You are on page 1of 60

PROFESOR MADYA HAMZAH BIN SAMAT, PJK

Jabatan Psikologi dan Kaunseling


Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia
Universiti Utara Malaysia
1.0. PSIKOLOGI SOSIAL: Pengenalan

 Satu bidang psikologi yang mengkaji apa yang manusia fikirkan dan perasaan
manusia mengenai dunia sosial mereka.

 Ia termasuk juga bagaimana manusia berinteraksi dan mempengaruhi antara satu


sama lain.
1.1. SIKAP
 Sikap adalah kesukaan dan kebencian, iaitu penilaian
terhadap, dan reaksi ke atas, sesuatu objek, manusia,
situasi atau aspek lain, termasuk idea abstrak dan polisi
sosial.

 Meliputi tiga (3) bahagian :-

 Kognitif
 Afektif
 Psikomotor (Prilaku)
Satu kajian tentang sikap negatif terhadap
sesuatu kumpulan
 Ahli psikologi mendapati ketiga-tiga komponen
tersebut memainkan peranan dalam
membentuk sikap manusia, seperti :-

 Stereotaip negatif
 Prejudis
 Diskriminasi
(a) STEREOTAIP NEGATIF

 Kepercayaan dan persepsi negatif mengenai


sesuatu kumpulan – Komponen kognitif.
(b) PREJUDIS

 Perasaan negatif terhadap kumpulan tersebut –


Komponen Afektif.
(c) DISKRIMINASI

 Tindakan negatif ke atas ahli-ahli kumpulan


tersebut – Komponen tingkah laku.
1.2. TEORI KONSISTENSI KOGNITIF

 Teori Konsistensi Kognitif menyatakan bahawa manusia


sedaya upayanya cuba mencapai keselarasan, atau
ketekalan, dari segi kepercayaan, sikap dan tingkah
laku.
1.3. FUNGSI SIKAP
(a) Fungsi Instrumental

(b) Fungsi Knowledge

(c) Fungsi Value-Expressive

(d) Fungsi Ego-Defensive

(e) Fungsi Social Adjustment


(a) Fungsi Instrumental
 Ia menyatakan bahawa manusia mempunyai
sikap yang inginkan ganjaran, ataupun faedah,
dan mengelak dari dendaan.
(b) Fungsi Knowledge (Ilmu Pengetahuan)
 Ia membantu manusia untuk memahami dunia
sekitarnya.

 Manusia cuba menguruskan pelbagai maklumat


yang diterima untuk proses “asimilasi” ke dalam
kehidupan mereka setiap hari.

 Supaya manusia boleh memproses dan


menyusun maklumat dengan cekap.
(c) Fungsi Value-Expressive
 Sikap yang mengekspresikan nilai manusia,
atau menggambarkan konsep kendiri manusia.

 Contohnya, seorang individu mungkin


mempunyai sikap positif terhadap individu
lesbian kerana berpegang kepada nilai hak
asasi, toleransi dan kebebasan individu.
(d) Fungsi Ego-Defensive
 Sikap yang menyelamatkan manusia daripada
perasaan kerisauan yang melampau (anxiety),
atau daripada sebarang gangguan ke atas
penghargaan-kendiri manusia.
(e) Fungsi Social Adjustment
(Penyesuaian Sosial)
 Membantu individu agar dapat merasa bahawa mereka
adalah sebahagian daripada komuniti sosial.

 Misalnya, terlibat dalam organisasi kemasyarakatan.

 Sikap hanya berfungsi sebagai “agen penyesuaian


sosial” dan kemungkinan ia akan berubah sekiranya
berlaku perubahan dalam norma sosial.
1.4. SIKAP DAN TINGKAH LAKU

 Sikap yang kuat dan konsisten


 Sikap berkait rapat dengan tingkah laku
 Sikap berdasarkan kepada pengalaman langsung
 Kesedaran
(a) Sikap Yang Kuat Dan Konsisten
 Sikap yang kuat dan konsisten boleh memberi
jangkaan mengenai sesuatu tingkah laku
berbanding dengan sikap yang lemah ataupun
yang tidak pasti.

 Apabila komponen kognitif dan afektif tidak


konsisten, ia akan menyukarkan jangkaan
dilakukan ke atas tingkah laku yang akan
diambil oleh individu tersebut.
(b) Sikap Berkait Rapat Dengan Tingkah Laku
 Sikap yang spesifik terhadap sesuatu perkara akan
memberikan jangkaan yang lebih tepat daripada sikap
yang umum.

 Sebagai contoh, sikap yang benci terhadap perang


nuklear dan penggunaan senjata nuklear akan
mmemberi jangkaan ke atas tingkah laku aktivis, seperti
menulis artikel dalam akhbar, melibatkan diri dalam
demonstrasi, dan seumpamanya.
(c) Sikap Berdasarkan Kepada Pengalaman
Langsung
 Sikap berdasarkan kepada pengalaman yang
pernah dilalui akan memberi jangkaan yang
lebih tepat ke atas tingkah laku individu
berbanding dengan sikap yang dibina
berdasarkan krpada pembacaan, ataupun
pengalaman orang lain.
(d) Kesedaran
 Individu yang sedar, ataupun prihatin, akan
sikapnya sendiri akan mempunyai tingkah laku
yang selari, atau konsisten, dengan sikap
tersebut.
2.0. PENGARUH SOSIAL

1. Pujukan
2. Tarikan Fizikal
3. Jarak (Proximity)
4. Kebiasaan
5. Persamaan
2.1. PUJUKAN
 Pujukan merupakan pengaruh sosial yang bertujuan
untuk merubah tingkah laku, ataupun sikap, orang lain.

 Empat (4) faktor penting yang boleh mempengaruhi


pujukan ialah :-
 Sumber
 Maklumat
 Laluan
 Penonton
 Tarikan Interpersonal, iaitu suka, sayang dan
keinginan seksual, adalah gabungan kompleks
di antara kognitif dan afektif manusia.
2.2. TARIKAN FIZIKAL
 Dapatan daripada satu kajian, yang dibuat ke
atas pelajar-pelajar yang dipasangkan lelaki dan
perempuan di dalam satu majlis universiti, telah
menunjukkan bahawa ‘tarikan fizikal’
memainkan peranan utama dalam menentukan
sama ada individu tertentu disukai oleh
pasangannya ataupun tidak.
 Dapatan kajian tersebut juga telah menunjukkan
bahawa kemahiran sosial, kepandaian dan
personaliti tidak memainkan peranan dalam
menimbulkan perasaan suka terhadap
pasangan masing-masing.

 Namun begitu, kepentingan tarikan fizikal


didapati beroperasi sewaktu temujanji yang
pertama, dan seterusnya, temujanji yang
berikutnya.
 Tarikan fizikal didapati penting kerana ia
menaikkan ‘taraf sosial’ dan ‘penghargaan-
kendiri’ individu apabila berpasangan dengan
individu yang mempunyai kecantikan fizikal,
atau daya penarik.

 Lelaki dan wanita akan dinilai tinggi sekiranya


mempunyai pasangan yang cantik ataupun
tampan.
2.3. JARAK (PROXIMITY)
 Jarak (Proximity) memainkan peranan dalam
hubungan individu.

 Kajian menunjukkan bahawa jarak tempat


tinggal memainkan peranan dalam menentukan
sama ada dua individu akan berkawan ataupun
bagaimana.
 Dalam satu kajian di kawasan rumah pangsa,
responden diminta menamakan tiga (3) nama individu
yang sering mereka dampingi.

 Dapatan kajian menunjukkan 41% penduduk


menamakan jiran di sebelah rumah, 22% pula
menamakan jiran yang jarak rumahnya adalah selang
dua (2) pintu (iaitu lebih kurang 30 kaki), dan hanya
10% sahaja menamakan jiran yang tinggal di hujung
blok rumah pangsa tersebut.
2.4. KEBIASAAN
 Kebiasaan terhadap sesuatu perkara juga akan
meningkatkan rasa suka.

 Contohnya, seekor tikus yang didedahkan


secara berulang kali dengan muzik Mozart akan
menyukai muzik tersebut akhirnya.
2.5. PERSAMAAN
 Persamaan di antara individu juga akan
menimbulkan sikap suka.

 Pasangan yang mempunyai persamaan,


biasanya, akan tinggal dan hidup bersama.
3.0. TINGKAH LAKU SOSIAL POSITIF
DAN NEGATIF

1. Perubahan sikap secara paksa (Brainwashing)


2. Konsep utama “brainwashing”

(a) Unfreezing
(b) Perubahan
(c) Freezing
3.1. PERUBAHAN SIKAP SECARA PAKSA
(BRAINWASHING)
 Ia dilakukan ke atas orang yang berada di
bawah genggaman, atau tahanan.

 Seseorang yang menggunakan teknik ini


mempunyai kuasa mutlak ke atas
persekitarannya, dan secara psikologinya
memanipulasikan orang lain.
TIGA (3) TEKNIK YANG DIGUNAKAN

 Mengikut James McConnell, tiga (3) teknik


tersebut yang digunakan dalam “brainwashing”
ialah :-
(i) Teknik Pertama

Orang yang menjadi sasaran akan diasingkan


daripada orang lain yang memberi sokongan ke
atas tingkah lakunya yang asal.
(ii) Teknik Kedua

Sasaran tersebut dijadikan agar dia akan


bergantung penuh (fully dependant) ke atas
ketuanya dalam memenuhi keperluan hidup.
(iii) Teknik Ketiga

Ketua, atau agen, yang melakukan


“brainwashing” berada di dalam posisi di mana
beliau boleh memberikan ganjaran untuk
sebarang perubahan tingkah laku, ataupun
sikap, sasaran.
3.2. KONSEP UTAMA “BRAINWASHING”
 “Brainwashing”, biasanya, bermula dengan
menjadikan sasaran lemah dan rasa rendah diri.

 Terdapat tiga (3) konsep utama, iaitu :-

 Unfreezing
 Perubahan
 Freezing
(a) Unfreezing

 Ia adalah merupakan proses ‘menghilangkan’


ataupun ‘membuang’ nilai dan kepercayaan
lama sasaran melalui deraan secara :-

 Fizikal
 Psikologikal
(b) Perubahan

 Apabila keletihan serta mengalami tekanan dan


ketakutan, ia akan menyebabkan sasaran tadi
mencapai satu tahap di mana mereka tidak lagi
mampu berpegang kepada nilai dan
kepercayaan lama.

 Ini akan membawa kepada perubahan sikap


dan tingkah laku sasaran tadi.
(c) Freezing

 Ia merupakan proses memberi ganjaran untuk


menguatkan, atau meneguhkan, lagi sikap baru
sasaran.
4.0. PREJUDIS
 Sikap ‘prejudis’ meliputi perasaan buruk sangka, takut
dan benci.

 Ahli psikologi menyatakan bahawa prejudis merupakan


satu format menyalahkan individu atau kumpulan lain
kerana tindakan orang lain, atau keadaan, yang berlaku
bukan disebabkan oleh mereka.

 Personaliti ‘Autoritarian’ amat cenderung untuk bersikap


prejudis.
JENIS-JENIS PREJUDIS

1. Racism
2. Sexism
3. Ageism
4. Heterosexism
5. Ethnocentrism
6. Stereotaip Sosial
4.1. RACISM

 Prejudis terhadap bangsa yang terdapat di


dalam sesebuah institusi secara langsung,
ataupun tidak langsung, dan disokong pula oleh
struktur kuasa sosial yang memerintah
( misalnya di dalam kerajaan, sekolah, dan
sebagainya ).
4.2. SEXISM

 Prejudis ke atas ahli-ahli kumpulan berdasarkan


kepada jantina, ataupun gender.
4.3. AGEISM

 Diskriminasi ke atas umur.

 Prejudis berdasarkan kepada faktor umur.


4.4. HETEROSEXISM

 Kepercayaan bahawa heteroseksualiti adalah


lebih baik, atau natural, berbanding dengan
homoseksualiti.
4.5. ETHNOCENTRISM

 Meletakkan kumpulan, ataupun bangsa, sendiri


di tengah.

 Ia bermaksud menolak semua kumpulan identiti


lain kecuali identiti sendiri.
4.6. STEREOTAIP SOSIAL

 Imej, atau pandangan, yang memperlekehkan,


ataupun mengambil ringan, ciri-ciri individu yang
tergolong di dalam sesuatu perkumpulan sosial.

 Contohnya, orang selalu menganggap bahawa


orang berkulit putih sebagai bijak, atau cantik.
5.0. TINGKAH LAKU PROSOSIAL

1. Peristiwa Kitty Genovesse

(a) Senario “Bystander Apathy”

2. Model Latane’ dan Darcy

(a) Menunjukkan langkah yang diambil oleh individu


sebelum membuat sesuatu komitmen untuk
membantu.
5.1. BYSTANDER APATHY:
(Peristiwa Kitty Genovese)

 Penduduk sebuah pangsapuri di Queens, New York,


hanya menyaksi dan mendengar jeritan Kitty yang
dibunuh di luar bangunan mereka.

 Tidak seorang pun individu, yang telah menyaksi dan


mendengar Kitty menjerit meminta tolong, mengambil
inisiatif untuk memanggil polis sehinggalah serangan ke
atas Kitty itu selesai yang mengakibatkan Kitty mati
dibunuh..
 Ahli psikologi menggelarkan senario di mana
orang di sekeliling enggan menghulur bantuan
ketika berlaku sesuatu kecemasan sebagai
“bystander apathy”.
 Menurut ahli psikologi, kegagalan untuk membantu
individu yang berada di dalam keadaan kecemasan
adalah disebabkan oleh bilangan orang yang ada,
ataupun yang hadir, ketika kejadian itu berlaku.

 Kajian yang dijalankan mengenai kes seumpama ini


telah menunjukkan bahawa semakin ramai orang yang
hadir, atau yang berada, di dalam sesuatu keadaan
kecemasan, semakin kuranglah peluang individu, yang
menjadi mangsa itu, untuk mendapatkan pertolongan,
ataupun untuk diselamatkan.
 Di dalam kes Kitty Genovese ini, setiap orang
yang berada di tempat kejadian, lazimnya, akan
membuat suatu anggapan, ataupun andaian,
bahawa akan ada orang lain yang akan
memberi bantuan kepada si mangsa tadi. Ini
kerana ramai orang yang telah melihat kejadian
tersebut berlaku.
5.2. MODEL LATANE’ AND DARCY

 Model ini menunjukkan langkah-langkah yang


akan diambil oleh seseorang individu itu
sebelum dia membuat sesuatu komitmen,
ataupun pengakuan, untuk memberi sesuatu
bantuan kepada pihak tertentu yang meminta
bantuan daripadanya.
Tidak Tidak
Perasan Membantu

Peristiwa
Berlaku

Bukan Tiada
Kecemasan Bantuan

Perasan Bukan Tiada


Tanggungjawab Bantuan
Kecemasan
Akan Beri
Tanggungjawab
Bantuan
6.0. TINGKAH LAKU LANGSANG

1. Tingkah laku fizikal dan psikologikal yang bertujuan


untuk menyakiti seseorang, ataupun untuk
memusnahkan harta benda.

2. Ia didefinisikan sebagai keinginan untuk menyakiti,


atau mencederakan, seseorang, ataupun bertindak
ganas terhadap seseorang.
6.1. DUA JENIS TINGKAH LAKU LANGSANG :-

(a) Ancaman (Threat)

(b) Instrumental
(a) ANCAMAN (THREAT)

 Ia berlaku apabila seseorang itu marah.

 Matlamatnya ialah untuk menyakiti sasarannya


(iaitu individu yang dimarahinya).
(b) INSTRUMENTAL

 Ia dilakukan untuk mencapai sesuatu matlamat, atau


cita-cita.

 Contohnya, pencuri mungkin menikam mangsa kerana


ingin merampas sesuatu yang dimiliki mangsa.

 Tindakan pencuri tadi bukan disebabkan dia marah


terhadap mangsa, tetapi tingkah laku tersebut adalah
bertujuan untuk mencapai cita-citanya, iaitu memiliki
barang kepunyaan si mangsa.
HIPOTESIS FRUSTRATION - AGGRESSION

1. Frustration, atau geram, atau dihadang daripada


mencapai matlamat merupakan punca tingkah laku
langsang.

2. Kehadiran perasaan marah juga merupakan


penyebab, atau pencetus, kepada timbulnya tingkah
laku langsang.

You might also like