You are on page 1of 88

PSIKOLOGI

PERKEMBANGAN
MANUSIA
Puan Siti Azura Bt Bahadin
Jabatan Psikologi dan Kaunseling
Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia
Universiti Utara Malaysia
Perkara-perkara yang akan disentuh :-

1. Pengenalan

2. Perkembangan: Bayi Dalam Kandungan

3. Perkembangan: Usia Bayi

4. Perkembangan: Remaja

1. Akil Baligh
2. Masalah-Masalah Remaja Ketika Akil Baligh
3. Perkembangan dan Masalah Kognitif Remaja
4. Perkembangan Sosial dan Emosi
5. Perkembangan: Orang Dewasa

1. Konsep Waktu Sosial (Social Clock)


2. Perkembangan Sosial – Keintiman dan Pemencilan Diri
3. Krisis Identiti
4. Krisis Pertengahan Umur Dewasa

6. Perkembangan: Umur Tua

1. Fungsi Kognitif Orang Tua


2. Perubahan Fizikal Orang Tua
3. Konflik Sosial
4. Kematian
1. PENGENALAN

 Perkembangan melibatkan perubahan dengan masa. Baltes,


Reese dan Nesselroad (1976) bersetuju bahawa apabila umur
meningkat, perubahan evolusi yang lain akan berlaku dalam
bentuk fizikal, emosi, moral dan kognitif.

 Perkembangan yang dialami oleh manusia bermula dari detik


lahirnya manusia sehinggalah ke hujung hayatnya.
 Dalam masa peranaraan, iaitu antara waktu lahir dengan waktu
manusia mencapai kematangan, wujud berbagai-bagai masalah
dan konflik.

 Segala peristiwa yang berlaku pada zaman kanak-kanak akan


memberi kesan kepada tingkahlakunya ketika dewasa
(Mahmood Nazar, 1990).

 Justeru, rasional mempelajari ‘Psikologi Perkembangan


Manusia’ adalah bagi mengenali corak dan jenis-jenis konflik
yang berlaku pada tahap perkembangan :-

– Sahsiah,
– Fizikal,
– Emosi,
– Sosial, dan
– Kognitif.
 Pada umumnya, perkembangan manusia bermula hasil
interaksi genetik dengan alam persekitarannya.

 Seorang bayi membawa bersama-samanya kod-kod genetik


(misalnya warna kulit, rambut dan mata).

 Perilakunya pula dibentuk daripada rangsangan-rangsangan


yang diperolehi daripada persekitarannya (misalnya interaksi
dengan ibu bapa dan rakan-rakan).
2. PERKEMBANGAN: BAYI DALAM
KANDUNGAN

 Perkembangan manusia bermula ketika sebelum lahir, iaitu


ketika embrio mencecah usia tiga (3) minggu dan
panjangannya tiga (3) inci (Zimbardo, 2000)

 Embrio ini mula bertindak balas terhadap rangsangan


ketika berusia lapan (8) minggu (Carmichael, Humprey,
1970).
 Selepas lapan (8) minggu, embrio berubah kepada peringkat
“Fetus”.

 Si ibu boleh merasakan kehadirannya selepas enam belas (16)


minggu.

 Ketika ini, panjang fitus boleh mencecah dari tujuh (7) ke dua
puluh (20) inci.

 Kepalanya terbentuk dengan lengkap dan mencapai saiz 60%


daripada kepala dewasa (Bayley, 1956).
– Tisu-tisu otak mula terbentuk, meningkat sebanyak
50% dalam dua (2) tahun pertama,

– Kemudian, 80% lagi dalam dua (2) tahun berikutnya,


dan

– Lengkap setelah manusia mencecah usia 11 tahun.


• Berat bayi pula dikesan bertambah dua (2) kali
ganda dalam masa enam (6) bulan pertama
dalam kandungan.

• Dan, ia akan mencapai tiga (3) kali ganda ketika


hari pertama dilahirkan.

• Selain berat, perkembangan alat kelamin bayi


adalah ditahap yang berlainan.
 Berlaku sedikit perubahan sahaja pada tisu alat kelamin
sehinggalah mencapai usia remaja.

 Ketika remaja, ia berubah dengan cepat, dan, apabila mencapai


usia dewasa, perubahan ini telahpun seimbang.

 Ketika bayi dilahirkan, genetik dan persekitaran akan


mempengaruhi perkembangannya dari segi fizikal dan
psikologikal.
3. PERKEMBANGAN: USIA BAYI

 Sejurus selepas dilahirkan, bayi sudah boleh menghisap susu


dari puting melalui pergerakan refleks “rooting”.

 “Refleks” ini bermaksud, apabila bayi diusik, dia akan


menggerakkan kepalanya kepada sentuhan tersebut.

 Pergerakan berbentuk refleks, kemudiannya, bertukar menjadi


tabiat.

 Ia berlaku setelah bayi mempelajarinya dan menjadikannya


suatu pengalaman dan keperluan untuk hidup.
 Ketika di usia bayi, manusia amat bergantung kepada
orang lain dan memerlukan pertolongan untuk hidup.

 Bayi memerlukan waktu tidur yang lebih banyak dan


memerlukan makanan setiap tiga (3) jam (Mahmood
Nazar, 1990).

 Ketika ini, bayi tidak berupaya bergerak, meniarap atau


berpusing, mahupun berkomunikasi dengan orang lain.
 Bayi berupaya mengesan rangsangan-rangsangan tertentu
tetapi tidak begitu berkesan.

 Contohnya, bayi dapat melihat pergerakan tangan manusia dan


menoleh ke arah bunyi-bunyian yang sedap didengarinya.

 Kesemua bayi mengalami dua (2) jenis perkembangan fizikal,


iaitu :-

– Perkembangan Sefalokaudal dan


– Perkembangan Proksimodistal.
3.1. PERKEMBANGAN SEFALOKAUDAL

 Berlaku pada peringkat umur bayi selepas ia


dilahirkan.

 Ketika ini, kepalanya mengalami pertumbuhan


yang lebih pesat dan kelihatan lebih besar
berbanding dengan bahagian tubuh yang lain.
3.2. PERKEMBANGAN PROKSIMODISTAL

Berlaku semasa bayi dalam kandungan di mana bahagian


kepala dan badan akan terbentuk terlebih dahulu sebelum
tangan, kaki dan jari-jari.
 Dari segi perkembangan fizikal, pada umur satu (1) bulan, bayi
boleh mendongakkan kepalanya.

 Pada masa dua (2) bulan, bayi boleh menaikkan dadanya dalam
posisi meniarap kerana perkembangan sefalokaudalnya telah
berlaku di kawasan ini.

 Pada umur tiga (3) bulan, bayi cuma boleh menyentuh sesuatu,
tetapi tidak boleh menggenggam, atau memegangnya.

 Pada umur lima (5) bulan, atau enam (6) bulan, barulah bayi
dapat menggenggam atau memegang sesuatu.
 Biasanya, bayi berumur tujuh (7) bulan sudah boleh duduk
tanpa dibantu oleh orang lain.

 Bayi mula merangkak ketika umur sepuluh (10) bulan.

 Di antara umur sebelas (11) hingga empat belas (14), bayi


boleh berdiri sendiri dan, kebanyakannya, mampu berjalan
sendiri pada usia lima belas (15) tahun (Zimbardo, 2000).

 Secara umumnya, perkembangan fizikal bayi adalah seiring


dengan perkembangan motor.

 Pergerakan awal motor dikaitkan dengan otot-otot yang


mengawal pergerakan tangan, kaki dan badan.
 Tiap-tiap tahap perkembangan ini berlaku mengikut
susunan yang telah dihuraikan sebentar tadi.

 Apa yang menarik ialah wujud perbezaan


perkembangan fizikal yang ketara antara bayi lelaki
dengan bayi perempuan.

 Bayi lelaki akan menjadi lebih besar dan lebih berat


daripada bayi perempuan kerana otot-otot mereka
perkembangan dengan kadar lebih cepat.
4. PERKEMBANGAN REMAJA

 “Keremajaan” diertikan sebagai tempoh masa di antara


usia kanak-kanak dengan usia dewasa (Coon, 2003).

 Manusia mengalami perkembangan diri ke arah yang lebih


baik.
 Pada awal remaja, manusia masih mempunyai ciri-ciri kanak-kanak.

 Sebilangan besar remaja masih tinggal bersama ibu bapa, dan


bergantung sepenuhnya sama ada dari segi perbelanjaan harian
ataupun kasih sayang (Zimbardo, 2000).

 Mereka masih di bawah pengawasan dan kongkongan ibu bapa.

 Adakalanya, mereka memberontak, dan ada yang lari rumah kerana


terlalu dikongkong oleh ibu bapa mereka.
 Di U.S.A., remaja banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya
kerana banyak masa dihabiskan di luar rumah oleh anak-anak
berbanding dengan di dalam rumah (Zimbardo, 2000).

 Ibu bapa tidak memperuntukkan masa yang banyak bersama


anak-anak di rumah.

 Pada peringkat remaja, manusia sudah mampu menilai sesuatu


perkara itu daripada pandangan orang lain dan menunjukkan
tingkah laku berbeza dalam situasi yang berbeza berpandukan
apa yang dianggap betul.
 Peranan sebagai seorang remaja dalam situasi yang berbeza,
ada kalanya, boleh mencetuskan masalah kepada remaja itu
sendiri dan menimbulkan konflik peranan (Zimbardo, 2000).

 Remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru, meniru


tingkah laku orang dewasa dan tercari-cari identiti sendiri,
akan berdepan dengan realiti kemampuannya yang sebenar.
 Ketika itu, antara isu-isu yang berlaku terhadap remaja
ialah perubahan citarasa, atau “mood”, pemberontakan dan
rasa berbelah bagi (dilema).

 Remaja cuba untuk mengejar kebebasan sedangkan


realitinya remaja masih bergantung kepada bantuan
keluarga mereka sendri.
4.1. AKIL BALIGH
 Beberapa perubahan berlaku semasa manusia mencapai
peringkat akil baligh.

 Baligh dikenali sebagai pertumbuhan fizikal dan fisiologikal


manusia (Mahmood Nazar, 1990).

 Saiz badan, kadar tinggi dan pertumbuhan-pertumbuhan tubuh


berlaku dengan pasntas dan perkembangan fizikal ini
disertakan dengan perkembangan sikap, personaliti dan
peribadi mereka.
 Ketika ini, bimbingan daripada ibu bapa, keluarga dan rakan
diperlukan bagi membantu remaja memikul perkembangan
tersebut.

 Baligh bermula dengan penghasilan hormon gonadotropik


oleh kelenjar pituitari, yang kemudiannya, merangsangkan
empat (4) pengeluaran hormon lain, iaitu hormon-hormon

– Estrogen,
– Testosteron,
– Endrogen dan
– Progesteron.
 Hormon progesteron menyebabkan proses evolusi dan haid
pada wanita.

 Hormon testosteron pula menghasilkan sel-sel sperma pada


lelaki.

 Kedua-duanya adalah hormon seks primer yang bertujuan


untuk mencipta ‘zuriat’.

 Perubahan-perubahan fizikal ini disertai dengan keinginan


remaja untuk berdamping dengan jantina yang berbeza, dan
biasanya, terjadi terhadap manusia yang berumur dalam
lingkungan sebelas (11) hingga empat belas (14) tahun.
 Perubahan baligh yang agak ketara terjadi kepada seks
sekunder.

 Kandungan hormon estrogen dalam tubuh wanita mestilah


berlebihan daripada hormon endrogen bagi menghasilkan
perubahan-perubahan pada tubuh badan.
 Perubahan pertama remaja wanita ialah akumulasi sel-sel
lemak di bahagian dada.

 Ini menyebabkan terbentuknya buah dada.

 Sel-sel lemak juga bertambah di bahagian punggung.

 Struktur tulang pelvik mula melebar.


 Perubahan pada tubuh lelaki disebabkan oleh kandungan
berlebihan hormon endrogen berbanding hormon estrogen.

 Pertumbuhan bulu-bulu pada alat kelamin, tangan dan kaki


menandakan perempuan sudah akil baligh.

 Suara lelaki pula akan bertambah garau, bahu yang melebar,


organ kelamin yang membesar, di samping terdapat bulu di
kawasan muka dan tubuh badan.
 Seterusnya, kadar berat badan dan ketinggian manusia
bertambah dengan pantas setelah baligh.

 Umumnya, kanak-kanak lelaki akan menjadi lebih besar


daripada kanak-kanak perempuan.

 Beberapa masalah penyesuaian diri berlaku semasa individu


menjadi baligh.

 Individu terpaksa menerima susuk tubuh yang berlainan


daripada sebelum baligh.
 Bagi remaja, mereka masih belum memahami sebab
keinginan mereka untuk berdamping dengan berlainan
jantina, sebab keluarnya air mani dan sebab terjadinya
haid.

 Kesemua perubahan ini mesti diterangkan oleh ibu bapa


bagi memudahkan remaja menyesuaikan diri.
4.2. MASALAH-MASALAH REMAJA
KETIKA AKIL BALIGH
 Remaja dikatakan menghadapi masalah psikologi untuk
menerima bentuk tubuhnya yang baru selain daripada
mengalami masalah berbentuk fisiologi.

 Remaja perempuan berasa tidak selesa dengan proses haid.

 Kadangkala, ia berlaku dengan diiringi oleh perasaan letih,


murung, lesu dan marah.
 Ada juga ketika di mana masalah menjadi lebih rumit jika
saluran faraj mereka mengalami kesakita apabila haid
berlaku, ataupun darah haid turun dengan banyak pada
sesuatu ketika (Mahmood Nazar, 1990).
 Selain itu, masalah yang sering dihadapi oleh remaja ialah
masalah berat badan.

 Masalah ini terbahagi kepada dua (2) bentuk, iaitu

– Kegemukan, ataupun
– kurus kering.

 Remaja yang tidak dapat mengawal tabiat makan akan


digelar “bulimia”.
 Remaja yang kurus kering pula dikaitkan dengan gejala
“anoreksia nervosa”.

 Mereka tidak berselera untuk makan, dan akan muntah


selepas makan.

 Remaja sedemikian terlalu menjaga berat badan, malu


diejek oleh rakan sebaya, sering menganggap diri mereka
tidak elok dan gemuk.
4.3. PERKEMBANGAN DAN MASALAH
KOGNITIF REMAJA

 Teori Perkembangan Kognitif Piaget menyatakan apabila


usia manusia mencecah sebelas (11) tahun, pemikiran
manusia telah sampai ke peringkat operasi formal di mana
manusia mampu berfikir dengan logik dan memahami
konsep-konsep abstrak.

 Walau bagaimanapun, tidak semua remaja dapat mencapai


pemikiran di peringkat operasi formal ini (Berger, 1980).
 Pada tahap pemikiran operasi formal, kebolehan kognitif
individu melebihi objek-objek, ataupun perkara-perkara, yang
dapat dilihat olehnya.

 Tahap pemikiran ini membolehkan remaja berfikir mengenai


perasaan, pendapat dan pemikiran manusia.
 Satu lagi perubahan kognitif remaja ialah pemikiran
‘egosentrisme’ remaja.

 Egosentrisme remaja diasaskan oleh Elkind (1967).

 Elkind memberitahu bahawa remaja memiliki satu sifat yang


berlainan daripada yang ada pada kanak-kanak di tahap pra-
operasi (dalam teori Piaget).

 Ketika ini, remaja sering mengubah suai persepsi tentang


kebenaran alam.

 Mereka mementingkan apa orang lain akan kata mengenai


tingkahlaku mereka.

 Mereka mengawal tindak-tanduk mereka sendiri.


4.4. PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI
 Perhubungan remaja dengan ibu bapa, keluarga, kawan-kawan
sebaya dan teman istimewa adalah amat rumit disebabkan oleh
remaja menghadapi proses kesedaran-kendiri.

 Remaja sering memikirkan tentang pandangan orang lain


tentang diri mereka.

 Justeru, mereka bertukar pendirian, ideologi dengan rakan-


rakan.
 Masalah egosentrisme remaja boleh dikaitkan dengan masalah
emosi.

 Mereka mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.

 Ini menyebabkan mereka rasa terkongkong, sedih dan


tertekan.

 Konflik peribadi yang dikenali sebagai “Krisis Identiti” sering


dikaitkan dengan perkembangan remaja (Erikson, 1951).

 Ketika ini, remaja sering mengajukan soalan seperti “Siapakah


saya?” dan “Apakah tujuan saya hidup?”.
 Pemilihan kerjaya dan kecenderungan gaya hidup di alam
dewasa sering ditentukan pada tahap remaja.

 Konflik inilah yang memberikan motivasi kepada remaja


untuk mengejar cita-cita serta konsep diri yang unggul yang
menjadi matlamat hidupnya.

 Namun demikian, manusia sering menukar kecenderungannya


apabila mencecah usia dewasa, iaitu setelah memperolehi
pengalaman hidup dan pengetahuan yang lengkap tentang diri
dan kehidupannya.
 Erikson (1951) menyatakan bahawa identiti diri di peringkat
remaja adalah amat penting.

 Jika remaja belum berjaya memperolehi identitinya, remaja


akan keliru dengan peranan yang perlu dimainkan dalam
hidupnya.

 Dalam mencari identiti juga, ramai remaja mempunyai


keinginan untuk bebas daripada kongkongan ibu bapa dan
ingin berdikari.

 Pada masa yang sama, mereka masih memerlukan bantuan dan


bimbingan ibu bapa, dari segi kewangan dan pengangkutan.
 Selain yang berkaitan dengan emosi, remaja juga turut
mengalami ‘Perkembangan Sosial’.

 Remaja menganggap rakan-rakan sebaya adalah lebih penting


daripada keluarga.

 Ada yang lebih suka menghabiskan masa dengan rakan-rakan


sebaya di kompleks pasaraya ketika cuti sekolah daripada
bersiar-siar dengan ahli keluarga.

 Kawan-kawan sememangnya dapat berkongsi pandangan,


bebas daripada larangan dan sekatan.

 Inilah yang diperlukan oleh remaja – bebas dan berkuasa.


 Bagi mendapatkan lebih kebebasan, ada remaja yang
sanggup membuat keputusan sendiri, menolak peraturan
ibu bapa dan melawan autoriti ibu baoa mereka.

 Mereka lebih selesa menjauhkan diri daripada berada di


rumah dan bersama keluarga.
 Tindak-tanduk yang dilakukan oleh rakan sebaya pula
dianggap betul, dan seterusnya, diikuti.

 “Identiti Kumpulan” rakan sebaya telah menjadi identiti


remaja itu sendiri.

 Wujud kebimbangan di kalangan ibu bapa sama ada anak-anak


mereka memilih kawan yang baik atau jahat.

 Justeru, ada ibu bapa yang menggunakan autoriti mereka bagi


mengawasi pergaulan remaja (Mahmood Nazar,1990)
5. PERKEMBANGAN: USIA DEWASA
 Setiap individu ingin bekerja, berkahwin, mempunyai anak
dan membentuk keluarga sendiri (Mahmood Nazar, 1990).

 Hal ini berlaku apabila individu itu dikatakan ‘dewasa’.

 Ahli psikologi seperti Knowles (1986) mendefinisikan ‘Orang


Dewasa’ sebagai “individu yang mampu membina keluarga
dan menyempurnakan kehendak keluarga”.

 Roger Gould (1975) pernah melaporkan perkembangan


manusia pada usia dewasa (Coon, 2003). Gould (1975)
mengemukakan ciri-ciri psikologi orang dewasa seperti
berikut, iaitu :
(a) Umur 16 – 18 tahun

Membebaskan diri daripada kongkongan

 Manusia ketika ini berasa bimbang mengenai


masa depannya.

 Tidak mahu untuk terus bergantung hidup dengan


ibu bapa.
(b) Umur 18 – 22 tahun

Meninggalkan Keluarga

 Sebilangan besar individu mula meninggalkan


keluarga mereka ketika berusia awal 20-an.

 Mereka mencari rakan-rakan dewasa yang lain


sebagai pengganti kepada ibu bapa dan keluarga.
(c) Umur 22 – 28 tahun

Membentuk Kehidupan Bertanggungjawab

 Terdapat dua (2) perkara, yang lazimnya,


dilakukan oleh individu, iaitu mencari peluang
pekerjaan dan mencari pasangan hidup.

 Individu memerlukan orang lain dalam hidupnya


bagi menyatakan ‘rasa dipunyai’ (Erikson, 1951).
(d) Umur 29 – 34 tahun
Krisis Persoalan

 Dalam lingkungan usia 30 tahun, ramai orang dewasa yang


mengalami krisis.

 Pokok persoalan krisis ini adalah mengenai apakah kehidupan


dan bagaimana untuk berhadapan dengan krisis.

 Krisis yang gagal diatasi boleh menyebabkan individu akan


mencari kehidupan baru yang lebih bermakna.

 Institusi perkahwinan mungkin akan mengalami masalah yang


akan berakhir dengan penceraian dan kahwin semula (Coon,
2003).
(e) Umur 35 – 43 tahun
Desakan Krisis

 Individu mudah berasa sensitif terhadap persoalan mengenai


kematian. Maut memang tidak dapat dilawan.

 Sesetengah individu akan berasa tertekan. Justeru, individu


akan berikhtiar untuk mencapai matlamat kerjaya dan
hidupnya.

 Cara-cara seperti menjaga, mendidik, membantu orang lain


dapat mengurangkan tahap kebimbangan ini.
(f) Umur 43 -50 tahun
Memperoleh Keseimbangan

 Desakan krisis, akhirnya, akan membuahkan


ketenangan terhadap individu.

 Akhirnya, individu akan menerima hakikat bahawa


maut pasti datang.

 Ketika ini, ibu bapa akan menghargai anak-anak dan


menetapkan matlamat mereka ke atas tingkah laku
anak.
(g) Umur 50 tahun dan ke atas

Penurunan

 Selepas umur 50 tahun, ciri penurunan akan berlaku.


Individu akan mengalami hari-hari indah dan suram.

 Individu sudah tidak begitu mementingkan populariti,


kesihatan, pencapaian dan juga matlamatnya.

 Tekanan yang pernah dialaminya ketika awal dewasa


telah mengancam keselesaannya kini kerana
kemampuannya untuk mengendalikan tekanan sudah
semakin berkurangan.
5.1. KONSEP WAKTU SOSIAL
(SOCIAL CLOCK)

 Ramai orang menyangka bahawa zaman dewasa ini


merupakan zaman manusia bergiat dalam sesuatu secara
tetap dan berulang-ulang seperti bekerja dan menanggung
keluarga (Mahmood Nazar, 1990).

 Andaian ini juga mengatakan bahawa, jika tidak ada


perubahan yang bermakna berlaku pada diri seseorang,
maka orang itu akan mengharapkan perubahan situasi akan
berlaku kepada keluarga dan kerjayanya.
 Rogers (1980) bagaimanapun telah memberikan pandangan
berbeza terhadap konsep waktu sosial (social clock) tersebut.

 Beliau menyatakan “social clock” cuma anggaran susunan


peristiwa penting dalam kehidupan orang dewasa.

 Tidak semua orang dewasa akan mengalami peristiwa yang


sama.
 Pada umumnya, social clock ini melibatkan beberapa peristiwa.

 Peristiwa – peristiwa tersebut adalah seperti berikut :-

– Peristiwa pertama, orang dewasa akan mencari pasangan hidup, bercinta


dan berkahwin – sesuatu yang amat menggembirakan.

– Kemudian, masa untuk mendapatkan anak, mengasuh dan mendidik


mereka – suatu pengalaman baru.

– Lepas itu, apabila sampai masa anak-anak meninggalkan rumah, orang


dewasa akan mengalami suatu perasaan sedih.

– Akhirnya, mereka akan tinggal bersendirian dan memasuki zaman tua.


 Teori Psikososial Erikson (1963) ada menyatakan
bahawa peringkat dewasa ini merupakan peringkat
yang dinamik, penuh bertenaga serta penuh
dengan cabaran dan rintangan.
5.2. PERKEMBANGAN SOSIAL –
KEINTIMAN DAN PEMENCILAN DIRI

 Teori Psikososial Erikson (1963) ada menerangkan


perkembangan orang dewasa.

 Di antara umur 18 – 40 tahun, orang dewasa mengalami


konflik antara intimasi dan pemencilan diri.

 Pada masa ini, individu mencari pasangan hidup mereka


dan memulakan satu perhubungan peribadi yang penuh
bermakna.
 Menurut Erikson, bagi mereka yang telah memiliki
identitinya, mereka akan berkongsi identiti berkenaan
dengan pasangan masing-masing.

 Di sinilah bermulanya hubungan ‘intim’ antara dua orang


dewasa muda yang ingin mencuba identiti-identiti mereka.
 Mereka perlu mengenali peranan antara satu sama lain
sebelum dapat berkongsi hidup.

 Bagi pasangan yang terlalu awal berkahwin dan gagal


mengenali peranan pasangannya, mereka sering tidak akan
berupaya mengekalkan hubungan intim, malah sering kali
memencilkan dirinya.
 Knowles (1986) menambah bahawa individu sedemikian
sering menghadapi masalah pergolakan peribadi terhadap
tanggungjawab yang terpaksa dipikulnya.

 Jika mereka tidak dapat memikul tanggungjawab dan


mengawal diri, maka mereka cenderung untuk melarikan
diri daripada tanggungjawab.
5.3. KRISIS IDENTITI

 ‘Krisis Identiti’ berlaku ketika permulaan dewasa (28


– 32 tahun). Krisis ini bukan koflik mencari identiti,

 Ia melibatkan persoalan yang timbul dalam diri orang


dewasa mengenai kehidupan, pekerjaan dan keluarga
mereka.
 Sebelum mereka dewasa, mereka pernah melihat
bagaimana ibu bapa mereka hidup, bekerja dan mengurus
keluarga.

 Apabila dewasa, mereka meniru cara yang sama seperti ibu


bapa mereka.

 Walau bagaimanapun, ada ketika mereka berasa keliru


sama ada mahu meneruskan cara yang sama, ataupun
bertindak dengan lebih rasional dan lebih sesuai.
 Dalam masyarakat barat, tempoh awal dewasa ini boleh
mencetuskan pertelingkahan suami isteri, perceraian dan
kahwin lain serta bertukar-tukar kerja.

 Selepas peringkat ini, mereka akan melakukan perkara-


perkara yang baik dan rasional bagi membetulkan
kesilapan lalu.
5.4. KRISIS PERTENGAHAN UMUR
DEWASA
 Krisis ini, biasanya, melanda orang dewasa yang
berumur di antara 35 tahun hingga 45 tahun.

 Ketika ini, timbul persoalan dalam diri mengenai


pencapaian masing-masing, di samping kehidupan
yang telah dilalui.

 Pada ketika ini, lelaki dewasa akan sedar mengenai


perihal kehidupannya lampau, sama ada bermakna
ataupun sebaliknya.
 Wanita dewasa yang mempunyai anak remaja pula akan
merasakan dirinya kekosongan daripada perasaan gembira
(Mahmood Nazar, 1990).

 Mereka kesunyian dan kemurungan akibat tidak ada anak-anak


kecil yang dapat menghiburkan mereka.

 Jadi, mereka perlu mengisi masa lapang seperti bergotong-


royong, ziarah menziarahi dan menyertai persatuan agar
kesunyian dan kemurungan dapat dielakkan.
6. PERKEMBANGAN: UMUR TUA

 Dalam Teori Perkembangan Erikson, peringkat akhir


perkembangan manusia ialah apabila manusia mencapai usia
tua.

 Ketika itu, wujudnya krisis individu berkaitan dengan makna


kehidupannya – kehidupan umum dan kehidupan individu
berkenaan.

 Dengan kata lain, manusia mula menilai makna ‘kehidupan’.


 Jika mereka mendapati bahawa mereka telah banyak
mengecapi nikmat pada peringkat usia dewasa, mereka
akan berasa puas, ceria dan bersedia untuk menempuh hari
muka.

 Mereka dikatakan ada ‘ego-integrity’ (atau ego benar).

 Jika mereka mendapat banyak kekurangan pada peringkat


usia dewasa, mereka akan berasa tidak bermakna, rasa
kecewa dan hampa.
 Usia yang meningkat tua, biasanya, disertai dengan masalah
kesihatan.

 Tubuh badan menjadi semakin lemah dan kurang daya tahan.


Kesihatan mental orang tua juga turut merosot.

 Gejala kemurungan juga sering melanda orang tua.

 Antaranya ialah perasaan kesunyian, rasa tersisih, bimbang


mengenai kesihatan, cepat menjadi emosional dan
pengasingan diri daripada masyarakat.
6.1. FUNGSI KOGNITIF ORANG TUA

 Dari segi intelektual, orang tua lebih pandai daripada


orang dewasa (Zimbardo, 2000).

 Namun, dari segi memori, banyak perkara yang orang tua


lupa berbanding dengan orang muda.

 Ini menunjukkan daya ingatan orang tua sudah


berkurangan.
 Dari segi kepantasan menjawab soalan juga, orang tua
dilihat tidak berdaya dan tidak dapat menandingi orang
muda.

 Kekurangan tersebut turut dikaitkan dengan sebab masalah


fizikalnya, seperti lemah jantung, atau masalah
persekitaran sosial, seperti kemajuan teknologi di kalangan
generasi muda.
 Neugarten (1976), bagaimanapun, memberitahu bahawa
orang tua yang menjaga kesihatan fizikal dan mentalnya
akan lebih cerdas dan cergas daripada orang tua yang tidak
berbuat apa-apa.

 Selain itu, tahap pendidikan yang ada akan membantu


seseorang membuat persediaan bagi menempuh hari tua
yang lebih bermakna.
 Neugarten (1976) juga memberitahu bahawa orang tua
yang kurang cerdas akan mati lebih cepat berbanding
mereka yang cerdas.

 Mereka yang cerdas ini pula kebanyakkannya adalah


terdiri daripada kaum lelaki.
6.2. PERUBAHAN FIZIKAL ORANG TUA

 Lazimnya, orang tua memiliki rupa bentuk fizikal yang


berbeza daripada orang muda.

 Mereka kelihatan kurus, memiliki kulit yang berkedut,


berambut putih dan berbadan bongkok.

 Ketika tua, sel-sel baru adalah kurang dihasilkan oleh


badan dan, biasanya, berkualiti rendah.
 Pencemaran udara, air, tanah dan tahap kepanasan
yang berlebihan boleh merosakkan fizikal orang
tua. Pertukaran kadar metabolisme kalsium pula
akan mengakibatkan pereputan tulang.

 Di samping itu, organ-organ deria mereka juga


tidak dapat mengesan rangsangan dengan baik.
6.3. KONFLIK SOSIAL
 Sudah menjadi lumrah, ketidak-upayaan fizikal dan mental
orang tua memang sukar untuk dipulihkan.

 Jika mereka kabur penglihatan, adalah sukar untuk pakar


perubatan membantu mereka kerana ia merupakan proses
biologikal yang tidak dapat dipulihkan kembali.

 Kesan daripada beberapa ketidak-upayaan yang dihadapi,


orang tua sering berasa bahawa mereka sering menjadi beban
keluarga dan masyrakat.

 Konflik yang berlaku dikenali sebagai “Konflik Sosial”.


 Konflik sosial adalah tahap terakhir konflik yang
dialami oleh orang tua dengan masyarakat sekeliling.

 Menurut Erikson (1961), manusia pada peringkat


perkembangan ini mengalami konflik di antara
kesempurnaan hidup dan putus harapan.
 Orang tua yang berjaya mengatasi konflik pada tahap ini
akan dapat memahami konsep hidup sementara di dunia
ini.

 Mereka akan mengakui kehidupan yang pernah dilalui


sebagai bermakna sekali dan mereka sentiasa riang dan
bahagia di samping keluarga.
 Bukan semua orang tua yang berjaya mengatasi konflik
sosial.

 Mereka yang gagal akan membuat andaian bahawa


kehidupan mereka tidak bererti sama sekali.

 Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka


sudah tidak seperti dulu.

 Ada yang menyesal kerana tidak berpeluang melakukan


kegiatan-kegiatan yang mencabar ketika di usia muda.
6.4. KEMATIAN

 Semua yang bernyawa pasti menemui ajal.

 Kematian boleh terjadi pada mana-mana tahap umur akibat


sakit, dibunuh, kemalangan dan lain-lain.

 Namun, demikian, kematian biasanya berlaku pada zaman


tua.
 Beberapa perkara serta konflik akan timbul apabila
manusia bertemu dengan isu kematian.

 Kajian psikologikal ke atas orang tua yang sakit tenat


menunjukkan bahawa manusia melalui lima (5) tahap
sebelum menerima hakikat kematian.
TAHAP 1

Lazimnya, orang tua akan menafikan yang mereka akan


mati kerana masih yakin dengan ubat-ubat yang dapat
menyembuhkan mereka.
TAHAP 2

– Orang tua akan mempersoalkan takdir yang


menentukan bahawa dirinya telah hampir dengan
maut, dan cuba untuk lari daripada hakikat.

– Sebenarnya, mereka takut menghadapi mati.


TAHAP 3

– Mereka cuba mencari pelbagai cara untuk


menyembunyikan penyakit mereka seperti melakukan
pembedahan dan ada yang lebih tekun beribadat.

– Mereka percaya bahawa, dengan berbuat demikian,


nyawa mereka akan dapat bertahan dengan lebih
lama lagi (Mahmood Nazar, 1990).
TAHAP 4

– Orang tua akan mengalami kemurungan kerana percaya


bahawa mereka sudah tidak ada harapan untuk terus
hidup.
TAHAP 5

– Sama ada mereka suka atau tidak, mereka terpaksa


menemui ajal apabila masanya telah tiba. [hs]

You might also like