You are on page 1of 10

KATA GANDA

Kata ganda ialah kata yang terhasil atau terbentuk daripada kata yang digandakan atau diulang sama ada
sebahagian atau keseluruhannya.
Kata gandi terbahagi kepada empat bentuk seperti yang berikut:-
a) Kata ganda seluruh c) Kata ganda bersajak
b) Kata ganda separa d) Kata ganda berimbuhan

Kata Ganda Seluruh


Kata ganda seluruh terhasil atau terbentuk daripada kata dasar yang digandakan sluruhnya. Kata ganda ini
diberi tanda sempang ( - )

Kata ganda seluruh terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:-

Kata Dasar Kelas Kata Kata Ganda Seluruh

jam kata nama jam-jam


jalan kata nama jalan-jalan
pemberita Kata nama terbitan pemberita-pemberita
soalan kata nama terbitan soalan-soalan
mana kata tanya mana-mana
apa kata tanya apa-apa
comel kata adjektif comel-comel
kasar kata adjektif kasar-kasar
duduk kata kerja duduk-duduk
baring kata kerja baring-baring
awal kata keterangan awal-awal
jarang kata keterangan jarang-jarang

Contoh penggunaan kata ganda seluruh dalam ayat:


1. Kura-kura dapat hidup di darat atau di dalam air.
2. Pahlawan itu handal-handal belaka.
3. Buku yang dibelinya tebal-tebal belaka.
4. Undang-undang perlu kita patuhi.
5. Layang-layang itu terbang tinggi di angkasa.

Senarai kata ganda seluruh mengikut kelas kata.

A. Kata Ganda Seluruh (Kata Nama)


Contoh:
gado-gado kunang-kunang
berang-berang kupu-kupu
beri-beri ubur-ubur
angan-angan ura-ura
kelip-kelip rama-rama

B. Kata Ganda Seluruh (Kata Adjektif)


Contoh:

hitam-hitam muda-muda
kaya-kaya indah-indah
jinak-jinak gagah-gagah
ragu-ragu hebat-hebat
susah-susah lama-lama

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 1 Alam Bahasa Melayu


C. Kata Ganda Seluruh (Kata Kerja)
Contoh:

main-main pulang-pulang
marah-matah duduk-duduk
muntah-muntah baring-baring

D. Kata Ganda Seluruh (Kata Keterangan)


Contoh:
kadang-kadang terang-terang
kalau-kalau masak-masak
kira-kira laju-laju
moga-moga ketat-ketat
sayup-sayup kuat-kuat

 Kata ganda seluruh ada yang menyatakan maksud tunggal dan ada yang menyatakan maksud bilangan
banyak/jamak.

Perhatikan penerangan yang berikut:-

A. Kata Ganda Seluruh (maksud bilangan tunggal)


Contoh:
agar-agar onde-onde
ampai-ampai ilam-ilam
amung-amung biri-biri
angkut-angkut dalu-dalu
baling-baling jemput-jemput

B. Kata Ganda Seluruh (maksud bilangan banyak)


Contoh:
sahabat-sahabat rajah-rajah
pintar-pintar jari-jari
lesen-lesen kedai-kedai
musuh-musuh tua-tua
nama-nama gelas-gelas

Yang berikut ialah senarai beberapa kata ganda seluruh.

abang-abang handal-handal olok-olok


ajak-ajak hangat-hangat onak-onak
akhir-akhir harta-harta onde-onde
akan-akan harum-harum oneng-oneng
anak-anak hati-hati orang-orang
angan-angan hidup-hidup otot-otot
apa-apa hitam-hitam pahit-pahit
awal-awal ibu-ibu paku-paku
bagus-bagus iklan-iklan paru-paru
baik-baik iras-iras pihak-pihak
bakul-bakul ingat-ingat pijat-pijat
banyak-banyak indah-indah pintu-pintu

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 2 Alam Bahasa Melayu


barang-barang isi-isi puak-puak
besar-besar isteri-isteri puas-puas
buah-buah jahat-jahat ragu-ragu
bulat-bulat jalan-jalan rajin-rajin
cantik-cantik jamu-jamu raja-raja
cara-cara jarang-jarang rajah-rajah
carik-carik jari-jari rakan-rakan
cepat-cepat jaring-jaring rapat-rapat
cita-cita jauh-jauh rata-rata
curi-curi jelik-jelik rumah-rumah
condong-condong kaki-kaki saat-saat
cuba-cuba ketuk-ketuk sahabat-sahabat
dalam-dalam kawan-kawan samar-samar
daun-daun kuat-kuat sesak-sesak
dekat-dekat kuda-kuda sudu-sudu
dengar-dengar kuning-kuning suka-suka
dewa-dewa kura-kura sukar-sukar
diam-diam kurus-kurus susah-susah
duduk-duduk lagi-lagi tajam-tajam
egen-egen lagu-lagu tamu-tamu
ejek-ejek lain-lain teknik-teknik
elok-elok laju-laju teman-teman
enak-enak lancar-lancar terang-terang
entah-entah liat-liat tiket-tiket
ensot-ensot layu-layu tin-tin
epok-epok lebam-lebam tinggi-tinggi
erat-erat main-main ubi-ubi
faham-faham makan-makan udang-udang
faedah-faedah marah-marah ulama-ulama
fakta-fakta masam-masam ulat-ulat
fasih-fasih mati-mati undang-undang
fatwa-fatwa mula-mula ura-ura
fiil-fiil muntah-muntah uri-uri
filem-filem musuh-musuh unsur-unsur
firman-firman nama-nama wabak-wabak
gadis-gadis naga-naga wajah-wajah
gado-gado nakal-nakal wakil-wakil
garang-garang negeri-negeri waktu-waktu
ganas-ganas nilai-nilai wali-wali
gemuk-gemuk nipis-nipis wang-wang
gila-gila nyaris-nyaris wangi-wangi
gula-gula nyiru-nyiru warung-warung
guru-guru obor-obor
halus-halus ole-ole

 Dari segi ejaan atau penulisan, kata ganda seluruh mestilah dibubuh tanda sempang ( - ).
Contoh:
Anak-anak pelajar-pelajar cawan-cawan

 Frasa setara tidak boleh diulang atau digandakan sama ada sebahagian atau keseluruhannya untuk
menyatakan maksud jamak (bilangan banyak).
Contoh:
1.a) Ibu-ibu bapa (X)
b) Ibu bapa (√)
2.a) Pinggan-pinggan mangkuk. (X)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 3 Alam Bahasa Melayu


b) Pinggan mangkuk (√)
 Kata ganda yang sudah bermakna jamak oleh sebab penggandaan, maka kata ganda itu tidak boleh
disertai kata bilangan.
Contoh:
1.a) Tiga biji gelas-gelas itu telah retak. (X)
b) Gelas-gelas itu telah retak. (√)
c) Tiga biji gelas itu telah retak. (√)

 Dalam binaan ayat, sekiranya kata ganda seluruh yang terdiri daripada kelas kata adjektif telah sedia
membawa makna jamak, maka kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak boleh
digandakan lagi.
Contoh:
1.a) Gelas-gelas minuman itu cantik-cantik belaka. (X)
b) Gelas minuman itu cantik-cantik belaka (√)

 Kata bilangan boleh digunakan kepada kata ganda seluruh yang menyatakan makna tunggal.
Contoh:
1. Tiga ekor rama-rama.
2. Empat orang kanak-kanak itu cacat penglihatan.

Kata Ganda Separa

Kata ganda separa ialah kata ganda yang terhasil daripada pengulangan suku kata pertama pada kata
asalnya. Huruf vokal pada suku kata pertama kata dasar itu berubah menjadi vokal e. Kata ganda separa
tidak menggunakan tanda sempang ( - ).

Kata ganda separa terbentuk daripada kelas kata nama sahaja. Perhatikan contoh di bawah ini:-

Kata Dasar Kelas Kata Kata Ganda Separa

kunyit kata nama kukunyit


tulang kata nama tetulang
riang kata nama reriang
sendi kata nama sesendi
lada kata nama lelada

Contoh penggunan kata ganda separa dalam ayat:


1. Kekotak itu disusun dengan rapi sekali.
2. Peparu wanita itu berair.
3. Bebuluh itu dibelah un tuk dibuat lantai rumah.
4. Ibu suka makan bebotok.
5. Laluan masuk ke gua batu itu dipenuhi dengan sarang lelabah.

Senarai Kata Ganda Separa.

balang-balang = bebalang juang-juang = jejuang


bendul-bendul = bebendul buluh-buluh = bebuluh
beras-beras = beberas kunci-kunci = kekunci
bibir-bibir = bebibir sendal-sendal = sesendal
gelung-gelung = gegelung gasing-gasing = gegasing
jamu-jamu = jejamu dawai-dawai = dedawai

 Kata ganda separa ada yang menyatakan maksud tunggal dan ada yang menyatakan maksud bilangan
banyak/jamak.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 4 Alam Bahasa Melayu


Perhatikan penerangan yang berikut.
A. Kata Ganda Separa (maksud bilangan tunggal)
Contoh:

oneng-oneng tetamu
kekuda tetulang
jejentik sesiku
kekabu sesendi
tetupai lelayang

B. Kata ganda separa (maksud bilangan jamak/banyak)


Contoh:
lelada dedahan
kekotak jejari
jejala pepohon
dedaun bebuluh

Senarai Kata Ganda Separa.

bebalai jejari peperam


bebarau jejawi pepenjuru
bebawang jejentik pepijat
bebenang jejuang pepuyu
bebola kekabu rerambut
bebotok kekacang reriang
bebuli kekapas reribu
bebuluh kekara reruku
cecair kekepuk sesagin
cecawi kekili sesekat
cecekak kekisi sesendal
dedali kekunci sesendi
dedalu lelabah sesentih
dedamak lelabu sesiku
dedaru lelabi sesumpit
dedawai lelada sesungut
dedaun lelaki tetamu
dedaup lelayang tetangga
gegasing leletup tetuang
gegendang lelumba tetuban
jejaka memaya tetulang
jejala pepanggil tetupai
jejamong peparu tetambak
jejamu pepejal tetingkat

 Dalam penulisan, kata ganda separa tidak memerlukan tanda sempang ( - ).


Contoh:
le-laki (X) ke-kura (X)
lelaki (√) kekura (√)

 Kata bilangan tidak boleh digunakan kepada kata ganda separa yang telah sedia membawa makna
jamak.
Contoh:
1.a) Beberapa helai dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (X)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 5 Alam Bahasa Melayu


b) Dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)
c) Beberapa helai daun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)

 Kata bilangan boleh digunakan kepada kata ganda separa yang menyertakan makna tunggal atau satu.
Contoh:
1. Tiga ekor lelabi itu mati di dalam air sungai yang telah tercemar itu.
2. Lima ekor pepijat merayap di atas tilamnya.

Kata ganda bersajak/berima

Kata ganda bersajak ialah kata ganda yang mengalami perubahan bunyi dengan memberikan kata gandaan
yang berbeza daripada kata dasarnya.
Kata ganda bersajak ini diberi tanda sempang ( - ).

Contoh penggunaan kata ganda bersajak/berima dalam ayat:


1. Mereka beroleh batu-batan itu dari bukit yang berhampiran.
2. Desas-desus mengatakan bahawa pengarah syarikat itu akan meletakkan jawatannya dalam syarikat
berkenaan.
3. Mulut Tok bomoh itu kumat-kamit membaca jampi serapah.
4. Pihak berkuasa terus memburu saki-baki komunis yang masih bersembunyi di dalam hutan di
negara ini.
5. Dalam keadaan kelam-kabut itu ayah terlupa untuk membawa telefon bimbitnya.

Senarai kata ganda bersajak/berima.


A. Kata ganda bersajak (kata nama)
Contoh:

anak-pinak gunung-ganang
awan-gemawan sayur-mayur
lauk-pauk rempah-ratus
kuih-muih kayu-kayan
semak-samun bukit-bukau
sampah-sarap tali-temali

B. Kata ganda bersajak (kata adjektif)


Contoh:
gilang-gemilang lekak-lekuk
kusut-masai porak-peranda
segar-bugar ramah-tamah
serba-serbih riuh-rendah
terang-benderang karut-marut
licin-licau gundah-gulana

C. Kata ganda bersajak (kata kerja)


Contoh:

bolak-balik ayun-temayun
corat-coret huru-hara
kacau-bilau kicak-kicau
kicang-kecok lenggang-lenggok
susup-sasap beli-belah

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 6 Alam Bahasa Melayu


D. Kata ganda bersajak (kata keterangan)
Contoh:
lambat-laun pontang-panting
lintang-kedak serta-merta
lintang-pukang tunggang-langgang

Senarai Kata Ganda Berima.

adai-badai halai-balai musuh-masah


alai-balai hancur-mumur olah-alik
alai-belai haru-biru olang-oling
anak-pinak herot-merot orak-arik
aram-temaram hilang-pintang piat-piut
awan-gemawan hingar-bingar pincang-pincing
ayun-temayun huru-hara pindah-randah
basa-basi huyung-hayang piut-miut
batu-batan inca-binca polang-paling
becang-becak incang-incut porak-peranda
bedil-bedal inggang-inggung pontang-panting
belat-belit jangkih-mangkih punah-ranah
bengkak-bengkil jendal-jendul remeh-temeh
bongkar-bangkir jengkang-jengkot rempah-pawah
bukit-bukau jerah-jerih sempang-sempong
calar-balar jongkang-jongket riuh-rendah
carut-marut jongkar-jongkir robak-rabik
cebar-cebur julur-jalar ropak-rapik
celam-celum kalang-kabut rumput-rampai
celas-celus kalut-malut ranggu-rangga
celengkak-celengkok kasak-kisik saki-baki
celorong-celoreng kebas-kebus sampah-sarap
cirit-birit kecuh-kecah sara-bara
desas-desus keluh-kesah saudara-mara
dayung-mayung kerak-keruk sayur-mayur
degap-degup keriang-keriut simpang-perenang
dengkang-dengkol lekuh-lekah suku-sakat
dentam-dentum lempang-lempung susup-sasap
deram-derum lentam-lentum susur-galur
desas-desus liang-liuk takang-takik
dolak-dalik licin-licau takuh-takah
engkap-rengkap lintang-pukang tanah-tanih
erang-erot lopak-lapik teka-teki
gembar-gembur luntang-lunting terang-benderang
gerak-geri mandi-manda tikai-pangkai
gilang-gemilang masak-mangsai tindak-tanduk
golang-golek merah-merang tulang-temulang
gual-guil mercak-mercik ulang-alik
gulung-gemulung morat-marit umbang-ambing
gundah-gulana muda-mudi unggang-unggit
gunung-ganang mundar-mandir warna-warni

 Kata ganda bersajak/berima yang telah sedia membawa makna sangat atau paling, maka kata penguat
tidak noleh digunakan lagi bagi menguatkan maksud kata ganda bersajak atau berima itu.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 7 Alam Bahasa Melayu


Contoh:
1.a) Lantai bilik air itu sangat licin-licau. (X)
b) Lantai bilik air itu licin-licau. (√)
c) Lantai bilik air itu sangat licin. (√)
2.a) Rambut orang gila itu sangat kusut-masai. (X)
b) Rambut orang gila itu kusut-masai. (√)
c) Rambut orang gila itu sangat kusut. (√)

Kata ganda berimbuhan

Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang ditambah dengan imbuhan, sama ada yang berupa awalan,
akhiran, apitan atau sisipan.
Kata ganda berimbuhan ini diberi tanda sempang (-).
Contoh:
Awalan tercari-cari, berjam-jam, ketujuh-tujuh, melambai-lambai, tersipu-sipu, tertanya-
tanya
Akhiran buah-buahan, gali-galian, ulam-ulaman, sayur-sayuran, biji-bijian, mati-matian,
kenang-kenangan
Apitan bersalam-salaman, bercakar-cakaran, keanak-anakan, kebiru-biruan, sekecil-kecilnya
Sisipan awan-kemawan, tikam-menikam, tilik-menilik, tulis-menulis, usik-mengusik, ukir-
mengukir

Kata ganda berimbuhan terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:

A. Kata Ganda Berimbuhan (kata nama)

Contoh:
anak-anakan orang-orangan
buah-buahan rumah-rumahan
daun-daunan tumbuh-tumbuhan

B. Kata Ganti Berimbuhan (kata adjektif)


Contoh:
mudah-mudahan hidup-hidupan
mati-matian masam-masaman
manis-manisan besar-besaran

C. Kata ganda berimbuhan (kata kerja)


Contoh:
umpat-umpatan tumbuk-menumbuk
tuduh-menuduh caci-mencaci
keji-mengeji ukur-mengukur

D. Kata ganda berimbuhan (kata keterangan)


Contoh:
sebaiknya sesungguhnya
seboleh-bolehnya seharusnya
sedapat-dapatnya selewat-lewatnya

Contoh penggunaan kata ganda berimbuhan dalam ayat:


1. Abu berangan-angan hendak menjadi seorang juruterbang.
2. Pak Haji Ali bercadang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya itu secara besar-besaran.
3. Ah Keong bermati-matian tidak mahu mengakui kesilapannya itu.
4. Sikap bantu-membantu perlu diamalkan dalam masyarakat.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 8 Alam Bahasa Melayu


5. “Seelok-eloknya kita merancang perbelanjaan pada setiap bulan,” kata Aida kepada Ruby.

Senarai Kata Ganda Berimbuhan.

ambil-mengambil gaul-menggaul nasihat-menasihati


ambin-mengambin gertak-menggertak pandang-memandang
ancam-mengancam gigit-menggigit paut-mamaut
andam-mengandam gilap-menggilap pikul-memikul
angkut-mengangkut hambat-menghambat pinang-meminang
aniaya-menganiaya hantar-menghantar pilih-memilih
atas-mengatasi harga-menghargai pukul-memukul
ayak-mengayak hasut-menghasut puji-memuji
bahu-membahu hentam-menghentam pujuk-memujuk
balas-membalas hias-menghias ragu-meragui
bancuh-membancuh hormat-menghormati ratap-meratapi
bantu-membantu hubung-menghubungi raut-meraut
bedil-membedil ikat-mengikat rejam-merejam
baham-membaham ikut-mengikuti rendah-merendahkan
belit-membelit ingat-mengingati rendam-merendam
benci-membenci intai-mengintai renjis-merenjis
caci-mencaci intip-mengintip sahut-menyahut
canai-mencanai jadi-menjadi salah-menyalahkan
cari-mencari jahit-menjahit sambar-memenyambar
cela-mencela jatuh-menjatuhi selar-menyelar
cetak-mencetak jauh-menjauhi selit-menyelit
cium-mencium jilat-menjilat silang-menyilang
conteng-menconteng jilid-menjilid siram-memyiram
curi-mencuri jual-menjual sorok-menyorok
dahulu-mendahului kacau-mengacau tahu-menahu
dakap-mendakap kafir-mengkafir takluk-menakluki
dakwa-mendakwa kait-mengait tampal-menampal
datang-mendatangi karang-mengarang tampar-menampar
dayung-mendayung kasih-mengasihi tarik-menarik
dendam-mendendami kata-mengatai tegah-menegah
desak-mendesak kecil-mengecilkan tentang-menentang
dorong-mendorong kira-mengira tilik-menilik
eja-mengeja langgar-melanggar ubah-mengubah
ejek-mengejek lawat-melawati ugut-mengugut
ekor-mengekori lempar-melemparkan ukir-mengukir
elak-mengelak lengkap-melengkapi ukur-mengukur
endah-mengendahi maaf-memaafi ungkit-mengungkit
faham-memahami maki-memaki usik-mengusik
fikir-memikir malu-memalui utus-mengutus
fitnah-memfitnah masak-memasak ulang-mengulangi
gali-menggali mati-matian yakin-meyakini
garis-menggaris nafi-menafikan ziarah-menziarahi

 Apabila kata ganda berimbuhan yang digunakan dalam ayat telah sedia menyatakan makna berulang-
ulang, maka kata berkali-kali atau berulang-ulang tidak boleh digunakan selepas kata ganda
berimbuhan itu.
Contoh:
1.a) Adik melambai-lambaikan tangannya berkali-kali sebelum dia menaiki pesawat itu. (X)
b) Adik melambai-lambaikan tangannya sebelum dia menaiki pesawat itu. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 9 Alam Bahasa Melayu


 Sekiranya kata ganda berimbuhan yang digunakan dalam ayat sudah menyatakan maksud
menyaling, maka kata saling tidak perlu lagi.
Contoh:
1.a) Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling potong-memotong. (X)
b) Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu potong-memotong. (√)
c) Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling -memotong. (√)

 Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganda
seperti yang berikut:-
1. Kesalahan meletakkan tanda sempang ( - ) bagi kata ganda separa.
Contoh:
a) Ke-kisi tingkap itu masih kukuh. (X)
b) Kekisi tingkap itu masih kukuh. (√)

2. Kesalahan mengulangi/menggandakan frasa nama setara untuk menunjukkan makna jamak.


Contoh:
a) Periuk-periuk belanga itu kelihatan seperti baru setelah digilap. (X)
b) Periuk-belanga itu kelihatan seperti baru setelah digilap. (√)

3. Kesalahan menggandakan kata nama dalam ayat apabila kata adjektifnya telah digandakan.
Contoh:
a) Baju-baju itu besar-besar belaka. (X)
b) Baju itu besar-besar belaka. (√)

4. Kesalahan menyertakan kata saling kepada kata ganda menyaling dalam ayat.
Contoh:
1.a) Mereka saling caci-mencaci. (X)
b) Mereka caci-mencaci. (√)

5. Kesalahan menyertakan kata penguat kepada kata ganda berima untuk menyatakan maksud
darjah tertinggi.
Contoh:
1.a) Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana rambutnya kelihatan sangat kusut-masai. (X)
b) Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana rambutnya kelihatan kusut-masai. (√)
2.a) Sayur itu kelihatan sungguh segar-bugar. (X)
b) Sayur itu kelihatan segar-bugar. (√)

6. Kesalahan menyertakan kata bilangan kepada kata ganda berima yang kata dasarnya terdiri
daripada kata nama.
Contoh:
1.a) Semua kuih-muih itu dijualnya di pasar malam. (X)
b) Kuih-muih itu dijualnya di pasar malam. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 10 Alam Bahasa Melayu

You might also like