripada kerugian.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 6 Agensi secara perlu wujud berdasarkan syarat-syarat berikut ; • Seseorang agen tidak mungkin mendapatkan arahan daripada prinsipal. Kes yang boleh dirujuk ialah SPRINGER LWN GREAT WESTERN RAILWAY CO di mana mahkamah memutuskan bahawa defendan bukanlah agen secara perlu kerana dia gagal untuk memenuhi syarat. • • • Tindakan agen adalah dalam keadaan hendak mengelakkan kerugian bagi pihak prinsipal. Agen secara perlu telah bertindak secara suci hati atau jujur. Agen dan prinsipal telah ada hubungan kontrak agensi.

e. Persekatan Agensi ini wujud dalam keadaan di mana seseorang prinsipal dengan kata-kata atau perbuatannya telah membenarkan pihak ketiga mempercayai bahawa seseorang itu adalah agennya dan telah menyebabkan pihak ketiga mempercayainya hingga merugikan pihak ketiga, maka prinsipal tadi akan disekat atau dihalang dari menafikan tentang kewujudan kuasa agen berkenaan. PERJANJIAN TERMAKLUM Ringkasan faktor-faktor yang menentukan kewujudan agensi adalah seperti yang RATIFIKASI KEPERLUAN ditunjukkan oleh Rajah 6.1 di bawah. PERSEKATAN

KEWUJUDAN AGENSI Rajah 6.1 : Ujian kewujudan agensi

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 7

Contoh 6.1 Seorang majikan secara bergurau memberitahu pelanggannya bahawa Mat adalah agennya dan pelanggan itu telah mempercayainya. Wujudkah perhubungan agensi antara majikan dan Mat? Penyelasaian : Wujud

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 8

AKTIVITI 6a

1.

Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan agensi?

2.

Senaraikan bagaimana sesuatu hubungan agensi boleh wujud ?

3.

Sila bantu selesaikan masalah sisuami di bawah .
Saya hutang barang dari Kedai Abu . Nanti awak pergi bayar.

Bagaimanakah cara aku nak elak dari kena bayar hutang isteri aku ni?

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 9

MAKLUM BALAS 6a

1. Maksud agensi ialah perhubungan antara agen dan prinsipal di mana agen akan diberi kuasa oleh prinsipal untuk membuat urusan dengan pihak ketiga. 2. Hubungan agensi boleh wujud samada melalui ; • • • • • Perjanjian Termaklum Ratifikasi Keperluan Persekatan

3. Suami boleh untuk tidak bertanggungan ke atas hutang yang dibuat oleh isteri dengan membuktikan bahawa; • atas namanya. • • Suami telah memberi amaran kepada peniaga supaya tidak Suami telah menyediakan elaun yang mencukupi kepada isteri membekalkan isterinya dengan barang-barang secara hutang. untuk beli barangan tanpa perlu berhutang. Suami telah melarang isteri berhutang

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 10 • Perbelanjaan isteri adalah membazir berbanding pendapatan suami.

6.2

TANGGUNGJAWAB PRINSIPAL TERHADAP AGEN Seksyen 175 hingga 178 AK 1950 memperuntukkan tanggungjawab prinsipal terhadap agennya. Tanggungjawab yang dimaksudkan adalah seperti berikut; a. Membayar komisyen atau ganjaran-ganjaran lain yang dipersetujui, melainkan hubungan agensi itu adalah secara percuma. b. Tidak akan menyekat atau menghalang agen dengan sengaja daripada mendapatkan komisyennya. c. Akan melepaskan tanggungan agen bagi perbuatan yang dilakukan dalam menjalankan tugasnya. Hak terhadap lepas tanggungan ini akan timbul apabila i. ii. iii. agen telah mengalami kerugian atau telah melakukan perbelanjaan dalam menjalankan kuasanya; Agen telah menyebabkan bencana kepada pihak ketiga dalam menjalankan tugasnya; Agen telah mengalami bencana semasa menjalankan tugasnya disebabkan oleh kelalaian prinsipal atau kekurangan kemahiran.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 11

Sila uji kefahaman anda di muka surat sebelah……..

AKTIVITI 6b

1.

Huraikan 2 tanggungjawab prinsipal terhadap agen.

2. Agen telah ditugaskan menghantar barangan kepada pelanggan. Di pertengahan jalan kenderaan yang digunakan telah mengalami kerosakan. Apakah tindakan wajar yang boleh diambil oleh agen?

3. Seksyen apakah yang memperuntukkan tanggungjawab prinsipal terhadap agen?

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 12

MAKLUM BALAS 6b

1.

2 tanggungjawab prinsipal terhadap agen ialah : a. membayar komisyen atau ganjaran-ganjaran yang telah dipersetujui b. tidak akan menyekat atau menghalang agen dengan sengaja daripada mendapatkan komisyennya.

2.

Agen boleh menuntut kembali perbelanjaan yang digunakan untuk membaiki kenderaan tersebut daripada prinsipal.

2.

Seksyen 175 hingga 178 Akta Kontrak 1950.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 13

PENILAIAN KENDIRI
Sesuatu perhubungan agensi wujud di mana agen sepatutnya diberi kuasa oleh prinsipal untuk bertindak bagi pihaknya. Walau bagaimanapun di dalam keadaan-keadaan tertentu, perhubungan ini boleh wujud dengan tiada apa-apa kuasa yang diberi kepada agen oleh mana-mana prinsipal. Akibatnya, wujud satu hubungan di antara mereka di mana prinsipal akan menanggung liabiliti ke atas tindakan agen tadi. Huraikan.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 14

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI

Didalam keadaan tertentu seperti kewujudan agensi secara pengesahan dan secara perlu menyebabkan perhubungan agensi wujud walaupun agen tidak diberi kuasa. Ini akan mengakibatkan prinsipal terpaksa menanggung liabiliti.

Ini boleh disokong oleh satu kes iaitu Springer lwn Great Western Railway Co. di mana mahkamah memutuskan bahawa defendan bukanlah agen secara perlu kerana beliau gagal memenuhi syarat untuk membolehkan kewujudan agensi secara perlu.

ANDA BOLEH KE UNIT SETERUSNYA …….

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->