You are on page 1of 2

KATA KETERANGAN

Kata keterangan ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif dengan lebih lanjut. Dalam
bahasa Melayu baku kata keterangan dikenali sebagai kata sifat juga.
Kata keterangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti yang berikut:-
(a) Kata keterangan cara/gaya
(b) Kata keterangan masa/waktu
(c) Kata keterangan darjah
(d) Kata keterangan tanya
(e) Kata keterangan ragam/tak tentu
(f) Kata keterangan nafi

Jenis Kata Penerangan Contoh Ayat Contoh


Keterangan
Kata Digunakan untuk begini, begitu, 1 Tidak sesiapa pun yang tahu
keterangan menerangkan cara demikian, diam, betapa sedih hati ibu yang malang
cara/gaya tiba-tiba, betapa itu.
2 “Begini caranya menganyam daun
ketupat,” kata nenek.
Kata Digunakan untuk kelak, kelmarin, 1 Radzi belum pernah sampai ke
keterangan menerangkan masa tadi, belum, masih, Kuala Lumpur.
masa sedang, sebentar, 2 Sewaktu dalam perjalanan pulang
sekejap, selama- dari Seremban, kami singgah
lamanya, sekarang, sebentar di pekan Kajang.
sudah, pernah,
selalu, akan,
kadang-kadang,
sentiasa
Kata Digunakan untuk agak, amat, nian, 1 Anak kecil itu terlalu nakal.
keterangan menerangkan darjah paling, sekali, 2 Ayah paling benci berbual dengan
darjah kata adjektif sungguh, terlalu, orang yang suka bercakap besar.
terlampau
Kata Digunakan untuk siapa, bila, mana, 1 Ke manakah kamu semalam,
keterangan menerangkan masa, mangapa, kenapa, Anne?
tanya cara, sebab dan apa, bagaimana, 2 “Apakah perkara yang sedang
keadaan berapa kamu bualkan itu, Man?” tanya
Shahmi.
Kata Digunakan untuk agaknya, 1 “Agaknya Pak Lah masih marah
keterangan menerangkan barangkali, entah- dengan kamu, Janan?” kata Sabri.
ragam/tak sesuatu yang belum entah, harus, mesti, 2 Tidak patut Mak Tijah
tentu pasti patut, memang, memperlakukan anak bongsunya
nescaya, semoga itu seperti anak tiri.
Kata Digunakan untuk Tidak, bukan, tak 1 Zainah tidak mahu mematuhi
keterangan menafikan sesuatu arahan gurunya.
nafi 2 Marsinah bukan sombong tetapi
pendiam.

 Selain kata keterangan di atas, terdapat kata keterangan lain yang tidak dapat dikategorikan. Antaranya
ialah hanya, jua, juga, dan saja.

 Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata keterangan
seperti yang berikut:-
1. Kesalahan meletakkan kata keterangan saja, juga, dan lagi di depan frasa nama, frasa sendi,
frasa adjektif dan frasa kerja yang menjadi predikat ayat.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 1 Alam Bahasa Melayu


Contoh:
1. a) Datuk saya juga seorang ketua kampung. (X)
b) Datuk saya seorang ketua kampung juga. (√)

2. a) Pemuda itu saja termenung. (X)


b) Pemuda itu termenung saja. (√)

3. a) Ibu Salim lagi demam. (X)


b) Ibu Salim demam lagi. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 2 Alam Bahasa Melayu

You might also like