You are on page 1of 33

Puan Siti Azura Bahadin

Jabatan Psikologi Dan Kaunseling


Fakulti Pembangunan Sosial Dan Manusia
Universiti Utara Malaysia
LIMA PERKARA
YANG AKAN DISENTUH

1. Penjelasan Istilah-Istilah Yang Berkaitan


2. Perspektif Tingkah laku Tidak Normal
3. Faktor Penyebab Berlakunya Kecelaruan
Psikologikal dan Mental
4. Klasifikasi Kecelaruan Psikologikal
5. Masalah Besar Yang Dihadapi Oleh Individu
Sekiranya Menghadapi Tahap Rasa Cemas
(Anxiety) Yang Tinggi
1. PENJELASAN ISTILAH-ISTILAH
1.1. PSIKOPATOLOGI

(a) Suatu kajian secara saintifik mengenai


mental, emosi, kecelaruan tingkah laku dan
tingkah laku tidak normal. Ia meliputi
mengenal pasti, mengklasifikasi, dan
menerangkan kecelaruan psikologikal.

(b) Istilah ‘psikopatologi’ juga merujuk kepada


kecelaruan mental itu sendiri, ataupun tingkah
laku yang tidak sihat dari segi psikologikal.

(c) Ia meliputi bukan saja tingkah laku yang tidak sesuai,


seperti penagihan dadah, berjudi, atau hilang hubungan
dengan realiti, bahkan sebarang tingkah laku yang
mengganggu proses pertumbuhan-kendiri dan
kesempurnaan-kendiri (Carson, Butcher, & Mineka,
1997).
1.2. TINGKAH LAKU TIDAK NORMAL

(a) Ia merupakan tingkah laku yang luar biasa. Ia


mempnyai dua (2) ciri utama, iaitu :-

(i) Ia adalah sauatu tingkah laku yang tidak


sesuai (maladaptive). Ia menjadikan sukar
bagi seseorang itu memenuhi keperluan hidup
sehariannya.

(ii) Kecelaruan psikologikal melibatkan kehilangan


kemampuan untuk mengawal pemikiran,
tingkah laku, atau perasaan secara sewajarnya
1.3. KECELARUAN PSIKOLOGIKAL

(a) Kecelaruan psikotik bercirikan seperti khayalan,


menjauhkan diri daripada bergaul dengan orang lain,
dan juga menarik diri daripada realiti.

(b) Individu yang mengalami kecelaruan psikotik, jika


sekiranya keadaannya menjadi terlalu serius, boleh
menjadikan dirinya untuk mendapatkan rawatan
psikiatrik di hospital.
2. PERSPEKTIF TINGKAH LAKU
TIDAK NORMAL
2.1. Personaliti yang tidak sihat digambarkan seperti
murung, rasa cemas (anxiety), rasa tertekan,
ataupun lain-lain tanda yang menunjukkan tekanan
emosi.

2.2. ‘Statistical Abnormality’ (istilah Tidak Normal secara


statistikal) merujuk kepada skor yang tinggi dalam
sesetengah dimensi, seperti kecerdasan atau rasa
cemas. Sebagai contoh, oleh kerana rasa cemas itu
merupakan satu ciri (atau sifat) bagi beberapa
kecelaruan psikologikal, maka kita boleh membentuk
satu ujian untuk mempelajari berapa ramai manusia
yang menunjukkan tahap-tahap rasa cemas yang
rendah, sederhana ataupun tinggi.
2.3. Lazimnya, keputusan bagi ujian sedemikian akan
membentuk satu ‘kelok normal’ (normal curve).
Normal dalam kes ini ialah merupakan ‘konsep
statistikal’. Ia menunjukkan hanya bentuk suatu
kelok.

2.4. Kita akan dapati bahawa, pada kebiasannya,


kebanyakan manusia mempunyai skor dalam
kawasan tengah kelok berkenaan. Oleh itu, individu
yang menyimpang daripada kawasan yang biasa
(‘average’, iaitu kawasan tengah), disebabkan oleh
mengalami rasa cemas sepanjang masa (tahap
cemas yang tinggi), mungkin dikatakan sebagai
‘Tidak Normal’.
2.5. Ia adalah sesuatu yang ‘Tidak Normal’ (luar
biasa) bagi seseorang individu itu mendapat skor
melebihi 145 dalam ujian kecerdasannya (IQ Test)
ataupun sekiranya skor yang diperolehi kurang
daripada 55.

2.6. Walau bagaimanapun, cuma skor yang kurang


daripada 55 sahaja yang dikira sebagai “Tidak
Normal” atau yang tidak diingini (Wakefield, 1992).
2.7. Sebelum sesuatu tingkah laku itu hendak
didefinisikan, kita mesti mempertimbangkannya dari
segi ‘situational context’ (misalnya, situasi sosial, gaya
tingkah laku, atau keadaan-keadaan umum).

2.8. ‘Budaya’, atau cara hidup, adalah merupakan salah


satu daripada konteks yang amat berpengaruh di
mana sebarang tingkah laku itu akan dinilai.

2.9. Sebagai contoh, dalam sesetengah budaya, ia


dikatakan normal sekiranya membuang air kecil,
ataupun bertelanjang (naked), di hadapan khalayak
ramai. Namun, di dalam budaya kita, tingkah laku
sedemikian dianggap tidak normal (atau luar biasa).
2.10. Dalam sesetengah budaya Islam, kaum wanita yang
mesti sentiasa berada di dalam rumah dikira
sebagai normal. Malah, ia dianggap sebagai suci
(virtuous). Di dalam budaya barat pula, kaum wanita
tadi akan dianggap sebagai mengalami masalah
‘agoraphobia’.

2.11. ‘Agoraphobia’ merupakan suatu masalah seseorang


itu rasa takut bahawa, sesuatu yang amat
memalukan akan berlaku ke atas dirinya sekiranya dia
meninggalkan rumah ataupun memasuki suatu
situasi yang tidak biasa ataupun asing.
3. FAKTOR PENYEBAB BERLAKUNYA
KECELARUAN PSIKOLOGIKAL DAN
MENTAL

Terdapat Empat Faktor Utama Penyebab Berlakunya


Kecelaruan Psikologikal dan
Mental, iaitu :-

(a) Keadaan Sosial


(b) Faktor Keluarga
(c) Faktor Psikologikal
(d) Faktor Biologikal
3.1. KEADAAN SOSIAL (Social Conditions)

Ini termasuk faktor-faktor seperti berikut :-

(a) Kemiskinan
(b) Keadaan hidup serba kekurangan dan
menyedihkan
(c) Tidak mempunyai rumah / tempat
tinggal
(d) Keadaan masyarakat yang tidak
tersusun dan terurus
(e) Keadaan penempatan yang terlalu
padat.
3.2. FAKTOR KELUARGA

(a) Ibu bapa yang tidak matang, mengalami


gangguan mental, penjenayah, atau suka
melakukan penderaan ke atas anak-anak
mereka sendiri.

(b) Kehidupan rumahtangga yang hidup melarat


dan menderita.

(c) Disiplin diri anak-anak yang terlalu rendah.

(d) Hubungan antara sesama ahli keluarga yang


bercelaru.
3.3. FAKTOR PSIKOLOGIKAL

(a) Tekanan emosi (stres)

(b) Tahap kecerdasan (IQ) yang rendah

(c) Proses pembelajaran yang bercelaru dan


tidak berstruktur.

(d) Tidak memiliki kepakaran, atau tidak


menguasai, dalam bidang-bidang tertentu.
3.4. FAKTOR BIOLOGIKAL

(a) Kecacatan genetik

(b) Penjagaan sebelum lahir yang lemah

(c) Berat semasa lahir yang amat rendah

(d) Keuzuran atau ketidak-upayaan fizikal


yang kronik

(e) terdedah kepada bahan toksid, bahan


kimia berancun, ataupun dadah

(f) Kecederaan di kepala


4. KLASIFIKASI KECELARUAN
PSIKOLOGIKAL

1. Kecelaruan Psikotik
2. Kecelaruan ‘Mood’
3. Kecelaruan Rasa Cemas (Anxiety)
4. Kecelaruan Somatoform (kesihatan badan)
5. Kecelaruan Pengasingan (Dissociative)
6. Kecelaruan Personaliti
7. Kecelaruan Identiti Seksual dan Gender
8. Kecelaruan Berkaitan Dengan Substance (Dadah)
4.1. KECELARUAN PSIKOTIK

(a) Simptom-Simptom Utama

Hilang kontak dengan realiti.

(b) Tanda-Tanda Masalah Pada Keadaan Yang BIasa

(i) Individu mendengar atau nampak benda-


benda yang orang lain tidak dengar atau tidak
nampak.

(ii) Minda individu sebenar mengelirukan dirinya


sendiri.
4.2. KECELARUAN ‘MOOD’

(a) Simptom-Simptom Utama

Mania atau kesedihan.

(b) Tanda-Tanda Masalah Pada Keadaan Yang Biasa

(i) Individu berasa sedih dan tidak bermaya.

(ii) Individu bercakap terlalu kuat atau terlalu cepat dan


tergesa-gesa untuk mengeluarkan idea dan
perasaan sehingga orang lain merasakan ia tidak
menasabah.
4.3. KECELARUAN RASA CEMAS (Anxiety)

(a) Simptom-Simptom Utama

Tahap rasa cemas yang tinggi.

(b) Tanda-Tanda Masalah Pada Keadaan Yang Biasa

(i) Individu mengalami serangan rasa cemas (anxiety


attack) dan rasa seolah-olah macam hendak mati.

(ii) Individu rasa takut untuk melakukan sesuatu


walaupun kebanyakan orang lain tidak merasa
sebegitu.
4.4. KECELARUAN SOMATOFORM
(Kesihatan Badan)
(a) Simptom-Simptom Utama

Rasa sengal-sengal badan walaupun pada


keadaan fizikal, sebenarnya, tidak sakit.

(b) Tanda-Tanda Masalah Pada Keadaan Yang Biasa

(i) Individu merasa sakit secara fizikal tetapi


doktor mengatakan tidak ada sebarang masalah
pada diri individu tadi.

(ii) Individu telah diselubungi dengan pemikiran yang


dia sedang sakit.
4.5. KECELARUAN PENGASINGAN
(Dissociative)

(a) Simptom-Simptom Utama


Amnesia, perasaan yang tidak berada dalam
keadaan sebenar (unreality), identiti berganda
(multiple identities).

(b) Tanda-Tanda Masalah Pada Keadaan Yang Biasa

(i) Terdapat banyak jurang yang luas di dalam memori


individu.

(ii) Individu merasa dia begitu asing dengan dirinya


sendiri.
4.6. KECELARUAN PERSONALITI

(a) Simptom-Simptom Utama

Pola personaliti yang tidak sihat.

(b) Tanda-Tanda Masalah Pada Keadaan Yang BIasa

(i) Pola tingkah laku individu mewujudkan masalah


yang berulangkali, sama ada di tempat kerja,
ataupun di sekolah, di samping hubungannya
dengan orang lain.
4.7. KECELARUAN IDENTITI SEKSUAL DAN
GENDER
(a) Simptom-Simptom Utama

Identiti gender yang terganggu, tingkah laku seksual


yang devian, masalah dalam penyesuaian seksual.

(b) Tanda-Tanda Masalah Pada Keadaan Yang Biasa

(i) Individu boleh mendapat kepuasan seks hanya


melibatkan dirinya dengan tingkah laku seksual tidak
secara yang biasa dilakukan.

(ii) Individu mengalami masalah yang berkaitan dengan


keinginan seks atau kepuasan seks.
4.8. KECELARUAN YANG BERKAITAN
DENGAN BAHAN (SUBSTANCE)
(a) Simptom-Simptom Utama
Gangguan-gangguan yang berkaitan dengan salah
penyalahgunaan dadah atau kepegantungan
(dependance).

(b) Tanda-Tanda Masalah Pada Keadaan Yang Biasa

(i) Individu telah mengambil minuman keras dengan


berlebihan.

(ii) Mengambil dadah yang diharamkan.

(iii) Mengambil ubat-ubatan lebih daripada sukatan yang


dibenarkan.
5. MASALAH YANG DIHADAPI OLEH
INDIVIDU SEKIRANYA MENGHADAPI
TAHAP RASA CEMAS (ANXIETY)
YANG TINGGI
1. KECELARUAN PENYESUAIAN

2. KECELARUAN RASA CEMAS YANG MENYELURUH

3. RASA CEMAS ‘FREE-FLOATING’

4. KECELARUAN PANIK (Kegugupan)


RASA CEMAS (Anxiety)

 Rasa cemas (anxiety) bermaksud “suatu perasaan yang


menggambarkan kebimbangan, ketakutan, atau ketidak-
selesaan”.

 Rasa cemas merupakan suatu respons terhadap suatu


ancaman ‘yang tidak jelas’ ataupun ‘yang kabur’.
Sebagai contoh, “stage fright” sebenarnya ialah rasa
cemas. Ini kerana penonton bukanlah merupakan suatu
ancaman kepada keselamatan yang wujud pada ketika
itu.

 Jika dibandingkan dengan rasa cemas, ketakutan (fear)


dilihat lebih tertumpu kepada sesuatu, dan ia
menampakkan gangguan emosi yang kuat.
 Ketakutan merupakan kesan daripada suatu
ancaman yang spesifik, dan juga yang telah
dikenal pasti.

 Sebagai contoh, sekiranya kita berasa takut, kita


akan bercakap pada diri kita sendiri, “Suatu
peristiwa yang dahsyat sedang berlaku dan saya
mesti mengambil tindakan sekarang juga untuk
menghentikannya”.

 Bila kita berasa cemas pula, kita akan berkata,


“Suatu peristiwa yang dahsyat akan berlaku.
Saya mungkin tidak mampu untuk
menanganinya, tetapi saya kena bersedia untuk
mencubanya.” (Zinbarg, 1992).
 Pada kebiasaannya, individu yang mempunyai masalah
berkaitan dengan rasa cemas akan berasa dirinya
terancam. Namun begitu, individu tadi tidak pula mengambil
inisiatif untuk melakukan sesuatu yang konstruktif.

 Ringkasnya, manusia bergelut, dan seterusnya, berjuang


untuk mengekalkan kawalan (control) ke atas sesuatu
keadaan ataupun persekitaran mereka. Walau
bagaimanapun, mereka terus berada di dalam keadaan
yang tidak efektif dan tidak ceria (Zinbarg et al., 1992).

 Secara umumnya, sebarang bentuk masalah yang berkaitan


dengan rasa cemas akan melibatkan tahap rasa cemas
yang tinggi, di samping akan mengalami perasaan tertekan
(stres) yang berterusan, rasa tidak selamat, rasa rendah
diri, kesedihan, dan ketidak-puasan dalam hidup.
5.1. KECELARUAN PENYESUAIAN

1. Ia berlaku apabila stres yang berlaku dalam


kehidupan seharian individu menekan dirinya
melampaui kemampuan untuk menyerap stres tadi
secara berkesan.

2. Sebagai contoh, pengangguran yang


berpanjangan, perbalahan suami isteri yang memuncak,
penyakit fizikal yang kronik.

3. Mereka yang mengalami kecelaruan


penyesuaian akan menjadi seorang yang mudah
marah, cemas, bimbang, rasa tertekan dan tidak
memperdulikan orang lain.
5.2. KECELARUAN RASA CEMAS YANG MENYELURUH
1. Ciri penting bagi kecelaruan rasa cemas yang
menyeluruh ialah sekurang-kurangnya 6 bulan
mengalami rasa cemas dan risau yang amat sangat
serta tidak menasabah (unrealistic) (DSM-IV, 1994).
(DSM = Diagnostic And Statistical Manual of Mental
Disorder)

2. Individu dikatakan mengalami ketegangan (tension)


yang kronik, di samping berasa risau tentang kerja,
perhubungan, kebolehan, atau malapetaka (disaster)
yang akan berlaku.

3. Individu yang mengalami kecelaruan ini akan merasa


risau mengenai peristiwa-peristiwa yang akan datang
(Dugas, 1998). Mereka lazimnya mengadu tentang
masalah berpeluh, degupan jantung yang laju, perut yang
memulas, pernafan yang cepat, mudah marah dan
tumpuan yang semakin menurun.
5.3. RASA CEMAS ‘FREE-FLOATING’

 Rasa cemas yang agak umum dan mudah meresap


dalam diri seseorang.

 Ia akan menjadikan seseorang berada di dalam keadaan


yang tidak selesa.

 Ia dikatakan sebagai ‘free-floating’ kerana ia dicetuskan


oleh situasi-situasi yang berbeza yang sungguh banyak.
Individu yang mengalami merasa risau tentang,
terutamanya, peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada
masa hadapan (Dugas et al., 1998).
5.4. KECELARUAN PANIK (Kegugupan)

 Apabila individu mengalami kecelaruan panik, dia


sebenarnya berada dalam keadaan cemas yang kronik.

 Ketika diserang rasa panik, individu akan mengalami sakit


dada, rasa tercekik, mengalami perasaan dalam keadaan
khayalan (unreality), rasa gemuruh (atau gementar), dan
rasa takut hilang kawalan.

 Ramai yang percaya bahawa mereka yang mengalami


kecelaruan jenis ini mudah untuk mendapat serangan
jantung, atau menjadi tidak waras (insane), atau amat
hampir untuk mati.

 Dalam hal ini, majoriti yang mengidap kecelaruan panik


adalah terdiri daripada kaum wanita (Sasone, Sansone, &
Righter, 1998).

You might also like