P. 1
1-pengenalan kpd bidang ilmu psikologi

1-pengenalan kpd bidang ilmu psikologi

|Views: 5,557|Likes:
Published by denixng

More info:

Published by: denixng on Dec 22, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/04/2015

pdf

text

original

PENGENALAN KEPADA BIDANG ILMU PSIKOLOGI

SAINS PSIKOLOGI
Siti Azura Bt Bahadin Jabatan Psikologi Dan Kaunseling Fakulti Pembangunan Sosial Dan Manusia Universiti Utara Malaysia

PERKARA-PERKARA YANG AKAN DISENTUH
DEFINISI DAN MATLAMAT PSIKOLOGI SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PSIKOLOGI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN PROSES MENTALNYA CABANG-CABANG ILMU PSIKOLOGI KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PSIKOLOGI

DEFINISI-DEFINISI PSIKOLOGI Perkataan ‘Psikologi’ berasal daripada perkataan Yunani yang bermakna ‘Ilmu Jiwa’. Sir William James (1890) mendefinisikan psikologi sebagai ‘sains kehidupan mental’. John B. Watson (1919) pula memasukkan unsur-unsur tingkahlaku yang berbentuk objektif, iaitu yang boleh dikesan oleh sistem ‘deria manusia’. Phil Zimbardo (1992) mendefinisikan psikologi sebagai ‘kajian terhadap proses tingkahlaku dan mental’.

MATLAMAT PSIKOLOGI

Secara ringkasnya, matlamat psikologi ialah memperihalkan, memahami, meramalkan dan mengawal tingkah laku manusia.

DARI SEGI MEMERIHALKAN

Seseorang akan menyatakan mengenai sesuatu tingkah laku yang sedang dilihat, atau diketahui, olehnya.

DARI SEGI MEMAHAMI

Apa yang telah terjadi dan bagaimana ia terbentuk akan mengajar manusia untuk memahami tentang sesuatu tingkah laku.

DARI SEGI MERAMAL Kefahaman manusia mengenai hukum sebab dan akibat akan membawa kepada beberapa andaian, atau ramalan, awal. Sebagai contoh, jika seseorang itu berhadapan dengan sesuatu situasi, maka dirinya akan membentuk tingkah laku tertentu.

DARI SEGI MENGAWAL Mengawal adalah aspek penting jika matlamat psikologi ingin dicapai. Jika ramalan telahpun diketahui, maka adalah menjadi kewajipan manusia untuk mengawal tingkah laku yang akan terbentuk agar kekal untuk menjadi tingkah laku yang sesuai.

(a) PEMIKIR YUNANI
Antara ahli bijak pandai yang mempelopori ilmu psikologi ialah Plato. Plato menegaskan bahawa manusia adalah haiwan-haiwan yang rasional dan dapat berfikir dengan lojik. Manusia mampu untuk menyedari kebenaran dirinya, menyedari kewujudan dirinya dan berupaya berinteraksi dengan alam sekitarnya. Manusia dapat membentuk tingkah laku yang sesuai dan menuju ke arah kesempurnaan diri.

Berbeza dengan pandangan Plato, Aristotle mempercayai bahawa manusia hanyalah satu organisma biologi, iaitu gabungan sistem-sistem yang berinteraksi sesama sendiri. Perasaan, jiwa, akal dan fikiran manusia merupakan satu daripada sistem yang menjadikan organisma itu manusia. Manusiatetap dipengaruhi oleh pengalamanpengalamannya serta persekitaran di mana dia berada. Manusia mengisi jiwa dan akalnya melalui interkasinya dengan alam dan persekitarannya.

(b) RENE DESCARTES (1569-1650) Rene Descartes dikenali dengan jolokan “Bapa Psikologi Saintifik”. Era beliau merupakan detik permulaan di mana bidang psikologi telah dilihat dari sudut saintifik. Beliau berkata bahawa manusia ini dibahagikan kepada (i) jiwa, dan (ii) jasad. Konsep ini dikenali sebagai ‘pecahan dualisme’. Pergerakan jasad (fizikal) manusia merupakan gerak-balas terhadap rangsangan-rangsangan luaran.

Jiwa manusia pula dilihat sebagai tempat untuk menyimpan maklumat. Menurut beliau, jiwa dan jasad manusia berinteraksi sesama sendiri. Jiwa manusia menerima maklumat daripada proses-proses tindak balas tubuh fizikal manusia daripada alam sekitarnya. Sebenarnya, Descartes menggabungkan keduadua idea Plato dan Aristotle.

(c) EMPERISME BARAT
Di England, pemikir-pemikir seperti Locke, James Mills, Berkley dan Hume telah mempelopori ilmu psikologi dari sudut emperikal, iaitu yang boleh diperhatikan dan ada data. Mereka menerima idea Descartes dengan cara mengkaji, dan seterusnya, mendapatkan buktibukti yang kukuh. Mereka mewujudkan konsep ‘tabula rasa’, iaitu jiwa dan fikiran manusia kosong semasa dilahirkan, dan dipenuhi dengan pengalaman kederiaan melalui interaksinya dengan persekitaran.

Salah satu kaedah penyelidikan yang diaplikasi oleh mereka ialah “Analisis-kendiri”. Ia bertujuan untuk memahami ‘jiwa manusia’ dengan lebih dekat lagi. Daripada kaedah ini, mereka telah mencipta suatu prinsip, iaitu :Prinsip Perkaitan”. Prinsip Perkaitan melibatkan kejadian, atau peristiwa, yang berlaku bersama-sama dengan pengalaman sensasi dan dikaitkan di dalam jiwa manusia.

(d) STRUKTURALISME JERMAN
Melibatkan perkaitan antara ilmu fisiologi kepada ilmu psikologi. Kajian ini menitik-beratkan kaedah ujikaji, atau eksperimentasi. Ia bermula dengan kajian-kajian fisiologi, seperti kajian terhadap kelajuan isyarat-isyarat saraf dalam tubuh badan manusiaoleh Hermann von Helmholtz.

Seterusnya, Gustav Fechner (1860), mengemukakan teori dan kajian dalam bidang psikofizik. Beliau mengaitkan persamaan matematik dengan kekuatan tenaga sensai manusia melalui tindak balas yang diberi terhadap rangsangan fizikal, seperti cahaya, bunyi, sentuhan dan rasa.

Pada tahun 1879, Wilhem Wundt telah menubuhkan makmal psikologi yang pertama di Universiti Leizig. Dengan penubuhan ini, banyak pakar yang telah memberi sumbangan penyelidikan dalam bidang fisiologi untuk diaplikasi kepada bidang psikologi. Pandangan psikologi struktur – jiwa manusia ibarat sebuah gedung bagi menyimpan fikiran, deria serta perasaan yang amat kompleks. Namun, ia boleh dipecah-pecahkan kepada komponen-kpmponen ringkas melalui teknikteknik ‘kaji diri’.

(e) FUNGSIONALISME AMERIKA
Pergerakan ini bermula seawal abad ke-19 dan sedikit-sebanyak telah dipengaruhi oleh strukturalisme Jerman. Pengkaji-pengkaji juga memegang teguh kepada konsep ‘Penyesuaian’ (adaptasi). Asas pendekatan mereka – Teori Evolusi dan Falsafah Pragmatisme. Falsafah Pragmatisme diasaskan oleh Charles Darwin.

Teori ini memfokus kepada pertalian di antara ‘struktur’ dan ‘fungsi’. Menurut Darwin, manusia adalah organisme yang terkuat dan perkembangan manusia memang tidak ada hadnya. Kajian terhadap mental manusia juga didasari oleh ‘Fungsionalisme’. Contohnya, skala mengukur tahap kecerdasan manusia telah diasaskan oleh Alfred Binet dan Henri Simon pada tahun 1905. Alat ini, kemudiannya, telah diadaptasi oleh Stanford dan Binet pada tahun 1916.

TINGKAHLAKU MANUSIA DAN PROSES MENTALNYA BOLEH DIFAHAMI MELALUI “SEBAB” DAN “AKIBAT”

1. Variabel atau Pembolehubah 2. Hubungan 3. Kesimpulan Umum 4. Ramalan 5. Hipotesis 6. Teori dan Teorem

1. Variabel atau Pembolehubah
Pembolehubah adalah suatu ciri yang dapat mengubah dan mempengaruhi ciri yang lain. Contoh: Kebimbangan boleh menyebabkan penyakit darah tinggi. “Kebimbangan” ialah variabel tak bersandar manakala “Penyakit darah tinggi” ialah variabel bersandar.

2. Hubungan
Kajian saintifik digunakan untuk menguji sama ada wujud hubungan antara dua (2) variabel yang dikaji atau sebaliknya. Hubungan ini mungkin berbentuk positif atau negatif atau tidak wujud hubungan. Hubungan positif – Wujud hubungan positif antara kerja dan upah. Hubungan negatif – Wujud hubungan negatif antara kenaikan harga petrol dengan sikap berjimat.

3. Kesimpulan Umum
Kesimpulan terhasil apabila ujikaji yang dijalankan ke atas variabel-variabel secara berulang-ulang dapat menghasilkan jawapan yang sama. Kebaikan kesimpulan ialah seseorang itu dapat menjangkakan apa yang akan terjadi apabila sesuatu fenomena itu berlaku.

4. Ramalan
Ramalan boleh berlaku dengan adanya kesimpulan.

5. Hipotesis
Ia adalah pernyataan variabel-variabel yang akan dikaji. Ia akan menentukan sama ada wujudnya hubungan ataupun sebailknya.

6. Teori dan Teorem
Ia melibatkan sebilangan hipotesis yang disahkan benar, dan dapatan kajian adalah konsisten. Teori akan menjadi Teorem jika ia terbukti benar.

PSIKOLOGI KLINIKAL
– Ia merawat penyakit jiwa, kecelaruan mental dan tingkah laku tidak normal (abnormal). – Pakar-pakar psikologi klinikal, lazimnya, mendiagnosis tingkah laku dan personaliti manusia melalui inventori-inventori tertentu, seperti Thermatic Apperception Test (TAT), California Psychology Inventory (CPI), Roschach and Bender Gestalt.

PSIKOLOGI KAUNSELING
– Melibatkan sesi kaunseling kepada individuindividu yang menghadapi masalah jiwa yang tidak begitu berat (masih waras untuk berfikir). – Kaunselor akan bersemuka dengan individuindividu yang menjadi klien mereka bagi membantu menyelesaikan masalah harian (misalnya peribadi, sosial, keluarga, pasangan, dll.)

PSIKOLOGI PENDIDIKAN
– Merupakan skop psikologi penting di Malaysia. – Termasuklah latihan perguruan, kokurikulum, penilaian pelajar dan penyesuaian pelajar di tempat-tempat pengajian.

PSIKOLOGI EKSPERIMEN

– Melihat perkara-perkara seperti pembelajaran, motivasi, dan persepsi. – Tujuannya ialah bagi memperbaiki mutu kehidupan manusia.

PSIKOLOGI INDUSTRI

– Mengkaji dan menilai tingkah laku manusia di alam pekerjaan. – Pengkaji-pengkaji menganalisis punca-punca produktiviti bermasalah dan keselesaan para pekerja.

PSIKOLOGI PERKEMBANGAN

– Psikolgi memberi perhatian serius kepada perkembangan kanak-kanak. – Pakar-pakar akan mengikuti perkembangan fizikal, emosi, mental dan sosial kanak-kanak hingga ke umur tua.

PSIKOLOGI SOSIAL
– Mengkaji semua aspek tingkah laku manusia dalam bentuk kelompok. – Melibatkan hubungan dan interaksi sesama manusia.

PSIKOLOGI PERSONALITI

– Setiap manusia ada personaliti. – Oleh kerana psikologi memberi perhatian berat kepada jiwa manusia, maka ia perlu meneliti dan memahami personaliti manusia dengan lebih mendalam.

PSIKOLOGI KUANTITATIF
– Salah satu daripada cara memahami personaliti manusia. – Pengkaji melihat dan menilai pelbagai aspek tingkah laku, sifat, trait, personaliti manusia dan kecerdikan. – Ia amat efektif – menggunakan alat-alat penilaian yang sesuai bagi memahami jiwa manusia dan tingkah laku mereka.

Ilmu psikologi berpegang kepada objektifobjektif sains – membekalkan maklumatmaklumat terbaru dan berguna kepada masyarakat. Maklumat ini mestilah boleh diuji kebenarannya.

Ada beberapa kaedah yang biasanya diamalkan.
1. Eksperimen 2. Pemerhatian 3. Peninjauan 4. Penilaian 5. Kajian Kes Sejarah 6. Korelasi 7. Fenomenologikal

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->