You are on page 1of 36

MOTIVASI

dan
EMOSI
Puan Siti Azura Bahadin
Jabatan Psikologi dan Kaunseling
Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia
Universiti Utara Malaysia
Perkara yang akan disentuh :
1. Definisi
1.1. Motivasi

2. Teori Biologi
2.1. Teori Sosiobiologi
2.2. Teori Aras Optimum (Optimum Level)

3. Teori Kognitif
3.1. Teori Konsisten Kognitif (Cognitive-
Consistency)
4. Teori Insentif
4.1. Teori Hierarki Keperluan Maslow

5. Teori Emosi
5.1. Teori James-Lange
5.2. Teori Cannon-Bard
5.3. Teori Shacter-Singer
5.4. Teori Appraisal / Penilaian
5.5. Penglahiran Emosi
5.6. Komunikasi Tanpa Lisan
1. DEFINISI
1.1. Berasal daripada perkataan Latin
“movere” yang bermaksud ‘untuk
bergerak’.
1.2. Faktor fisiologi dan psikologi yang
mempengaruhi bangkitan, arahan &
ketekunan seseorang untuk
meneruskan sesuatu perkara (Davis
& Palladino, 2000).
2. TEORI BIOLOGI

2.1. TEORI SOSIOBIOLOGI

2.2. TEORI ARAS OPTIMUM


(Optimum Level)
2.1. TEORI SOSIOBIOLOGI
 Menurut Edward O. Wilson,
sosiobiologi ialah pembelajaran
asas genetik & evolusi kesemua
tingkah laku sosial organisma.
 Jika individu hidup, maka
genetiknya juga akan hidup & akan
disambung oleh generasi
selepasnya.
KEADAAN DALAMAN, DORONGAN
dan PENURUNAN DORONGAN
 Dorongan ialah motivasi dalaman yang
dihasilkan oleh keperluan fisiologi.
 Motivasi menghasilkan tingkah laku yang “goal-
directed”. Seorang yang lapar akan mempunyai
motivasi dalaman untuk mencari makanan.
 Dorongan juga bersifat biologikal.
 Clark Hull (1943) menggunakan konsep
dorongan untuk membuat perkaitan di antara
proses fisiologi dengan tingkah laku.
MODEL PENURUNAN DORONGAN
 Sebagai contoh, keperluan fisiologi ialah kehausan.
Keadaan haus menyebabkan badan seseorang itu lemah
& otak memberitahu individu bahawa air diperlukan.
 Oleh itu, individu akan bermotivasi untuk mencari air
bagi menghilangkan kehausan & mengembalikan tahap
kecergasan badan ke tahap normal.
 Keadaan di mana proses fisioligikal badan adalah stabil
& optimum dinamakan “homeostasis”.

 Model ini melihat motivasi berlaku untuk menurunkan


ketidak – seimbangan fisiologikal dan mengembalikan
organisma ke tahap homestatisnya.
2.2. TEORI ARAS OPTIMUM
(Optimum Level)
 Organisma mencari kadar paling optimum
kebangkitan atau perubahan dalam
rangsangan.
 Secara amnya, rangsangan yang terlalu rendah,
atau terlalu tinggi, dari kadar optimum dilihat
sebagai tidak menarik.
 Teori ini menyatakan bahawa tidak semua motif
adalah berdasarkan naluri (instinct) atau cuba
untuk menurunkan keinginan (drive-reduction).
3. TEORI KOGNITIF
 Teori Motivasi Kognitif menekankan
terhadap pemprosesan & pemahaman
sesuatu maklumat.
 Sebagai contoh, apabila lapar, seseorang itu
tidak makan hanya untuk menurunkan
dorongan perasaan lapar.
 Individu berkenaan juga akan membuat
pilihan apa & di mana dia hendak makan.
 Teori Kognitif melihat individu
sebagai seorang yang berfikir,
merancang & berupaya untuk
mengawal tingkah lakunya.
3.1. TEORI KONSISTEN KOGNITIF
(Cognitive-Consistency Theory)
 Asas teori ini ialah manusia bermotivasi
untuk mencapai keadaan psikologikal yang
selari atau konsisten dengan kepercayaan &
tingkah lakunya.
 Keadaan yang tidak konsisten atau ketidak-
selarian di antara kepercayaan & tingkah
laku dilihat sebagai satu perkara yang akan
membawa masalah & mewujudkan keadaan
yang tidak menyenangkan.
 Leon Festinger (1957) menyatakan
bahawa “Percanggahan Kognitif”
(cognitive dissonance) berlaku sekiranya
individu mempunyai dua pemikiran yang
tidak selari.
 Percanggahan kognitif juga berlaku
apabila seseorang itu merasakan
pandangannya dicabar atau terdedah
kepada maklumat yang tidak selari
dengan kepercayaan diri ataupun
‘dipaksa rela’ untuk membuat sesuatu
kerja.
4. TEORI INSENTIF
 Teori Insentif percaya bahawa insentif atau
cita-cita membuatkan seseorang itu
bermotivasi.
 Lebih besar atau lebih kuat sesuatu
insentif itu, maka lebih tinggi motivasi
seseorang itu.
 Sebagai contoh, keinginan seseorang itu
untuk memiliki kereta menyebabkan dia
berusaha dengan gigih untuk menyimpan
wang.
4.1. TEORI HIERARKI KEPERLUAN
MASLOW
 Abraham Maslow (1970) menggabungkan
aspek biologi & psikologi dalam motivasi.
 Menurut Maslow, terdapat lima (5)
kategori yang memotivasikan tingkah
laku manusia.
 Maslow berpendapat bahawa manusia
cuba memenuhi tuntutan yang lebih
tinggi di dalam hierarki keperluan.
4.1.1. PENGHAKIKIAN-KENDIRI
(Self-Actualization)

 Keperluan pembangunan individu ke


peringkat maksimum.
 Ia merupakan pencapaian yang paling
tinggi yang ingin dicapai oleh seseorang
individu itu, setelah dia memenuhi empat
(4) keperluan yang terawal.
4.1.2. KEPERLUAN HARGA-KENDIRI
(Self-Esteem)
 Perhatian & pengiktirafan daripada
masyarakat, pencapaian
(achievement), kebolehan &
kecekapan.
 Individu berusaha untuk memenuhi
keperluan pada peringkat keempat
tertinggi , setelah memenuhi tiga (3)
keperluan yang terawal.
4.1.3. KEPERLUAN UNTUK DISAYANGI
(DIMILIKI) DAN MENYAYANGI
(Belongingness and Love)

 Ia merupakan peringkat ketiga yang


ingin dipenuhi oleh seseorang individu
itu dalam hidupnya.
 Ini termasuklah keperluan persahabatan,
sokongan keluarga serta perhubungan
rapat dengan orang lain.
 Ia juga merupakan keperluan sosial &
psikologikal.
4.1.4. KEPERLUAN KESELAMATAN
(Safety)
 Ia merupakan keperluan yang kedua
yang ingin dipenuhi oleh seseorang
individu itu setelah keperluan asasi
(basic needs) berjaya dicapai.
 Ia merupakan keperluan untuk
peraturan, undang-undang, keselamatan
fizikal & bebas daripada rasa ketakutan.
4.1.5. KEPERLUAN ASASI
(Basic Survival Needs)
 Ia merupakan keperluan pertama yang
perlu dipenuhi oleh seseorang individu
itu sebelum berhasrat untuk memenuhi
keperluan-keperluan yang lebih tinggi
lagi.
 Ia adalah keperluan fisiologi seperti
makanan, air, tidur, udara yang bersih
& kesihatan badan yang baik.
PERANAN BELAJAR
 Motif yang dipelajari (learned motives),
insentif, matlamat & cita-cita yang
dipelajari (learned goals & incentives)
memainkan peranan penting dalam
kehidupan seharian.
 Lewin (1938) dan Miller (1944) telah
mengenal pasti empat (4) situasi konflik
yang melibatkan beberapa motif.
(a) MENDEKATI-MENDEKATI
(Approach-Approach)
 Seseorang individu itu berhadapan dengan
dua cita-cita yang menarik & ingin
dicapainya.
 Contoh, ingin menggunakan wang
simpanan untuk pergi melancung (bercuti)
atau membeli sebuah kereta idamannya.
 Keputusan akan menjadi lebih mudah untuk
diambil sekiranya salah satu daripada cita-
cita itu lebih menarik daripada yang satu
lagi.
(b) MENGELAK-MENGELAK
(Avoidance-Avoidance)
 Individu perlu memilih di antara dua
pilihan yang tidak menarik.
 Konflik ini agak sukar untuk diatasi
kerana kedua-dua alternatif yang
ada adalah tidak menarik.
 Keadaan seumpama ini akan
menyebabkan individu tadi cuba
melengah-lengahkan dalam
mencapai suatu keputusan.
(c) MENDEKATI-MENGELAK
(Approach-Avoidance)
 Dalam konflik ini, hanya satu matlamat saja
yang terlibat. Matlamat ini pula mempunyai
kebaikan serta keburukannya.
 Oleh itu, individu berkenaan perlu bersedia
untuk menerima aspek negatif demi
mencapai matlamat yang ingin dicapainya.
 Contoh, pelajar universiti yang suka
menukar bidang pengkhususan sebenarnya
menggunakan pendekatan ini.
(d) MENGELAK-MENDEKATI
(Avoidance-Approach)
 Dalam konflik ini, nilai positif sesuatu
cita-cita yang ingin dicapai telah
menarik perhatian individu & nilai
negatifnya pula telah membuatkan
individu tadi berfikir dua kali.
 Kesannya ialah sikap yang tidak pasti
– sekejap ‘ya’ dan sekejap ‘tidak’.
KONFLIK PELBAGAI MENDEKATI-
MENGELAK
(Multiple Approach-Avoidance Conflict)
 Sebagai contoh, individu ingin membeli sebuah
TV baru. Dia akan meninjau di beberapa buah
kedai sebelum membuat keputusan.
 Proses penilaian akan menentukan jenis TV,
harga yang sesuai & kedai yang menjualnya.
 Konflik pemilihan seumpama ini sukar untuk
diselesaikan, sekiranya konflik tersebut
melibatkan perhubungan interpersonal, di
samping mempunyai faktor negatif serta positif
spt. perkahwinan atau perceraian.
5. TEORI EMOSI
 Emosi bermaksud perubahan fisiologikal &
kesedaran mengenai sesuatu perasaan yang
menyenangkan ataupun tidak.
 Ia timbul melalui kebangkitan rangsangan
dalaman & luaran yang membawa kepada reaksi
tingkah laku.
 Emosi boleh dibahagikan kepada tiga (3)
bahagian iaitu
(a) pengalaman (sedih)
(b) perubahan fisiologikal (sejuk kaki & tangan)
(c) luahan tingkah laku.
5.1. TEORI JAMES-LANGE
 Sebelum Teori James-Lange diperkenalkan, ahli
psikologi mempercayai bahawa rangsangan
dalaman & luaran merangsang emosi dan
seterusnya emosi tersebut melahirkan perubahan
fisiologikal.
 Sebagai contoh, rangsangan emosi menghasilkan
perubahan fisiologikal (takut – badan mengggigil).
 Teori James-Lange pula menyatakan bahawa
perubahan fisiologikal telah menyebabkan
timbulnya emosi. Menurut mereka, rangsangan
perubahan fisiologikal & emosi.
5.2. TEORI CANNON-BARD
 Teori ini memberi fokus ke atas ‘thalamus’,
titik pemindahan deria informasi yang
menuju ke cerebral cortex.
 Maklumat yang diperolehi daripada
rangsangan emosi akan dipindahkan
tanpa henti ke cortex & sistem
“sympathetic” organ dalaman
menyebabkan emosi & perubahan
fisiologikal timbul dalam masa yang sama.
5.3. TEORI SHACTER - SINGER
 Teori ini menyatakan bahawa rangsangan
persekitaran menyebabkan bangkitan
fisiologial umum.
 Individu berkenaan akan menilai
bangkitan tersebut dan mengaitkannya
dengan emosi yang spesifik.
 Ia boleh diterangkan dengan ringkas :
Rangsangan (stimulus)
Bangkitan Fisiologial Umum
Nilai Kognitif Terhadap Bangkitan
Pengalaman Subjektif Emosi
5.4. TEORI APPRAISAL(PENILAIAN)
 Ia menyatakan bahawa manusia menilai
sesuatu emosi (tidak menilai bangkitan
fisiologikal) yang membawa kepada
pengalaman subjektif perasaan &
bangkitan yang terlibat dengan situasi
tersebut.
 Teori ini boleh dibahagikan kepada dua
iaitu :-
 Emosi Asas (Fundemental Emotion)
 Dimensi Asas Penilaian dan Emosi
5.4.1. EMOSI ASAS
(Fundemental Emotion)
 Ia mengenal pasti emosi asas di samping
mengenal pasti jenis-jenis situasi yang
menyebabkan bangkitan serta emosi.
 Contohnya, seekor ular itu dinilai sebagai
suatu ‘ancaman’ bagi kebanyakan
binatang & juga manusia. Ancaman
tersebut pula boleh menimbulkan
pelbagai emosi & ia berbeza di antara
spesis & budaya.
5.4.2. DIMENSI ASAS PENILAIAN

DAN EMOSI
 Teori ini mengenal pasti dimensi asas
penilaian & emosi yang timbul disebabkan
oleh penilaian tersebut.

 Sebagai contoh, sekiranya perkara yang


menggembirakan berlaku, seperti menang
peraduan, manusia akan merasa gembira.
Sekiranya kalah, manusia akan bersedih.
5.5. PENGLAHIRAN EMOSI

5.5.1. Elemen Universal Dalam


Penglahiran Emosi

5.5.2. Penglahiran Emosi Melalui


Ekspresi Muka
5.6. KOMUNIKASI TANPA LISAN
(Non-verbal)
 Manusia boleh berkomunikasi melalui
ekspresi muka & bahasa badan, walaupun
menggunakan bahasa yang berbeza.
 ‘Emblem’ merupakan gerak isyarat tanpa
lisan yang mempunyai satu atau dua
maksud.
 Ia juga dipanggil gerak isyarat simbolik.
 Emblem mungkin tidak mempunyai makna
yang sama apabila digunakan di dalam
konteks budaya yang berbeza.

You might also like