You are on page 1of 1

KATA SANDANG

Kata sandang ialah kata yang berfungsi untuk menentukan makna/maksud dalam ayat. Kata sandang tidak
mempunyai sebarang makna/maksud serta tidak dapat berdiri dengan sendiri.
Contoh:
nya sang si yang

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Sandang Penggunaannya Ayat Contoh

nya Digunakan untuk: 1 Cantiknya pemandangan di tempat


a) Membentuk frasa nama daripada peranginan itu sukar untuk
frasa adjektif. digambarkan.
b) Membentuk frasa nama daripada 2 Tingginya bangunan itu kira-kira 60
frasa kerja. meter.
c) Menegaskan frasa nama. 3 Tajamnya mata pedang umpama
sembilu.
sang Digunakan untuk: 1 Sang Harimau itu sukar untuk
a) Memberikan gelaran kepada orang, dijinakkan.
benda dan binatang. 2 Sang Suria muncul lagi.
b) Memberikan sifat manusia pada 3 Sang Kancil mengajak Sang Arnab
binatang dan benda. berlumba lari dengannya.
si Digunakan untuk: 1 Si Buta itu teraba-raba mencari
a) Memberikan gelaran seolah-olah tongkatnya.
manusia kepada haiwan. 2 Si pengail itu memperoleh ikan yang
b) Membentuk frasa nama daripada banyak.
frasa adjektif. 3 Si Botak itu dipercayai menjadi
c) Menerangkan tugas seseorang. ketua perompak yang dicari oleh
d) Menerangkan sifat seseorang. pihak polis.
yang Digunakan untuk: 1 Rumah yang terletak di pinggir jalan
a) Membentuk frasa nama. itu tidak berpenghuni.
b) Menunjukkan perbezaan makna. 2 Halaman rumahnya yang luas itu
sesuai dijadikan padang bola.
3 Adiknya yang bongsu itu telah
selamat melahirkan seorang cahaya
mata.

 Walaupun kata sandang tidak mempunyai erti dan tidak dapat berdiri dengan sendiri, namun demikian
kata sandang mempunyai tugas penting iaitu, untuk menentukan makna dalam ayat.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 1 Alam Bahasa Melayu

You might also like