You are on page 1of 81

Puan Siti Azura Bahadin

Jabatan Psikologi Dan Kaunseling


Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia
Universiti Utara Malaysia
PERSONALITI
1.0. PENGENALAN
1.1. Ramai ahli psikologi memberi berbagai-bagai
definisi mengenai personaliti dan kebanyakan
mereka bersetuju bahawa ia berkaitan dengan
keunikan dan perwatakan tingkah laku (Zimbardo,
2000).
1.2. Definisi personaliti turut dinyatakan oleh ahli
psikometrik, Guilford (1959). Beliau menyatakan
bahawa personaliti merupakan satu pola tret
yang unik yang ada pada individu.
1.3. Personaliti turut melibatkan
perwatakan individu termasuk keunikan
individu yang wujud dalam bentuk
kepelbagaian tingkah laku sama ada
nampak(overt) atau tidak nampak(covert).
1.4. Selain itu, personaliti dapat
membezakan seseorang itu dengan
individu yang lain. Setiap individu memiliki
keistimewaan yang tersendiri yang
mungkin tidak ada pada orang lain.
Keistimewaan ini dimilikinya secara
genetik ataupun pengaruh persekitaran.
1.5. Pengukuran Personaliti
1.5.1. Bagi mengenalpasti ciri atau tret personaliti
individu maka pengukuran personaliti dilakukan.
1.5.2. Pengukuran personaliti atau ujian personaliti ini
terdapat dalam pelbagai jenis yang disebut sebagai
“Inventori Personaliti”. Andres(1983)mengatakan
inventori personaliti dianggap sebagai ujian objektif
kerana ia mempunyai 2 ciri berikut:-
(a) Inventori personaliti yang dibentuk & hasil-
hasil skor adalah berdasarkan ciri-ciri individu yang
memberi gerakbalas.
(b) Ia menggunakan ransangan yang jelas dalam
bentuk soalan ‘YA’ atau ‘TIDAK’ tentang tret-tret
peribadi & tingkahlaku subjek (individu yang diuji).
2.0. TEORI PERSONALITI
2.1. TEORI TRET
2.1.1. Tret boleh didefinisikan sebagai
‘sekumpulan tingkah laku yang saling
berhubungan’. Tret adalah istilah yang
menjelaskan sekumpulan tingkah laku yang
berkecenderungan berlaku bersama-sama.
2.1.2. Untuk lebih berguna tret mestilah
stabil mengikut masa dan situasi. Sebagai
rumusan, tret adalah kategori-kategori atau ciri-
ciri untuk memperihalkan secara teratur dan
tersusun mengenai tingkah laku individu.
2.1.3. Pendekatan Tret merujuk kepada
cara melihat ‘sifat dalaman’ yang dimiliki oleh
manusia (Coon,2003).
2.1.4. Sebagai contoh, ada manusia yang
memiliki ciri ‘ekstrovert’ iaitu bersifat peramah.
Ada manusia yang memiliki ciri ‘introvert’, iaitu
bersifat pendiam.
2.1.5. Selain itu terdapat beberapa tret yang
lain untuk menerangkan personaliti manusia.
Antaranya ialah ciri intelektual, periang,
penyayang, penyabar, agresif, setia, jujur, yakin,
penakut dan berani.
2.1.6. JENIS-JENIS TRET
Menurut Gordon Allport (1961) terdapat tujuh (7)
jenis tret :-
a. Tret Umum
Tret Umum ialah ciri-ciri yang dikongsi bersama oleh
kebanyakan manusia dalam sesuatu budaya. Tret
Umum ini dapat membezakan antara satu kaum
dengan kaum yang lain,misalnya dari segi budaya.
b. Tret Individu
Tret Individu ialah yang berkaitan dengan keunikan
yang ada pada individu. Ciri tertentu yang ada pada
setiap individu itu menjadikan dia seorang yang unik
dan mempunyai tret yang tersendiri.
(c) Tret Pusat
Tret Pusat ialah tret yang mempunyai pengaruh
terhadap beberapa situasi yang terhad. Ia
memperihalkan ciri-ciri individu dengan agak seimbang
dan tepat. Antaranya ialah ciri kesabaran, ketegasan
kemurungan dan kejujuran.
(d) Tret Kardinal
Tret Kardinal ialah tret yang amat mempengaruhi
kehidupan seseorang. Ia boleh dikesan daripada tingkah
lakunya. Menurut Allport (1961), terdapat sebilangan
kecil individu yang memiliki tret kardinal. Contohnya,
Abraham Lincoln dengan tret kejujurannya.
(e) Tret Sekunder
Tret Sekunder ialah ciri yang mengawal tingkah laku
manusia secara khusus, kurang seimbang serta
relatif mengikut situasi. Antaranya ialah pemilihan
makanan, sikap, citarasa muzik, fahaman politik dan
sebagainya.
(f) Tret Sumber
Tret Sumber pula adalah tingkah laku yang tidak
dapat dilihat.Namun ia dapat diketahui melalui kaedah
“Analisis Faktor”. Tret Sumber ini memperihalkan
hubungan yang wujud di antara beberapa tingkah laku
dan seterusnya membentuk dimensi bebas dan
berkeseluruhan dalam personaliti manusia.
(g)Tret Permukaan
Tret Permukaan adalah sesuatu
sifat yang dapat dilihat melalui
tingkah laku manusia, seperti
bercakap tegas (tret tegas),
berdisiplin (tret berdisiplin) dan
mematuhi peraturan (tret patuh).
2.2. TEORI PSIKOANALISIS
2.2.1. Psikoanalisis adalah ciptaan Sigmund Freud.
Beliau berasal dari Moravia,yang pada masa
sekarang dikenali dengan nama Slovakia. Freud
bermula sebagai doktor perubatan dan seorang
penyelidik yang mengkaji ‘kecelaruan saraf’. Bidang
ini tidak begitu maju pada abad ke– 18 di mana ramai
pakar menggunakan “Hipnosis” sebagai kaedah
merawat penyakit mental.
2.2.2. Bagaimanapun, Freud telah dipengaruhi oleh
penyelidikan seorang doktor di Vienna, Austria
bernama Joseph Breur. Breur menggunakan teknik
“Perkaitan Bebas” (bercakap tanpa halangan) bagi
mengubati pesakitnya.
2.2.3. Pengaruh ini menyebabkan Freud
mendalami kajiannya, dan akhirnya, berjaya
menghidupkan Teori Psikoanalisis.
2.2.4. Kefahaman tentang psikoanalisis
memerlukan penelitian aspek tenaga “psiki” yang
meliputi konsep (a) Penentuan Psiki dan (b) Tahap
Kesedaran.
(a) Penentuan Psiki
Penentuan Psiki bermaksud semua tingkah laku
dan reaksi emosi manusia memiliki sebab tertentu.
Ada perkaitan antara tahap sedar dengan tahap
tidak sedar, antara pemikiran rasional dengan
tindakan, atau gerakan, emosi yang serta-merta.
(b) Tahap Kesedaran
Tahap kesedaran pula adalah konsep penting dalam teori ini.
Dalam pemikiran manusia, keadaan sedar merupakan satu tahap
yang paling rendah dari segi keutamaan tahap kesedaran.
Psikoanalisis menyatakan bahawa ada tiga tahap kesedaran, iaitu
tahap sedar, tahap pra-sedar dan tahap bawah sedar.

(i) Tahap Sedar


Tahap Sedar adalah meliputi segala aspek tingkah laku,
tindakan, perasaan yang mana disedari oleh individu.

Antaranya ialah rasa sepi, suka, menulis tugasan , berlari,


makan, dan minum.
(ii) Tahap Prasedar

Tahap Prasedar tergolong daripada keadaan pemikiran


yang berkaitan dengan perasaan, pemikiran kita yang boleh
dipanggil secara kendiri supaya dapat dirasai
kenyataannya dalam keadaan sedar.
Sunguhpun pada asalnya perasaan, pemikiran itu tidak
merupakan sebahagian daripada tahap sedar tadi.
Contoh, tahap panas dan sejuk memiliki tahap tertentu bagi
diri seseorang mengikut pengalaman masing-masing.
(iii) Tahap Bawah Sedar

Tahap Bawah Sedar merupakan peringkat paling penting


dalam psikoanalisis. Pada peringkat inilah yang memainkan
peranan dalam pembentukan personaliti seseorang itu
selain daripada desakan naluri secara semulajadi.
Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran perasaan
yang mana seorang tidak dapat menonjolkannya dengan
sengaja.
Oleh itu, peralihan daripada tahap ini kepada tahap sedar
perlu kepada bantuan pakar.
2.2.5. Pada kelazimannya, perasaan pemikiran ‘Bawah Sedar’ ini melalui
proses “Represi” yang disekat daripada kenyataan. Keadaan ini
berlaku oleh sebab individu itu tidak dapat menerima dirinya sendiri,
atau individu tadi memiliki tanggapan bahawa masyarakat juga tidak
dapat menerima dirinya sebagai sebahagian daripada ahli
masyarakat.

2.2.6. Dalam psikoanalisis, unsur-unsur yang dimaksudkan pada ‘Tahap


Bawah Sedar’ ini merangkumi perkara-perkara seperti terlajak kata,
mimpi, fantasi, khayalan individu. Kesemua ini adalah manifestasi
kepada galakan yang tersirat dalam tahap ‘Bawah Sedar’ individu.
2.2.7. STRUKTUR PERSONALITI MANUSIA

Freud membahagikan personaliti manusia kepada tiga (3) struktur


iaitu id, ego dan superego.

(a) Id
(i) Id merupakan gejala yang neutral dalam pemikiran
individu. Mengikut teori ini, ciri Id seseorang itu
sudah wujud sejak lahir. Id dikatakan sebagai satu
elemen struktur yang semulajadi , satu elemen
yang diwarisi, dan sedia ada dalam diri manusia.
Ia berada pada Tahap Bawah Sedar.

(ii) Id merupakan satu tenaga yang primitif, tidak


teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi
berkehendakkan hawa nafsu.
(iii) Tujuan utama Id adalah bagi mendapatkan
kepuasan kendiri secara mendadak. Sebagai satu
daya tenaga yang begitu primitif, Id merupakan
penggerak psikologikal yang tidak perlu dipelajari.

(b) Ego
(i) Ego pula tidak wujud secara semulajadi. Ia
berkembang secara berperingkat-peringkat.
Perkembangan personaliti Ego adalah melalui
hubungannya secara sosial dan identifikasinya
dengan orang lain serta objek di alam sekeliling.

(ii) Sebagai alat untuk mengukuhkan konsep kendiri


pada Tahap Sedar, Ego memainkan peranan
yang penting dalam struktur tingkah laku dan
personaliti individu.
(c) Superego

(i) Superego adalah struktur personaliti manusia yang


lebih menyerupai jiwa nurani (conscience) individu.
(ii) Superego merupakan akar tunjang dari aspek
peneguhan moral yang baik.
(iii) Moral yang dipelajari dikenal pasti daripada ibu
bapa, ataupun masyarakat. Moral sedemikian
dipelajari hasil daripada asuhan semasa individu itu
masih kecil. Personaliti ini berkembang sejajar
dengan penerapan moral ke dalam jiwa nuraninya.
2.2.8. PERKEMBANGAN PERSONALITI PSIKOSANALISIS

Terdapat lima (5) peringkat perkembangan personaliti. Peringkat


tersebut adalah seperti berikut :

(a) Peringkat Oral


(i) Kepuasan yang mula dirasai oleh manusia pada
peringkat individu dalam lingkungan 0-18 bulan
ialah di bahagian mulut.
(ii) Peringkat ini bermula sejak manusia dilahirkan.
Hampir kesemua objek akan dibawa ke mulut oleh
bayi.
(iii) Mengikut fahaman psikoanalisis, keadaan ini
menyebabkan keadaan lekatan sebagai
“Mekanisme Bela-diri” semasa dewasa
yang boleh membawa kepada tret yang pasif, optimis
dan ingin mengetahui.
(b) Peringkat Anal

(i) Pada tahun kedua (atau dari umur 18 bulan ke 36


bulan), kanak-kanak mula berkembang dan
berupaya mengasingkan pembuangan najis dari
kehendak nalurinya yang semulajadi.

(ii) Pada peringkat ini, kanak-kanak dilatih cara yang


sesuai bagi melaksanakan pembuangan najisnya.

(iii) Pakar psikoanalisis berpendapat bahawa latihan


yang dilaluinya akan mempengaruhi personalitinya
apabila meningkat dewasa kelak.
(c) Peringkat Falik
(i) Pada peringkat Falik (iaitu dari 3 tahun -5 tahun),
kanak-kanak mula berseronok dengan alat jantina
mereka.
(ii) Peringkat ini turut menyebabkan perkembangan
kompleks ‘Oedipus’ dan ‘Elektra’ tanpa
disedari.
(iii) Kompleks ‘Oedipus’ berlaku pada kanak-kanak
lelaki di mana mereka tertarik dengan ibu mereka.
(iv) Kompleks ‘Elektra’ pula berlaku pada kanak-kanak
perempuan di mana mereka tertarik dengan bapa
mereka.
(v) Kanak-kanak cuba menarik perhatian ibu dan bapa
mereka. Peringkat paling kritikal ini akan
menentukan kepesatan seksual yang berkembang
dalam diri seorang individu.
(d) Peringkat Latensi

(i) Pada umur 5 tahun - 12 tahun, wujudnya kehendak


seksual terpendam. Maka bermulalah gejala
penyekatan seksual dalam diri individu.
(ii) Walau bagaimanapun, peringkat ini turut penuh
dengan suasana yang mengukuhkan ciri kelelakian
ataupun kewanitaan.
(iii) Peringkat ini juga penuh dengan keupayaan
berkawan sesama rakan, sama ada daripada
gender lelaki atau wanita.
(e) Peringkat Genital

(i) Sebaik sahaja kanak-kanak menghampiri akil


baligh, seterusnya dewasa, dan kemudiannya ke
usia tua, kehendak seksual diganti dengan struktur
ego yang mengambil alih semula perkembangan
diri.
(ii) Pada masa ini, personaliti individu menjadi semakin
mantap.
(iii) Ego yang terbentuk dijaga dan dikembangkan
secara pengalaman baru serta bermakna bagi diri
individu.
(iv) Ketika ini, individu mula bersosialisasi, berkelompok,
bersedia untuk berkahwin, berkeluarga dan bekerja.
2.2.9. MEKANISME BELA-DIRI

Mekanisme Bela-diri berlaku bagi menjaga pembentukan personaliti


Ego yang sedia ada pada individu.
Mekanisme Bela-diri berpandukan kepada pengalaman yang tersirat
pada peringkat bawah sedar alam struktur Ego.
Seorang individu belajar hasil pengalamannya tentang segala
contoh dan kegiatan berkaitan naluri bagi memuaskan kehendaknya.
Apabila fungsi Ego yang sedia ada tidak dapat menyesuaikan diri
dengan alam sekeliling, individu secara tidak sedar menggunakan
Mekanisme Bela-diri bagi membela dirinya.
Antara jenis Mekanisme Bela-diri yang biasa digunakan pleh
seseorang individu itu adalah seperti berikut :-
(a) Pendaman
(i) Pendaman adalah Mekanisme Bela-diri yang asas
dalam struktur personaliti individu.
(ii) Pendaman merupakan pengenepian desakan
mengenai sesuatu peristiwa daripada dibawa ke
tahap sedar.
(iii) Biasanya ia melibatkan ragam kehidupan seharian
sama ada di rumah atau di luar rumah.
(iv) Jika pendaman ini dapat dibawa ke tahap sedar,
keresahan boleh berlaku. Namun demikian,
pendaman yang berterusan akan memudaratkan
diri.
(b) Keresahan
(i) Keresahan merupakan perasaan ketakutan
dalaman.
(ii) Keresahan berasas daripada ingatan dan
pengalaman lampau yang pahit dan menyakitkan
diri.
(iii) Biasanya keresahan dikaitkan dengan penderaan
atau penyeksaan.
(iv) Peristiwa ini sering diingati dan akan menimbulkan
desakan dalaman yang menakutkan.
(c) Rosotan
(i) Rosotan adalah suatu proses di mana individu
dalam keadaan tertekan akan menggunakan gerak
balas yang biasa digunakannya pada peringkat
awal perkembangan personalitinya.
(ii) Rosotan berlaku bagi mendapatkan kepuasan yang
sedia ada dalam tahap bawah sedarnya.
(iii) Sebagai contoh, seorang kanak-kanak, yang baru
sahaja mendapat seorang adik, akan menunjukkan
tingkah laku yang merosot seperti tidak membuang
air dengan teratur, walaupun ciri sebenar tidak
sedemikian sebelum itu.
(iv) Dalam keadaan ini, individu tersebut berasa
terancam dengan kedudukan dan perhatian
terhadapnya oleh keluarga.
(d) Pembentukan Reaksi
(i) Proses ini merupakan perkembangan sikap yang
bertentangan dengan sikap yang telah dipendam.
(ii) Contohnya, desakan menjadi seorang pengotor
adalah bertentangan dengan pendaman sikap
seorang pembersih.
(iii) Oleh kerana mungkin wujud perasaan
memberontak, maka sikap pembersih dipendam.
(e) Unjuran
(i) Suatu keadaan di mana individu melepaskan
perasaan tidak puas hati terhadap sikap buruk
orang lain sedangkan dirinya sendiri memiliki sikap
yang buruk seperti itu.
(f) Fantasi
(i) Suatu keadaan di mana individu menggunakan Ego
dengan cara imaginasi (berangan-angan) seolah-
olah telah mencapai sesuatu hajat. Apa yang nyata
ialah individu berkenaan tidak memperolehnya pun.
(g) Identifikasi
(i) Identifikasi ini merupakan satu proses di mana
individu mengenal pasti dan menggabungkan
sikap orang lain yang signifikan ke dalam dirinya
bagi membentuk personalitinya.
(ii) Contohnya, seseorang yang meniru gaya pelakon-
pelakon Hollywood atau artis-artis tertentu yang
menjadi idolanya.
(h) Pindahgantian
(i) Keadaan ini merupakan satu proses mengalirkan
tenaga ‘psiki’ kepada objek-objek tertentu sebagai
meluahkan perasaan dan melepaskan geram.
(ii) Keadaan ini akan mendatangkan kelegaan dalam
diri.
(iii) Sebagai contoh, seorang pelajar telah menendang
meja tulisnya kerana berasa amat marah terhadap
bapanya yang tidak mengirimkan wang kepadanya,
walaupun telah diminta beberapa kali.
(i) Sublimasi
(i) Satu bentuk pindah gantian Id ke arah tindakan
dan kegiatan yang dapat diterima masyarakat.
(ii) Sebagai contoh seorang yang suka mengintai,
pada suatu ketika dulu, telah bekerja sebagai
seorang pakar sakit puan.
3. 0. TEORI KEMANUSIAAN

• Teori Kemanusiaan melihat personaliti manusia sebagai insan yang


baik, murni dan mempunyai potensi untuk maju.
• Pakar-pakar psikologi kemanusiaan sentiasa mementingkan
hubungan manusia dengan alam sekelilingnya, selain dari
menekankan perkembangan diri ke arah kesempurnaan-kendiri
(self-actualization) individu itu.
• Dalam konteks perbincangan, terdapat dua (2) teori, iaitu :-

1. Teori Kemanusiaan Rogers, dan


2. Teori Heirarki Keperluan Manusia (Abraham Maslow).
3.1. TEORI KEMANUSIAAN ROGERS

3.1.1. Carl R. Rogers adalah pengasas kepada pendekatan


berpusatkan manusia (client-centred). Rogers percaya
bahawa manusia mempunyai potensi semulajadi untuk
memajukan dirinya dan sentiasa bergerak ke arah
kesejahteraan diri.
3.1.2. Rogers percaya bahawa manusia mahu menuju ke arah
kesempurnaan-kendiri (self-actualization). Namun
begitu, dalam perjalanan hidupnya, diri individu tadi telah
terbabas kerana diterima bersyarat.
3.1.3. Disebabkan manusia diterima bersyarat, mereka sanggup
berlakon dan berpura-pura agar diri mereka diterima.
Contohnya, individu yang mengaku sihat, sedangkan
dirinya dijangkiti HIV.
3.1.4. Konsep Kendiri (Self Concept)
(i) “Real self” adalah merupakan konsep
kendiri manusia yang nyata, manakala
“Ideal self” pula merupakan konsep kendiri
manusia yang diingini tapi belum tercapai.
(ii) Konsep kendiri adalah semua tanggapan
manusia terhadap dirinya sendiri.
(iii) Hasil daripada ingin diterima, manusia
semakin jauh daripada Ideal self (ciri
manusia yang diimpikan), sedangkan Real
self nya adalah ciri manusia itu yang
sebenarnya pada ketika itu.
(iv) Pembentukan konsep kendiri adalah
terhasil daripada tanggapan individu
berhubungan dengan pengalamannya
yang positif dan negatif.

3.1.5. Perhargaan-Kendiri (Self-Esteem)


(i) Penghargaan kendiri ini akan terbentuk
hasil daripada interaksi manusia dengan
persekitaran sosial yang lain.
(ii) Anggapan positif terhadap diri sendiri pula
adalah penting bagi mewujudkan
penghargaan kendiri yang positif.
3.1.6. Menurut Rogers, setiap manusia mempunyai
kebolehan yang tersendiri, lain daripada yang
lain. Pada masa yang sama, kebolehan manusia
untuk mencapai kesempurnaan-kendiri adalah
berbeza.

3.1.7. Ada beberapa keadaan yang dapat membantu


manusia untuk mencapai kesempurnaan-kendiri
iaitu kejujuran, empati dan penerimaan
tanpa syarat.
(i) Kejujuran
Kejujuran di sini bermaksud ketelusan dan
ketulenan.
Manusia yang berpotensi untuk
berkembang ialah manusia yang tidak
berpura-pura semata-mata untuk
menyembunyikan kelemahan yang ada.
Manusia sedemikian adalah tulen dan
telus.
(ii) Empati
Empati pula bermaksud
kemampuan manusia untuk memahami
perasaan yang dialami oleh orang lain seolah-olah
dirinya mengalami perasaan yang sama.
(iii) Penerimaan Tanpa Syarat
Penerimaan tanpa syarat di sini bermaksud
kerelaan manusia untuk berhubung dan
berinteraksi dengan sesiapa sahaja tanpa
mengira status, agama, bangsa, dan apa
sahaja bentuk latar belakangnya.

3.1.8. Jika ketiga-tiga ini ada dalam diri manusia, maka


perkembangan diri yang positif ke arah
kesempurnaan-kendiri akan menjadi nyata.
3.1.9. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Rogers
melihat manusia sebagai insan yang sentiasa
bergerak kehadapan, iaitu ke arah kesempurnaan-
kendiri.

3.1.10. Menurut Rogers (1951), manusia asasnya


cenderung untuk menyempurna, mengekal dan
menambah pengalamannya. Kecenderungan ke
arah penyempurnaan-kendiri inilah yang menjadi
tiang asas kepada Teori Personaliti Rogers.
3.1.11. Selain itu, Rogers juga memberi tumpuan kepada
individu dan kendirinya. Mengikut Rogers,
seseorang itu mempersepsi objek serta
pengalaman-pengalaman, dan seterusnya,
memberi makna kepadanya. Pengalaman-
pengalaman ini diperolehinya daripada interaksi
dengan manusia sekeliling sejak dari kecil.

3.1.12. Walau bagaimanapun, pergerakan manusia ke


arah kesempurnaan-kendiri ini tidaklah sentiasa
lancar sebagaimana yang diharapkan. Ini kerana
kehidupan manusia adalah penuh dengan cabaran
dan rintangan. Manusia terpaksa melalui
beberapa rintangan, terutama sekali berkaitan
dengan hal konsistensi-kendiri dan ciri
kongruen untuk mencapai matlamat tersebut.
3.1.13. Konsistensi kendiri bermaksud kecenderungan
organisma mengekalkan struktur dirinya, iaitu
kesamaan tanggapannya terhadap diri sendiri yang
dilihat dari luar.

3.1.14. Kongruen yang dimaksudkan di sini ialah satu


usaha persepaduan secara sedar, secara
disengajakan terhadap pengalaman yang wujud
dan sebati dengan kendiri.

3.1.15. Dengan kata lain ,kongruen juga ialah ‘kejujuran’.


Contohnya seseorang itu menyatakan kebenaran
walaupun sukar untuk diterima orang lain.
3.2. TEORI HEIRARKI KEPERLUAN KEMANUSIAAN

3.2.1. Teori Maslow, atau lebih tepat dikenali dengan Teori


Heirarki Keperluan Manusia, dicipta oleh Abraham Maslow
pada tahun 1954.

3.2.2. Menurut Maslow (1954), manusia tidak pernah puas


dengan apa sahaja yang diperoleh kerana selepas satu-
satu keperluan dipuaskan, akan wujud pula keperluan lain
untuk dipenuhi.

3.2.3. Keperluan manusia terdiri daripada keperluan fisiologi,


keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan
penghormatan diri dan penyempurnaan kendiri.
(a) Keperluan Fisiologi

(i) Keperluan fisiologi adalah keperluan


peringkat pertama yang perlu dicapai oleh
individu. Keperluan asas ini merangkumi
keperluan terhadap oksigen, seks,
makanan, minuman, tempat tinggal,
pakaian, wang dan lain-lain.

(ii) Apabila keperluan di peringkat ini berjaya


dipenuhi, individu tersebut akan
bermotivasi pula untuk mencapai peringkat
yang lebih tinggi, iaitu keselamatan.
(b) Keperluan Keselamatan

(i) Keperluan keselamatan ialah keperluan


peringkat kedua. Keperluan pada tahap ini,
merangkumi aspek kestabilan, bebas
daripada ketakutan dan kebimbangan
sama ada dari segi undang-undang,
peraturan dan larangan.

(ii) Di peringkat ini, timbul keinginan untuk


memiliki kerjaya yang terjamin, dilayan
dengan adil, dan mendapat gaji yang
berpatutan.

(iii) Apabila keperluan peringkat kedua telah


dipenuhi, individu akan meningkatkan
motivasi ke arah tahap ketiga pula.
(c) Keperluan Kasih Sayang

(i) Keperluan tahap ketiga ialah keperluan


kasih sayang dan kekitaan.

(ii) Keperluan ini menyatakan bahawa individu


memerlukan kawan dan perhatian.

(iii) Keperluan ini benar-benar akan dirasakan


ketika seseorang itu berada dalam
kesepian dan kesunyian.
(d) Keperluan Penghormatan Diri

(i) Keperluan keempat ialah penghormatan


diri. Keperluan di peringkat ini dapat
dibahagikan kepada dua kategori.

(ii) Pertama ialah keinginan atau keperluan


kepada kekuatan, pencapaian, kecukupan,
penguasaan kemampuan untuk memberi
keyakinan dalam kehidupan dan
kebebasan.

(iii) Kedua ialah peringkat di mana individu


cuba mendapatkan pengiktirafan, prestij,
penghargaan, status dan perhatian
terhadap hasil kerja.
(e) Keperluan Kesempurnaan-Kendiri

(i) Keperluan yang paling tinggi untuk


dipenuhi ialah kesempurnaan kendiri.

(ii) Individu pada peringkat ini menyedari akan


potensi yang ada pada diri sendiri dan
dapat menimbulkan keinginan untuk
menjadi individu yang sempurna dalam
semua aspek.

(iii) Manusia yang sering berusaha ke arah


kesempurnaan hidupnya akan memiliki
personaliti yang baik berbanding dengan
manusia yang tidak melakukan apa-apa
perubahan terhadap dirinya.
4. 0. TEORI PEMBELAJARAN

Behavioris Cuma mengendalikan penyelidikan mengenai tingkah


laku manusia semata-mata, iaitu tingkah laku yang dapat dilihat
dengan mata kasar. Pakar-pakar tidak mempedulikan soal dinamik
dan pergolakan di dalam jiwa manusia. Personaliti manusia cuma
dilihat berpandukan tingkahlaku manusia itu sendiri.

Dalam pembentukan dan perangkaan teori personaliti, pakar-pakar


behaviorisme dan pembelajaran memberi 3 andaian mengenai
manusia
TIGA (3) ANDAIAN MENGENAI MANUSIA

1. Tingkah laku manusia boleh dipelajari melalui proses perkaitan.


2. Manusia pada asasnya akan cenderung nikmat dan menjauhi
kesakitan.
3. Tingkah laku manusia biasanya ditentukan oleh alam
persekitaran.

Andaian-andaian ini jelas menunjukkan bahawa pakar-pakar


behaviorisme tidak mempedulikan soal kejiwaan manusia dan manusia
dianggap memiliki ciri tabula rasa (jiwa kosong) sejak dilahirkan .
4.1. TEORI TINGKAH LAKU B.F. Skinner

4.1.1. Dalam soal personaliti, Skinner (1953) mencatatkan


beberapa andaian tentang tingkah laku manusia secara
am.

(i) Tingkah laku dapat menerangkan sifat manusia


dan wujud dalam satu bentuk aturan yang mempunyai
kaitan dengan peristiwa-peristiwa lain.
(ii) Tingkah laku manusia boleh diramal.
(iii) Tingkah laku boleh dikawal dan dibentuk.

4.1.2. Skinner turut menekankan kaitan sebab dan akibat sesuatu


tingkah laku itu tanpa melihat ke dalam diri (jiwa atau
pemikiran) manusia.
4.1.3. Di samping itu, Skinner menyatakan bahawa
keadaan persekitaran adalah berpengaruh
terhadap tingkahlaku seseorang itu, tetapi manusia
memiliki kebebasan sama ada untuk bertindak atau
tidak.

4.1.4. Skinner juga amat mementingkan konsep tindak


balas serta-merta yang mampu memberi kesan
kepada emosi manusia.

4.1.5. Sebagaimana dalam bab Pembelajaran, terdapat


dua bentuk peneguhan dalam Pelaziman Operan
iaitu peneguhan positif dan negatif.
4.1.6. Prinsip Peneguhan boleh jadi berkesan terhadap
individu A tetapi mungkin sebaliknya terhadap
individu B. Keadaan ini berlaku secara semulajadi.

4.1.7. Di samping itu, penggunaan peneguhan yang betul


dapat membentuk tingkah laku manusia dan dapat
membentuk personalitinya.

4.1.8. Kualiti peneguhan yang dimiliki oleh seseorang


pula adalah berbeza-beza. Justeru, Skinner
percaya bahawa tidak seorang pun yang memiliki
personaliti yang sama.
4.2. TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

4.2.1. Pada dasarnya teori ini berasal daripada teori


tingkahlaku. Walau bagaimanapun, teori ini merupakan
teori personaliti yang penting kerana ciri-ciri interaktif yang
ada di dalamnya. Antara pelopor teori ini ialah Albert
Bandura Walter Mischel, Julian Rotter dan Martin Seligman.

4.2.2. Menurut pakar-pakar pembelajaran sosial, personaliti


manusia berkembang melalui kematangan dan
pembelajaran. Bagi memahami personaliti manusia,
seseorang itu mestilah mengetahui dan memahami prinsip
pembelajaran.
4.2.3. Menurut pakar-pakar, kehidupan manusia terdiri daripada
satu tugas untuk dipelajari dan dikuasai. Jika manusia
mempelajarinya dengan baik atau sepenuhnya, Manusia
akan mendapat kepuasan. Jika pembelajarannya tidak
lengkap, manusia akan mengalami kesusahan dan
kedukaan.

4.2.4. Selain itu, tingkah laku yang dipelajari oleh manusia adalah
hasil interaksi antara dirinya dengan persekitaran,
khususnya interaksi dengan individu yang penting baginya.

4.2.5. Manusia tidak dilahirkan ke dunia dengan jiwa yang


kosong, tetapi manusia dilahirkan bersama-sama akal
fikiran untuk bertindak balas terhadap ransangan.
4.2.6. Cara personaliti seseorang itu berkembang pula
bergantung kepada interaksinya dengan
persekitaran.

4.2.7. Dari sudut pandangan teori ini, manusia dilihat sebagai


makhluk berfikir. Pakar-pakar pembelajaran sosial percaya
bahawa tingkah laku manusia boleh dikawal dan dibentuk
menurut akal fikiran manusia itu sendiri.

4.2.8. Untuk mendalami teori ini, beberapa konsep pembelajaran


sosial akan dilihat. Konsep ini disarankan oleh dua pakar
iaitu Bandura dan Mischel.
4.2.9. Bandura (1977) melihat manusia sebagai aktif, mampu
memilih tingkah laku yang diingini dan tidak semata-mata
dikuasai oleh persekitaran. Manusia dan persekitaran
sebenarnya saling mempengaruhi antara satu sama lain.

4.2.10. Selain itu, Bandura memberi tumpuan antara aspek


interaksi manusia dengan persekitaran. Beliau
menyarankan konsep determinisme timbal balik iaitu
manusia menentukan nasibnya sendiri dengan cara
memanipulasikan persekitaran dan dimanipulasi oleh
persekitaran.
4.2.11. Proses interakrif dalam konsep determinisme ini turut
melibatkan proses dalaman seperti kognisi dan tanggapan.
Sebagai contoh, manusia ingin bersitirehat dan bergembira.

4.2.12. Kognisi manusia akan menghadkan pilihan itu kepada


tempat yang menawarkan pakej yang murah. Persekitaran
pula menawarkan beberapa tempat menarik untuk
dikunjungi. Berpandukan semua interaksi ini,manusia akan
memilih satu daripada beberapa tempat yang ada.

4.2.13. Dari segi proses kognisi, Mischel menekankan perbezaan


perkembangan kognitif sebagai faktor memahami tingkah
laku manusia.
4.2.14. Mischel menyarankan beberapa perbezaan perkembangan
kognitif yang berinteraksi dengan persekitaran dan
mempengaruhi tingkah laku manusia.

4.2.15. Mischel (1986) menyebutnya sebagai angkubah individu


iaitu:

(a) Kebolehan
Apa yang mampu dilakukan oleh individu.
Contohnya kebolehan fizikal dan kecerdasan.
(b) Strategi pengkodan
Strategi pengkodan adalah cara individu memberi
tanggapan terhadap ransangan luaran, kemudian
mengkodnya dan membentuk kategori-kategori
yang bermakna bagi dirinya sahaja tetapi
anggapan ini mungkin berbeza dengan individu lain.
(c) Apa yang diharapkan (Hasil)
Melibatkan hasil daripada sesuatu tingkahlaku yang
ditontonkan oleh individu.

(d) Nilai subjektif


Merupakan perbandingan iaitu sama ada sesuatu
tingkah laku itu lebih bermakna terhadap
seseorang itu berbanding orang lain.
4.2.16. Sistem perancangan dan pengendalian

(a) Melibatkan persoalan mengenai cara yang sesuai


dan boleh digunakan oleh manusia bagi mencapai
sesuatu matlamat.

(b) Menurut Mischel (1986), melalui angkubah individu


manusia dapat meramal bagaimana seseorang itu
bertingkah laku dalam sesuatu situasi.

(c) Selain itu, ia turut menekankan tentang


kepentingan perbezaan individu dan situasi dalam
membentuk personaliti individu.
4.2.17. Rumusan

Rumusannya, dapatlah dikatakan bahawa Teori


Pembelajaran Sosial ini melihat manusia sebagai
organisma yang berfikir, tidak dipengaruhi oleh persekitaran
semata-mata.
5.0. PENGUKURAN PERSONALITI
Personaliti manusia sebenarnya boleh diukur. Terdapat tiga (3)
jenis cara untuk mengukur personaliti manusia, iaitu :-

5.1. ALAT PROJEKTIF


5.1.1. Alat ini berpandukan kepada konsep projektif (dalam
Mekanisme Bela-diri) Freud. Alat ini, lazimnya, digunakan
untuk mengkaji personaliti peribadi bawah sedar
seseorang individu.
5.1.2. Konsep ini menyebut bahawa manusia sering menunjukkan
niat, kehendak, keperluan dan sifat-sifat lain dalam
pelbagai bentuk pada Tahap Bawah Sedar.
5.1.3. Personaliti ini boleh diketahui jika ransangan yang boleh
mengeluarkan tindak balas yang diperlukan itu
cukup untuk meningkatkan tahap kebimbangan individu itu dan
menyebabkan motif pada Tahap Bawah Sedar itu
dapat dibawa ke peringkat Sedar.
5.1.4. Terdapat dua (2) alat yang amat popular dan sering
digunakan oleh pakar-pakar psikologi iaitu Thematic
Apperception Test (TAT) dan alat Rorshach.

(a) ALAT THEMATIC APPERCEPTION TEST (TAT)

(i) Alat TAT direka oleh Henry Murray.

(ii) TAT mengandungi lebih daripada 20


keping gambar lukisan. Setiap keping
gambar membawa maksud yang
berlainan dan satu individu ke individu lain.

(iii) Subjek perlu bercerita berdasarkan


gambar-gambar yang ditunjukkan
kepadanya dan ahli terapi akan
menganalisis cerita tersebut mengenai
apakah bentuk motif, atau konflik, yang
dihadapi oleh subjek tersebut.
(iv) TAT mengandaikan manusia sentiasa
meluahkan perasaan,pengalaman dan
fantasi secara berselindung. Jika mesej
yang sama dapat diperoleh daripada
beberapa cerita di atas kad-kad yang
berlainan, maka ahli terapi dapat
menggambarkan personaliti individu
berkenaan.
(b) ALAT RORSHACH

(i) Alat ini berupa tompok-tompok dakwat


berwarna-warni yang simetri di atas kertas
putih.

(ii) Penyelidik akan menunjukkan kad


bertompok-tompok itu satu demi satu
mengikut susunan yang betul

(iii) Subjek pula dikehendaki memberitahu apa


yang dilihatnya pada tompok-tompok
tersebut.
(i) Jawapan yang diberi biasanya berbeza-
beza berdasarkan apa yang dilihat oleh
subjek. Ada yang nampak gambar kupu-
kupu, kelawar, rusa, lipas dan
sebagainya yang mungkin terdapat unsur-unsur
fantasi di dalamnya.
(ii) Jawapan-jawapan ini akan dikelaskan oleh
Rorshach kepada tiga (3) kategori utama :-
1. Kategori Lokasi
Iaitu sama ada subjek memberi jawapan
terhadap seluruh tompok dakwat yang
dilihatnya atau sebahagian sahaja.
2. Kategori Penentu
Iaitu jawapan mengenai rupa bentuk, warna
atau ciri terperinci tompok itu.
3. Kategori Kandungan
Iaitu apa yang dapat tersirat di sebalik
tompok-tompok itu.
(iii) Pada amnya, alat Rorshach berguna dalam
psikologi. Ahli terapi perlu menginterpretasi
cerita yang diutarakan oleh subjek, dan
seterusnya, mengesan masalah yang
dihadapi subjek.
5.2. UJIAN PERSONALITI

5.2.1. Kebanyakan ujian personaliti adalah melibatkan soal selidik


secara bertulis. Soal selidik ini dikatakan lebih objektif atau
tersurat berbanding kaedah temubual dan pemerhatian.

5.2.2. Selain itu, item-item, cara pentadbiran dan pemarkahan


adalah seragam. Justeru ia tidak dipengaruhi oleh unsur
prasangka dan pendapat daripada penilai.

5.2.3. Namun demikian, alat ujian itu dikatakan masih lemah


melainkan setelah diadakan ujian kesahan dan
kebolehpercayaannya.

5.2.4. Sesuatu alat ujian yang berkualiti adalah alat ujian yang
memiliki kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
5.2.5. Kebolehpercayaan alat ujian bergantung kepada
keputusan ujian yang sama atau hampir sama setiap kali
ujian itu dilaksanakan terhadap subjek yang sama.
5.2.6. Kesahan alat ujian pula berpandukan kepada sejauhmana
ia dapat mengukur apa yang ingin diukur.

5.2.7. Terdapat banyak alat ujian personaliti atau inventori


personaliti pada masa kini. Antaranya ialah :-
(a) Guilford-Zimmerman Temperement Survey,
(b) Junior Eysenck Personality Inventory,
(c) Tennessee Self-Concept Scale (TSCS), dan
(d) Minnesota Multiphasic Personality Inventory -2
(MMPI-2).
5.2.8. Mengikut Andres (1983), inventori-inventori personaliti
dianggap sebagai ujian objektif kerana ia mempunyai dua
(2) ciri berikut :-

(a) Inventori-inventori personaliti dibentuk dan hasil-


hasil skor adalah berdasarkan ciri-ciri individu yang
memberi gerak balas.

(b) Ia menggunakan ransangan-ransangan yang jelas


dalam bentuk soalan ‘YA’ atau ‘TIDAK’ tentang
trait-tret peribadi dan tingkahlaku subjek.
5.2.9. Dua (2) Contoh Ujian Personaliti

(a) Minnesota Multiphasic Personality Inventory


(MMPI-2)
(i) MMPI-2 asalnya dicipta oleh Hathaway dan
McKinley (1942). Ia merupakan inventori
personaliti yang paling luas penggunaannya. Ia
dibentuk berdasarka kepada suatu senarai
tanda-tanda kecelaruan psikiatrik.
Penggunaannya lebih bertujuan untuk menilai
dan mendiagnosis penyakit mental.
(ii) Namun demikian, lebih 200 skala telah
dikembangkan daripada MMPI untuk
penggunaan dalam pemilihan pekerjaan,
kaunseling dan penyelidikan psikologi.
(iii) MMPI-2 mengandungi 567 item dan soalannya
memerlukan jawapan ‘benar’ atau ‘salah’.
(iv) MMPI-2 memiliki 10 skala iaitu :-
Hs (Hypochondriasis), D (Depression),
Hy (Hysteria), Pd (Psychopatic Deviate),
Mf (Masculinity-Feminity), Pa
(Paranoia), Pt (Psychasthenia), Sc
(Schizophrenia), Ma (Hypomania) dan Si
(Social Intrtoversion).
(v) Item-item di dalamnya meliputi berbagai-bagai
perkara bermula dari keadaan fizikal subjek
hingga kepada moral dan sikap sosial.
(vi) Selain itu, MMPI-2 mengandungi 4 skala
pengesahan, iaitu :-
(1) Cannot Say,
(2) Lie,
(3) F (Infrequency), dan
(4) K (Defensive).
(b) Tennessee Self-Concept Scale (TSCS)
(i) Alat ukuran Tennese Self-Consept Scale
TSCS) telah dibentuk oleh William H. Fitts
pada tahun 1965.
(ii) Menurut Fitts(1965), alat ini sesuai
digunakan terhadap individu berusia 12
tahun ke atas.
(iii) TSCS boleh digunakan terhadap orang
yang normal dan orang yang mengalami
kecelaruan (maladjusted).
(iv) Inventori ini dikatakan mudah digunakan,
luas penggunaannya dan memberi
penerangan secara multi-dimensional
tentang konsep kendiri.
(v) Ia mengandungi 100 item yang memerlukan
jawapan berbentuk ‘skala likert’ lima mata
(daripada sangat benar kepada tidak benar
sama sekali).
(vi) Alat ukuran TSCS dapat mengesan 8
komponen yang membentuk konsep
kendiri, iaitu :-

(1) Identiti Kendiri,


(2) Kepuasan Kendiri,
(3) Tingkah laku Kendiri,
(4) Kendiri Fizikal,
(5) Kendiri Moral dan Etika,
(6) Kendiri Sosial,
(7) Kendiri Peribadi, dan
(8) Kendiri Keluarga.
5.3. KAEDAH TEMUBUAL

5.3.1. Antara cara lain untuk mengukur personaliti adalah melalui


kaedah temubual.

5.3.2. Melalui teknik ini, orang yang ditemubual dapat


mengeluarkan perasaan dan buah fikirannya kepada orang
bertanya.

5.3.3. Melalui hubungan secara langsung itu, penemu bual dapat


meneliti perkara atau masalah yang ditanyakan dengan
lebih mendalam serta memberikan penilaian mengenai
personaliti individu tertentu semasa soal jawab tersebut
berlangsung.
5.3.4. Tujuan temubual diadakan ialah bagi mendapat gambaran
personaliti individu secara keseluruhan selai memeberi
peluang kepada individu berkenaan kebebasan untuk
menyatakan pendpatnya berkaitan dengan kelebihan dan
kekurangan yang ada padanya.

5.3.5. Temubual menjadi lebih realistik apabila dilakukan secara


lisan tanpa melakukan banyak catatan pada ketika itu.

You might also like