You are on page 1of 1

TANDA BACA

Tanda baca ialah tanda yang digunakan dalam penulisan atau binaan ayat. Penggunaan tanda-tanda baca ini
penting untuk menentukan maksud, menulis ayat, membia ayat dan membaca ayat.

Perhatikan penerangan tentang penggunaan tanda-tanda baca di bawah ini.

Tanda Baca Penggunaan Contoh Penggunaan

Huruf besar 1. Menulis kata nama khas 1. Ibu Salmah bekerja di Kementerian Dalam
Negeri.
2. Menulis pangkal kata 2. Kereta bapa saya sentiasa kelihatan baru
permulaan ayat. dan cantik.
3. Menulis pangkal kata 3. Kata Aziz, “Hidung saya berdarah sejak
permulaan ayat cakap ajuk. semalam.”
4. Menulis pangkal kata 4. Jambatan itu sempit. Jambatan itu akan
permulaan selepas tanda dirobohkan tidak lama lagi.
noktah.
Tanda noktah 1. Menulis kata singkatan. 1. T.N.B (Tenaga Nasional Berhad)
(.) 2. Menandakan berakhirnya 2. Kereta itu terbabas lalu melanggar
sesuatu ayat penyata. pembahagi jalan.

Tanda koma 1. Mengasingkan frasa dalam 1. Oleh sebab terlalu marah, dia gagal
(,) ayat. mengawal perasaannya.
2. Mengasingkan perkataan- 2. Cengal, meranti, jati, dan nyatuh ialah
perkataan yang sama dalam jenis kayu yang baik untuk dibuat perabot.
ayat.
3. Menulis ayat cakap ajuk. 3. Kata Adi, “Poket baju saya terkoyak.”
Tanda soal 1. Menandakan ayat tanya atau 1. Siapakah gadis yang berbaju kurung itu?
(?) ayat soal. 2. Mereka tinggal di mana?
Tanda seru 1. Menulis ayat seru. 1. Wah, besarnya buah labu itu!
(!) 2. Eh, Abu pun menyertai pertandingan
pidato itu!
Titik bertindih 1. Menyatakan perkara-perkara 1. Perkara yang berikut perlu ada di dalam
(:) dalam ayat. borang permohonan itu:-
a) Alamat: …………………………..
b) Nombor telefon: ………………………..
c) Jawatan:
Tanda pembuka 1. Menulis ayat cakap ajuk. 1. “Rumah ini terlalu kecil,” kata Razak.
dan penutup 2. Kata Samiah, “Bajunya banyak butang.”
kata
(“…….”)
Tanda sempang 1. Menulis kata ganda. 1. Mudah-mudahan
(-) 2. Menggabungkan huruf besar 2. Pancaran-X
dengan huruf kecil.
3. Menulis kata ganti nama diri 3. Hamba-Mu
untuk Tuhan.
Tanda koma 1. Mengasingkan ayat-ayat yang 1. Dia harus mendapat pujian; dia rajin serta
bertindih panjang. bersopan.
(;) 2. Menggantikan kata hubung 2. Aida seorang pelajar yang pintar; peramah
dalam ayat. serta hormat kepada orang tua.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 1 Alam Bahasa Melayu

You might also like