You are on page 1of 2

KATA BILANGAN

Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung atau membilang sesuatu. Dalam bahasa Melayu
baku, kata bilangan terbahagi kepada enam jenis, iaitu:
a) Kata bilangan tentu
b) Kata bilangantak tentu
c) Kata bilangan himpunan
d) Kata bilangan pecahan
e) Kata bilangan pisahan
f) Kata bilangan tingkat

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Jenis Kata Penerangan Ayat Contoh


Keterangan
Kata bilangan Kata bilangan yang telah ditentukan 1 Kerani itu sedang mengepit satu
tentu jumlah atau bilangannya. Contoh: keping fail.
satu, tiga, enam, sepuluh, tiga ratus, 2 Dua buah kelapa muda itu telah
lapan ribu, enam juta ditebuk tupai.
Kata bilangan Kata bilangan yang tidak diketahui 1 Semua penghuni kampung itu akan
tak tentu jumlah/bilangannya. Contoh: dipindahkan ke tempat lain.
para, semua, sesetengah, banyak, 2 Banyak rumah dan harta benda
pelbagai musnah dalam kejadian banjir
lumpur itu.
Kata bilangan Kata bilangan himpunan asalnya 1 Kedua-dua buah jambatan itu rosak
himpunan ialah kata bilangan tentu tetapi telah teruk.
digandakan dan ditambah dengan 2 Sudah bertahun-tahun kejadian itu
imbuhan ke- dan ber-. Contoh: berlaku.
berpuluh-puluh, berjam-jam, ketiga-
tiga, kelapan-lapan
Kata bilangan Kata bilangan yang berbentuk 1 Setengah bahagian kek itu telah
pecahan pecahan. Contoh: setengah, satu per dihurungi semut.
empat, dua per lima, tiga per lapan 2 Dia mengambil masa hampir tiga
per empat jam untuk menyiapkan
surat permohonan itu.

Kata bilangan Kata bilangan yang digunakan untuk 1 Tiap-tiap petang, Pak Ali membawa
pisahan membilang sesuatu secara cucunya itu bersiar-siar di taman
berasingan. Contoh: tiap-tiap/setiap bunga.
dan masing-asing 2 Mereka gagal menyiapkan kerja
masing-masing dalam masa yang
telah ditetapkan.
Kata bilangan Kata bilangan yang asalnya kata 1 Setelah masuk hari yang ketujuh
tingkat bilangan tentu tetapi telah ditambah barulah dia berasa badannya agak
dengan imbuhan ke. Contoh: ketiga, ringan sedikit.
ketujuh, kedua belas, ketiga ratus, 2 Zainah memilih nombor giliran
kedua juta kedua untuk temuduga jawatan
kerani itu.

 Dalam penulisan elakkan daripada melakukan kesalahan seperti yang berikut:-


1. Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang
dengan menggunakan kata bilangan tentu.
Contoh:
a) Lima guli itu telah retak. (X)
b) Lima biji guli itu telah retak. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 1 Alam Bahasa Melayu


2. Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata
bilangan tentu yang telah sedia membawa makna jamak.
Contoh:
a) Sepuluh buah kilang-kilang di kawasan itu beroperasi secara haram. (X)
b) Sepuluh buah kilang di kawasan itu beroperasi secara haram. (√)

3. Kesalahan meletakkan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan
menggunakan kata bilangan tak tentu.
Contoh:
a) Banyak orang pelajar lulus dalam ujian sains itu. (X)
b) Banyak pelajar lulus dalam ujian sains itu. (√)

4. Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata
bilangan tak tentu.
Contoh:
a) Para guru-guru diingatkan agar mengambil sikap berkecuali. (X)
b) Para guru diingatkan agar mengambil sikap berkecuali. (√)

5. Kesalahan menulis singkatan kata bilangan himpunan dalam ayat.


Contoh:
a) Kelapan ekor anak lembu itu akan dihantar ke klinik haiwan. (X)
b) Kelapan-lapan ekor anak lembu itu akan dihantar ke klinik haiwan. (√)

6. Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang
dengan menggunakan kata bilangan himpunan.
Contoh:
a) Kedua-dua bakul itu penuh berisi sayur. (X)
b) Kedua-dua buah bakul itu penuh berisi sayur. (√)

7. Kesalahan menggunakan kata bilangan tak tentu para menjadi para-para.


Contoh:
a) Para-para menteri itu sedang bermesyuarat. (X)
b) Para pelajar itu berasal dari Jepun. (√)

8. Kesalahan menulis ringkas kata bilangan tak tentu berbagai-bagai menjadi berbagai sahaja.
Contoh:
a) Berbagai barang antik ada dipamerkan di situ. (X)
b) Berbagai-bagai barang antik ada dipamerkan di situ. (√)

9. Kesalahan menulis singkat kata bilangan pisahan tiap-tiap menjadi tiap sahaja.
Contoh:
a) Tiap petang dia bermain badminton. (X)
b) Tiap-tiap petang dia bermain badminton. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 2 Alam Bahasa Melayu

You might also like